karya

karya

Saturday, 2 May 2015

Dia,...Mr. Perfect Aku! 24





DIYA menguis nasi yang tinggal sedikit di pinggan. Dia dah tak larat nak habiskan. Bukan tak boleh tapi dah hilang selera.
“Macam mana Diya boleh ada sekali dengan dia orang?” tanya Anida.
“Kebetulan. Diya nak turun dan mereka juga nak turun!” balas Diya acuh tak acuh.
“En. Carl tak ajak Diya join sekali dengan dia orangke?” Anida memandang wajah Diya.
“Ajak…tapi Diya tolak. Kan kita dah janji nak keluar sama…lagi pun tak selesalah nak makan dengan mereka.” kata Diya acuh tak acuh. Apa yang di lihat dalam lif tadi membuatkan seleranya hilang.
“En. Carl tu memang baik dan peramah dengan sesiapa….bukan macam adiknya…” kata Anida sambil mengeluh seketika.
“ Adik dia?” Diya memandang wajah Anida.
“Ya, yang tadi tu….adik En. Carl….Hanim. Kalau Diya nak tahu….adik En. Carl…erm…Cik Hani tu, tunang En. Shah!” berita yang baru di terima itu hampir membuat mata Diya kelam. Terasa nak pitam.
“Tunang?” hampir nak terkeluar biji mata Diya mendengar kenyataan itu. Sungguh tidak di sangka yang cempedak sudah menjadi nangka. Waa…..
“Aik…apasal terkejut bukan main ni?....kecewake?” Anida tergelak kecil.
Diya berdehem. Menyembunyikan rasa hati yang teramat pedih. Rasa macam di tusuk sembilu.
“Nida pun kecewa….kecewa sebab perempuan itu yang jadi tunang En. Shah. Macam tak ada perempuan lain.” kata Anida sambil mengeluh.
“Jadi….perempuan macam tu pilihan dia!” secara tak sedar Diya bersuara.
“Bukan pilihan En. Shah sebenarnya, tapi pilihan Datin Inas. En. Shah tu bukan nak pun dekat perempuan tu…tapi dia terpaksa terima, bosan dengan sikap mamanya yang asyik paksa dia untuk terima si Hani tu….”
Diya diam.
“En. Shah tu layak dapat perempuan yang lebih baik dari tu….dia lelaki yang sempurna dalam banyak aspek. Cuma, kalau bab perempuan….dia kureng sikit…macam orang yang tak ada perasaan. Sebab tu En. Carl selalu usik dia…lelaki hati kayu.” cerita Anida sambil tergelak kecil.
“….tapi….”
Anida berjeda. Seketika dia merenung wajah muram Diya.
Diya membalas. Berkerut dahinya memandang renungan Anida.
“Rasanya….hati En. Shah akan cair bila dia bersama Diya…Diya lupa macam mana renungan dia pada Diya masa mesyuarat tadi? Tajam menusuk ke kalbu!” kata Anida membuatkan Diya terbatuk-batuk.
“Weh, nak bagi statement pun….biar bertempat! Nasib baik Diya tak tercekik. Kalau tak, terpaksalah buat majlis arwah nanti….” balas Diya menahan rasa hati.
Anida tergelak. Diya juga. Memang dia suka mendengar kenyataan itu. Adakah itu bisa terjadi?....memang terjadi pun, dia dan Shah sudah punya ikatan tapi….adakah ikatan itu masih kukuh atau pun dah longgar atau  pun terputus terus? Hanya lelaki itu sahaja yang ada jawapannya.


PULANG dari makan tengahari bersama Anida, Diya di  kejutkan dengan satu jambangan mawar putih di atas mejanya. Diya meneliti seketika jambangan bunga yang di ambil dari atas meja. Anida turut melihat sama. Panjang lehernya cuba meninjau kata-kata yang tertulis dalam kad kecil itu.
For my beautiful lady, Diya.
How sweet?....dari siapa?” tanya Anida selepas membaca kad itu.
“Hmm…kawan. Kenapa…jealous ya sebab tak dapat bunga!” usik Diya sambil mencium bau haruman mawar putih itu.
“Kawan?...bukan kekasih?” usik Anida.
“Kawan ajelah…” balas Diya sambil mengukir senyum. Tahu sangat bahawa jambangan itu pasti dari Aniq.
“Kawan ajelah….” ajuk Anida sambil melangkah ke mejanya bersama senyuman terukir dibibirnya.
Diya mengeleng kepala perlahan.
Tak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Suka tak bunga tu?
Diya membaca mesej yang tertera di skrin telefonnya. Pada awalnya dia agak terkejut kerana itu bukan nombor telefon Aniq yang biasa dia guna. Tapi, apa nak hairan kerana Aniq pakai beberapa nombor telefon. Dia pun pakai dua telefon. Satu, telefon biasa dan satu lagi telefon yang ada internet. Jemy pun ada dua telefon.
Suka, terima kasih.
Balas Diya sambil mengukir senyum. Jambangan mawar putih itu sekali lagi di pandang. Tak apa, sekejap lagi dia akan letak dalam bekas. Biar jadi hiasan untuk mejanya sekali gus dapat menghidu aroma haruman mawar putih itu. Baru semangat nak buat kerja.
“Tapi, kenapa mawar putih?...sebelum ni abang Aniq selalu hadiahkan mawar merah…ini kali kedua aku terima mawar putih macam ni…ah, tak kesahlah…” Diya mencapai sebatang pen. Kerja….kerja…..kerja…

Friday, 1 May 2015

Jadikanlah dia,...jodohku! 4





QILLA menuju ke kaunter sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke restoran itu. Qilla berdiri seketika kerana gadis yang menjaga kaunter ketika itu sedang melayan pelanggan membuat bayaran.
“Terima kasih, datang lagi.” ucap gadis yang memakai tag nama Rafidah itu.
“Kak Qilla, nak jumpa Pak Majid ya...” tegur Rafidah sambil menghulur senyuman.
“Ya, ayah ada?” kata Qilla.
“Ada, kat bilik dia. Pak Majid baru saja balik dari jumpa kawan...” beritahu Rafidah.
“Okey, kak Qilla jumpa ayah kejap.” kata Qilla.
“Erm....kak Qilla nak makan apa-apa tak. Fidah boleh minta Saiful masakkan...” kata Rafidah.
No, thanks. Kak Qilla belum lapar lagi...” kata Qilla.
Qilla segera naik ke tingkat atas yang dijadikan tempat rehat dan bilik tidur untuk pekerja dan juga pejabat untuk pemilik restoran itu. Dia mengetuk perlahan pintu itu.
“Masuk,” kedengaran suara di dalam memberi kebenaran.
Tanpa berlengah, Qilla segera memulas tombol pintu. Kakinya terus melangkah masuk.
“Assalamualaikum, ayah.” kata Qilla sambil menghadiahkan senyuman pada lelaki yang berusia lewat 50 an itu.
“Waalaikumussalam, anak ayah ni dah lama tak datang menjenguk. Sibuk sangatke?” tegur Encik Abdul Majid sebaik sahaja Qilla berlabuh di sofa yang menjadi ruangan untuk pemilik Restoran Rasa Timur itu bersantai dan melayan tetamu.
“Sibuk macam biasalah....ayah sihat?” Qilla merenung wajah ayahnya yang Nampak sedikit susut.
Encik Abdul Majid hanya menguikir senyum sambil mengangguk perlahan.
“Sihat cara orangtua....tak sama dengan sihat orang muda kan!” balas Encik Abd Majid membuatkan Qilla hanya mendiamkan diri.
“Qilla.” panggil Encik Abd Majid bila di lihatnya Qilla mula termenung.
“Ya, ayah.” Qilla segera merenung wajah ayahnya yang mula melangkah ke arahnya dan terus berlabuh di sisi.
“Bagaimana dengan persiapan perkahwinan Qilla bulan depan?” soal Encik Abd Majid sambil merenung wajah Qilla, satu-satunya anak dia bersama arwah Alia.
“Semua berjalan dengan baik...mummy Suraya yang banyak bantu.” kata Qilla.
“Maafkan ayah kerana ayah tak banyak bantu Qilla...tapi ingat, kalau Qilla perlukan apa-apa, jangan segan bagitahu ayah. Sebenarnya ayah segan dengan keluarga Ryan....kalaulah arwah ibu Qilla masih ada....tentu Qilla tak akan rasa terabai macam sekarang....maafkan ayah, ya nak.” Encik Abd Majid memandang wajah Qilla penuh kasih. Memang dia kesal dengan apa yang berlaku. Kalaulah dia mampu mengubah apa yang telah berlaku, pasti dia akan lakukan.
Qilla memegang tangan ayahnya sambil menarik nafas seketika.
“Ayah tak perlu minta maaf. Qilla tahu ayah dah cuba menjadi ayah yang terbaik buat Qilla dan Qilla tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku....pasti ada hikmah di sebalik itu.” pujuk Qilla membuatkan bibir Encik Abd Majid terukir senyuman.
“Terima kasih sayang,” ucap Encik Abd Majid sambil memeluk erat tubuh Qilla. Dahi anak kesayangannya di kucup mesra dengan mata yang bergenang.
“Kalau ada masa....Qilla baliklah jenguk rumah kita....dah lama sangat Qilla tak balik. Nak jenguh ayah kat sini pun....susah. Sekali fikir, Qilla dah tak sayangkan ayah lagi...” suara Encik Abd. Majid kembali sayu.
“Ayah, bukan Qilla tak nak balik rumah....tapi ayah tahukan kenapa Qilla tak berminat nak balik rumah....” kata Qilla dengan wajah kesal.
Encik Abd Majid tunduk seketika.
“Tapi....walau apa pun....Qilla mesti balik. Majlis kawin Qilla akan di adakan di situ. Nanti Qilla bagitahulah ayah, apa yang Qilla nak ubah...” kata Encik Abd. Majid.
“Tak perlu ubah apa-apa ayah....biarlah wedding planner yang uruskan semuanya....lagi pun Qilla tak nak makcik bising....Qilla malas nak gadih dengan dia pasal hal remeh temeh....Qilla dah penat fikirkan pasal mereka bertiga tu...sekali fikir, lebih elok kalau mereka bertiga tu terus hilang dari rumah tu....hidup menyusahkan orang je...” kata Qilla.
Aqillah kembali diam bila menyedari wajah ayahnya mula berubah mendengar kata-katanya tadi.
“Qilla minta maaf kalau kata-kata Qilla tadi menyakitkan hati ayah...memang Qilla redha dengan apa yang berlaku, tapi sebagai manusia…Qilla tak sempurna….” Aqillah mencapai tangan ayahnya, di genggam erat seketika.
“InsyaAllah Qilla, sampai masanya ayah pasti akan tunaikan permintaan Qilla.” kata-kata ayahnya membuatkan Qilla tersentak.
“Apa maksud ayah?” soal Qilla agak tercengang.
“Lupakan aje....jom, temankan ayah makan....rasa laparlah pulak....” ajak Encik Abd Majid.
“Okey, tapi Qilla kena makan sikit aje....” kata Qilla.
“Sikit aje?....dah start dietke?” Encik Abd Majid tergelak kecil.
“Tak adalah....malam ni, Ryan ajak Qilla makan malam di rumah parent dia...kenalah kosongkan perut. Kalau perut dah kenyang...nanti dia fikir apa pulak...” kata Qilla sambil memeluk lengan ayahnya. Mereka sama-sama berjalan keluar dari bilik itu.
“Jangan lupa, sampaikan salam ayah pada mereka.” pesan Encik Abd Majid.
“InsyaAllah....”


KEDATANGAN Qilla ke rumah banglo mewah itu di sambut oleh Datin Suraya dengan senyuman. Wanita cantik dan anggun itu segera memeluk erat tubuh Qilla.
I`m miss you, darling….really-really miss you…” ucap Datin Suraya sambil memegang tangan Qilla.
I miss you too, mummy.” ucap Qilla sambil mengucup tangan wanita itu penuh kasih.
Sejak Qilla dan Ryan sah menjadi tunangan enam bulan yang lalu, Datin Suraya terus meminta Qilla memanggilnya mummy. Dan sikap peramah Datin Suraya itu membuatkan Qilla begitu sayangkannya dan sikapnya itu juga membuatkan Qilla sentiasa teringatkan arwah ibunya.
“Hmm….patutlah awak asyik I miss you….I love you….rupa-rupanya trade mark keluarga awak ya…” bisik Qilla perlahan di sebelah Ryan.
Ryan hanya menayang sengih.
“Jangan-jangan semua perempuan awak ucapkan benda yang sama…” tiba-tiba Qilla melirik ke arah Ryan.
“Hish…mana ada. Just for you and only you….mummy pun, bukan senang mummy nak ucapkan perkataan tu kalau dia tak sukakan seseorang….you are the choose one….sebab tu mummy betul-betul sayangkan awak…..sekarang ni pun, asyik sebut nama awak je….kadang-kadang saya pun rasa jealous….” balas Ryan.
“Ya lah tu….boleh percayake?” Qilla melirik sekali lagi.
Ryan hanya mengangkat bahu.
Believe it or not….up to you, my dear….” balas Ryan dan terus berlalu meninggalkan Qilla termanggu seketika di ruang tamu.
“Ryan, where is Qilla?” kedengaran suara Datin Suraya menegur anaknya.
“Sayang….come here…” laung Ryan membuatkan Qilla mengeleng kepala dan terus mendapatkan mereka di ruang tamu.
“Amboi, kenapa ni?...dah nak bertukar jadi Tarzan….panggil Qilla macam tu aje….mummy tak pernah ajar anak mummy macam tu tau!” Datin Suraya segera memulas telinga Ryan membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Alah mummy ni….sakit tau telinga Ryan ni kena pulas….kalau selalu kena pulas macam ni, cacat telinga Ryan nanti….nanti panjang sebelah…..” kata Ryan sambil mengusap-ngusap telinganya akibat kena pulas tadi.
“Memang patut pun mummy buat macam tu….dia selalu buli Qilla tau, mummy…” adu Qilla.
“Ya, hmm….anak mummy ni nak kena tau….Qilla, bagi tahu mummy kalau dia masih lagi buli Qilla, biar mummy piat-piat aje telinganya…” Datin Suraya mengetap bibir membuatkan Qilla terus melepas gelak.
Ryan mula tarik muka masam.
“Sob….sob….sob….sedihnya….mummy dah tak sayangkan Ryan…nantilah, lepas makan ni….Ryan nak pergi cari batu belah batu bertangkup…..biar dia telan Ryan….” Ryan mula buat drama sedih.
Datin Suraya dan Qilla sama-sama beradu ketawa.
“Alala….anak manja mummy dah merajuk ya….meh sini mummy pujuk….” panggil Datin Suraya.
Tanpa berlengah, Ryan segera bangun dan duduk di sebelah mummynya, segera tubuh Ryan di peluk oleh Datin Suraya dan dia turut menghadiahkan satu kucupan di dahi Ryan. Melihat kemesraan mereka, mata Qilla tiba-tiba berkaca.
“Sayang, kenapa ni?” tegur Ryan sebaik sahaja melihat Qilla cepat-cepat mengesat matanya dengan tangan.
“Sayang, come here…” panggil Datin Suraya dengan suara lembut sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.
Teragak-agak Qilla bangun dan berjalan ke arah wanita itu hingga akhirnya dia melabuh punggung di sebelah mummy Ryan.
“Jangan pernah Qilla rasa keseorangan…mummy sentiasa ada untuk Qilla….mummy dah anggap Qillla ni macam anak perempuan mummy….mummy hanya ada dua orang anak lelaki sahaja dan Qilla….Qilla adalah anak perempuan kesayangan mummy….apa jua masalah, Qilla boleh kongsikan dengan  mummy….” kata Datin Suraya sambil mengucup lembut dahi Qilla membuatkan air mata Qilla terus mengalir.
“Eh, cengengnya awak ni….nangis je….simpanlah air mata tu untuk hari bahagia kita nanti….jangan bazirkan air mata tu untuk benda-benda yang sedih aje….betulkan mummy?” kata Ryan.
Datin Suraya mengangguk perlahan.
“Assalamualaikum.” suara memberi salam membuatkan tiga pasang mata segera menoleh.
“Waalaikumussalam…” jawab mereka bertiga hampir serentak.
“Abang!” Datin Suraya terlebih dahulu bersuara sambil menghulurkan senyuman pada suaminya yang baru muncul. Begitu santai mengenakan kain pelikat dan baju melayu serta berkopiah.
“Apa halnya ni? macam jejak kasih aje….berpelukan bagai….” soal Datuk Ilham kehairanan.
Datin Suraya hanya membalas dengan senyuman.
Mummy ni, daddy….rindu sangat dengan bakal menantu…” usik Ryan.
“Ya ke?....patutlah berpelukan  ni ya….daddy pun rindu juga kat bakal menantu daddy ni….jadi, bolehlah daddy peluk Qilla ni ya!” usik Datuk Ilham membuatkan mata Ryan terbuka luas, begitu juga dengan Qilla.
“Mana boleh, daddy.  Ryan aje yang boleh peluk Qilla…daddy hanya boleh peluk mummy je…” balas Ryan membuatkan mereka yang mendengar terus melepas gelak.
“Tengok tu….cemburu betul orang lain nak peluk buah hati dia…..” kata Datuk Ilham sambil memandang Qilla yang sudah merah mukanya.
“Itu tandanya Ryan betul-betul sayangkan bakal isteri Ryan ni…..” Ryan menaikkan keningnya ke arah Qilla.
“Hmm….Sue, Sue dah bagi tahu along pasal majlis perkahwinan Ryan bulan depan?” tiba-tiba Datuk Ilham memandang wajah Datin Suraya.
“Dah, tapi Sue tak tahu dia dapat balik ke tidak….bukannya abang tak tahu perangai anak sulung abang tu…..asyik dengan kerja 24 jam….bila masanya dia nak fikir pasal kawin…” rungut Datin Suraya.
Don`t worry, Ryan akan cuba pujuk along supaya balik raikan majlis perkahwinan Ryan. Kalau dia sayangkan Ryan…dia pasti akan balik….” kata Ryan.
“Datuk, Datin…makan malam dah di siap di hidangkan…”  Mak Leha selaku pembantu rumah muncul di ruang rehat.
“Terima kasih…” ucap Datin Suraya.
“Jomlah, kita makan….lepas ni mummy nak bincang sikit pasal majlis kamu berdua…” kata Datin Suraya sebelum bangun dari sofa, di ikuti oleh mereka yang lain.