Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 4 April 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu 1




EISYA menggosok-gosok perlahan belakang Mak Biah yang mengalami batuk sejak seminggu kebelakangan ini. Kesian pula dia melihat maknya terbongkok-bongkok menahan batuk terutamanya waktu malam sampaikan dia juga tak dapat tidur.Terus dia bergegas ke bilik maknya.
“Mak, mak nak pergi mana tu?”Eisya  menegurMak Biah yang mencapai tudung kepala.
“Mak nak pergi ke rumah banglo kat tepi pantai sana tu!”Mak Biah bersuara sambil terbatuk-batuk lagi.
“Mak nak buat apa pergi sana?”Dahi Eisya dah berkerut.
“Mak nak pergi bersihkan rumah banglo tu, stok makanan basah mak dah kirimkan kat Kahar semalam.Katanya dia dah simpan makanan tu kat dalam peti sejuk.Jadi, mak nak pergi tengok.Esok Encik Zarief nak datang berehat kat situ.” Mak Biah  mengatur kaki  ke pintu. Sudah bersedia untuk keluar.
“Mak, Mak tak payahlah pergi sana. Makkan tak sihat.Kalau jadi apa-apa kat mak nanti, macam mana?”Eisya mula gusar.
“Alah…batuk sikit aje.Mak masih boleh bertahan.Lagi pun, bukannya jauh.Jalan kaki aje. Datuk dan Datin dah amanahkan mak untuk jaga dan tengok-tengokkan rumah tu masa dia orang tak ada.” Mak Biah tetap berdegil.
“Mak, Eisya kata tak payahlah mak nak pergi sana. Badan mak tu lemah, tak larat nanti nak buat kerja kat rumah tu. Lagi pun, rumah banglo tu tak ada yang orang duduk. Sesekali aje mereka datang, tak ada kotor dan bersepahnya rumah tu kalau mak tak bersihkan pun!” Komen Eisya. Geram betul dengan perangai maknya itu. Sakit-sakit pun suka paksa diri buat kerja walaupun di tegah. Tengok aje semalam, dah dia larang mak tak payah tanak dan jual nasi lemak, mak tetap degil.
“Eisya, mak masih larat.Kesian pula dengan pelanggan-pelanggan mak kat warung Talib tu, terindu-rindu pula nasi lemak buatan mak ni!” Itulah alasan Mak Biah sambil terbatuk-batuk membersihkan daun pisang.
Eisya mengeleng kepala.dah tak tahu nak kata apa.
“Eisya, mak ni jaga amanah orang.Mereka bagi duit untuk mak jaga dan tengok-tengokkan rumah tu tiap-tiap bulan. Hasil duit tu juga dapatlah kita tampung perbelajaan rumah ni, tambah dengan pencen arwah dan jualan nasi lemak. Duit belanja yang mak bagi sikit-sikit kat Eisya tu pun hasil daripada nilah.” Mak Biah merenung wajah Eisya dengan harapan anaknya akan faham akan situasi dia.
Eisya mendapatkan maknya yang sudah bersiap untuk pergi.
“Mak, macam nilah, apa kata Eisya bantu mak hari ni.” Akhirnya Eisya membuat saranan.
“Bantu mak? Maksud Eisya?” Mata Mak Biah terus terpaku ke wajah anaknya.
Eisya mengukir senyum sambil memegang tangan Mak Biah.
“Eisya gantikan tempat mak hari ni. Eisya akan pergi bersihkan rumah banglo tu lepas ni. Jadi, mak bolehlah berehat kat rumah.”Eisya menawarkan diri.
“Tapi…” Hati Mak Biah berbelah bagi.
“Mak, kerja bersih-bersih tu semua Eisya boleh buat.Bukannya Eisya tak biasa.Mak, Eisya kesiankan mak.Rumah banglo tu besar, semput mak nanti.Dahlah badan mak tak sihat.Nanti batuk tu makin melarat.” Eisyacuba memujuk lagi.
“Esiya,” Mak Biah merenung wajah Eisya.
“Mak, mak dengar cakap Eisya ya.Mak berehat. Bila mak dah betul-betul sihat nanti, Esiya izinkan mak bersihkan rumah banglo tu. Sekarang in Eisya  tengah cuti semester. Inilah masanya Eisya nak bantu mak!” Ujar Eisya sambil memeluk tubuh Mak Biah dengan erat.
Bibir Mak Biah mula mengukir senyum.Kedua tangannya menyentuh wajah Eisya.
“Hmm….anak mak ni dah besarkan. Baik dan juga cantik. Mak betul-betul bertuah sebab Eisya jadi anak mak.” Hati Mak Biah mula sebak.
“Terima kasih mak sebab puji Eisya. Kalau mak tak puji pun Eisya tahu yang Eisya ni baik, rajin dan juga cantik. Bertuahkan siapa yang dapat jadi suami Eisya nanti!”Eisya mengangkat kening sebelum memeluk tubuh Mak Biah membuatkan Mak Biah terus gelak.
“Anak mak ni, umur dah 20 tahun tapi kadang-kadang perangai mengalahkan budak umur 6 tahun.”  Mak Biah mencubit pipi Eisya.
Eisya mengaduh sakit.Saja nak bermanja.Akhirnya tawa mereka bersambung.
“Dahlah.Jom, kita naik.Eisya nak tukar baju kejap.Lepas tu Eisya pergi sana!”Eisya  memaut bahu Mak Biah.

DENGAN mengenakan tshirt lengan pendek, seluar track warna hitam dan rambut di toncang satu, Eisya terus melangkah ke banglo mewah yang tersergam indah di tepi pantai.Sebaik sahaja sampai di pintu pagar, Eisya menarik nafas seketika.
“Hmm…Mewah betul banglo ni. Bertuahlah aku kalau dapat duduk dalam rumah macam ni.” Desis Eisya dengan rasa kagum melihat reka bentuk banglo itu dari luar.Pagarnya pun dah buat dia terpegun, belum tengok isi dalamnya lagi.
Semua orang kampung sedia maklum yang banglo mewah yang mula siap di bina dan di duduki sejak setahun yang lalu adalah milik pasangan suami isteri yang berasal dari Kuala Lumpur.Sengaja mereka membeli tanah dan bina banglo di sini sebagai tempat untuk rehatkan minda sesekali datang bercuti di kampung yang berdekatan pantai ini.Memang cantik pemandangnya.Tapi hanya sesekali sahaja keluarga mereka datang bercuti, itu pun sehari dua sahaja.Lepas tu tinggalkan banglo itu.Sebab itu, Mak Biah di amanahkan untuk menjaga banglo itu. Sementelah rumah Mak Biah yang paling dekat dengan banglo tu. Tapi nak kata dekat sangat tu tak adalah, kena juga berjalan kaki dekat satu kilometer.
Sebelum banglo ni di bina, selalu juga dia dengan  Dyna datang kat tepi pantai ni. Ambil angin sambil borak-borak.Tapi sejak dia dah sambung belajar kat Kuala Lumpur dan jarang balik, tak pernah pula dia datang sini keseorangan.Kiranya inilah kali pertama.
Eisya memasukkan tangan dalam seluar track.Dia mengeluarkan kunci pagar. Tanpa berlengah, dia terus melangkah masuk dengan penuh debar. Matanya melilau melihat persekitaran banglo itu.Memang cantik lanskap.Siap dengan gazebo dan juga kolam renang.
“Cantiknya,” Tersenyum lebar bibir Eisya melihat sekitar banglo ini.
“Eh, kereta siapa pulak?Takkanlah dia orang tinggalkan aje kereta sekali dengan rumah.Bukan calang-calang kereta.BMW lagi. Kalau kena curi, kan naya. Mak aku juga yang kena tanggungjawab!”Eisya dah mula garu kepala.Tapi tengok pada persekitaran, memang macam tak ada orang.
“Kan mak cakap, tuan banglo ni nak datang esok.Mesti esoklah dia datang.”
“Eh, apa pulak aku melalut ni. Lekas siap buat kerja, lekas aku boleh balik.Tak ada kerjanya aku nak melepak lama-lama kat banglo orang.”
Eisya membuka pula kunci rumah banglo itu.Kakinya terus melangkah masuk.
“Wow, memang cantiklah. Terbaik. Kalaulah rumah aku macam ni,” Senyuman Eisya tiba-tiba menjadi lebar.
Rambang matanya melihat perhiasan dalam rumah.Kalau tadi, dia kagum dengan persekitan luar rumah banglo, kini dia rasa kagum lebih-lebih lagi bila melihat hiasan dalamannya. Melilau matanya melihat segala perhiasan dan susun atur dalamannya. Memang terbaik.
“Hmm, sayangnya. Rumah macam ni punya cantik, jarang tuan rumah nak duduk. Agaknya rumah dia kat Kuala Lumpur lagi berganda cantik.” Hatinya dah habis-habis nak memuji.
“Okey, perkara pertama aku perlu buat ialah melangkah ke ruang dapur. Tengok apa yang ada.”Laju langkahnya menuju ke ruang dapur.
Peti sejuk memang menjadi destinasi utama.Memang betul, sudah banyak bahan basah telah tersedia. Beras dan bahan asas yang lain juga sudah ada. Jadi, tak ada masalah. Sekarang dia Cuma perlu bersihkan banglo ni. Bersih mana yang patut.Bukannya kotor pun, hanya berdebu sikit aje. Pening juga kepala Eisya nak mencari alat-alat untuk dia bersihkan banglo ni. Nasib baik terjumpa kat dalam stor.
Sambil membersihkan ruang tamu, bibirnya sempat menyanyi-nyayi, main bantai aje apa jenis lagu. Janji dapat hilangkan rasa sunyi dan bosan. Takkanlah nak buat macam rumah sendiri, pasang tv atau radio.
“Ehem!”
Sedang elok saja Eisya bergelek di ruang tamu sambil mengemop lantai, tiba-tiba dia mendengar satu suara.Pantas dia segera menoleh.
“Hah!” Mulutnya dah mula ternganga.Matanya juga bulat memandang fenomena di hadapan. Dalam masa yang sama, mukanya sudah terasa panas.


WHO are you?” Lelaki itu mula bersuara sebaik sahaja memandang wajah Eisya. Dia nampak tercengang. Eisya juga begitu.
               Mulut Eisya masih lagi melopong biar pun soalan itu sudah lama berlalu.
              Hello, Execuse me. Are you okay?” Lelaki itu terus-terusan merenung wajah Eisya. Malah langkahnya makin hampir ke arah Eisya. Eisya mula menelan liur.
             “Hello!!”
Sekali lagi lelaki itu bersuara sambil tangannya mengawang-awang di muka Eisya.
               “Oh, sorry!”
Muka Eisya dah makin bertambah merah dan rasa makin panas.
              “Banyak punya soalan saya tanya, awak hanya jawab, oh sorry aje!” Tempelak lelaki itu sambil tersenyum senget.
               Bulat mata Eisya memandang lelaki itu.
               “Apasal mata awak tu, makin lama makin bulat. Mulut pula makin lama makin melopong. Awak ingat saya hantu ke?” Tiba-tiba lelaki itu tergelak sinis sambil punggungnya terus melabuh di sofa.
              “Encik ni siapa?”
              “Saya Zarief.” Lelaki itu memperkenalkan diri.
              “Jadi, Encik ni anak pemilik banglo ni ya,” Zarief mengangguk perlahan.
               “Encik ni melayu ke mat saleh. Tengok pada rupa, macam mat saleh, dengar cara cakap macam melayu.” Eisya memberanikan diri bersuara.
Zarief terus melepas tawa.
              Daddy saya melayu, mummy saya mat saleh.” Zarief memberitahu tentang statusnya.
              “Ooo...” Eisya mengangguk perlahan.
              “Awak belum jawab soalan saya. Awak ni siapa? Macam mana awak boleh masuk dalam rumah banglo ni?” Zarief merenung tajam wajah Eisya.
              “Saya anak Salbiah yang di tugaskan menjaga rumah banglo ni. Hari ni saya gantikan tempat mak saya sebab dia tak sihat. Maaf, saya tak tahu pun Encik Zarief datang hari ni. Saya ingatkan Encik datang esok.” Eisya menarik nafas perlahan.
            “Saya sampai pagi tadi, dalam jam 4 pagi.” Zarief ramah memberitahu. Eisya mengangguk kepala lagi sekali.
             Patutlah muka macam orang bangun dari tidur.
             “Awak boleh tolong saya?” Zarief menarik nafas seketika.
            “Tolong apa, Encik Zarief?” Hati Eisya mula tak keruan, apa lagi bila melihat mata redup warna coklat itu merenung ke arahnya.
            “Tolong buatkan sarapan untuk saya. Saya lapar.” Pinta Zarief. Tangan kanannya menggosok perut.
             “Sarapan?” Eisya tercengang dengan permintaan lelaki itu.
             “Ya, sarapan. Roti bakar pun okey.”
             “Baiklah.” Eisya terus meletakkan mop di dalam bilik stor.
Eisya mencari sesuatu dalam kabenet. Akhirnya dia menemui bungkusan roti.
            “Jangan lupa buatkan milo panas sekali ya!”
            “Opocot!” Eisya terus melatah kerana terkejut mendengar suara Zarief yang begitu hampir di telinga. Malah tubuh mereka juga terlalu dekat hinggakan haruman perfume lelaki itu dapat di hidunya. Buatkan nafas Eisya mula semput.
Zarief gelak beria. Seronok dapat mengocak perasaan gadis itu.
             “Hmm…muda-muda lagi dah melatah!” Zarief mengangkat keningnya beberapa kali sambil mengukir seyum nakal.
             “Enciklah punya pasal. Main sergah macam tu! Memanglah saya terkejut.” Marah Eisya. Geram dengan tindakan lelaki itu.
Zarief tetap tayang senyum selamba. Seronok pula melihat wajah kemarahan gadis itu. Comel.
             “Dan lagi satu,” Zarief menaikkan keningnya sekali lagi sambil matanya tunak memandang wajah Eisya yang sedang mengetap bibir.
             “Tolong jangan jadi penyibuk kat sini. Saya nak buat kerja saya. Encik tolong pergi jauh-jauh!” Eisya bersuara sebaik sahaja dia berpaling membelakangi Zarief.
            “Kenapa saya kena pergi jauh-jauh. Apa salahnya kalau saya temankan awak. Takkanlah awak tak suka tengok muka saya yang kacak dan macho ni?” Zarief mula menyakat sambil menayang senyum mautnya.
“Saya tak selesa dengan keadaan Encik.” Eisya memberi alasan dengan perasaan kalut.
               “Awak tak selesa dengan keadaan saya, kenapa? What is wrong with me?” Zarief kebingungan.
              “Takkanlah Encik tak tahu apa yang tak kena dengan Encik. Encik sedar tak yang Encik sekarang ni hanya berseluar pendek dan tak berbaju. Seksi tahu tak! Segan saya nak mengadap muka Encik.” Eisya berterus terang.
Sejak dari tadi dia nak cakap benda ni. Baru sekarang dia dapat meluahkannya.
            “Oh, awak segan ya tengok body saya. Awak tahu tak yang awak ni kira bertuah sebab saya tayang free kat awak. Kat orang lain saya tak tayang tau macam ni! And one more thing… saya suka awak puji saya dengan perkataan seksi.” Zarief tergelak kecil.
                 Eisya mula melempar jelingan sambil mengetap bibir.
                 “Nasib baik Encik masih lagi pakai seluar, kalau tak pakai apa tadi, memang saya menjerit sambil berlari keluar dari rumah banglo ni.” Zarief terus melambak tawa mendengar kata-kata gadis itu.
               “Eh, awak nak tengok saya berbogel ke? Boleh aje. Tapi sanggupke awak tengok nanti!” Zarief makin seronok menyakat.
             “Encik ni tak betul agaknya. Encik ingat saya nak tengok sangat ke benda alah Encik tu! Kalau Encik ni suami saya, tak apa juga. Ini…kalau jadi apa-apa, takke naya saya nanti. ” Eisya mengetap bibir. Rasa nak ketuk saja kepala lelaki tak tahu malu tu.
           “Jadi apa-apa, jadi apa?” Dahi Zarief mula berkerut.
           “Encik, sekarang ni kita hanya berdua saja kat dalam rumah, kalau kena tangkap basah macam mana? Dahlah keadaan Encik macam ni.” Eisya melahirkan rasa gusar.
           “Apa susah, kita kawin aje.” Zarief memberi jawapan sempoi.
          “Memang otak Encik dah tak betul agaknya.” Eisya benar-benar rasa hangat melayan kerenah lelaki itu.
           “Alah, tak payahlah nak serius sangat. Saya just nak release tension aje. Saya sorang-sorang kat sini. Petang nanti baru kawan-kawan saya sampai. Ada awak, bolehlah jadi teman saya kat sini buat sementara waktu.” Zarief memandang wajah Eisya yang mencuka.
          “Saya tak nak teman Encik kat sini. Selepas kerja-kerja saya ni siap, saya nak balik.” Eisya bersuara tegas tanpa memandang wajah Zarief. Tangannya pura-pura sibuk menyapu mentega di roti.
           Zarief menarik nafas perlahan. Belakang gadis itu di pandang sekilas.
           Suasana menjadi sepi. Eisya menoleh ke belakang. Ternyata, wajah Zarief sudah tiada. Eisya mengangkat bahu tanda tak peduli. Dia meneruskan kerjanya menyiapkan sarapan untuk lelaki itu. Memang dia tak sabar nak balik rumah. Hatinya mula rasa tak enak. Macam ada sesuatu yang tak elok bakal berlaku nanti.
            Tangannya lincah menyediakan air milo di dalam teko. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia terbayangkan tubuh Zarief yang tak terbaju saat pertama kali dia memandang wajah itu tadi. Memang tidak di nafikan yang wajah Zarief cukup kacak, tubuhnya juga sasa dan sedikit berotot. Hatinya mula tak keruan, wajahnya terasa panas dan nafasnya kembali semput bila membayangkannya. Cepat-cepat dia memejam mata. Cuba mengusir figura itu dari ingatan dan khayalannya.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...