Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 6 June 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu 3




"MAK, kalau ada sesiapa cari Eisya, cakap Eisya tak ada."
Berkerut dahi Mak Biah mendengar kata- kata Eisya tu sebaik sahaja anak gadis itu merapati dia. Apa lagi melihat wajah resah dan pucat sebaik sahaja dia masuk dalam rumah. Matanya juga bengkak.
“Eh, ada sesiapa yang nak cari Eisya ke?"
Mata Mak Biah tepat memandang wajah Eisya yang tercengang mendengar pertanyaan itu.
“Er..."
Eisya tak tahu nak cakap apa lagi, dah tersasul beri peringatan.
Dalam masa yang sama terdengar seseorang memberi salam. Mereka berdua saling berpandangan dan wajah Eisya kembali pucat semula.
“Mak, ingat ya. Kalau ada sesiapa yang cari Eisya, cakap Eisya tak ada.” Sekali lagi Eisya memberi peringatan pada Mak Biah semasa maknya melangkah ke pintu.
Mak Biah mengeleng kepala perlahan tapi hati tuanya mula mengesyaki sesuatu berlaku pada anak gadisnya itu.
Eisya mengintai di balik dapur. Hatinya meronta-ronta ingin tahu siapa yang datang ketika itu.
“Assalamualaikum, Mak Biah!”
“Oh, kamu Leman. Apa hal?”
Eisya sudah mampu menarik nafas lega.
“Ini, ayah suruh hantar duit nasi lemak semalam.”
 Leman menghulurkan duit hasil jualan nasi lemak semalam.
“Terima kasih. Buat susahkan kamu aje!” Mak Biah terbatuk-batuk.
“Hmm…teruk juga batuk Mak Biah ni. Dah pergi klinik ke? Kalau nak pergi, saya boleh hantarkan!” Leman menawarkan diri.
“Tak apalah. Mak Biah dah makan ubat tadi. Sehari dua eloklah.” Mak Biah merenung wajah anak muda di hadapannya.
“Eh, yang kamu terjenguk-jenguk tu apa hal. Kamu cari apa?”
Leman menayang sengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Er, Eisya mana? Tak nampak pula muka dia hari ni.”
Leman dah malu-malu akibat terkantoi.
“Ada kat dalam tu. Kenapa?”
“Tak adalah, rindu nak tengok muka dia.” Leman dah senyum-senyum.
“Tak sangka gatal juga kamu ni ya!” Mak Biah mengeleng kepala.
“Anak Mak Biah tu cantik, siapa yang tengok mesti berkenan. Kalau Eisya tu belum ada kekasih, saya `cop` dia ya. Nak buat isteri!” Mak Biah tergelak mendengar kata-kata Leman.
“Dahlah, baik kamu sekarang. Nanti tercari-cari pula ayah kamu kat kedai.”
“Yalah, saya balik dulu. Nanti sampaikan salam saya kat bakal isteri saya tu ya. Salam rindu!” Leman memberi pesanan sebelum beredar.
Mak Biah masih lagi tergelak-gelak semasa masuk semula ke dalam rumah.
“Leman cari Eisya, dia kirim salam rindu kat bakal isteri dia!”
 Mak Biah sengaja menyakat Eisya yang sudah masam mencuka. Dari awal lagi dia mendengar setiap patah yang di bualkan oleh Mak Biah dan Leman tadi.
“Mak ni…”
Mulut Eisya dah muncung panjang. Mak Biah tergelak lagi.
“Assalamualaikum!”
Sekali lagi terdengar salam di berikan. Bergegas Mak Biah ke muka pintu setelah berpandangan dengan wajah Eisya yang sudah bertukar menjadi pucat.
“Waalaikumussalam!”
“Mak Biah!”
“Encik Zarief!”
Eisya menelan liur.  Dadanya mula tak keruan.. Apa yang akan berlaku pada Mak Biah kalau perkara tadi sampai ke pengetahuannya. Mampukah Mak Biah menerimanya!
Zarief mengukir senyum.
Eisya yang ada di dalam rumah sudah tak tahu nak buat apa. Kalau ikutkan nak saja dia keluar ikut tingkap. Tak nak jumpa jumpa dengan lelaki itu lagi.
“Mak Biah apa khabar?” Ramah Zarief menegur sambil merenung wajah wanita berusia lewat 40-an itu.
“Baik, Alhamdulillah.” Balas Mak Biah sambil mengukir senyum.
“Apa hal Encik Zarief datang rumah Mak Biah ni?”
Mak Biah memandang pelik wajah anak muda kacak itu. Tak pernah-pernah datang rumahnya, tiba-tiba boleh muncul.
“Erm, saja datang nak tanya khabar. Dengarnya Mak Biah tak berapa sihat ya!”
Mak Biah menarik nafas seketika.
“Kalau ya pun, naiklah atas dulu. Boleh juga kita borak-borak. Takkanlah nak biarkan tetamu borak kat tangga pulakkan.” Pelawa Mak Biah dan memberi ruang untuk Zarief naik ke rumahnya.
“Terima kasih, Mak Biah. Saya ni datang dengan tangan kosong aje. Tak bawa apa-apa pun!” Zarief melabuhkan punggungnya di labuh di sofa yang agak usang itu.
Sementara Eisya yang masih terperap di dapur sudah tak senang duduk.
“Apa yang dia nak agaknya ya?”
 Eisya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Terima kasihlah sebab sudi datang menjenguk Mak Biah. Segan pula Mak Biah.”
 Mak Biah mengukir senyum.
“Erm, Mak Biah seorang dirike?”
 Zarief cuba-cuba meninjau sekitar rumah kayu bercampur batu itu.
“Tak adalah. Mak Biah dengan anak Mak Biahlah, Si Eisya.” Mak Biah terbatuk-batuk. Kemudian dia mengurut dadanya perlahan untuk melegakan batuknya.
“Teruk juga batuk Mak Biah tu. Apa kata saya bawakan Mak Biah ke klinik.” Zarief menawarkan diri. Kesian pula melihat Mak Biah terbatuk-batuk sampai berair mata.
“Tak apalah. Susahkan Encik Zarief aje. Tadi pun ada si Leman tu datang…”
“Leman?”
 Zarief dah mula resah.
“Aha….Leman, anak taukeh kedai kat simpang jalan tu.”
Mak Biah menarik nafas setelah batuknya reda.
“Kenapa dia datang?”
Zarief makin tak keruan.
“Dia datang hantar duit nasi lemak Mak Biah, baik budaknya walaupun belajar tak tinggi. Dia pun nak bawa Mak Biah ke klinik tapi Mak Biah yang tak nak susahkan dia.”
“Encik Zarief tahu tak, sebelum balik sempat pulak dia sampaikan salam rindu kat si Eisya. Katanya nak cop Eisya tu buat isteri.”
 Mak Biah tergelak kecil tanpa menyedari gelodak di hati Zarief. Mukanya dah merah. Tangannya di kempal kemas.
Eisya yang mendengar bicara itu makin tak keruan. Entah apa kena dengan maknya sampaikan ramah bercerita segala. Malu dia di buatnya.
“Eh, kesian pula Encik Zarief ni. Dah lama borak, lupa nak hidang air.”
 Mak Biah tergelak kecil sambil memandang sekilas wajah Zarief yang sudah mencuka.
“Eisya….Ooo…Eisya!” Mak Biah terus melaung memanggil nama Eisya.
Eisya yang berada di dapur terus mendiamkan diri. Hatinya mula rasa serba salah, dalam masa yang sama dia menggerutu.
“Hish, mak ni. Kan Eisya dah pesan suruh cakap Eisya tak ada. Ini selamba aje cakap Eisya ada. Kan dah kena tunjuk muka.” Eisya merungut geram.
“Mana pulak si Eisya ni pergi. Tadi elok aje duk kat dapur.” Terus Mak Biah bangkit.
“Hai budak ni. Duduk melangut kat sini buat apa. Mak panggil tak menyahut pulak.” Mak Biah mengeleng kepala.
“Mak ni pun satu. Kan Eisya dah pesan suruh mak cakap Eisya tak ada.” Eisya mendengus marah.
Mak Biah mengeleng kepala lagi.
“Eisya ni nak ajar mak menipu pulak ya. Lagi pun selama ni mak tak pernah ajar Eisya menipu.”
Eisya mengetap bibir. Timbul pula rasa bersalah.
“Eisya minta maaf.”
Eisya tunduk sambil memintal baju t`shirt yang di pakainya.
“Apa lagi tercegak kat situ. Tolong buatkan air untuk Encik Zarief. Kueh seri ayu tu masih ada kat bawah saji, Tolong hidangkan!” Mak Biah terus beredar.
Sekali lagi Eisya mengetap bibir.
“Takkanlah aku kena berhadapan dengan dia lagi!”
Tangan Eisya lincah menyediakan teh dan juga menghidang kueh di dalam dulang. Kemudian dulang itu di bawa ke ruang tamu dengan penuh hati-hati walaupun hatinya dah mula tak tentu hala.
“Mak, ini airnya!”
Sedikit pun Eisya tidak memandang wajah Zarief yang ada di situ. Dia cukup yakin bahawa wajahnya menjadi perhatian lelaki itu.
“Letak atas meja tu.”  Mak Biah memberi arahan.
Eisya akur. Minuman dan kueh segera di hidangkan di hadapan tetamu.
“Jemput minum Encik Zarief. Maaflah. terpaksa hidangkan air panas. Peti sejuk rosak, tak sempat nak baiki.”
“Tak apalah. Susahkan Cik Eisya aje sediakan minuman untuk saya.”
Zarief melirik ke arah Eisya yang masih berdiri berdekatan tempat duduk maknya.
“Apa pulak susahnya. Air biasa aje.”
 Mak Biah tergelak kecil. dalam hatinya dah memuji sikap anak muda itu. Sopan orangnya.
“Mak, Eisya masuk dululah ya!” Eisya tak betah berada di situ. Mata lelaki itu asyik nak tenung dia aje.
“Mak Biah, sebenarnya ada perkara penting yang saya nak bagitahu Mak Biah!”
 Eisya tak jadi melangkah. Matanya terus memandang wajah Zarief.
“Perkara penting. Perkara apa tu?”
 Mata Mak Biah terpaku merenung wajah Zarief.
“Erm…pasal….pasal saya dengan…” Zarief memandang wajah Eisya yang mula berubah menjadi pucat.
“Pasal Encik Zahim dengan…” Mak Biah sudah tak sabar nak tahu.
Eisya dan Zarief saling berpandangan. Eisya segera meletakkan jari telunjuk di bibir dan kepalanya di geleng beberapa kali dengan harapan Zarief tidak akan meneruskan kata-kata. Tidak akan membuka cerita tentang mereka.
Zarief menelan liur. Melihat wajah keruh Eisya serta matanya yang mula berkaca membuatkan Zarief di himpit rasa bersalah.
“Encik Zarief!”
Mak Biah memandang wajah resah anak muda di hadapannya.
“Encik Zarief!”
 Untuk kali kedua nama itu meniti di bibir Mak Biah.
Zarief terpingga-pingga memandang wajah Mak Biah yang tajam merenung ke arahnya. Zarief menelan liur dengan wajah yang sudah pucat. Sama dengan wajah Eisya. Mak Biah memandang wajah Eisya dan Zarief silih berganti.
“Kenapa dengan kamu berdua ni? Ada sesuatu yang kamu sembunyikan.” Mata Mak Biah masih tajam memandang mereka berdua.
“Erm....sebenarnya...”
Belum pun sempat Zarief nak membuka mulut, telefon bimbitnya berbunyi.
“Sekejap ya, Mak Biah.” Zarief memandang skrin telefonnya.
Hello, what up, bro? Kau dah sampai! Okey...aku ada kat rumah Mak Biah sekarang ni. Kejap lagi aku balik. Kau masuk ajelah dalam rumah. Aku tak kunci pun! Okey, nanti kita jumpa. Bye!”
“Kawan Encik Zarief dah sampaike?” Mak Biah yang mendengar perbualan tadi terus membuka mulut.
“Aha. Dia orang dah sampai. Saya kena balik sekarang.” Zarief mengangkat punggung, diikuti oleh Mak Biah.
“Sebenarnya Mak Biah...”
 Zarief memandang wajah Eisya yang mencerlung wajah ke arahnya.
“Ada apa ni Encik Zarief. Dari tadi lagi macam ada benda nak cakap.” Mak Biah mengeluh perlahan.
Zarief menyeluk poket seluarnya.
“Sebenarnya, mummy minta saya datang ni nak suruh saya bagi duit ni kat Mak Biah. Duit upah jaga rumah tu katanya!”
Zarief segera menghulur duit ke tangan Mak Biah. Teragak-agak Mak Biah nak menyambutnya.
“Eh, bukankah dua minggu lepas Datin dah minta Si Rahim bagi kat Mak Biah.” Mak Biah tercengang.
“Ya ke!”
Zarief menelan liur.
“Ambil ajelah Mak Biah buat belanja. Mummy yang suruh bagi,”
Zarief memandang wajah serba salah Mak Biah.
“Tapi yang ni banyak sangat. RM500, biaasanya RM200 saja!” Mak Biah mula mengira duit itu.
“Ya ke!”
Sekali lagi Zarief menyebut perkataan yang sama. Eisya sudah menjeling semacam.
“Betulke duit ni Datin yang suruh bagi!”
 Mak Biah mula rasa was-was. Apa lagi bila mengenangkan tindak tanduk anak muda itu. Macam ada sesuatu yang tak kena saja.
“Itu kira rezeki Mak Biah. Nanti duit tu Mak Biah  boleh guna untuk baiki peti sejuk yang rosak.” Cepat-cepat Zarief membuka mulut.
“Hmm...yalah. Terima kasih. Buat susah-susah aje Encik Zarief datang bagi duit. Boleh aje kirim kat Eisya tadi.” Ujar Mak Biah membuatkan Zarief memandang wajah Eisya.
“Saya terlupa. Tak apalah Mak Biah, Saya pergi dulu.”
 Zarief terus melangkah ke muka pintu.
“Oh ya, Mak Biah. Boleh saya jumpa Cik Eisya kejap!” Zarief menoleh ke belakang.
“Jumpa Eisya. Nak buat apa?” Dahi Mak Biah berkerut.
Eisya mula resah.
“Ada hal sikit. Bolehke ni Mak Biah. Saya bukan nak buat apa pun, saja nak cakap benda sikit.” Zarief memandang wajah Mak Biah meminta kebenaran.
Mak Biah diam seketika. Kemudian dia mengalih pandang ke arah Eiysa.
“Mak!” Wajah Mak Biah Eisya tenung.
Mak Biah mengangguk perlahan.
“Terima kasih, Mak Biah.”
Zarief mengukir senyum.
Eisya menarik nafas seketika sebelum mengekori langkah Zarief ke arah pantai.
“Tak perlu pergi jauh, di sini pun dah cukup!”
Langkah Zarief terus kaku. Dia menoleh ke belakang, mengadap wajah mencuka Eisya yang sedang memeluk tubuh. Tajam mata Eisya merenung ke arahnya. Zarief menelan liur.
“Saya minta maaf!”
Itu ucapan pertama yang keluar dari mulut Zarief.
“Berapa kali pun ucapan maaf itu terlafaz di bibir Encik Zarief, masih belum cukup untuk memadamkan segala rasa yang ada dalam hati saya sampai bila-bila.” Eisya senyum sinis.
Zarief menguak rambut ke belakang melawan tiupan angin.
“Eisya...”
Wajah gadis itu Zarief tenung. Eisya mula gelisah.
“Baik awak terus terang aje, apa tujuan awak datang rumah saya. Saya percaya duit yang awak bagi pada mak saya bukan penyebab awak datang sini. Betulkan!”
Zarief memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar sebaik sahaja dia menoleh membelakangi Eisya. Mata Zarief ralit memandang deruan ombak.
“Baiklah, kalau awak tak ada apa-apa yang nak di cakapkan, baik saya balik!” Eisya mula bosan menunggu. Eisya menoleh untuk balik ke rumah.
“Tunggu!”
Tangan Zarief tangkas memegang tangan Eisya membuatkan langkah Eisya terus kaku. Dadanya mula berdegup. Apa lagi mengenangkan tangannya  begitu kemas di pegang lelaki itu.
Zarief melepaskan pegangan tangan Eisya. Wajah mencuka Eisya itu di tenung lagi.
I`m waiting.!” Gesa Eisya.
“Betul cakap awak Eisya. Saya datang sini bukan sebab nak bagi duit kat mak awak. Itu cuma alasan semata-mata untuk jumpa awak.” Akhirnya Zarief mengaku.
Eisya mendengus kasar.
“Untuk apa? Untuk sakitkan hati saya lagi, begitu?”
Tajam mata Eisya memandang wajah bersalah lelaki itu.
“Boleh tak kalau awak cakap elok-elok sikit, jangan asyik tahu nak bentak aje. Awak ingat saya aje yang bersalah dalam hal ni!”
Kali ini Zarief pula yang memandang wajah Eisya. Melahirkan rasa kesal.
“Apa hasilnya kalau saya cakap elok-elok dengan awak, hmmm...dan lagi satu,  awak tak boleh sesuka hati tuduh  saya yang bersalah. Awak...awak sahaja yang bersalah dalam hal, saya adalah mangsa awak, faham!” Sungguh Eisya sakit hati dengan tuduhan itu.
“Kalau awak tak datang tadi, awak tak akan jadi mangsa.” Zarief memandang wajah Eisya.
Eisya gelak sinis.
“Oh, macam tu ya. Habis, kalau mak saya yang datang....awak akan buat benda yang sama. Alasan!” Eisya gelak sinis.
Kelihatan rahang Zarief bergerak-gerak. Mungkin sedang mengawal rasa marah dengan kata-kata Eisya.
“Bodoh punya alasan. Mengarut.”
 Eisya mengetap bibir.
“Dahlah, menyesal betul saya ikut awak datang sini. Saya nak balik. Ingat, jangan sesekali datang jumpa saya lagi, faham!”
 Eisya memberi peringatan tegas dan serentak itu juga dia kembali melangkah. Hatinya tetap rasa sakit mengenangkan perbuatan lelaki itu.
“Saya tak akan benarkan awak pergi sehingga perbincangan kita selesai!”
 Zarief menarik tangan Eisya sekali lagi.
“Okey, fine. Awak nak hal ni selesaikan. Baiklah, kita selesaikan sekarang juga. Lepas ni anggaplah kita tak pernah kenal dan awak tak pernah wujud depan saya lagi.”
Eisya memandang wajah Zarief yang sudah tersentak.
“Saya datang sini cuma nak ingatkan awak yang selamanya awak akan jadi milik saya. Takkan ada lelaki lain yang akan memiliki awak selain dari saya!” Zarief meluah rasa.
What? Awak dah gila agaknya.”
 Eisya gelak sinis.
I`m serious. Memang saya akan pastikan awak akan jadi milik saya mulai sekarang dan sampai bila-bila!” Zarief bersuara tegas.
Eisya merenung tajam wajah Zarief. Melihat betapa tegas dan seriusnya wajah lelaki itu membuatkan hati Eisya mula gelisah dan ketakutan.
“Tak, itu hanya angan-angan awak yang tak mungkin jadi kenyataan. Awak tak ada hak nak memiliki saya dan saya tak sudi jadi milik awak. Jangan ingat sebab awak dah sentuh saya, saya akan akur dengan permintaan. Tak akan.”
Eisya juga tetap bertegas. Tak dapat nak dibayangkan yang dia dan Zarief akan hidup bersama.
“Selama mana awak menghilang dan sejauh mana awak pergi, sampai masanya awak akan datang pada saya. Ingat Eisya, anak yang bakal wujud dalam perut awak adalah menjadi pengikat utama hubungan kita. Awak terpaksa terima walaupun awak berusaha untuk menidakkannya!”
Zarief menarik nafas panjang.
Bahu Eisya jatuh. Nafasnya menjadi lemah.
`Ya, lelaki itu telah menodainya. Pasti akan wujud benih dalam perutnya dan benih itulah yang menjadi pengikat antara dia dan Zarief sampai bila-bila. Kenapa begitu tega lelaki itu melakukannya pada dia. Apa salah dia?` Tiba-tiba hati Eisya jadi sayu dan tak semena-mena matanya turut berkaca.
“Kalau itu menjadi punca saya akan jadi milik awak, saya akan gugurkan benih awak dari kandungan saya kalau saya di takdirkan mengandung. Saya tak ingin ada apa-apa kaitan dengan awak.” Eisya sudah nekad membuat keputusan biar pun dia sedar itu satu dosa.
Zarief tersentak. Tajam matanya merenung wajah Eisya yang mula menikus. Eisya benar-benar takut melihat wajah lelaki itu saat ini. Air liur di telan terasa tersekat di kerongkong.
Listen, I`m warning you. Jangan sesekali fikir awak dapat gugurkan kandungan tu kalau awak betul-betul mengandung. Kalau awak betul-betul lakukannya, saya akan cari awak sampai ke lubang cacing.” Zarief menarik nafas seketika.
“Ingat, jangan berani nak cabar saya. Ingat, awak dah cukup baik sebab saya nak bertanggungjawab. Jangan kerana marahkan saya, awak sanggup lakukan dosa yang tak sepatutnya awak lakukan.” Marah Zarief.
“Awak adalah penyebab saya akan lakukan dosa.”
 Kini giliran Eisya pula melepas marah.
Zarief mengeluh panjang.
“Saya benci awak, Zarief. Sampai bila-bila pun saya akan bencikan awak. Jangan sesekali wujud lagi dalam hidup saya.”
 Tiba-tiba Eisya menangis tersedu-sedu.
“Baiklah, kalau itulah satu-satunya cara untuk awak lupakan saya. Saya akan pergi dari hidup awak tapi ingat, sampai satu saatnya nanti awak akan rindukan saya, cintakan saya sehingga awak tak mampu mencintai lelaki lain.”
Seusai mengucapkan kata-kata itu, Zarief terus melangkah pergi meninggalkan Eisya dengan perasaan sebak.
Mata Eisya hanya mampu memandang langkah Zarief yang makin jauh. Saat itu juga air matanya makin laju mengalir keluar dari kelopak matanya.


4 comments:

  1. Huhu best2.. Cepat2 sambung ye sis.. Macam cerita harga sebuah kebahagiaan.. Tapi tetap best&tunggu sambungan nya..

    ReplyDelete
  2. Setiap hari menanti sambungannya.. Cepat sambung ye..

    ReplyDelete
  3. Best...nk lagi....

    ReplyDelete
  4. Best nk lg...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...