Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 18 July 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu 5




SELEPAS bersiap, Eisya melabuhkan punggungnya semula di atas katil sambil meletakkan tangannya di dahi. Sejak kebelakangan ini dia rasa tubuhnya lemah dan tidak bermaya. Nak makan pun tak selera. Tekak pula terasa loya tapi cuba di kawal agar tidak ketara pada pandangan kawan-kawan.
“Eisya, kau okey tak ni?” Hanis memegang bahu Eisya.
“Okey, aku okey je!” Eisya memicit kepala yang terasa sedikit pening.
“Betul ke ni kau okey tapi aku tengok muka kau pucat aje sejak akhir-akhir ni. Kau sakit atau kau ada masalah ni!” Hanis melabuh punggung di sisi Eisya. Dia risau kalau apa-apa menimpa sahabat baiknya itu.
Eisya memandang wajah Hanis. Senyuman hambar di lemparkan buat gadis berkaca mata itu.
“Kau dah siapkan, jom kita pergi!”
 Eisya bangkit dari katil semata-mata mahu mengelak dari terus di soal siasat oleh Hanis. Dia bimbang andainya rahsia yang di simpan terbongkar nanti. Dia juga yang akan menanggung malu.
Melihat Eisya menonong keluar dari bilik hostel, Hanis terpaksa akur.
Mereka berdua pergi ke kuliah dengan menaiki motor milik Hanis.
“Eisya!”
Eisya segera menoleh sebaik sahaja dia nak masuk ke bilik kuliah.
“Ziddan, awak buat apa kat sini?”
Wajah pemuda berkaca mata itu di pandang Eisya dengan dahi berkerut.
“Buat apa lagi, saya tunggu awaklah!” Ziddan gelak kecil.
Eisya melirik ke arah Hanis yang dah mula senyum-senyum sebelum meminta diri untuk beredar.
“Awak tak ada kuliahke pagi ni?” Mata hitam Eisya tepat memandang wajah Ziddan yang sedang membetulkan beg sandangnya.
“Pagi ni tak ada. Prof terpaksa batalkan kerana ada hal.”
Ziddan mengukir senyum.
“Oh, kalau macam tu saya masuk dulu.”Eisya sudah bersedia untuk masuk ke dewan kuliah.
“Eisya, tunggulah kejap!”
Ziddan memegang tangan Eisya membuatkan langkah Eisya terhenti.
“Ada apa lagi ni? Saya dah lewat ni!”
 Eisya melirik jam tangannya. Risau sangat kalau pensyarah dah masuk dewan kuliah. Dahlah Prof. Idris tu serius dan tegas orangnya. Tak nak dia di maki hamun nanti kalau terlewat masuk kelas.
“Awak okey tak ni? Muka awak pucat aje. Awak sakit ya!” Ziddan cukup prihatin.
“Saya okey dan saya sihat. Awak jangan bimbang ya!” Cepat-cepat Eisya memberi jawapan.
Ziddan menarik nafas seketika.
“Eisya!”
“Nanti kita jumpa lepas kelas. Saya kena masuk ni!” Tergesa-gesa Eisya nak beredar.
“Okey, nanti kita jumpa lepas awak habis kelas. Saya akan tunggu awak kat sini ya!” Ziddan memandang jam tangannya. Mula mengira masa.
“Terserah. Saya masuk dulu!” Tanpa menunggu sebarang kata, Eisya terus meninggalkan pemuda itu dan masuk ke dewan kuliah.
“Weh, buah hati kau cakap apa tadi?”
 Hanis terus menyiku lengan Eisya sebaik sahaja Eisya melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Buah hati apa pulak ni, dia tu cuma kawan ajelah!” Eisya berbisik perlahan. Risau kalau perbualan mereka mengganggu pelajar lain. Tambahan pula pensyarah sudah mula memberi kuliah.
“Eleh, kawan konon. Malu nak mengaku ya. Semua orang dah tahulah yang kau dengan Ziddan tu sebenarnya couple!” Hanis berbisik perlahan.
Eisya memandang tajam wajah Hanis. Bibirnya di ketap rapat.
“Eh, kau jangan nak main tuduh pulak ya. Bila masa aku iktiraf si Ziddan tu jadi buah hati aku. Dan lagi satu…” Eisya mendengus kasar.
“Apa dia?”
“Aku tahu kau sengaja nak buat cerita kononnya semua orang tahu aku dan Ziddan tu couple.” Eisya menjengkilkan mata.
Hanis gelak kecil. Bimbang juga kalau perbualan mereka menarik perhatian kawan-kawan, lebih-lebih lagi pensyarah yang ada di hadapan.
“Hey, Ziddan tu kacak apa. Cuma dia nampak nerd sikit sebab dia pakai cermin mata. Baju pun skema. Naik pula motor cabuk.”
Hanis mengangkat kening beberapa kali.
“Kamu berdua, sampai bila nak borak dan bisik-bisik. Kamu berdua dengar tak apa yang saya cakap kat depan ni?”
Ha, kan tak pasal-pasal kena `sound`!
Eisya dan Hanis saling berpandangan. Muka mereka dah bertukar warna. Malu betul bila di tegur pensyarah.
“Maaf, Prof. Kami tak borak lagi!” Hanis cepat-cepat memohon maaf.
Mereka berdua mula memberi tumpuan pada apa yang di terangkan oleh pensyarah di hadapan.
“Eisya, kau ada date dengan Ziddan ke?”
Hanis terus pamer senyum sebaik sahaja matanya melihat ke arah Ziddah yang sedang duduk di atas motornya di bawah pokok.
“Tak adalah,”
Eisya menggaru-garu pipinya.
“Macam tak percaya aje. Cuba kau fikir, betapa setianya dia tunggu kau sejak kau mula jejak kaki kat sini lagi. Walaupun dia nampak nerd tapi dia tu ramai peminat juga tau. Dahlah dia tu kategori student law yang genius, tiap-tiap semester dapat kepujian Dekan. Kau ni kira bertuah sebab kau yang dia pilih tapi kau ni jual mahal pulak!” Hanis mengeleng kepala.
“Kau ni sejak dari dulu lagi asyik gelarkan dia mamat nerd aje.”
“Yalah, dia tu skema. Kau tak suka ya mamat skema.” Hanis melirik ke arah Eisya sambil menaikkkan keningnya.
Eisya hanya diam. Malas nak melayan mulut becok Hanis tu.
“Atau kau suka lelaki macam Daniel ya, seorang playboy yang segak bergaya dengan kereta mewah tapi otak kosong. Harapkan harta mak bapak aje.” Hanis mula gelak.
“Dahlah, tak kuasa nak layan.” Eisya mendengus perlahan.
“Tapikan sebenarnya aku rasa kau dengan Ziddan tu yang sepadan. Sama-sama specky, cuma bezanya kau ni mulut becok. Macam murai tercabut ekor.” Eisya terus berlalu meninggalkan Hanis yang sudah bengang.
“Eisya!”
 Hanis mengetap bibir. Mana boleh dia di samakan dengan mamat tu. Diakan dah ada Asyraf, itu cinta hati dia. Mana boleh senang-senang beralih arah walaupun buah hatinya itu jenis pemuda yang biasa-biasa aje tapi dia tetap cintakan pemuda itu sejak sekolah menengah lagi.  Sekarang ni dia dah boleh jumpa Asyraf selalu sebab buah hatinya sekarang belajar di luar negara.
“Dah lama awak tunggu?” Eisya terus menyapa sebaik sahaja dia berhenti di hadapan Ziddan.
“Tak ada. Saya baru aje sampai. Tadi saya pergi library sementara tunggu awak habis kuliah.” Mata Ziddan tepat memandang wajah resah Eisya itu.
“Kita pergi makan kat café ya, saya lapar ni. Tadi tak sempat nak sarapan!” Ziddan menggosok-gosok perutnya.
“Saya pun lapar tapi…” Eisya menggaru dahinya.
“Saya faham. Awak bonceng aje dengan Hanis. Saya tahu awak segan nak naik motor buruk sayakan!” Ziddan ukir senyum.
“Bukan macam tu, saya cuma…” Bagi Eisya, bukan dia segan nak naik motor Ziddan. dia segan nak membonceng bersama Ziddan.
“Tak apalah, saya gurau aje.”
Ziddan merenung wajah pucat Eisya.
“Kalau asyik nak borak kat sini, bila boleh makan!” Hanis menyampuk. Sebenarnya dia pun lapar juga.


“EISYA, awak sakit ke?”
Ziddan merenung lagi wajah Eisya. Memang nampak ketara sangat wajahnya pucat.
Hanis turut memandang wajah Eisya yang sedang menguis-nguis nasi goreng.
“Apalah awak ni,  dari tadi asyik tanya benda yang sama. Awak dan Hanis macam berpakat ya.”
Eisya pura-pura gelak.
“Kami khuatirkan kau Eisya. Kalau kau sakit, apa salahnya kau mengaku.” Hanis mula geram.
Eisya menolak pinggan nasi. Teh o yang masih berbaki di teguk perlahan.
“Hanis, Ziddan…korang tak payah risau. Saya tak apa-apa. Cuma mungkin saya penat dan tak cukup rehat aje. Kelas pun baru je nak mula, jadi banyak benda yang nak kena settle. Sehari dua lagi saya okey.”
 Eisya cuba pamer senyum semata-mata tidak mahu kawannya risau.
“Tapi, kalau awak ada masalah jangan segan bagitahu saya. Saya sedia bantu awak.” Ziddan memandang wajah Eisya penuh prihatin.
“Terima kasih. Sejak kita kenal, saya dah banyak susahkan awak, Ziddan.”
“Saya tak pernah rasa macam tu. Saya ikhlas nak tolong awak sebab saya sayangkan awak, Eisya.”
Eisya terus menatap wajah Ziddan.
“Awak cakap apa ni?”
 Eisya mula rasa tak selesa.
“Saya sayangkan awak Eisya. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya percaya awak tahu perasaan saya tapi awak buat-buat tak tahukan!” Ziddan mengeluh perlahan.
Eisya sudah buntu nak bersuara.
Hanis yang menjadi pemerhati juga tak tahu nak cakap apa. Memang dia tahu yang selama ini Ziddan menaruh hati pada Eisya tapi tak pernah pula dia nak berterus-terang macam ni. Hari ni, boleh pula dia luahkan rasa hati. Apa dah jadi?
“Ziddan, saya minta maaf kalau saya terpaksa kecewakan awak.”
 Eisya tunduk.
“Eisya, saya tak nak awak beri jawapan sekarang. Awak simpan aje jawapan awak sehingga satu saat nanti saya akan menuntutnya.” Ujar Ziddan membuatkan Eisya menelan liur.
“Alah, Eisya…tak payahlah nak jual mahal sangat. Ziddan ni dah cukup baik untuk kau sandarkan masa depan kau. Aku yakin korang akan bahagia kalau korang bersama nanti.” Hanis memang menyokong hubungan mereka.
“Hanis, boleh tak kalau kau tak masuk campur hal ni. Buat masa sekarang aku tak nak fikirkan benda lain, aku hanya nak fikirkan soal study dulu. Aku nak habiskan study aku, aku nak kerja, bantu mak aku. Lepas tu baru aku nak fikirkan soal cinta.”
Ziddan diam.
“Baiklah, kalau itu keputusan awak. Saya akur, cuma satu saja yang saya nak awak tahu.” Ziddan menarik nafas seketika.
“Apa dia?”
 Tiba-tiba Eisya rasa berminat nak tahu.
“Saya akan tunggu awak, Eisya!”
Eisya dan Hanis saling berpandangan.
“Suka hati awaklah Ziddan, saya tak ada hak nak halang.”
Eisya mengetap bibir. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa agar lelaki itu faham akan kedudukannya sekarang.
Ziddan membelek telefonnya sambil diperhati oleh Hanis.
“Nis, jom. Kelas dah nak mula ni!”
Eisya terus bangkit dari kerusi.
“Eh, awak dah nak pergi ke?”
Ziddan terpingga-pingga bila Eisya sudah bersedia hendak meninggalkan café sedangkan dia belum lagi puas menatap wajah Eisya. Maklumlah, sejak cuti semester, dia tak bersua muka dengan Eisya menyebabkan hidupnya jadi tak ceria.
“Yalah, awak tak ada kelas ke?”
“Ada, jam 2.00 petang nanti!”
“Oh, kalau macam tu saya pergi dulu ya!”
Eisya mula melangkah mendahului Hanis. Tiba-tiba dia rasa kepalanya pening. Matanya dia pejam rapat sektika. Bila dia buka, terasa dirinya berpusing.
“Ya Allah!” Hanya itu yang mampu dia suarakan.
“Eisyaaa….”
 Selepas itu Eisya tak sedar apa yang berlaku seterusnya.


EISYA membuka mata perlahan. Dia sedang berada di atas katil klinik.
“Eisya, kau okey tak ni?” Suara risau Hanis menerjah telinga Eisya.
Eisya cuba bangkit dan Hanis cepat-cepat membantu.
“Syukurlah Cik dah sedar. Nanti saya akan periksa keadaan Cik.”
Seorang doctor muda muncul sebaik sahaja mendapat tahu yang Eisya dah sedar.
“Baiklah doktor!”
Eisya menelan liur sebelum beralih memandang wajah Hanis.
“Cik boleh tunggu kat luar ya,”
 Hanis terpaksa akur. Sementara Eisya pula sudah berdebar tak keruan.
Hanis terus menerpa ke arah Eisya sebaik sahaja Eisya keluar dari bilik pemeriksaan. Zidda juga tidak berkecuali. Wajahnya resah memikirkan keadaan Eisya tadi.
“Awak okey tak ni? Doktor cakap apa?” Ziddan kalut bertanya.
“Saya okey aje. Doktor suruh saya berehat.”
Eisya mengetap bibir. Tak sanggup nak berbalas pandang dengan Ziddan.
“Baiklah, kalau macam tu, awak duduk sini. Saya tolong ambilkan ubat untuk awak ya!” Ziddan terus berlalu.
Eisya dan Hanis saling berpandangan. Eisya menelan liur.
He really take care about you.Takkanlah kau nak lepaskan lelaki sebaik itu.” Hanis memandang wajah pucat Eisya.
“Aku tahu tapi ...” Sekali lagi Eisya mengetap bibir. Sebak dadanya mengenangkan segala kebaikan dan ketulusan hati Ziddan untuk dia tapi mampukah dia menerima lelaki itu!
“Ini ubatnya. Lebih baik awak balik hostel, berehat. Jangan banyak fikir ya. Kalau ada apa-apa awak call saya ye!” Ziddan memberi nasihat.
“Terima kasih!” Eisya mengukir senyum.
Ziddan hanya mampu memandang Eisya pergi bersama Hanis dengan membonceng motor.
“Eisya, Eisya...kalaulah awak faham perasaan saya pada awak!” Ziddan memejam mata seketika.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...