Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 18 July 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu 5




SELEPAS bersiap, Eisya melabuhkan punggungnya semula di atas katil sambil meletakkan tangannya di dahi. Sejak kebelakangan ini dia rasa tubuhnya lemah dan tidak bermaya. Nak makan pun tak selera. Tekak pula terasa loya tapi cuba di kawal agar tidak ketara pada pandangan kawan-kawan.
“Eisya, kau okey tak ni?” Hanis memegang bahu Eisya.
“Okey, aku okey je!” Eisya memicit kepala yang terasa sedikit pening.
“Betul ke ni kau okey tapi aku tengok muka kau pucat aje sejak akhir-akhir ni. Kau sakit atau kau ada masalah ni!” Hanis melabuh punggung di sisi Eisya. Dia risau kalau apa-apa menimpa sahabat baiknya itu.
Eisya memandang wajah Hanis. Senyuman hambar di lemparkan buat gadis berkaca mata itu.
“Kau dah siapkan, jom kita pergi!”
 Eisya bangkit dari katil semata-mata mahu mengelak dari terus di soal siasat oleh Hanis. Dia bimbang andainya rahsia yang di simpan terbongkar nanti. Dia juga yang akan menanggung malu.
Melihat Eisya menonong keluar dari bilik hostel, Hanis terpaksa akur.
Mereka berdua pergi ke kuliah dengan menaiki motor milik Hanis.
“Eisya!”
Eisya segera menoleh sebaik sahaja dia nak masuk ke bilik kuliah.
“Ziddan, awak buat apa kat sini?”
Wajah pemuda berkaca mata itu di pandang Eisya dengan dahi berkerut.
“Buat apa lagi, saya tunggu awaklah!” Ziddan gelak kecil.
Eisya melirik ke arah Hanis yang dah mula senyum-senyum sebelum meminta diri untuk beredar.
“Awak tak ada kuliahke pagi ni?” Mata hitam Eisya tepat memandang wajah Ziddan yang sedang membetulkan beg sandangnya.
“Pagi ni tak ada. Prof terpaksa batalkan kerana ada hal.”
Ziddan mengukir senyum.
“Oh, kalau macam tu saya masuk dulu.”Eisya sudah bersedia untuk masuk ke dewan kuliah.
“Eisya, tunggulah kejap!”
Ziddan memegang tangan Eisya membuatkan langkah Eisya terhenti.
“Ada apa lagi ni? Saya dah lewat ni!”
 Eisya melirik jam tangannya. Risau sangat kalau pensyarah dah masuk dewan kuliah. Dahlah Prof. Idris tu serius dan tegas orangnya. Tak nak dia di maki hamun nanti kalau terlewat masuk kelas.
“Awak okey tak ni? Muka awak pucat aje. Awak sakit ya!” Ziddan cukup prihatin.
“Saya okey dan saya sihat. Awak jangan bimbang ya!” Cepat-cepat Eisya memberi jawapan.
Ziddan menarik nafas seketika.
“Eisya!”
“Nanti kita jumpa lepas kelas. Saya kena masuk ni!” Tergesa-gesa Eisya nak beredar.
“Okey, nanti kita jumpa lepas awak habis kelas. Saya akan tunggu awak kat sini ya!” Ziddan memandang jam tangannya. Mula mengira masa.
“Terserah. Saya masuk dulu!” Tanpa menunggu sebarang kata, Eisya terus meninggalkan pemuda itu dan masuk ke dewan kuliah.
“Weh, buah hati kau cakap apa tadi?”
 Hanis terus menyiku lengan Eisya sebaik sahaja Eisya melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Buah hati apa pulak ni, dia tu cuma kawan ajelah!” Eisya berbisik perlahan. Risau kalau perbualan mereka mengganggu pelajar lain. Tambahan pula pensyarah sudah mula memberi kuliah.
“Eleh, kawan konon. Malu nak mengaku ya. Semua orang dah tahulah yang kau dengan Ziddan tu sebenarnya couple!” Hanis berbisik perlahan.
Eisya memandang tajam wajah Hanis. Bibirnya di ketap rapat.
“Eh, kau jangan nak main tuduh pulak ya. Bila masa aku iktiraf si Ziddan tu jadi buah hati aku. Dan lagi satu…” Eisya mendengus kasar.
“Apa dia?”
“Aku tahu kau sengaja nak buat cerita kononnya semua orang tahu aku dan Ziddan tu couple.” Eisya menjengkilkan mata.
Hanis gelak kecil. Bimbang juga kalau perbualan mereka menarik perhatian kawan-kawan, lebih-lebih lagi pensyarah yang ada di hadapan.
“Hey, Ziddan tu kacak apa. Cuma dia nampak nerd sikit sebab dia pakai cermin mata. Baju pun skema. Naik pula motor cabuk.”
Hanis mengangkat kening beberapa kali.
“Kamu berdua, sampai bila nak borak dan bisik-bisik. Kamu berdua dengar tak apa yang saya cakap kat depan ni?”
Ha, kan tak pasal-pasal kena `sound`!
Eisya dan Hanis saling berpandangan. Muka mereka dah bertukar warna. Malu betul bila di tegur pensyarah.
“Maaf, Prof. Kami tak borak lagi!” Hanis cepat-cepat memohon maaf.
Mereka berdua mula memberi tumpuan pada apa yang di terangkan oleh pensyarah di hadapan.
“Eisya, kau ada date dengan Ziddan ke?”
Hanis terus pamer senyum sebaik sahaja matanya melihat ke arah Ziddah yang sedang duduk di atas motornya di bawah pokok.
“Tak adalah,”
Eisya menggaru-garu pipinya.
“Macam tak percaya aje. Cuba kau fikir, betapa setianya dia tunggu kau sejak kau mula jejak kaki kat sini lagi. Walaupun dia nampak nerd tapi dia tu ramai peminat juga tau. Dahlah dia tu kategori student law yang genius, tiap-tiap semester dapat kepujian Dekan. Kau ni kira bertuah sebab kau yang dia pilih tapi kau ni jual mahal pulak!” Hanis mengeleng kepala.
“Kau ni sejak dari dulu lagi asyik gelarkan dia mamat nerd aje.”
“Yalah, dia tu skema. Kau tak suka ya mamat skema.” Hanis melirik ke arah Eisya sambil menaikkkan keningnya.
Eisya hanya diam. Malas nak melayan mulut becok Hanis tu.
“Atau kau suka lelaki macam Daniel ya, seorang playboy yang segak bergaya dengan kereta mewah tapi otak kosong. Harapkan harta mak bapak aje.” Hanis mula gelak.
“Dahlah, tak kuasa nak layan.” Eisya mendengus perlahan.
“Tapikan sebenarnya aku rasa kau dengan Ziddan tu yang sepadan. Sama-sama specky, cuma bezanya kau ni mulut becok. Macam murai tercabut ekor.” Eisya terus berlalu meninggalkan Hanis yang sudah bengang.
“Eisya!”
 Hanis mengetap bibir. Mana boleh dia di samakan dengan mamat tu. Diakan dah ada Asyraf, itu cinta hati dia. Mana boleh senang-senang beralih arah walaupun buah hatinya itu jenis pemuda yang biasa-biasa aje tapi dia tetap cintakan pemuda itu sejak sekolah menengah lagi.  Sekarang ni dia dah boleh jumpa Asyraf selalu sebab buah hatinya sekarang belajar di luar negara.
“Dah lama awak tunggu?” Eisya terus menyapa sebaik sahaja dia berhenti di hadapan Ziddan.
“Tak ada. Saya baru aje sampai. Tadi saya pergi library sementara tunggu awak habis kuliah.” Mata Ziddan tepat memandang wajah resah Eisya itu.
“Kita pergi makan kat café ya, saya lapar ni. Tadi tak sempat nak sarapan!” Ziddan menggosok-gosok perutnya.
“Saya pun lapar tapi…” Eisya menggaru dahinya.
“Saya faham. Awak bonceng aje dengan Hanis. Saya tahu awak segan nak naik motor buruk sayakan!” Ziddan ukir senyum.
“Bukan macam tu, saya cuma…” Bagi Eisya, bukan dia segan nak naik motor Ziddan. dia segan nak membonceng bersama Ziddan.
“Tak apalah, saya gurau aje.”
Ziddan merenung wajah pucat Eisya.
“Kalau asyik nak borak kat sini, bila boleh makan!” Hanis menyampuk. Sebenarnya dia pun lapar juga.


“EISYA, awak sakit ke?”
Ziddan merenung lagi wajah Eisya. Memang nampak ketara sangat wajahnya pucat.
Hanis turut memandang wajah Eisya yang sedang menguis-nguis nasi goreng.
“Apalah awak ni,  dari tadi asyik tanya benda yang sama. Awak dan Hanis macam berpakat ya.”
Eisya pura-pura gelak.
“Kami khuatirkan kau Eisya. Kalau kau sakit, apa salahnya kau mengaku.” Hanis mula geram.
Eisya menolak pinggan nasi. Teh o yang masih berbaki di teguk perlahan.
“Hanis, Ziddan…korang tak payah risau. Saya tak apa-apa. Cuma mungkin saya penat dan tak cukup rehat aje. Kelas pun baru je nak mula, jadi banyak benda yang nak kena settle. Sehari dua lagi saya okey.”
 Eisya cuba pamer senyum semata-mata tidak mahu kawannya risau.
“Tapi, kalau awak ada masalah jangan segan bagitahu saya. Saya sedia bantu awak.” Ziddan memandang wajah Eisya penuh prihatin.
“Terima kasih. Sejak kita kenal, saya dah banyak susahkan awak, Ziddan.”
“Saya tak pernah rasa macam tu. Saya ikhlas nak tolong awak sebab saya sayangkan awak, Eisya.”
Eisya terus menatap wajah Ziddan.
“Awak cakap apa ni?”
 Eisya mula rasa tak selesa.
“Saya sayangkan awak Eisya. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya percaya awak tahu perasaan saya tapi awak buat-buat tak tahukan!” Ziddan mengeluh perlahan.
Eisya sudah buntu nak bersuara.
Hanis yang menjadi pemerhati juga tak tahu nak cakap apa. Memang dia tahu yang selama ini Ziddan menaruh hati pada Eisya tapi tak pernah pula dia nak berterus-terang macam ni. Hari ni, boleh pula dia luahkan rasa hati. Apa dah jadi?
“Ziddan, saya minta maaf kalau saya terpaksa kecewakan awak.”
 Eisya tunduk.
“Eisya, saya tak nak awak beri jawapan sekarang. Awak simpan aje jawapan awak sehingga satu saat nanti saya akan menuntutnya.” Ujar Ziddan membuatkan Eisya menelan liur.
“Alah, Eisya…tak payahlah nak jual mahal sangat. Ziddan ni dah cukup baik untuk kau sandarkan masa depan kau. Aku yakin korang akan bahagia kalau korang bersama nanti.” Hanis memang menyokong hubungan mereka.
“Hanis, boleh tak kalau kau tak masuk campur hal ni. Buat masa sekarang aku tak nak fikirkan benda lain, aku hanya nak fikirkan soal study dulu. Aku nak habiskan study aku, aku nak kerja, bantu mak aku. Lepas tu baru aku nak fikirkan soal cinta.”
Ziddan diam.
“Baiklah, kalau itu keputusan awak. Saya akur, cuma satu saja yang saya nak awak tahu.” Ziddan menarik nafas seketika.
“Apa dia?”
 Tiba-tiba Eisya rasa berminat nak tahu.
“Saya akan tunggu awak, Eisya!”
Eisya dan Hanis saling berpandangan.
“Suka hati awaklah Ziddan, saya tak ada hak nak halang.”
Eisya mengetap bibir. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa agar lelaki itu faham akan kedudukannya sekarang.
Ziddan membelek telefonnya sambil diperhati oleh Hanis.
“Nis, jom. Kelas dah nak mula ni!”
Eisya terus bangkit dari kerusi.
“Eh, awak dah nak pergi ke?”
Ziddan terpingga-pingga bila Eisya sudah bersedia hendak meninggalkan café sedangkan dia belum lagi puas menatap wajah Eisya. Maklumlah, sejak cuti semester, dia tak bersua muka dengan Eisya menyebabkan hidupnya jadi tak ceria.
“Yalah, awak tak ada kelas ke?”
“Ada, jam 2.00 petang nanti!”
“Oh, kalau macam tu saya pergi dulu ya!”
Eisya mula melangkah mendahului Hanis. Tiba-tiba dia rasa kepalanya pening. Matanya dia pejam rapat sektika. Bila dia buka, terasa dirinya berpusing.
“Ya Allah!” Hanya itu yang mampu dia suarakan.
“Eisyaaa….”
 Selepas itu Eisya tak sedar apa yang berlaku seterusnya.


EISYA membuka mata perlahan. Dia sedang berada di atas katil klinik.
“Eisya, kau okey tak ni?” Suara risau Hanis menerjah telinga Eisya.
Eisya cuba bangkit dan Hanis cepat-cepat membantu.
“Syukurlah Cik dah sedar. Nanti saya akan periksa keadaan Cik.”
Seorang doctor muda muncul sebaik sahaja mendapat tahu yang Eisya dah sedar.
“Baiklah doktor!”
Eisya menelan liur sebelum beralih memandang wajah Hanis.
“Cik boleh tunggu kat luar ya,”
 Hanis terpaksa akur. Sementara Eisya pula sudah berdebar tak keruan.
Hanis terus menerpa ke arah Eisya sebaik sahaja Eisya keluar dari bilik pemeriksaan. Zidda juga tidak berkecuali. Wajahnya resah memikirkan keadaan Eisya tadi.
“Awak okey tak ni? Doktor cakap apa?” Ziddan kalut bertanya.
“Saya okey aje. Doktor suruh saya berehat.”
Eisya mengetap bibir. Tak sanggup nak berbalas pandang dengan Ziddan.
“Baiklah, kalau macam tu, awak duduk sini. Saya tolong ambilkan ubat untuk awak ya!” Ziddan terus berlalu.
Eisya dan Hanis saling berpandangan. Eisya menelan liur.
He really take care about you.Takkanlah kau nak lepaskan lelaki sebaik itu.” Hanis memandang wajah pucat Eisya.
“Aku tahu tapi ...” Sekali lagi Eisya mengetap bibir. Sebak dadanya mengenangkan segala kebaikan dan ketulusan hati Ziddan untuk dia tapi mampukah dia menerima lelaki itu!
“Ini ubatnya. Lebih baik awak balik hostel, berehat. Jangan banyak fikir ya. Kalau ada apa-apa awak call saya ye!” Ziddan memberi nasihat.
“Terima kasih!” Eisya mengukir senyum.
Ziddan hanya mampu memandang Eisya pergi bersama Hanis dengan membonceng motor.
“Eisya, Eisya...kalaulah awak faham perasaan saya pada awak!” Ziddan memejam mata seketika.

Monday, 11 July 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu! 4



ZARIEF melangkah longlai masuk ke dalam banglo. Saat ini dia tak tahu apakah yang patut dia rasa. Marah, kecewa, kesal, gembira atau pun sedih.
What up, bro?” Mata Zarief terus terpaku memandang dua pemuda yang sedang santai di ruang rehat sambil menonton tv.
Zarief mengukir senyum sekilas dan menghampiri mereka. Tubuhnya yang terasa lemau di labuhkan di sofa.
“Kenapa ni? Monyok semacam aje. Apa yang dah berlaku ni?”
Pemuda yang memakai t`shirt warna kuning lembut dikenali dengan nama Tajul memandang pelik wajah Zarief.
“Tak ada apalah, aku cuma rasa penat aje!”
Zarief memandang sekilas wajah Tajul sebelum meletakkan kepalanya di sofa. Terus matanya di pejam rapat.
Tajul mengalih pandang ke arah Iskandar yang sedang sibuk melayan telefonnya.
“Hoi, bukan main lagi kau melayan telefon tu. Kau tak nampak ke muka monyok member kau ni. Macam orang mati bini dah aku tengok!”
Tajul melempar bantal empat segi ke muka Iskandar. Terpingga-pingga Iskandar memandang wajah Tajul yang sedang mengeleng kepala.
“Kau ni pun, Tajul. Tak boleh tengok aku senang sikit. Ada aje hal nak ganggu aku!” Iskandar mendicit geram. Tak pasal-pasal dia kalah lawan game. Telefon yang dipegangnya di letak di atas sofa sebelah tempat duduknya.
Tajul bangkit dan melabuhkan punggung di sebelah Zarief.
“Weh, apa dah jadi ni?”
Tajul tetap tak berpuas hati melihat Zarief yang hanya membisu. Dah banyak kali dia tanya tapi Zarief tetap mendiamkan diri.
“Kau buat apa kat rumah Mak Biah tu, lama kita orang tunggu!” Tajul menepuk peha Zarief membuatkan Zarief membuka matanya. Dia memandang wajah Tajul.
“Dia tak sihat dan aku pergi tengok dia!” Zarief memberi jawapan membuatkan dahi Tajul terangkat.
“Oh, macam tu ya. Tak sangka kau ni baik hati ya, sanggup pergi melawat orangtua tu!”
Tajul gelak kecil.
“Tak salahkan! Lagi pun bosan aku duduk sorang-sorang kat banglo tunggu kau sampai!” Zarief memberi alasan.
Sorry la, kita orang lambat sampai. Ada hal sikit tapi kau tak boleh nak salahkan kita orang aje, kau yang tetiba datang awal. Memang kitakan planning nak sampai hari ni.”
Tajul melirik ke arah Zarief yang sedang melepaskan keluhan perlahan.
“Hmm...yalah. Aku yang silap!”
 Zarief mengalah.
“Rief, kau dah jumpa dengan budak perempuan hari tu?”
Tajul menyiku lengan Zarief.
“Budak perempuan? Budak perempuan mana pulak ni?”
Zarief kebingungan.
“Alah, budak perempuan yang kita tengok hari tu? Kau dah tahu ke kat mana budak perempuan tu tinggal!”
 Tajul mengubah kedudukan. Dia duduk bersila dan berkalih mengadap wajah Zarief.
Oh, that girl!”
 Zarief menelan liur.
“Yalah. perempuan yang kita tengok dulu tu. Takkanlah kau lupa!” Tajul tayang sengih.
Zarief menggaru-garu keningnya.
“Erm...aku....aku sebenarnya dah jumpa dia!” Zarief membuka mulut.
“Betul ni? Kat mana? Anak siapa?”
Tajul mula teruja. Iskandar yang sedang melayan telefon terus memandang tepat ke wajah Zarief. Dia pun nak tahu kisah di sebalik kisah itu.
“Er...macam mana nak cakap ya!”
Zarief pamer perasaan serba salah.
“Cakap ajelah. Apa susah!” Tajul terus menggesa. Tak sabar nak tahu.
Zarief menggaru-garu lehernya pula, sengaja melengah-lengahkan masa. Telefon yang berada di poket seluar di ambil.
“Macam mana? Kau dah berjaya sambut cabaran aku?”
Tajul merenung wajah Zarief yang pura-pura sibuk melayan telefon.
“Zarief!!”
Tajul terus menumbuk bahu Zarief. Geram sangat bila pertanyaannya tidak diendahkan.
             Zarief memandang wajah Tajul sebelum beralih ke wajah Iskandar yang turut menanti jawapan. Kemudian Zarief bangkit dari sofa tanpa menghiraukan dua kawannya itu. Hatinya tetap rasa gusar.
“Zarief!”
Tajul sempat memegang lengan Zarief.
Langkah Zarief menjadi kaku. Dia merenung tajam wajah Tajul.
 “Serius ni aku nak tanya, sejak aku dan Tajul sampai sini, kau nampak resah aje. Kau okey tak ni?" Iskandar membuka mulut. Sedar tadi dia hanya sekadar memerhati.
             “Aku okey, kau jangan risau. Kalau kau nak makan, aku dah masak kat dapur tu. Sekarang ni aku nak masuk bilik. Aku nak berehat! Korang buatlah apa yang patut. Lagi pun korang dah biasakan."
Zarief terus meninggalkan kedua kawannya yang saling berpandangan antara satu sama lain.
            Iskandar mengangkat kening memberi isyarat kepada Tajul. Dalam hati mereka sudah dapat buat kesimpulan. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku pada Zarief sebelum kedatangan mereka ke sini.
Zarief terus menutup pintu sebaik sahaja berada di bilik. Dia mengatur langkah ke katil. Langkahnya kaku di situ. Matanya tepat memandang ke arah katil. Mengenangkan kembali apa yang telah berlaku tadi. Masih lagi terbayang tubuh Eisya yang sedang terbaring di atas katil dan dia berada di sebelahnya. Dan beberapa tompokan merah yang melekat di cadar itu membuatkan dia mengeluh seketika.
Punggungnya di labuh di atas katil dan perlahan-lahan tangannya mengusap lembut cadar itu sehinggalah jemarinya berhenti di tompokan itu. Matanya di pejam rapat. Entah kenapa hatinya tiba-tiba menjadi sebak.
Ketukan di pintu membuatkan pandangan Zarief terus beralih. Bilik itu di kuak perlahan walaupun tidak mendapat sebarang kebenaran dari Zarief.
“Rief!”
 Pandangan mata Tajul terus beralih pada wajh Zarief yang turut memandang ke arahnya.
Mereka diam seketika. Tapi pandangan Tajul terus terarah pada tompokan merah yang melekat di atas cadar. Kakinya terus menghala mendekati katil.
“Rief, kau ...”
Tajul nampak terpegun seketika. Dia menelan liur perlahan.
“Ya, aku berjaya sambut cabaran kau tadi dan tompokan merah ini adalah buktinya!”
Zarief bangkit dari katil. Dia terus menanggalkan cadar dari katil sambil di perhati oleh Tajul yang masih kaku di situ.
“Jadi kau dengan budak perempuan tu dah...”
Tajul memegang tangan Zarief yang sedang bersedia untuk membawa cadar itu keluar dari biliknya.
“Er, apa bukti lain selain dari kesan kat cadar tu. Kau ingat mudah-mudah aje nak percaya. Mana tahu kau dengan perempuan lain yang ada atas katil tu!” Tajul melahirkan rasa tak puas hati.
Zarief menonong keluar dari bilik itu menuruni tangga dengan membawa cadar tadi. Tajul yang masih tak berpuas hati turut mengekor di belakang.
“Weh, kau nak pergi mana pulak tu dengan bawa cadar tu sekali!”
“Aku nak bakar cadar ni, aku tak nak bukti ni wujud.”  Zarief  terus melangkah keluar.
Tajul mengeluh perlahan. Kakinya terus menghala ke ruang dapur. Ketika itu Iskandar begitu berselera menikmati hidangan yang telah tersedia di atas meja.
“Hoi, kalau ya pun kau kebulur sangat, takkanlah tak boleh nak tunggu aku!”
Tajul menarik kerusi di hadapan Iskandar.
“Aku lapar sangat. Sedap masakan ni, dah dua kali aku tambah!” Iskandar bersuara dengan nasi yang masih penuh di dalam mulut.
Tajul melihat lauk yang terhidang di atas meja. Memang nampak menyelerakan dan kebetulan dia juga tengah lapar. Mereka berdua terus menikmatinya tanpa mempedulikan Zarief yang sedang memandang dari muka pintu dapur. Dia sudah pun siap membakar cadar tadi.
“Rief, apasal tercegat aje kat situ. Mailah makan.” Ajak Tajul selepas meneguk minuman.
“Korang makan ajelah, aku tak selera nak makan.”
Zarief menuju ke rak, mug di capai dan dia menuangkan jus limau ke dalam muk sebelum membawa ke luar. Dua temannya saling berpandangan.
Zarief melabuhkan punggungnya di sofa. Muk di letakkan atas meja di depan. Kepalanya di sandar di kerusi sambil melepas helaan sebelum memejam rapat matanya. Kejadian tadi masih terbayang di matanya. Wajah keruh dan sendu Eisya masih segar dalam ingatannya.
“Saya benci awak, Zarief. Sampai bila-bila pun saya akan bencikan awak. Jangan sesekali wujud lagi dalam hidup saya.” Kata-kata Eisya itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
`Maafkan saya, Eisya. Maafkan saya kerana sakiti hati awak walaupun saya tak ada niat melakukannya. Sampai satu saat nanti awak akan faham kenapa saya melakukannya!`
Tiba-tiba Zarief menggosok perutnya yang terasa pedih.
`Hmmm....patutlah perut ni terasa pedih aje. Aku hanya makan roti aje pagi tadi dan sekarang sudah hampir jam 5.00 petang.` Zarief menelan liur sebelum membuka matanya kembali. Muk yang ada di hadapan di capai dan di teguk perlahan.


BORINGNYA tak buat apa-apa. Hanya melepak aje kat dalam rumah ni.” Iskandar merungut sambil mempamerkan muka bosan.
Tajul melirik ke arah Zarief yang nampak begitu ralit melayan rancangan di tv. Dia bangkit dan mendekati Zarief. Ada sesuatu yang masih menjadi tanda tanya sedari tadi tapi bila dia ingin suarakan, ada-ada aje alasan yang  diberikan Zarief. Kali ini dia tidak akan berkompromi lagi.
“Rief!”
Tajul cuba mengalih perhatian Zarief,
“Mmm...apa dia!” Acuh tak acuh saja Zarief menyahut.
“Aku nak tanya pasal kes tadi.”
 Tajul mencapai remote tv dan memperlahan volume membuatkan Zarief segera beralih memandang wajahnya.
“Tak habis-habis lagi ke? Kan aku dah berjaya sahut cabaran kau, buktinya pun kau dah tengok.” Zarief tiba-tiba jadi berang.
Tajul menelan liur.
Iskandar pula nampak terpingga-pingga. Mungkin dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku tadi.
“Tapi Rief...”
 “Ingat, orang yang tahu hal ni hanya kau dan Is. Aku bakar cadar yang kau nampak tadi sebab aku tak nak orang lain tahu hal ni terutama sekali keluarga aku sendiri.” Zarief memberi peringatan pada  kedua sahabatnya agar tidak membocorkan hal ni.
Tajul menarik nafas seketika.
“Bukti tadi belum cukup Rief!”
Tajul memberanikan diri bertentangan mata dengan Zarief.
 “Okey, aku tahu selagi aku tak ceritakan hal ni secara detail, korang akan terus bertanya.”
Kali ini giliran Zarief pula menarik nafas panjang.
“Betul.” Akui Tajul dengan wajah serius.
Zarief senyum hambar. Sementara Iskandar hanya sekadar menjadi pendengar kerana memang pada awalanya dia adalah saksi utama dalam hal ini.
“Perempuan yang kita tengok dulu namanya Eisya, nama penuhnya aku tak tahu. Dia anak Mak Biah.”
Zarief memandang wajah kedua sahabatnya yang ternyata begitu terkejut mendengarnya.
“Budak perempuan yang kita tengok dulu tu anak perempuan Mak Biah! Serius!” Tajul benar-benar terkejut dan tak percaya. Perlahan-lahan liur di telan.
“Ya, untuk apa aku tipu kau. Tadi pun aku pergi jumpa dia untuk jelaskan apa yang dah berlaku tapi aku mohon kau tak ceritakan apa-apa pada Mak Biah.”
“Kenapa? Kau takut Mak Biah paksa kau terima anak dia?” Tajul merenung lagi wajah Zarief.
“Tak, aku tak takut. Malah aku bersedia menerima dan bertanggungkawab. Aku sebenarnya cuba nak berterus-terang dengan Mak Biah tapi anak dia yang tak bagi. Mungkin dia tak nak mengganggu masalah kesihatan mak dia.” Zarief meraup mukanya seketika.
Tajul diam.  Dia cuba menghadamkan kata-kata itu.
“Masalahnya sekarang ialah anak Mak Biah tu tak nak terima aku, malah dia betul-betul bencikan aku atas apa yang aku lakukan!”
Zarief mendengus perlahan.
 “Aku serius nak tanya ni, macam mana kau dan anak Mak Biah tu boleh...” Tajul merenung wajah Zarief.
Zarief tergelak kecil.
“Aku tak cari dia tapi dia yang datang menyerah diri.” Lantas Zarief terus menceritakan apa yang berlaku.
“Hmmm...kau memang hebatlah, Rief. Aku ingatkan kau kalah di tangan aku. Memang patutlah kau beria-ria nak datang awal, memang berbaloikan. Kalau tak, kau yang akan kalah. Hahaha.”
Zarief hanya tayang sengih sementara Tajul terus ketawa beria. Iskandar hanya mengeleng kepala mengenangkan perjanjian dan cabaran mereka berdua. Bodoh punya cabaran.
“Weh, kau ada gambar dia tak. Itu bukti kukuh yang kau dah berjaya menakluki dia!” Tajul menepuk bahu Zarief.
Zarief mencapai telefonnya.
“Nah, ini gambarnya. Bukti jelas bahawa dia memang ada dalam rumah ni!” Zarief menunjukkan telefonnya.
Terlopong mulut Tajul melihat beberapa keping gambar Eisya yang ada dalam simpanan telefon Zarief. Dia mengunjukkan pula pada Iskandar.
“Tahniah, bro. Aku memang percaya kau dah berjaya melakukannya.”
 Tajul memandang ke arah Zarief yang masih ralit merenung wajah Eisya satu persatu. Gambar curi-curi yang Zarief ambil semasa Eisya berada di rumahnya pagi tadi. Bibirnya mengorak senyum melihat gambar itu. Manis dan comel. Detiknya dalam hati.
“Rief, jadi kau betul-betul serius nak cagaran yang aku tawarkan!”
Tajul mula rasa menyesal kerana kalah di tangan Zarief.
“Aku dah tak berminat. Apa yang aku dapat lebih berharga dari apa yang kau tawarkan!”
Zarief mengukir senyum membuatkan Tajul segera memeluk bahunya.
“Fuh, lega!”
Tajul benar-benar gembira.
“Sekarang, apa rancangan kau?” Tajul cuba menyelidik.
“Esok pagi kita terus balik KL. Aku nak lupakan hal yang telah berlaku!”
 Zarief menarik nafas.
“Serius ni? Kau tak nak bertanggungjawab atas apa yang dah kau lakukan pada anak perempuan Mak Biah ke? Masak kau nanti kalau Mak Biah tahu!”
Tiba-tiba  Tajul rasa gusar pula.
“Aku akan akur pada permintaan anak Mak Biah. Apa yang aku dah buat kat dia telah menimbulkan kebencian dia dan dia tak nak pandang muka aku lagi.”
“Sebenarnya, aku bukan tak nak bertanggungjawab tapi kalau dah itu kehendak dia, aku nak buat macam mana!”
Zarief mengusap lehernya membuatkan Tajul dan Iskandar saling berpandangan lagi.
“Semudah itu? Habis...macam mana kalau dia mengandung anak kau?” Kali ini Iskandar pula yang menyampuk.
Zarief menelan liur.
“Aku nak tengok laut, kalau korang nak ikut silakan.”
Zarief terus mengubah tajuk perbicangan mereka.
“Dan mungkin juga ini kali terakhir kita datang sini!” Zarief menyambung kata sambil memandang wajah Tajul dan Iskandar yang mula tercengang.
“Apa kena dengan kau ni? Aku ingatkan kita bolehlah release tension kat sini sehari dua tapi kau dah buat rancangan gila nak balik terus pagi esok.”
Tajuk menepuk bahu Zarief.
“Yalah,buat penat aje kita orang datang dari jauh. Lepas tu kau cakap, ini kali terakhir kita datang sini pulak, apa ni bro!” Iskandar menyampuk sambil  mengeleng kepala.
“Okey, aku tak halang kalau korang nak datang sini lagi tapi aku...aku tak akan datang lagi ke sini, erm...maksud aku, mungkin dalam masa terdekat ni!”
Zarief menggaru kepala yang tidak gatal.
“Baik, Aku faham. Okey, kita lupakan hal tadi. Sekarang, kita pergi enjoy. Berenang kat pantai malam-malam memang syok.”
Tajul cuba menceriakan suasana.
“Jom!”
Iskandar sudah rak sabar.
“Eh, korang tak bawa apa-apake?”
Zarief memandang dua sahabatnya.
“Alah, apa nak kesah. Kalau kita mandi malam-malam tak pakai apa-apa pun bukannya ada orang nampak, Chilla!” Iskandar pamer wajah ceria.
“Gilalah korang ni,” Zarief tergelak sendiri. Tak dapat nak bayangkan yang Tajul dan Iskandar akan mandi berbogel di pantai nanti. Tapi betulke tak ada orang yang akan tengok nanti!


“ASSALAMUALAIKUM!”
“Waalaikumussalam,” Salam Zarief segera di sambut dan serentak itu juga pintu di buka.
Wajah Mak Biah muncul di muka pintu.
“Encik Zarief, apa hal ni pagi-pagi lagi dah muncul kat rumah Mak Biah ni?”
Zarief tayang sengih sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya.
“Saya datang ni cuma nak bagitahu yang kejap lagi saya akan balik KL.”
“Balik KL. Kenapa cepat sangat nak balik, baru semalam Encik Zarief sampai. Takkanlah dah nak balik.”
Wajah anak muda itu di renung Mak Biah dengan rasa terkejut.
Setahu Mak Biah, kalau Zarief datang sini mesti sehari dua dia akan menginap. Tapi kali ini kenapa cepat sangat dia nak balik. Apa dah jadi?
“Ada kerja yang perlu saya bereskan kat KL tu. Jadi hari ni Mak Biah tak payahlah datang ke rumah tu. Lagi pun Mak Biah kan masih tak sihat!”
Mak Biah terdiam.
“Oh, macam tu ya.”
 Mak Biah menggaru-garu kepala di balik tudung yang di pakainya.
“Kalau macam tu, apa kata Mak Biah minta Eisya sediakan sarapan dulu sebelum Encik Zarief balik.”
“Eh, tak payahlah. Susahkan anak Mak Biah aje!”
“Tak apa, Mak Biah dan Eisya pun belum makan lagi. Bolehlah kita  sarapan sama-sama. Mak Biah ada buatkan nasi lemak.” Ajak Mak Biah beria.
“Tapi Mak Biah,”
 Zarief mula rasa serba salah.
“Naik ajelah. Lagi pun Mak Biah buat banyak. Memang cadangnya nak bagi dekat Encik Zarief dan kawan-kawan. Alang-alang Encik Zarief datang, makan ajelah kat sini!”
Mak Biah terus memberi ruang agar Zarief naik ke rumahnya.
“Tapi kawan-kawan saya tu...”
“Telefonlah dia orang supaya datang sini. Lepas sarapan bolehlah bertolak balik!”
Melihat betapa berianya Mak Biah mengajak, Zarief terpaksa menghubungi kawan-kawannya untuk datang.
“Kejap lagi mereka datang!” Zarief memasukkan telefonnya ke dalam poket.
Sepuluh minit kemudian, Tajul dan Iskandar muncul di rumah Mak Biah dan mereka terus di pelawa naik.
“Maaflah ya kalau kamu bertiga ni rasa tak selesa makan kat rumah Mak Biah ni!”
“Eh, tak apa. Kami tak kesah.” Tajul terlebih dahulu bersuara.
“Eisya, tolong siapkan sarapan untuk Encik Zarief dan kawan-kawan dia ni. Nanti bawa keluar ya!” Mak Biah melaung dari ruang tamu.
Zarief dan kawan-kawannya saling berpandangan.
“Er, Encik Zarief duduklah ya. Mak Biah ke dapur kejap. Dah siap nanti, Mak Biah bawa keluar.”
Sementara Eisya yang berada di dapur terpaksa menahan rasa.
“Mak, kenapa mak ajak dia orang makan kat sini?”
Eisya melahirkan rasa geram.
“Kenapa pulak? Salahke?”
Eisya mengeluh perlahan. Tangannya lincah mencedok nasi lemak ke dalam bekas untuk di bawa ke ruang tamu.
“Bukan macam tu. Eisya tak selesalah kalau Encik Zarief tu asyik datang rumah kita. Petang semalam datang, pagi ni pun datang. Apa kata orang kampung kalau dia orang nampak!” Eisya memandang wajah Mak Biah yang sudah bersedia nak membawa hidangan untuk tetamu.
Mata Mak Biah tajam memandang wajah Eisya.
“Kenapa mak rasa macam ada sesuatu yang Eisya sembunyikan dari mak. Ada sesuatu ke yang berlaku kat rumah banglo tu semalam?”
Eisya  menelan liur dan wajahnya mula berubah.
“Kenapa mak tanya macam tu?”
 Eisya dah mula tak keruan.
“Entahlah tapi mak rasa macam ada sesuatu yang berlaku antara Eisya dan Encik Zarief kat banglo tu.”
“Mana ada. Tak ada apa-apalah. Cuma perasaan mak aje tu!” Cepat-cepat Eisya menyiapkan kerja agar Mak Biah terus keluar dari ruang dapur.
“Mak bawa keluar nasi ni dulu, yang lain Eisya bawa keluar.”
“Ya lah, jangan lupa buat air sekali.”
Eisya mengeluh lega sebaik sahaja Mak Biah keluar. Punggungnya di labuh di kerusi.
`Macam mana agaknya kalau mak tahu hal ni. Bolehke mak terima dan bagaimana aku nak terus berdepan dengan lelaki tu kalau dia terus muncul lagi selepas ini.`
`Arg, harap-harap lepas ni aku tak akan jumpa dia lagi. Minggu depan kuliah dah mula. Jadi aku tak akan jumpa dia lagi, Alhamdulillah!`
`Tapi...macam mana kalau ditakdirkan aku mengandung anak lelaki tu? Memang dia nak bertanggungjawab tapi takkanlah semudah itu aku nak maafkan dia! Sampai bila-bila pun aku tak akan lupakan perbuatan dia tu, tak akan!`
“Eisya, hish...budak ni, mengelamun lagi la tu!” Terdengar suara Mak Biah memberi komen.
Eisya cepat-cepat keluar dari dapur membawa hidangan untuk tetamu yang datang itu.


WOI, memang  patutlah kau beria ngap budak perempuan tu. Siot, dia memang betul-betul cun!”
Tajul tak habis-habis memuji semasa mereka berjalan balik ke banglo selepas menikmati sarapan di rumah Mak Biah.
Zarief berhenti tiba-tiba. Tangannya menepuk kuat bahu Tajul membuatkan temannya itu tersentak.
“Kenapa ni bro, kau marahke?”
Tajul merenung wajah berang Zarief.
“Kau dengar sini ya, mulai sekarang aku tak nak dengar kau sebut pasal hal ni lagi. Aku tak nak kau sebut nama Eisya sebab aku tak nak ada kaitan dengan dia lagi.”
Kening Tajul terjungkit, bibirnya mengukir senyuman sinis.
“Kau seriuske?”
Zarief menyambung langkah meninggalkan Tajul dan Iskandar.
“Eisya, ini nombor telefon saya. Awak boleh call saya bila awak perlukan pertolongan saya!”
Zarief sempat bersemuka dengan Eisya sebelum balik tadi. Dia menyerahkan satu kertas yang memang tertulis nombor telefonnya. Dan itulah juga sebab utama dia datang pagi ini.
Sedikit pun Eisya tidak memandang kertas itu, sebaliknya kertas itu di gumpal dan di buang tanpa melihatnya terlebih dahulu. Tindakan Eisya itu membuatkan rahang Zarief bergerak-gerak mengawal marah.
Dan kerana marahkan gadis itu, Zarief terus tergesa-gesa meninggalkan rumah Mak Biah serta melarang Tajul menyebut hal yang berkaitan dengan Eisya lagi.
“Rief!!”
Tajul menjerit memanggil nama Zarief yang sudah menonong pergi tanpa mempedulikan dia dan juga Iskandar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...