Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Sunday, 27 November 2016

calon untuk pengantin 1




IDHAM menarik nafas panjang. Menu yang terhidang di hadapannya tidak berselera di sentuh.
"Mummy, macam mana Am nak kawin kalau calon pengantinnya dah lari?" Idham memandang wajah Datin Suhani.
"Itulah Am, sejak dari dulu lagi mummy tak sukakan Atikah tapi Am tetap nak pilih dia juga. Sekarang ni siapa yang akan tanggung malu?” Cemuh Datin Suhani membuatkan Idham terus terdiam. Nak kata apa lagi kalau kata-kata mummynya itu betul.
Idham meraup mukanya beberapa kali. Sungguh saat ini otaknya begitu tepu.
“Encik, Encik ada masalah?” Tiba-tiba satu suara menyapa.
Idham mendongak kepala.
Seorang gadis sedang merenung wajahnya.
Ting!
Duit kertas RM50 di letak atas meja.
“Jom, ikut saya!” Tanpa berlengah lengan gadis yang menegurnya tadi di tarik.
“Eh, kenapa ni Encik? Encik nak bawa saya ke mana?” Gadis itu terpingga-pingga kerana di paksa mengikut langkah laju lelaki yang baru ditegurnya sebentar tadi.
Idham membuka pintu kereta Honda Civic miliknya dan menolak tubuh gadis itu masuk ke dalam kerana sedari tadi gadis itu asyik meronta-ronta minta di lepaskan sehingga menarik perhatian beberapa orang yang lalu lalang di sekitar situ.
“Encik, Encik ni dah gila ya!” Gadis itu memandang tajam wajah Idham yang sedang memakai tali pinggang.
“Kalau awak keluar dari kereta ni, saya akan buat sesuatu dengan awak!” Ugut Idham bila gadis itu terkial-kial membuka tali pinggan yang di pakaikan oleh Idham tadi.
“Encik nak culik saya ke ni? Sia-sia saja Encik nak culik saya sebab saya bukannya orang kaya, ayah pun tak ada, ibu pula tak kerja!” Ujar gadis itu dengan wajah resah.
Idham mengukir senyum.
“Lagi senang kerja saya.” Idham mengeluh lega.
“Apa maksud Encik?” Wajah gadis itu makin pucat.
“Awak akan tahu nanti. Sekarang, awak tolong diam. Jangan cakap apa-apa. Sekali lagi mulut awak berbunyi, saya cium bibir awak tu!” Idham paling seketika ke wajah gadis itu bersama senyum sinis.
Gadis itu mula menikus. Dia diam tak berkutik.
Idham menyimpul senyum. Tak sangka yang gadis itu akan akur dengan ugutannya. Ingat dia ni dah gilake sesuka hati nak cium gadis sebarangan.
Sesekali Idham melirik ke arah gadis yang ada di sisinya. Wajah gadis itu hanya menala ke luar tingkap.
By the way, siapa nama awak?” Idham memandang ke arah gadis itu.
“Doraemon!”
What? Takkanlah nama awak Doraemon!” Terbeliak mata Idham memandang wajah gadis itu. Nasib baik dia dapat memandu dengan baik. Kalau tak, terbabas. Nanti tak pasal-pasal tidur dalam ward.
Melihat mulut gadis itu terkemut-kemut menahan senyum, hati Idham kembali terkawal.
“Kalau nama awak Doraemon, nama saya  pula Nobita.” Balas Idham dengan tenang.
“Erk!” Gadis itu menoleh. Bulat matanya merenung wajah Idham yang sudah tayang senyum manis.
“Encik ni ada masalah mental ke?” Gadis itu memandang semula wajah Idham.
“Kenapa? Rupa saya ni macam orang pesakit mental?” Idham ketap bibir. Adake rupa dia dikatakan ada ciri-ciri pesakit mental.
“Adalah sikit-sikit walaupun tak banyak!”Ujar gadis itu perlahan.
“Apa?” Berdesing telinga Idham mendengar komen dari gadis itu.
“Tak ada apa,” Gadis itu buat muka tak bersalah.
“Sekali lagi awak buka mulut mengutuk saya, saya memang cium bibir awak. Mesti awak tak pernah kena cium dengan mana-mana lelakikan!” Idham melirik ke arah gadis itu.
Gadis itu kembali diam. Wajahnya berona merah.
“Hmmm….diam tu tanda betul! Nampaknya saya akan jadi orang pertama yang akan cium bibir awak nanti!” Idham senyum sinis.
Wajah gadis itu yang tadi berona merah sudah bertukar pucat. Sempat dia memberi jelingan tajam buat Idham.
Idham angkat tangan buat tanda `peace` sambil tayang sengih.
Makin tajam jelingan itu pada Idham tapi Idham buat tak peduli kerana saat ini juga fikirannya sarat dengan pelbagai agenda tapi mampukah agenda itu terlaksana dengan baik.
Wait the minute!” Tiba-tiba Idham teringatkan sesuatu. Segera dia menoleh ke arah gadis di sebelahnya.
“Awak ada bawa kad pengenalan tak?” Idham tiba-tiba jadi kalut.
Gadis itu menjawab dengan gelengan kepala.
What? Awak tak bawa? Kenapa tak bawa?” Idham melenting kuat. Hampir saja tersasar pemanduannya.
“Apasal Encik nak salahkan saya?” Gadis itu pula melepas perasaan geram.
“Hish…buang masa betul.” Rungut Idham dengan wajah merah. Matanya liar mencari tempat untuk membuat pusingan. Hmm….tak pasal-pasal kena patah balik.
“Apasal awak tak bawa kad pengenalan. Kalau kena tahan polis, kan susah. Silap haribulan awak kena tidur dalam lokap. Awak nak?” Idham membebel.
“Dia yang buat hal, kita yang disalahkan!”
“Haa…mengutuk saya la tu, kang saya cium kang!” Idham buat ugutan.
“Huh! sengal punya orang!” Dengus gadis itu menahan sabar.
“Cuba Encik fikir balik, siapa yang salah dalam hal ni, saya atau Encik? Yang Encik nak marah-marahkan saya ni kenapa? Apa salah saya pada Encik? Kalau nak diikutkan saya boleh saman Encik sebab bawa lari saya tanpa sebab,” Tercungap-cungap nafas gadis itu melepas perasaan geramnya kerana tindakan Idham.
Idham menelan liur.
“Cik Doraemon, awak boleh diam tak? Otak saya tengah serabut ni.” Idham ketap bibir.
“Encik Nobita, awak hanya fikirkan otak awak yang serabut aje,kepala  otak saya yang tengah serabut ni, awak tak nak fikir!” Kali ini gadis itu melepas tempias marahnya.
Skreeeet….
“Eh, Eh….Encik dah gilake?” Nampaknya gadis itu betul-betul naik angin bila Idham tiba-tiba memberhentikan keretanya secara tiba-tiba sehinggakan tayar berbunyi berdecit. Almaklumlah tekan brek secara tiba-tiba. Menjeritlah tayar tu!
Gadis itu meletak tanganya ke dada. Tanda lega kerana masih selamat.
“Fuh, nasib baik tak apa-apa!” Gadis itu menarik nafas panjang sambil memejam mata seketika.
“Cik Doraemon!”
Idham memandang wajah gadis itu dengan muka merah.
“Eh, Encik nak buat apa ni?” Kalut gadis itu menelan liur. Wajahnya kembali pucat.
“Buat apa yang saya nak!” Idham tayang senyum.
“Encik nak apa?” Makin kalut gadis itu membalas tatapan Idham.
“Nak apa lagi, nak cium bibir awaklah, Cik Doraemon! Banyak sangat bunyi keluar dari mulut awak. Kan tadi saya dah bagi amaran tapi awak tetap degil.” Makin lebar senyuman Idham sebaik sahaja tali pinggan di buka.
“Hah!” Serentak itu juga gadis itu cepat-cepat menekup mulutnya dengan kedua-dua tangan.
Tiba-tiba Idham melepas tawa. Memang kelakar betul tengok muka gadis itu. Dah pucat macam Pontianak tapi Pontianak ni memang kategori Pontianak yang lawa. Bukan kategori spesis hantu yang menakutkan.
Dalam kekalutan Idham membuat komen, telefon bimbitnya berdering.
“Hello, mummy. Ya, Am tahu. Mummy jangan risau. Am boleh uruskan. Okey mummy!” Pantas Idham mematikan talian.
Lima saat kemudian, telefon Idham berbunyi lagi.
“Hello, apa dia bro?” Tegang sahaja muka Idham.
“Aku tahulah, kau jangan risau. Aku mesti muncul tepat masanya. Okeylah, aku sibuk ni. Jangan call aku lagi.” Terus Idham matikan talian.
“Apa? Apa jeling-jeling?  Tak puas hati sebab tak sempat kena cium?”
“Huh! Ada saya peduli? Tak kena cium lagi baik dari kena cium.” Dendus gadis itu yang masih lagi melempar jelingan.
“Awak jangan risau, tak kena cium hari ni, mungkin kena cium esok, tak kena kena cium esok, kena cium lusa. Yang penting awak tak boleh lari!” Idham gelak jahat.
“Hish, kenapalah saya mesti terjumpa dengan orang yang tak siuman macam awak ni. Macam tak ada lelaki lain kat dunia ni yang saya boleh jumpa selain dari awak.” Rungut gadis itu dengan wajah bengang.
Idham hanya ukir senyum.
“Eh, jangan buka pintu.” Kalut Idham bila gadis itu cuba membuka pintu kereta.
“Encik, saya minta tolong sesangat. Tolong lepaskan saya.” Gadis itu merayu sambil merapatkan kedua tangannya mengadap wajah Idham.
Idham tarik nafas sambil memejam matanya seketika.
“Cik Doraeman, saya minta tolong sesangat kat awak…” Kali ini Idham pula merayu sambil merapatkan kedua tangannya. Sengaja nak tiru aksi gadis tadi.
“Tolong apa?” Gadis itu terpingga-pingga.
“Tolong jangan buat hal.” Tutur Idham sambil memulakan semula perjalanan membuatkan gadis itu mengetap bibirnya.
Nampak sangat tahap kebengangangnya yang cukup tinggi. Tapi Idham tak peduli. Janji masalahnya dapat diselesaikan secepat mungkin. Yang lain, akan diuruskan kemudian.


IDHAM memberhentikan keretanya di hadapan restoran tadi. Gadis itu mengeluh lega kerana Idham sudah menghantarnya semula.
“Cik Doraemon,”
Gadis itu menoleh sambil menelan liur.
“Saya bagi masa lima minit untuk awak ambil purse awak dan kembali semula ke sini.” Tutur Idham tegas.
“Apa? Untuk apa saya balik semula kepada Encik kerana antara kita memang dah tak ada urusan. Saya nak sambung kerja saya.” Ujar gadis itu dan bersedia untuk keluar.
Idham terkesima.
“Oh ya, terima kasih sebab hantar saya balik semula ke sini. Saya harap saya tak akan jumpa Encik lagi selepas ni!” Gadis itu mengukir senyum sinis.
“Siapa cakap kita tak akan jumpa lagi?”
Gadis itu terngadah.
“Awak akan sentiasa ada di depan mata saya sama ada awak suka atau tidak.” Suara Idham makin tegas.
“Apa maksud Encik ni? Encik ni memang tak siumankan? Sayang sekali, muka kacak tapi otak tak betul.” Gadis itu melampias rasa marah.
“Saya tak akan sesekali berurusan dengan orang tak betul macam Encik.” Gadis itu membuka pintu.
“Eh, apa ni?” Gadis itu melenting marah bila tangannya di sambar oleh Idham.
“Ingat, saya bagi awak masa lima minit untuk awak ambil purse awak dan kembali semula ke sini. Kalau awak tak muncul, siap awak!” Idham membuat ugutan.
Whatever!” Gadis itu menjuling mata ke atas dengan perasaan cuak.
Tanpa menunggu sesaat. gadis itu cepat-cepat keluar dari kereta Idham.
Idham memicit kepalanya yang tiba-tiba rasa memberat.
“Ya Allah, kenapa semua ni harus terjadi!” Idham menyandar kepala ke kusyen kereta sambil melepaskan helaan berat.
Telefonnya berdering.  Dia terus menutup tanpa menjawab panggilan itu.
Tik…Tik….Tik….masa berjalan. Idham mula resah. Jam tangan jenama Tag Heuer mula di kerlingnya entah kali yang ke berapa.
“Lima minit dah lebih ni. Kenapa dia tak muncul lagi. Jangan-jangan…” Idham sudah buka pintu kereta dan keluar.
Panjang langkahnya mengatur masuk ke dalam restoran. Matanya melilau mencari kelibat gadis itu.
“Ya Encik. Apa yang boleh saya bantu?” Seorang pelayan lelaki tiba-tiba mendekati Idham.
“Saya mencari seorang gadis.” Kalut Idham cuba menjelaskan tujuan kemunculannya di restoran.
“Seorang gadis?” Pelayan itu agak terpingga-pingga.
“Ya, dia pekerja kat sini,” Jelas Idham lagi.
“Okey, tapi kenapa ya Encik cari dia?” Wajah Idham menjadi perhatian pelayan lelak itu.
Saya   ada urusan dengan dia,…macam nilah, erm…awak pergi panggil dia sekejap. Tttolong panggil Cik Doraeman, saya nak jumpa dia sekarang juga!” Hati Idham dah tak keruan.
“Hah, Cik Doraemon?” Serta merta pelayan lelaki itu menggaru kepalanya.
Sorry, saya…saya tak tahu nama dia tapi dia baru aje masuk sebentar tadi. Saya perlu jumpa dia sekarang. Penting sangat. Tolong ya!” Makin resah hati Idham menanti kemunculan gadis itu.
“Oh, maksud Encik…Cik Nurul?” Pelayan lelaki itu mengukir senyum.
“Mungkin kut. Orangnya cantik, ada lesung pipi di kedua belah pipinya.” Idham memberi penjelasan.
“Memang betul. Gadis berlesung pipit tu memang Cik Nurul. Nanti saya panggilkan dia, Encik tunggu sekejap ya!” Pelayan itu bergegas meninggalkan Idham.
“Hish, Sharol, kau cakap kat lelaki tu yang aku tak ada. Aku dah balik.”
“Alah, kau jumpa ajelah lelaki tu. Mesti ada benda penting dia nak jumpa kau. Lagi pun takkanlah kau tak nak jumpa dia, kacak weh!”
“Aku tak kira, aku tak nak jumpa dia. Kau bagi ajelah apa-apa alasan asalkan dia pergi dari sini!”
“Nurul, kau ni…memang menyusahkan aku betullah!”
“Tolonglah Sharol. Kali ni aje aku minta tolong kau. Kau tolong cakap kat dia yang aku tak ada.  Tolonglah, kau kawan akukan!”
“Awak silap, saya tak akan pergi selagi awak tak ikut saya!” Idham yang mencuri dengar perbualan itu mula mencelah.
Tergamam lelaki yang bernama Sharol dan gadis yang bernama Nurul itu.
“Maaf ya, saya kena ambil oder sekarang. Nurul, aku pergi dulu ya!” Sahrol cepat-cepat meminta diri untuk beredar.
“Encik nak apa lagi?” Gadis yang bernama Nurul memandang acuh tak acuh wajah Idham.
“Jom, ikut saya sekarang!” Tegas Idham.
“Tak nak. Saya tak nak ikut Encik. Saya tak kenal pun Encik. Takkanlah sesenang itu aje saya nak ikut orang yang saya nak kenal.” Tutur Nurul sambil berpura-pura kalut di ruang dapur.
 Idham pula buat tak peduli sahaja jelingan mata-mata yang ada di ruangan itu. Maklumlah ruangan ni hanya di khaskan untuk pekerja sahaja.
“Saya dah tahu nama awak Nurul.” Ujar Idham sambil memandang wajah gadis itu.
So,” Nurul buat-buat tak layan. Wajah Idham sikit pun tidak dipandang.
“Nama saya Idham. Muhammad Idham Hafizi bin Mokhtar.” Idham menarik nafas.
“Tak tanya pun!” Ujar Nurul sambil mengangkat bahu dan pura-pura sibuk menyusun gelas.
Idham mendengus kasar. Geram pula dengan reaksi gadis itu.
“Sekarang awak dah kenal siapa sayakan. Jadi tak ada alasan untuk awak menolak ajakan saya!” Idham sudah bercekak pinggang. Geram dengan kedegilan gadis itu.
“Encik, Encik ni sekolah sampai mana? Mesti  belajar setakat sekolah rendah aje ni. Patutlah Encik tak faham apa yang saya cakap.” Nurul menahan sabar.
Mencerlung mata Idham memandang wajah Nurul.
“Encik dengar elok-elok apa yang cakap ni,…Saya tak nak ikut Encik. Encik  faham tak!!!!” Mata Nurul tepat memandang wajah bengang Idham.
Kemudian Nurul meninggalkan ruang dapur.
“Cik Doraemon!” Idham makin bertambah bengang.
Nurul sudah menjengkilkan matanya.
“Maaf, Cik Nurul. Please…saya merayu kat awak, tolong ikut saya. Saya sanggup bayar berapa aje yang awak nak.” Idham cuba berkompromi. Siap rapatkan kedua tangan lagi.
“Encik ingat saya ni apa? Memang saya ni miskin tapi saya belum terdesak lagi nak gadaikan maruah saya. Kalau Encik terdesak sangat, Encik cari aje orang lain.” Nurul tetap menolak.
“Cik Nurul, kalau saya tak terdesak saya tak akan paksa awak ikut.” Idham cuba menahan sabar.
“Saya tetap tak akan akur permintaan Encik. Apa pun alasan Encik, saya tak akan terima. Titik!” Nurul mengangkat kedua tangannya.
Mendengus kasar. Kepalanya mula rasa nak berasap.
“Okey. Awak nak ikut secara sukarela atau secara paksa. Awak pilih!” Idham sudah mula bertegas. Wajahnya sudah tegang sehinggakan Nurul menikus. Takut nak menatap wajah garang itu.
“Apa ni kecoh-kecoh?” Satu suara menyapa.
“Encik Farhad, ini…” Teragak-agak Nurul nak bersuara apalagi melihat wajah Idham yang makin menyinga.
“Encik ni siapa?” Idham memandang wajah lelaki yang menyapa.
“Saya Farhad. Pengurus restoran ni. Apa hal Encik kecoh-kecoh kat sini?” Lelaki yang memakai kemeja biru panjang itu memandang wajah Idham dan Nurul silih berganti.
“Maaf, saya ada urusan dengan Cik Nurul. Saya nak minta kebenaran untuk bawa dia keluar.  Sama ada Encik izikan atau tidak, saya tetap akan bawa dia keluar.” Ujar Idham.
Farhad pandang muka Nurul.
“Encik Farhad, saya…” Nurul cuba meminta simpati.
“Okey, saya benarkan Encik bawa Nurul keluar tapi pastikan Encik hantar dia balik sini dalam keadaan selamat. Kalau tak, saya akan buat repot polis!” Farhad terpaksa memberi kebenaran selepas melihat wajah tegang Idham. Dia sendiri pun gerun tengok muka Idham. Jadi dia bimbang sekiranya situasi itu mengganggu suasana di restoran.
“Cepat, ambil purse awak.” Idham bagi arahan.
Nurul telan liur tapi dia terpaksa akur. Dalam hati dia menyumpah seranah lelaki itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...