karya

karya

Friday, 29 March 2013

Bisikan Hati 5





Bab 5
FARAH menikmati minum petang bersama Chris Lee dan teman wanitanya, Janice yang juga kawan Farah semasa sama-sama menuntut di luar negara. Sudah lama mereka tidak bertemu selepas pulang dari luar negara hari tu. Chris dan Janice, kedua-duanya berasal dari Melaka.  Chris kini membantu ayahnya yang membuka sebuah restoran di Melaka sementara Janice juga bekerja di tempat yang sama.
“ I dapat tahu yang you sekarang dah jadi orang penting kat syarikat papa you. Hmm…tak ada kerja kosongke untuk kami,” seloroh Janice. Memang sukar nak dapatkan peluang kerja sekarang walaupun punya kelulusan.
“ Kalau ada, I`ll call you. Sekali fikir….I rasa lebih seronok jadi penganggur terhormat dari jadi   pekerja…penat. Yalah…pergi kerja pagi…kekadang, malam baru sampai rumah…” kata Farah sambil mengeluh perlahan.
“ Gila you…orang lain berebut nak dapat kerja,…you cakap macam tu! Mentang-mentanglah you dah dapat peluang tu…” bulat mata Janice memandang wajah Farah. Timbul pula rasa terkilan mendengar kenyataan Farah tu. Yalah….kalau tak kerana Chris, mungkin dia masih lagi menunggu kerja. Nak kata pendapat lumayan kerja di restoran, tak adalah….sekadar cukup makan aje. Lagi pun restoran papa Chris bukannya besar mana pun.
Sejak Janice mengenali mengenali Farah, gadis itu banyak membantunya terutama dari segi bantuan pelajaran dan kewangan. Janice bukan dari keluarga yang berada. Sepatutnya Farah rasa bersyukur kerana di lahirkan dalam keluarga yang hebat, ayahnya orang ternama tapi jauh di lubuk hatinya dia memuji juga sikap Farah. Gadis itu tidak pernah bangga diri dengan keluarganya. Masih ramai yang tak tahu tentang latar belakangnya kerana Farah lebih suka bersikap sederhana. Malah dia lebih suka kawa-kawan mengenalinya sebagai anak pasangan Hj. Yusoff dan Hjh. Zabedah dari menjadi anak Tg. Sallehuddin, seorang usahawan yang terkenal.
“ Janice, you tak berada di tempat I…itu sebabnya you tak faham perasaan I.  Semua orang tak faham perasaan I. Bukan I tak bersyukur dengan apa yang I miliki tapi…ah, sukar nak I jelaskan!....baik kita lupakana aje hal tu. Lebih seronok kalau korang berdua ceritakan hal korang…mungkin ada perkembangan terbaru,” kata Farah.
Chris Lee melirik senyum ke arah Janice yang nampak malu-malu.
“ Hmm…senyum dan malu-malu ni….pasti ada sesuatukan….what`up?”
Actually….we`re enganged. Kami akan kawin Feb, next year,” beritahu Chris.
Wow!...that`s good. Congrotulation for both of you….I tumpang gembira!” Farah turut gembira mendengarnya. Bibirnya mengorak senyum.
How about you?...I mean, you and….Zareen?” pertanyaan Janice membuatkan Farah termenung panjang.
Sejak Zareen pulang ke kampungnya, lelaki itu belum lagi menghubunginya. Sudah seminggu berlalu dan dia tak tahu di mana lelaki itu berada sekarang. Masih di kampung atau pun sudah ada di sini.
“ Hey, anything wrong?...” Farah tersentak bila Janice memanggil namanya. Farah berdehem seketika sambil merapikan rambut perangnya dengan jari.
“ Hubungan kami biasa aje…nothing special!” jawapan Farah membuatkan Janice dan Chris saling berpandangan. Dahi masing-masing sudah berkerut. Farah berpura-pura tidak pedulikan pandangan kawannya, dia mencapai gelas yang masih bersisa dan di teguknya perlahan seolah-olah hanya dia yang menghuni di meja itu.


ZAREEN membuka mata dan menggeliat seketika. Membetulkan urat yang tegang. Dia turun dari kati, mencapai tuala mandi dan terus ke bilik air sambil menyanyi-nyayi kecil. Selepas solat subuh, Zareen mencapai baju kemeja dan seluar. Pantas di sarung ketubuhnya. Eddy, teman sebiliknya dan juga merangkap teman sekerjanya sudah siap untuk ke tempat kerja.
“ Cepat sikit bro, nanti jalan sesak,” kata Eddy  sambil menyikat rambutnya dan menyemburkan perfume jenama Calvin Klien kegemarannya. Dia kemudian keluar dari bilik itu.
Zareen keluar dari bilik selepas bersiap dan ketika itu dia melihat Eddy yang sedang duduk di kerusi sambil mengenakan stoking.
“ Syafiq mana?” tanya Zareen.
“ Mana lagi, masih berlengkar dalam selimutlah…aku dah kejutkan dia bangun solat tapi entahlah…bukannya kau tak tahu yang dia tu jenis liat.” Balas Eddy.
Syafiq adalah teman serumah mereka yang bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang. Minggu ini dia bekerja shiff malam, itulah yang dia membuta siang hari. Teman sebiliknya, Haiqal yang bertugas sebagai guru di sekolah menengah awal-awal lagi sudah keluar.
“ Aku dah siap ni, jom!” Zareen mencapai kunci rumah sementara Eddy mencapai beg yang sering di bawa ke tempat kerja. Mereka berdua terus keluar dari rumah teres satu tingkat itu. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta MyVi milik Eddy yang sudah di panaskan enjinnya sejak tadi. Walaupun jawatan Eddy sedikit rendah berbanding dengan Zareen, tapi dia sudah mampu memilik kereta.
“ Nasib baik kau ada kereta, kalau tak berasak-asaklah aku naik bas atau komuter tiap-tiap hari.” Kata Zareen dalam perjalanan ke tempat kerja. Radio hot.fm yang menjadi kegemaran Eddy itu terus di pasang dan berkumandang lagu kegemarannya.
“ Ah, biasalah. Kau tu baru saja kerja sebulan dua. Bila kau dah stabil nanti, BMW pun kau boleh beli. Hmm…masa tu berderet-deret perempuan kejar kau.” Kata Eddy sambil tergelak kecil.
“ Jadi kau rasa sekarang ni aku tak lakulah. Kau belum tengok lagi aku petik jari….sekali petik, 10 yang datang tau!” kata Zareen meniru ayat Datuk Sarimah dalam 3 Abdul.
“ Tapi kalau yang datang tu tua kerepot…kau nak ke?” usik Eddy, diiringi dengan gelak tawa. Zareen turut ketawa. Sekadar halwa telinga.
“ Zareen, aku rasa tak dapat 10 orang pun tak apa…cukuplah 2 orang je…1 untuk kau…1 untuk aku,…kalau 2 untuk kau….2 juga untuk aku….adilkan?” kata Eddy. Mereka sama-sama gelak.

“ Hey, Zareen…aku perhatikan Dato` Idris tu cukup perihatin pada kau. Ada apa-apa ke?...ntah-ntah dalam diam kau pasang perangkap…angan-angan nak jadi menantunya sebab setahu aku, dia tu ada 2 orang anak gadis. Cun pulak tu!” kata Eddy.
“ Dato` Idris tu kan aik dengan semua orang.” Kata Zareen cuba menolak andaian Eddy.
Tanpa pengetahuan kawan-kawan, perbelanjaan pengaian Zareen di luar negara di tanggung oleh Dato` Idris dan mengikut perjanjian. Zareen mesti bekerja di syarikat milik Dato` Idris bila dia tamat pengajian. Keluarganya mendapat tahu hal itu semasa dia di tahun 2. Bukan dia tak mahu bagi tahu emak tapi itu adalah permintaan Dato` Idris kerana menurut Dato` Idris, dia tak mahu orang lain salah sangka tentang niatnya yang mahu membntu Zareen. Baginya, Zareen seorang yang berbakat dan berkeyakinan. Sayang kalau peluang itu di sia-siakan.
“ Jauhnya kau mengelamun, teringatkan siapa ni?....buah hati ya?” terguran Eddy segera mematikan lamunan Zareen.
“ Aku cuma teringatkan Dato` Idris. Bagi aku, dia seorang bos yang baik dan perihatin terhadap sema pekerjanya.” Kata Zareen.
“ Betulke kau teringatkan Dato` Idris ni,…bukan buah hati?....muka punyalah handsome macam kau ni, takkanlah tak ada buah hati atau kau sedang memikirkan seseorang?....kawan perempuan masa kau belajar duluke?....takkanlah kau tak pernah pancing mana-mana ikan!”
“ Pancing ikan? Dari pancing ikan….baik aku pancing buku. Ada juga faedahnya.” Apalah Eddy ni. Kalau dia nak pancing ikan, kat sawah belakang rumahnya pun boleh, tak payah pergi sampai luar negara.
“ Jangan jadi macam katak bawak tempurunglah kawan. Tengok aje kat office, terutama sekali si Tina tu….bukan main lagi jelingannya setiap kali pandang muka kau. Tina tu anak orang kaya, bapaknya berpangkat Tan Sri lagi. Dia dapat kerja kat situ pun atas pengaruh bapak dia. Sayang kalau kau tolah umpan depan mata,” menurut Eddy, Tina gadis yang berusia 25 tahun  yang baru bekerja di syarikat milik Dato` Idris itu seorang yang menarik. Dia bekerja lebih awal sebulan dari Zareen. Setiap gerakannya sentiasa menjadi perhatian lelaki, bak kata perumpamaan macam pisang panas.
“Aku cakap betul ni Eddy…aku tak berani nak dekat gadis yang macam tu. Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan dia, macam pipit dengan enggang. Lagi pun, kos nak sara hidup dia…fuh, pasti tinggi…tak sanggup den… kalau kau sanggup, apa kata kau aje yang tackle dia.” Kata Zareen. Di matanya sudah terbayang wajah Tina dengan rambut perang dan bermata biru. Panampilannya…mak aih….kalah pelakon Hollywood, seksi habis. Kalau tak tahan godaan, boleh meleleh air liur sampai satu baldi.
“ Kalau kau tak sanggup….aku lagi la tambah tak sanggup.  Muka aku ni sikit pun dia tak pandang. Zareen…kau nak tahu apa yang staff perempuan panggil Tina …”
“ Panggil apa?
“ Dia orang panggil Tina tu Minah celup,” Eddy tergelak. Entah Tina sedar atau tidak dengan gelarannya itu. Kalau tahu pasti mengamuk perempuan tu.
“ Kenapa dia orang gelar dia minah celup?”
“ Aik, takkanlah tak faham lagi…kak Siah kata dia tu eksyen lebih dari lagak. Tak reti nak syukur dengan apa yang Allah bagi. Allah bagi rambut hitam, di warna perang, mata hitam pun di warnakan biru…ingat dia tu mat saleh ke apa? Sekali aku tengok rupa dia tu pun ada macam rupa burung hantu.” Zareen hanya tersenyum mendengar cerita Eddy. Lelaki pun pandai bergossip juga.
“ Oh ya, 2 hari lepas masa kau kau balik kampung, ada seorang awek call….nama dia Farah. Sedap betul nama dia, pasti orangnya pun cantikkan. Siapa dia tu?...special kau ke? Maakan kau bagi dia nombor telefon rumah. Setahu aku kau jarang layan perempuan!” Eddy memandang sekilas wajah Zareen yang nyata terkejut mendenagar berita yang di bawa oleh temannya itu.
 Farah ada menghubunginya? Kenapa? Selama dia kenal Farah, gadis itu tak pernah menghubunginya. Cuma dia yang menghubungi Farah, ini dah terbalik. Agaknya dia cuma nak tanya khabar setelah agak lama dia menyepi. Sengaja dia buat begitu.
“ Siapa sebenarnya Farah tu?...takkanlah dengan member kamcing pun nak berahsia….tak macholah.” Kata Eddy lagi setelah pertanyaannya yang bertubi tadi tidak di jawab oleh Zareen.
“ Farah…dia…dia tu isteri aku!” selamba Zareen bersuara membuatkan Eddy terbatuk-batuk. Nasib baik tak hilang kawalan dan merempuh kereta depan. Dahlah jalan mula sesak. Zareen pun, kalau nak buat lawak pun janganlah pepagi ni.
“ Kau ni…kalau nak melawak pun, tengoklah ramalan cuaca dulu…nanti hujan!” kata Eddy mengurut dada.
“ Aku gurau ajelah…kau yang ambil serius ni kenapa?” bela Zareen sambil memandang kereta yang berderet-deret di hadapan.
“ Yalah…” Eddy mengeluh sambil menguatkan aircond. Ni terkejut punya pasal, sampai berpeluh-peluh.
“ Erm…apa yang dia cakap dengan kau hari tu?” tanya Zareen.
“ Oh…gadis yang bernama Farah tu ya?” kata Eddy dengan muka selamba.
“ Yalah…perempuan mana lagi yang hubungi kau nak tanya pasal aku selain dari Farah tu?” Zareen mula bengang. Dia yang penasaran mula tak senang duduk. Turut merasa hangat.
“ Apasal aku rasa macam bunyi petir aje ni.” Usik Eddy. Sengaja mahu menyakat Zareen.
“ Kau kenal ni?” Zareen menunjukkan penumbuknya. Eddy sudah gelak. Garangnya!
“ Tak adalah…dia cuma tanya khabar pasal kau aje, dia ada call handset kau, tapi tak angkat…mungkin bateri habis. Kenapa ni?” Eddy hairan dengan perangai Zareen.
“ Tak ada apalah…lupakan aje!” kata Zareen.
Eddy mengangkat bahu dan keretanya terus membelok untuk masuk ke tempat pakir kereta.

Saturday, 23 March 2013

Di Penghujung Rindu 19



Bab 19

H
AFIZ berjalan mundar-mandir di sekitar biliknya. Entah berapa kali dia sudah melepaskan keluhan. Fikirannya hanya memikirkan satu perkara….Sarah. Apa lagi bila mengingatkan  panggilan telefon dari Hadif yang mengatakan bahawa Zakri sedang sedaya upaya untuk mendapatkan Sarah. Bila mendengar nama Zack, serta merta dia teringatkan pertelingkahan yang berlaku antara mereka sejak bertahun lalu. Bermula dengan gadis yang bernama Nadia, teman wanita Zakri yang menaruh hati pada Hafiz sedangkan Hafiz tak pernah mengendahkannya.  Zakri yang terima hasutan teman telah melepaskan penumbuk ke muka Hafiz tanpa memberi peluang untuk dia membela diri. Akibat rasa malu dengan tindakan dan kata-kata Zakri di hadapan teman-teman telah membuatkan Hafiz bernekad untuk merampas Nadia dari tangan Zakri. Bermula dari situ mereka sering bersaing untuk mendapatkan gadis sebagai satu cabaran.
Berita yang disampaikan oleh Hadif beberapa hari yang lalu benar-benar membuatkan hidup Hafiz tak tenang. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini fikirannya hanya sarat dengan wajah Sarah walaupun dia pernah cuba mengusirnya tapi tak juga berjaya. Dia sendiri tak mengerti dengan apa yang sedang dirasainya saat ini.
“ Aku rasa kau dah cintakan Sarah!” itulah kata-kata Rizuan semalam bila dia memberitahu apa yang sedang membelenggu fikirannya sekarang ini.
“ Cinta?” Hafiz ketawa. Rasa lucu dengan kata-kata Rizuan.
“ Ya…tak salah kalau kau nak mengaku, dia dah jadi isteri kau dan juga halal untuk kau bersamanya. Buang ajelah rasa ego kau tu Fiz….kalau rasa itu dah sebati dengan diri kau, kau juga yang akan susah nanti!” Rizuan ketawa melihat wajah kusut Hafiz.
“ Tapi….kenapa sekarang?...aku…” Hafiz benar-benar rasa keliru sekarang.
“ Fiz…Cinta itu datang tak kira masa, tempat atau pun darjat….kau harus akui yang kau sebenarnya dah cintakan Sarah….aku rasa bukan sehari dua ni….tapi dah lama….cuma kau yang tak sedar…” kata Rizuan membuatkan Hafiz terdiam.
“ Betulke?”
Itulah persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya. Kalau betul, memang tidak menjadi kesalahan. Dia memang ada hak untuk menyayangi dan menyintai Sarah kerana Sarah adalah miliknya. Kalau orangtuanya tahu hal ini, pasti mereka gembira. Tapi masalahnya, apa pula perasaan Sarah terhadapnya?
May I come in?”
Satu suara halus kedengaran di muka pintu yang sudah terbuka. Mungkin Hafiz tidak menyedarinya bunyi ketukannya kerana dia asyik melamun sendiri. Langkah Hafiz terhenti tiba-tiba. Lama juga dia merenung pada wajah yang sedang kaku di muka pintu. Mungkin dia rasa serba salah kerana menerjah bilik itu tanpa mendapat kebenaran dari Hafiz terlebih dahulu.
“ Maaf, kalau Sarah mengganggu atau….waktunya tak sesuai?” Sarah bersuara sambil menghadiahkan senyuman. Sengaja mahu menyembunyikan rasa gugup bila dia berterusan di tenung oleh Hafiz tanpa suara. Sedangkan pada hakikatnya Hafiz cukup terpegun menatap wajah manis itu. Bukan hanya wajah dan senyumannya sahaja yang manis, bibirnya lebih-lebih lagi. Bak kata orang, manis umpama madu. Dan dia memang mengakui hakikat itu kerana dia pernah menikmatinya.
“ Er… sebaiknya Sarah keluar dulu…” Sarah cuba mengundur langkah dan bersedia untuk keluar. Tak selesa untuk berhadapan dengan suasana bisu sebegitu. Hafiz hanya merenungnya tanpa sepatah kata.
Wait!” Hafiz pantas menegah dan secara tak langsung dia cuba kembali kepada realiti.
“ Sorry!” Sarah bersuara. Dia mahukan kepastian.
Come in!” Hafz pantas bersuara sambil melangkah ke arah tingkap dan berdiri membelakangi Sarah. Sebolehnya dia mahu bersikap setenang yang mungkin, cuba melawan dada yang sedang berdegup hebat. Mungkin betullah kata Rizuan, dia sememangnya sudah jatuh cinta kini.
Have a sit!” pelawa Hafiz memandang Sarah sekilas bila merasakan Sarah  segan dan kaku  bila  berhadapan dengannya. Dia kembali memandang suasana di luar sambil melepaskan helaan panjang.
“ Er…anything wrong?” tanya Sarah dengan rasa hairan melihat sikap Hafiz yang memang dirasakan cukup pelik ketika itu. Agaknya dia sedang menghadapi masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Maklumlah, orang ramai teman wanita dan pastinya terpaksa melayani pelbagai kerenah. Itulah, siapa suruh dia punya ramai teman wanita! kan dah menyusahkan diri. Rungut Sarah dalam diam.
“ Abang baru aje terfikirkan pasal Sarah tadi…tak sangka ya…Sarah tiba-tiba muncul di hadapan abang sekarang!” kata Hafiz dengan penuh debaran. Sengaja tubuhnya terus menghala ke luar tingkap, tidak mahu Sarah melihat kegusaran di wajahnya. Dengan kata lain, dia segan nak berhadapan dengan Sarah saat ini. Entah kenapa, perasaan malu tiba-tiba menyelit di tangkai hatinya.
Sarah diam. Kaku di kerusi sambil menundukkan wajah. Berdebar-debar juga hatinya mendengar kata-kata Hafiz ketika itu. Entah apalah yang sedang difikirkan oleh Hafiz tentang dirinya. Dan kenapa pula sikap Hafiz nampak berlainan sekali kebelakangan ini.
“ Abang Hafiz!”
Sarah tiba-tiba bersuara menyebabkan Hafiz segera memaling tubuh dan wajahnya berhadapan dengan Sarah yang nampak begitu tenang.
“ Sebenarnya Sarah datang sini sebab nak serahkan fail ni untuk abang Hafiz. Sarah nak abang Hafiz baca dulu dan buat keputusan, kalau boleh secepat yang mungkin. Sarah tak nak kita terlepas peluang!” kata Sarah sambil meletakkan fail di atas meja.
Hafiz merenung seketika wajah Sarah sebelum melangkah ke arah mejanya. Dia segera melabuhkan punggung di kerusi, menyandarkan badan seketika.
“ Mana fail tu!”
Sarah terus menghulurkan fail yang berada di hadapannya. Hafiz segera menyambutnya dan terus membuka. Nampak begitu asyik dan teliti dia membaca isi kandungan yang terdapat dalam fail itu. Sarah yang ada di hadapannya hanya diam memerhati. Sesekali Sarah melepas keluhan.
“ Er…Sarah rasa elok Sarah beredar sekarang…!” serba salah rasanya untuk terus berada di situ. Segan pun ada kalau dia berterusan memandang wajah Hafiz.
“ Tunggu…abang akan buat keputusan sekarang!” kata Hafiz membuatkan Sarah terkedu. Begitu cepat!
“ Ok….apa keputusannya?” tanya Sarah.
Hafiz menutup fail yang baru di bacanya. Fail yang mengandungi perjanjian dan kerjasama dengan sebuah syarikat dari Taiwan. Hafiz terus merenung wajah Sarah yang mula di landa resah. Kalau tidak difikirkan renungan itu milik Hafiz Ikhmal, sudah pastinya dia terpaut. Tapi ternyata, hakikat itu tak akan berubah. Pandangan dan renungan mata yang dirasakan begitu menarik itu adalah milik lelaki yang amat membencinya.
Tapi….kenapa kali ini dia merasakan renungan itu cukup berlainan sekali…ya, berbeza dari yang sudah-sudah. Renungan yang membuatkan dia resah dan keliru. Kenapa?...kenapa ini yang dia rasa! Cepat-cepat Sarah segera melarikan pandangannya. Tidak sanggup untuk berterusan menatap wajah dan renungan itu lagi.
So…”
Sarah mengubah posisi dan intonasi. Kali ini dia kembali yakin bahawa pandangan itu sudah tiada makna. Hanya sekadar satu tenungan. Tak lebih dari itu.
Hafiz menelan liur. Kini dia sudah kembali dari terus khayal. Untuk tidak nampak kelemahan dirinya, Hafiz berdehem beberapa kali.
“ Rasanya tak ada masalah dengan isi kandungan tu dan abang rasa kita mampu bekerjasama dengan mereka!” kata Hafiz dan menutup fail yang ada di hadapannya.
“ Jadi, abang Hafiz setuju untuk ke sana sebagai wakil?” Sarah memandang wajah Hafiz.
“ Hmm…”
“ Nanti abang Hafiz boleh bincang dengan Roslan untuk ke sana. Sarah akan maklumkan hal ni pada pihak pengurusan untuk uruskan abang Hafiz dan Roslan di sana….kita tak boleh lepaskan peluang ini!” kata Sarah dengan rasa lega kerana nampaknya Hafiz tiada sebarang bantahan.
“ Kenapa mesti Roslan yang ke sana bersama abang?...Sarah kan ada! Kenapa tidak Sarah aje yang pergi bersama abang ke sana?”
Hafiz bangun dan melangkah ke arah Sarah yang mula resah di kerusi. Sarah cuba mengukir senyum dan bangun dari kerusi. Tak selesa pula bila Hafiz begitu hampir dengannya. Dia berjalan ke arah tingkap, merenung seketika pemandangan di luar sepertimana yang dilakukan oleh Hafiz sekejap tadi.
“ Inilah masanya untuk abang Hafiz buktikan pada papa yang abang Hafiz juga mampu untuk mengendalikan projek besar ini. Abang Hafizkan bijak, tentunya tak perlukan sebarang bantuan dari Sarah!” Sarah berpaling, kali ini wajah lelaki itu di renung bersama senyuman manis terukir di bibirnya.
“ Sarah sindir abang ke?”
Sarah berkerut dahi. Kenapa lelaki itu menganggap kata-katanya sebagai satu sindiran sedangkan dia ikhlas mengatakannya.  Dia masih ingat betapa melentingnya Hafiz bila dia campurtangan dalam urusan dengan syarikat dari New Zealand hari tu. Dia tak mahu perkara seperti itu berulang lagi.
“ Tak…kenapa pula abang Hafiz rasa macam tu? abang Hafiz mesti yakin pada kemampuan sendiri dan Sarah juga yakin yang suatu hari nanti abang Hafiz akan mampu menerajui SR Holdings ni…abang Hafiz lupa tentang perjanjian kita?”
Hafiz meraup wajahnya beberapa kali. Wajahnya tiba-tiba nampak tak bermaya.
Sarah sekali lagi mengukir senyum sambil mengatur langkah ke arah Hafiz. Tangan Sarah menyentuh perlahan wajah Hafiz. Agak lama juga mereka saling bertatapan dan Sarah terus tersentak bila Hafiz mencapai kedua-dua tangannya dan menggenggam erat. Lebih memeranjatkan bila tangannya di cium lembut oleh Hafiz.
“ Abang Hafiz akan ke sanakan?” soal Sarah sambil menarik tangannya dari terus digenggam oleh Hafiz.
Sarah segera memaling wajahnya, membelakangi Hafiz. Debaran di dadanya muncul tiba-tiba. Dia perlu hentikan apa yang di alaminya sebelum hatinya terluka dan parah.
“ Abang akan ke sana bersama Sarah!” debaran di dada Sarah makin memuncak bila suara Hafiz tiba-tiba kedengaran di cuping telinganya dan serentak itu juga satu kucupan singgah di pipi kanannya membuatkan Sarah benar-benar terpingga-pingga. Cepat-cepat dia menjarakkan tubuhnya dari terus didekati oleh Hafiz.
Adakah ketika ini Hafiz sedang menggodanya?....apakah misi lelaki itu yang sebenarnya?
“ Abang Hafiz!”
 Sarah berpaling. Sedaya upaya dia cuba bersikap tenang. Dan lidahnya menjadi kelu tatkala berhadapan dengan Hafiz. Terasa pandangan itu sepertinya mengharapkan sesuatu. Apa dia agaknya?
“ Ya, sayang!” Hafiz bersuara sambil mengukir senyum. Cukup menggoda dan memikat membuatkan dada Sarah hampir semput.
“ Er….kalau Sarah juga ke sana, siapa yang nak uruskan syarikat di sini?...nanti terbengkalai semua kerja!” dalih Sarah dengan nada yang setenang mungkin.
“ Sarah….abang harap abang belum terlewat menyedari apa yang sepatutnya abang rasa sejak dari dulu….” kata Hafiz sambil mengusap lembut wajah Sarah yang kaku di hadapannya.
“ Apa maksud abang Hafiz ni?...Sarah tak faham…!” Sarah cuba mengelak tapi Hafiz sempat menarik tubuhnya agar mereka terus berhadapan.
“ Abang sayangkan Sarah!” kata Hafiz sambil merenung dalam ke mata biru Sarah. Sarah menelan liur dan dia tahu wajahnya kini sudah bertukar pucat, benar-benar terkejut mendengar kata-kata itu sedangkan rasa benci dan dendamnya padanya sudah sebati selama ini. Bila masanya perasaan sayang itu mula wujud di hati lelaki itu untuknya.
“ Sarah juga sayangkan abang Hafiz, mama, papa dan abang Hakim. Dan Sarah benar-benar terhutang budi pada keluarga abang Hafiz kerana mengambil Sarah sebagai keluarga angkat. Sarah minta maaf kalau kemunculan Sarah telah menggugat keharmonian hidup abang Hafiz selama ini. Sumpah…Sarah tak bermaksud untuk merampas semua hak abang Hafiz…Sarah cuma….” suara Sarah terus mati di situ bila jari telunjuk Hafiz menyentuh bibirnya dan sekali gus mematikan kata-kata Sarah.
“ Cukup….abang tak nak dengar semua tu lagi!” kata Hafiz membuatkan Sarah terdiam. Hanya kepalanya di angguk perlahan.
Hafiz segera menarik jarinya. Ada senyuman terukir di bibir nipisnya.
“ Sarah!” panggil Hafiz mesra.
Sarah terus memandang wajah Hafiz. Menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir lelaki itu dan ketika itu juga perasaannya sedang berperang. Apa lagi yang ingin dikatakan oleh Hafiz.
“ Apa kata kita keluar sekarang!”
Bulat mata Sarah mendengar kata-kata Hafiz. Apa kena dengan lelaki itu agaknya. Dah macam berubah 100%. Takkanlah dia dah hilang ingatan. Lupa apa sebenarnya yang telah berlaku antara mereka sebelum ini.
What?” bulat mata Sarah memandang wajah santai Hafiz.
“ Maksud abang Hafiz….kita keluar bersama?….right now!”
Hafiz tergelak. Lucu melihat wajah Sarah yang nyata cukup terkejut dengan saranannya itu. Sesungguhnya sudah lama dia menantikan saat seperti ini. Berdua bersama Sarah.
“ Abang Hafiz ni…mabuk ke apa?” tempelak Sarah. Benar-benar terkejut.
“ Mana ada abang mabuk, sayang…abang cuma nak ajak Sarah  keluar…berdua dengan Sarah....bolehkan?” Hafiz mencuit hidung mancung Sarah sambil tersenyum.
“ Sekarang?” tanya Sarah cuma memastikan apa yang didengarnya tadi cukup jelas.
“ Yap…sekarang!”
“ Sekarang ni kan time kerja…lagi pun belum masa untuk lunch kan…!” berkerut dahi Sarah dibuatnya.
“ Sekarang nilah masa yang sesuai…tak ada sebarang gangguan….lagi pun…you`re the boss…tiada siapa yang menghalang!...abang cuma mahu bersama Sarah…please….bagi abang peluang!”
Sedaya upaya Hafiz cuba memujuk Sarah untuk keluar bersamanya. Dan akhirnya bibirnya mengorak senyum lebar bila Sarah bersetuju untuk keluar bersamanya. Kedua-dua pipi Sarah menjadi mangsa ciumannya.
“ Stop it….rimaslah…” jerit Sarah sambil menolak tubuh Hafiz.
“ Apa ni?…dah buang tabiat ke….cium orang sesuka hati aje!” Sarah menjeling, geram dengan tindakan Hafiz yang memang di luar jangkaannya.
“ Geram….Sarah ni…apasal…comel sangat…..!” Hafiz tergelak. Buat muka tak bersalah.
“ Dah….dah…..kita keluar sekarang….nanti lain pula yang jadi kalau abang Hafiz lama kat ini!” Sarah  mendengus perlahan.
“ Jadi apa?” tanya Hafiz. Seronok mengenakan Sarah.
“ Jadi…apa-apalah…..!” balas Sarah sambil menjeling geram ke arah Hafiz yang masih lagi tersenyum-senyum.  Senang sungguh hatinya kerana dapat bersama Sarah hari ini. Satu hari yang cukup menceriakan untuk memulakan hubungan yang baru.



MEREKA singgah di sebuah restoran yang agak ekslusif. Tanpa berlengah mereka segera membuat pesanan. Suasana restoran ketika ini agak lenggang kerana waktu ini masih lagi waktu kerja.
Hafiz merenung seketika wajah Sarah yang masih lagi tetap muram. Sejak dari itu, itulah wajah yang dipamerkan oleh Sarah untuknya.
“ Sarah marahkan abang sebab abang ajak Sarah keluar makan?” tanya Hafiz dengan  rasa terkilan dengan sikap Sarah. Nampak sangat Sarah tak senang bila bersamanya.
“ Tak adalah…” balas Sarah dengan wajah selamba. Masih lagi dengan wajah masam mencuka.
“ Habis tu….kenapa dari tadi wajah Sarah asyik masam mencuka aje…nampak sangat yang Sarah tak ikhlas dan tak senang keluar bersama abang!” Hafiz melahirkan rasa hati. Biar Sarah tahu perasaannya ketika itu.
Sarah hanya mendengus perlahan. Pandangannya banyak di hala ke luar tingkap restoran itu berbanding dari mengadap wajah Hafiz. Hafiz mendengus perlahan.  Sejujurnya dia rasa terusik dengan sikap Sarah itu.
“ Entahlah….Sarah terfikir….kenapa hari abang Hafiz baik sangat hari ni?....pelawa Sarah keluar sedangkan selama ini, nak pandang wajah Sarah pun rasa menyampah!” Sarah memandang wajah Hafiz.
Hafiz hanya tersenyum. Dia menyandar seketika tubuhnya di kerusi sambil matanya terus terpaku menatap wajah Sarah yang mula tak selesa bila berterusan di pandang oleh Hafiz dengan senyuman.
“ Manusia boleh berubah Sarah…abang juga. Takkanlah selamanya kita nak hidup dengan perasaan benci. Abang sedar yang Sarah tak bersalah, cuma abang yang tersalah faham dengan kewujudan Sarah dalam keluarga abang. Lagi pun kitakan dah jadi suami isteri…jadi tak elok kalau abang masih lagi punya perasaan itu terhadap Sarah!” kata Hafiz dengan wajah kesal.
Sarah terdiam. Serba salah jadinya. Nak percaya atau tidak kata-kata yang dikeluarkan oleh Hafiz itu kerana sikap lelaki itu seringkali berubah mengikut musim. Benarkah lelaki itu sudah mengubah persepsi tentang hubungan mereka.
“ Terima kasih kerana abang Hafiz sudah menghilangkan rasa benci dalam hati abang Hafiz buat Sarah dan Sarah amat menghargainya!” akhirnya Sarah mengukir senyum. Perasaannya sedikit lega walaupun tidak sepenuhnya. Mana tahu tiba-tiba sikap dan perasaan Hafiz akan berubah suatu hari nanti. Kembali membencinya.
“ Jom…kita makan…hidangan ni nampak sedap dan menyelerakan!”  kata Hafiz  bila pelayan datang membawa hidangan untuk mereka. Sarah juga turut mengakuinya. Semetelah ketika ini perutnya juga terasa lapar.
Mereka terus menikmatinya dengan selera.
Hi….Hafiz. What are you doing here!”
Suapan Hafiz terus terhenti sebaik sahaja mendengar teguran dari seseorang yang berdiri di sebelahnya. Segera matanya menghala ke arah gadis yang sedang merenungnya dengan wajah mencuka.
Exercuse me….you pun nampakkan apa yang sedang I buat sekarang… takkan tak ada soalan yang lebih cerdik daripada soalan bodoh you tu!” Hafiz terus menjawab pertanyaan itu.  Mungkin kata-kata itu kedengarannya begitu biadap dan kasar tapi rasanya amat sesuai untuk gadis yang telah menegurnya itu.
Wajah gadis itu segera berubah. Amat terkejut mendengar kata-kata Hafiz yang sememangnya tidak dijangkakannya itu. Dan hati kecilnya mengakui kebodohan itu. Sudah tentunya sesiapa yang datang ke situ adalah bertujuan untuk makan. Ah! nasib badan…bak kata pepatah ~sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya juga!
“ Abang Hafiz!” Sarah bersuara. Kesian pula melihat wajah cemberut gadis itu.
Sorry kalau you rasa kemunculan I ni mengganggu dating you!” gadis itu bersuara sambil melemparkan senyuman. Sengaja mahu menutup rasa malunya. Apalagi bila dia merasakan ada di antara pelanggan yang berada di situ sudah memandangnya sambil tersenyum.
Yes, you are… you pun tahukan yang I tak suka diganggu…apa lagi oleh perempuan seperti you!” Hafiz mendengus marah. Hampir hilang seleranya sebaik sahaja berhadapan dengan gadis itu. Gadis yang banyak menyusahkan hidupnya. Baru dua hari berkenalan sudah meminta yang macam-macam. Nampak sangat gadis tu bersikap materialistic. Jelas sekali dia tidak ikhlas untuk menjalinkan hubungan walaupun sekadar sebagai kawan.
Sarah diam. Tidak mahu masuk campur. Biarlah Hafiz sendiri yang menguruskannya. Bimbang kalau dia pula yang menjadi mangsa tengkingan Hafiz. Bukan dia tak kenal sikap panas baran Hafiz.
Well…selera you sekarang semakin hebat…. I akui yang gadis di hadapan you ni benar-benar hebat….patutlah you tak pandang yang lainkan!” kata gadis itu sambil melirik tajam ke arah Sarah. Memang dia akui, gadis yang berada di hadapan Hafiz ini sangat menarik. Dia sendiri pun turut terpikat dengan wajah Sarah. Pandai betul Hafiz memilih mangsa!
Pardon…memang selera I hebat…cukup hebat….you tak akan dapat menandinginyakan! So…please….!” Hafiz menghulurkan tangannya dengan harapan gadis itu faham dengan tindakannya. Atau lebih jelas….sila berambus sekarang juga!
“ I tahu you tak suka I ganggu you…tapi sekurang-kurangnya kenalkanlah dia pada I!” kata gadis itu dengan gaya selamba.
Hafiz mendengus kasar. Geram. Perempuan ni tak pernah sekolahke? Tak fahamke yang aku dah tak mahu pandang muka dia, masih juga nak menempel kat sini.  Rungut Hafiz.
HiI`m Rita!” gadis itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan ke arah Sarah.
Sarah segera membalas huluran tangannya itu sambil menghadiahkan senyuman.
“ Kenalkan…Sarah, my wife!” Belum pun sempat Sarah bersuara untuk memperkenalkan diri, Hafiz terus mencelah membuatkan gadis yang bernama Rita itu terpampam. Benar-benar terkejut. Antara percaya atau tidak. Lama dia memandang wajah Sarah meminta pengertian.
“ Ya…I`m his wife….and nice to meet you, Cik Rita.” terlopong mulut Rita mendengar pengakuan dari Sarah. Wajahnya berubah tiba-tiba dan tanpa menunggu sesaat pun dia terus berlalu dengan rasa malu, sebal dan pelbagai rasa berlumba muncul di dada Rita bersama langkahnya yang di atur semakin laju keluar dari restoran mewah itu.
“ Tak takut saham jatuh ke bila ada yang tahu abang Hafiz dah kawin?” tanya Sarah sebaik saja Rita berlalu. Namun dalam diam dia ingin mengetahui apakah yang sedang dirasai oleh lelaki itu.
Nope…sedikit pun tidak…. bagi abang, Sarah lebih hebat dari mereka dan abang tak akan sesekali menyesal sekiranya ada yang tahu tentang status abang sekarang!” Hafiz menjawab sambil tersengih.
“ Yalah tu… !” Sarah mencebik. Sukar nak mempercayai kata-kata Hafiz itu. Jauh di sudut hatinya, dia sedikit pun tidak menaruh sebarang  harapan terhadap hubungan mereka kerana dia  tahu Hafiz tak akan ikhlas dengan hubungan mereka walaupun kekadang hubungan mereka nampak begitu mesra berdasarkan layanan yang diberikan oleh lelaki itu terhadapnya. Tengok ajelah nanti. Pastinya dia akan berubah kembali.
Hafiz ketawa kecil.

           

SEJAK  kebelakangan ini Sarah selalu lewat pulang ke rumah. Kekadang dia terpaksa ke luar negara atas urusan kerja menyebabkan jarang Hafiz dan Sarah dapat bersemuka. Hari minggu pula Sarah akan mengunjungi rumah anak yatim kalau ada kesempatan.
“ Sarah, Jeff tengok Sarah sekarang dah banyak berubah…tak macam dulu lagi!” Jeffri merenung wajah Sarah. Ketika itu mereka keluar minum bersama selepas bertemu di rumah anak yatim. Kini, dia sudah akui kata-kata Tuty.
“ Berubah?...maksud Jeff?” berkerut dahi Sarah mendengar komen dari Jeffri. Rasanya dia tidak pernah berubah. Masih Sarah yang dulu.
“ Cuba Sarah perhatikan diri Sarah… tubuh Sarah dah nampak susut. Pipi pun dah nampak cengkung…. Sarah ada masalahke?...kalau ada masalah, jangan segan bagitahu Jeff….Jeff sedia membantu, Tuty juga….jangan hanya tahu pendamkan perasaan…tak baik untuk kesihatan!”  kata Jeffri. Dia sayangkan Sarah sepertimana sayangnya seorang abang terhadap adik.
“ Tak adalah….Sarah biasa aje…mungkin Sarah penat….sibuk dengan kerja dan terpaksa kejar ke sana ke mari….Jeff pun tahukan kerja Sarah bagaimana!” kata Sarah.
“ Jeff tahu Sarah adalah orang yang paling penting di SR Holdings tu….tapi untuk memajukan sesebuah syarikat, bukan hanya terletak pada individu semata-mata. Perlukan kerjasama dari semua pihak. Jangan nak monopoli semua kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri. Jeff tak nak Sarah sakit. Kita ni manusia, Sarah…bukan robot. Kalau robot pun sekali yang kerja, ia juga perlukan rehat!” Jeffri mendengus perlahan. Kekadang dia tak faham dengan sikap Sarah. Terlalu komited terhadap kerja, sehingga mengabaikan kepentingan diri.
Sarah hanya senyum. Dia hanya buat muka selamba. Pura-pura tidak mengendahkan kata-kata itu sedangkan dia mengakui bahawa sememangnya dia perlukan rehat.  Sejak kebelakangan ini dia memang tak cukup rehat. Banyak kerja yang perlu di bereskan dan kebetulan banyak projek yang berada di dalam pemantauannya. Hafiz…. dia pun tak faham sikap Hafiz. Sejak dari dulu…Hafiz jarang serius dengan kerja.  Ada ketikanya dia  menguruskan sesuatu projek  dengan cukup baik dan ada kalanya dia buat sambil lewa. Itulah yang membuatkan  Sarah tak boleh bergantung pada Hafiz. Bimbang sekiranya tindakan yang dilakukan oleh Hafiz akan mendatangkan  musibah pada syarikat.
“ Sarah!”
Panggilan Jeffri membuatkan Sarah tersentak. Buat seketika dia sempat mengelamun.
“ Ya!”
“ Sarah tahukan yang Jeff sayangkan Sarah!”
Sarah mengangguk perlahan. Dia akui yang dia juga sayangkan Jeffri. Lelaki itu sudah dianggapnya sebagai seorang abang, baginya kemunculan Jeffri adalah sebagai pengganti kepada abang Hakim.
“ Sarah ada masalah dengan suami Sarah ya!” teka Jeffri membuatkan Sarah tersentak sekali lagi. 
“ Entahlah…hubungan kami memang tak pernah stabil…selalu ada pasang surut. Sarah tak tahu sampai bila hubungan kami akan mampu bertahan!” kata Sarah tanpa berselindung.
“ Sarah sayangkan dia?”
Sarah menelan liur. Sukar untuk memberi jawapan untuk soalan itu. Kekadang dia sendiri pun tak pasti apa sebenarnya perasaan dia terhadap Hafiz dan apa perasaan Hafiz terhadapnya. Dia jadi bingung.
“ Jeff ingin sekali kenal dengan suami Sarah dan selama ini pun Sarah tak pernah cerita tentang dia!” kata Jeffri.
“ Tak ada yang menarik untuk diceritakan!” Sarah cepat-cepat bersuara.
Jeffri tersenyum. Lucu juga mendengar jawapan Sarah itu.
“ Ya ke?....tapi Jeff ingin sekali mengenalinya…bila Sarah nak kenalkan dia dengan Jeff!”
“ Hmm…tengoklah…bila ada masa yang sesuai!” balas Sarah seakan tiada mood untuk berbicara soal itu.
“ Sarah…sesuatu hubungan boleh dipupuk kalau kita menginginkannya. Hubungan yang ikhlas pastinya akan direstui oleh Allah….Jeff percaya, suatu hari nanti Sarah pasti akan bahagia.” kata Jeff.
“ Bahagia!”
“ Ya….bahagia, bersama dengan pilihan Sarah!” Jeffri tersenyum.
“ Siapa?” Sarah jadi keliru.
“ Sesiapa jua yang jadi pilihan Sarah!” jawapan Jeffri membuatkan kening Sarah bertaut.
“ Terima kasih kerana mendoakan untuk Sarah…dan Sarah juga turut mendoakan hanya yang terbaik untuk Jeff!” akhirnya Sarah bersuara walaupun dalam hatinya masih tertanya-tanya siapakah pilihan dia yang sebenar. Adakah Hafiz atau akan muncul lelaki lain dalam hidupnya selepas ini.