karya

karya

Thursday, 22 March 2012

Antara Aku & Dia 9



S
EBULAN sudah berlalu, namun selalu saja Luqman dan rakan-rakannya mengusik Sarah dengan pelbagai cara membuatkan Sarah tak kuasa nak melayan kerenah mereka. Dia hanya buat pekak badak dan berpura-pura tidak menghiraukan mereka sedangkan di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati dan betapa malunya dia bila usikan Luqman dan rakan-rakan mendapat perhatian pelajar lain. Mereka turut sama gelak bersama Luqman.
“ Sarah, awak tak nak bagi lemak awak tu sikit dekat si Adi ni,….kesian dia sampai kurus kering sebab awak dah sedut habis lemak kat badan dia!” usik Luqman selepas menghampiri meja yang di huni oleh Sarah dan Aini. Ketika itu mereka berdua sedang menikmati mee goreng di kantin semasa waktu rehat.
“ Awak ni Luqman, rupa ada…tapi otak tak ada. Kalau mak dan ayah awak tahu beginilah sikap anak mereka tentu mereka kecewa kerana melahirkan awak ke dunia ini….atau mak dan ayah awak tak pernah ajar awak bagaimana nak menghormati orang lain?”
Sarah bangun dan bersuara. Berapi mukanya menahan marah sambil berdiri menghadap wajah Luqman yang ternyata amat terkejut mendengar kata-kata Sarah itu. Wajah Luqman benar-benar berubah. Ternyata kata-kata Sarah memberi tamparan hebat buatnya. Apalagi mereka berdua mula mendapat perhatian pelajar –pelajar lain yang turut berada di situ ketika itu. Masing –masing memandang antara satu sama lain. Ada juga yang tersenyum simpul melihat situasi itu. Bagi mereka perdebatan antara Sarah dan Luqman sudah menjadi satu kebiasaan. Ada juga yang bertaruh mengatakan mereka berdua itu akan jatuh cinta. Maklumlah ada teori yang mengatakan dari pergaduhan dan benci-membenci itu akan menerbitkan perasaan sayang. Ada juga yang tidak senang kerana merasakan Sarah itu sengaja cuba mencuri perhatian Luqman.  Semetelah mereka tahu bahawa Luqman itu pelajar pujaan gadis-gadis di sekolah itu.
“ Tolong jangan libatkan orang tua saya dalam hal ini. Mereka tak ada kena-mengena!” sangkal Luqman sambil mendekatkan mukanya di muka Sarah membuatkan Sarah terpaksa berundur. Takkanlah dia nak membiarkan muka mereka begitu dekat, hanya jarak 2 inci sahaja. Silap haribulan lain pulak jadinya.
“ Dan tolong jangan ganggu saya lagi….apa hutang saya pada awak ha….?” Jerkah Sarah dengan muka merah. Dia sudah tak peduli dengan pandangan orang. Janji masalah antara dia dan Luqman akan selesai dan mengharapkan agar selepas ini tiada lagi gangguan dan usikan dari Luqman untuknya. Dia malu.
Sarah benar-benar ingin tahu apa masalah Luqman dengannya sehingga dia sering menjadi bahan usikan Luqman. Apa lagi ke mana sahaja dia pergi, pasti akan bertemu dengan lelaki itu. Dia rimas. Seakan dunianya terlalu sempit untuk dia bergerak dan sukar untuk dia bernafas dengan selesa.
“ Awak tak ada hutang dengan saya tapi awak dah curi sesuatu yang berharga dari saya dan saya nak awak pulangkan balik!” kata Luqman dan terus berlalu bersama-sama rakan-rakannya membuatkan Sarah terduduk lesu.
Sebaik sahaja Luqman beredar, mereka yang lain mula membuat hal sendiri. Sarah tertunduk kesal. Sedih hatinya kerana di tuduh sebagai pencuri. Seumur hidupnya dia tak pernah mencuri, niat juga jauh sekali. Sampai hati Luqman menuduhnya begitu, apa lagi di hadapan pelajar-pelajar lain. Apa kata mereka tentang dirinya.
“ Sudahlah Sarah…usah pedulikan si Luqman tu…dia sengaja nak usik kau. Aku tahu kau bukan seperti yang dituduhnya. Aku kenal kau dan aku tahu kau tak akan buat macam tu” pujuk Aini sambil mengusap bahu Sarah.
“Aku sedih sangat dia tuduh aku mencuri barang berharga miliknya…aku tak ada niat pun nak mencuri sesuatu yang bukan hak aku…niat untuk mencuri pun tak pernah terlintas di fikiran aku….” Sarah sebak. Hampir menitis air matanya tapi cepat-cepat di seka dengan tangan. Malu kalau ada yang melihat dan membuat spekulasi yang lain pulak. Biasalah manusia, benda seperti ini cepat sangat tersebar. Mulutkan tak ada zip, bila-bila sahaja boleh  terbuka.
“ Memang tak patut Luqman buat kau macam ni…bukan sekali dua dia cuba malukan kau dengan pelajar lain, selalu sangat. Apa masalah dia dengan kau sebenarnya sampaikan dia sakit hati sangat dengan kau…tak tahulah aku!” kata Aini. Dia pun turut hairan dengan sikap Luqman terhadap Sarah. Orang lain tak adalah pulak dia nak menyakat teruk-teruk macam yang di buatnya kat Sarah.
Dalam diam Sarah bertekad untuk bersemuka dengan Luqman. Dia ingin tahu kenapa dia boleh di tuduh mencuri sesuatu yang berharga milik lelaki itu.
“ Tunggulah…!” nekad Sarah dalam diam sambil mengempal penumbuk.     Kalau Luqman berada di hadapannya saat ini, pasti lelaki itu menerima habuan darinya. Entah-entah lebam dua biji matanya aku kerjakan. Baru puas hati. Sarah tersenyum sendiri.
************

LUQMAN, boleh kita cakap sekejap?” Sarah bersuara apabila dia menghampiri Luqman yang ketika itu sedang melepak bersama kawan-kawan rapatnya.
Luqman agak tergamam menerima kunjungan Sarah itu. Buat seketika dia mengalih pandang ke arah kawan-kawannya. Adi sudah mengukir senyum, semacam aje senyumannya.
“ Kalau boleh bukan di hadapan kawan-kawan awak!” sambung Sarah lagi. Tak selesa kalau perbualan mereka nanti di dengar oleh kawan-kawan Luqman. Malah mungkin dia akan diejeknya. Sarah tak sanggup menerima rasa malu lagi.
Akhirnya Luqman bangun dan berjalan agak jauh dari kawan-kawannya diikuti oleh Sarah di belakang.
So, awak nak cakap pasal apa?” tanya Luqman, tak sabar rasanya nak mendengar apa yang bakal di utarakan oleh Sarah.
Sarah menarik nafas seketika, cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan Luqman. Dia  tahu serba sedikit sikap Luqman. Lelaki itu jarang mengaku kalah terutama sekali apabila di ajak berdebat. Itu sebabnya Luqman sentiasa menang setiap kali masuk pertandingan pidato peringkat sekolah mahu pun peringkat negeri. Tahun lepas dia mendapat tempat pertama mewakili daerah masuk pertandingan pidato peringkat negeri.
“ Tolong berterus-terang dengan saya…barang berharga yang mana satu saya dah curi dari awak?...barang kemas? Atau duit yang awak maksudkan?” tegas Sarah sambil merenung wajah Luqman yang selamba itu. Sakit hati Sarah memandang wajah itu. Takkanlah Luqman pakai barang kemas, dia bukannya perempuan. Duit?...diakan anak orang kaya, kalau setakat RM 100, apalah sangat. Tapi kenapa dia yang jadi mangsa… sadisnya!
“ Betul awak nak tahu?....awak tak menyesal kalau saya bagi tahu awak?” kata Luqman bermain teka-teki. Sengaja menanti reaksi Sarah. Seronok pulak melihat wajah Sarah yang mula bengang itu. Comel saja pada pandangannya.
“ Ya…bagi tahu sekarang dan saya tak akan menyesal. Kalau boleh hal ini di selesaikan sekarang juga supaya awak tak akan menuduh saya lagi….awak ingat saya ni tak ada maruahke?....sesuka hati aje menuduh orang tanpa periksa!” getus Sarah.
Luqman ketawa.
“ Apa?...lucuke?...saya nak ingatkan awak…perkara ni bukan lawak….tak perlulah awak nak ketawa macam hantu raya…buruk sangat rupanya!” tempelak Sarah.
Serta merta ketawa Luqman terhenti. Dia merenung tajam wajah Sarah macam nak telan aje rupannya. Menakutkan. Sarah memejam mata beberapa saat sebelum kembali menatap wajah Luqman.
“ Baiklah…saya nak awak berterus-terang sekarang, kenapa awak tuduh saya mencuri sesuatu yang berharga milik awak!” kata Sarah. Sedaya upaya dia cuba bertenang. Kawan-kawan Luqman dilihatnya begitu memberi tumpuan pada mereka berdua. Mungkin tertanya-tanya apakah topic yang sedang mereka bincangkan.
“ Baiklah. Saya nak awak pulangkan hati saya yang dah awak curi!” Luqman bersuara tegas sambil merenung tepat ke wajah Sarah. Serta merta Sarah menelan liur dengan mata terbeliak. Biar betul. Bila masa pulak aku curi hati dia?...ingat aku kempunan sangatke nak ambil hati orang. Ingat senangke nak jaga hati orang, hati sendiri pun belum tentu terjaga, ada hati nak curi hati orang.
“ Gila. Awak memang gila, Luqman!” meletus perkataan keramat itu dari mulut Sarah. Dia dah tak peduli.
“ Memang, saya gilakan awak….saya jadi gila setelah awak curi hati saya!” kata Luqman membuatkan Sarah memegang kepala dengan kedua tangannya. Silap hari bulan, bukan Luqman yang gila, tapi dia.
“ Tolonglah….saya merayu pada awak…jangan malukan saya, boleh tak?” kata Sarah cuba bertenang.
“ Ok, dengan satu syarat!”  Luqman bersuara. Sarah mula tak sedap hati. Bukan boleh percaya, biasanya syarat itu mesti berat sebelah. Apa lagi syarat yang di buat oleh Luqman.
“ Kalau awak tak nak pulangkan hati saya yang dah awak curi…awak boleh bagi hati awak kat saya, adilkan!” Luqman sudah menayang senyum.
Sarah mengetap bibir menahan geram mendengar syarat yang dikenakan oleh Luqman itu. Rasa nak cekik-cekak aje batang tengkuknya biar terkulai layu. Biar hilang nyawa. Dan biar hilang di matanya. Tak adalah dia sakit hati macam ni.
“ Amacam, setuju?” kata Luqman.
“ Dengar sini ya….saya nak ingatkan awak buat terakhir kalinya. Saya tak pernah curi hati awak dan saya tak akan serahkan hati saya pada awak.  Keputusannya adalah  muktamat, tak ada lagi sebarang budi bicara. Mulai hari ini, anggap aje saya tak pernah kenal awak dan awak juga tak pernah kenal saya…selamat tinggal!” kata Sarah dengan penuh tekad dan terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan Luqman.
Sarah melangkah dengan hati yang sebak. Apa yang diucapkan oleh Luqman itu adalah seperti satu permainan. Mungkin juga Luqman membuat pertaruhan dengan kawan-kawannya untuk mendapatkannya. Biasalah lelaki terutama sekali melibatkan pelajar popular seperti Luqman. Tak mungkin lelaki seperti Luqman akan tertarik pada dirinya yang tembam begini. Kalau pun dia menerima Luqman, pasti akan banyak halangannya.  Yang dia cukup yakin, dirinya akan di cemuh sebagai manusia yang tak sedarkan diri. Dia tak sanggup di hina lagi. Dia sedar siapa dirinya. Tak pernah sedikit pun di hatinya menyimpan perasaan untuk lelaki itu. Matlamatnya hanya satu. Ingin berjaya sebagai murid yang cemerlang. Sebab itu dia belajar bersungguh-sungguh agar keluarganya berbangga membesarkannya selama ini.
Seminggu kemudian hampir gempar satu kelas apabila mendapat tahu Sarah mahu bertukar sekolah. Bukan hanya bertukar sekolah tapi juga bertukar negeri.
“ Sarah, kenapa tiba-tiba nak tukar sekolah?” Adam mendapatkan Sarah setelah mendapat tahu berita tentang Sarah yang akan bertukar sekolah. Sedih  betul bila dapat tahu hal itu. Merekakan selalu berbincang bersama dan ketiadaan Sarah nanti dapat dirasainya. Ketika itu Sarah di kelilingi oleh Aini, Rosman dan Yusrina. Merekalah teman rapat Sarah. Selalu buat study group.
“ Aku nak beralih angin…hati aku tak tenang sejak kebelakangan ini” jawab Sarah cuba berselindung membuatkan Adam dan teman-teman yang lain tertunduk. Tergambar rasa kecewa di wajah masing-masing mendengar jawapan Sarah itu.
“ Sarah, kau ada masalahke? Cuba cerita dengan kita orang…mana tahu kita orang boleh bantu kau!” Aini tiba-tiba bersuara sambil memegang tangan kanan Sarah. Kawan-kawan yang lain merenung wajah Sarah. Dalam hati tertanya-tanya kenapa Sarah bertukar sekolah secara mendadak begitu.
“ Maafkan aku sebab tak dapat bagi tahu kat korang….tapi percayalah, aku bertukar sekolah bukan kerana kerana aku tak sukakan korang….bagi aku, korang semua adalah sahabat terbaik aku dan aku memang sayangkan korang!” sebak dada Sarah ketika menjawab kata-kata Aini. Biarlah tujuan itu hanya dia sahaja yang tahu. Mungkin satu hari nanti mereka juga akan tahu tapi ketika itu pastinya dia sudah jauh dari mereka semua.
“ Alah…tak best la bila kau tak ada Sarah! Lagi pun tinggal beberapa bulan aje kita nak exam…” kata Yusrina dengan muka sedih. Begitu juga dengan yang lain. Dah dekat 3 tahun mereka bersama, pastinya banyak kenangan yang tersimpan dan rasa sedih kerana terpaksa berpisah.
“ Jangan risaulah…aku tahu korang semua ni bijak dan pastinya korang akan dapat keputusan yang terbaik dan aku juga nak korang semua doakan untuk aku juga!”
Adam dan Rosman sekadar memerhati dan mendengar perbualan itu, walaupun mereka sedih  kerana akan  berpisah tapi takkanlah mereka berdua nak menangis, lainlah kalau Aini dan Yusrina.
*************

SEHARI sebelum Sarah berpindah dari sekolah itu,  mereka berlima ke bandar kerana meraikan perpisahan mereka. Mereka mengunjungi KFC sebagai tempat pilihan mereka.  Semalam Yusrina teringin nak makan KFC dan Sarah bermurah hati untuk belanja makan kawan-kawan terdekatnya.
“ Eh! Itukan Luqman dan geng dia.  Macam mana dia pun boleh masuk kat sini!” Rosman tiba-tiba bersuara semasa mereka sedang enak menikmati hidangan di hadapan. Mereka bertiga segera menoleh ke arah muka pintu dan kebetulan Luqman bersama 3 orang kawannya turut memandang ke arah mereka. Ada senyuman terukir di bibir Luqman. Senyuman itu membuatkan Sarah gusar. Pasti ada sesuatu yang akan di lakukan oleh lelaki itu nanti. Sarah mula tak senang duduk.
“ Kenapa? Kau nampak gelisah tiba-tiba aje….kau risaukan pasal Luqman ya!” ujar Aini yang mula menyedari perubahan pada wajah Sarah.
“ Er…” Sarah menelan liur.
“ Jangan risaulah…kami ada” pujuk Adam membuatkan Sarah mengukir senyum. Hatinya mula rasa lapang. Sarah tahu Luqman sentiasa bertindak di luar dugaan terutama dengan dirinya. Apa sangat yang lelaki itu dengki dengannya!
Sarah mengetap bibir bila Luqman tiba-tiba mengatur langkah ke arah mereka sedangkan ke tiga-tiga kawannya sudah pun berada di kaunter membuat pesanan.
“Wow…makan besar nampak, celebrate apa ni?” tanya Luqman dengan senyum bila melihat ketulan ayam di hadapan Sarah dan kawan-kawan masih banyak berbaki. Sengaja Sarah beli lebih untuk menjamu teman-teman rapatnya.
“ Sarah yang sponser…dia akan pindah sekolah minggu depan. Hari ini adalah hari terakhir dia bersama kami!” Adam bersuara mewakili teman-teman yang lain. Sarah hanya diam, sedikit pun tidak memandang wajah Luqman seperti yang dilakukan oleh teman-temannya.
“ Sarah!” tiba-tiba Luqman bersuara membuatkan Sarah terpaksa memandang wajah Luqman dalam keadaan terpaksa. Ternyata wajah Luqman agak terkejut. Lama dia merenung wajah Sarah. Entah apa yang sedang lelaki itu fikir, Sarah tak mahu ambil tahu. Asalkan lelaki itu tak buat hal di tempat awam, itu sudah melegakannya.
“ Kenapa awak nak pindah?” tanya Luqman. Dia benar-benar tak menduga bahawa Sarah akan bertukar sekolah dan hari ini merupakan hari terakhir Sarah berada di sekolah itu.
Sarah memandang tepat ke wajah Luqman dengan dahi berkerut.  Hairan sekali melihat perubahan wajah Luqman. Dia nampak gusar dan sedih, kenapa? Sepatutnya dia rasa gembira kerana Sarah akan pergi.
“ Kenapa awak nak pindah dari sekolah tu?” soal Luqman sekali lagi. Kali ini suaranya agak tegas dan wajahnya sudah bertukar merah membuatkan kawan-kawan Sarah tercengang, Sarah juga begitu.
“Sebab awak!”
Sarah menutup mulutnya dengan tangan. Dia sendiri tak menyangka akan berkata begitu. Teman-teman Sarah sudah memandangnya semacam, lebih-lebih lagi Luqman. Tak berkelip matanya merenung wajah Sarah yang dah bertukar merah.
“ Maaf…” akhirnya Sarah memohon maaf dan menunduk wajahnya. Sememangnya dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Luqman selepas memberi jawapan sebentar tadi.
“ Sarah…” hanya itu yang keluar dari mulut Luqman. Wajahnya sudah bertukar muram. Nampaknya dia kecewa selepas mendengar jawapan Sarah itu.
“ Man!” jerit Adi memanggil nama Luqman di satu sudut.  Alaudin dan Razali sudah pun mengadap hidangan mereka.
Luqman terus beredar sebaik sahaja namanya di panggil. Dia menuju ke meja yang di huni oleh kawa-kawannya dan seketika kemudian, mereka berempat sudah terpacak di hadapan meja Sarah dan teman-teman rapatnya.
“ Sarah…betulke awak nak tukar sekolah?” Razali terus bertanya membuatkan Sarah menelan liur. Bukan hanya dia terkejut dengan soalan itu tapi kerana kunjungan mereka berempat ke meja itu sampaikan ada beberapa orang pelanggan yang turut sama makan di situ menoleh beberapa kali ke arah mereka.
Sarah mengangguk sambil mengukir senyum ke arah Razali yang jelas-jelasnya terkejut mendengar berita yang baru di sampaikan oleh Luqman sebentar tadi. Antara kawan-kawan yang mendampingi Luqman, Sarah lebih senang berinteraksi dengan Razali sebab lelaki itu tak pernah mengusiknya , malah melayannya dengan baik. Tanpa sedar, hati Luqman sudah terbakar, cemburukan Razali dan Sarah.  Panas hatinya dengan sikap Sarah yang boleh saja menghadiahkan senyuman untuk Razali, sedangkan untuk dirinya….hanyalah wajah masam mencuka.
“ Jom….kita ambil gambar ramai-ramai sebagai kenangan!” Luqman berubah riak sambil mengeluarkan kamera dari beg sandangnya.
“ Tak payahlah…buat membazir aje” Sarah menolak ajakan Luqman. Segan pulak dia nak bergambar dengan mereka. Selama ini kalau bertemu hanya tahu bertekak aje, tiba-tiba boleh bergambar bersama. Rasa peliklah pulak!
“ Apa pulak membazirnya…harta ni saya yang punya, ikut suka sayalah!”Luqman mencelah membuatkan Sarah segera menghadiahkan jelingan untuknya dan Luqman membalasnya dengan senyuman.
“ Ok, ready semua!” kata Luqman.
Beberapa keping gambar di ambil bersama sebagai tanda kenangan. Beria betul Luqman mengambil gambar terutama gambar Sarah dan kawan-kawannnya tanpa mereka sedar yang sebenarnya dia hanya memfokuskan wajah Sarah sahaja. Kalau mereka tahu nanti, pasti dia akan digelakkan mereka.
“ Sarah…apa kata saya ambil gambar awak seorang!” Luqman bersuara selepas penat kawan-kawannya beraksi.
“ Gambar saya?...nak buat apa?” Sarah memandang Luqman dengan dahi berkerut.
“ Nak buat kenanganlah…” jawab Luqman acuh tak acuh membuatkan teman-teman Luqman segera melepas tawa. Sarah menarik muncung panjang. Geram.
Come on lah Sarah….” Pujuk Luqman. Beria-ria dia nak mengambil gambar Sarah sebagai kenangan. Boleh percayake dia ni?...entah-entah di jajanya muka aku.
“ Tak payahlah Luqman…lagi pun saya rasa tak muat muka saya nak masuk dalam kamera awak tu…almaklumlah…..saya nikan besar macam anak gajah…” kata Sarah mengingatkan salah  satu gelaran yang pernah di berikan oleh Luqman padanya.
“ Muatlah…kalau badan awak besar macam mak gajah pun masih muat masuk dalam kamera saya…” Luqman tersengih menayangkan gigi membuatkan Sarah mengetap bibir. Kurang asam betul budak ni, aku cabai-cabaikan aje mulut longkangnya tu!
“ Luqman…” jerit Sarah geram tanpa sedar dia sudah mencuri perhatian pengunjung lain. Ada yang sudah tersenyum-senyum memandang ke arahnya membuatkan Sarah yang menyedari keterlanjurannya hanya menunduk wajah. Malunya.
“ Ok..ready…” belum pun sempat Sarah bersedia, Luqman sudah pun mengambil gambarnya. Candid camera.  Gambar Sarah sedang memuncung wajahnya. Lucu tapi cute.
“ Gambar tadi tak cantik, ambil yang lain!” kata Luqman dan meminta Sarah bersedia untuk beraksi.
“Apasal monyok aje…senyumlah sikit” usik Luqman lagi. Nak tak nak terpaksalah Sarah mempamerkan senyum. Tahu sangat perangai Luqman, selagi tak dapat apa yang dimahunya, dia akan terus berusaha.
“ Man, takkanlah kau jadi tukang ambil gambar aje…apa kata aku ambil gambar kau dengan Sarah pulak!” Adi mencelah.
“ Cantik…” Luqman sudah tersenyum lebar.
“ Tak naklah saya bergambar dengan awak!” Sarah menolak.
“ Apasal pulak?” Luqman kecewa. Terkilan atas penolakan itu.
“ Buat rosak gambar awak aje…takkanlah awak sudi nak bergambar dengan anak gajah yang montel macam saya!” sebenarnya Sarah tak rela bergambar berdua dengan musuhnya. Kawan-kawan mereka hanya dia memerhati, tak seorang pun yang berani mencelah. Siapa yang berani mencelah percakapan Luqman…. Hanya Sarah.
“ Ok…I`m ready!”  Luqman sudah berada di sebelah Sarah.
“ Sekarang bukan saya yang tak sudi bergambar dengan awak, tapi awak yang tak sudi bergambar dengan lelaki macho macam saya nikan!” Luqman sudah pun melabuhkan punggung di kerusi, hanya Sarah yang masih berdiri dengan wajah bengang.
“ Sarah, duduk ajelah…sekejap aje tu!” akhirnya Aini memujuk. Tak kuasa dia nak terus jadi tukang pacak kat situ. Akhirnya Sarah akur. Dia duduk di sebelah Luqman selepas lelaki itu menepuk-nepuk kerusi kosong di sebelanya. Luqman sempat mengenyit pada pada Aini kerana menolongnya  memujuk Sarah untuk bergambar bersama. Aini pula dan tersenyum malu dengan tindakan Luqman itu walaupun dia tahu maksud Luqman yang sebenarnya.
“ Oi, senyumlah sikit. Ini masam mencuka aje. Korang berdua ni duduk berposing macam orang bersanding paksa aje. Tak romantic. Sarah, senyumlah sikit. Nanti gambar ni jadi masam macam muka awak!” kata Adi.
“ Adi….kalau awak nak hidup lama….jaga mulut awak ya!” ugut Sarah yang tak tahan mendengar usikan Adi. Amaran Sarah itu di balas dengan gelakan oleh Adi. Hisy....menyampahnya!
“ Dahlah tu…Adi, cepat lah sikit tangkap gambar tu…aku dah lapar ni!” Luqman mengambil jalan tengah. Dah tak larat nak bertekak bila perutnya dah mula berkeroncong. Silap hari bulan Sarah dapat dengar lagu Keroncong untuk Ana nyanyian sifu M. Nasir  pula nanti. Kan naya dia  menahan malu. Mana nak letak muka macho dan handsome ni nanti....takkan lah nak pamer kat KFC ni pulak! jatuhlah saham.
Sesi bergambar berjalan dengan lancar. Mereka kemudiannya berpisah mengikut kumpulan masing-masing.  Sewaktu Sarah bangun untuk keluar dari KFC itu, mata Luqman tak lekang dari memandang gadis itu. Entah kenapa timbul pula rasa sedih mendengar berita yang Sarah akan bertukar sekolah kerana dirinya.
**********

SARAH bersalaman dengan kawan-kawan rapatnya terutama sekali Aini. Basah melecun wajahnya kerana sejak dari tadi asyik menangis, tak sanggup nak berpisah.
“ Jangan lupa contact aku ya!” pesan Aini sebak.
“ Kau pun sama…yang lain-lain juga!” kata Sarah sambil mengesat air mata yang bergenang di kelopak mata.
“ Dahlah….jangan nangis lagi ya…” pujuk Sarah sambil tertawa kecil melihat Aini masih lagi menangis, sengaja dia berkata begitu sedangkan hakikat sebenarnya dia sedang memujuk hatinya sendiri.
“ Pakcik dan makcik aku dah sampai.   Sampaikan salam aku pada kawan-kawan kita yang lain…mana yang tak sempat aku jumpa. Yang penting sekali buat Pn. Shima, guru kelas kita!” pesan Sarah.
“ Korang semua tak payah hantar aku sampai depan sana…cukuplah sampai di sini, nanti aku tak sanggup nak tinggalkan tempat ini pulak!” Sarah tertawa kecil.
“ Kau ni…lagi bagus kalau kau tak jadi pergi!” kata Adam.
“ Terima kasih kerana korang semua sudi jadi kawan aku….” Ucap Sarah.
“ Kami pun…” balas kawan-kawan Sarah hampir serentak.
“ Selamat tinggal…semoga kita dapat jumpa lagi…” Sarah membawa begnya dan terus mengatur langkah keluar dari pagar asrama untuk ke kereta pakcik Salehudin dan makcik Juriah yang sedang menunggu di luar pagar.
“ Sarah!”
Suara laungan di belakang membuatkan Sarah berhenti melangkah. Dia cukup kenal dengan suara itu.
“ Sarah!” namanya di panggil lagi.
Akhirnya Sarah menoleh ke belakang. Seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri kaku beberapa meter dari belakang.
“ Ada apa lagi, Luqman?...saya dah lewat ni!” kata Sarah acuh tak acuh. Dia tak ada mood untuk melayan kerenah Luqman tetapi dia tetap berdiri di situ memandang wajah Luqman. Sedikit pun tidak berganjak. Hanya memerhati langkah Luqman yang semakin hampir.
“ Saya nak bagi hadiah ni untuk awak!” Luqman menghulurkan satu kotak kecil berbalut cantik.  Terpaku seketika mata Sarah merenung hadiah berbalut itu.
“ Untuk apa?....jangan-jangan awak nak kenakan saya!” Sarah ragu-ragu untuk menerimanya. Terlintas pelbagai andaian dalam fikirannya.
“ Saya bagi hadiah ni ikhlas untuk awak….sebagai kenangan!” kata Luqman sambil menghulurkan hadiah itu.
“ Maaf, saya tak boleh terima hadiah dari awak!” Sarah menolak.
“ Kenapa?...sampai hati awak menolak!” Luqman benar-benar rasa terkilan dan kecewa dengan penolakan Sarah itu.
 “ Saya tak boleh terima hadiah dari awak sebab saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak. Saya tak nak hati saya sakit bila saya terpandangkan hadiah pemberian awak. Saya nak lupakan apa saja yang berkaitan dengan awak terus dari ingatan saya!” kata-kata Sarah itu membuatkan Luqman tersentak. Benar-benar terkejut dan dia memang tak menyangka begitu nekad Sarah ingin melupakan semua perkara yang berkaitan dengan dirinya.
“ Sampai hati awak nak tinggalkan saya setelah awak curi hati saya!” Luqman merenung sayu wajah Sarah. Lemah rasa anggota badannya.
Sarah tiba-tiba gelak. Rasa lucu pulak mendengar Luqman berkata begitu. Kata-kata dari lelaki yang sering menyakitinya, lelaki yang membuat dia meninggalkan tempat itu.
“ Luqman…Luqman…saat-saat terakhir saya di sini pun awak masih nak bergurau dengan saya,…hm…mungkin ini gurauan terakhir dari awak yang boleh saya dengar”  kata Sarah sambil tersenyum sinis memandang wajah sayu Luqman.
“ Sarah…”
“ Sudahlah Luqman…sebaik saja saya melangkah keluar dari pintu pagar di hadapan tu…awak akan dapati hati awak tu telah dikembalikan kepada awak dengan selamatnya…tanpa sedikit pun kecacatan mahu pun calar. Percayalah , saya tak pernah curi hati awak…malah tak terniat pun nak jadi pencuri hati awak. Saya sedar siapa diri saya dan sememangnya saya bukanlah perempuan yang di takdirkan untuk awak…” kata Sarah.
“ Tapi…saya sayangkan awak….saya ihklas sayangkan awak…” ujar Luqman.
“ Luqman…saya memang tak sesuai untuk awak…sebenarnya awak dalam keadaan keliru…” tegas Sarah dengan wajah serius dengan harapan Luqman akan faham bahawa antara mereka tak akan wujud sebarang hubungan, sekarang atau pun bila-bila.
“ Sarah…saya akan tunggu awak….saya akan terus menunggu awak sampai bila-bila…” kata Luqman dengan nekad.
“ Awak tak perlu tunggu saya dan awak tak perlu berjanji apa-apa kerana bagi saya awak tiada makna….” Kata-kata Luqman itu tidak sedikit pun memberi kesan di hati Sarah. Kalau pun benar Luqman sanggup menunggu, itu bukan urusannya lagi. Terserah pada Luqman. Lagi pun sampai bila dia akan sanggup menunggu sesuatu yang tak pasti di kemudian hari. Perjalanan masih jauh untuk mereka teruskan.
Luqman tunduk. Tangannya masih kemas memegang kotak berbalut  cantik itu.
“ Sudahlah…saya dah lewat. Pakcik saya dah lama menunggu….selamat tinggal!”
Sarah terus berlalu tanpa menoleh lagi. Dia nekad, segala yang ada kaitan dengan Luqman akan terus di lupakan sebaik saja dia melangkah keluar dari pintu pagar itu.
**********

APA kena kau ni?...asyik tenung gambar tu dari tadi tak sudah-sudah….silap-silap hari bulan berlubang gambar tu!”
 Adi melabuhkan punggungnya di katil Luqman yang sedang bersandar di kepala katil sambil membelunjurkan kaki. Sejak dua tiga hari ni, itu sajalah kerja Luqman bila berada di atas katil. Gambar yang berada di tangan Luqman di capainya tanpa sempat di larikan oleh Luqman.
“ Man, kau rindukan Sarah ya?” Adi memandang wajah muram Luqman sebelum kembali menatap gambar Sarah bersama Luqman yang di ambil ketika mereka berkunjung ke KFC tempohari. Namun kata-kata Adi  hanya di pandang sepi. Luqman tetap membisu seribu bahasa. Hanya matanya terus merenung ke hadapan, entah apa yang sedang bermain dalam fikirannya saat ini. Pastinya sedang memikirkan Sarah.
“ Aku dah lama perasan…sebenarnya kau sukakan Sarahkan!” kata Adi cuba mencuri perhatian Luqman. Dia berjaya bila mata Luqman terus terpaku menatap wajahnya. Adi hanya senyum.
“ Selama ini memang firasat aku betul…” Adi tersenyum, sekali lagi gambar yang berada di tangannya di tenung.
“ Kau nak tahu satu rahsia?... selama ini aku hanya pendamkan apa yang aku rasa…kau nak tahu apa dia?” kata Adi lagi.
Berkerut dahi Luqman merenung wajah Adi.
“ Rahsia?...maksud kau?” Luqman mula membetulkan kedudukannya. Kali ini dia duduk bersila.
“ Aku juga sukakan Sarah!” tak berkelip mata Luqman merenung wajah Adi.
“ Tapi aku tahu…kau lebih sukakan dia dan aku mengalah sebelum berjuang!” Adi tergelak. Entah kenapa dia sendiri rasa lucu. Bagaimana mereka boleh berbicara soal itu itu. Berbicara tentang seseorang yang telah pergi dari pandangan mereka.
“ Man, aku tahu selama ini kau berperang dengan perasaan sendiri. Pada zahirnya kau sering mengusik Sarah tapi jauh di sudut hati kau…kau dah lama sukakan dia. Dengan orang lain kau boleh kelentong, tapi bukan aku.  Dah lama kita kawan dan aku boleh selami perasaan kau. Cara kau pandang Sarah tak sama dengan cara kau pandang gadis  lain. Pandangan kau terhadap Sarah cukup istimewa, cuma Sarah saja yang tak tahu tentang hati kau kerana dia menganggap apa yang kau lakukan pada dia hanyalah sebagai gurauan sedangkan apa yang sebenarnya kau lakukan adalah untuk mencuri perhatian dia kan!
Sehari kau tak jumpa dia, tak dengar suara dia…kau gelisah. Aku sentiasa perhatikan kau… itu sebabnya aku tahu walaupun selama ini kau tak pernah nyatakan perasaan kau yang sebenarnya. Kalau cuti sekolah, kau selalu call aku, cerita pasal Sarah dan apa saja yang ada kaitan dengannya…!”
Akhirnya Luqman tersenyum. Dia akui kata-kata Adi itu benar. Dan dia tak sangka apa yang di pendamkan selama ini sudah lama di hidu oleh temannya itu.
“ Betul kata kau Adi….selama ini aku bersikap hipokrit dan ego. Aku tahu Sarah seorang gadis yang cukup istimewa. Dia tak pernah sembunyikan siapa dirinya, sentiasa bersikap sabar dan tenang dalam apa jua keadaan, cuma dengan aku aje dia selalu berang. Tapi sikapnya itulah yang membuatkan aku tertarik dengannya. Aku suka dia  kerana apa yang ada dalam dirinya, bentuk fizikal Sarah tak pernah menghalang aku untuk menyimpan satu perasaan terhadapnya. Tentu kau rasa pelikkan kenapa aku boleh sukakan dia berbanding dengan gadis lain!” Adi dan Luqman sama-sama tersenyum. Dalam fikiran masing-masing membayangkan keadaan Sarah.
“ Kau bukannya lelaki yang pelik kerana menyukai gadis tembam seperti Sarah tu…walaupun dia agak tembam tapi dia menarik, cute dan comel. Tapi aku pun hairan…kekadang kau ni terover sangat mengusik dia, kesian pulak aku tengok wajah dia sentiasa merah setiap kali berhadapan dengan kau!” Adi tergelak.
“ Aku cuma nak curi perhatian dia di samping melatih dirinya bersikap waja. Aku nak dia sentiasa ingatkan aku….kekadang orang yang paling kita bencilah yang sentiasa muncul dalam ingatan dan dari perasaan benci itulah timbulnya rasa sayang!” kata Luqman mengenai agendanya yang sebenar terhadap Sarah.
“ Tapi sayang, hasrat murni kau untuk menarik perhatian dia tu membuatkan dia meninggalkan kau…hm…sekarang ni meloponglah kau…harap-harap kau tak jadi gila bayang…!”
 Adi menumbuk bahu Luqman membuatkan Luqman tersengih.
“ Aku akan cari dia. aku akan tunggu dia dan aku akan pastikan dia jadi milik aku suatu hari nanti!”
Terlopong mulut Adi mendengar betapa nekadnya hasrat Luqman untuk terus mendapatkan Sarah.
“ Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah…” usik Adi sambil tergelak.
Luqman hanya tersenyum. Satu nekad yang masih utuh tersimpan sampai ke hari ini biar pun telah 15 tahun berlalu. Mana mungkin dia dapat memberikan hatinya pada gadis lain bila hatinya sudah di curi oleh Sarah sejak dulu lagi. Tapi kenapa sejak munculnya Helyna, perasaannya mula berbelah bagi. Bagaimana agaknya kalau ditakdirkan suatu hari nanti mereka berdua akan muncul serentak.  Bagaimanakah dia nak membahagikan hatinya yang hanya satu itu. Mampukah dia?
***********

Saturday, 17 March 2012

Kabus Kasih -prolog



“ MAAFKAN  saya Ain, saya tak boleh terima awak sebagai isteri saya.  Saya berkahwin dengan awak pun kerana dipaksa. Saya tak pernah terfikir untuk memikul tanggungjawab ini sekarang….lagi pun saya masih lagi muda, banyak benda yang belum saya lakukan….saya baru saja habis belajar, belum pun bekerja.  Bagaimana saya nak menanggung hidup awak! Diri saya sendiri pun masih belum terurus!”
Ain hanya tunduk. Punggungnya masih tetap utuh di atas katil yang berhias sederhana. Tidak menampakkan suasana bilik pengantin baru.  Ain memengang kemas bucu katil yang dihias dengan cadar berwarna biru lembut. Lelaki yang baru saja bergelar suami itu turut berlabuh di atas katil, membelakanginya.  Seingat Ain, hanya dua kali saja dia memandang wajah lelaki itu. Itu pun hanya sekilas pandang. Ketika upacara membatalkan air sembahyang tadi dan ketika lelaki itu melangkah masuk ke biliknya. Ain tak peduli apa jua tanggapan lelaki itu padanya. Tidak menjadi kudis dan dia sedikit pun tidak terasa hati. Mereka berkahwin bukan kerana kerelaan masing-masing. Mereka berkahwin kerana terpaksa. Jadi , Ain tak kesah kalau lelaki itu membencinya. Malah  sedikit pun lelaki itu tidak mahu memandang wajahnya walaupun ketika lelaki itu mencium dahinya seketika tadi.
“ Saya faham perasaan awak. Saya dan orangtua awak tidak akan menyalahkan awak.  Selepas ini terpulang pada  untuk membuat apa saja keputusan. Saya terima dan saya redha kiranya awak rasa melepaskan saya adalah satu keputusan yang terbaik untuk awak!” kata Ain tenang.
Lelaki itu bangun, langkahnya segera menghala ke tingkap yang masih terbuka biarpun waktu malam sudah lama menjelma. Ain dapat mendengar keluhan perlahan dari bibir lelaki itu. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya ketika ini.
“ Baiklah. Kalau itu kata awak….saya akan tinggalkan awak. Awak boleh bina hidup baru awak sendiri, begitu juga dengan saya. Cuma….saya bimbangkan ayah saya….”
Ain sempat memandang ke arah lelaki itu yang sedang membelakanginya. Begitu bencikah lelaki itu padanya sampaikan tidak sanggup bertentang mata. Kalau nak dikatakan tentang tanggungjawab. Dia juga boleh mempertikaikannya. Bukan dia yang menginginkan perkahwinan ini. Sedikit pun dia tak pernah mengimpikan perkahwinan ketika ini. Dia baru saja berusia 18 tahun. Masih muda untuk memengang title sebagai seorang isteri. Dia juga punya cita-cita dan matlamat hidup. Banyak benda yang ingin dicapainya sebelum memikirkan soal rumahtangga.
“ Awak jangan bimbang tentang ayah awak. Nanti saya akan bicarakan dengannya dan percayalah , dia tak akan salahkan awak kalau awak memutuskan tali ikatan ini. …memang betul kata awak, kita berdua boleh bina hidup masing-masing tanpa perlu bergantung antara satu sama lain. Saya ada cita-cita dan hasrat yang belum saya laksanakan, begitu juga dengan awak. Saya harap selepas ini, antara kita tak akan wujud sebarang hutang.  Awak baliklah ke pangkuan keluarga awak….dah lewat malam ni. Saya dah mengantuk!”
 Ain merasa begitu tenang ketika menuturkan kata-kata itu. Buat masa sekarang dia hanya mahu menyelesaikan hal ini bersama lelaki yang baru menikahinya. Hal-hal lain yang bakal timbul biarlah difikirkan kemudian.
“ Terima kasih Ain kerana ketulusan hati awak dan maafkan saya kerana tinggalkan awak dalam keadaan dan suasana yang begini!” lelaki itu melangkah menghampiri Ain yang sedang tertunduk. Entah kenapa saat ini dia pula yang belum bersedia untuk bersemuka dengan lelaki itu. Kalau boleh selepas ini dia tidak mahu dibayangi dengan wajah lelaki itu.
Ain memejam mata. Ada sedikit debaran di dada saat lelaki itu sedang berdiri di hadapannya.
 Saya juga ingin ucapkan terima kasih pada awak kerana memahami keadaan saya. Dan saya mohon maaf, kerana saya….awak terpaksa lalui semua ini.  Saya doakan awak akan sentiasa bahagia!” ujar lelaki itu.
“ Saya pun harap awak juga bahagia…” balas Ain.
Buat seketika mereka saling berbalas pandang seketika sebelum sama-sama mengukir senyum. Lelaki itu tiba-tiba tunduk dan mencium perlahan dahi Ain  sebelum berlalu tanpa sepatah kata membuatkan gadis itu benar-benar terkesima. Ain hanya mampu memandang lelaki itu pergi dengan perasaan yang sukar dijelaskan.
“ Maafkan saya….” Hanya itu yang mampu Ain suarakan dengan mata yang berkaca.
Tegakah dia untuk melupakan semua yang berlaku dalam sekelip mata itu.
“ Aku mesti lupakan semua ini….anggap saja semua ini tak pernah berlaku” Ain berikrar penuh semangat. Dia mesti lupakan lelaki yang  pernah menjadi suaminya hanya untuk beberapa  detik sahaja. Mesti. Anggap saja apa yang berlaku sebentar tadi hanya sebagai mimpi.  Bermula esok, dia akan memulakan hidup baru.
*************

Friday, 16 March 2012

Di Penghujung Rindu 9



S
ARAH sedang menyikat rambut bila pintu bilik di buka. Hafiz muncul dengan wajah keletihan. Sarah terus menyikat rambutnya seolah-olah tidak mempedulikan kemunculan suaminya sedangkan hatinya sarat dengan pertanyaan. Tanpa menghiraukan Sarah, Hafiz terus merebahkan badannya di atas katil.
“ Abang Hafiz tidur kat mana malam tadi?” tegur Sarah sambil memusingkan tubuhnya. Sambil itu sempat dia meneliti penampilan Hafiz pagi itu. Memakai kemeja biru dan seluar hitam.
“ Aku tidur di hotel” balas Hafiz dengan mata terpejam.
“ Tidur di hotel…kenapa?...rumah ni tak ada bilik ke?...kan selama ini abang Hafiz tidur di sini, kenapa membazirkan wang dengan tidur di hotel. Apa kata mama dan papa kalau dia tahu hal ni!” kata Sarah.
“ Boleh tak kalau kau tak membebel pagi-pagi…kau ingat aku teringin sangat nak tidur sebilik dengan kau!” sergah Hafiz yang sudah pun bangun dari pembaringan. Merah mukanya membalas pandangan Sarah.
“ Maaf…lain kali Sarah tak akan tanya ke mana abang Hafiz pergi dan apa jua urusan yang abang lakukan…..” kata Sarah.
“ Hmm…bagus…tak perlu aku nak ingatkan lagi!” Hafiz tersenyum.
“ Oleh kerana kita dah buat perjanjian, kita perlu tunaikannya….abang Hafiz juga tak perlu masuk campur dalam apa jua urusan Sarah, dan abang Hafiz tak perlu tahu apa yang Sarah lakukan. Jadi, Sarah tak perlu minta izin untuk lakukan apa saja yang Sarah mahu…adilkan!” Sarah pula mengukir senyum. Puas. Sebaliknya Hafiz kedengaran dengusan kasar dari Hafiz.
“ Memang kau bebas lakukan apa yang kau mahu tapi kau kena ingat, walau apa pun yang kau lakukan…kau  tu isteri aku dan dah jadi tanggungjawab kau untuk menjaga maruah aku terutama sekali depan mama dan papa!” Hafiz bersuara tegas. Kalau boleh dia tak mahu kalah pada Sarah. Bagi Hafiz, Sarah adalah isterinya yang sah walaupun tanpa kehendak dan kerelaannya.
“ Isteri….isteri pada nama!” Sarah merungut dalam diam.
“ Pakaian abang Hafiz  tu… Sarah dah letak dalam almari!” Sarah bersuara bila Hafiz bangun dan mencapai tuala.
Hafiz segera membuka almari pakaian, hanya beberapa helai pakaiannya sahaja tersusun di situ. Yang lain masih berada di dalam biliknya. Pasti ini adalah saranan dari mama.
Sebaik sahaja Hafiz menghilang di bilik air, Sarah terus keluar dari bilik itu.
Sarah membantu kak Salmah menghidangkan sarapan walaupun di tegah oleh pembantu rumah itu
“ Mama…papa…jom sarapan…” pelawa Sarah sebaik saja wajah pasangan itu muncul di ruang makan.
“ Mana Hafiz…takkanlah tak bangun lagi…” Datin Ruzaini bersuara sambil memandang wajah Sarah seolah –olah memberi isyarat supaya Sarah memanggil Hafiz.
“ Masa Sarah turun tadi, abang Hafiz dalam bilik air…kejap lagi dia turun…” balas Sarah.
Tersenyum lebar Datin Ruzaini melihat sarapan pagi yang terhidang dia di atas meja. Nasi lemak bersama sambal kerang, udang dan bilis. nampak menyelerakan.
“ Hmm…nampak sedap…” Datuk Syafiq Rahman pula bersuara.
“ Apa yang sedap…” tiba-tiba kedengaran suara Hafiz.
Lelaki itu muncul dengan mengenakan t`shirt dan seluar track hitam. Rambutnya yang masih basah itu di sikat. nampak segak dan segar penampilannya.
“ Lauk ni Sarah yang masak…beria-ria dia nak masak walau pun saya tak bagi…” ujar Salmah.
“ Ya….apa tunggu lagi…jom kita rasa! mama tahu masakan Sarah pasti sedap” tak sabar rasanya Datin Ruzaini mahu menikmati nasi lemak itu. Sarah hanya tersenyum menerima pujian itu. Sempat pula dia melirik ke arah Hafiz yang berada di sebelahnya untuk mengetahui reaksi lelaki itu. Nampaknya dia hanya buat muka selamba.
Tanpa berlengah mereka terus mencedok nasi lemak ke dalam pinggan.
“ Sedap…!” puji Datuk Syafiq Rahman.
“ Fiz….tambah lagi….” Datin Ruzaini bersuara bila mendapati pinggan Hafiz sudah licin.
Tanpa di suruh, Sarah terus mencedok nasi dan meletakkannya di pinggan Hafiz. Tanpa sebarang kata, Hafiz terus mencapai lauk dan terus menikmatinya.
“ Jangan segan nak puji masakan isteri…pujian suami untuk isteri adalah asas kasih sayang dan kerukunan rumahtangga. Tak rugi kalau kita memuji dan memberi  ucapan terima kasih atas apa yang di lakukan oleh isteri kerana ia adalah satu ucapan yang cukup bermakna…” Datuk Syafik Rahman memandang wajah Hafiz.
“ Dan bagi seorang isteri….apa yang dia lakukan hendalkah dengan ikhlas…jangan semata-mata mahu mendapat balasan…” Hafiz pula menjawab.
“ Sudahlah….tak baik kalau kita asyik bertekak di hadapan rezeki….” Datin Ruzaini cuba mencari jalan penyelesaian. risau pula kalau perdebatan itu terus berpanjangan. Sarah hanya mampu mendiamkan diri. tak berani hendak mencelah.
Selesai sarapan, Hafiz berehat di halam rumah sambil membaca suratkhabar. Sementara Sarah terus masuk ke biliknya untuk menukar pakaian.
“ Mama…Sarah pergi dulu..” Sarah menghampiri Datin Ruzaini yang ketika itu duduk bersantai bersama Hafiz. Datuk Syafik Rahman  baru saja menghilang di bilik bacaan.
“ Dah minta kebenaran Fiz?” soal Datin Ruzaini sambil melirik ke arah Hafiz yang nampak begitu leka membaca suratkhabar. sedikit pun tidak mempedulikan kemundulan Sarah.
“ Belum…” Sarah teragak-agak menjawab.
“ Sebagai isteri, ke mana jua Sarah pergi mesti mendapat keizinan suami!” kata-kata mamanya membuatkan Sarah terdiam.
“ Abang Hafiz…Sarah keluar dulu ya!” Sarah bersuara.
“ Hmm…” balas Hafiz tanpa memandang wajah Sarah.
Sarah mencium tangan mamanya sebelum berlalu pergi. Rasa serba salah pula dia nak mencium tangan Hafiz bila mengenangkan sikap endah tak endah lelaki itu. Datin Ruzaini hanya mampu mengeleng kepala melihat sikap anak lelakinya itu. Baru saja sehari mereka mendirikan rumahtangga. Bagaimanakah mereka akan menjalani kehidupan pada hari-hari yang seterusnya. Dia mula pening kepala.
**********

SEBAIK saja Toyota Viosnya di parkir, Sarah terus mengatur langkah ke satu bilik selepas bertemu dengan gadis yang bernama Suraya. Sarah mengetuk beberapa kali pintu yang tercatat nama Pn. Hasnah binti Abd Malik .
“ Masuk!”
“ Sarah…apa khabar, sayang?” Wanita yang berada di bilik itu terus menyambut kedatangan Sarah dengan senyuman diiringi  pula dengan pelukan erat.
“ Baik, bu….ibu sihat?” Sarah bersuara selepas pelukan dilepaskan.
“ Ibu sihat…maaf, ibu tak dapat hadir majlis perkahwinan Sarah semalam sebab ibu pulang ke Kuala Kangsar, ada saudara yang sakit” Pn. Hasnah memohon maaf.
“ Tak mengapa….Sarah datang sebab Sarah rindukan adik-adik di sini, dah hampir sebulan Sarah tak menjenguk mereka sebab sibuk dengan persiapan kawin!” beritahu Sarah sebaik saja dia di pelawa duduk.
“ Ibu nak ucapkan selamat pengantin baru….!”
“Terima kasih, bu!”
“ Kenapa datang seorang….suami Sarah tak datang sama, boleh juga ibu berkenalan dengannya!”
“ Lain kali Sarah bawa dia jumpa ibu, dia ada hal sebab tu tak dapat datang….tapi dia kirim salam buat ibu!” terpaksalah Sarah berbohong semata-mata tidak mahu ibu angkatnya berperasangka buruk.
“ Adik-adik Sarah semuanya rindukan Sarah….mereka gembira sangat bila dapat tahu Sarah  kawin!” beritahu Pn. Hasnah.
“Hmm….Sarah pun rindukan mereka” ujar Sarah.
“ Jom…kita jumpa mereka…” pelawa Pn. Hasnah.
Belum pun sempat mereka membuka pintu, Suraya terus terjah masuk dengan wajah kalut membuatkan Sarah dan Pn. Hasnah tercengang kerana terkejut.
“ Sue, ada apa ni?...kalut semacam aje?” Pn. Hasnah terus bertanya.
“ Puan, Syikin demam teruk, badannya panas sangat…sejak dari tadi asyik meracau…. saya takut Puan!” serta merta wajah anak kecil berusia 5 tahun terbayang di ruang mata Pn. Hasnah.  Anak kecil itu baru sebulan di tempatkan di rumah Anak-Anak Yatim Seri Permata selepas kematian kedua orangtuanya dalam kemalangan dan tiada saudara mara yang mahu membelanya.
Mereka bertiga terus begegas ke asrama. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan Pak Hamid bersama seorang anak muda.
“ Puan…” terus Pak Hamid menegur.
“ Oh…nasib baik doctor cepat sampai….ibu betul-betul terkejut tadi bila Suraya bagi tahu yang Syikin demam teruk!”
“ Kalau macam saya kena cepat-cepat tengok keadaannya…” kata Doktor muda itu.
Mereka terus mengatur langkah laju ke asrama yang menempatkan kanak-kanak perempuan. Doktor itu segera menjalankan tugasnya sambil diperhatikan oleh Sarah dan Pn. Hasnah . Suraya  terus berlalu kerana perlu melaksanakan tugasnya sementara Pak Hamid di minta oleh Sarah mengambil beberapa cenderahati untuk diberikan kepada kanak-kanak di situ.   Setiap kali dia mengunjungi tempat itu, Pasti dia membawa buah tangan untuk mereka. Itu salah satu sebab Sarah amat disayangi oleh kanak-kanak di situ.
“ Sarah, kenalkan… ini Dr. Jeffri” Pn. Hasnah menghampiri Sarah yang ketika itu sedang membahagikan ole-ole pada kanak-kanak di situ.
“ Sarah…” Sarah menghulurkan tangan dan segera di sambut oleh doctor muda itu.
“ Jeffri, panggil aje Jeff…” doctor itu memperkenalkan diri.
“ Dr. Jeff ni ganti  tugas Dr. Azlina ya!” ujar Sarah. Setahunya Dr. Azlina yang memberi rawatan untuk anak-anak yatim di sini secara sukarela sejak beberapa tahun yang lalu.
“ Ya, Dr. Azlina minta saya ambil tugasnya di sini sebab beliau telah bertukar ke hospital Pahang” beritahu Dr. Jeff.
“ Ini adalah kunjungan Dr. Jeff yang ke dua  di sini, kali pertama dia datang ke sini dua minggu lepas….” beritahu Pn. Hasnah.
“ Oh. …ya ke?”
“ Sarah dan Dr. Jeff berbuallah ya….ibu ada hal yang perlu  diselesaikan!” Pn. Hasnah meninggalkan mereka bedua. Dr. Jeff turut membantu Sarah mengagihkan beberapa cenderahati untuk kanak-kanak di situ yang masih sabar menunggu di barisan.
“ Boleh I tanya you sesuatu?” Dr. Jeffri terus memandang wajah Sarah. ketika itu mereka duduk santai di ruang rehat.
“ Apa dia?” tanya Sarah.
“ You ni pekerja di sini ke?....maksud I….rupa you ni tak macam orang melayu tapi you nampak selesa dengan suasana di sini….nampak semua kanak-kanak yang berada di sini begitu seronok berjumpa dengan you!”
 Bagi Jeffri, ada sesuatu istimewa pada gadis itu. Walaupun pertama kali mereka bertemu, tapi dia cukup senang berada di samping gadis itu. Bukan hanya memiliki wajah yang menarik, tapi bersikap penyayang terutama sekali pada kanak-kanak.
“ I bukan pekerja di sini tapi tempat ini banyak memberi kenangan untuk I, di sinilah I pernah di besarkan sebelum diambil oleh keluarga angkat I semasa I berumur 6 tahun. Kalau I ada kelapangan, I akan sentiasa berkunjung ke sini…kanak-kanak yang berada di sini memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita,  lagi pun dalam Islam kita di galakkan membuat kebajikan terutama pada anak yatim!”  kata-kata Sarah membuatkan  Jeffri tergamam. Memang dia tidak menyangka bahawa gadis yang berada di sebelahnya ini pernah menumpang kasih di sini tapi bagaimana dia boleh di tempatkan di sini.  Di manakah orangtuanya yang sebenar berada ketika ini.
“ Sekarang ni dah masuk waktu lunch…apa kata I belanja you sebagai tanda persahabatan antara kita bermula hari ini!” kata Jeffri.
“ I minta maaf sebab terpaksa menolak pelawaan you…mungkin kita boleh keluar makan lain kali….I dah janji untuk makan bersama keluarga!” Sarah terpaksa menolak ajakan itu walaupun jauh di sudut hati dia senang berada bersama doctor muda itu.
“ Sarah…”
“ Ya”
“Maaf kalau mulut I ni lancang bertanya….tapi I rasa I perlu tahu kebenaran ni supaya I tak tersalah anggap!” serba salah Jeffri mahu bertanya, apatah lagi bila Sarah terus terpaku menatap wajahnya.
“ Tanyalah….” Sarah tergelak kecil. Lucu pula melihat wajah Jeffri yang nampak keresahan itu.
Are you married?” akhirnya terluah juga bertanyaannya bila menyedari bahawa cincin bermata berlian tersarung di jari Sarah.
“ Yap….I baru aje kawin semalam!” akui Sarah sambil tersenyum. Begitu juga Jeffri.
“ Hmm…nampaknya I melepas nak bersanding dengan you atas pelamin!” Jeffri tiba-tiba ketawa.
“ Nak buat macam mana, kita lambat dipertemukan!” ujar Sarah berseloroh membuatkan wajah Jeffri kemerahan.
He`s very lucky…suatu hari nanti I harap dapat berjumpa dan berkenalan dengan suami you!” kata Jeffri.
“ InsyaAllah….” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Sarah bila membayangkan sikap Hafiz.
“ Rasanya I patut pulang sekarang, lain kali kita jumpa lagi….seriously, I `m happy to see you!” Itulah yang dirasai oleh Sarah sebelum beredar dari tempat itu. dia perlu berjumpa dengan Pn. Hasnah sebelum pulang.
Jeffri hanya memerhati setiap langkah yang di atur oleh Sarah. Sayang sekali gadis itu sudah di miliki.
*************

DATUK Syafiq Rahman memberi cuti  dua minggu untuk Sarah dan Hafiz meraikan perkahwinan mereka. Malah dia sanggup menaja semua perbelanjaan untuk mereka berbulan madu ke mana saja tapi sampai hari ini tiada sebarang maklum balas dari mereka berdua.
Sarah melangkah masuk ke dalam rumah ketika orangtuanya sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton tv. Sarah terus melabuhkan punggung di sofa selepas mencium tangan kedua orangtuanya.  Suasana dalam rumah kembali sunyi kerana Luqman bersama Marsha dan dua anaknya sudah pulang ke Switzerland semalam. Kalau tak, pasti riuh  dengan bunyi gelak tawa dua orang anak comelnya, Amira yang berusia 2 tahun dan Arif yang berusia 4 tahun itu.
“ Sarah dari mana ni?....sejak dari tengahari tadi mama tak nampak batang hidung!” Datin Ruzaini memandang wajah Sarah.
“ Sarah keluar shopping dengan Tuty!” jawab Sarah.
Shopping?...betulke?...tapi tak satu barang pun yang mama nampak Sarah bawa balik!” kata-kata Datin Ruzaini membuat Sarah menelan liur.
“ Er…. barang Sarah tertinggal dalam kereta Tuty, terlupa nak ambil tadi..” balas Sarah selamba.
Datin Ruzaini terus merenung wajah Sarah, ada kelainan pada wajah itu. nampak muram dan resah. Apa sebenarnya yang berlaku pada menantunya itu.
Salmah, pembantu rumah muncul dengan membawa mangkuk besar berisi bubur kacang. Kemudian dia muncul lagi dengan menatang mangkuk kecil dan juga minuman untuk mereka yang bersantai di situ.
“ Abang Hafiz mana? kereta dia ada kat luar!” Sarah  memandang wajah mamanya yang sedang menceduk bubur kacang untuk papa.
“ Tadi ada kat atas….dia pun baru balik, katanya keluar jumpa kawan. Kejap lagi turunlah tu atau Sarah nak pergi panggilkan….!” Sarah terdiam, serba salah mendengar kata-kata itu.
“ Tak payah…!” Sarah tersentak mendengar suara Hafiz dan dia tidak menyangka bahawa lelaki itu akan muncul secara tiba-tiba.
“ Abang Hafiz nak makan bubur, Sarah cedokkan!” pelawa Sarah.
“ Hmm….” hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Hafiz.
Selepas menceduk bubur, mangkuk di letakkan di atas meja berhadapan dengan Hafiz. wajah lelaki itu nampak segar selepas mandi, hanya badan Sarah yang rasa melekit kerana berpeluh dan dia memang rasa keletihan kerana asyik berpusing di sekitar Mall tadi. Hanya sehelai blause saja yang di belinya. itu pun setelah di leter oleh Tuty.
“ Apa yang kau nak beli sebenarnya ni? kaki aku dah naik lenguh asyik berjalan dan tangan aku juga lenguh membibit barang. Kau yang ajak aku keluar untuk shopping tapi alih-alih aku yang berhabis duit!” rungut Tuty. Sarah tetap buat muka selamba. Sebenarnya dia sekadar mahu menenangkan fikiran dengan melihat fenomena. Kalau dia berada di rumah, pasti akan berhadapan dengan Hafiz. Lagi pun papa yang tidak mahu Hafiz pulang ke rumahnya selepas perkahwinan mereka.
“ Sarah!”
“ Sarah!”
Sarah terpingga-pingga bila namanya di panggil oleh Datuk Syafiq Rahman.
“ Er….papa panggil Sarah?” Sarah menggelabah tiba-tiba membuatkan Hafiz yang berada di sebelahnya sudah tersenyum. Mungkin lucu melihat wajahnya yang kelam-kabut di sergah ketika asyik mengelamun tadi.
“ Mengelamun ya!” usik papa sambil tersenyum.  Sarah hanya tunduk menyembunyikan rasa malu.
“ Kamu berdua ni dah seminggu jadi suami isteri….papa harap kamu berdua dah merancang untuk pergi berbulan madu….pilih aje ke mana destinasi yang korang berdua mahu tuju…papa akan uruskan semuanya. Ini sebagai hadiah dari papa untuk korang berdua!” kata-kata yang baru saja keluar dari mulut Datuk Syafiq Rahman membuatkan Sarah dan Hafiz saling berpandangan buat seketika.
Nak pergi berbulan madu? Selama seminggu mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri belum sekali pun mereka tidur sekatil. Inikan pula mahu pergi berbulan madu. Papa dan mama mereka juga tahu hakikat itu bila mama terserempak dengan Hafiz yang baru keluar dari biliknya.
“ Hafiz, kenapa tak tidur di bilik Sarah?” berkerut dahi Datin Ruzaini memandang wajah Hafiz.
“ Fiz ada bilik sendiri, buat apa nak kongsi!” selamba aje jawapan itu keluar dari mulut Hafiz membuatkan mamanya tercengang, kebetulan Sarah juga baru membuka pintu biliknya.
“ Apa nak jadi dengan korang berdua ni…pening kepala mama!” Datin Ruzaini mendengus sambil mengeleng kepala.
“ Kami tak pernah merancang pun untuk pergi berbulan madu di mana-mana. Tak ada maknanya kalau kami pergi berbulan madu kalau hati masing-masing tiada sefahaman!” Hafiz bersuara mematikan lamunan Sarah seketika tadi.
“ Persefahaman boleh terjalin bila-bila masa sahaja….cuma kamu berdua yang tak mahu mencubanya. Papa rasa dengan pergi berbulan madu, kamu berdua boleh merapatkan hubungan dan mengenali hati masing-masing tanpa sebarang gangguan!” jelas Datuk Syafiq Rahman memberi nasihat.
Sarah lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Biarlah Hafiz yang membuat apa saja keputusan. Dia sendiri pun tak kesah sama ada pergi berbulan madu atau tidak. Tiada bezanya. Hafiz yang dulu dan sekarang tak ada bezanya. Tetap dengan sikap ego, angkuh dan sombong.
“ Untuk memahami hati masing-masing, tak semestinya dengan cara berbulan madu….kita tak perlulah nak mengikut adat tu semua, lainlah kalau kami berdua ni kawin atas dasar cinta….” Hafiz menempelak. Tak mahu mengaku kalah.
Datuk Syafiq menarik nafas panjang. Pening kepalanya mahu menangani sikap dan perangai Hafiz. Seringkali mahu menang. Sedangkan siang malam dia berdoa agar anaknya yang satu ini akan berubah sikap. Dia dan isterinya turut menegur Hafiz yang masih membahasakan dirinya aku selepas disahkan menjadi suami Sarah.
“Hafiz, tak elok membahasakan diri tu aku dengan isteri….nanti orang ingat mama dan papa tak pernah mengajar Hafiz adab sopan….tak ada salahnya kalau kita bersikap baik dan bertoleransi dalam menjalinkan hubungan…” tegur Datin Ruzaini bila Hafiz begitu kasar membahasakan dirinya aku bila berhadapan dengan Sarah.  Bukan dia tak pernah tegur, sebelum mereka berkahwin pun Datin Ruzaini pernah menegur. Tapi Hafiz tetap Hafiz. Tetap dengan prinsipnya yang tak pernah menerima kewujudan Sarah dalam keluarganya.
“ Mama dan papa ni selalu saja mencari salah Fiz, macamlah apa yang Sarah buat semuanya betul….pasal panggilan pun nak ambil kesah!” kata Hafiz.
“ Itu adalah sebagai permulaan sesuatu hubungan…lain kali mama tak nak dengar Fiz bahasakan diri Fiz tu aku lagi, ingat…” kata mamanya lagi.
So, mama rasa panggilan apa yang sewajarnya Fiz gunakan bila berhadapan dengan isteri Fiz tu?”  sengaja Hafiz nak mengenakan mamanya.
“ Abang…itukan panggilan yang sepatutnya…Fiz nikan sengaja nak kenakan mamakan!” Datin Ruzaini terus mencubit lengan Hafiz yang sudah mengukir senyum. Kemudian dia ketawa membuatkan mamanya menarik muka masam.
“ Yalah…mama puas hati….?”  Hafiz memeluk bahu Datin Ruzaini membuatkan mamanya terus tersenyum.
Mereka terus menikmati makan petang.
“ Sarah, mama rasa elok Sarah tinggal bersama Fiz…bukan mama dan papa nak menghalau Sarah dari rumah ni. Kan lebih elok kalau Sarah dan Fiz tinggal bersama untuk mengeratkan hubungan kamu berdua!”
Hafiz dn Sarah tersentak. Dalam hati masing-masing penuh dengan pelbagai andaian. Betulke terori itu boleh diterima pakai? Bolehkah hubungan mereka berdua menjadi rapat dengan tinggal bersama di dalam satu rumah? Sedangkan selama 20 tahun ini hubungan mereka tetap begitu, tak ada sebarang perubahan.
“ Mama, buat sementara waktu…biarlah Sarah tinggal di sini dulu. Lagi pun Fiz perlukan masa untuk terima perubahan ini!” akhirnya Hafiz bersuara. Kali ini giliran mama dan papanya pula saling berpandangan.
Sebaliknya bagi Sarah, dia turut mempersetujui kata-kata Hafiz itu. Dia juga belu bersedia untuk menerima perubahan ini.
“ Habis tu….makan pakai Fiz macam mana?...sekarang Fiz kena sedar yang Fiz bukan lagi hidup bujang, tapi dah beristeri dan ada tanggungjawab.  Seharusnya suami isteri hendaklah tinggal bersama. Apa gunanya ikatan perkahwinan kalau tidak tinggal bersama, lainlah kalau korang berdua ni nikah gantung!” Datin Ruzaini bersuara agak tegas. Geram betul dengan sikap Hafiz. Masih tak boleh terima hakikat yang dia dan Sarah sudah pun menjadi suami isteri.
Datuk Syafiq Rahman tidak bersuara, tapi matanya tetap tajam merenung wajah Hafiz tapi Hafiz tetap buat tak peduli. Tahu sangat yang papanya sedang mengawal kemarahan atas sikapnya itu. Dan Sarah pula, sejak dari tadi asyik diam membisu. Sajalah tu nak tunjuk baik. Ikut aje semua saranan mama dan papa. Kalau tak melibatkan aku tak apa, tapi dalam hal ini aku turut terlibat sama.  Hafiz mendengus dalam diam.
“ Mama dan papa tak boleh nak salahkan Fiz, bukannya Fiz yang nak kawin….Fiz di paksa…setidak-tidaknya Fiz akur pada kemahuan mama dan papa tapi tak bolehke mama dan papa consider dengan kehendak Fiz?” kata Hafiz.
Datuk Syafiq Rahman dilihat sedang menggaru –garu dahinya, mungkin juga memikirkan keberangkalian itu. Itulah pendapat Hafiz bila di lihat papanya tidak bersuara.
“ Mama dan papa mahu Fiz dan Sarh kawin sebab kami nak korang berdua hidup bahagia. Tidak semestinya ikatan perkahwinan tanpa cinta akan membuat pasangan itu derita. Mama dan papa dulu pun berkahwin bukan atas dasar cinta, orangtua kami yang menjodohkan kami…tapi sampai sekarang kami bahagia. Fiz yakinke yang Fiz boleh bahagia kalau berkahwin dengan gadis pilihan Fiz sendiri?”
Hafiz tertunduk mendengar kata-kata mamanya. Secara tak langsung dia cuba memikirkan kata-kata mamanya. Bahagiakah hidupnya nanti kalau dia memilih salah seorang dari gadis-gadis yang pernah didampinginya sebagai isteri?  gadis-gadis yang hanya tahu menikmati keseronokan, yang ingkar pada suruhan Allah. Gadis –gadis seperti itu mampukah melahirkan anak-anak yang baik untuknya? Anak-anak yang bakal mendoakan kesejahteraan untuknya di dalam kubur dengan bacaan ayat suci al-Quran.
“ Kita jangan terlalu berfikiran negative terhadap sesuatu yang kita sendiri tak pasti apa kesudahannya. Perkahwinan adalah merupakan satu ikatan yang suci antara dua insan dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga akan kita perolehi sekiranya kita benar-benar yakin dan berusaha untuk mencapainya. InsyaAllah, kita akan berjaya memperolehinya kerana Allah akan sentiasa menolong hambaNya!” sampuk Datuk Syafiq Rahman dan secara tak langsung mematikan hujjah Hafiz.
Sarah sempat melirik ke arah Hafiz di sebelah, ingin melihat sejauh mana reaksi lelaki itu yang telah begelar suami untuknya. Dan ternyata Hafiz hanya diam membisu dan hanya menundukkan wajah.
“ Beginilah, buat sementara waktu …papa cadangkan hari minggu Sarah akan tinggal bersama Fiz…bolehlah korang berdua habiskan masa bersama dan hari-hari biasa, Fiz boleh balik sini selalu. Ingat, sekarang ni Fiz dah ada isteri, ada tanggungjawab….jadi, jangan sesekali buat perkara yang tidak senonoh lagi. Papa tak mahu mendengarnya dan papa nak ingatkan juga, jangan sesekali cuba meruntuhkan ikatan perkahwinan ini, …papa tak benarkan!”
Sarah dan Hafiz sekali lagi saling berpandangan. Serta merta mereka teringatkan perjanjian yang telah dibuat antara mereka sebelum ini.  Bolehkah perjanjian itu terlaksana?
************