karya

karya

Friday, 30 December 2011

Antara Aku & Dia 3

oleh : Azieana




Bab 3

B
ADRUDIN baru saja berkahwin sebulan dengan Naimah ketika mendapat tahu kedatangan Aishah ke Malaysia untuk menemuinya. Ketika itu juga Aishah sedang sarat mengandung anaknya. Hanya menunggu masa untuk melahirkannya. Semasa dia tinggalkan Aishah dulu, isterinya sedang mengandung 5 bulan. Kepulangannya ke Malaysia ketika itu bukan kehendaknya tapi dia terpaksa bergegas pulang selepas mendapat telegram yang mengatakan ayahnya iaitu Hj Daud jatuh sakit.  Selepas dia sampai di rumah, barulah dia sedar bahawa telegram itu hanyalah satu pembohongan untuk membawa dia pulang selepas tamat belajar. Perkahwinannya dengan Aishah memang dikhabarkan kepada orangtuanya dan dia menunggu sedikit masa lagi untuk membawa Aishah pulang dengan bekerja sementara untuk mengumpul wang tapi telegram yang diterima itu memusnahkan rancangannya. Dia terpaksa meninggalkan Aishah kerana kekurangan wang.
Tiga bulan kemudian, dia di paksa kawin dengan Naimah kerana menurut orangtuanya mereka sudah lama merancang untuk menjodohkannya dengan Naimah yang ketika itu baru saja memegang jawatan sebagai guru selepas tamat belajar. Dan kepada Naimah diceritakan semuanya agar tidak berlaku salah faham. Dia bernasib baik kerana Naimah dapat menerimanya, malah turut membantu Aishah menyediakan keperluan untuk bersalin walaupun pernah di tegah oleh Hjh Kamariah, emak Badrudin.
Bergenang air matanya sewaktu menatap wajah dua orang anak kembarnya selepas mengazan dan mengiqamatkan mereka berdua. Dia bersyukur kerana anak yang comel dan montel dilahirkan itu dalam keadaan selamat. Namun airmatanya tetap mengalir keluar kerana menangisi pemergian Aishah yang tidak sempat melihat anak mereka. Aishah memang tahu bahawa hidupnya tidak panjang dan kehadirannya ke Malaysia adalah untuk menyerahkan anak mereka dalam jagaan Badrudin.
Badrudin dan Naimah membawa pulang kedua anaknya ke kampong untuk ditunjukkan pada orangtuanya. Namun, lain yang di rancang lain pula yang berlaku.
“ Mak akan jaga kedua-dua anak kamu ni, Din! Tersentak Badrudin dan Naimah mendengar kata-kata Hjh Kamariah sebaik saja emaknya memengang dan memandang wajah salah seorang dari anak kembar Badrudin.
“ Tapi mak…mereka ni anak-anak Din. Biarlah kami yang jaga!” kata Badrudin, cuba mempertahankan diri. Naimah turut menyokong kata-kata suaminya kerana sewaktu kali pertama melihat wajah-wajah comel anak suaminya, hatinya sudah jatuh sayang pada mereka.
“ Kamu tu baru saja kawin dan kamu masih belum lagi bekerja. Mak tak nak bebankan hidup kamu. Biarlah hidup kamu berdua senang, barulah datang ambil anak-anak kamu ni. Mereka berdua ni cucu-cucu mak…mak tak akan menganiya mereka dan mak masih mampu menjaga mereka berdua!” kata Hjh Kamariah. Hj Daud hanya diam membisu.
Badrudin hanya mampu menunduk kepala. Hatinya sayu dan sebak. Sampai hati maknya mahu memisahkan anak-anaknya dari dia. sudahlah dia baru kehilangan Aishah. Dia tahu mak dan ayahnya memang mampu menjaga kedua  anaknya. Harta mereka juga banyak tapi baginya anak-anaknya adalah hartanya yang paling berharga. Anak-anaknya juga satu-satunya kenangan yang ditinggalkan Aishah untuknya. Dan akhirnya Badrudin dan Naimah terpaksa akur pada kehendak Hjh Kamariah. Mereka berdua saling berpandangan.  Mereka berdua tahu hati Hjh Kamariah keras untuk di lentur. Apa saja kehendak dan cadangan terpaksa di terima.
Dua hari mereka berada di rumah Hjh Kamariah sebelum pulang ke Kuala Lumpur kerana Naimah memang mengajar di Kuala Lumpur dan mereka hanya pulang pada hari minggu. Syafiq dan Helyna terpaksa mereka tinggalkan dalam jagaan Hjh Kamariah dan Hj Daud.  Sebulan kemudian, Badrudin mendapat jawatan sebagai pegawai Tadbir Diplomatik yang menghendaki dia berada di luar negara. Pernah beberapa kali dia meminta kebenaran dari Hjh Kamariah untuk mengambil kedua-dua anaknya namun tetap di tolak dengan alasan anak-anaknya sudah selesa tinggal di kampong bersamanya. Badrudin hampa, semetelah sejak 2 tahun perkahwinan mereka, Naimah masih belum hamil. Dia tahu isterinya cukup sedih dan tertekan. Dia sendiri merindui kedua-dua anaknya sepanjang berada di luar negara. Setelah usia perkahwinan mereka melangkau 3 tahun, barulah Naimah di sahkan hamil.
“ Mak, kalau boleh kami nak bawa Syafiq dan Helyna tinggal bersama kami. Kami rindukan mereka!” pujuk Badrudin semasa mereka balik bercuti dari China. Ketika itu dia bertugas di negeri China.
“ Hisy kamu ni…Naimah kan sedang hamil dan  dia perlukan banyak rehat. Lagi pun kamu tu ada  anak kecil. Ayuni tu perlukan perhatian dari kamu berdua. Biarlah mak dan ayah yang jaga Syafiq dan Helyna. Tahun depan mereka berdua dah nak masuk sekolah…kamu tu asyik bertukar negara…mak risau budak-budak tu tak selesa nanti. Budak-budak tu dah seronok tinggal dengan mak. Di sini mereka ada ramai kawan” Badrudin hanya mampu mengeluh. Tak kuasa nak lawan cakap emaknya.
“ Apa yang kamu berdua nak risaukan, makan pakai mereka tu cukup. Duit yang kamu bagi tiap-tiap bulan tu mak dah simpan dengan elok!”
Badrudin melurut lehernya beberapa kali.
“ Ayah tak tahu nak kata apa…betul juga kata mak kamu tu Din…kesian pula budak-budak tu kalau asyik berpindah” sokong Hj Daud.
Badrudin sempat menjenguk di luar rumah. Kelihatan kedua anaknya sedang berseronok bermain dengan kawan-kawan. Ayuni yang masih kecil hanya memerhati di muka pintu.
Selepas pulang dari solat Isyak di surau, Badrudin mengatur langkah ke tingkap. Lama dia termenung di situ, sesekali wajah Aishah dan kedua-dua anaknya muncul silih berganti.
“ Din, ayah tahu apa yang sedang Din fikirkan!” lamunan Badrudin terus melayang sebaik saja mendengar suara Hj Daud. Lantas dia berpaling mengadap wajah ayahnya yang ketika itu masih lagi mengenakan baju melayu warna putih, berkain pelikat dan berkopiah.
“ Pasti Din sedang fikirkan pasal Syafiq dan Helynakan?” tangan Hj Daud singgah di bahu Badrudin.
“ Ya, ayah…Din sayangkan anak Din tapi mak…!” serba salah Badrudin nak meneruskan kata. Takut tersinggung pula ayahnya.
“ “ Ayah faham. Mak kamu tu dah sayang sangat dengan Syafiq dan Helyna …ayah pun begitu. Mereka membesar di hadapan mata kami. Mak kamu buat macam tu sebab dia  tak sanggup nak berenggang dengan mereka. Budak-budak tu rapat sangat dengan mak kamu. Bukannya kami tak ada cucu lain…tapi mak kamu tu dah bela anak-anak kamu dari sebesar tapak tangan. Pasal kamu dan Naimah,  memang dah lama kami bercadang nak jodohkan  korang berdua tapi kamu tu dah ambil keputusan kawin dengan anak mat saleh. Itu yang membuatkan mak kamu tak boleh terima, sebab tu dia buat rancangan supaya kamu balik. Mungkin dulu dia ambil anak-anak kamu sebab rasa marahnya pada kamu dan Aishah tapi bila dia melihat anak kamu  yang comel tu, timbul rasa sayang.   Perasaan kasih  seorang ibu….sekarang ni apa yang dia buat semuanya untuk Syafiq dan Helyna…kadang-kadang ayah pun rasa cemburu bila dia lebihkan budak-budak tu dari ayah” Hj Daud bercerita sambil tertawa kecil bila mengingatkan perangai iserinya yang melebihkan cucu mereka dari dirinya. Badrudin sempat juga mengukir senyum. Memang dia akui emaknya sudah terlalu sayangkan anak-anaknya. Tapi dia?...dia juga sayangkan Syafiq dan Helyna. Mereka berdua adalah anaknya. Darah dagingnya dan yang paling penting mereka berdua adalah kenangan yang paling terindah dari Aishah untuknya.
Syafiq dan Helyna mula menerima Badrudin dan Naimah sejak 10 tahun yang lalu.  Selama 20 tahun dia di pisahkan dari anaknya. Peritnya rasa hati sebab terpaksa berpisah dengan anak –anak yang di sayang sehingga dia pula yang rasa dia yang disisihkan oleh anak-anaknya. Setiap kali  dia pulang bercuti dan menemui anak-anaknya, mereka sering mengelak untuk bertemu dan bermanja dengannya atas alasan abah mereka sudah tidak menyayangi mereka seperti mana abah mereka menyayangi Ayuni dan Arianna.
Sebelum Hj Daud meninggal dunia, dia sempat memberitahu Syafiq dan Helyna kisah sebenar. Kenapa mereka tinggal bersama datuk dan nenek mereka. Bukan main terkejut Syafiq dan Helyna bila mendapat tahu cerita sebenar. Barulah mereka sedar yang selama ini mereka telah salah sangka pada abang dan ibu mereka. Kenyataan itu memang di sokong oleh Hjh Kamariah dengan linangan air mata. Dan akhirnya Badrudin dan Naimah mampu melebarkan senyum bila Syafiq dan Helyna tiba-tiba memeluk mereka dengan erat. Pelukan yang mereka tunggu hampir 20 tahun lamanya.
“ Nenek bukan tak bagi Syafiq dan Lyna ikut abah dan ibu kau orang tapi nenek tak sanggup nak berpisah dengan Fiq dan Lyna. Nenek rasa nenek akan mati kalau Fiq dan Lyna di pisahkan dari nenek. Nenek bela dan jaga kamu berdua sejak dari kecil. Nenek melihat semua yang kamu berdua lakukan…meniarap, merangkak, berjalan, menangis, ketawa, berlari, bercakap …dan segalanya. Ketika kamu berdua berada di asrama dulu, hampir seminggu nenek demam sebab teringatkan kamu berdua!” kata Hjh Kamariah  dengan perasaan sebak.
“ Nenek menyesal…nenek minta maaf sebab pisahkan kamu berdua dari abah kamu. Dan kamu Din…mak minta maaf sebab mak banyak buat salah pada kamu. Maafkan mak kerana pisahkan kamu dengan Aishah dan juga pisahkan kamu dengan anak-anak kamu, Din!” Hjh Kamariah menyapu air mata yang mengalir dari kelopak mata dengan lengan baju kurungnya.
“ Sudahlah mak…Din dah lupakan semua itu. Kami dah maafkan mak. Din gembira dan bersyukur kerana Syafiq dan Lyna tahu bahawa Din tak pernah abaikan mereka. Kasih sayang Din pada mereka tak pernah pudar walaupun mereka membesar bukan di depan mata Din.  Mereka anak-anak Din…apa-apa pun yang berlaku Din tetap sayangkan mereka. Naimah juga sayang mereka berdua walaupun bukan dia yang melahirkan mereka!” kata Badrudin.
“ Abang….abang…”
Cepat-cepat Datuk Badrudin mengesat air mata yang turun dari kelopak mata. Dia terkejut melihat Naimah sedang memandangnya dengan dahi yang berkerut. Akhirnya mata Naimah jatuh pada sekeping gambar. Wajah Badrudin dan arwah Aishah pada hari perkahwinan mereka. Gambar itu sudah kusam warnanya.
“ Abang rindukan arwah Aishah!” suara Datin Naimah membuatkan Datuk Badrudin terdiam.
“ Imah faham, bang. Abang berhak untuk mengingati dia. Dia seorang wanita yang bertuah kerana berjaya menawan hati abang dan melahirkan anak-anak yang comel dan baik buat abang!” kata Naimah sambil tersenyum. Sedikit pun dia rasa tak cemburu. Untuk apa dia rasa cemburu kerana dia sedar tempat Aishah di dalam hati Badrudin tak mungkin akan dapat diganti oleh sesiapa.
“ Bukan Aishah saja wanita yang bertuah tapi Imah lagi bertuah. Imah juga lahirkan anak-anak untuk abang. Imah sentiasa ada di sisi abang di kala suka dan duka. Imah seorang isteri yang baik, ibu yang penyayang untuk anak-anak kita….sememangnya abang bersyukur kerana dijodohkan dengan Imah. Kalau perempuan lain…mungkin mereka tak dapat menyayangi anak arwah Aishah dengan abang sepertimana Imah sayangkan mereka berdua!” Datuk Badrudin memegang kedua bahu Datin Naimah. Dahi isterinya di kucup lembut.
“ Imah bersyukur pada Allah kerana di pertemukan dengan abang. Abang seorang suami yang baik, penyayang,dan banyak keistimewaan abang yang tak perlu Imah sebutkan…Imah takut abang riak pula nanti!” sempat Datin Naimah berlucu sambil mencuit hidung suaminya. Datuk Badrudin ketawa kecil. Tangan Datin Naimah yang mencuit hidungnya tadi di capai dan di kucup membuatkan Datin Naimah tersenyum malu. Datuk Badrudin memeluk tubuh isterinya dengan rasa sayang.
“ Imah bahagia dan gembira kerana dapat berada  di sisi abang!” Datin Naimah membalas pelukan suaminya sambil tersenyum. Mereka terus berpelukan buat seketika seolah-olah melepaskan rindu bertahun-tahun lamanya.
**********
HELYNA  melilau mencari novel yang menarik perhatiannya di rak. Beberapa buah novel di capai, sempat juga dia membaca beberapa synopsis novel. Mana tahu ada yang kena dengan seleranya. Akhirnya dia mengambil dua buah novel keluaran terbaru yang di rasakan menarik jalan ceritanya sebagai bacaan ringan bila ada masa kelapangan. Dia turut membeli tiga batang pen. Segera langkah di atur ke kaunter bayaran.
“ Akak ada duit kecil tak?” gadis yang berada di kaunter pembayaran itu bertanya bila Helyna menyerahkan wang RM50.
“ Maaf, dik. Akak tak ada duit kecik, RM 1 ada!” balas Helyna setelah melihat harga bayaran dan mencari-cari di balik beg duitnya kalau ada duit sebanyak 40 sen.
“ Ini duitnya!” tiba-tiba kedengaran satu suara di belakang sambil meletakkan duit sebanyak 40 di meja kaunter.
Helyna segera menoleh ke belakang, merenung seketika wajah lelaki yang telah menghulur wang di kaunter tadi. Berkerut dahi Helyna memandang wajah lelaki itu.
“ Akak!” gadis yang berada di kaunter itu segera menyerahkan plastic kepada Helyna.
“ Terima kasih!” ucap Helyna dan segera memberi ruang untuk lelaki itu membuat pembayaran. Di tangan lelaki itu ada dua bua majalah.
“ Encik….ini wang yang encik bayarkan tadi!” Helyna menghulurkan RM1 sebaik saja lelaki iu meninggalkan kaunter bayaran dan berjalan untuk keluar dari kedai buku itu.
“ Simpan aje wang itu, bukannya banyak pun!” balas lelaki itu menolak duit yang dihulurkan oleh Helyna. Sempat dia menghadiahkan senyuman buat Helyna yang nampak keresahan itu. Helyna menelan liur. Memang menarik senyumannya, di tambah pula dengan wajahnya yang kacak. Memang patutlah dia menjadi tumpuan beberapa orang gadis yang berada di kedai itu.
“ Banyak atau sedikit, kita tetap panggil dia duit.  Saya tak nak berhutang dengan encik!” kata Helyna , masih lagi menghulurkan duit yang berada di tangannya.
“ Memang saya tak nafikan. Apa kata kita lupakan aje pasal duit tu….I, Luqman….Luqman Hakeem” lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil merenung wajah Helyna.
“ I…Helyna!” akhirnya Helyna memperkenalkan diri walaupun hatinya resah memikirkan cara lelaki itu merenungnya. Seperti ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu berterusan memandangnya.
I know you…you ni Dr. Helyna kan?... I percaya, tentu you masih ingat tentang pertemuan pertama kita! Kita terlanggar dan I juga pernah nampak you di hospital sewaktu bapa I keluar dari hospital. Dan kita juga pernah bertemu di Hotel Sheraton!” ujar lelaki itu dengan wajah ceria.
Helyna terdiam. Cuba mengingati kata-kata lelaki itu dan akhirnya dia mula mengingati satu persatu pertemuan yang di sebutkan oleh lelaki itu.
“ Ya…I ingat!” akui Helyna. Dalam hati dia  nak tergelak mengingatkan kata-kata lelaki itu. Satu persatu pertemuan antara mereka begitu utuh tersimpan dalam ingatannya.
Oh my god!…I tak sangka dapat jumpa you di sini!” Luqman benar-benar rasa teruja kerana gadis di hadapannya sudah mengingati saat-saat pertemuan antara mereka.
 Helyna merenung wajah lelaki di hadapannya kini. Keningnya bertaut melihat gelagat lelaki itu, kenapa dia nampak begitu teruja dengan pertemuan ini. Untuk apa dia rasa begitu. Seingat Helyna, lelaki itu  sudah mempunyai kekasih semasa dia bertemu di Sheraton beberapa minggu yang lepas. Kalau boleh dia tidak mahu terjebak dengan lelaki yang berpunya, takut di gelar perampas. Dah banyak dia membaca kisah seperti itu di dalam novel. Kalau boleh dia tidak mahu menjadi bahan bacaannya sebagai reality dalam kehidupannya.
“ Jom!”
Tiba-tiba lelaki Luqman Hakeem bersuara membuatkan Helyna terpingga-pingga.
“ Ke mana?” soal Helyna hairan.
“ Tak sangka you ni masih sempat mengelamun!” Luqman  ketawa kecil membuatkan Helyna tersipu malu. Akhirnya dia menundukkan wajah, cuba menyembunyikan wajahnya yang di rasakan sudah bertukar warna.
“ I belanja you minum. I tahu kita baru aje kenal tapi sejak kali pertama I bertemu dengan you…I sentiasa mengharapkan aka nada pertemuan yang seterusnya dengan you dan kalau boleh I tak nak lepaskan peluang itu!” kata Luqman  membuatkan Helyna di himpit rasa serba salah.
I`m sorry sebab terpaksa hampakan harapan you. Sebenarnya, I dah janji dengan kawan….lain kali ya!” kata Helyna berpura-pura melihat jam tangannya.
Luqman  mengeluh kecewa, wajahnya yang ceria sebentar tadi sudah bertukar. Bagi Helyna, dia terpaksa menolak ajakan itu supaya tidak timbul salah faham. Lelaki seperti Luqman tentunya mempunyai seribu satu cara untuk menawan hati mana-mana perempuan. Dia tak mahu termasuk dalam golongan perempuan yang mudah terpedaya dengan paras rupa dan kata-kata manis.
“ I terpaksa pergi sekarang…anyway…terima kasih untuk duit tadi…I harap you tak akan ambil hati ya!” Helyna segera meminta diri untuk beredar meninggalkan Luqman  dengan rasa kecewa. Namun dia nekad, dia akan berusaha mendekati gadis itu. Ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan hatinya tertawan walaupun hanya dengan pertemuan pertama. Renungan mata Helyna meningatkan dia pada kisah silamnya bersama seseorang yang begitu istimewa.
************
LUQMAN  Hakeem cepat-cepat menyorokkan frame gambar yang baru di renungnya ke  dalam kabenet yang berkunci sebaik saja mendengar ketukan di pintu biliknya. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya. Muncul gadis yang mengenakan blazer hitam, juga skirt dengan warna yang sama. Gadis itu segera mengukir senyum sebaik saja muncul di hadapan Luqman.
“ Ya, Sheila”
“ En. Luqman, ini ada beberapa dokumen untuk di teliti oleh En. Luqman. Dan ini pula surat untuk En. Luqman” Sheila segera meletakkan dokumen dan surat di atas meja.
“ Kenapa you tak bagikan aje dokumen ni pada Tan Sri?” tanya Luqman  setelah meneliti seketika salah satu dokumen yang di bawa oleh setiausahanya tadi di anggap penting dan memerlukan tindakan yang bijak.
“ Tan Sri yang minta En. Luqman handlekan dokumen tu. Er…ini tiket untuk En. Luqman ke Singapore besok, segala urusan termasuk penginapan sudah di disediakan!”  Sheila meletakkan satu sampul di hadapan Luqman.
“ Hm…thanks…ada apa-apa lagi?”
“ Itu saja!...sata keluar dulu” Sheila terus beredar.
Sebaik saja setiausahanya keluar, Luqman mencapai sampul putih itu. Dia meneliti seketika tiket yang berada di tangannya.
“ En. Luqman…Tan Sri is on the line!” suara Sheila kedengaran di intercom.
“ Sambungkan!”
Yes, pa!”
“ Man, masuk bilik papa sekejap!”
Luqman  segera keluar dari biliknya. Sebelum itu dia sempat singgah di meja setiausahanya.
“ Sheila, saya nak jumpa dengan papa sekejap, kalau ada apa-apa awak tolong settlekan!” pesan Luqman .
“ Baik, En. Luqman!”
Luqman mengatur langkah ke arah lif untuk pergi ke tingkat 16 yang menempatkan bilik untuk tuan punya syarikat itu. Sebaik saja kakinya melangkah keluar dari lift,  terlebih dahulu dia berjumpa dengan setiausaha papanya.
“ Kak Mona, papa adakan!”
“ Ada, masuklah!” Ramona  sempat menghadiahkan senyuman sebelum kembali meneruskan kerjanya.
Luqman mengetuk pintu beberapa kali sebelum mendengar suara Tan Sri Hisyam Firdaus. Luqman  membuka pintu selepas mendapat kebenaran untuk masuk. Tan Sri Hisyam Firdaus segera mendongak kepala bila menyedari Luqman aqeem sudah berada di hadapannya.
“ Duduk, Man”
“ Man dah baca proposal tentang projek hotel kat Damai Puteri tu?” Tan Sri Hisyam Firdaus merenung wajah anaknya seketika sebelum membuka cermin matanya.
“ Dah, pa”
“ Apa komen Man?”
“Papa rasa kita boleh dapat tender untuk projek hotel di situ?...papa pun tahukan saingan terdekat kita adalah Gemilang Holdings tu sentiasa mencari peluang untuk tewaskan kita!”
Tan Sri Hisyam Firdaus hanya tersenyum mendengar kata-kata Luqman Hakeem. Dia memang tahu bahawa Eric Tan sentiasa menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan sesebuah projek, tapi dia sudah bersedia untuk menangkis. Apa saja kelemahan Gemilang Holding berada dalam tangannya. Dia sudah lama terlibat dalam projek ini, semestinya sudah banyak pengalaman telah di perolehi. Dalam perniagaan, musuh memang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan lawan.
“ Jangan bimbang…papa tahu apa yang perlu kita buat. Gemilang Holdings tak mungkin dapat melawan kita…oh ya! Macam mana dengan persiapan Man untuk ke Singapore esok? Pada mulanya papa ingat nak suruh Arshad pergi tapi dia tu masih lagi baru. Tak banyak pengalaman. Biarlah dia timba pengalaman di sini dulu. Urusan luar papa serahkan pada Man. Lagi pun Man kan senior engineer. Urusan  yang remeh temeh serahkan aje pada orang baru!”
 Tan Sri Hisyam Firdaus memang bangga dan berpuas hati dengan hasil kerja Luqman. Sebab itu dia mahu Luqman  menerima jawatan sebagai CEO syarikat HF Holdings. Dan bagi Luqman pula, dia cukup senang bekerja di bawah arahan papanya. Papanya  seorang yang bertanggungjawab, sentiasa bersikap adil dalam urusan kerja, selalu berbincang sebelum membuat apa-apa keputusan.
“ Man. Macam mana hubungan Man dengan Mellisa? Papa bukan nak masuk campur dalam urusan peribadi Man tapi papa tak nak Man terus menunggu sesuatu yang tak pasti.  Umur sebaya Man ni sepatutnya memikirkan masa depan, bukan hanya dari segi kerjaya tapi juga keluarga. Papa pun teringin juga nak menimang cucu. Rumah kita tu rasa sunyi…hanya kita bertiga saja yang menghuni rumah tu!” Tan Sri Hisyam Firdaus mula mengubah topic perbualan.
“ Entahlah, pa. bukan Man tak fikirkan semua tu tapi Man masih belum berputus asa walaupun sesekali Man terfikir….memang bodohkan, berbelas tahun Man menunggu, tapi hasilnya…” Luqman  mengeluh.
Tan Sri Hisyam Firdaus bangun dari kerusi. Dia melangkah ke arah Luqman dan mengambil tempat duduk di sisi anaknya.
“ Sabarlah, banyakkan berdoa!” pujuk Tan Sri Hisyam Firdaus.
“ Macam mana dengan Mellisa…papa tanya sebab semalam papa jumpa dengan Datuk Bakri, dia ada tanyakan papa tentang hubungan Man dengan anaknya!”
“Man dengan dia cuma kawan biasa je…lagi pun dia bukan gadis pilihan Man!” jawapan Luqman membuatkan papanya ketawa.
“ Hm….kalau Man tanya pendapat papa pun…papa akan cakap papa tak berapa berkenan. Bukan hanya kerana penampilan tapi juga perangainya. Nak memilih perempuan sebagai isteri ada kategorinya…kerana agamanya, kerana hartanya, kerana kecantikannya ataupun kerana keturunannya. Sebaik-baik perempuan yang mahu di pilih sebagai calon isteri adalah perempuan yang beragama dan baik akhlaknya! Kalau boleh…papa tak nak Man tersalah pilih”
“ Jodoh dan pertemuan tu di tangan Allah tapi kita berhak memilihkan, pa!”
“ Ya. Betul. Setiap keputusan yang kita nak buat mestilah berpandukan akal fikiran yang waras, bukan berdasarkan nafsu semata-mata…. Jadi, macam mana dengan girl tempohari? Maksud papa girl yang papa lihat di hospital hari tu. Papa tak nampak sangat rupanya tapi papa tahu Man sudah terpaut hati dengan dia kan!” Tan Sri Hisyam Firdaus mula menjenguk hati anak bujangnya. Ingin diselami apa yang ada di dalam hati anaknya.
“Man akui memang Man tertarik pada dia. wajah dia mengingatkan Man pada orang yang Man tunggu selama ini. Antara mereka berdua memang jauh bezanya tapi setidak-tidaknya ada sedikit persamaan tapi…” Luqman Hakeem tidak meneruskan kata membuatkan papanya tertunggu-tunggu.
“ Tapi  apa Man?” soal papanya tak sabar, ingin diketahui kenapa wajah anaknya tiba-tiba berubah muram.
“ Dia dah berpunya, pa” beritahu Luqman dengan rasa kecewa.
“ Sabarlah Man…oh ya!...apa kata papa kenalkan Man dengan anak kawan papa…cantik orangnya!” tiba-tiba Tan Sri Hisyam Firdaus membuat usul. Wajahnya ceria. Terbayang wajah Helyna di ruang matanya.
“ Anak kawan papa yang mana satu ni?” setakat ini dia ada mengenal beberapa orang anak gadis kenalan papanya semasa mengikuti beberapa  function tapi tak satu pun yang menarik perhatiannya.
“ Kawan lama papa semasa sama-sama belajar dulu. Dah dekat 30 tahun kami tak berjumpa.  Baru beberapa minggu yang lepas papa ada jumpa dengannya. Papa ingat nak jemput mereka sekeluarga datang makan kat rumah kita, bolehlah Man kenal dengan anaknya” Tan Sri Hisyam Fidaus menepuk-nepuk perlahan bahu anaknya.
“Papa ni macam nak buat iklan je…dulu kata  soal jodoh  nak serahkan pada Man untuk buat pilihan…ini papa nak masuk campur pulak!”  kata-kata Luqman Hakeem membuatkan papanya tersenyum. Mengakui kealpaannya. Wajahnya yang ceria sebentar tadi sudah bertukar muram.  Kini wajah anak gadis Badrudin terus lenyap dalam ingatannya. Akhirnya dia hanya mampu mengeluh.
**********

Friday, 23 December 2011

Antara Aku & Dia 2

oleh : Azieana





Bab 2

H
ELYNA berjalan menuju  ke biliknya selepas memberi kuliah selama 2 jam. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi, telefon bimbit yang berada di dalam tas tangannya berbunyi.
“ Assalamualaikum…..Hai Dilla, of course, I belum lupa janji kita. I pun rindu dan tak sabar nak jumpa dengan you….lunch time nanti kita jumpa kat Hotel Sheraton….ok…!”
Helyna tersenyum sambil menatap telefonnya. Terbayang-bayang wajah temannya yang selalu banyak berceloteh itu.
Seperti yang di janjikan, Helyna berkunjung ke Hotel Sheraton. Tergopoh-gopoh dia masuk ke restoran untuk bertemu dengan temannya itu. Melilau matanya mencari kalibat seseorang yang dikenalinya sambil termengah-mengah. Akhirnya senyuman terukir di bibirnya bila wajah yang di cari sudah di temui. Tanpa berlengah lagi, kakinya segera di atur menuju  ke satu meja yang sudah di huni oleh seseorang.
“ Assalamualaikum!” salam segera di beri sebaik saja dia berdiri di hadapan meja itu yang di huni oleh seorang gadis yang begitu asyik membaca majalah Keluarga.
“ Waalaikumussalam….hai Lyna…duduklah!” gadis itu segera tersenyum sebaik saja matanya bertembung dengan Helyna. Sebelum itu sempat mereka berpeluk mesra.
Sorry…I terlambat. Ada accident masa I nak datang , sebab tu jalan sesak tadi dan I terlewat jumpa you!”  Helyna segera memohon atas kelewatannya tiba untuk berjumpa temannya itu. Sempat juga dia menilik jam tangan jenama Burberry yang terlilit di tanganya.
Never mind…janji you datang. Kalau tak…naya you I kerjakan tau!...dahlah lama kita tak jumpa. You ingat senangke I nak balik sini dengan tinggalkan darling I sorang-sorang kat sana!” Adilla memang mulut becok. Tapi hatinya baik dan suka menolong. Kalau bagi peluang dia bercakap, pasti sukar nak mencelah. Wajahnya sentiasa ceria walaupun ada kalanya dia di landa masalah. Itulah keistimewaan Adilla yang membuatkan Helyna gembira dan senang berkawan dengan gadis kelahiran Kota Bharu itu. Adilla kini sudah mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun hasil perkahwinannya dengan seorang pemuda mat saleh. Sejak dari dulu lagi Adilla memang berminat dengan mat saleh dan kalau boleh dia ingin berkahwin dengan lelaki dari luar negara supaya anaknya  comel dan putih serta bermata biru.
“ Kalau boleh I nak anak I nanti akan mempunyai sepasang mata yang cantik macam you! Kombinasi 2 negara memang hebatkan!” itulah kata Adilla sewaktu mereka mula berkenalan rapat di universiti dulu. Akhirnya impian temannya itu terlaksana. Helyna pernah melihat wajah anaknya, memang comel dengan rambutnya yang sedikit keperangan dan sepasang mata yang berwarna biru kehijauan. Kini mereka menetap di Kota London kerana suaminya bekerja di situ sebagai seorang arkitek.
“ Anak you si Geoffry, apa khabar?...bila dia nak dapat adik?” Helyna giat bertanya tentang perkembangan terbaru temannya.
He`s ok, sekarang ni I tinggalkan dia dengan adik I yang duk kat Shah Alam…… pasal adik Geoffry, hmm…coming soon. I`m pregnant…3 month” beritahu Adilla dengan rasa teruja.
“ Wow…good news….congrotulation!” Helyna tumpang gembira.
“ Macam mana dengan you?... dah ada pak we baru?” terbeliak mata Helyna mendengar pertanyaan yang tak di duga itu. Dia bedehem seketika untuk menghilang rasa terkejut di sergah dengan soalan itu.
“ You ni Dilla, tak ada soalan yang special sikit ke nak tanya…terus terjah soalan tu!” Adilla hanya ketawa mendengar komen Helyna.
Mereka berdua segera memesan hidangan tengahari. Sambil menikmati hidangan mereka berbual tentang aktiviti dan pekembangan terbaru. Banyak topik juga yang di bualkan mereka. Maklum saja dah lama tak berjumpa, hampir setahun. Sebelum ini mereka hanya beramah mesra di facebook saja kalau ada kelapangan. Perbualan mereka terhenti bila seseorang muncul di hadapan mereka memberi salam.
“ Waalaikumussalam….you`re late!” Helyna agak tercengang melihat gelagat Adilla yang menyambut kehadiran seorang lelaki untuk menyertai mereka ketika itu.
Sorry.  Abang ngah baru aje selesai mesyuarat, terus bergegas ke sini” lelaki yang membahasakan dirinya sebagai abang ngah itu terus duduk di sebelah Adilla, sempat mengukir senyum buat Helyna. Nasib baik dia tak duduk di sebelah Helyna.
“ Kenalkan, ini abang ngah I merangkap sepupu I, Zarul Fitri. Abang ngah…inilah Helyna, teman yang Dilla cakap hari tu. Dia ni kira macam bestfriend Dilla…tapi dah setahun kami tak jumpa!” Adilla memperkenalkan mereka berdua. Nak tak nak Helyna terpaksa membalas huluran tangan lelaki itu walaupun dalam keadaan serba salah.
So!”
Adilla memandang Helyna dan Zarul silih berganti. Cuba mencari reaksi di balik perkenalan pertama mereka.
“Kawan Dilla ni memang cantik….macam yang Dilla cakap!” akhirnya Zarul bersuara membuatkan Helyna menelan liur.
“ Dilla…apa ni?...you ni dah tukar profesion ya, jadi matchmaker untuk I….dah tak minat dalam bidang ID lagi!” Helyna mencerlung ke muka Adilla, namun temannya itu hanya buat muka selamba. Helyna mendengus perlahan. Namun terpaksa juga dia memaniskan muka bila berpandangan dengan Zarul yang tak lepas dari merenung wajahnya.
Zarul turut memesan hidangan  dan mereka bertiga menikmatinya dengan tenang sambil berbual ringkas. Dari perkenalan itu Helyna dapat mengetahui serba sedikit tentang biodata Zarul. Dia seorang juruanalisis computer di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Orangnya memang peramah, seperti Adilla juga. Berusia 34 tahun. Agak bergaya dan tampan juga orangnya. Dan kini Helyna mula mengerti apa tujuan utama Adilla mahu menemuinya.
*************
DARI satu sudut di tempat yang sama. Seorang lelaki mengetap bibir melihat kemesraan dan keramahan mereka bertiga. Sudu dan garpu di tangannya di genggam kemas.  Sesekali dia mengeluh kasar membuatkan gadis yang berada di hadapannya kehairanan.
“ Man….Luqman….!”
Terpingga-pingga Luqman Haqeem memandang wajah Mellisa yang sudah menarik muncung panjang.
“ Kenapa dengan you ni?...apa yang menarik sangat pasal mereka bertiga sampaikan I yang ada di depan you ni you tak pandang?...I tahulah perempuan yang bertudung pink di hadapan you tu lebih  cantik dari I tapi….I ni girlfriend you. Tak sepatutnya you pandang perempuan lain!” bentak Mellisa sambil menghempas sudu dan garpu dengan kasar. Nasib baik tak ramai pelanggan ketika itu.
` Perempuan bertudung pink?`
Maksudnya perempuan yang aku lihat tempohari. Ya! Dia memang lebih cantik dan bersopan dari Mellisa. Aku akui kebenaran itu. Kata Luqman dalam diam sambil membandingkan Mellisa dengan perempuan bertudung pink itu.
“ Apasal you ni tiba-tiba nak mengamuk tak tentu pasal…dan satu lagi I nak ingatkan you…you ni bukan girlfriend I….just friend, tak lebih dari itu dan sememangnya sejak awal perkenalan kita lagi…I memang tak mengharapkan hubungan kita ni lebih dari hubungan seorang kawan….jadi, you tak berhak untuk rasa cemburu dengan mana-mana perempuan, faham!” tegas Luqman Haqeem kasar membuatkan Mellisa tersentak.
“ Man…apa yang you cakapkan ni?”
 Mellisa menarik muka masam. Memang dia tahu sejak di awal perkenalan mereka, Luqman telah menegaskan   yang hubungan mereka hanya sekadar kawan dan Mellisa tak ada hak untuk rasa cemburu bila dia mendampingi mana-mana perempuan lain.
“ I cakap apa yang betul…you patut sedar tahap hubungan kita. Jangan nak minta lebih kerana I tak mampu nak berikan pada you!” kata Luqman  sebelum meneguk minuman dan mengelap mulutnya.
Mellisa tertunduk dengan rasa kecewa. Wajahnya yang bermake up tebal itu masih belum mampu menyembunyikan kekecewaan pada wajahnya apabila cintanya memang di tolak awal-awal lagi oleh Luqman Hakeem.
************

EXCUSE me,…I need to rest room
 Helyna bangun untuk mengatur langkah meninggalkan Adilla dan Zarul seketika. Sebenarnya, dia rasa segan apabila Zarul sering merenung wajahnya terutama apabila dia membuka mulut untuk bersuara seolah-olah lelaki itu terlebih memberi perhatian untuknya. Ketika itu juga matanya terpaku memandang wajah lelaki yang pernah di lihatnya di hospital tempohari. Ketika dia melewati meja lelaki itu, Luqman  berterusan memandangnya. Mellisa yang berada di hadapan Luqman  turut memandang wajah Helyna dengan rasa cemburu. Helyna sempat menghadiahkan sedikit senyuman buat mereka walaupun dia tahu senyumannya tidak bersambut.
 `Dah mereka pandang aku, aku senyum aje. Nanti dikatakan sombong pulak. Lagi pun senyum itukan satu sedekah, aku juga yang dapat pahala!` dia bercakap sendiri sambil mengatur langkah ke bilik air.
Helyna tersenyum sendiri mengingatkan pertemuan yang tidak di duga itu. Helyna mula membuat andaian, lelaki itu memang menarik dan hebat gaya penampilannya. Tapi sayang, dia sudah berpunya. Sekali lagi Helyna mengukir senyum sambil membetulkan tudungnya  sebelum keluar dari bilik air itu.
***********

HELYNA sedang menonton tv sambil memakan keropok. Hari minggu baru dia rasa dapat rehat yang secukupnya. Baru beberapa minit tadi dia mendapat panggilan dari Zarul yang mengajaknya untuk keluar, namun dia menolak dengan alasan mahu berehat di rumah. Terpaksalah Zarul akur dengan alasannya walaupun dia tahu lelaki itu pasti kecewa.
Teringat apa yang berlaku minggu lepas. Kerana desakan dari Adilla, dia mengikut temannya itu pergi ke Kota Bharu bersama Zarul selama 2 hari di sana. Beria-ria Adila mengajaknya untuk pulang bersama dengan alasan mahu menikmati hari minggu bersamanya. Adilla juga berjanji untuk membawanya melawat sekitar Kota Bharu yang sekarang ini makin pesat membangun. Banyak bandar baru di wujudkan demi mengelak berlakunya kesesakan di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Dia juga di bawa ke Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang yang seringkali menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Kelantan. Dalam masa dua hari dia di Kelantan, dia bawa ke pasar borong Wakaf Che Yeh, pasar Teman di Tunjung dan juga Bazar Tok Guru dan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Malah dia sempat berhabis beratus ringgit dengan membeli beberapa pasang kain batik corak terkini.
Pengalaman yang paling tidak di lupakan bila dia di bawa mengunjungi Pasar Munduk di Thailand dengan menaiki motorbot yang tambangnya RM 2 untuk pergi dan balik. Kecut juga perutnya nak menaiki motorboat kecil tanpa sebarang alat keselamatan. Nasib baik jaraknya tak jauh, adalah dalam lingkungan 1 kilometer je. Dari pengkalan sudah nampak pasarnya di seberang. Seronok pula dia mengunjungi tempat  itu yang sememangnya barang  jualan adalah buatan dari Thailand.
Kunjungan Helyna bersama keluarga Adilla dengan 2 buah kereta yang seramai 8 orang termasuk Zarul adalah sesuatu pengalaman yang seronok juga. Bagi Adilla yang membesar di Kota Bharu, itulah kali pertama dia berkunjung  ke situ. Mereka sampai di pasar itu jam 8.30 pagi. Dekat jam 9 pagi, pengunjung dah berpusu-pusu tiba dari pengkalan. Di sini dia jadi rambang mata melihat tudung yang pelbagai jenis, corak dan fesyen, disamping blause dan skirt labuh yang pelbagai pilihan. Menurut Makcik Suraya, ibu Adilla, tudung di sini agak murah dan fesyen terkini berbanding di Kota Bharu. Di sini juga dia mula mengenal pelbagai jenis makanan yang tak pernah di dengar dan di makannya seperti kerabu maggi, jemput-jemput ikan tenggiri dan somtam. Dia juga tertarik dengan bekas air yang pelbagai corak dibuat dari tanah liat dan mempunyai tali. Lepas habis minum, bekas tu boleh di gunakan sebagai pasu bunga atau bekas letak pensil. Pelbagai corak dan bentuk menjadi pilihan termasuklah bekas hello kitty, ultraman,  doraemon pun ada.
Kata Zarul, pasar Munduk memang terkenal. Perniagaan di jalankan setiap hari tapi paling ramai di kunjungi  pengunjung adalah pada hari Jumaat dan Isnin, atau dikenali dengan nama hari nat, kira macam pasar tanilah kat tempat kita, lebih-lebih lagi bila musim cuti sekolah. Peniagaannya bermula seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Betul juga kata Zarul. Hari itu juga, ada 2 buah bas persiaran  parking di tepi jalan menandakan ada pengunjung dari luar Kelantan.
“ Amboi, jauhnya mengelamun….tadi kata nak keluar?” Amanina muncul di ruang tamu mengejutkan lamunan Helyna, dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Helyna. Dia sempat mencapai sekeping keropok yang berada di dalam mangkuk di atas meja.
“ Kejap lagi…aku tunggu abang Fiq datang!” balas Helyna acuh tak acuh sambil mengunyah keropok.
“ Atau sedang menunggu panggilan dari Zarul? Jauh sangat aku tengok kau menung tadi!” giat Amanina sambil tersenyum simpul.
“ Hish…tak kuasa aku nak tunggu panggilan telefon dari dia!  Kau pulak,  pakai lawa-lawa ni nak keluar dating dengan sapa? Takkan dengan abang Fiq sebab dia dah  janji dengan aku!” Helyna menjeling sekilas ke arah Amanina yang siap berdandan cantik.
“ Aku memang nak keluar pun, tapi bukan untuk pergi dating ye!...aku dah janji dengan Sofea. Kejap lagi sampailah dia!” sebaik saja selesai Amanina bercakap, tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. Bergegas Amanina bangun dari tempat duduknya menuju ke muka pintu.
“ Sofea…masuklah…” pelawa Amanina pada seorang gadis yang baru muncul dengan sebuah senyuman. Gadis yang dikenali sebagai Sofea itu hanya mengenakan t`shirt lengan panjang dan seluar jeans. Helyna menghulur tangan untuk bersalaman dan mempersilakan Sofea duduk.
“ Kau duduk kejap ya…aku nak pakai tudung!” Amanina berlalu pergi.
“ Jomlah keluar sekali…dah lama kita tak shopping sama!” pelawa Sofea.
Sorry…aku dah janji dengan abang Syafiq nak balik rumah abah. Lain kali ya!”  balas Helyna.
“ Ok…I`m ready…jom pergi!” ajak Amanina senaik saja muncul semula di hadapan mereka dengan mengenakan tudung warna krim bersama blause di padankan dengan seluar hitam.
“ Aku pergi dulu!...sampaikan salam aku pada orangtua kau ya!” Helyna sekadar mengangguk kepala dan menghantar dengan pandangan dua orang sahabatnya beredar pergi.
Sebaik saja mereka pergi, Helyna mencapai novel yang berada di sisinya, baru beberapa bab saja dia sempat membacanya walaupun novel itu telah dibelinya sejak minggu lepas. Dalam keasyikan membaca, dia diganggu dengan bunyi telefon.
“ Assalamualaikum…”
“ Waalaikumussalam…dah siapke belum?” terdengar suara Syafiq di hujung talian.
“ Belum. Sorry, asyik baca novel sampai tak sedar jam menunjukkan hampir 12 tengahari. Tak apa,  give me 10 minute….I`ll get ready!” Helyna terus mematikan talian tanpa sempat memberi peluang untuk Syafiq bersuara. Segera Helyna menutup novelnya dan bergegas masuk ke biliknya di tingkat atas untuk bersiap. Helyna tahu Syafiq seorang lelaki yang menepati masa. Sebab itu perlu cepat menyiapkan diri sebelum dibebel oleh Syafiq. Helyna tahu sangat dengan perangai Syafiq, kalau dah membebel, kalah orang perempuan.
Tepat jam 12.15 tengahari, Syafiq sudah pun tercongok di muka pintu rumah Helyna.
“ Dah siap?” soal Syafiq sebaik saja Helyna muncul di muka pintu.
“ Dah!”
Selepas memastikan keadaan rumah selamat, Helyna mengunci pintu. Mereka bergerak dengan kereta Syafiq untuk ke rumah orangtua mereka
“ Bila abang Fiq nak rasa air tangan Lyna, kalau hari minggu aje beria ajak balik rumah abah dan balik kampung sebab nak rasa masakan ibu dan nenek…hari-hari biasa pun jarang abang Fiq dapat rasa masakan Lyna, kalau ada pun masakan yang simple aje…bila abang Fiq dapat rasa masakan yang special sikit dari Lyna! Malangnya siapa yang jadi suami Lyna kan!” Helyna menarik muka masam mendengar kata-kata Syafiq. Memang dia akui dia jarang masak. Malah abangnya pulak yang selalu hantar makanan padanya dan Amanina, semetelah lagi mereka tinggal berjiran.. Sejak dari kecil lagi Syafiq memang minat belajar masak dengan nenek dan masakan Syafiq memang sedap, sebijik macam masakan nenek. Selalu juga dia meminta Syafiq masakkan sesuatu untuknya kalau dia rindukan masakan nenek. Senang pula dia nak mengadu sebab Syafiq tinggal di sebelah rumahnya saja. Kata abah, panggil aje Syafiq kalau ada apa-apa masalah.
“ Apa pulak malangnya siapa yang jadi suami Lyna….bertuah apa kalau siapa yang dapat jadi suami Lyna….!” Helyna tak mahu mengaku kalah. Dia tergelak sendiri.
“ Masuk bakul angkat sendiri nampak!” peril Syafiq sambil menaikkan keningnya.
“ Memanglah dari segi masak memasak ni…Lyna tak terror macam abang Fiq, tunang abang Fiq …si Nina pun tak pandai masak, 2x5 je dengan Lyna. Tapikan abang Fiq, bukanke setiap orang ada keistimewaanya masing-masing. Walaupun Lyna tak pandai masak, tapi bak gubahan dan dari segi ID, Lyna hebat tau….abang Fiq tak payahlah nak fikirkan itu semua,  apa yang utama dalam mencari pasangan hidup…Lyna nak cari suami yang pandai masak…nak lawan abang Fiq, di samping tu dia mestilah seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab , yang dapat memimpin keluarga supaya rumahtangga aman dan bahagia nanti!” beria-ria Helyna membicarakan tentang suami pilihannya. Syafiq mecebik bibir mendengar kata-kata Helyna.
“ Harap-harap ibu masak special hari ni…rindu betullah dengan masakan ibu!” Helyna menggosok kedua-dua tangannya.
Syafiq memandu dengan tenang sambil mendengar celoteh DJ dan lagu yang di pasangkan di radio.
“ Abang Fiq dan Nina bila nak kawin?...dah dekat setahun korang bertunang, nak tunggu berapa lama lagi!” Helyna memandang Syafiq.
“ Abang Fiq nak tunggu Lyna dapat jodoh dulu, baru kawin!” selamba aje Syafiq menjawab.
“ Alasanlah tu….takkanlah nak cakap duit simpanan tak cukup kot. Si Nina tu minta duit hantaran tinggi sangat kot!” Syafiq hanya tersenyum mendengar komen Helyna.
“ Abang Fiq kalau nak kawin, bila-bila pun boleh. Esok pun tak ada masalah…tapi abang Fiq masih risaukan Lyna. Sampai bila Lyna nak hidup bertemankan bayangan Shahrul. Shahrul dah lama tinggalkan Lyna dan sampai masanya Lyna mencari pengganti. Tak perlu diingatkan dia lagi!”
Helyna terdiam. Cuba mencari kebenaran di balik kata-kata Syafiq.
“ Sampai sekarang Lyna masih tak dapat lupakan Shah. Dia begitu istimewa di hati Lyna. Dia lelaki pertama yang mengajar Lyna erti cinta sebenar. Dia menjadi seorang pendengar yang setia. Malah Lna boleh ceritakan apa saja. Dia selalu menenangkan Lyna di kala Lyna sedih, bermasalah dan tertekan. Setiap kata-katanya memberi semangat dan dorongan untuk Lyna terus berjuang untuk hidup!”
“ Syaitan pasti akan bersorak kerana berjaya menghuru-harakan perasaan Lyna!” itulah kata-kata Shahrul yang membuatkan dia mampu membuang rasa amarahnya terhadap sesuatu.
“ Kalau Lyna beristighfar sekarang, syaitan pasti akan lari lintang-pukang…itu pun kalau Lyna nampakla!”
 Helyna tertawa kecil. Tapi tu semua kenangan  beberapa tahun yang lalu.
“ Kalau abang Fiq berada di tempat Lyna, apa yang akan abang Fiq buat!”
“ Abang Fiq akan cari pengganti Shahrul, kalau boleh lebih baik dari dia. Hmm…agak-agaknya si Zarul tu tersenarai dalam calon pilihan tak?...yalah siap balik kampong dia bersama lagi!”
Correction….Lyna pergi ke KB sebab Dilla yang mendesak, bukannya sebab Lyna nak ikut si Zarul tu….boleh tak abang  Fiq betulkan tanggapan dan andaian abang Fiq tu…Lyna tak suka!” Helyna berpeluk tubuh sambil menarik muncung panjang. Tanda protes. Syafiq hanya ketawa.
“ Tak salah kalau bagi dia peluang. Buat kawan…bukannya kekasih. Bak kata pepatah, berkawan biar seribu tapi bercinta biar satu!” kata Syafiq sambil melirik  kearah Helyna.
“ Hm…boleh pakai lagi ke pepatah zaman Pak Kaduk tu…sekarang ni ramai yang pasang spare part masa berkasih…pepatah berkasih biar satu tu dah tak boleh pakai sekarang…. Kalau dulu orang kata, hutang keliling pinggan, sekarang ni kekasih pula yang keliling pinggang. Sebab tu Lyna kata pepatah zaman Pak kaduk dah tak boleh pakai!” Helyna melahirkan pandangan.
“ Amboi!...adik abang Fiq pun ada hati nak pasang lebih nampak. Tapi sampai sekarang batang hidung  seorang pakwe pun abang Fiq tak pernah nampak. Kalau ada dengar pun nama si Zarul je!...tapi kan memang tak salah pun pasang spare part nikan…kita ada hak untuk memilih yang terbaik. Abang Fiq juga doakan Lyna akan mendapat lelaki yang terbaik. Kalau boleh seperti apa yang Lyna impikan!” kata Syafiq membuatkan Helyna tersenyum.
“ Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan untuk Lyna. Lyna juga doakan kebahagiaan untuk abang Fiq. Semoga hubungan abang Fiq dan Nina akan kekal bahagia!”
Mereka berdua tiba  di banglo mewah milik Datuk Badrudin dan Datin Naimah yang di beli sejak 2 tahun . Helyna dan Syafiq saling berpandangan bila melihat sebuah BMW  5 siri warna hitam terpakir di halaman banglo itu. Kehadiran mereka di sambut oleh Arianna, adik bongsu mereka. Gadis manis berusia 23 tahun. Baru saja menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang. Sejak dari kecil lagi Arianna berminat untuk menjadi seorang peguam.
“ Ibu dan abah dah lama tunggu kak Lyna dan abang Fiq. Tetamu abah pun dah sampai!” Arianna bersuara sebaik saja bersalaman dengan mereka. Mereka mengikut langkah Arianna menuju ke ruang tamu yang serba mewah itu.
“ Ibu…abah…” Syafiq dan Helyna bersalaman dengan pasangan suami isteri yang nampak segak dan anggun penampilannya.
“ Maaf, kami tak tahu ibu dan abah ada tetamu!” Helyna mewakili Syafiq bersuara. Sempat dia berbalas pandang dengan tetamu orangtua mereka. Seorang lelaki yang nampak segak bergaya mengenakan kemeja batik berwarna oren bersama seorang wanita mat saleh yang sopan bertudung. Mungkin isterinya dari cara penampilan mereka yang sedondon.
“ Fiq, Lyna…kenalkan …ini kawan abah masa kat universiti dulu. Hisyam Firdaus bin Jamaludin dan Emilly Abdullah. Sekarang kawan abah ni dah bergelat Tan Sri dan Puan Sri!” Datuk Badrudin memperkenalkan dua tetamunya itu.
“ Apa khabar Tan Sri dan Puan Sri?” Helyna dan Syafiq bersalaman dengan mereka berdua.
“  Panggil aje uncle dan aunty…tak perlulah panggil Tan Sri dan Puan Sri…segan pula kami!” Tan Sri Hisyam Firdaus bersuara membuatkan Helyna dan Syafiq tersenyum.
“ Syam, Emilly…inilah anak-anak aku. Syafiq dan Helyna…they are twin. Anak aku dengan arwah Aishah!” Datuk Badrudin memperkenalkan anaknya pada tetamu itu. Lama Tan Sri isyam Firdaus dan Puan Sri Emilly memandang wajah Syafiq dan Helyna silih berganti.  Ada air mata bergenang di kelopak mata mereka. Lebih-lebih lagi Puan Sri Emilly. Ketika itu juga matanya merenung jauh ke dalam mata biru milik Helyna.Wajah dan warna kulit Helyna lebih kepada mamanya. Itu yang membuatkan abang mereka sering terkenangkan arwah Aishah. Mata Syafik tidak berwarna biru, sebaliknya berwarna coklat seperti abah mereka. Cuma bentuk muka, hidung dan warna kulit di warisi dari mama mereka.
Dari pertemuan itu terungkap banyak kenangan lama. Arwah Aishah  adalah kenalan rapat dengan Emilly, sama seperti hubungan Hisyam Firdaus dan Badrudin. Malah mereka berempat adalah 2 pasangan yang cukup popular ketika itu.
Kecur liur Helyna   melihat hidangan yang berada di atas meja.  Patutlah ibu masak istimewa sangat hari ni, sebab nak meraikan sahabat lama abah. Tengahari itu 2 keluarga makan dengan penuh selera. Puan Sri Emilly begitu asyik memuji masakan ibu. Menurut Puan Sri Emilly, kena dengan seleranya. Tersenyum lebar Datin Naimah menerima pujian. Helyna pun tak kurang. Turut memuji masalan ibu. Memang sedap.
“ Ibu, Ayu tak balik ke?...dah lama Lyna tak jumpa dia!” Helyna bersuara. Serta merta dia teringatkan Ayuni. Kakak Arianna yang kini bekerja di Pulau Pinang sebagai seorang Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kementerian di sana. Dia telah pun berkahwin dengan seorang pegawai bank sejak setahun yang lalu. Kini sedang mengandung 3 bulan. Ibu dan abah memang tak sabar nak sambut kelahiran cucu pertama mereka.
“ Hmm…lama betul kita tak jumpa….tak silap aku, ada la dekat 30 tahun! Anak-anak kita pun semuanya dah dewasa!” Tan Sri Hisyam Firdaus bersuara semasa mereka berada di ruang tamu selepas menikmati makan tengahari.
“ Ya lah Syam…aku pun baru aje balik sini 6 bulan lepas selepas puas berada di negara orang. Sekarang ni rasa lega sikit sebab dapat balik berkhidmat di negara sendiri!” kata Datuk Badrudin yang bekerja sebagai seorang Pegawai Diplomatik. Datin Naimah yang sentiasa ada di sisi suaminya hanya tersenyum dan sesekali mencelah sambil menceritakan pengalamannya berada di luar negara. Selepas berkahwin dan Datuk Badrudin di tugaskan di luar negara, Datin Naimah telah meletakkan jawatannya sebagai seorang guru semata-mata mengikut suaminya bertugas di luar negara. Ibu hanya pulang ke kampong bila nak bersalin. Nenek yang tak mahu ibu bersalin di luar negara. Ayuni dan Arianna banyak membesar di luar negara kerana mereka memang sentiasa ada di sisi abang dan ibu. Cuma Syafiq dan Helyna tinggal bersama nenek dan arwah datuk. Bukan ibu dan abah tak mahu membawa mereka bersama tapi kedegilan nenek dan arwah datuk menyebabkan mereka akur dengan perpisahan. Walaupun ini kali pertama ibu dan sahabat abah berjumpa, tapi ibu melayan mereka dengan baik walaupun sesekali muncul nama arwah Aishah. Ibu seorang ramah dan bertimbang rasa. Perbualan mereka memang rancak. Dua sahabat itu hanya membahasakan diri mereka sebagai kau ada aku tanda keakraban hubungan mereka. Helyna, Syafiq dan Arianna hanya sekadar menjadi pendengar.
“ Din, apa kata kau laburkan sedikit modal dalam syarikat aku…nanti bolehlah kita bekerjasama!” Tan Sri Hisyam Firdaus membawa usul.
“ Bagus juga. Nanti kalau aku pencen…bolehlah kerja dengan kau!” Datuk Badrudin tertawa.
“ Din…senang-senang …nanti bawalah keluarga kau datang ke rumah!” pelawa Tan Sri Hisyam Firdaus sebelum beredar dari rumah Datuk Badrudin.
Lama juga Puan Sri Emilly memeluk tubuh Helyna.  Memandang wajah Helyna membuatkan dia terkenangkan arwah Janice Wilson @ Aishah Abdullah yang merupakan teman rapatnya dulu.
“ Ada masa nanti jemputlah datang  ke rumah aunty… aunty akan sentiasa menunggu kehadiran Helyna!” kata Puan Sri Emilly ramah. Sememangnya dia fasih berbahasa melayu, apatah lagi sejak berkahwin dengan Tan Sri Hisyam Firdaus dia jarang balik ke England. Dia banyak bergaul dengan kawan-kawan yang rata-ratanya terdiri dari orang melayu terutamanya bila mengikuti persatuan wanita. Pekerja-pekerjanya juga adalah orang melayu. Setakat ini Puan Sri Emilly sudah memiliki beberapa buah rangkaian butik yang terkenal di ibu kota dengan nama Emilly Boutique.
“ InsyaAllah, aunty. Kalau ada masa Lyna akan berkunjung ke rumah aunty!” balas Helyna sambil menghadiahkan senyuman sebelum pasangan itu beredar untuk pulang.
*************