Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 7 May 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu 2




 
ZARIEF muncul semula di ruang makan selepas Eisya selesai menghidang sarapan.
            “Encik, saya dah siapkan sarapan, jemputlah makan.” Eisya merenung sektika wajah Zarief yang nampak segar dengan rambut yang masih basah. Kali ini dia sudah mengenakan baju tanpa kolar dan seluar pendek separas lutut. Haruman lelaki itu benar-benar menusuk ke hidung Eisya membuatkan hati Eisya mula tak tenang. Memang bau aura lelaki.
           Lelaki itu memang sengaja berdiri di sebelah Eisya yang sedang menuangkan air milo di dalam cawan.
         “Hmm….smell good,” Zarief bersuara membuatkan Eisya terpingga-pinga seketika. Wajah Zarief menjadi santapan mata Eisya buat seketika.
         “Awak jangan salah faham ya. Saya cakap pasal roti bakar ni. Nampak macam sedap!” Zarief tergelak kecil melihat wajah Eisya yang sudah bertukar warna.
        “Oh,”
Eisya tersipu malu dan berpura-pura menyusun pinggan dengan kemas walaupun dah kemas. Saja nak hilangkan rasa debar mendengar gelak Zarief tadi.
         “Duduklah, temankan saya sarapan.” Zarief terus menarik kerusi buat Eisya.
         “Erm…” Eisya menggaru-garu kepalanya. Memang dia segan dengan tindakan Zarief itu.
         “Tak apalah Encik. Encik makanlah ya, saya nak siapkan kerja saya kat dapur. Lepas ni saya nak balik.” Eisya sudah mengatur langkah.
         Nope, please accompany me. I`m really appreciate.” Eisya tergamam bila tangannya di sambar Zarief.
         “Tapi, saya masih ada kerja yang nak buat kat dapur.” Eisya cuba menolak ajakan itu. Segan betul nak makan berdua dengan tuan rumah.
        Just for a minute, please.” Zarief mengedip matanya memujuk agar Eisya menerima ajakannya.
        “Tapi…”
           “Saya just nak kenal awak. Awak tahu tak yang awak ni comel sangat, buatkan saya tak nak lepaskan awak!” Zarief tiba-tiba mengenyit mata nakal membuatkan wajah Eisya mula hangat.
Please.” Sekali lagi Zarief mempamerkan wajah menggoda membuatkan Eisya menelan liur. Hatinya mula tak keruan melihat wajah kacak itu mendesaknya.
“Tapi Encik.” Dalam penuh debar, Eisya tetap rasa bersalah.
“Tak ada tapi-tapi. Saya tak akan benarkan awak keluar dari rumah ni selagi awak tak temankan saya makan. Atau awak suka kalau saya kurung awak di sini!” Zarief merenung wajah resah Eisya.
“Baiklah. Saya temankan Encik tapi sekejap aje tau. Saya kena bersihkan ruang dapur sebelum saya balik. Lagi pun saya risaukan mak saya di rumah. Dia masih tak sihat.” Eisya mengetap bibir.
Zarief sudah pamer senyum manis kerana berjaya membuat Eisya menemaninya.
“Okey, awak pergi ambil cawan. Kalau awak tak nak temankan saya makan, awak just temankan saya minum sambil borak-borak.” Zarief tetap senyum ceria membuatkan dada Eisya berdegup kencang. Memang tak tahan melihat senyuman lelaki itu. Menarik dan tertarik di matanya.
Eisya meminta diri untuk ke dapur. Dia muncul semula dengan membawa satu cawan kosong.
“Nah, awak ambil cawan ni. Cawan kosong tu awak bagi kat saya.” Teragak-agak Eisya meletakkan cawan itu di hadapan Zarief.
“Duduklah.” Pelawa Zarief sambil menuangkan milo ke dalam cawan tadi.
Zarief terus menikmati roti bakar dengan penuh selera.
“Kenapa awak asyik tengok saya makan. Kalau awak nak, awak boleh makan.” Wajah Eisya menjadi santapan Zarief.
“Tak apalah, saya masih kenyang.” Eisya cuba tayang senyum. Matanya segera di alih dari terus bertatapan dengan lelaki itu.
Mata Zarief galak memandang wajah Eisya yang kembali gelisah. Memang Eisya betul-betul tak selesa kalau terus-terusan di tenung begitu.
“Minumlah. Kalau sejuk tak sedap.” Zarief mencapai cawan dan terus meneguk perlahan.
Bibir Zarief mengorak senyum tatkala melihat Eisya sudah mencapai cawan dan meneguk minuman yang ada di hadapannya.
“Oh ya, awak belum kenalkan diri awak lagikan.” Zarief memandang wajah Eisya yang sedang menyandar di kerusi sambil menarik nafas perlahan.
“Encik boleh panggil saya Eisya.” Eisya mengukir senyum.
“Eisya. Hmm....cantik nama tu. Secantik orangnya. I like that name.” Zarief turut  mengukir senyum membuatkan Eisya terpaku seketika. Dan akhirnya dia tunduk menahan debar.
Zarief terus menikmati roti bakar. Kemudian tangan Zarief mencapai telefonnya dan berbalas mesej.
Eisya mengeluh perlahan. Bosan kerana hanya duduk di depan lelaki itu tanpa buat apa-apa. Rasa macam patung cendana saja.
“Awak macam bosan aje.”
 Zarief meletakkan semula telefonnya di atas meja dan kembali meneguk milo yang masih berbaki.
“Ya, sampai bila Encik nak saya temankan Encik kat sini.”
 Eisya menatap wajah kacak di hadapannya.
“Sampai awak habiskan minuman awak. Lepas tu, awak boleh teruskan kerja awak. Saya tak akan ganggu awak lagi.” Zarief menolak pinggan roti yang telah kosong.
“Betul ni?”
Wajah Eisya mula ceria. Tak sabar rasanya nak beredar dari terus mengadap wajah lelaki itu. Buatkan hati dia resah tak sudah. Asyik dup dap dup dap aje. Siapa yang tak resah dan berdebar bila di jamu dengan makhluk ciptaan Allah yang begitu sempurna. Hati yang keras juga boleh menjadi cair.
Zarief mengangguk perlahan. Tanpa berlengah, Eisya terus menghabiskan minuman yang berbaki separuh. Sekali teguk terus habis. Dia menarik nafas seketika dan sempat berbalas senyum lagi dengan Zarief. Tapi ada sesuatu yang membuat Eisya tak sedap hati. Terasa senyuman Zarief kali ini cukup berbeza.
“Kenapa Encik asyik pandang muka saya?”
“Salahke kalau saya melihat sesuatu yang paling indah dalam hidup saya buat pertama kali.”
Zarief tetap merenung wajah Eisya.
“Maksud Encik?” Hati Eisya dah mula kembang setaman. Kalau dia senyum nanti, dikatakan perasan pula. Kontrol...kontrol.
“Sesuatu yang paling indah itu adalah awak. Tak pernah saya memandang gadis secantik awak sebelum ni.” Ujar Zarief dengan renungan yang cukup bermakna.
“Encik ni sedang buat lawakke apa. Saya ni hanya gadis biasa saja. Tak ada cantik mana pun, dahlah saya ni gadis kampung. Saya ni tak setanding dengan gadis –gadis kota yang pernah Encik kenal.”
 Eisya tunduk segan. Kedua belah tangannya di genggam erat.
“Memang saya tak nafikan yang saya selalu jumpa ramai gadis sebelum ni tapi tarikan mereka tak sama macam awak. Bila pertama kali jumpa gadis macam awak, saya dapat rasa tarikan yang cukup kuat dan bermakna seolah-olah tak ingin saya lepaskan awak pergi.”
“Dan kalau boleh saya ingin miliki awak walau dengan apa cara sekali pun kerana bagi saya, awak begitu istimewa berbanding dengan gadis yang pernah bersama saya sebelum ini.” Mata Zarief tepat merenung wajah Eisya membuat wajah Eisya bertukar merah.
You are blushing right now and it makes you so sweet, my dear.”
 Tatapan mata Zarief makin menggoda membuatkan Eisya penasaran di timpa rasa yang begitu indah.
Eisya rasa perasaannya dah melayang di udara. Mengusuri jalur pelangi yang di taburi bunga-bunga indah tapi angan-angan itu tiba-tiba menjadi kabur. Pandangan Eisya makin rasa kelam. Perlahan-lahan dia memicit kepala yang mula rasa memberat.
Eisya, are okay?”
Zarief terus  menuju ke arah tubuh Eisya yang hampir jatuh. Segera tubuh itu di sambut.
“Encik...” Eisya memandang wajah Zarief yang samar-samar itu. Dia tak mampu nak bersuara lagi kerana kepalanya rasa makin berat dan pandangannya makin kelam.
Di saat mata Eisya tertutup rapat, bibir Zarief mula mengorak senyum yang cukup bermakna. Segera tubuh itu di cepung dan di bawa ke biliknya di tingkat atas.


EISYA berusaha membuka matanya yang memberat. Kepalanya juga masih lagi  pening dan sakit. Dada Eisya mula berdebar-debar bila terasa ada sesuatu yang menari-nari di wajahnya.
“Encik??? Encik buat apa kat sini?”
Mata Eisya membulat dan mulut terlopong luas.
Hi Sweetheart. Sleep well!” Senyuman manis terukir di wajah kacak Zarief.
Eisya yang masih lagi dalam keadaan mamai dan kebingungan tak tahu nak fikir apa. Terasa kepalanya makin sakit.
“Apa yang Encik dah buat kat saya?”
 Eisya mendengus penuh debar, apa lagi melihat keadaan Zarief yang begitu santai mengiring di sebelahnya tanpa berbaju. Seksi yang amat. Semput dada Eisya di buatnya.
“Saya dah buat apa yang sepatutnya saya buat. We are making love together. Takkanlah awak dah lupa. Seronok sangat ya sampai tak ingat apa-apa.”
 Bibir Zarief mengoyak senyum yang benar-benar ceria membuatkan dada Eisya makin semput. Perasaannya tak keruan.
What? Are you kidding me?”
Muka Eisya dah merah. Bibirnya di ketap rapat sampaikan terasa sakit.
Zarief mula gelak sambil merenung wajah Eisya. Sebelum bangkit dari katil, sempat dia mencium pipi Eisya.
Dada Eisya rasa nak meletup dengan tindakan di luar jangkaan.
We are having fun together, my dear.”
“Hah!”
“Dan saya akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku antara kita.” Zarief duduk di birai katil dan menoleh ke wajah Eisya.
“Bertanggungjawab? Pasal apa?”
Eisya masih lagi keliru dengan situasi sebenar kerana dia menyangka dia hanya pengsan sahaja. Tiada apa yang berlaku.
Zarief gelak lagi sambil mengeleng kepala.
“Awak tengok apa yang berlaku pada awak sekarang.” Ujar Zarief.
Baru Eisya perasan keadaan dirinya. Dia berada di bawah selimut dan seorang lelaki berada di sisinya. Apa maknanya tu?
“Masih tak faham lagi ke?”
 Zarief mengangkat keningnya sambil tersenyum sinis.
“Encik...”
Tiba-tiba mata Eisya berkaca. Perasaan Eisya bertukar menjadi hiba.
Yes darling, thanks for the beautiful present and wonderful time. I really enjoyed it.”
“Ya Allah...apa sebenarnya yang berlaku ni?”
Eisya melihat keadaan dirinya. T`shirt masih tersarung di tubuhnya. Di saat itu juga air matanya mula merembes keluar membasahi pipi.
And one more thing, you are such wonderful girl and damn it... so sexy.” Zarief pamer senyum nakal.
“Apa dosa aku sampaikan dia sanggup buat aku macam ni!”
Hati Eisya merintih sayu.
 “Ops! Saya tak sempat nak buka yang atas tapi yang kat bawah....”
 Bibir Zarief masih tak lekang dari senyum. Dan serentak itu juga Eisya mengintai di dalam selimut.
“Argh....Tak guna punya orang!”
Eisya sekali lagi bertukar watak. kali ini dia bertempik kuat hingga seakan bergema bilik tidur itu. Air matanya yang masih laju mengalir tidak di hiraukan lagi.
“Memang tak  guna pun awak menjerit atau menangis sekali pun, benda dah berlaku. Hanya kita berdua saja yang tahu. Dan kalau awak nak beritahu sesiapa, terpulang pada awak. It does not matter to me!” Zarief pamer wajah tak kesah.
Eisya terus mencapai bantal dan membaling ke wajah Zarief. Tepat ke mukanya tapi Zarief hanya gelak. Sedikit pun tak marah. Bantal itu di peluk seketika sebelum meletakkan semula di atas katil.
“You...” Dada Eisya berombak.
Yes my darling!”
Zarief tayang senyum gatal, siap kenyit mata lagi.
Get out!”
Eisya mengusir penuh geram. Sakit hati, marah, malu, hiba. Hmmm semua perasaan muncul di kala ini. Eisya menyeka air mata dengan kasar.
“Okey, saya boleh keluar tapi kalau awak masih nak `making love with me`, saya akan tunaikan permintaan awak!”
Zarief mengenyit mata bersama sengihan nakal.
You...damn it! I will kill you! I swear!”
 Eisya mengetap bibir. Air matanya makin laju mengalir membasahi pipinya. Kalau dia boleh membunuh lelaki itu, sekarang juga dia sanggup bunuh.
Zarief tetap dengan gelak, sedikit pun tidak tergugat dengan ugutan Eisya itu.
And one more thing, tengok apa yang ada atas katil tu! Itu bukti yang kita dah bersama tadi.” Ujar Zarief sambil merenung wajah Eisya dengan wajah tanpa rasa bersalah.
Eisya terus memandang cadar. Matanya terbeliak dan dadanya berdegup kencang.
“Masih tak percaya...buktinya dah cukup jelaskan!” Zarief gelak lagi.
Shut up. I hate you, Zarief. Really...really hate you! Damn it!”
Dada Eisya makin berombak.
 Eisya menekup kedua belah telinganya. Tak sanggup lagi nak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zarief. Amat menyakitkan. Hatinya benar-benar rasa panas melihat ada tompokan merah pada cadar berwarna biru itu.  Dan tiada lagi perkataan Encik untuk lelaki itu kerana rasa hormatnya pada lelaki itu sudah hilang dalam sekelip mata di saat maruahnya di ragut.
You should take a shower after this.  Saya tunggu awak kat bawah dan saya juga dah sediakan lunch untuk kita. Nanti kita makan sama ya!”
Sebelum keluar sempat Zarief mengenyit matanya dan menghadiah senyuman yang cukup menggoda. Di saat itu juga dada Eisya berombak kuat, rasa nak cekik saja lelaki itu sampai terkojol dan putus nyawa.


LIAR mata Eisya melihat sekitar ruang tamu itu. Bimbang kalau terserempak dengan wajah Zarief.
“Fuh, lega. Nasib baik dia tak ada.”
 Eisya mengurut dada dan terus menuruni tangga.
Kakinya terus menghala ke muka pintu dengan langkah hati-hati. Bimbang di sedari oleh lelaki itu. Pintu di buka perlahan agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.
“Eisya, awak nak pergi mana?”
Tiba-tiba suara Zarief menerjah ke telinganya. Eisya jadi kaku di muka pintu. Apalagi melihat keadaan Zarief. Masih seperti tadi. Hanya mengenakan seluar pendek sahaja.
Come, saya dah siapkan lunch untuk kita!”
Zarief mula mendekati dan  menarik tangan Eisya.
“Saya tak nak makan,” Eisya bersuara tegas. Malah dia menarik tangannya kasar.
Please, takkanlah awak tak sudi temankan saya makan. Penat saya masak untuk kita tau!”
Zarief memandang wajah mencuka Eisya. Senyuman manis di hadiahkan buat Eisya. Nak memujuk.
“Saya tak nak makan dan saya memang tak sudi temankan awak makan. Tak payah susah-susah nak pujuk saya.” Eisya mendengus kasar.
Zarief menarik nafas perlahan.
“Eisya!”
Nama Eisya meniti di bibir Zarief.
“Jangan sebut nama saya. Saya benci awak. Saya betul-betul bencikan awak. Awak faham tak!” Eisya menjerit sambil menutup telinganya dengan tangan.
“Sayang!”
 Zarief menyentuh lembut pipi Eisya.
Don`t you ever touch me!” Eisya segera menjauh.
Please Eisya, temankanlah saya makan. Awak pun tentu laparkan.  Saya berani sumpah, kali ini saya tak buat benda jahat pada awak.”
Zarief cuba memujuk Eisya. Dia mengangkat tangan tanda bersumpah. Kemudian pintu yang terbuka tadi di tutup semula.
“Awak ingat saya akan percayakan awak lagi!” Eisya gelak sinis membuatkan Zarief terdiam. Wajahnya tunduk.
“Eisya, please!”
Zarief tayang muka comel machonya semata-mata mahu Eisya akur.
Tubuh Eisya ditarik rapat ke dadanya tapi Eisya cepat-cepat menolak tubuh itu. Tak sanggup berada dalam pelukan lelaki yang tak berbaju itu. Pandang tubuh itu pun dia dah rasa berdebar, apa lagi nak berada dalam pelukan. Tapi bukankah dia dan Zarief dah bersama tadi? Argh, apa yang berlaku tu masa  dia tak sedar. Ya Allah! Lelaki ni betul-betul jahat.
Tubuh Zarief berganjak sedikit ke belakang. Kesempatan itu di ambil Eisya dengan membuka pintu dan terus keluar.
“Eisyaaa...”
 Panggilan Zarief tidak di hiraukan. Eisya terus berlari  keluar melalui pintu pagar kecil yang sememangnya tidak berkunci. Saat itu juga air matanya kembali merembes keluar dari kelopak mata.
“Mak!”
 Saat ini wajah Mak Biah mula terlayar di kelopak matanya.
“Eisya!”
Serentak itu juga tangannya di tarik membuatkan gerakan Eisya terhenti.
“Encik, tolong jangan ganggu saya lagi. Saya tak nak tengok muka Encik lagi mulai sekarang!” Wajah Zarief di pandang dengan rasa benci.
I`m sorry, Eisya. Saya tak ada niat nak buat awak macam tu tapi...”
Zarief mempamerkan rasa bersalah dan kesal dengan apa yang berlaku.
“Maaf? Encik ingat dengan perkataan maaf, maruah saya yang Encik ragut itu akan kembali macam biasa!” Tercungap-cungap nafas Eisya memandang tajam wajah Zarief.
“Eisya...please, dengar penjelasan saya dulu!” Zarief cuba menagih perhatian.
“Tak. Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan dari mulut Encik. Saya tak akan percaya satu patah pun perkataan yang keluar dari mulut Encik!”
Zarief menyeluk tangannya ke dalam poket. Kemudian tangan kanan Eisya di capai. Terbeliak mata Eisya saat matanya memandang sesuatu yang di letakkan atas tangannya.
“Hanya sebanyak ini yang ada di tangan saya sekarang, nanti saya bagi awak lagi.” Ujar Zarief.
“Hah! Apa maksud Encik bagi saya wang ni?”
 Eisya merenung wajah Zarief yang mula gelisah.
“Erm...” Sungguh Zarief tiada idea, Tindakan itu muncul secara spontan sahaja.
“Oh, awak fikir harga untuk maruah saya sebanyak duit ini.” Eisya gelak sinis.
“Er...” Zarief menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Ingat Encik, maruah saya tak semurah ni. Mungkin inilah harga sebenar maruah Encik.” Tempelak Eisya menahan geram.
“Awak dah salah faham, Eisya. Bukan itu maksud saya!”
“Semuanya dah jelas. Apa lagi yang saya tak faham, hmm....” Eisya memandang sinis wajah Zarief.
Zarief menarik nafas.
“Ambil balik duit ni. Saya tak akan terima  satu sen pun duit dari lelaki jahat macam Encik.” Serentak itu Eisya terus mencampak duit ke muka Zarief membuatkan Zarief terkedu.
How dare you!”
 Wajah Zarief mula memberang. Terasa maruahnya tercabar dengan tindakan Eisya. Tak pernah sekalipun seumur hidup dia di hina begitu. Dan Eisya satu-satunya manusia yang menyebabkan maruahnya tercabar.
“Sepatutnya Encik patut terima lebih teruk dari ini.” Wajah Eisya makin merah.
Tanpa berlengah Eisya terus melangkah.
What the hell...”
Eisya terpaku sebaik sahaja dia menyedari berada dalam pelukan Zarief. Eisya menolak tubuh itu dan satu tamparan tepat mengena pipi Zarief.
Pang!
Zarief kaku seketika. Perlahan-lahan pipinya yang perit di usap lembut.
“Satu tamparan belum cukup untuk puaskan hati saya. Belum cukup untuk memadamkan apa yang terpendam di hati saya!” Tercungap-cungap wajah Eisya memandang Zarief sebelum dia kembali melangkah.
“Eisya...”
Laungan Zarief tidak di pedulikan.
Zarief mengetap bibir. Dia nekad lakukan sesuatu. Oleh itu, tangan Eisya di tarik kuat hingga sekali lagi tubuh gadis itu berada dalam pelukannya. Tanpa berlengah, bibir gadis itu di kucup lama tanpa mempedulikan Eisya yang meronta-ronta minta di lepaskan.
“You!”
Eisya mengetap bibir. Sekali lagi dia cuba mengangkat tangan untuk menapar pipi Zarief tapi  lelaki itu sempat menahan.
“Apalah sangat sekadar ciuman tadi. Tak memberi kesan apa-apa. Lebih dari  itu pun saya dah dapat dari awak. Berbaloikan jadi lelaki pertama yang menyentuh awak!”
“Dan kalau awak mengandung nanti., tolong maklumkan pada saya. I want that baby!” Zarief tersenyum sinis membuatkan mata Eisya kembali berkaca. Terasa maruahnya di pijak lumat.
“Saya benci awak, Zarief. Ingat, saya tak akan maafkan awak atas apa yang telah awak lakukan. Sampai bila-bila pun tak akan saya maafkan!” Eisya tegas bersuara seiring dengan air mata yang makin laju keluar.
Sakit hatinya mengenangkan tindakan Zarief.
Zarief terkedu mendengar kata-kata itu. Wajahnya pucat.
Eisya terus melangkah makin jauh. Kali ini Zarief hanya memandang dengan rasa sayu.
“Eisya...”
Hanya itu yang mampu dia suarakan. Sungguh dia benar-benar rasa bersalah tapi apa yang berlaku tak mungkin dapat diundur kembali. Dia akan menanggung semuanya. Dan dia akan pastikan bahawa gadis itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...