karya

karya

Saturday, 12 May 2018

Seribu satu cinta


Bab 1
MATA Qarl tepat memandang wajah yang berada di hadapannya. Gadis itu segera menunduk mukanya. Badannya nampak sedikit bergetar. Mungkin takut dengan renungan yang dia berikan. Manakala gadis yang berada di sebelahnya pula nampak tenang seolah-olah tidak terusik atau gementar dengan apa yang baru disampaikannya sebentar tadi.
“Tengku Julia Arissa binti Tengku Mahmood.” Suara Qarl begitu nyaring menusuk ke telinga kedua-dua gadis yang berada di hadapannya.
Gadis yang ditujukan namanya itu hanya melepas gelak kecil.
“Ya, Tengku Haiqarl Qayyum bin Tengku Al-Fayyadh.” ujar gadis yang lebih dikenali dengan nama TJ itu.
Rahang Qarl bergerak-gerak. Terasa dirinya dipersendakan.
“You tahu tak apa yang you dah fikir dan you dah buat sekarang?” nada suara Qarl cukup serius sehingga mengganggu situasi yang berada di restoran mewah itu.
“Ya. I dah fikir masak-masak dan I dah buat keputusan.” akui TJ dengan wajah tenang.
Qarl melepas keluhan kasar. Matanya kembali menatap wajah gadis yang berada di hadapannya. Masih menyembunyikan wajahnya.
“You yakin dengan keputusan yang dah buat sekarang?” tegas Qarl dengan wajah tegang. Hatinya bertambah hangat. Dia sama sekali tidak menyangka yang Tengku Julia sanggup memperlakukannya begini. Tengku Julia ingat dia ni siapa? Ini Tengku Haiqarl Qayyum.
TJ memandang gadis yang berada bersama mereka. Sejak dari tadi, tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut gadis itu seolah-olah dia seorang yang bisu.
“Ya. I cukup yakin dengan apa yang buat sekarang. Dan I yakin you boleh bahagia tanpa I.” ujar TJ dengan wajah tenang. Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki yang ada disebelahnya. Biarlah apa tanggapan Qarl dengan keputusannya, dia nekad dia akan melakukannya kerana dia yakin ini keputusan yang terbaik untuknya.
“Huh!” keluhan kasar sekali lagi keluar dari mulut Qarl. Kali ini dia menarik lengannya dari terus dipegang TJ. Malah dia menyandar badannya di kerusi. Matanya kembali tunak memandang wajah gadis di hadapannya.
“Okey. Kalau itu yang dah putuskan. I akan ikut.” Selepas beberapa minit Qarl mendiamkan diri, akhirnya dia membuat keputusan.
Thanks, sayang. I tahu, you akan setuju dengan keputusan I.” Sekali lagi TJ memegang lengan Qarl, dan kali ini juga Qarl melarikan lengannya. Tidak ingin tangannya disentuh oleh TJ lagi.
“You!” Mata dan tumpuan Qarl betul-betul tepat memandang gadis yang hanya sedari tadi tidak bergerak-gerak. Bukan hanya tak sepatah kata yang dikeluarkan dari mulutnya, malah sedikit pun dia tidak bergerak. Macam patung.
“You!” Sekali lagi Qarl bersuara makin tegas.
“Hey, I`m talking to you right now, young lady!” suara Qarl tambah tegas.
TJ mengetap bibir. Hatinya resah. Akhirnya tangan dia menyentuh lembut bahu gadis itu membuatkan gadis itu mula mendongak kepala. Memandang wajah TJ yang mula menayang senyum. Dia mengangguk kepala perlahan.
“Dia ni bisu dan pekak ke?” asak Qarl dengan muka berang.
“Tak. Dia normal.” balas TJ.
“Ya ke!” Nada Qarl makin sinis. Wajah gadis itu dipandang dengan tak ada perasaan.
What`s your name?” Mata Qarl tepat memandang wajah gadis yang bermuka pucat itu.
Gadis itu mengalih pandang ke arah TJ seolah-olah meminta kebenaran dari TJ untuk bersuara.
TJ mengangguk perlahan memberi isyarat yang dia membenarkan gadis itu bersuara.
“Nama saya Madeena.” tutur gadis itu perlahan. Kemudian dia menunduk wajahnya semula.
What should I call you?” Qarl menyoal lagi.
“Deena.” ujar gadis itu ringkas sebaik sahaja dia membalas pandangan Qarl.
“Hmm…nice name.” puji Qarl dengan riak selamba.
Deena hanya diam mendengar pujian itu.
So, you tak ada bantahankan.” ujar TJ.
Qarl tidak membalas, sebaliknya dia kembali memandang wajah Madeena yang sudah kelihatan resah dengan renungannya. Tajam mata Qarl meneliti wajah gadis itu. Bukan setakat wajah yang dia tenung, siap dengan meneliti tubuh gadis itu sekali. Penampilannya hanya hanya. Blouse lengan panjang dan juga seluar panjang. Penampilannya yang hanya bertudung bawal itu nampak begitu ringkas tapi agak menarik juga walaupun hanya berpenampilan dan mekap biasa. Kalau nak dibandingkan dengan TJ, memang jauh panggang dari api. TJ memang menjaga penampilan diri. Tak pernah keluar rumah tanpa bermekap.Dia sendiri pun tak pernah melihat wajah TJ tanpa sebarang mekap. Entah cantik entah tidak.
“TJ, you ingat perkara ni semudah yang you fikirkan ke?” tempelak Qarl bersama senyum sinis.
“Qarl, you kan dah setuju. Apa masalahnya. lagi? I pun dah maklum sebelum kita jumpa tadi.” Hati TJ kembali resah.
“Ya, I faham. Tapi perkara ni bukan hanya melibatkan kita berdua. Tapi ramai. Gadis ni, parent I, parent you, malah saudara mara kita. Bagaimana I hadap semua tu seorang diri kalau you hanya lepas tangan?” tutur Qarl.
“Pasal perkara tu tak payahlah you nak risaukan. Lama-lama nanti, mereka akan diam. Lagi pun, bukan you yang salah tapi I. You tak payah nak malu atau buat apa-apa kenyataan pada mereka. Sampai masanya nanti, I akan jelaskan semuanya.” tutur TJ.
Qarl hanya diam. Matanya dipejam seketika. Cuba menganggap perkara itu hanyalah mimpi tapi sebaik sahaja matanya dibuka kembali, dia sedar bahawa semua ini adalah reality. Sekali lagi mata Qarl tertacap pada wajah Deena. Gadis itu tetap pamer riak yang sama.
“Deena,” kali ini nama Deena meniti di bibir Qarl.
Deena segera mengangkat muka. Menatap wajah lelaki segak dan bergaya di hadapannya dengan perasaan debar. Entah apa yang lelaki itu fikirkan tentang dirinya. Tapi tiada apa yang boleh dia lakukan selain dari hanya pasrah tanpa sebarang bantahan.  Dia menganggap semua yang sedang berlaku adalah sebaik takdir yang harus dia terima sama ada secara paksa rela. Kalau dia menoleh, pasti hidupnya tak akan selamat.
“Ya, encik.” sahut Deena selepas menelan liur. Takut pula hendak berdepan dengan lelaki itu yang masih pamer riaksi yang sama. Wajah yang jelas dalam keadaan tegang dan paling dapat dia rumuskan yang lelaki ini pamer wajah yang angkuh dan ego. Itu yang dapat dia simpulkan saat kali pertama mereka diketemukan sebentar tadi. Segaris senyuman ikhlas tiada di wajahnya.
“You yakin ke yang you akan buat semua ni?” usul Qarl cuba mendapatkan buah fikiran.
“Maksud encik?” Deena keliru.
Qarl gelak sinis.
“Takkan you tak tahu apa yang akan berlaku pada you selepas ni?” provoke Qarl sambil mengangkat keningnya bersama senyum senget.
Deena mengetap bibir. Matanya mula melirik ke arah TJ. Entah jawapan apa yang harus dia berikan sekarang. Otaknya tepu. Dia terikat dengan perjanjian yang tak mungkin dia akan langgar. Padah akibatnya nanti.
“You jangan risau. Dia akan terima semua ni.” TJ bersuara dengan penuh yakin.
“I tak tanya you. I tanya Madeena sebab dia juga terlibat dalam hal ni. You tak boleh pentingkan diri sendiri.” tegas Qarl dengan suara yang sedikit kuat membuatkan bahu TJ terhinjut. Begitu juga Deena.
“I nak jawapan dari you, bukan TJ.” ujar Qarl lagi sambil memberi pandangan tajam ke arah Deena.
“Saya…saya…saya…” teragak-agak Deena mahu menjawabnya. Dadanya seakan nak terbakar.
“Saya apa?” jerkah Qarl. Hangat dibuatnya.
“Saya setuju.” Kelam kabut Deena menjawab.
“Setuju apa?” sergah Qarl lagi.
“Setuju kawin dengan encik.” Deena bersuara senafas. Makin kalut sampaikan peluh menitik di dahinya.
Tiba-tiba meletus tawa dari Qarl. Bukan  sebarang tawa tapi tawa yang mampu membuatkan Deena rasa nak lari saja dari tempat itu. Terasa cukup seram. Bukan setakat seram tapi dia juga malu. Seolah-olah maruahnya berada di bawah telapak kaki lelaki itu. Dipijak lumat tanpa mampu dicantum lagi. Saat itu juga sedaya upaya dia cuba menegah air matanya dari mengalir keluar. Dia mahu jadi gadis yang kuat. Kalau dia lemah, bagaimana dengan kehidupannya nanti.
“Qarl.” TJ bersuara.
Oh my dear darling, TJ...you faham tak apa perasaan I sekarang bila you buat I macam ni?” ujar Qarl dengan wajah tak berperasaan.
TJ meraup mukanya.  
I`m sorry. I`m really sorry. Kalaulah I boleh nyatakan kenapa I buat semua ni…” TJ mengeluh dengan perasaan kesal.
“Apa salahnya kalau nyatakan. Mungkin I boleh terima apa jua alasan you. You pun tahukan yang I sayangkan you. Kalau bukan kerana I sayangkan you, I takkan terima you. I takkan terima perjodohan kita. I terima you bukan atas dasar persaudaraan tapi atas dasar cinta, tulus ikhlas dari hati I. Bertahun-tahun I simpan cinta ni untuk you tapi apa yang I dapat? I dapat perempuan yang langsung I tak kenal, I tak cinta dan I tak tahu apa yang akan jadi dengan hidup I selepas ni.” Qarl gelak sinis.
“Dan sekarang, kita dah libatkan orang lain dalam hal ni.” Qarl mengeluh kesal.
“Qarl…” hanya itu yang mampu TJ suarakan.
“I…I….tak tahu apa yang ada dalam fikiran you sekarang dan I tak tahu apa maksud you lakukan semua ni. I betul-betul tak tahu dan I rasa I diperbodohkan. I rasa I dah jadi lelaki yang paling bodoh sekarang ni.” ujar Qarl lagi. Mata dipejam rapat seketika. Dia sendiri pun tak dapat na gambarkan apa yang sedang dirasai sekarang. Kosong.
“Sayang, please…tolong jangan minta I berterus-terang kenapa I perlu buat semua ni. I tahu you kecewa, kesal dan marah tapi I tak boleh buat apa. I harap you dapat terima Madeena. Tolong jagakan dia untuk I. Tolong ya, Qarl.” TJ cuba menenangkan hati Qarl. Dia dapat rasakan perasaan kecewa lelaki itu.
And you, Deena…tolong jagakan Qarl untuk akak. Akak tahu Deena juga boleh jaga diri Deena dengan baik dan Deena boleh bahagiakan Qarl. Janji dengan akak ya, jagakan Qarl untuk akak. Ingat, Qarl satu-satunya lelaki yang akak cinta dan akak sayang.” TJ menggenggam kemas tangan Deena.
Deena hanya diam.Hakikatnya dia takut untuk menunaikan permintaan itu. Takut dia tak mampu. Dia juga takut nak hadapi kenyataan dan masa depan kerana dia tak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku nanti. Bolehkah dia lakukan semua itu dengan tenang, dengan tabah dan dengan reda. Bagaimana pula dengan lelaki yang bernama Qarl. Bolehkah lelaki itu menerimanya?
“Deena, tolong ya.” ujar TJ bila melihat tiada sebarang tindak balas dari Deena.
Deena menarik nafas perlahan. Masih sempat mengangkat muka, cuba mencari reaksi dari lelaki yang ada di hadapannya. Nampaknya lelaki itu juga sedang menanti reaksinya. Perlahan-lahan Deena mengangguk kepala.
“Terima kasih. Akak tahu, akak boleh harapkan Deena.” ucap TJ sambil mengukir senyum lega.
“Okey, semua dah selesai.” ujar TJ.
No. Banyak perkara yang belum selesai.” cantas Qarl.
“Ya, Pasal perkahwinan you dengan Deena kan. I rasa elok you berdua berbincang. I takkan ada di sini esok.”
“Apa maksud you?” Qarl tersentak. Takkan TJ menganggap semua itu begitu mudah.
“I akan menetap di luar negara buat sementara. I dah bincang hal ni dengan parent I sebelum I buat keputusan untuk jumpa you. Mereka boleh terima keputusan I, jadi I harap benda yang sama dari you.”
Qarl melurut rambut ke belakang.”Ya Allah, TJ. Apa yang you dah buat ni?”
“I terpaksa. I harap suatu hari nanti you akan faham!” nada suara TJ begitu lemah.
“Kenapa I terpaksa terima semua ni? Macam mana kalau I menolak?”
You have to. You mesti terima. Tak dapat tidak you kena terima Madeena sebagai pengganti I. I akan sentiasa doakan kebahagiaan untuk you.” ujar TJ.
Qarl mendengus lagi. Ucapan itu tidak memberi sebarang makna untuknya. Malah terlalu sakit untuk diterima.
Well. I rasa tak ada apa lagi yang I nak katakan. I have to go.” TJ bangkit. Begitu juga dengan Deena.
“Oh ya, kalau you nak bincang apa-apa pasal perkahwinan you dengan Deena, you bincang  saja dengan parent I sebab Deena sekarang tinggal bersama parent I.”
“I tak faham.” Qarl memang betul-betul keliru. Kenapa banyak rahsia yang perlu dia hadapi.
“Okey, masih ada masa untuk you kenal bakal isteri you sebelum you berdua berkawin bulan depan. Apa-apa hal, nanti korang berdua berhubung ya. Dan rasanya tak salah kalau I nak ucapkan selamat pengantin baru untuk you!” TJ mengusap lembut pipi Qarl sambil diperhati oleh Deena.
“I balik dulu. Take care.” ujar TJ dan segera beredar dari restoran itu tanpa menoleh lagi. Deena hanya akur dan mengikut langkah TJ di belakang.
Dan Qarl pula hanya mampu memandang dengan perasaan kosong.



SEPANJANG perjalanan balik TJ dan Deena masing-masing diam. Pemandu di hadapan sesekali melirik ke arah mereka berdua.
“Deena okey?” TJ melirik ke arah Deena.
“Saya okey, kak.” Deena cuba mengukir senyum.
Don`t worry. You`ll be fine. Akak yakin Qarl boleh jaga Deena.” pujuk TJ sambil menepuk perlahan tangan Deena yang terasa sejuk itu.
“Terima kasih.” ucap Deena tiba-tiba.
“Kenapa?” TJ menoleh badan agar dapat berdepan dengan Deena.
“Atas apa yang akak buat pada saya.” ujar Deena perlahan.
TJ hanya mengukir senyum. Kemudian dia mengeluh perlahan. Kepala disandar ke kusyen. Matanya dipejam rapat.
Deena kembali diam. Tidak mahu mengganggu situasi itu. Saat itu juga dia terbayangkan pertemuan tadi. Mampukah dia melakui semua itu dengan tenang di kemudian hari nanti. Itu persoalan yang mula berlegar-legar dalam fikirannya. Akhirnya dia juga mengeluh panjang.



No comments:

Post a Comment