Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 15 January 2016

Yang terindah dari dia 8






AIRA menongkat dagu di meja kaunter. Hari ini merupakan hari kedua dia menjadi pekerja di Ainon Florist. Zulaikha sedang memeriksa stok bunga yang baru sampai. Aira ada juga belajar macam mana cara nak mengubah bunga. Tak sangka susah juga nak gubah. Patutlah kos untuk bunga segar begitu mahal. Sejambak bunga boleh mencecah berpuluh-puluh ringgit. Hanya untuk kekal seminggu lebih sahaja, lepas tu layu dan di buang. Memang membazir. Kalau beli makan, kenyang dah berapa hari. Tapi, sekali fikir….kalau tak ada benda macam ni, macam mana perniagaan kedai bunga nak maju dan berkembang.
 Bila di tanya kepada Zulaikha, kenapa pelanggan sanggup berhabis duit hanya untuk beli bunga. Belilah sesuatu yang boleh tahan lama. “Sentimental value, mahal pun tak apa asalkan orang yang menerima jambangan itu menerima dengan hati senang. Mampu melihat si dia tersenyum. Itu sudah membahagiakan pemberinya!” jawab Zulaikha.
Aira hanya diam.
Ting!
Petanda ada pelanggan yang datang.
“Selamat datang ke Ainon Florist. Apa yang boleh saya bantu?” Aira menyambut kedatangan seorang lelaki yang menuju ke arahnya.
“Er…saya nak beli jambangan bunga untuk di hadiahkan pada kawan saya. Awak rasa bunga apa yang sesuai?” lelaki itu bertanya.
Tercengang Aira di buatnya.
“Er…Encik tunggu sekejap.”
 Aira segera beredar. Dia mendapatkan Zulaikha yang baru sahaja selesai mengira stok bunga.
“Kak Ika….ada customer….” kata Aira.
“Dah tu…layan ajelah…” kata Zulaikha.
“Aira tak tahu nak bagi penerangan macam mana…akak pergilah layan dia…” kata Aira.
“Okey, Aira  ikut aje cara akak….lepas ni Aira kena belajar macam mana nak handle pelanggan. Sebab setiap pelanggan yang datang mempunyai pelbagai karektor. Dan cara gubahan bunga juga ada pelbagai. Kena pandai sesuai mengikut keadaan…” kata Zulaikha sambil melangkah ke arah kaunter.
Aira hanya mendiamkan diri melihat cara Zulaikha melayan dan memberi penjelasan kepada pelanggan. Cukup teliti dan jelas sampaikan dia terpegun. Selepas itu lelaki itu keluar selepas membuat tempahan.
“Nanti akak nak Aira gubah untuk pelanggan tadi. Akak pilih bunga kejap lagi. Setengah jam nanti dia akan datang untuk ambil.” kata Zulaikha.
“Macam mana kalau tak cantik. Atau dia tak berkenan!” kata Aira.
“Akak kan ada….akak akan tolong….alah…biasalah Aira, benda ni semua baru untuk Aira…lama-lama nanti, Aira pun mahir macam akak…” kata Zulaikha sambil mengukir senyum.
Ketika Zulaikha memilih bunga, Aira hanya memerhati di kaunter. Ketika itu juga dia teringatkan perbualannya dengan Razlan.
“Apa yang Abang Razlan nak cakap ni?” soal Aira sambil memandang wajah Razlan.
“Sekali lagi Abang Razlan nak minta maaf atas apa yang Abang Razlan buat pada Aira tadi.” kata Razlan memulakan bicara.
Aira hanya diam. Sabar menanti bicara Razlan yang seterusnya.
“Sebenarnya Abang Razlan tak ada niat pun nak buat benda tak baik pada Aira…” kata Razlan sambil memandang pemandangan di hadapan.
“Tak ada niat! maksud Abang Razlan?” soal Aira dengan dahi berkerut.
“Dua hari lepas, Abang Razlan ada terdengar perbualan mak dengan Deeja.” kata Razlan.
Berdebar-debar dada Aira menunggu bicara Razlan lagi.
“Mak Abang Razlan tak ada niat nak buat Aira pergi dari rumah tu….maksud Abang Razlan, kalau boleh mak Abang Razlan nak Aira terus tinggal di rumah tu dan menganggap Aira sebagai hamba yang tak bergaji. Aira pun tahukan, selama Aira tinggal di sini….Aira tidak dibenarkan keluar. Hidup Aira hanya terkurung di dalam rumah, menguruskan kerja-kerja rumah tanpa henti. Semua benda Aira yang buat sehinggakan mak dan Deeja hanya goyang kaki.
Abang Razlan tahu tujuan Aira ke sini adalah untuk mencari keluarga Aira. Macam mana Aira nak cari mereka kalau hidup Aira hanya terkurung dalam flat tu. Abang Razlan tak sanggup melihat Aira di perhambakan begitu. Abang Razlan kesiankan Aira. Memang tak patut mak dan Deeja buat Aira macam tu. Sebab  itulah Abang Razlan buat keputusan untuk lakukan sesuatu agar Aira dapat keluar dari sini.” kata Razlan.
“Oh, macam tu ya. Aira ingat Abang Razlan serius. Aira benar-benar takut….” kata Aira mengeluh lega mendengar kata-kata Razlan.
“Mak Abang Razlan tu tegas sikit orangnya….tapi walau apa pun Abang Razlan tetap sayang dan hormatkan dia. Selama ini, mak Abang Razlan dah banyak berkorban untuk Abang Razlan dan Deeja sejak mak di ceraikan oleh ayah dulu…” kata Razlan lagi.
“Tapi makcik tak sepatutnya buat Aira macam orang suruhan. Aira hanya nak menumpang sekejap aje sebab Aira tak kenal sesiapa pun kat sini…” kata Aira sebak.
“Maafkan mak Abang Razlan ya….Abang Razlan harap lepas ni Aira akan dapat jumpa keluarga Aira.” Razlan memandang wajah Aira.
“Terima kasih Abang Razlan.” ucap Aira.
“Ini ada sedikit wang untuk tambang Aira ke bandar KL. Nanti Abang  Razlan tahan teksi dan minta dia turunkan Aira di tempat yang sesuai….kalau naik bas, banyak risikonya….” kata Razlan sambil menghulurkan not RM50.00. Teragak-agak Aira nak menerimanya, namun setelah di desak oleh Razlan, Aira terima dan segera mengucapkan terima kasih.
“Amboi, jauhnya termenung! dah sampai mana ni?” sergah Zulaikha sambil mengacah-acah bunga mawar ke hidung mancung Aira.
Sorry, termenung sekejap. Tak sengaja….jangan potong gaji tau!” Aira tergelak kecil. Zulaikha turut  gelak sama.
“Nak potong gaji apanya….akak pun makan gaji juga kat sini…lainlah kalau akak jadi taukeh…harus akak potong gaji.” balas Zulaikha sambil tangannya lincah mengubah bunga.
“Eh, tadi akak suruh Aira yang gubah…” kata Aira.
“Tak apalah…Aira tengok aje…lagi pun akak free sekarang ni.” kata Zulaikha.
Setengah jam kemudian, pelanggan yang menempah bunga tadi datang semula. Aira segera melayan pelanggan itu. Ketika ini hanya tinggal Aira seorang kerana Zulaikha keluar. Katanya nak ke bank untuk masukkan duit pada orangtuanya.
“Huh! boringnya…” keluh Aira sambil mencapai majalah. Di belek-beleknya tanpa membaca.
“Hello, anybody home?”
Mata Aira memandang ke arah jari yang sedang mengetuk meja kaunter sebelum mendongak ke atas untuk melihat gerangan pelanggan yang datang.
 “Encik. Bila Encik masuk?” soal Aira.
 Mata Aira tepat memandang ke wajah empunya suara.
“Hai, pelanggan masuk pun tak sedar. Ini, kalau perompak datang….semua benda di angkutnya….termasuklah dengan kau sekali!” serius sahaja bunyinya.
 Aira tengadah sebaik sahaja telinganya di terjah dengan  ayat yang berbaur sindiran sinis.  Tajam mata Aira memandang wajah Amar yang berada di hadapannya.
“Sekurang-kurangnya bagilah salam dulu. Bukan main terjah aje. Nasib baik jantung saya ni masih sihat….kalau jantung saya tak sihat….jadi arwah saya kejap lagi!” balas Aira sambil menolak majalah ke tepi.
“Padanlah dengan muka kau!” dengan selamba Amar bersuara. Sikit pun tak peduli.
“Huh, dasar orang tak ada perasaan…!” dengus Aira tanpa sedar mengutuk Amar.
Amar memandang wajah Aira. Tajam betul renungannya membuatkan Aira benar-benar gelisah.
“Apa tujuan Encik datang sini…Encik nak beli bunga ke?”  Aira memberanikan diri bertanya sambil meneliti penampilan Amar. Nampak segak dan kemas dengan mengenakan kemeja kuning cair di padankan dengan seluar hitam. Tali leher di lipat dan di masukkan ke dalam poket baju.
“Memang pada awalnya aku nak beli bunga tapi bila terpandang muka kau….tak jadilah…” kata Amar sambil membelek telefon pintarnya.
“Kalau dah tak jadi nak beli…bolehlah Encik keluar sekarang. Dalam kedai ni hanya ada saya seorang. Kak Ika dah keluar. Nanti tak pasal-pasal kita kena cekup dengan pencegah maksiat. Tak nak saya kawin free dengan Encik.” kata Aira membuatkan Amar tersenyum sinis.
“Kau rasa ada ke pencegah maksiat nak datang kat kedai bunga buat serbuan. Itulah kau….bodoh tak bertempat…” sindir Amar sambil tersenyum senget.
Aira menjeling. Dia tahulah yang pencegah maksiat takkan nak datang ke sini siang-siang hari. Lagi pun, ini kedai orang berniaga bukannya tempat maksiat. Dia cakap macam tu sebab dia nak lelaki ini terus beredar  dengan segera. Tak selesa nak terus berdua-duaan dengan lelaki itu. Dahlah mulutnya macam longkang. Sesuka hati saja nak kutuk orang. Sadis betul!
Aira kembali mencapai majalah tadi.
“Kau tahu tak yang kau ni masih ada hutang dengan aku!” tiba-tiba Amar bersuara sambil memandang wajah Aira yang sudah tenganga mulutnya.
“Hutang? hutang apa pulak ni?...saya kenal Encik pun tak….apa yang saya hutang?” tiba-tiba hati Aira meradang. Memang dia benar-benar marah bila di tuduh demikian.
“Hutang untuk kos cermin mata aku yang kau rosakkan hari tu!” kata Amar.
“Eh, bukankah kes hari tu dah settle?”
 Aira memandang wajah Amar. Tak sangka yang lelaki ini timbulkan balik hal itu.
“Aku cuma cakap yang aku maafkan sebab kau langgar aku…bukannya sebab kau rosakkan cermin mata aku!” kata Amar, memang dia sengaja nak mengenakan Aira.
“Alah….saya tengok Encik ni gaya macam orang kaya….apalah sangat dengan cermin mata tu…beli ajelah yang lain. Apa susah…” tempelak Aira membuatkan Amar mendengus kasar.
“Kau tahu tak yang cermin mata aku tu limited edition. Bukan murah dan bukan senang nak dapat….kau ingat benda tu boleh dapat kat pasar malam ke?” balas Amar.
Aira mencebik.
“Memang dasar berlagak. Benda macam tu pun nak berkira….” rengus Aira.
“Hish kau ni….boleh tahan melawan juga,” kata Amar mengawal perasaan. Dia tak akan biarkan perempuan ni menang.
“Dah tu, Encik ingat saya ada duitke nak bayar?....saya ni baru datang dari kampung….baru aje dua tiga hari kerja kat sini….gaji pun belum dapat lagi….macam mana saya nak bayar!” bentak Aira menahan geram. Sakit hatinya melayan kerenah mamat berlagak hebat ni. Rasa nak cekik-cekik aje batang lehernya, biar terkehel macam ayam kena sembelih. Baru padan dengan muka!
Amar tersenyum sinis. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.
“Apa kata kau tak payah bayar…” kata Amar membuatkan mata Aira bulat memandangnya.
“Hai, tiba-tiba baik hati pulak! dah tersampuk jin tanahke?”
Aira tergelak kecil sehingga menampakkan lesung pipit pada kedua pipinya.
“Memang tak payah bayar tapi kau kena terima syarat aku!” kata Amar bersama senyum sengetnya.
Gelak Aira terus terhenti tiba-tiba. Tajam matanya memandang wajah Amar.
`Makin lama aku pandang muka dia, makin nampak handsome. Tak pasal-pasal aku terpikat dengan dia atau jatuh hati! Parah!...parah!
“Apa kata aku bagi tawaran yang paling istimewa untuk kau. Kau kena jadi isteri aku minggu depan! Secara automatiknya….hutang kau kira settle….amacam, setuju?” kata Amar.
Amar memberikan satu syarat merangkap tawaran tak masuk akal yang membuatkan rahang Aira terus jatuh. Nasib baik dia masih lagi waras. Nanti kalau tiba-tiba dia pengsan, siapa yang nak angkat dia bawa kat hospital. Tak sanggup dia nak biarkan lelaki itu mengangkatnya.
“Sebenarnya Encik ni kerja apa? Kerja sebagai pelawak ya!” Aira memandang wajah Amar, cuba nak menahan tawa.
Amar menelan liur. Geram betul di tuduh begitu. Muka macam ni punya handsome, dia samakan dengan muka pelawak! ingat dia ni badut sarkaske? telinganya dah rasa panas. Bukan hanya telinga sahaja yang panas, hatinya lebih-lebih lagi. Rasa yang cukup membahang.
“Cuba kau tengok dan tilik muka aku ni betul-betul. Kau rasa  muka aku ni macam muka pelawakke atau kau ingat aku sedang buat lawak?” rahang Amar bergerak-gerak. Mukanya dah merah menahan marah.
Aira hanya mengangkat bahu. Pura-pura tak ambil kesah.
Tangan Amar terus menepuk kuat di atas meja membuatkan Aira tersentak dek terkejut. “Hey, kau dengar sini….Aku memang serius nak ajak kau kawin dengan aku….jadi isteri aku yang sah  minggu depan.” bentak Amar dengan suara yang kuat.
Kus, semangat! Aira mengurut dada perlahan. Dadanya mula rasa semput.
“Encik cari ajelah orang lain….saya tak berminat nak jadi isteri Encik…lagi pun, saya rasa saya ni tak sesuai untuk bergandingan dengan Encik yang segak bergaya ni…” tempelak Aira membuatkan muka Amar makin merah.
Aira cuba bersikap tenang walaupun hatinya dah mula kecut melihat wajah Amar itu.
“Degil betul kau ni ya! aku bagi tawaran yang cukup lumayan pun kau tolak. Kau tahu tak, kalau aku bagi tawaran ni kat orang lain….berduyun-duyun akan datang tau!” Amar bersuara penuh riak.
“Habis tu….bagilah tawaran lumayan ni kat mereka. Kenapa nak bagi kat saya?”  Aira membalas kata-kata Amar.
“Sebab hanya kau saja yang layak.” balas Amar tiba-tiba dengan suara yang perlahan. Wajahnya tunduk ke bawah, agaknya dia segan nak menghadap muka Aira ketika ini.
Aira tergelak lagi. Entah kenapa dia rasa lucu mendengar kata-kata itu. Tadi bukan main berlagak, sekarang ni….macam singa patah taring.
Amar terus pandang wajah Aira tanpa berkedip.
“Aku suka tengok senyuman kau… tambah-tambah lagi lesung pipit kat pipi kau, cantik! tak pernah aku tengok senyuman yang cantik dan menarik macam kau sebelum ni.” tiba-tiba ayat itu keluar dari mulut Amar tanpa sengaja.
 Buat sementara waktu Amar dan Aira sama-sama tergamam.
“Ehem, sorry!” Amar kembali mengawal suara. Secara tak langsung menyembunyikan rasa segan atas pujiannya tadi. Memang dia suka tengok senyuman gadis itu, cantik dan menarik.
“Macam nilah Encik, kalau Encik tak ada apa-apa urusan kat sini….eloklah Encik keluar.” kata Aira.
Entah kenapa berdebar-debar pula hatinya mendengar pujian dari lelaki itu.
“Eh, kau halau aku ke? Nanti aku report kat Puan Ainon. Biar dia pecat kau.” ugut Amar. Bukan serius pun. Saja nak menyakat gadis itu.
“Alah…saya tak hairan pun. Bumi ni luas dan rezeki ada di mana-mana. Yang penting kita ikhlaskan hati kita. InsyaAllah…Allah akan tolong.” balas Aira cuba bersikap tenang walaupun pada hakikatnya dia berdebar-debar mendengar ugutan itu. Kalau dia betul-betul kena buang kerja….kat mana dia nak tinggal nanti.
“Okey, aku akan bagitahu Puan Ainon pasal kau. Sebelum tu….aku nak tahu nama kau. Senang aku nak buat report nanti!” kata Amar. Namun dalam diam, dia benar-benar ingin mengetahui nama gadis ini. Dia ingat-ingat lupa nama yang disebut oleh Zulaikha tempohari.
 “Aira. Nama saya Aira.” beritahu Aira.
“Nama aku Amar Safuan. Panggil aku Amar.” beritahu Amar walaupun tanpa di pinta.
Kening Aira terangkat.
`Amboi, cakap ajelah kau nak tahu nama aku. Nak berkenalan dengan aku…ini guna tektik kotor. Nak buat repot pasal aku konon!`
Aira menahan senyum membuatkan perasaan Amar benar resah.
 Dalam masa yang sama, Amar cukup risau kalau dia terpaksa menahan malu bila perkahwinannya tak jadi minggu depan. Mana dia nak letak muka.
Look….Aira, aku betul-betul serius ni nak ajak kau kawin dengan aku minggu depan. Anggap aje aku melamar kau untuk dijadikan isteri….aku harap kau tak akan menolak.” kata Amar mengulang kata dengan muka serius.
Sebenarnya, Amar benar-benar risau kalau Aira menolak. Mana dia nak cari pengganti Tasya dalam masa yang terdekat ini. Dan entah kenapa hatinya tertarik untuk menjadikan Aira sebagai pengganti Tasya.
“Atas sebab apa Encik nak lamar saya? kita baru aje kenal beberapa minit….Encik dah lamar saya untuk dijadikan isteri….orang yang bercinta bertahun-tahun pun belum tentu nak lamar menjadi isteri…” kata Aira tak sedap hati.
“Itu orang lain…ini aku…. Kau dengar sini ya,….kalau aku tak serius, buat apa aku nak ajak kau kawin. Baik aku buat kau ni jadi perempuan simpanan aku aje….” balas Amar tak mahu mengaku kalah. Bimbang egonya jatuh di hadapan Aira.
`Amboi, ada hati nak jadikan aku perempuan simpanan konon!`
“Apa kata Encik ajak atau pelawa atau lamar aje Kak Ika. Lagi pun Encik lebih lama kenal dia dari saya. Kalau Encik lamar kak Ika…saya pasti dia tak akan menolak lelaki yang kacak bergaya macam Encik ni.” kata Aira memberi saranan.
Amar mendengus kasar. Bibirnya di ketap rapat.
 “Kak Ika tu lebih tua dari aku, tak sesuai untuk aku jadikan isteri. Dan kau tahu tak yang Kak Ika tu berstatus janda!” kata Amar membuatkan Aira tersentak.
“Mana Encik tahu?” soal Aira.
“Aku tahulah…” balas Amar.
Aira mencebik bibir. Kalau dah terdesak sangat nak kawin, janganlah terlalu memilih.
“Aku tak nak cari isteri  yang berstatus janda sebab aku ni masih lagi anak teruna. Sebab tu aku nak cari isteri yang status anak dara.” kata Amar membuatkan Aira menjeling tajam. Rasa nak tergelak pun ada.
“Mana Encik tahu yang saya ni berstatus anak dara. Entah-entah  saya ni isteri orang ke, janda ke atau gadis yang dah er…..dot…dot… tu…” kata Aira memberanikan diri menatap wajah Amar.
Amar mendengus kasar. Kemudian bibirnya mengorak senyum.
“Aku tahulah yang kau ni masih lagi anak dara suci. Tak payah nak kelentong aku dan tak payah nak cakap banyak. Terima aje tawaran aku. Tawaran aku ni cukup lumayan dan terhad….kau tak akan dapat kat mana-mana….” kata Amar sambil mengangkat kening beberapa kali.
“Maaf, saya memang betul-betul tak berminat. Berapa kali saya nak ulang benda yang sama,” Aira mendengus.
“Kau tak faham masalah yang aku hadapi sekarang sebab kau bukan ada kat tempat aku!” kata Amar perlahan.
“Encik tawar aje kat orang lain….pasti ramai yang nak. Atau Encik iklankan aje kat tv atau surat khabar….pasti ramai yang datang offer diri…Encik pilih aje. Kan senang!” kata Aira menolak tawaran itu serta memberi cadangan.
“Kalau aku nak, aku dah buat….kau faham tak! kenapalah susah sangat kau nak faham…apasal kau ni bebal sangat!” bentak Amar geram.
Sekali lagi bahu Aira terhinjut dek terkejut dengan herdikan itu.
`Apa kena dengan lelaki ni, asyik nak herdik  dan bentak orang aje kerjanya! lemah jantung aku. Nanti tak pasal-pasal kena pergi hospital buat rawatan. Heart attack! lagi pun, aku cukup yakin yang lelaki ni…memang sah…otaknya dah tak betul. Kena cepat-cepat bawa ke hospital untuk repair!` rungut Aira sambil menarik muka masam.
“Kalau macam ni caranya Encik nak saya jadi isteri Encik….memang saya tolak. Tak payah nak fikir panjang.” bentak Aira.
“Hish….kau ni…” Amar mendicit geram.
“Encik….kalau dari segi luaran…Encik ni tak ada nampak cacat celanya, sempurna sangat…. tapi satu aje yang kurang pada Encik…” kata Aira membuatkan Amar terus terpaku menatap wajahnya. Tak sabar nak tahu apa kekurangannya itu.
“Dan lagi satu….bukan saya yang terhegeh-hegeh nakkan Encik.” sambung Aira lagi.
Amar menggenggam kemas tangannya.
 “Okey, cuba kau bagitahu aku…apa kurangnya aku!” kata Amar dengan nada angkuh.
“Encik tahu tak yang Encik ni memang kurang budi bahasa dan kurang beradab. ….bukan begini caranya kita nakkan pertolongan dari seseorang. Tak salah kalau kita merendahkan diri walaupun kita seorang yang hebat kerana takkan ada seseorang yang begitu sempurna dalam hidupnya. Macam Encik….kalau Encik betul-betul hebat, tak adanya Encik nak memaksa saya terima Encik. Apa yang Encik pandang pada saya sampaikan Encik nak saya jadi isteri segera Encik?” kata Aira.
Aira pun hairan dan bingung. Macam mana dia boleh menjadi pilihan lelaki itu. Kenal pun tidak, cinta pun tidak. Tiba-tiba nak paksa dia jadi isteri. Tak betul agaknya lelaki ni. Kalau sah memang tak betul….hai! sayangnya,… rupa ada tapi akal tak ada.
Amar diam.
“Encik tak ada jawapankan?....jadi…baik Encik lupakan aje hasrat Encik nak jadikan saya isteri Encik. Lebih baik Encik cari sesiapa yang sudi….lagi pun, saya belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat ni. Banyak benda yang nak saya buat dan nak fikirkan…” kata Aira mengenangkan tujuan utama dia datang ke Kuala Lumpur ini.
“Naluri aku mengatakan hanya kau sahaja yang layak jadi isteri aku….sejak pertama kali aku jumpa kau dua hari yang lepas…” kata Amar membuatkan Aira tergelak kecil. Lucu pula mendengar alasan yang tidak diterima akal.
“Oh, jadi Encik pilih saya sebab cinta pandang pertama ya!” usik Aira sambil tergelak lagi.
Whatever!”
Amar menjeling tajam. Geram pula mendengar sindiran Aira. Sedangkan pada hakikatnya dia akui perasaan itu dan dia cukup senang mendengar gelak tawa Aira itu.
Aira hanya ukir senyum sambil berpura-pura sibuk membelek majalah. Entah kali berapa majalah itu di belek tanpa di baca.
“Jadi, kau tolak lamaran aku ni?” soal Amar sambil merenung wajah Aira. Terserlah lesung pipit pada wajahnya ketika ini. Manis sekali sehingga membuatkan Amar terleka seketika.
“Ya, saya minta maaf.  Dah berapa kali saya nyatakan yang saya memang tak layak untuk hidup bersama Encik. Encik carilah orang yang setaraf dengan Encik. Kalau saya terima Encik, mungkin saya akan menjadi bahan cemuhan keluarga Encik dan juga kawan-kawan Encik nanti. Saya juga mungkin akan memalukan Encik di hadapan saudara mara Encik bila mereka tahu siapa saya.” kata Aira dengan tenang.
“Siapa kau sebenarnya. Apa yang buatkan kau rasa malu?” soal Amar tak puas hati bila permintaannya di tolak mentah-menath. Memang rasa cukup tercabar.
“Saya?...Saya pun tak tahu siapa diri saya yang sebenarnya. Sebab tu saya datang sini. Saya nak cari keluarga saya. Selama 15 tahun saya hidup tanpa ibu bapa kandung. Entah mereka hidup atau pun mati. Kalau mereka hidup saya nak tanya mereka, kenapa tinggalkan saya. Kalau mereka mati, di mana kubur mereka.” kata Aira mula sebak membuatkan Amar tergamam.
Sorry, aku tak tahu yang kau ni…” Amar pun tak tahu nak cakap apa. Timbul pula rasa bersalah.
“Macam nilah….Encik balik rumah, cuba tenangkan fikiran….buat solat istikharah ke atau solat hajat ke….minta petunjuk dari Allah sebab Dia lebih mengetahui. Jangan kerana terlalu terdesak, Encik membuat keputusan yang salah.
“Tak. Aku tak akan pergi selagi tak dapat jawapan ya, dari kau. Kalau sanggup tunggu kat sini sampai besok pun aku sanggup tunggu asalkan kau terima lamaran aku untuk jadi isteri.” kata Amar tegas.
“Apasal Encik ni degil sangat!” Aira mula melenting.
“Aku tak peduli, kau nak cakap aku degil ke, aku bebal ke….aku tak kesah….” balas Amar tanpa perasaan.
“Encik ni dah gila agaknya. Mana boleh main paksa-paksa. Ingat saya ni anak patungke? tak ada perasaan…” kata Aira sambil beredar dari kaunter.
Aira menghampiri kelompok bunga segar. Di ambil beberapa kuntum bunga, sekadar untuk berlatih mengubah. Amar sedari tadi tak berkalih memandang ke arah Aira membuatkan Aira benar-benar tak selesa.
Ting!!
Aira mengeluh lega bila Zulaikha muncul.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...