karya

karya

Saturday, 20 July 2013

Diakah Mr. Perfect Aku?13




SHAH mengelap mulut selepas menghabiskan sarapannya. Tangannya mencapai secawan milo dan diteguknya perlahan. Datuk Syed Mustaffa dan Datin Safinas yang turut bersarapan bersama hanya masing-masing diam seolah-olah tiada modal untuk berbicara. Datin Safinas menarik nafas seketika. Dalam fikirannya ada seribu satu perkara yang ingin di bicarakan tapi dia tahu apa yang bakal di bicarakan pasti membuat mood anak lelakinya berubah.
Morning,” suara ceria yang baru kedengaran membuatkan tiga pasang mata itu beralih.
Hazrul hanya menayang senyum.
“ Kenapa lambat, semua orang dah hampir siap sarapan.” Tegur Datin Safinas yang rasa tidak senang kerana anak lelakinya lambat sarapan. Dia berharap suaminya tidak akan membuka mulut.
Sorry, Arul terlambat bangun tadi. Semalam balik lewat.” Selamba Hazrul menjawab dan terus mengambil tempat duduk di sebelah abangnya.
“ Melepak lagi. Tak berubah-ubah. Jangan ingat syarikat tu milik papa, Arul senang-senang nak datang lewat,” Datuk Syed Mustaffa mula bersuara.
“ Abang…” Datin Safinas pula mencelah. Bimbang kalau suaminya naik angin.
I won`t do it again…I`m promise!” sambut Hazrul sambil memandang sekilas wajah abangnya yang nampak segak mengenakan kemeja lengan panjang dan bertali leher.
You always break a promise, son….and I don`t really like it….” Tegas Datuk Syed Mustaffa bersuara memberi amaran sambil meletakkan kain pengelap mulut di atas meja.
“ Arul tahu… and this is my last promise. I`ll change,” janji Arul dengan tenang. Dia sempat mengerling ke arah abangnya yang tersenyum sinis. Mungkin tidak percayakan kata-katanya. Papa juga mungkin berpendapat sama seperti abangnya. Tengok muka pun dia tahu yang papanya tak akan mempercayai janjinya.
“ Abang Shah dah mula masuk kerjake hari ni?” tegur Arul, sengaja tidak mahu dirinya yang menjadi tajuk utama perbincangan mereka di meja makan itu.
“ Hmmm….kenapa? Arul tak suka?” sinis sekali suara Shah kedengaran di telinga Aru. Arul hanya tersenyum nipis.
Nope. I `m happy to hear that….setidak-tidaknya beban kerja Arul akan berkurangan kalau abang Shah masuk kerja,” balas Arul sambil memasukkan nasi goreng ke dalam mulut. Di kunyah laju seolah-olah nasi goreng itu begitu sedap dan menyelerakan.
“ Dah lama Shah bercuti, dah setahun dan papa rasa Shah tak ada masalah untuk uruskan kerja.” Sambung Datuk Syed Mustaffa sambil memandang wajah anak sulungnya.
Dalam hatinya, dia benar-benar bersyukur dan lega kerana Shah akan memulakan kerja. Anak lelakinya ini banyak membantunya menguruskan kerja dan memang dia tak nafikan bahawa Shah terlalu komited dengan kerja, seperti dia. Hampir setahun dia seperti kehilangan sebelah tangan bila Shah bercuti akibat kemalangan itu. Kini , dia sudah boleh bernafas dengan tenang.
“ Ya. Sekurang-kurangnya Shah tak boring duduk kat rumah. Asyik mengadap dinding aje 24 jam.” Balas Shah sambil mencapai tongkat. Sejak dua bulan yang lalu, Shah sudah boleh berjalan seperti biasa dengan bantuan tongkatnya tapi dia masih memerlukan rawatan di hospital. Syafik juga sudah berhenti menguruskan dia sejak 3 bulan yang lalu dan kini anak muda itu telah bekerja di SM Holdings atas saranan Shah dan dipersetujui oleh Datuk Syed Mustaffa berdasarkan kelulusan lelaki itu.
Shah meninggalkan meja makan itu, diikuti oleh Datuk Syed Mustaffa. Datin Safinas masih menemani anaknya, Arul yang nampak begitu selera sekali menikmati sarapan.
“ Pukul berapa Arul balik malam tadi?” soal Datin Safinas perlahan. Bimbang kalau suaminya mendengar. Nanti bising pula. Perangai Arul dan Shah agak berbeza. Arul lebih sukakan hiburan dan banyak menghabiskan masa di luar bersama teman-teman dan kekasihnya tapi Shah, anaknya yang itu lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Sejak dari kecil anaknya itu tidak berminat dengan aktiviti luar. Mungkin kerana itu, dia tidak berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana perempuan. Tak suka menghabiskan masa dengan berpeleseran tak tentu hala.
“ Jam 1, kenapa?...ada masalahke?” jawab Arul acuh tak acuh. Air milo di capai dan di teguk perlahan.
“ Arul, mama tak nak Arul lakukan sesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan papa. Arul kan tahu, papa tak boleh stress .” Datin. Safinas cuba berdiplomasi.
Arul hanya mengangguk perlahan.
“ Arul dah kenyang.” Arul bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah ke ruang rehat. Shah dan papanya sedang berbicara sesuatu.
“ Abang,” Datin Safinas muncul di ruangan itu dengan membawa briefcase suaminya. Di letak di muka pintu sebelum Borhan datang mengambil dan meletakkannya di dalam kereta.
“ Abang balik makan tengahari?” tanya Datin Safinas mengiringi suaminya. Shah hanya mengatur langkah perlahan di belakang orangtuanya, begitu juga dengan Arul.
“ Tak, ada ada lunch dengan client. Tapi malam nanti, abang akan cuba balik awal.” Jawab Datuk Syed Mustaffa sambil menyarung kasut.
“ Shah nak pergi dengan papa atau dengan Arul?” pandangan Datuk Syed Mustaffa terhala ke wajah Shah.
“ Erm…dengan papa aje. Mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita bincangkan dalam kereta nanti.” Balas Shah.
Datuk Syed Mustaffa mengangguk perlahan dan melangkah pergi selepas bersalaman dengan isterinya. Borhan sudah siap menunggu di pintu kereta.
“ Arul pergi dulu.” Arul terus menuju ke kereta Mitsubishi Evonya.
Datin Safinas mengukir senyum sebaik sahaja 3 lelaki yang penting dalam hidupnya beredar pergi. Selepas ini dia akan bersiap untuk ke tempat kerjanya.


KEMUNCULAN Shah di SM Holdings amat di nantikan oleh staff di situ. Maklum sahaja sudah setahun Shah tidak berkunjung ke situ akibat kemalangan yang menimpanya. Berita tentang kedatangan Shah itu sudah diwartakan sejak 3 hari yang lalu oleh Datuk Syed Mustaffa sendiri semasa mesyuarat dengan staff. Sayang sekali Arul tak ada masa tu, sebab itu dia tak tahu yang Shah akan masuk kerja hari ini.
Dalam kereta tadi, ada beberapa perkara yang Shah dan papanya bincangkan.
“ Macam mana rasa?” tanya Datuk Syed Mustaffa sebaik sahaja mereka berdua masuk ke bilik CEO, bilik yang sememangnya di khususkan untuk Shah sejak dia mula menerajui syarikat SM Holdings  5 tahun lalu. Dia terus memegang jawatan itu selepas pulang dari UK walaupun ketika itu dia tiada sebarang pengalaman untuk menguruskannya. Tapi dengan berkat dan usahanya serta tunjuk ajar dari papa serta pegawai yang lain, dia mampu menjalankan tugas dengan baik dan penuh berwibawa. Dan yang paling membanggakan bila dia dihormati sebagai pegawai atasan yang berjaya. Cuma, ada satu sahaja kelemahannya, dia kurang bersikap mesra dan tegas dalam menjalankan tugas sehinggakan ada yang takut dan cemas untuk berhadapan  dan juga berurusan dengannya.
“ Ok.” Balas Shah bersahaja sambil matanya melilau segenap bilik yang pernah di huninya.
“ Papa tak banyak buat perubahan dalam bilik ni, ada ketikanya papa ada di sini kalau ada sebarang keperluan….jangan bimbang, bilik ini di jaga dengan baik oleh Jazmin.” Ujar Datuk Syed Mustaffa sambil memandang wajah anaknya yang bertongkat ke sana ke mari.
Shah berhenti seketika, mengadap ke cermin. Melihat suasana dan fenomena bagi di luar bangunan. Tiba-tiba matanya terpandangkan sesuatu dan hatinya mula tersentak.
“ Shah!” panggilan dari papanya membuatkan Shah tertoleh dengan wajah yang terkejut.
Are you okay?” soal Datuk Syed Mustaffa yang agak terkejut melihat wajah anaknya. Nampak pucat tiba-tiba.
“ Erm…I`m fine.” Balas Shah dan segera beralih ke arah kerusi empuk kulit yang berwarna hitam, segera punggungnya di labuh di situ sambil melepaskan keluhan.
“ Betul ni…Shah tak apa-apa?” tanya Datuk Syed Mustaffa lagi. Dia cukup bimbang melihat wajah anaknya yang mula berubah.
Yes, I am absolutely sure.” Balas Shah perlahan sambil meraup wajahnya agar apa yang di pandangnya tadi akan hilang.
“ Baiklah, papa tak nak ganggu Shah. Tengahari nanti papa akan lunch dengan client, Shah ikut sekali ya!” ajak Datuk Syed Mustaffa sambil memandang wajah anaknya yang nampak sedikit sugul. Entah kenapa wajah anaknya itu berubah tiba-tiba.
“ Hmm…” itu sahaja yang keluar dari mulut Shah.
“ Papa keluar dulu.” Tanpa berlengah Datuk Syed Mustaffa terus keluar dari bilik itu.
Shah menyandarkan badan di kerusi sambil matanya terpejam rapat. Entah kenapa apa yang di pandangnya di luar tadi muncul semula. Dia melihat dua orang gadis yang sedang bergelak tawa  dengan memakai pakaian seragam. Tapi siapa mereka berdua? Wajah mereka pun nampak samar, tak jelas. Shah cuba mengingatkan mereka, namun tak berjaya sehingga  badannya terasa berpeluh dan kepalanya begitu sakit.
Tok….Tok…..Tok…..
Shah tersentak. Dia meraup mukanya selepas membuka mata. Matanya terpegun melihat seorang wanita yang muncul di hadapannya sambil mengukir senyum. Penampilannya kemas. Memakai blazer warna coklat dan seluar panjang, nampak manis dengan tudung layer.
“ En. Shah!” perempuan itu segera memanggil nama Shah membuatkan Shah tersentak. Dan Shah segera berdehem dan membetulkan tempat duduknya.
Come in,” pelawa Shah.
Wanita itu segera melangkah masuk, di tangannya terdapat sebuah diari dan sebatang pen.
Have a seat,” pelawa Shah lagi sambil memberi isyarat agar wanita itu duduk.
Thanks.” Ucap wanita itu sambil mengukir senyum.
Shah memandang seketika wanita yang nampak tenang di hadapannya.
“ Kak Min tahukan hari ni adalah hari pertama saya masuk kerja setelah dekat setahun saya bercuti akibat kemalangan tu kan!” kata Shah memulakan intronya.
Jazmin mengangguk perlahan.  Ada juga dua tiga kali dia menjenguk lelaki itu di rumah dan juga di hospital. Sebagai seorang PA, dia perlu mengetahui apa sahaja yang berkaitan dengan bosnya walaupun tidak secara keseluruhannya.
“ Ya, memang Datuk dah maklumkan dekat akak awal-awal. Tapi untuk hari ini akak tak fixkan apa-apa.” Kata Jazmin.
Shah mengangguk perlahan.
“ Tak mengapa. Kalau kak Min fix pun, saya akan minta akak batalkan. Untuk hari ini, saya cuma nak sesuaikan diri dengan suasana kerja, maklumlah dah setahun jadi penganggur terhormat, terasa kekok pulak nak mulakan kerja.” Shah ketawa kecil di hujung katanya. Jazmin hanya mengukir senyum.
“ Rasanya belum terlewat untuk akak ucapkan selamat memulakan kerja ya. Harapnya kita dapat bekerja dan bekerjasama dengan sebaik mungkin, seperti tahun-tahun yang sudah.” Kata Jazmin membuatkan Shah mengangguk-angguk kepala. Mengiyakan kata-kata wanita yang berusia 35 tahun itu.
“ Untuk urusan kerja  hari ini, akak tolong bawakan mana-mana fail dan dokumen yang penting dulu. Saya nak semak. Boring pula kalau tak buat apa-apa nanti.” Kata Shah. Bukan dia orangnya kalau datang kerja hanya untuk goyang kaki. Lainlah kalau Hazrul, suka sangat menanguhkan kerja. Lebihkan aktiviti luar dari urusan kerja.
“ Baiklah, akak keluar dulu. Er….En. Shah nak minumke?....akak buatkan!” kata Jazmin yang sudah pun tegak berdiri. Bersedia untuk keluar dari bilik mewah itu.
“ Tolong bawakan saya botol mineral dan gelas kosong.” Kata Shah.
“ Sekejap ya.” Jazmin terus berlalu.
Shah terus membuka laptopnya untuk melihat apa sahaja perkembangan tentang skop kerjanya yang sudah lama di tinggalkan. Dua minit kemudian, Jazmin muncul semula dengan membawa sebotol mineral dan satu gelas kosong. Di letak atas meja dan dia berlalu pergi dan muncul semula 5 minit kemudian dengan membawa beberapa fail.
“ Ini fail dan dokumen yang perlu En. Shah teliti. Akak dah letak note pada bahagian penting. En. Shah check ya.” Kata Jazmin.
“ Ok. Thanks.” Ucap Shah.
“ Akak keluar dulu. Kalau En. Shah nak apa-apa, jangan lupa maklumkan.” Kata Jazmin lagi.
Yup. Nanti lepas ni, akak jangan mengeluh dan merungut pula kalau saya bagi akak banyak kerja.” Shah memandang wanita anggun di hadapannya.
I know that and I know you very well.” Shah mengukir senyum nipis sambil memandang Jazmin yang sudah pun mengukir senyum.
“ Ya, saya tahu. Saya memang selesa bekerja dengan kak Min. Kalau dengan orang lain, saya rasa…mereka tak akan faham apa yang saya inginkan….” Secara jujurnya, dia senang bekerja dengan Jazmin. Wanita itu memahami kehendaknya, tidak mudah melenting, malah kerjanya kemas dan teratur.
“ Dan….secara jujurnya, akak sukakan En. Shah yang sebelum ini….bukan En. Shah yang asal…” Jazmin memandang wajah Shah dengan tenang. Tidak sedikit pun rasa takut bila wajah Shah mula berubah.
“ Maksud akak?” tanya Shah dengan dahi yang berkerut. Wajah PAnya itu di pandang dengan pelbagai soalan.
“ Sekarang….ingatan En. Shah dah pulihkan selepas kemalangan hari tu. Tapi akak lebih sukakan En. Shah yang hilang ingatan tu…”
 Jazmin terdiam. Tapi dalam diam, dia menyalahkan diri kerana membangkitkan soal itu. Bimbang kiranya kata-kata tadi menimbulkan kemarahan lelaki di hadapannya.
Lama juga Shah memandang wanita itu. Menanti Jazmin meneruskan kata-katanya.
“ Apa yang tak kena dengan diri saya yang asal?” soal Shah tak sabar bila Jazmin terus diam.
“ Er….erm….lupakan aje. Anggap aje akak tak pernah cakap benda tu. Akak keluar dulu.”
Tergesa-gesa Jazmin keluar dari bilik itu. Shah ingin membuka mulut untuk bertanyakan hal itu. Tapi tak sempat. Dia hanya mampu memandang pintu yang sudah tertutup rapat.
`Kenapa dia kata macam tu?` soal Shah mula bingung mengingatkan kata-kata Jazmin tadi.


SHAH ralit meneliti dokumen yang ada di hadapannya. Sudah agak lama dia tidak mengadap benda ini. Terasa kekok pula. Deringan handphone yang ada di hadapannya membuatkan tumpuan Shah beralih. Dia merenung seketika nama yang tertera di skrin. Serba salah di buatnya.  Akhirnya dia menjawab juga panggilan itu.
“ Hello.” acuh tak acuh panggilan itu di jawab.
“ Hai, sayang. Buat apa tu?” ceria dan manja sekali kedengaran suara di hujung talian. Shah mengeluh perlahan.
`Hai, tak ada kerja gamaknya perempuan ni! Kalau tak ganggu hidup aku tak bolehke?` rungut Shah sambil mengetap bibir.
“ I banyak kerja ni. You ingat I ni macam you ke….goyang kaki?” dengus Shah sedikit kasar. Tak kesah pun kalau gadis itu terasa. Dia lagi senang. Harapnya lepas ini perempuan itu akan serik untuk menghubunginya lagi.
“ Amboi, garangnya.” Terdengar gelak manja di hujung talian itu. Tak terasa dengan kata-kata Shah.
Shah memejam mata seketika. Cuba menyabarkan diri.
“ Serius. I betul-betul sibuk ni. You jangan ganggu I, boleh tak?” jerit Shah membuatkan telinganya mendengar helaan panjang.
“ Sayang, sorry kalau I ganggu you…I call ni just nak wish good luck sebab I tahu you masuk kerja hari ni….tapi tak sangka pula niat baik I ni di salah ertikan.” Lirih kedengaran suara gadis itu.
Shah mula rasa bersalah. Memang tak sepatutnya dia marah dan herdik Hanim, gadis itu tak bersalah. Cuma dia…sejak dari dulu lagi dia memang tak senang bila gadis itu sentiasa mahu menyendeng di sisinya. Dia rimas. Bukan kata Hanim tak cantik, tak menawan, tak seksi atau tak mengiurkan tapi…seikhlasnya, dia tak dapat menerima gadis itu. Kenapa? Dia tak punya jawapan. Kalau pun ada yang memaksa untuk mengetahui jawapannya, dengan mudah dia akan memberikan jawapannya. Dia memang tak pernah ada perasaan pada gadis itu. Sedikit pun memang tak ada. Mungkin gadis itu bukan pilihan hatinya atau bukan jodoh yang di tetapkan untuknya. Sebab itu dia sukar nak menerimanya walaupun di paksa.
“ Hani, I minta maaf. I…” Shah menggaru kepalanya memikirkan kata-kata yang sesuai untuk di utarakan.
“ Tak perlu. I faham dan cukup faham. You tak perlu kata apa-apa lagi, bye!” kata Hanim membuatkan Shah termanggu selepas gadis itu memutuskan talian tiba-tiba. Nampaknya gadis itu terasa dengan sikap dan kata-katanya. Kenapa Hanim sensitive? Dulu tak ada pun. Buat seketika dia cuba membandingkan sikap Hanim yang sekarang dengan yang sebelumnya. Tak banyak yang berbeza. Masih banyak yang sama. Dan perasaannya pada gadis itu tetap sama. Tak boleh terima.
`Ah! Pedulikan. Lagi elok kalau dia tak kacau hidup aku, aman sikit.` detik Shah sedikit lega. Malas nak fikirkan pasal gadis itu.
“ Boleh aku masuk?” suara garau kedengaran selepas dia mendengar dua kali pintu biliknya di ketuk. Shah memang dapat menganggak siapakah pemilik suara itu.
“ Masuk ajelah, macam tak biasa pulak kau ni!” kata Shah membuatkan wajah lelaki di muka pintu itu mula mengukir senyum lebar.
Welcome back!” Shah menyambut huluran tangan Carl. Lelaki itu dipersilakan duduk.
“ Kau dari mana ni?...sejak dari tadi tak nampak lubang hidung kau, mengular ya!” Shah memandang wajah lelaki yang baru sahaja duduk di depannya.
“ Tak adalah, aku baru balik dari site, terus datang jumpa kau,”  jawab Carl sambil mencapai sebatang pen, di ketuk-ketuk perlahan di atas meja sambil mengukir senyum.
Shah memandang wajah kacak di hadapannya. Carl menyandar badannya di kerusi sambil menayang senyum. Sejak dari tadi mulutnya tak di tutup, senyum memanjang. Patutlah ramai perempuan yang datang menyendeng. Senyumannya manis mengalahkan gula.
“ Amboi, kau ni pandang aku macam nak menggoda aje!...kau, jangan. Aku ni lelaki tulen. Tak main cara songsang tau!” suara Carl nampak sedikit resah sambil membetulkan duduknya. Gelabah semacam. Dahinya pun dah sedikit berpeluh walaupun berada di bilik yang beraircond.
` Aik, takkanlah dia sukakan aku kut?` detik Carl dengan mata yang mengecil memandang wajah teman yang merangkap bosnya. Terasa bulu romanya dah mula menegak. Seram.
“ Takkanlah wayar kat kepala kau dah putus  sebab acciedent tahun lepas, …kau ni dah suka sama jantina ya! Kau nak kena laknatke?” bulat mata Carl memandang wajah Shah.
Tiba-tiba meledak tawa Shah. Geli hatinya melihat temannya yang sudah macam cacing kepanasan. Aku renung sikit dah gelabah, ha….ha….ha….tak adalah macho mana pun kawan aku ni!
“ Hoi, mangkuk. Kau ingat aku ni tak ada imanke? Tak tahu nak fikirkan dosa dan pahala. Aku ni masih waras lagi. Tak ada mana-mana wayar  pun yang terputus kat kepala aku ni!” Shah tergelak besar. Seronok pula mengenakan teman baiknya itu.
“ Habis, yang kau pandang aku semacam aje tadi, kenapa?... Tersentap aku tau!” Carl mengurut dada.
 `Ingatkan kawan aku ni memang dah songsang. Nasib baik masih normal lagi. Semput aku di buatnya!`. Peluh yang menitik di dahi di sapu dengan tangan. Fuh! Alhamdulillah. Lega.
“ Kau ni, aku pandang sikit pun dah tergoda?...kalau aku pandang perempuan kat luar sana…kau yakin dia orang pun akan tergodake?” sengaja Shah bertanya walaupun dia tahu jawapannya. Hanya nak tahu pandangan kawannya itu. Kan kawannya ini playboy KL. Semua perempuan dia sapu. Dah tak pandang kiri kanan, belakang depan. Yang ada depan mata, terus dia mengayat. Tak pernah gagal pulak tu. Tu yang member dia ni bangga sangat.
“ Aku memang tak nafikan yang senyuman dan renungan mata kau memang menggoda, superb. …dan aku jamin 100% yang perempuan kat luar sana tu pasti hysteria kalau tengok renungan kau tadi. Silap-silap haribulan, beratur perempuan masuk kat Tanjung Rambutan sebab gilakan kau!” balas Carl sambil tergelak kecil membuatkan Shah menaikkan keningnya.
“ Kalau ya pun nak bagi statement…biarlah logik sikit. Kau ingat semua perempuan akan cair dengan godaan dan renungan lelaki ke?” kata Shah dengan dahi yang berkerut. Eh, dahsyat tu. Boleh percayake?
“ Kau tak nak cubake?...kan selama ini kau ni hati kayu, dingin macam salju…mana tahu kau nak ubah selera. Takkanlan selamanya kau nak teruskan hidup dengan cara kau tu. Tak mencabar langsung. Kau tak rasa bosanke? Rugi aje hidup. Tak enjoy langsung, tak rasa nikmat hidup.” tempelak Carl.
Memang dia selalu juga keluar malam dengan Shah tapi tahu-tahu sajalah perangai temannya ini, buat dek aje kalau perempuan pandang atau nak tackle dia. Macam orang tak ada perasaan. Patutlah di gelar hati kayu.
“ Sebab tu ada yang mengatakan, kalau nak pilih kawan, pilihlah kawan yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan, bukannya kawan yang membimbing kita ke jalan kesesatan. Jadi, sebagai kesimpulannya, kau ni kawan yang macam mana?” tempelak Shah sambil menaikkan kening.
 Carl menelan liur. Mukanya sudah mula bertukar biru dan berpeluh.
Shah mengukir senyum.
Gulp….Dush! Terkena sebijik aku, pedihnya….
Sorry, aku tarik balik kata-kata aku ya.” Carl menyusun merapatkan kedua-dua tangannya memohon maaf.
Bro, sebenarnya…aku juga lelaki yang normal. Hati aku bukan dingin dan aku juga bukan lelaki kayu. Aku adalah lelaki biasa tapi kalau Allah tak bukakan pintu hati aku untuk terima seseorang, aku tak boleh nak buat apa. Aku tak nak, kerana rupa dan kekayaan yang aku miliki…aku salah gunakan. Aku tak nak tanggung dosa dengan menganiya perasaan orang yang tidak bersalah.” Kata-kata Shah membuat Carl tersentap. Wajahnya berubah.
Adoi, terkena lagi sebijik. Lagi sadis, dapat tazkirah percuma. Apa la punya nasib aku hari ini….malunya beb!
“ Aku…aku….” Tergagap-gagap Carl nak meneruskan kata.
“ Aku tak pernah salahkan kau. Malah aku gembira kerana kau adalah kawan aku. Kita kenal dan membesar bersama sudah lama. Jadi, aku harap kau tak salah anggap dengan kata-kata aku tadi!” Shah mengeluh perlahan.
Carl mengangguk perlahan. Dia terpegun sebenarnya. Selama dia mengenal Shah, lelaki itu sentiasa menjaga pergaulannya, malah dia tak pernah melihat Shah rapat dengan mana-mana perempuan kecualilah dengan Hanim. Mungkin kerana itu juga dari dulu sampai sekarang Hanim mendambakan lelaki itu. Bukan salah Hanim kalau hatinya terpaut pada lelaki itu. Shah di lahirkan dengan cukup sifat, kacak, berpersonaliti, baik, kaya, ada kerjaya dan juga bijak. Ciri-ciri yang sememangnya menjadi idaman mana-mana perempuan. Tapi lelaki itu tidak pernah menyalah gunakan apa yang dia ada dan dia miliki dan kerana itu ramai yang menganggap dia lelaki yang sombong dan ego. Tapi bukan dia. Dia kenal siapa Shah. Dan…dia memang menghormati lelaki itu sesungguhnya!



ANIQ termenung panjang sambil menongkat dagu di meja. Sehari dua ni dia memang tiada mood untuk
kerja, otaknya menjadi tepu. Matanya merenung ke arah smartphone yang ada tidak jauh darinya. Hatinya mula berdolak dalik.
`Nak call dia atau tak, kalau aku call dia tak jawab. Kalau aku tak called, aku pula yang tak senang duduk, apa yang patut aku buat?` Aniq mengeluh lagi. Dalam masa lima minit ini, sudah banyak kali dia mengeluh. Kalau ada yang melihat keadaannya saat ini, pasti akan mengatakan yang dia sudah tak betul. Lagak macam orang mati bini atau bergaduh dengan pasangan. Tapi hakikatnya, kedua-dua itu tidak benar sama sekali.
Mata Aniq tertumpu ke muka pintu bila telinganya menangkap bunyi ketukan.
“ Masuk!”
Pintu di kuak perlahan dan mata Aniq tepat terarah ke muka pintu.
“ Dad!”
 Mulut Aniq terbuka dan terpegun bila di hadapannya berdiri lelaki segak dan tampan walaupun sudah sedikit berusia tapi kekacakannya tetap terserlah. Tak mustahillah lelaki itu memiliki anak yang cukup tampan bergaya seperti dirinya. Hasil gabungan dua negara.
Datuk Mukhriz terus menapak ke hadapan sambil mengukir senyum pada anak muda di hadapannya yang sudah pun berdiri. Kini mereka di jarakkan dengan meja.
 “ Jemput duduk, dad.” Pelawa Aniq sedikit gentar. Jarang ayahnya bertandang ke bilik ini kalau tidak kerana ada urusan penting. Ayahnya sentiasa sibuk, maklumlah syarikat milik daddynya ini adalah sebuah syarikat arkitek yang terkenal di ibu kota ni.
Datuk Mukhriz segera melabuhkan kerusi di hadapan anak bujangnya. Wajah anak tunggalnya di renung seketika. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya tertanya-tanya.
Son, do you have any problem?” soal Datuk Mukhriz dengan wajah tenang.
Aniq terpegun. Duduknya mula rasa tak selesa.
I`m okay…everything is okay!” balas Aniq cuba menyembunyikan apa yang sedang membelenggu dirinya.
Datuk Mukhriz tergelak kecil tiba-tiba membuatkan dahi Aniq berkerut.
`Apa yang lucunya dengan jawapan yang aku berikan sampaikan dad boleh gelak semacam aje ni?` Aniq menggaru kepala. Bingung. Atau dia ada tersalah cakap. Rasanya tak ada.
“ Apa yang lucunya sampai dad gelak semacam aje ni?” akhirnya Aniq bertanya.
Are you sure …you are okay?” tanya Datuk Mukhriz sambil merenung tepat wajah Aniq, masih ada sisa tawa di hujung suaranya.
Gulp. Aniq menelan liur.
“ Erm….actually, I`m not okay,” akhirnya Aniq mengaku.
Senyuman terukir di bibir Datuk Mukhriz. Memang tepat tekaannya.
I think you should take a rest and go to somewhere….I mean…take a vacation.” Cadangan itu membuatkan mulut Aniq sedikit ternganga.
What for?....takkanlah Aniq nak tinggalkan kerja Aniq, lagi pun banyak kerja yang perlu Aniq uruskan.” Sangkal Aniq. Tak pernah-pernah daddynya memberi cadangan ini, tetiba aje. Kenapa?
Lately, you are not yourself. Apa kata Aniq ceritakan pada daddy masalah yang sedang membelenggu Aniq sekarang! Jangan ingat daddy tak tahu…” kata Datuk Mukhriz lagi.
“ Maksud daddy?” tanya Aniq sambil memandang wajah tenang daddynya.
Datuk Mukhriz tergelak kecil. Walaupun dia sibuk menguruskan kerja dan syarikat, hal keluarga dia tak pernah abaikan. Dia sentiasa menjaga hal kebajikan anaknya walaupun tidak secara langsung  walaupun ketika ini, Aniq bukannya berusia 7 tahun, tapi sudah 27 tahun. Sudah cukup dewasa tapi baginya, Aniq tetap anaknya yang memerlukan perhatian dan sokongan. Dia rela melepaskan segalanya demi kebahagiaan anak tunggalnya itu.
Who`s that girl?” tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulut Datuk Mukhriz membuatkan mulut Aniq betul-betul ternganga. Tergamam sebenarnya.
“ Dad!” hanya itu yang mampu Aniq suarakan. Dia terkesima dengan pertanyaan daddynya itu.
“ Er…macamana dad…”
I know you, son.  My only son that I have. Selama ini daddy hanya perhatikan dari jauh. Tapi…daddy rasa sampai masanya  daddy patut masuk campur.” Kata Datuk Mukhriz.
Aniq mengeluh perlahan. Baginya, hal ini bukannya besar dan serius, dia bisa menguruskannya sendiri. Lainlah kalau dia benar-benar buntu.
No. Not this time. I can handle by myself….don`t worry.” Balas Aniq.
Kali ini Datuk Mukhriz pula yang mengeluh, kecewa kerana keperihatinanya tidak di hargai. Sedangkan dia ikhlas mahu menolong. Dia tahu, anaknya kini sedang di landa masalah. Kalau tidak, anaknya tak akan menghabiskan masa dengan termenung saja. Bukan hanya dalam bilik kerja, di masa-masa terluang tapi juga dalam mesyuarat. Bukan masalah pasal hutang, tapi pasal soal hati. Dia tak mahu hati anaknya parah.
Bagi Aniq pula, hal ini biarlah dia yang menyelesaikan. Tak perlulah daddynya masuk campur. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, dia memang perlukan bantuan daddy untuk menghantar rombongan merisik. Tapi sekarang, semua ini masih lagi samar-samar. Kalau tidak, tak adalah dia termenung memanjang kebelakangan ini.

Thursday, 18 July 2013

Jauh Di Sudut Hati 2






JULIANA masih lagi termenung di atas katil. Wajahnya jelas kelihatan muram dan resah. Sudah semalaman dia menangis dan berendam air mata. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa hasratnya yang menggunung tinggi itu musnah gara-gara kejadian yang berlaku malam tadi. Apa yang akan di fikirkan oleh mak nanti kalau apa yang berlaku padanya diketahui oleh mak. Pasti hati tuanya benar-benar kecewa dan malu. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu hati emaknya terluka. Selama ini, mak dah banyak berkorban untuknya dan adik-adik. Sejak 10 tahun yang lalu, mak telah bekerja keras untuk menyara dia, Azri dan Wajdi selepas kematian ayah kerana penyakit kencing manis.
“ Liana, boleh aku masuk?”
Tersembul wajah Ida Maria di muka pintu. Tanpa menunggu jawapan, dia terus menapak dan menghampiri Liana yang masih berteleku di atas katil bujangnya. Segaris senyuman dihadiahkan buat Juliana.
“ Liana, kau masih fikirkan tentang kejadian malam tadi?” soal Ida sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katil.
“ Ida, aku …aku tak tahu apa yang patut aku fikirkan sekarang. Seumur hidup aku, aku tak pernah menginginkan kejadian ini berlaku dalam hidup aku…malah minta dijauhkan tapi….” Juliana bersuara sambil cuba menahan sebak di dada.
“ Begitu juga dengan abang aku. Dia benar-benar kesal dengan apa yang telah berlaku. Dan dia rasa benar-benar bersalah kerana melibatkan kau. Tapi percayalah…pasti ada hikmah disebalik semua ini. Tak ada orang yang minta kejadian ini berlaku dalam hidupnya dan kejadian ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Jadi, aku faham perasaan kau!” pujuk Ida sambil mengusap lembut bahu Liana dengan harapan temannya itu dapat bertenang.
“ Tapi Ida, aku bengang sangat sekarang. Kau pun tahukan yang aku datang sini sebab aku nak hadir temuduga…aku dah boleh bayangkan perasaan mak aku kalau dia tahu perkara ni. Aku tak mahu dia rasa kesal, sedih dan malu dengan apa yang berlaku. Aku benar-benar harap aku akan berjaya  mendapat pekerjaan, seterusnya membantu mak aku….dah lama kami hidup dengan serba kekurangan!” Liana menyapu air mata yang makin laju mengalir keluar.
“ InsyaAllah…kau pasti akan dapat pekerjaan tu dan  kau mesti yakin. Buat sementara waktu ni, kau cuba lupakan dulu kejadian malam tadi…tumpukan perhatian kau pada interview yang akan kau hadiri nanti. Kalau kau dah siap, aku tolong hantarkan kau!” Ida turut simpati dengan apa yang telah berlaku.
“ Tak menyusahkan kau ke?” Juliana memandang wajah temannya. Serba-salah pula kerana turut melibatkan teman baiknya itu.
“ Ya. Kau ni memang menyusahkan aku sejak dari dulu lagi….” jawapan yang diberikan oleh Ida membuatkan Juliana benar-benar tersentak. Serta-merta wajahnya tertunduk. Seboleh-bolehnya dia cuba menahan sebak di dada. Sayunya hati hanya Allah yang tahu.
“…Liana sayang…aku cuma gurau ajelah….takkanlah pasal tu pun aku nak berkira dengan kau…kau pun fikir aku macam tu ke selama kau kenal aku!”
Ida segera memeluk bahu Liana sambil tergelak kecil kerana merasakan Juliana ambil peduli usikannya tadi. Simpatinya begitu tinggi terhadap Juliana bila mengenangkan apa yang telah berlaku.
“ Tapi betullah kata kau tu…sejak kita kawan, aku banyak menyusahkan kau. Malah kini…aku turut melibatkan abang kau!”
 Liana menyapu air mata yang mula bergenang di kelopak matanya dengan tangan.
“ Liana…listen…kejadian malam tadi bukan kehendak kau atau pun abang aku…apa yang berlaku malam tadi adalah takdir!”
Ida memujuk agar Liana tidak terus menyalahkan dirinya dengan apa yang telah berlaku.
“ Dahlah..tak payah nangis lagi…nanti mata kau tu bengkak….susah pula kau nak jawab dengan penemuduga tu nanti!... kau bersiap ya, nanti terlewat. Aku tunggu kau kat bawah. Jangan lupa bawa semua benda –benda yang penting untuk interview nanti ya!”
Ida meninggalkan Liana yang masih termanggu di katil.  Gusar betul hatinya memikirkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Masuk hari ini dah kira 6 kali dia dipanggil untuk ditemuduga tapi setakat ini tak satu pun yang melekat. Setahun sudah berlalu sejak dia berjaya menggulung ijazah dalam bidang perakauan.
Juliana mengeluh seketika sebelum kembali mengingatkan ada tugas yang perlu dilaksanakan selepas ini. Dia segera turun dari katil. Dia perlu menyiapkan apa yang patut.
Setelah memastkan semua benda yang patut di bawa telah sedia, dia mengunci pintu rumah. Ketika itu Ida  sudah pun berada di dalam kereta menunggu enjin kereta perodua myvinya panas sebelum memulakan perjalanan.
“ Dah ready?” soal Ida sebaik saja Liana masuk ke dalam kereta.
Liana sekadar mengangguk perlahan dan menghadiahkan senyuman sedangkan hatinya sudah berdebar. Macamlah tak pernah menghadiri temuduga sebelum ini.
“ Aku yakin kau akan dapat peluang tu…banyakkan berdoa ya!” kata Ida sebelum menukar gear.
“ Terima kasih…harap-harap masinlah mulut kau hari ini!” Liana tergelak kecil, sengaja mahu menutup debaran.
Ida nampak begitu tenang memandu kereta kesayangannya. Sesekali Liana menoleh ke arah temannya itu. Hatinya ingin bertanya tentang lelaki yang dikenali dengan nama Zulkifli yang merangkap abang kandung kepada Ida Maria. Tapi mulutnya berat untuk bertanya.
“ Liana, tadi abang aku call….” Ida berhenti bersuara seketika bila melihat Liana tersentak, terkejut. Entah apalah yang di fikirkan oleh Liana saat ini.
“ A…abang kau call…ke…kenapa?” tergagap-gagap Liana bertanya membuatkan Ida tergelak seketika.
“ Apasal kau tergagap tiba-tiba ni?....”
“ A…aku…er….kau rasa abang kau tu marahkan aku ke pasal kes malam tadi?” Liana merenung wajah Ida yang kembali memberi tumpuan ke hadapan.
“ Tak…dia tak marahkan kau… sebaliknya dia kesal sebab membabitkan kau… dia rasa bersalah sangat sebab datang ke rumah kita malam tadi….dia pun tak tahu perkara tu boleh berlaku!” kata Ida perlahan.
Liana terdiam.
“ Entahlah…sukar nak percaya apa yang berlaku malam tadi…aku bingung bila memikirkannya. Masa tu aku baru aje keluar bilik nak mandi dan ternampak seorang lelaki kat ruang tamu…punyalah terkejut aku. Tapi aku sempat juga bertanya siapa dia…belum pun sempat dia menjawab,….tiba-tiba pintu rumah di ketuk…Macam mana pihak jabatan agama boleh datang buat rondaan kat kawasan  rumah kita masa tu sedangkan selama ini tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.  Lagi pun kawasan rumah kita tu kebanyakannya rumah yang berkeluarga, hanya beberapa rumah aje yang penyewanya masih bujang tapi tak ada dengar pulak mereka buat perangai tak senonoh!” sesungguhnya Liana pening memikirkan apa yang terjadi padanya.
Ida mendengus perlahan. Wajahnya turut muram. Tangan kirinya menyentuh seketika tangan Liana, cuba memberi semangat dan sokongan.
“ Mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku. Agaknya jodoh kau tu memang telah ditetapkan dengan abang aku kot!” Ida tergelak seketika membuatkan Liana menarik muka masam. Kurang senang mendengar gurauan temannya.
“ Ah! mengarutlah…lagi pun antara aku dan abang kau tu jauh bezanya….macam langit dan bumi!” Liana bersuara.
“ Liana, tadi abang Zul call aku…dia nak jumpa kau. Dia akan datang jemput  kau petang nanti. Kau pun tahukan yang aku memang dah lama nak kenalkan kau dengan abang aku tu tapi kau yang asyik menolak…alih-alih hujan tak, ribut pun tak…korang berdua kena tangkap basah!” Ida merenung wajah Liana yang mula dilanda resah.
“ Er…abang kau nak jumpa aku?...petang ni?...nak buat apa?” Liana makin kelam kabut. Sememangnya dia belum bersedia untuk bersemuka dengan abang Ida.
“ Mungkin dia nak bincang pasal apa yang telah terjadi malam tadi…abang Zul aku tu baik orangnya…kau jangan risau. Hmm…apa pendapat kau sebenarnya pada abang aku?...kau rasa dia tu handsome tak?” Ida tersengih menayang giginya.
No komen…”
Liana mengangkat bahu. Dia tidak bersedia untuk memberi sebarang komen, apa lagi untuk bersemuka.
“ Kalau kau nak tahu, dah hampir 7 tahun abang Zul tu menduda selepas kematian kakak ipar aku!”
Terlopong mulut Liana mendengarnya. Betulkah? Perlahan-lahan dia menelan liur.
“ 7 tahun abang kau menduda?...takkanlah dia tak pernah cari pengganti…tak sangka ada juga yang sanggup menunggu sampai begitu lama.” timbul perasaan kagum di hati Liana mendengarnya. Tak sangka begitu setia abang Ida terhadap arwah isterinya.
“ Kekadang aku pun tak faham perangai abang Zul…dia tu agak pendiam sikit terutama dengan orang yang dia tak kenal tapi  hubungan aku dan dia memang rapat! Walaupun dia tu jenis yang agak pendiam tapi dia seorang yang romantic. Aku yakin kau akan bahagia hidup di samping dia…percayalah cakap aku!”
“ Kau ni kan…bercakap tu…macam confident sangat. Sebenarnya,…aku tak nak fikirkan pasal kawin lagi, buat masa sekarang aku hanya mahu dapatkan pekerjaan untuk membantu keluarga aku… aku harap abang kau dapat selesai masalah semalam dengan secepat mungkin…aku yakin, dia juga tak bersedia untuk mengubah statusnya dalam masa yang terdekat ini kan.”
Liana benar-benar berharap abang Ida Maria akan membuat keputusan yang bijak untuk menyelesaikan masalah mereka. Buat masa sekarang dia mahu menumpukan perhatian untuk membantu keluarganya sebelum memikirkan soal dirinya.
“ Tapi  Liana, kalau Tuhan dah tetapkan jodoh kau dengan abang Zul…kau tak akan dapat menolaknya. Aku gembira kalau kau bertemu jodoh dengan abang Zul dan menjadi kakak ipar aku!” kata Ida.
“ Aku belum bersedia dan buat masa sekarang aku tak nak fikirkan pasal tu!” Liana cuba menyangkal.
“ Apa-apa pun aku mendoakan yang terbaik untuk kau…” kata Ida dan sekali gus memberhentikan keretanya.
Thanks…doakan semoga aku berjaya ya!” ucap Liana.
“ Ya….good luck!” ucap Ida sebelum berlalu.

************

LIANA hanya diam membisu sejak dari tadi. Lelaki yang berada di hadapannya begitu tenang meneliti setiap menu yang tertera pada buku yang dipegangnya tanpa menghiraukan debaran yang sedang melanda hati Juliana saat ini. Sesekali sempat juga Liana membelek wajah lelaki di hadapannya. Segak dan kemas orangnya. Wajahnya yang ditumbuhi jambang dan misai itu di jaga dengan rapi membuatkan penampilannya nampak begitu bergaya.
Well….apakah nama yang patut saya panggilkan untuk saudari?” tanya lelaki itu setelah selesai membaca menu yang tertera di hadapannya.
“ Er….panggil aje Liana!” tergagap-gagap Liana bersuara. Mungkin disebabkan dia terkejut di sergah tiba-tiba. Sangkanya lelaki di hadapannya masih tidak mempedulikan dia yang sedari tadi hanya sebagai patung cendana.
“ Hmm…Liana. Cantik nama tu…padan dengan orangnya!” pujian dari lelaki itu membuatkan Liana tertunduk malu.
“ Liana boleh panggil saya abang…atau pun abang Zul. Nama penuh abang…Iskandar Zulkarnain. Liana…nama penuhnya?...malam tadikan kita tak sempat nak berkenalan secara rasmi…terus kena cekup!” Zulkarnain ketawa kecil mengenangkan apa yang berlaku pada mereka malam tadi. Cukup mengaibkan.
“ Nama penuh saya…Juliana binti Mohd Shukri!” beritahu Liana.
“ Ok. Sekarang kita dah saling kenal dan tahu nama masing-masing. Jadi, Liana tak perlu segan dengan abang lagi…. Liana nak makan apa?” Zul memandang wajah Liana yang kelihatannya masih kekok berhadapan dengannya.
Liana hanya mengeleng kepala.
“ Minum?”
Fresh orange!” beritahu Liana.
Zul mengeluh perlahan. Kecewa dengan penolakan Liana. Beria-ria dia meneliti setiap menu yang tertera tadi…tapi alih-alih Liana hanya memesan minuman sedangkan dia sudah kelaparan. Akhirnya dia hanya memesan minuman juga.
“ Macam mana dengan interview tadi?” tanya Zul bila melihat Liana hanya mendiamkan diri.
“ Macam biasa. Dah banyak kali dapat interview, tapi tak satu pun yang melekat…mungkin belum ada rezeki lagi!” Liana mengeluh perlahan. Kecewa dengan nasib yang sedang di hadapinya. Kerja tak dapat tapi sebaliknya musibah yang diterima.
“ Selepas tamat belajar…Liana buat apa?” tanya Zul sengaja menarik perhatian Liana untuk terus berbual dengannya.
“ Macam-macam. Kerja kat pasar raya, kerja kilang  dan juga jadi guru tuisyen. Entahlah…susah nak dapat kerja tetap sekarang walaupun dah ada degree. Apa lagi orang kampung macam Liana. Persaingan sekarang cukup sengit. Kesian mak kat kampung…dia benar-benar harap Liana dapat membantunya tapi…tambahan pula apa yang berlaku pada Liana malam tadi, pasti buat mak betul-betul kecewa!” Liana tunduk menahan sebak.
“ Itulah sebabnya abang nak jumpa dengan Liana. Abang nak bincangkan pasal kejadian yang menimpa kita malam tadi!” Zul bersuara membuatkan mata Liana terus terpaku menatap wajah lelaki itu. Dia menelan liur. Takut untuk mendengar apa yang bakal  diutarakan nanti.
“ Maksud abang?” tanya Liana dengan penuh debaran.
“ Abang mahu mengambil Liana sebagai isteri!” bulat mata Liana mendengar ungkapan yang baru keluar dari mulut Zul.
“ Isteri?...Apa yang abang cakap ni?” hampir terangkat punggung Liana mendengarnya. Sangkanya , lelaki itu akan menyelesaikannya dengan cara yang lain. Tak pernah terlintas di fikirannya yang lelaki itu akan mengambil keputusan begini.
“ Abang ikhlas nak kahwin dengan Liana. Abang dah bagi tahu hal ini pada orangtua abang dan mereka akan jumpa kita malam nanti!” kata Zul dengan wajah tenang.
Wait a minute,…kita?...kawin?” kata-kata Zul membuat dada Liana sesak. Dia belum dapat merencanakan maksud di balik kata-kata itu. Sungguh, sukar untuk dia mempercayai dan menerimanya.
“ Ya!...itu adalah jalan yang terbaik untuk kita.” Zul segera mengiyakan kata-kata itu. Liana menggaru-garu dahi yang tidak gatal. Dia mula rasa tak senang duduk. Rasa mencucuk-cucuk di punggungnya.
“ Kenapa?...Liana dah bertunang atau dah ada kekasih?” tanya Zul yang kehairanan melihat gelagat Liana yang nampaknya seperrti kucing kehilangan anak.
“ Tak. Saya tak bertunang dan tak ada kekasih…..tapi perluke kita kawin sebab kena tangkap basah?” Liana melahirkan rasa tak selesa.
“ Hm….entahlah….tapi kebiasaannya itulah yang dilakukan oleh pasangan yang terkena bagi menyelesaikan masalah….kecualilah yang kena tangkap itu sudah punya  pasangan masing-masing. Tapi dalam kita….abang boleh bantu Liana dan keluarga Liana!” Zul bersuara.
“ Bantu saya dan keluarga…maksud abang Zul?” berkerut dahi Liana cuba memahami maksud lelaki itu.
“ Abang akan cuba bantu keluarga Liana dengan bantuan wang ringgit mungkin…abang pun bukanlah kaya sangat tapi setakat nak bantu keluarga Liana di kampung tu…abang rasa abang berkemampuan!”
“ Dengan mengikat hubungan kita dengan sebuah perkahwinan?” ujar Liana sambil merenung jauh ke mata Zul.
Zul mengeluh panjang. Buat masa sekarang, inilah satu-satunya cara untuk dia menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh mereka. Dia tahu tentang kesusahan hidup keluarga Liana kerana Aida sudah menceritakannya. Setidak-tidaknya dia dapat membantu meringankan bebanan gadis itu.
“ Liana, Liana fikirkanlah ya….mungkin juga Allah dah tetapkan,  ini adalah jalan untuk kita mendapatkan jodoh!” kata Zul sambil menarik nafas.
Liana terdiam. Dia turut mengakui kata-kata itu. Kalau inilah ketentuan untuknya, siapalah dia untuk menidakkannya. Dan kalau lelaki di hadapannya ini adalah jodoh yang di tentukan untuknya, dia harus terima tapi mampukah dia…..!


KUNJUNGAN orangtua Zul di sambut oleh Azli. Mereka di persilakan masuk ke dalam rumah kayu bercat kuning lembut milik Pn. Zaleha. Sebelum kedatangan pasangan itu ke teratak milik Pn. Zaleha, dia terlebih dahulu di beritahu oleh Juliana. Anaknya itu sudah pun memberitahu segalanya. Mengucap panjang dia ketika mendapat berita itu. Sungguh dia tidak menyangka ini yang terpaksa di hadapi oleh anak perempuannya.
“ Kak Bedah ada datang jumpa mak mengatakan Liana ada buat perkara tak elok. Anaknya si Ani yang kerja kat Kuala Lumpur tu yang bagi tahu dia. Si Ani tu kan menyewa dekat rumah Liana.” Pn. Zaleha segera menyatakan apa yang diberitahu oleh jirannya.
Liana diam seketika sebaik sahaja mendengar kata-kata maknya. Dia bertenang seketika sebelum memberitahu perkara yang sebenar. Sejak dari dulu lagi, si Ani tu memang dengkikan Liana kerana Liana lebih darinya, dari segi rupa dan juga pelajaran menyebabkan ramai pemuda terpikat padanya. Dan kini, si Ani boleh berbangga kerana penampilannya juga mampu memikat mana-mana lelaki yang memandang. Tapi Liana tak kesah, lantaklah si Ani nak buat apa, janji jangan kacau hidupnya. Dia tak hairan pun dengan gelagat si Ani yang berlagak tu, kerja setakat kerani cabut aje. Liana segera beristighfar.
“ Mak, biarlah apa orang nak kata asalkan kita tak buat benda yang Allah larang!” Liana mengeluh perlahan.
“ Tapi kes Liana kena tangkap basah tu kan betul…” tegas Pn. Zaleha.
“ Er….” Liana kehilangan kata.
“ Jadi…apa kesudahannya?” tanya Pn. Zaleha.
“ Macam ni mak,.. orangtua abang Zul tu akan datang rumah kita untuk bincangkan hal Liana dan abang Zul…Liana serahkan segala keputusan pada mak. Liana tahu mak akan buat keputusan yang terbaik untuk Liana!” kata Liana.
“ Mak, ada orang datang!” suara Azli dari muka pintu membuatkan lamunan Pn. Zaleha terganggu.
Pn. Zaleha segera menyiapkan diri. Bimbang dan malu kalau tetamu yang datang itu melihat dirinya yang tidak kemas. Tergopoh-gopoh dia menuju ke ruang tamu untuk berjumpa tetamu yang datang. Dengan hanya memakai baju kurung, berkain batik dan bertudung dia menyambut tetamu yang datangnya jauh dari Johor Bharu.
Kini, di hadapannya duduk sepasang suami isteri. Pn. Zaleha kaku di situ saat matanya terpaku menatap wajah tetamu itu.
“ Kamu Leha?” Datuk Kamaruddin menyapa, benar-benar terkejut. Datin Maznah turut tercengang. Hairan melihat wajah suaminya yang nampak terkejut sebaik sahaja menatap wajah tuan rumah. Pelbagai andaian bermain dalam fikirannya. Apa sebenarnya hubungan mereka berdua, kawan atau kekasih?
“ Maz…..nilah Zaleha!” Datuk Kamarudin berpaling ke arah isterinya sambil tersenyum. Wajahnya benar-benar ceria membuatkan hati Datin Maznah di palu resah.
“ Zaleha?” bulat mata Datin Maznah merenung wajah suaminya yang mengangguk-angguk.
“ Ya, Zaleha…adik abang yang pernah menghilang dulu!” beritahu Datuk Kamaruddin.
“ Jadi….betullah ini abang Ruddin?” tanya Pn. Zaleha sambil menahan sebak.
Datuk Kamaruddin terus mengangguk. Pn. Zaleha segera mendapatkan abangnya, tangan abangnya di kucup perlahan sambil bercucuran air mata. Patutlah dia rasa sesuatu tadi sewaktu melihat wajah tetamu itu.
“ Ini isteri abang Ruddin, kak Maznah!” Pn. Zaleha turut menyalami tangan kakak iparnya. Dan mereka terus berpelukan.
“ Tak sangka…setelah sekian lama, baru abang Ruddin dapat jumpa dengan kamu, Leha. Wajah kau tetap tak berubah…masih seperti dulu. Sebab tu abang dapat cam kamu tadi!” kata Datuk Kamaruddin benar-benar gembira dengan pertemuan itu.
Pn. Zaleha tak dapat menahan sebak. Jadi, terpaksalah dia ditenangkan oleh Datin Maznah. Azli turut di perkenalkan dengan pakciknya yang selama ini tidak pernah dikenali dan jumpa. Dengan pertemuan itu juga, banyak kisah lama tersingkap kembali. Oleh kerana cinta Zaleha terhadap Haikal begitu mendalam, dia sanggup meninggalkan keluarga yang ketika itu mahu menjodohkannya dengan orang lain.
 Perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu hanya kekal selama setahun sahaja kerana Haikal yang disangka baik itu hanyalah berpura-pura baik sedangkan dia adalah seorang lelaki yang bersikap panas baran dan lelaki itu hanya tahu berhutang menyebabkan hidup Zaleha tak pernah aman bila ada saja orang yang datang menagih hutang. Akhirnya Haikal  meninggalkan Zaleha tanpa sebarang khabar dan kesan. Selama 2 tahun dia hidup terkapai-kapai untuk mencari penyelesaian. Hendak pulang ke pangkuan keluarga, dia tak sanggup kerana malu setelah menconteng arang ke muka orang tua. Akhirnya dia bertemu jodoh dengan Mohd Shukri, seorang duda yang berusia 42 tahun ketika itu, seorang guru sekolah rendah yang sudi mengambilnya sebagai isteri selepas ikatan perkahwinannya selesai di mahkamah. Jarak usia yang agak  jauh tidak menghalang mereka untuk membina sebuah keluarga yang bahagia hingga di kurniakan 3 orang cahayamata. Suami yang di sayangi dan di hormati telah pergi mengadap Ilahi 10 tahun lalu kerana penyakit kencing manis. Dengan harta peninggalan suaminya yang tidak seberapa itulah, Zaleha meneruskan hidup membesarkan 3 orang anaknya.
“ Kami sekeluarga memang rindukan Leha, puas kami mencari tapi tak jumpa. Mak dan ayah kita dah lama meninggal…abang Ruddin harap lepas ni, Leha akan pergi melawat mereka!” kata Datuk Kamaruddin.
“ Leha banyak buat salah pada mak dan ayah. Dan Leha benar-benar kesal sebab tak sempat nak minta maaf dengan mereka. Mungkin inilah balasan untuk Leha atas apa yang pernah Leha buat dulu….Leha dah malukan mereka!” Pn. Zaleha menangis teresak-esak. Memang dia kesal atas apa yang pernah dilakukan dulu. Kerana cinta, dia hilang kewarasan dan pertimbangan hingga sanggup meninggalkan keluarga.
“ Sudahlah….perkara tu dah lama berlalu. Mak dan ayah pun dah lama maafkan Leha, cuma mereka tak berkesempatan untuk bertemu dengan Leha. Mereka juga pernah sarankan abang untuk mencari Leha….kita ni dua beradik aje, buruk baik pun kita tanggung bersama. Sekarang…abang Ruddin benar-benar gembira kerana dapat bertemu semula dengan Leha hinggakan abang Ruddin lupa tujuan abang Ruddin datang ke sini!” kata Datuk Kamaruddin cuba menenangkan perasaan adiknya.
“ Ya Leha, kak Maz dan abang Ruddin ni sebenarnya datang membawa hajat yang besar. Kami percaya Leha tentunya tahu tujuan kami datang ni….” Kata-kata Datin Maznah membuatkan Pn. Zaleha memandang wajah pasangan itu. Sungguh dia hampir tak percaya tujuan asal kedatang mereka ke rumahnya adalah untuk membincangkan pasal Liana.
“ Jadi…kejadian tu….antara Liana dan anak abang Ruddin?” bulat mata Pn. Zaleha merenung wajah pasangan yang berada di hadapannya.
“ Ya, betul. Kami pun terkejut bila Zul bagitahu yang dia dan Liana telah ditangkap basah. Zul juga yang minta abang Ruddin datang ke mari untuk membincangkan soal mereka. Dia mahu kami meminang Liana untuk dijadikan isteri. Kami tahu, tentunya kejadian itu mengaibkan kita semua tapi abang Ruddin bersyukur kerana dengan kejadian itu…terbuka pintu hatinya untuk berkahwin semula walaupun selama ini puas kami memujuknya. Dan kejadian itu juga menemukan abang Ruddin dengan kamu, Leha!” kata Datuk Kamaruddin.
Pn. Zaleha termenung seketika. Apakah keputusan yang harus di buat.
“ Leha, kami terima saja keputusan. Zul tu sebenarnya pernah berkahwin sebelum ini tapi isterinya dah meninggal 7 tahun yang lalu. Tapi kalau Leha menolak perjodohan ini…kami faham, mungkin atas factor usia dan juga status Zul tu!” kata Datin Maznah.
“ Bukan ini maksud Leha….setiap ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya….pasal hal ini, Leha serahkan pada abang Ruddin dan kakak Maz…lagi pun Liana dah serahkan semua keputusan pada Leha. Kalau abang Ruddin dan kakak  Maz setuju, Leha ikut aje!” Pn. Zaleha membuat keputusan. Azri yang turut mendengar hanya mendiamkan diri. Tidak berani untuk masuk campur. Kalau itu yang boleh membahagiakan kakaknya, dia akan mendoakannya.
“ Baguslah….abang Ruddin nak ucapkan terima kasih kerana Leha sudi terima anak abang. Leha jangan bimbang, semua urusan untuk perkahwinan anak kita nanti, Leha serahkan pada abang Ruddin….biar abang Ruddin dan kak Maz yang uruskan. Anggaplah ini sebagai tanda kesyukuran kerana kita sekeluarga dapat bertemu kembali.” kata Datuk Kamaruddin.
“ Betul tu, Leha. Nanti minggu depan kami datang lagi. Kak Maz pun sebenarnya pernah bertemu dengan Liana beberapa kali masa kami bertemu dengan Ida di hostel. Cantik orangnya….mungkin kecantikannya di warisi dari Leha!” kata Datin Maznah membuatkan Pn. Zaleha tersipu malu, segan menerima pujian.
“ Tak adalah…Leha ni biasa aje!”
“ Abang Ruddin pun memang kacak orangnya, sebab itu akak memang jatuh hati padanya sejak kali pertama kami bertemu!” puji Datin Maznah sambil melirik manja ke arah suaminya.
“ Bagi abang, Maz bukan hanya cantik  pada luaran, tapi juga cantik dalaman. Itu yang membuatkan abang sayangkan isteri abang ni!” ucap Datuk Kamaruddin sambil menggenggam tangan isterinya sebelum mengucupnya. Tak kesah pun perbuatannya itu di tonton oleh adik dan anak saudaranya. Datin Maznah hanya tunduk dengan muka merah.
Liana yang mendengar perbualan mereka itu hanya diam di dalam bilik sebelum di panggil oleh Pn. Zaleha untuk menyertai perbincangan mereka. Liana hanya akur menerima apa saja keputusan orangtua Zul dan maknya. Cuma, satu yang menjadi hatinya tak tenang saat ini. Bagaimana dia harus menjalani hidupnya bersama lelaki yang baru saja di kenalinya hanya untuk beberapa jam itu. Dan yang paling tidak di sangka, lelaki itu adalah saudaranya. Dia bakal menjadi suri hidup untuk sepupunya. Bahagiakah dia nanti?