karya

karya

Saturday, 24 October 2015

Hanya dia, cinta hatiku! 13



ZAHIM mengeluh perlahan sebaik sahaja selesai menjawab panggilan telefon dari mamanya. Dia menyandarkan badannya di kerusi.  Matanya dipejam seketika tapi otaknya ligat berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang baru ditimbulkan oleh mamanya sebentar tadi. Dia pun tak sangka yang isu itu kembali menjadi topik perbualan mamanya. Ingatkan dapatlah dia bertenang dua tiga bulan sebelum isu itu dibangkitkan semula.
Zahim membuka mata sebaik sahaja telinganya dapat mendengar ketukan di pintu. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya. Haru jadinya kalau di tangkap sedang tidur dalam pejabat sedangkan kerja yang perlu di uruskan menimbun tinggi.
“Ya, kak Azah…ada apa?” soal Zahim sebaik sahaja wajah kak Azah muncul di depannya.
“Ini ada beberapa dokumen yang perlu Encik Zahim sign dan juga beberapa pucuk surat.” kak Azah meletakkan fail dan surat-surat yang di bawanya di atas meja.
Zahim memandang sekilas sebelum kembali menatap wajah kak Azah yang sedang mengukir senyum.
“Er…saya ada apa-apa appointment penting petang nanti dan juga esok?” tanya Zahim.
“Petang ni Encik Zahim ada appointment dengan Datuk Rashid jam 3.00 petang berkaitan dengan projek di Taman Puspa. Pagi esok pula Encik Zahim ada mesyuarat dengan pembekal. Oh ya, Tan Sri baru maklumkan tadi yang dia akan adakan mesyuarat esok jam 10.00 pagi dengan beberapa orang pegawai eksekutif untuk dapatkan maklumbalas bulanan.” beritahu kak Azah mengenai jadual Zahim.
“Hmm…terima kasih kak Azah.” Zahim mengangguk perlahan.
“Kalau Encik Zahim tak ada-apa yang nak dibincangkan, akak keluar dulu!” kata kak Azah dan bersedia untuk beredar.
“Kak Azah!” panggil Zahim tiba-tiba sebelum sempat kak Azah memulas tombol pintu.
“Ada apa Encik Zahim?” kak Azah segera memandang wajah Zahim.
“Aisyah Sufiya ada kat luarke?” tanya Zahim membuatkan dahi kak Azah berkerut.
“Tadi ada. Kenapa Encik Zahim nak jumpa dengan Syah?” kak Azah merenung wajah Zahim yang tiba-tiba nampak resah membuatkan kak Azah menguntum senyum.
“Kenapa kak Azah tiba-tiba senyum? saya ada cakap sesuatu yang tak betulke?”
Zahim cuba kawal diri. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa segan dan malu bila melihat senyuman yang mula terukir di bibir kak Azah itu.
“Tak adalah…tapi kenapa Encik Zahim nak jumpa dia?” tanya kak Azah.
“Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan dia, tak bolehke?” kata Zahim dengan nada serius.
“Eh, siapa kata tak boleh….Encik Zahim kan bos kat sini…” kak Azah tergelak kecil membuatkan Zahim tiba-tiba mengukir senyum.
“Boleh kak Azah tolong bagitahu dia yang saya nak jumpa dia sekarang?” Zahim bersuara.
“Boleh, nanti akak bagitahu dia…” kata kak Azah sebelum meminta diri untuk beredar.
Zahim mengangguk perlahan sebelum menyandarkan badannya di kerusi. Dalam masa yang sama otaknya mula merangka ayat yang sesuai.



SYAH, bos nak jumpa dengan Syah sekarang.” kak Azah segera mendapatkan Syah yang sedang menaip sesuatu di komputer.
“Bos?” Syah tercengang.
“Ya, Encik Zahim.” jelas kak Azah.
“Kenapa dia nak jumpa dengan Syah?” Syah mula gelisah. Kelam-kabut dia dibuatnya.
Kak Azah mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“Kalau Syah tak nak jumpa dia, boleh tak?” kata Syah. Risau kalau benda yang sama berlaku kali ini.
“Kenapa pulak?...jumpa ajelah. Dia kata  ada perkara yang nak dibincangkan dengan Syah. Lagi pun, buat apa nak takut, bukannya dia makan orang….dia makan nasi jugak….macam kita. Kalau dia buat yang bukan-bukan, Syah tunjukkan saja kehebatan Syah…mesti lain kali dia tak berani nak buat lagi.” kak Azah tergelak kecil melihat wajah Syah yang berubah pucat.
“Apa kata kak Azah temankan Syah jumpa dengan bos?” ujar Syah.
Kak Azah mula gelak dengan permintaan Syah.
“Hai, apa pasal nak kena berteman pulak ni…Syah takut jatuh hati dengan dia ya!” usik kak Azah sambil menaikkan keningnya beberapa kali. Seronok sangat dapat mengenakan Syah yang nampak cantik mengenakan blause kuning lembut bercorak bunga, dipadankan dengan seluar hitam dan juga tudung krim.
“Eh, akak ni…ke situ pulak di fikirnya. Tak ada maknanya Syah nak jatuh hati dengan bos tu…Syah ni memang tak layak nak bergandingan dengan dia.” kata Syah menolak andaian kak Azah.
“Layak tak layak, bukan kita yang tentukan…tapi itu semua jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Akak yakin yang sebenarnya Encik Zahim tu dah jatuh hati kat Syah…jangan jadi kura-kura dalam perahu tau!” kak Azah sambung mengusik membuatkan wajah Syah terasa panas. Memang dia pun turut akui apa yang dikatakan oleh kak Azah itu tapi dia cuba menidakkan kata hatinya. Malu  kalau firasatnya salah. Nanti orang kata, hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong.
Perbualan mereka terhenti bila pintu bilik Zahim di buka dan lelaki itu melangkah keluar. Langkahnya terus di hayun ke arah Syah dan kak Azah.
“Kak Azah, saya nak keluar…ada hal…kalau ada apa-apa yang penting, akak call saya ya!” kata Zahim.
“Tadikan Encik Zahim kata nak jumpa Syah…” kak Azah memandang wajah Syah yang agak tercengang.
“Oh, lain kali saja…lagi pun, saya nampak…dia macam sibuk buat kerja…” Zahim melirik ke arah Syah yang nampak tersentak dengan kata-katanya.
“Saya minta maaf,” mohon Syah dengan rasa bersalah.
“Tak ada hal…lupakan saja…” kata Zahim.
“Saya pergi dulu…” kata Zahim dan terus berlalu membuatkan Syah dan kak Azah saling berpandangan.
“Macam merajuk aje bos tu, nanti jenuhlah Syah kena pujuk dia nanti…” kata kak Azah.
“Ya ke?...dia marah dekat Syah ke?” Syah mula tak sedap hati.
“Syah rasa?” kata-kata kak Azah membuatkan Syah menelan liur. Sungguh, saat ini dia mula rasa tak selesa.
Sepanjang hari itu hati Syah dilanda resah dan fikirannya berkecamuk.  Kata-kata kak Azah tadi menimbulkan kesan yang mendalam di hatinya. Tambahan pula bila mengenangkan kata-kata Zahim yang menawarkan salam persahabatan untuknya tempohari masih belum berkesudahan. Apa agaknya yang perlu dia buat. Syah jadi buntu. Takkanlah benda kecil macam ni dia nak minta pendapat Hannah dan kak Azah. Buat malu tuan empunya badan saja!



MATA Zahim melilau melihat sekitar restoran yang baru di masukinya itu. Dia mengeluh perlahan bila matanya mula terpandang pada seorang gadis yang duduk seorang diri di satu sudut. Segera kakinya di hayun ke situ.
Gadis yang berada di situ segera mengalih pandang bila menyedari seseorang sedang berada di sisinya.
“Hai!”
 Gadis itu segera membuka mulut sambil mengukir senyum. Terpancar rasa terpegun dan gembira di wajahnya.
“Maaf kalau I dah buat you tunggu lama,” Zahim segera membuka mulut.
It`s okay….asalkan you datang. Lama pun tak apa I tunggu.” ujar gadis itu lagi sekaligus mempersilakan Zahim duduk di hadapannya.
“Dan I juga nak minta maaf kalau I dah ganggu masa you, Im.”
Zahim mendengus perlahan. Entah kenapa, baru beberapa saat dia berhadapan dengan gadis itu dia mula di timpa rasa bosan. Bukan nak kata gadis yang ada di hadapannya tak cantik, tak menawan, tak mengiurkan atau tak seksi. Semua itu dah cukup pakej tapi apa yang dimiliki oleh gadis itu belum mampu menawan hatinya.
“Memang betul. Kalau tak mengenangkan desakan  mama I ….tak adanya I datang duduk kat sini untuk mengadap muka you…” dengan wajah selamba Zahim bersuara tanpa menghiraukan perasaan gadis itu yang sudah terang-terang mula berubah. Bukan tambah lawa, tambah cantik tapi tambah cemberut dan tambah kelat.
“Im, sampai hati you cakap kat I macam tu….kecik hati I…beria-ria I nak jumpa you, tapi you macam sengaja mengelak saja setiap kali I ajak jumpa. Kalau bukan sebab I minta pertolongan auntie…sampai bila-bila pun you tak ingin jumpa I kan!” gadis itu menahan rasa sebak di hati. Memang dia cukup terasa dengan kata-kata itu. Kalaulah Zahim dapat menyelami perasaannya selama ini, pasti lelaki itu akan rasa bertuah kerana dia memang begitu ikhlas menyukai lelaki itu sejak bertahun yang lalu.
“Dania, selama ini I tak pernah berikan you apa-apa harapan.  I dah penat cakap dengan you hal ni, tapi you yang tak mahu faham!...Lagi pun, I belum bersedia untuk berkahwin buat masa sekarang…” kata Zahim sedikit kasar. Dia tak nak main tarik tali lagi. Berterus terang adalah cara yang terbaik.
“Im, I tahu you tak bersedia untuk berkahwin buat masa sekarang…tapi apa salahnya kita punya hubungan, I mean…I nak jadi kekasih you…..parent kita pun pasti akan restui hubungan kita…” pujuk Dania sambil cuba mencapai tangan Zahim tapi cepat-cepat Zahim melarikan tangannya.
 “Dania, I rasa I tak sesuai untuk you dan you juga tak sesuai untuk I…I harap you berhenti menaruh harapan. Terimalah kenyataan yang kita tak akan bersama….you cantik, muda, bergaya…jadi I rasa you tak ada masalah untuk mencari mana-mana lelaki sebagai pasangan hidup you.” kata Zahim yang sememangnya tidak mahu pertemuan ini mengambil masa yang lebih panjang.
“Tapi Im…I hanya sukakan you….I love you and you know that!” Dania cuba menjelaskan perasaannya.
“Jangan buang masa you, Dania. I tak akan terima you…apa lagi untuk mencintai you…tolonglah faham.” Zahim mendengus.
Zahim pening mengenangkan kedegilan Dania. Dia dah tak tahu macam mana nak buat gadis itu faham tentang perasaannya.
“Habis, you nak terus membujang seumur hidup?” Dania mengetap bibir. Sakit hatinya mendengar jawapan Zahim.
“Tak. I juga ada impian dan harapan….I tahu, ada seseorang di luar sana yang di takdirkan sebagai jodoh I.” kata Zahim.
Dania ketawa. Rasa lucu pula mendengar jawapan Zahim. Nampak begitu yakin bahawa ada seseorang yang sedang menunggunya.
“Oh really, you yakin?”
 Dania tergelak.
“I cukup yakin.” Zahim memberikan jawapan yang pasti membuatkan senyuman Dania kembali hambar.
“Okey, I nak tengok macam mana rupa perempuan itu. I nak you kenalkan dia dengan I nanti…kalau boleh secepat mungkin. Boleh?” Dania mencabar.
Zahim mengeluh perlahan. Dia tahu Dania sengaja nak mengenakan dia tapi dia tak akan mengalah. Bimbang sekali sekiranya orangtua mereka mempunyai rancangan yang lain, atau lebih tepat mahu menjodohkan mereka berdua.
“Baik, I akan kenalkan gadis itu dengan you minggu depan…” begitu yakin Zahim memberi jawapan membuatkan mulut Dania terbuka luas. Memang Dania tak sangka yang Zahim akan memberi jawapan yang sebegitu.
“Wow….memang di luar jangkaan. You bagi jawapan yang begitu pasti tak sampai -dalam masa seminit. Im, you sebenarnya dah ada calon atau sekadar nak main-mainkan I ni?” Dania merenung wajah Zahim.
“I serius. Kalau you sudah nekad nak kenal dan nak jumpa dia…I boleh tunjukkan. Jadi, I harap lepas ni you tak akan ganggu hidup I dan parent I lagi.” kata Zahim.
“Hmmm…okey, tapi pastikan minggu depan I dapat jumpa perempuan tu…I nak tahu apa hebatnya dia sampai boleh tawan hati you…” Dania bersuara.
“I rasa perjumpaan kita tamat di sini. I pergi dulu.” Zahim bangun.
“Im, you belum makan apa-apa pun…setidak-tidaknya temankanlah I seminit dua lagi….” pujuk Dania.
“I banyak kerja yang nak di buat di pejabat selain dari melayan you makan sambil berbual kosong.” kata Zahim tegas.
Well….jangan lupa janji you….I akan datang rumah you minggu depan.” kata Dania sambil mengukir senyum sinis.
Kata-kata Dania itu di pandang sepi. Sebaliknya Zahim terus berlalu.
Dania segera mencapai telefonnya. Nombor telefon Puan Sri Yasmin di cari. Dia perlu hubungi wanita itu untuk memaklumkan hal ini.



Friday, 23 October 2015

Yang terindah dari dia! 5




“A
MAR, I nak putuskan pertunangan kita. I rasa I tak boleh nak teruskan hidup I dengan you lagi lepas ni….” Tasya bersuara.
Amar tercengang mendengar kata-kata Tasya tadi. Sungguh dia tidak menduga kata-kata itu akan keluar dari mulut gadis yang dia cintai selama ini. Tajam matanya merenung wajah Tasya yang sudah tunduk ke meja. Nampak sangat yang dia cukup gerun  dan takut dengan renungan mata Amar itu.
“Tasya!!” panggil Amar dengan suara tegang.
Rahang Amar nampak bergerak-gerak menahan amarah yang cukup ketara.
Teragak-agak Tasya mendongak, membalas renungan tajam Amar yang merangkap tunangnya sejak setahun yang lalu.
Tell me….what happened to you and what wrong with me?” soal Amar dengan suara tegas. Merah mukanya memandang wajah Tasya yang mula resah dan gelisah itu.
“Amar!!! I`m sorry!” pinta Tasya perlahan. Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan Amar. Dia rasa cukup bersalah.
“I tak nak dengar hanya ucapan maaf sahaja yang keluar dari mulut you….I nak tahu atas alasan apa yang buat you nak putuskan pertunangan kita….” bentak Amar.
Amar tak dapat mengawal rasa marah yang makin lama makin memuncak. Memang sikap yang ini sukar untuk dia hapuskan. Cepat sangat nak melenting dan marah-marah kalau ada perkara yang tidak menyenangkan hatinya.
“Syhh…boleh tak kalau you perlahankan suara you. You nak semua orang dengarke?” Tasya cuba mententeramkan kemarahan Amar.
“Oh, jadi you malu ya kalau orang dengar…biarlah….biar semua orang dengar….I tak kesah!” kata Amar.
“Amar…please….jangan macam ni…” pujuk Tasya lembut sambil menyentuh tangan Amar.
“Habis tu you nak I buat macam macam mana? you nak I senyum…atau you nak I ketawa terbahak-bahak bila I setuju yang pertunangan kita di putuskan, begitu!!!” kata Amar berang sambil melarikan tangannya. Tak mahu tangannya di sentuh oleh perempuan yang telah meremukkan hatinya.
Tasya mengeluh perlahan.
“Amar, sebenarnya….”
Tasya cuba nak menjelaskan kedudukan yang sebenar.
“Sebenarnya apa?....cuba terus-terang dengan I. Bagi I faham.” kata Amar lagi.
Tajam matanya merenung wajah Tasya yang mula menikus.
“I….I….” teragak-agak Tasya nak bersuara.
Just tell me….I nak tahu sekarang juga!” herdik Amar dengan suara yang cukup keras.
 Saat itu juga  tangannya di hempuk kuat di atas meja sehingga mengganggu suasana di restoran itu dengan suara herdikan dan hempukan. Terhinjut tubuh Tasya dek terkejut dengan tindakan Amar. Semua pengunjung di restoran mewah itu memandang ke arah mereka membuatkan wajah Tasya makin tunduk. Sungguh dia malu bila di herdik begitu. Cukup kuat hingga membuatkan jantungnya hampir gugur.
Actually,…I love someone else…” Tasya bersuara perlahan.
What!!!”
Makin berang muka Amar mendengar alasan Tasya itu.
“I cintakan orang lain dan I minta maaf sebab terpaksa putuskan pertunangan kita. Dan I….sebenarnya I….I dah terlanjur dengan lelaki tu!” beritahu Tasya takut-takut.
Tasya cukup risau dan resah sekiranya tangan Amar naik ke mukanya. Dia tahu akan sikap panas baran Amar. Cepat sangat nak naik tangan. Bukan hanya seorang yang panas baran tapi juga seorang yang cukup cemburu.
 Kadang-kadang dia pun tak yakin yang hubungan mereka boleh pergi jauh. Dan sekarang, dia sudah ada tempat sandaran walaupun diakui bahawa lelaki yang disandarkan ini bukanlah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan Amar.
Sorry!....cuba you cakap sekali lagi supaya I dengar lebih jelas!” Amar bersuara kuat.
“I tak nak tipu you, Amar….I mengandung sekarang. I minta maaf…..I betul-betul minta maaf.  I tahu….I salah tapi benda dah berlaku. I tak boleh nak undur balik. I betul-betul minta maaf….” kata Tasya dengan mata berkaca.
 Tanpa sedar, air matanya mula mengalir di pipi. Memang dia yang bersalah. Pasti sukar untuk Amar memaafkannya walaupun sudah berulang kali ungkapan maaf terlahir dari mulutnya.
Bahu Amar tiba-tiba jatuh. Dia diam. Wajahnya juga tunduk. Dia hanya mendiamkan diri. Sedikit pun tak memandang wajah Tasya.
“Amar!” panggil Tasya mula risau.
“Amar!” panggil Tasya lagi.
Tangan Amar cuba di capai tapi Amar segera melarikan tangannya. Tak rela tangannya di sentuh.
“Amar….jangan diam macam ni. I akan rasa lebih bersalah. I `m really sorry, okay! Kalau you nak marahkan I pun….I terima tapi jangan berdiam macam ni!” ujar Tasya.
Waiter!” panggil Amar.
Dia terus mengeluarkan dua keping not RM50 dan terus bangun.
“Amar!” panggil Tasya agak terpingga-pingga.
“I nak balik. Sorry, Tasya….I tak dapat hantar you…you balik aje dengan teksi atau you minta aje lelaki yang you cintakan itu datang ambil you kat sini.” kata Amar dan terus berlalu pergi.
I`m sorry, Amar.” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Tasya. Perlahan-lahan dia menyeka airmata yang mula mengalir laju membasahi pipinya.


DUM!!!
Amar menghempas kuat pintu biliknya sebaik sahaja masuk. Memang saat ini hatinya panas, menggelegak. Kalau dia ada di kutub utara pun, belum pasti hatinya yang panas menjadi sejuk. Tubuhnya di hempas kasar di atas tilam empuk. Matanya di pejam rapat. Cuba melenyap dan menghilangkan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia mahu menganggap semua yang berlaku di restoran tadi hanyalah mimpi.
Bagi Amar, Tasya adalah cinta pertamanya. Mereka mula menyulam kasih ketika sama-sama belajar di UK. Demi cintanya pada gadis itu, dia sanggup mengenepikan jodoh yang di tetapkan oleh orangtuanya. Malah dia sanggup menggertak mamanya yang dia tak akan balik ke banglo ini selagi mamanya tidak merestui hubungannya dengan Tasya. Akhirnya Datin Noraidah terpaksa merestui pilihan hatinya sehingga hubungan dia dengan Tasya termenterai dengan  sebuah ikatan pertunangan.
Sudah setahun usia pertunangan mereka dan minggu depan mereka akan di satukan dengan sebuah perkahwinan. Tapi begitu tegar Tasya melepaskan ikatan mereka dengan alasan mencintai lelaki lain, malah mereka sudah terlanjur. Cukup sadis.
Hatinya benar-benar rasa sayu dengan tindakan dan sikap Tasya yang disangka begitu menyayangi dan menyintainya.
Amar bangkit semula dari pembaringan. Tangannya meraup ke muka.
“Ya, Allah… kenapa semua ni harus berlaku?....kenapa aku yang jadi mangsa? kenapa tidak orang lain???” sekali lagi Amar meraup tangannya ke muka.
Entah kenapa saat ini hatinya cukup rapuh, matanya mula berkaca. Di restoran tadi sehabis baik dia cuba mengawalnya agar air matanya tidak gugur. Malu beb kalau di lihat lelaki macho sepertinya menangis kerana perempuan.
“Ah, aku tak akan menangis….aku tak akan merayu kerana perempuan….tak akan….aku mesti kuat…”
Amar menyapu kasar air matanya yang bergenang di kelopak mata.
Tok….tok….tok….
“Siapa?” entah siapa yang tiba-tiba mengetuk biliknya. Memang mengganggu moodnya.
“Mama ni. Boleh mama masuk?” terdengar suara Datin Noraidah di luar biliknya.
“Mama….masuklah. Pintu tak berkunci.” nak tak nak sahaja Amar bersuara.
Saat ini dia benar-benar tidak mahu di ganggu. Dia ingin bersendirian. Dia mahu tenangkan fikiran. Dia perlu sabarkan hati yang sedang rusuh, pilu dan sayu.
Datin Noraidah melangkah masuk ke dalam bilik anak bujangnya. Segera dia menghampiri Amar yang masih lagi berteleku di atas katil. Wajahnya nampak muram sedih.
Segera punggungnya di labuh di birai katil.
“Amar, kenapa ni? mama nampak macam ada yang tak kena aje….”
Datin Noraidah merenung wajah Amar. Dia nampak perubahan yang cukup ketara pada wajah anak bujangnya itu sejak dia melangkah masuk ke dalam banglo tadi.
“Tasya, mama.” Amar bersuara sambil melepas helaan kasar. Wajahnya bertukar tegang.
“Kenapa dengan dia?” soal Datin Noraidah dengan dahi yang berkerut.
“Dia nak putuskan pertunangan kami ….” beritahu Amar membuatkan Datin Noraidah hampir nak pengsan.
“Apa ni? kenapa sampai jadi macam tu?” soal Datin Noraidah mula kalut. Matanya tepat memandang ke arah Amar.
“Dia dah ada orang lain…” selamba saja Amar memberi jawapan membuatkan Datin Noraidah mendengus kasar.
“Apa? dia dah ada orang lain….habis tu, macam mana dengan segala persiapan untuk majlis kawin Amar minggu depan. Macam mana kita nak bagitahu semua orang? Boleh tak Amar bayangkan perasaan mama dan papa….air muka kami depan saudara mara dan kawan-kawan….”
Datin Noraidah mengetap bibir.
“Dah tu…Amar nak buat macam mana lagi? Mama nak Amar merayu pada dia?....memang tak lah…lagi pun, sekarang ni dia tengah mengandung anak lelaki tu….” beritahu Amar.
“Astaghfirullahal Azim….apa nak jadi dengan budak Tasya tu. Seminggu aje lagi kamu berdua nak kawin, dia tiba-tiba buat hal….”
 Datin Noraidah mengeleng kepala. Dia cukup kesal dan kecewa mengenangkan sikap Tasya.
“Tak apalah mama. Lebih baik dia bagitahu sekarang daripada dia bagi tahu lepas kawin. Amar tak nak jadi pak sanggup….” kata Amar lagi.
“Itulah….dari dulu lagi mama tak suka Tasya tu jadi pilihan hati Amar….tapi Amar yang degil. Siap ugut mama lagi kalau tak nak terima dia…..sekarang ni….tanggunglah sendiri…” kata Datin Noraidah.
“Eh, mama ni, jadi….mama ingat Amar nakke benda ni terjadi?” tempelak Amar.
Amar menjeling tajam ke arah mamanya. Geram betul mendengar rungutan mamanya.
Datin Noraida diam seketika.
“Habis tu….mak ayah Tasya macam mana? takkanlah mereka nak diamkan aje perkara ni….” kata Datin Noraidah lagi.
“Lantaklah…Amar tak nak fikirkan pasal dia lagi…” kata Amar yang mula keliru.
“Kita boleh saman mereka tau sebab memalukan kita….sepatutnya mak ayah dia datang jumpa mama dan papa, minta maaf….ini diam aje….mak, ayah, anak sama saja….” dengus Datin Noraidah kesal.
“Dahlah mama…kita bincang esok aje….Amar nak berehat. Amar tak nak fikirkan hal ni buat masa sekarang….boleh tak mama keluar sekarang!” kata Amar membuatkan Datin Noraidah mengetap bibir.
“Hish….sekali fikir memang patut pun benda ni jadi pada Amar….dulu, ingkar sangat cakap mama….sekarang ni….tanggunglah sendiri!” kata Datin Noraidah yang masih belum puas menyalahkan anaknya.
“Mama!!!” sergah Amar.
“Yalah…mama keluar sekarang. Ingat….esok mama nak hal ni di bincangkan…” kata Datin Noraidah sebelum keluar dari bilik itu sambil mengatur langkah kesal.
Sebaik sahaja wajah mamanya menghilang, Amar melepaskan helaan panjang.
“Tasya, sampai satu saat you akan datang melutut di kaki I.”
Amar mengetap bibir.
Semua gambar Tasya yang berada di dalam simpanannya di koyak sehingga menjadi cebisan kecil. Mulai sekarang, dia mahu lupakan perempuan itu dari hidupnya. Dia masih lagi boleh teruskan hidup tanpa perempuan itu. Dan dia akan buktikan pada Tasya yang dia juga mampu hidup bahagia.