karya

karya

Saturday, 21 December 2013

Di Penghujung Rindu 23



DATUK Daniel merenung wajah Sarah yang berada di hadapannya. Penampilannya nampak begitu menarik. Wajahnya juga ceria. Sarah yang menyedari dirinya sedang diperhatikan hanya membuat muka selamba membalas renungan mata Datuk Daniel. Tiba-tiba lelaki itu tergelak kecil.
What?.... anything wrong?....what`s funny?” Sarah mengangkat kening.
Datuk Daniel hanya mengeleng kepala. Tangan kanannya mengetuk-ngetuk perlahan meja. Matanya begitu galak memerhati tindakan Sarah yang sedang membelek dan membaca beberapa dokumen di hadapannya. Akhirnya Sarah menutup fail yang ada di hadapannya. Dia menyandar tubuh di kerusi sambil berpeluk tubuh.
So, tell me….!” ujar Sarah sambil merenung tajam wajah lelaki berusia 40-an yang masih segak itu.
Tell you what?” Datuk Daniel kembali menyoal Sarah.
“ Setahu I kita tak ada buat apa-apa appointment kan?.... so, bagi tahu I untuk apa kita bertemu?” Sarah mula membuka mulut, menyatakan apa yang tersirat. Biarlah bunyinya agak sedikit kasar, tapi dia tak betah dijadikan bahan santapan lelaki itu untuk beberapa lama. Dia rasa segan dan tak selesa memikirkan penilaian lelaki itu terhadapnya.
“ Untuk sebuah pertemuan, perlukah sebarang temujanji?” soalan Sarah dibalas dengan soalan.
Datuk Daniel kelihatan tenang, sedikit pun tidak tergugat dengan kata-kata Sarah tadi. Sebaliknya Sarah yang jadi keliru dengan pertanyaan itu. Dia memang akui yang hubungan mereka boleh dikategorikan sebagai hubungan kenalan, tambahan pula hubungan lelaki itu dengan Datuk Syafiq Rahman juga rapat. Tapi dia juga perlu menjaga batas-batas persahabatan mereka kerana takut ada pihak yang tidak suka dan cuba mengambil kesempatan.
“ I cuma datang untuk melawat you…. papa you ada bagi tahu yang you terlantar di hospital minggu lepas dan I tak sempat nak melawat you sebab I ada kat luar negara. Sebagai seorang kawan dan kenalan, I cuma nak ingatkan  you…. jangan terlalu menzalimi diri you sendiri. Maksud I… tunggak SR Holdings ni bukan terletak di bahu you seorang, sesekali kita perlu percayakan orang lain dan juga memerlukan khidmat dari mereka!” Datuk Daniel merenung wajah Sarah.
“ Maksud you?”
“ Hafiz…. he`s your husband dan dia bakal memiliki syarikat ini suatu hari nanti.  Apa salahnya tugas you ni dikongsi bersamanya…. barulah you rasa tidak terbeban!” nasihat Datuk Daniel.
“ I faham dan you sendiri pun tahu…. suatu hari nanti syarikat ini akan menjadi milik abang Hafiz tapi I tak boleh serahkan jawatan ini pada dia selagi I tak akui yang dia mampu memikul tanggungjawab yang sepatutnya. I bukan tak percayakan dia… tapi you tahulah sikap dan perangai dia. Tak  pernah serius dan I tak boleh membiarkan syarikat ini berada di tangan orang yang tak bersedia seperti abang Hafiz. I tak nak apa yang papa usahakan selama ini hancur ditangannya!”
Datuk Daniel hanya diam. Kemudian bibirnya mengukir senyum. Sebenarnya dia mengagumi semangat yang ada pada Sarah tapi tak sepatutnya beban itu hanya dipikul oleh Sarah seorang.
“ Sampai satu saat, jawatan ini akan I serahkan pada abang Hafiz dan mungkin ketika itu juga I perlukan bantuan dari you!” Sarah bersuara selepas berdiam buat seketika.
As you wish..….  I`ll do anything for you…. !” Datuk Daniel mengukir senyum.
Thanks. I tahu I boleh percayakan you…. tapi, hal ini hanya antara kita berdua…tiada siapa yang perlu tahu,”
Sarah merenung wajah lelaki di hadapannya, cuba mencari keikhlasan dari raut wajahnya.
“ Sepertinya you sedang merancang sesuatu…. don`t scare me, honey!” ujar Datuk Daniel sedikit terkejut.
Sarah ketawa seketika.
“ I bukannya perempuan jahat yang tamakkan sesuatu…. I cuma nak berikan hak pada yang berhak dan I nak dapatkan apa yang sepatutnya I dapat…. !” Berkerut dahi lelaki itu cuma memahami maksud di sebalik kata-kata itu.
“ Tak perlulah you nak bebankan fikiran you memikirkan hal yang I cakapkan…. sampai masanya you akan tahu. Dan saat itu I memang perlukan you… tapi I dah bagi peringatan tadi…. hal ini antara kita berdua, orang lain tak perlu tahu!”  Sarah tersenyum. Lucu pula melihat wajah Datuk Daniel yang berkerut-kerut itu.
Datuk Daniel mendengus perlahan. Nampaknya Sarah cuba merancang sesuatu tapi apakah yang sedang bermain dalam fikiran gadis itu. Dia akan bertanya lebih lanjut selagi gadis itu tidak mahu menjelaskannya. Dia harap apa yang bakal dilakukan oleh gadis itu adalah demi untuk kebaikan semua.



HAFIZ berjalan mundar mandir di sekitar biliknya. Sesekali  dia menolak rambutnya yang berjuntai di dahi ke belakang. Saat ini kepala sarat memikir masalah yang sedang di hadapinya. Bagaimana dia mahu menjelaskan semua itu pada Sarah. Dia tak sanggup menerima kritikan dari Sarah. Seolah-olah dia bukanlah seorang yang hebat. Tapi sesungguhnya, sebagai manusia tak akan lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Itu sememangnya lumrah kehidupan. Dan dia juga terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah banyak melakukan kesilapan sehingga menjejaskan kretibilitinya sebagai salah seorang pemimpin. Banyak tugasannya diserahkan kepada orang bawahannya sedangkan dia yang patut menguruskannya.
Hafiz melabuhkan punggungnya di kerusi. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pantas tangannya membuka laci meja dan mengeluarkan satu album gambar. Bibirnya mula mengorak senyum saat tangannya membuka album itu.
“ Sarah!”
Banyak gambar Sarah menjadi santapan matanya. Apa agaknya kalau Sarah tahu dia  mencuri wajah isterinya  melalui lensa kameranya yang sentiasa tersangkut di leher sewaktu syarikat mengadakan lawatan hari keluarga ke Pulau Langkawi tempohari. Apa sahaja aktiviti dan gaya Sarah sentiasa menjadi tumpuannya tanpa disedari oleh Sarah. Maklum sahaja, pandai-pandailah dia cover.
“ Abang Hafiz curi-curi ambil gambar Sarah ya?” soal Sarah selepas dia memfokuskan pada pemandangan di hadapan selepas menangkap gambar Sarah yang sedang tersenyum sambil menikmati suasana petang di tempat penginapan mereka.
“ Eh! mana ada….perasannya…. “ Hafiz mencebik, cuba berselindung.
Sarah menjeling, dia tahu Hafiz cuba menipunya.
Snap
“ Abang Hafiz!”
Hafiz ketawa selepas berjaya menangkap gambar Sarah yang sedang menjelingnya.
Delete gambar tu….” jerit Sarah.
Nope… gambar ni abang nak letak kat facebook….biar semua orang tengok jelingan maut Sarah yang cukup menggoda tu!” usik Hafiz sambil melarikan diri membuatkan Sarah bernekad mengejarnya.
Bak sini kamera tu!” ujar Sarah sambil menghulurkan tangannya.
No…. Sarah nak buat apa?.... kamera ni mahal…. dan abang rasa Sarah tak pandai nak guna, nanti rosak.” Hafiz memeluk erat kamera DSLRnya.
Bak sini…..Sarah nak delete gambar Sarah!” rengek Sarah.
Hafiz makin memeluk erat kameranya. Tak akan sesekali dia menyerahkan kemeranya pada Sarah. Pasti Sarah tahu yang sepanjang mereka berada di Langkawi, wajah Sarah sentiasa menjadi perhatian kameranya. Oleh kerana Hafiz bertekad tidak mahu menyerahkannya, Sarah juga bertekad untuk merebutnya.
Hafiz mengangkat tinggi kameranya agar tidak dapat di capai oleh Sarah. Sarah menahan geram. Dia cuba menyaingi ketinggian Hafiz dengan menjungkit kakinya agar dapat merebut kamera dari tangan Hafiz. Hafiz ketawa kerana dia tahu Sarah tak akan berjaya merebut dari  tangannya. Sarah tak mahu mengaku kalah dan terus mengapai tangan Hafiz. Tanpa sedar tubuh mereka begitu dekat, bukan hanya dekat tapi telah bersentuh.  Mata mereka saling bertatapan, tak sangka yang mereka dalam keadaan begitu. Masing-masing diam dan kaku. Hanya hati dan mata yang berbicara.
“ Wow!”
Tindakan mereka berdua yang berebut kamera itu terhenti. Wajah En. Hadi yang tersengih melihat gelagat mereka membuatkan Sarah dan Hafiz terdiam. Merah padam muka mereka membalas renungan mata lelaki itu.
Go a head….. anggap saja I tak nampak apa yang berlaku tadi!” En. Hadi terus berlalu dengan senyuman panjang.
Sarah yang menyedari dirinya begitu dekat dengan Hafiz, segera menjarakkannya. Dia mendengus marah.
“ Ini abang Hafiz punya pasal,” rajuk Sarah menarik muka masam.
“ Abang akan delete gambar Sarah….tapi dengan satu syarat,” Hafiz membuat perhitungan.
“ Syarat?....apa syaratnya?” Sarah mula tak sabar.
One kiss for me!” Hafiz menyatakan syaratnya.
“ Jangan nak mengarut….!” Sarah berpeluk tubuh sambil merenung tajam wajah Hafiz yang sudah tersenyum. Seronok dapat menyakat Sarah.
No kiss…no delete…. that`s a big deal!” Hafiz buat muka jahat, sambil senyum mengejek.
“ Hisy….geramnya. Abang Hafiz tahu tak yang abang Hafiz ni jahat,” Akhirnya Sarah terus berlalu dengan hati yang membengkak. Geram sungguh kerana dipermainkan oleh Hafiz. Hafiz ketawa sambil memandang langkah Sarah yang semakin jauh.
Hafiz tersenyum mengenangkan beberapa peristiwa yang menarik melibatkan dia dan Sarah. Kebetulan semua staff turut memainkan peranan mengenakan dia dan Sarah dengan mengadakan majlis untuk mereka. Katanya sebagai meraikan perkahwinan bos mereka. Di majlis itu Sarah di minta menyanyi secara duet dengannya untuk lagu Sayang Menyayang, lagu yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Siti Sarah. Bibirnya tersenyum lebar bila rata-rata memuji suara dan keserasian mereka berdua. Sementara Sarah pula tersipu malu sewaktu menerima pujian membuatkan Hafiz benar-benar rasa bahagia.
Hafiz menyimpan kembali album gambar itu di dalam laci. Gambar itu akan menjadi suatu kenangan yang cukup bermakna.
“ Sarah…. abang janji abang akan cuba membahagiakan Sarah,” Hafiz memejam mata rapat dan saat itu juga wajah Sarah terbayang di ruang matanya sambil mengukir senyum.

Tuesday, 3 December 2013

My SH


JOHANNA  mengelap meja bagi memastikannya bersih sebaik sahaja pelanggan beredar dari kedai keknya. Sejak kebelakangan ini kedai keknya yang diberi nama Hanna`s  Cake & Bakery mula mendapat sambutan yang menggalakkan semenjak ia di buka 3 bulan yang lepas. Dan dia mengambil masa berbulan-bulan juga mengikuti kursus untuk menyediakan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut. Dia bersyukur sebab kedai yang di sewanya merupakan tempat yang strategic. Bukan senang nak dapat peluang dan tempat ini. Hampir 3 bulan juga dia berusaha, berikhtiar mencari lokasi dan juga pelaburan. Nasib baiklah dia berjaya.

 Sebenarnya dia tak nak susahkan ayah. Kalau  dia nak, dia boleh aje minta modal dengan ayah tapi dia tak mahu. Dia nak berjaya dengan hasil usaha sendiri. Apa kelas asyik nak duduk bawah ketiak mak bapak bila dah tua-tua begini. Lagi pun dah lama dia bercita-cita nak buka kedai kek. Dia tak nak jadi macam kak Wani dan abang Halim, sikit-sikit minta bantuan ibu ayah, malas nak berdikari betul. Kadang-kadang dia muak dengan sikap mereka . Terlalu bergantung dengan orangtua walaupun dah tua bangka dan dah ada keluarga. Tak malu betul dia orang tu kan!.
Dia teringatkan abang Halimnya, dah hampir beratus ribu duit ayah di habiskan untuk dia buka macam-macam jenis perniagaan, tapi tak pernah kekal. Paling lama bertahan pun hanya 6 bulan.  Apa tidaknya, baru aje perniagaan nak bernyawa sikit, mulalah tak sedar diri. Nak pakai kereta mewah, beli perabut mewah, tukar itu, tukar ini,  pergi melancong luar negaralah….hish….mana nak maju. Bukan sahaja tak dapat untung, lingkup dengan modal-modal sekali.
Kak Wani pun macam tu jugak, manjakan sangat suaminya, abang Samsul tu. Bukannya dia tak kenal perangai abang Samsul, ada duit sikit, mulalah rancang yang bukan-bukan sampai lupa diri. Kadang-kadang tu hanya asyik  fikirkan nak joli aje. Bila tak ada duit, mulalah pujuk kak Wani minta dengan ayah. Ayah pun satu hal, asal aje mereka berdua tu minta, terus kasi. Tak ada heh, tak  ada hoh langsung. Cubalah ayah berkeras sikit, bagi pengajaran….biar mereka usaha sendiri. Barulah tahu bukan mudah nak dapat wang. Cakap aje nak pinjam, tapi bayarnya tak pernah. Nasib baiklah perniagaan ayah berjaya, tak terkesan pun kalau kak Wani dan abang Halim minta duit. Tapi kalau dah asyik meminta, duit setinggi gunung pun akan habis kalau asyik di toreh.
“ Cubalah korang berdua ni berdikari sikit….ini tidak, asyik mintak aje…korang ni tak malu dengan Hanna ke? dia lebih suka berdikari sejak dari dulu bukan macam korang berdua ni!” rungut Hjh. Faezah pada dua orang anaknya itu.
Wani dan Halim hanya mencebik. Tak suka betul bila ibu asyik memuji adik bongsu mereka yang suka berdikari tu.
“ Alah ibu, Hanna tu belum lagi berkeluarga…tak adanya nak pakai duit. Duduk pun dengan ibu dan ayah…apa yang dia nak fikirkan lagi…” kata Wani membela diri sambil mengerling ke arah Hanna.
Hanna hanya diam. Kak Wani  memang dengkikan dia. Tambah-tambah dengki lagi bila ibu asyik memujinya. Macam mana ibu nak puji dia kalau tak ada perkara pun yang menyenangkan hati ibu. Masa dia kawin dulu pun, semuanya ibu dan ayah yang sponser. Dia hanya nak itu dan ini. Nak buat majlis tunang grand, nak buat majlis kawin pun grand tapi duit tak ada. Abang Samsul pun bukannya lelaki yang berduit tapi lagak aje lebih macam orang berjawatan YB sedangkan dia hanya berkelulusan diploma sahaja. Tapi masa nak nikah hari tu gembur kata ada degree, berjawatan besar, siap dah ada rumah dan kereta lagi. Hakikatnya hancus, habuk pun tara. Macam manalah kak Wani boleh `terjatuh cinta` dengan lelaki penipu tu. Apa nak buat….love is blind, terima ajelah.
Abang Halim pun macam tu, dapat pula isteri yang kaki kikis,  nak semua benda yang mewah, benda yang standard. Tak sedar diri sungguh kakak iparnya itu. Masalah betul. Siapa suruh dia cari perempuan yang jenis pisau cukur.  Silap hari bulan belum lagi usia 50 tahun, semuanya dah licin habis di kikisnya sampaikan bulu roma pun licin sama. Bagus juga tu, tak payahlah abang Halim berhabis duit beli veet kan! jimat duit… ha…ha….ha….
“ Kak Hanna, Nida nak balik ni…kak Hanna nak Nida buat apa-apa ke sebelum Nida balik ni?” tanya Anida menghampiri Hanna yang sedang berada di kaunter dan sekaligus mematikan lamunan Hanna.
Hanna kembali menatap catatan yang ada di atas meja, sebentar tadi dia sedang membuat rumusan dan kira-kira, macam mana boleh terlajak sampai mengelamun. Memang Hanna selalu buat pengiraan dan catatan supaya senang kalau nak buat budget apa-apa nanti. Dalam berniaga ni, duit 5 sen pun kena kira. Biarlah orang kata kedekut, depa tak tau….tak cukup 5 sen tak boleh di panggil seribu ringgit. Dia pun bukannya kerek  sampai tahap  kedekut macam Hj. Bakhil.  Sebenarnya….ini hanyalah sekadar permulaan. Nanti kalau dah ada keuntungan  sikit, dia ingat nak sedekah keuntungan itu pada anak yatim dan juga keluar zakat. Biarlah hasil pendapat perniagaannya mendapat keberkatan dari Allah. Amin.
“ Tak ada apalah…esok Nida tolong datang awal macam biasa ya….kak Hanna kena sediakan tempahan untuk majlis hari jadi anak  kawan ibu kak Hanna. Dia orang nak tempah cup cake…kak Hanna bimbang kak Maimon tak sempat nak buat ikut tempahan. Nanti tak pasal-pasal kena kompelin dengan custermor pulak…” kata Hanna.
“ Don`t worry. Nida akan bantu…” janji Anida sambil tersenyum.
“ Thanks…ini yang buat kak Hanna sayang Nida ni,” ucap Hanna sambil menghadiahkan senyuman.
Sekarang ini, Hanna punya 3 orang pekerja iaitu kak Maimon dan kak Mira yang merangkap pakar masakan segala jenis kek dan pencuci mulut. Mereka tu pernah belajar di kolej dalam bidang penyediaan kek. Dan Hanna mengenali mereka semasa mengikuti kursus cara-cara membuat kek dan pencuci mulut. Dari situlah, Hanna menawarkan khidmat mereka di kedai keknya ini. Ternyata, hasil tangan mereka amat membanggakan sehingga dapat pujian beberapa orang pelanggan yang telah merasainya. Sementara Anida pula di tugaskan di bahagian kaunter dan juga melayan pelanggan. Lepas ni, dia ingat nak  cari seorang pekerja lelaki untuk buat khidmat penghantaran ke mana-mana ofis yang berdekatan macam ala-ala pizza gitu.
“ Kalau macam tu…Nida balik dulu ya, kak Hanna!” kata Anida.
“ Hmm…jumpa lagi esok ya!” kata Hanna.

HANNA memakirkan kereta Wokswagen bettlesnya di depan kedai keknya. Dia cukup sayangkan kereta wokswagen  hitamnya. Kereta itu adalah hadiah dari ayah sempena harijadinya tahun lepas. Ayah tahu dia memang sukakan kereta wokswagen bettles tu. Kenapa dia pilih warna hitam? sebab …hitam itu menawan. Nampak ekslusif dan elegan. Kalau warna merah, nampak garang dan seksi…tak mahulah, kalau warna putih,…nanti nampak cepat kotor bila terkena debu. Kena penjagaan yang lebih sikit. 
Masa ayah bagi hadiah kereta  tu, Hanna nampak muka kak Wani dan abang Halim dah cemberut macam orang terkena sembelit 40 hari. Hanna tahu mereka  dengki dan tak puas hati  bila Hanna dapat hadiah kereta tu.
“ Ayah, nanti birthday Wani bulan depan…Wani nak ayah hadiahkan kereta juga untuk Wani…tak adillah kalau Hanna aje yang dapat…” Wani bersuara sambil memandang wajah ayah.
Halim nampak mengangguk kepala, pasti menyokong kata-kata Wani. Dia orang tu selalu sepakat dalam bab-bab mengaut duit ayah sebab otak dia orang sama level. Bak kata dalam pengiraan matematik…2x5 je.
“ Kamu ni….benda kecik macam tu pun nak berkira. Kamu berdua dah dapat lebih dari itu. Selama ini, ayah dah hadiahkan kamu rumah, kereta dan bagi kamu modal untuk berniaga sampai beratus-ratus ribu. Tapi Hanna, dia tak pernah merungut apa-apa pun pasal kamu. Kereta tu pun dia tak minta, ayah yang nak bagi sebab selama ini dia tak minta apa-apa pun. Bukan macam kamu berdua ni. Dengan adik beradik pun nak berdengki. Apa nak jadi dengan kamu ni!” cemuh Hj. Arshad sambil mengeleng kepala. Dia pun tak tahu bagaimana nak kategorikan perangai anak-anaknya itu.
Wani mendengus perlahan. Mukanya makin masam. Selepas itu dia bangun dan berlalu ke ruang dapur.  Hanna tahu sangat dengan perangai kak Wani tu, dia sengaja buat macam tu  sebab nak mengelak dari di bebel oleh ibu pula. Baik dia belah awal-awal, malas nak mendengar ibu meleternya pula. Dia jadi panas telinga. Biar Halim aje yang dengar.
“ Wow, jambunya kereta…siapa punya agaknya ya!” Hanna melirik pada kereta wokswagen warna oren yang di pakir berhampiran dengan keretanya. Cantik juga, agaknya pemilik ni perempuan sebab keretanya di hiasi dengan gambar bunga. Memang cantik dan nampak sweet. Tapi kalau dia, memang tak akan buat macam ni. Nampak macam taman bunga pulak, he…he…tetiba rasa macam nak kenal aje tuan punya kereta ni. Di mana agaknya tuan kereta ni? Pasti orangnya pun sweet macam kereta.
Hanna mendapatkan Anida yang berada di kaunter. Ketika ini ada seorang pelanggan sedang membuat pembayaran dan lima orang pelanggan berada di meja, sedang menikmati roti dan kek hasil buatan  kak Maimon dan  kak Mira.
“ Mama, mama dah beli apa yang pak su pesan?” tanya si anak pada ibunya yang sedang membuat bayaran.
 “ Dah, mama dah belikan…” ujar mamanya.
Hanna sempat melemparkan senyuman pada kanak-kanak comel itu. Anak perempuan itu turut membalas senyuman Hanna. Pada perkiraan Hanna, mungkin kanak-kanak comel itu berusia dalam lingkungan 4 tahun.
“ Terima kasih, kak. Sila datang lagi.” kata Anida sambil menyerahkan plastic yang berisi kotak kek dan roti yang di beli oleh perempuan itu.
Perempuan yang berusia awal 40 an itu segera memimpin anak perempuannya keluar dari kedai Hanna.
“ Nida, Nida tahu tak siapa pemilik kereta wokswagen oren yang pakir kat luar tu?” tanya Hanna.
“ Wokswagen oren?...entah….tak perasanlah kak Hanna…kenapa?” Anida memandang wajah Hanna dengan pandangan pelik. Tak pernah pun Hanna bertanya siapakah pemilik yang pakir di depan kedainya sebelum ini.
“ Kereta tu unik…comel…tak pernah kak Hanna nampak sebelum ini…” kata Hanna.
Anida memandang ke luar kedai.
“ Itu?...kan akak yang masuk ke kedai ini tadi!” kata Anida.
Hanna turut memandang dari tempat bayaran. Nampak betul-betul jelas bahawa kereta wokswagen oren yang di pakir di depan kedai Hanna tadi adalah milik kakak yang baru keluar dari kedainya tadi.
“ Hmm….kak Hanna pun rasa pemiliknya adalah perempuan tadi…” Hanna mengangguk.
“ Kenapa?...pelikke kalau pemilik kereta oren berbunga tu adalah seorang lelaki?” duga Anida.
“ Memang pelik. Pelik bin ajaib. Pasti lelaki tu mat lembut macam sotong kalau pakai kereta tu….” balas Hanna.
“ Ya tak ya jugakkan ….hish…tak dapat nak bayangkan kalau lelaki yang punya kereta tu kan…” sambung Anida sambil tergelak kecil. 
...bersambung...