Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 9 February 2017

calon untuk pengantin 2





DENGAN perasaan berat hati Nurul mengikut langkah Idham. Belum pun sempat Nurul memakai tali pinggang keledar, Idham terus membawa kereta laju meninggalkan perkarangan restoran itu.
“Bak sini purse awak!” Idham memberi arahan sambil menghulur tangannya.
“Encik nak buat apa. Encikkan dah ada dompet sendiri. Kenapa nak saya punya!” Kejap tangan Nurul memegang pursenya.
“Bagi ajelah purse awak. Tak payah nak cakap banyak. Cepat!” Arah Idham.
“Dalam purse saya bukannya ada duit banyak pun,” Dalih Nurul.
“Saya bukan nak duit awak. Saya nak kad pengenalan awak aje.” Ujar Idham.
“Nak buat apa?”
“Jangan cakap banyak boleh tak? Kang saya betul-betul cium awak baru tahu!”
“Nah!” Akhirnya Nurul menyerahkan kad pengenalannya kepada Idham. Malas nak cari gaduh. Kalau lelaki itu buat hal yang bukan-bukan, memang dia tak akan diam. Itu nekad Nurul.
Telefon Idham berdering lagi. Pantas Idham mengeluarkan telefon dari poket bajunya.
“Hello, mummyMummy jangan risau okey. Kejap lagi Am bawa calon pengantin untuk mummy. Ya…Am faham. Okey mummy.” Cepat sahaja Idham mematikan talian.
“Tak baik bercakap di telefon semasa memandu. Nanti mengundang bahaya!” Tiba-tiba Nurul mencelah.
“Tak payah nak bagi nasihat. Saya bukan budak kecik.” Merah muka Idham bila dapat nasihat percuma.
Nurul menyimpul senyum.
“Cantik pula muka awak bila senyum macam tu!”
“Erk!” Nurul terkesima. Terkejut yang amat kena puji secara tiba-tiba.
“Puji sikit dah perasan lebih,” Tempelak Idham. Sengaja nak tutup malu atas kata-katanya walaupun hatinya mengiyakan kata-kata. Memang cantik dan manis senyuman gadis itu, tambahan pula makin terserlah lesung pipit di kedua pipinya.
“Eh, mana ada saya perasan. Ada tertulis kat dahi saya.” Nurul telan liur. Sempat jugalah dia terperasan tadi. Takkanlah nak mengaku.
“Ya ke tak perasan. Tapi muka awak tu merah semacam aje saya tengok!” Idham tayang senyum sebaik sahaja dia menoleh ke arah Nurul.
Serentak itu juga Nurul meraba mukanya.
Idham melepas tawa.
Wajah Nurul makin merah. Dia segera menoleh ke luar tingkap.
“Awak tak payah nak perasan. Memang awak cantik pun, tak senyum pun dah buat saya terpikat, apa lagi bila awak senyum, makin buat saya tambah terpikat!” Puji Idham ikhlas.
Nurul toleh ke arah Idham dengan dahi berkerut.
“Encik ni skodeng saya ya sebelum ni?” Mata Nurul tajam merenung wajah Idham yang nampak tenang memandu. Ada sedikit senyuman terukir di bibir lelaki itu.
Senyuman Idham makin lebar membuatkan hati Nurul jadi tak keruan.
Suasana sunyi seketika.
“Encik!” Tiba-tiba Nurul bersuara.
Idham toleh sekejap ke arah Nurul dan menaikkan keningnya.
“Apa sebenarnya yang Encik nak dari saya? Saya tak pernah kenal Encik dan Encik juga tak kenal saya. Tiba-tiba Encik buat tindakan gempak macam ni. Ada Encik fikirkan perasaan saya?”
 Nurul toleh badan ke arah Idham. Memang dia betul-betul serius nak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada lelaki itu sampaikan dia di heret sama. Di heret secara paksa, bukan sukarela tau!
“Awak rasa apa yang saya nak dari awak?” Sengaja Idham nak main teka teki. Nak uji tahap kesabaran gadis itu.
“Kalau saya tahu, buat apa saya tanya.” Dengus Nurul dengan nada kecewa membuatkan Idham tergelak kecil. Terhibur pula dengan gaya selamba gadis itu.
“Cik  Nurul, awak dah dengarkan apa yang saya cakap dengan mummy saya tadi.” Wajah Idham menjadi serius.
“Memang saya ada dengar tapi apa kaitannya dengan saya. Cuba Encik jelaskan dengan baik. Semput dada saya ni melayan kerenah Encik ni. Macam orang tak betul aje Encik ni,” Hati Nurul dan gundah gulana.
“Amboi, berani awak kutuk saya ni tak betul, kutuk depan-depan pulak tu. Kalau kutuk belakang, tak ada saya rasa kecik hati.” Kali ini Idham betul-betul ketap bibir.
“Dah tu, orang normal mana bertindak macam yang Encik buat!” Tempelak Nurul.
“Baik. Saya akan berterus-terang dengan awak kenapa saya paksa awak ikut saya.” Idham menarik nafas panjang. Memang terselit rasa bersalah atas tindakannya ini tapi kalau dia tak buat macam ni, maruah dia dan keluarga akan jatuh. Dia tak nak keluarganya mendapat malu akibat kesilapannya.
Mata Nurul tepat memandang wajah Idham. Tadi dia siap berpaling 90 darjah lagi semata-mata nak tahu tujuan sebenar lelaki itu.
“Saya nak awak jadi calon pengantin.” Jelas Idham penuh hati-hati.
What? Encik paksa saya ikut Encik sebab nak saya jadi calon pengantin? Encik dah gila ke apa ni?” Tiba-tiba Nurul melenting kuat.
“Betul, saya nak nak awak jadi calon pengantin.”
“Encik!!!” Sekali lagi suara Nurul bergema di dalam kereta.
“Saya nak awak jadi isteri saya hari ni. Saya memang serius, saya tak main-main!” Ujar Idham.
“Tak. Saya tak nak. Saya memang tak nak, Encik faham tak.”
Nurul mula kelam kabut. Dia sudah bersedia untuk keluar dari kereta ini. Memang dia nak nekad nak keluar dari kereta ni.
“Cik Nurul…Cik Nurul…sabar okey!” Idham kalut memujuk dan menarik lengan Nurul yang terkial-kial nak membuka pintu kereta. Dahlah dia tengah bawa kereta dengan laju. Kalau terbabas nanti macam mana, memang tak sempat nak kawin.
“Saya tak boleh nak sabar. Saya tetap akan keluar dari kereta ni.” Nurul sudah nekad walaupun Idham berusaha memujuk.
“Okey, saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf.” Idham menyusun kedua tangannya sebaik sahaja memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Nurul memejam mata dan cuba menenangkan diri.
“Kenapa? Kenapa Encik buat saya macam ni? Apa salah saya pada Encik?” Air mata mula bergenang di kelopak mata Nurul.
Idham menggaru lehernya. Kemudian kepala yang tidak gatal turut di garu sama.
“Awak tak salah. Awak memang tak salah langsung dalam hal ni. Saya yang salah.” Akui Idham mula rasa bersalah.
“Habis tu, Encik tolonglah lepaskan saya,” Pinta turut dengan wajah sayu.
“Saya minta maaf. Saya tak boleh lepaskan awak selagi masalah saya tak selesai,” Ujar Idham dengan rasa berat hati.
“Kenapa? Kenapa saya? Kenapa Encik tak pilih aje orang lain. Ramai lagi perempuan di luar sana yang sesuai untuk selesaikan masalah Encik. Saya ni tak ada apa-apa kelebihan pun! Saya hanya gadis biasa.”
Air mata mula mengalir keluar dari kelopak mata Nurul. Memang Nurul rasa sebak sangat. Tidak pernah dia menduga akan menerima nasib seperti ini.
“Sebab hanya awak yang layak untuk selesaikan masalah yang sedang saya tanggung sekarang.”
Nurul gelak perlahan. Lucu pula mendengar jawapan dari lelaki itu. Apa yang layak dengan dia pun, dia tak tahu.
“Tolonglah, saya akan terhutang budi dengan awak sampai bila-bila.” Idham benar-benar buntu.
“Ini melibatkan soal maruah saya, Encik. Encik faham tak. Maruah saya. Kalau Encik pentingkan maruah Encik, saya juga pentingkan maruah saya!” Jelas Nurul.
“Sebab soal maruahlah saya terpaksa buat tindakan macam ni. Ini bukan saja melibatkan maruah saya, tapi juga maruah keluarga saya, tolonglah.”
Nurul menarik nafas sambil menyeka air matanya.
“Tolonglah Cik Nurul. Saya minta sangat-sangat.” Idham tetap merayu.
Nurul terkedu. Tak tahu nak cakap apa.
“Saya tahu saya tak salah pilih orang. Saya juga tahu awak tak mungkin akan tolak permintaan saya.” Ujar Idham cuba raih perhatian Nurul.
Nurul garu dahinya.  Memang dia tersepit sekarang. Nak tolong salah, tak tolong pun salah. Dia bimbang andainya pertolongan yang diberikannya nanti akan menjerut dirinya.
“Baiklah, sebelum saya bagi keputusan…saya nak Encik ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tak nak tolong Encik secara membabi buta aje.” Akhirnya Nurul akur.
Semput nafas Nurul mendengar cerita lelaki itu. Dia pun tak tahu nak buat kesimpulan. Memang dia rasa simpati dengan masalah yang yang menimpa lelaki itu tapi rasa simpati itu mula berkurang bila dia sudah terseret sama dalam masalah itu.
“Jadi, apa keputusan awak?” Idham pandang wajah Nurul.
“Saya tak boleh buat keputusan sekarang!” Nurul bingung tak tahu nak cakap apa. Perkara ni muncul mendadak.
Please, Nurul.” Tiba-tiba Idham memegang tangan Nurul.
“Encik,” Nurul jadi makin serba salah. Tangan yang berada dalam genggaman Idham di tarik perlahan.
“Encik, saya ni anak orang. Masih ada ibu walaupun ayah nak meninggal. Encik tak boleh sesuka hati heret saya macam saya ni anak kambing. Encik kena bincang dengan keluarga saya dulu.”
“Saya tak ada masa nak bincang semua tu. Hanya tinggal satu jam aje lagi sebelum majlis tu berlangsung. Saya akan berhadapan dengan ibu awak lepas kita kawin nanti. Saya janji.”
“Encik nak kita kawin dulu sebelum Encik jumpa ibu saya? Mana ada orang kawin dulu, pastu baru masuk meminang.” Terbeliak mata Nurul di buatnya.
Idham mengangguk perlahan. “Ada, sayalah orangnya,”
Nurul melempar jelingan tajam. Sempat lagi dia bagi jawapan tak cerdik dalam keadaan darurat macam ni.
I have no time, Nurul. Saya sanggup terima apa sahaja syarat awak asalkan awak sudi jadi pengantin saya hari ni. Hanya awak satu-satunya calon yang paling layak untuk jadi pengantin saya.”
Nafas Nurul yang dah semput makin bertambah semput. Kenapalah dia mesti mengadap muka lelaki ni hari ni. Menyesal pula dia datang kerja hari ni. Kalau dia cutikan senang. Tak adalah dia nak berhadapan dengan masalah rumit macam ni.
Nurul pandang muka seposen Idham ni. Tak sampai hati nak tolak tapi kalau dia terima, apa pula nasibnya selepas ini.
“Encik sanggup terima apa saja syarat yang saya nak asalkan saya jadi pengantin Encik hari ni?”
Idham mengangguk kepala sambil mengukir senyum.
“Hmm…macam menarik aje tawaran. Memang susah nak lepaskan peluang macam ni kalau dah jumpa dengan orang terdesak macam Encik.”
Nurul tergelak kecil. Saja nak sembunyikan perasaan hatinya yang gemuruh.
“Saya janji saya akan cuba tunaikan apa sahaja syarat yang awak nak,” Idham angkat tangan kanannya, buat tanda sumpah.
“Okey, kalau macam tu  saya nak sebiji banglo mewah yang lengkap dengan segala perabut dan sebuah kereta. Bukan sebarangan kereta tau, kalau boleh kereta BMW, model terbaru. Tak nak yang second hand. Boleh? Dan lagi satu saya juga nak duit simpanan, tak banyak, cuma RM100 ribu je buat permulaan. Kalau Encik tak mampu nak sediakan, saya tak akan tunaikan permintaan Encik.”
Nurul tayang senyum. Memang sengaja nak menguji lelaki itu. Harap-harap permintaannya yang tak masuk akal itu akan di tolak oleh Idham dengan senang hatinya, hahaha! Nurul mula gelak dalam hati.
Idham melepas tawa.
“Kenapa ketawa. Saya tahu Encik tak akan mampu nak tunaikan. Jadi, saya tak perlu tolong Encik dalam hal ni.  Biasalah Encik, setiap pertolongan ada harganya kan! Semua benda perlukan duit. Nak masuk tandas buang air pun kena bayar. Sekarang ni Encik,  tak ada benda yang percuma.” Sekali lagi Nurul tayang senyum. Makin manis pula senyuman dia di mata Idham.
Demand juga awak ni. Susah betul nak jumpa perempuan yang betul-betul ikhlas membantu. Kebanyakannya materialistic.”
 Idham mengeluh perlahan. Kepalanya di geleng perlahan. Kesal agaknya dengan permintaan Nurul itu.
“Itu sebagai cagaran masa depan saya. You can take it or leave it!” Nurul buat tawaran. Dia rasa betul-betul lega kerana yakin Idham tak akan mampu tunaikan. Tak kesahlah lelaki itu anggap dia mata duitan sekali pun, yang penting dia selamat.
Melihat Idham termenung jauh, Nurul makin rasa seronok.
“Nampaknya urusan kita dah selesai, saya keluar dulu. Ops, sebelum tu…kad pengenalan saya! Kalau tak ada, nanti di tuduh jadi pendatang tanpa izin pulak.” Nurul tadah tangan.
“Urusan kita belum selesai. Jadi kad pengenalan awak perlu ada dalam simpanan saya.” Idham mengukir senyum.
“Tapi…” Nurul kembali resah.
“Saya akan tunaikan semua syarat awak tu tapi kita kena kawin dulu.” Senyum Idham makin lebar.
“Encik!!!” Nurul menjerit geram.
Tubuhnya dah mula rasa berpeluh. Betulke apa yang dia dengar?
“Ya,” Idham senyum sinis.
“Encik serius nak tunaikan syarat saya tu?” Nurul cuba dapatkan kepastian.
“Yap, saya serius. Memang serius dan saya memang mampu untuk tunaikan syarat-syarat awak tu!” Idham bersuara dengan tenang membuatkan peluh mula menitis di dahi Nurul.
“Argh!” Nurul mengempal penumbuk. Betul-betul geram dan bengang.
“Tak payah nak buat soundtrack lagi ye,” Idham kerling ke arah Nurul.
“Kenapa. Kenapa?” Nurul mula nak menangis.
Idham mengukir senyum lebar.
Let`s go.”
“Kita nak pergi mana?” Nurul kalut balik.
“Nak pergi butik pengantin. Takkanlah awak nak kawin pakai macam ni. Tak sesuai.” Idham sudah gelak sakan. Seronok melihat wajah cemberut Nurul.
“Hish, macam kawin koboi rasanya. Main sapu aje perempuan yang jumpa. Sewel punya orang.” Rungut Nurul sambil memejam mata menahan geram yang makin bertandang.
“Mengumpat saya lagi la tu!” Suara Idham mencelah pendengaran Nurul. Serentak itu juga Nurul membuka mata dan menoleh ke arah lelaki itu.



NURUL di paksa mengenakan pakaian pengantin yang di pilih oleh Idham. Dia tidak diberi hak untuk memilih gaun yang disukainya. Memang Idham sengaja nak dera dia.
“Okey tak?” Ujar Michelle sebaik sahaja Nurul keluar dari bilik persalinan siap berdandan lagi. Memang Idham suruh Nurul di mekap sama. Jimat masa katanya.
Nurul menahan segan melihat Idham tak berkelip mata merenungnya dari atas ke bawah.
“Idham, so…macam mana?” Suara Michelle mematikan tumpuan Idham.
Okay, perfect.” Idham mengukir senyum. Puas dengan hasil kerja Michelle dan anak buahnya yang mendandan Nurul dengan baik sekali.
“I ingat you betul-betul akan kawin dengan tunang you tapi I rasa yang ni lagi baik, lagi cantik.” Michelle bagi komen membuatkan Nurul makin segan.
Idham pula makin lebar senyumannya.
Thanks Michelle. I memang terhutang budi dengan you. Apa-apa hal I akan call you nanti.”
No problem.”
Nurul masih berdiri tegak macam patung. Sempat juga dia melirik ke arah Idham yang begitu segak mengenakan baju melayu putih dan bersampin. Dalam rasa marah, dia memang puji penampilan lelaki itu.
`Hai, aku tak nafikan yang dia memang lelaki yang kacak tapi Nurul, kau jangan cepat berangan, ini hanyalah sekadar mimpi!` Nurul menepuk perlahan pipinya.
“Jom, kita dah lewat!” Idham selamba tarik tangan Nurul.
“Idham,” Idham menoleh ke arah Michelle.
Congrotulation!” Ucap Michelle sambil menghadiahkan senyuman.
Thanks, I pergi dulu!” Panjang langkah Idham mengatur keluar dari butik itu.
“Encik, betul ke apa yang Encik buat ni?” Tiba-tiba hati Nurul jadi resah.
Idham menoleh ke arah Nurul.
“Kenapa? Saya rasa saya dah buat yang terbaik. Jangan awak ingat awak nak batalkan persetujuan awak tadi! Saya tak benarkan. Awak faham!”
“Entahlah, saya tetap rasa takut. Saya tak tahu macam mana saya akan berdepan dengan semua orang nanti termasuk dengan keluarga saya sendiri. Pasti mak saya kecewa dengan tindakan saya ni.” Saat ini Nurul terbayang wajah mak dan adik-adiknya di kampung.
“Awak jangan risau.  Saya janji, saya tak akan tinggalkan awak.” Pujuk Idham.
“Macam mana kalau di takdirkan tunang Encik datang atau muncul ke majlis itu nanti. Bagaimana dengan saya?” Nurul tetap memikirkan kemungkinan.
“Saya  yakin dia tak akan muncul. Dan…kalau dia muncul sekali pun, saya tetap akan berkawin dengan awak. Itu janji saya!” Idham nampak tegas dengan keputusannya.
Idham menyeluk tangan ke dalam poket baju dan mengeluarkan satu kertas. Segera di serahkan pada Nurul.
“Apa ni?”Teragak-agak Nurul nak menerimanya.
“Ambil, untuk awak.”
Ternganga mulut Nurul sebaik sahaja dia membuka lipatan kertas itu.
“Apa semua ni?” Nurul pandang wajah Idham.
“Untuk awak, sebagai permulaan. Saya nak awak percaya bahawa saya memang serius nak kawin dengan awak, bukan main-main.” Ujar Idham.
Sekali lagi mata Nurul tertacap pada kertas yang masih ada di tangannya. Sekeping cek yang tertera nilai RM100 ribu. Banyak tu. Ingat senangke nak tengok jumlah dan miliki nilai duit sebanyak itu, susah woi! Kerja bertahun pun belum tentu dapat kumpul wang sebanyak tu.
“Saya masih tak faham. Kenapa Encik pilih saya! Dahlah secara mendadak macam ni. Saya rasa saya masih bermimpi.”
Idham ukir senyum. Enjin kereta di hidupkan dan mereka mula meninggalkan perkarangan itu untuk ke destinasi yang seterusnya.
“Jawapannya cukup mudah dan simple. Saya pilih awak kerana saya sukakan awak.” Idham bagi jawapan.
“Takkan semudah itu.” Nurul tetap tak ada keyakinan untuk percaya.
“Dan satu lagi kerana awak jodoh saya,” Idham hadiahkan senyuman yang cukup manis membuatkan Nurul terpegun beberapa saat. Kembang sekejap hatinya yang kucup tadi.
“Tapi…”
 Nurul tetap tak puas hati dengan jawapan itu. Jodoh apa kalau main tangkap cekup macam ni. Memang tak logik punya jawapan. Boleh percayake?
“Dah, saya tak nak dengar awak cakap soal ni lagi. Sekarang saya nak awak fokus pada apa yang akan berlaku kejap lagi. Ingat, dalam beberapa minit lagi awak akan jadi isteri saya dan saya akan jadi suami awak…”
Nurul pejam mata. Perlahan tangan kanannya mencubit paha kanannya. Sekali lagi dia cuba menganggap apa yang berlaku sekarang hanyalah sekadar mimpi. Bila dia buka mata nanti, semuanya akan jadi seperi sediakala.
Perlahan-lahan Nurul membuka mata. Hatinya tak putus-putus mendoakan yang ini semua hanyalah khayalan.
Tapi….
“Argh!!!” Tanpa sengaja Nurul menjerit.
“Kenapa?” Idham kalut dek terkejut mendengar jeritan tadi. Nasib baik tak tersasar pemanduannya.
“T…tak ada apa,” Nurul tepuk pipinya beberapa kali.
“Kenapa dengan awak ni? Kena sampuk hantu?” Idham masih lagi resah.
“Kan saya cakap tadi, tak ada apa. Encik jangan tanya apa-apa lagi, boleh tak!” Nurul makin bengang.
“Ini bukan mimpi Cik Nurul. Ini realiti. Awak akan jadi calon pengantin yang paling cantik kejap lagi. Semua orang pasti akan memuji awak. Percayalah cakap saya!” Idham mengukir senyum membuatkan Nurul tunduk.  Hai, makin cair hati Nurul di buatnya. Kalau hari-hari di hidangkan dengan senyuman semanis gula, boleh kencing manis di buatnya.
Nurul terdiam. Segan sebenarnya menerima pujian itu. Rasa nak gelak kuat-kuat. Nak umum kat seluruh dunia betapa bangganya dia dengan pujian itu. Riak tak kalau dia buat macam tu. Hahaha…
“Hish awak ni, saya ikhlas puji awak tau. Awak tak ucap terima kasih pun kat saya. Dan lagi satu, takkanlah awak tak nak puji saya!” Idham buat muka jauh hati.
Nurul segera menoleh dan serta merta juga bibirnya mencebik.
“Eh, Encik buat lawak ke apa ni. Ada ke patut suruh orang puji. Saya pun tak suruh Encik puji saya.” Nurul tergelak kecil.
“Saya ni tak cukup kacak ke untuk awak, hmm…”Idham menaikkan keningnya.
“Kacak tu memanglah kacak tapi saya rasa Encik ni cukup tua untuk saya!” Sengaja Nurul menyakat Idham.
“Hah, mana ada saya tua. Awak tahu berapa umur saya?” Idham sedikit melenting.
Nurul mengeleng kepala.
“Umur saya baru 29 tahun. Mana ada tua! Memang sesuai sangat kalau nak bergandingan dengan awak.” Idham memegang kemas streng kereta. Rahangnya nampak bergerak-gerak. Benganglah tu.
“Umur saya baru aje 23 tahun, yang tu baru di kira muda.” Nurul tayang sengih siap pamer gigi putihnya lagi.
Idham tarik muncung.
“Apalah Encik ni, usik sikit pun dah sentap.”
Nurul ukir senyum manis. Tak sangka lelaki ni nampak makin kacak pulak buat muka rajuk macam tu.
“Alah, tak payah nak tarik muncung macam tu. Kalau nak di kira apa yang Encik buat kat saya memang jauh sangat, macam langit dengan bumi!”
Idham terdiam.
“Saya minta maaf. Fikiran saya serabut. Semuanya berlaku secara mendadak. Hari ni saya nak kawin, hari ni juga tunang saya buat hal. Saya tak ada pilihan. Saya tahu saya dah sakitkan hati awak tapi saya janji….lepas ni saya tak akan sakitkan hati awak lagi!” Ujar Idham membuatkan Nurul tergamam. Terharu sebenarnya.
“Encik, kalau …” Teragak-agak Nurul nak teruskan kata.
“Kalau apa?” Tak sabar pula Idham mendengarnya.
“Kalau ditakdirkan saya pengsan dalam majlis tu nanti, Encik cepat-cepat bawa saya ke hospital ya. Saya takut kalau saya mati nanti, saya tak sempat nak minta maaf dengan mak saya!” Ujar Nurul membuatkan Idham segera melambak tawa.
“Kenapa Encik ketawa. Saya tak buat lawak.  Saya ni cepat gabra tau!” Nurul ketap bibir.
“Kalau awak pengsan, saya akan cepat-cepat buat CPR kat awak. Buat apa nak susah-susah bawa awak pergi hospital.  Buang masa aje.” Idham masih lagi dengan gelak santainya.
Nurul kerling tajam. Mendengar tawa santai itu,  Nurul benar-benar rasa geram.
Paha Idham di hempuk dengan purse miliknya. Bibirnya di ketap rapat tapi Idham tetap dengan gaya selambanya. Senyuman masih tersungging di bibirnya.
 `Alahai, kacaknya dia!` komen Nurul tanpa sedar membuatkan bibirnya turut terukir senyuman.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...