Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 20 November 2015

yang terindah dari dia 6




AIRA yang baru keluar dari bilik air segera menutup kepalanya dengan tuala sebaik sahaja matanya bertembung dengan seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah pangsa itu. Lelaki yang baru sahaja muncul di rumah pangsa itu agak tergamam melihat wajah Aira. Serta merta matanya melilau melihat sekitar ruang tamu itu. Mana tahu kalau dia tersalah masuk rumah. Kalau tersalah, kenapa dia boleh buka kunci pintu?
“Kau siapa?” soal lelaki itu sambil mengatur langkah ke arah Aira yang sudah berdiri kaku di ruang tamu ketika itu dengan menutup kepala dengan tuala.
“Saya Aira. Saya baru saja menumpang di sini sejak semalam.” beritahu Aira.
“Oh, jadi kaulah budak yang datang dari kampung tu ya!” kata lelaki itu sambil merenung tubuh Aira dari atas ke bawah.
“Awak ni….” teragak-agak Aira bersuara.
“Aku Razlan. Anak sulung Saadah, abang Deeja. Tentu kau dah kenal dengan Deeja kan?” Razlan memperkenalkan diri.
Aira diam sambil menarik nafas perlahan. Wajah lelaki yang berkulit hitam manis itu di pandang sekilas. Malam tadi Deeja ada bagitahu yang dia ada seorang abang. Maknya sudah lama bercerai. Jadi, sejak dari kecil dia dan abangnya di jaga oleh mak mereka. Mereka tak tahu di mana ayah mereka berada sekarang. Malah, ayahnya tak pernah pedulikan mereka sejak bercerai dengan mak mereka dan berkahwin lain.
Aira sendiri pun tak sangka yang Deeja boleh cerita pasal keluarganya sedangkan di awal pertemuan, wajahnya agak serius dan sinis. Dalam diam Aira mengeluh lega kerana ternyata Deeja tidak seburuk yang di sangkanya. Cuma, dia tak pasti apakah sikap sebenar Saadah dan anak lelakinya ini. Melihat  cara lelaki itu memandangnya membuatkan dia segera teringatkan Lajis. Pandangan matanya tak ubah seperti ayah angkatnya. Seakan mempunyai maksud yang tersirat.
“Ha, Lan. Kamu baru balik?” tiba-tiba Saadah muncul menegur Razlan membuatkan pandangan Razlan terarah kepada maknya.
“Aha, mak. Minggu ni kan Lan shift malam.” jawab Razlan sambil melabuhkan punggungnya di kerusi.
Saadah turut melabuhkan punggungnya di sebelah Razlan. Dalam masa yang sama Aira sudah pun menghilangkan diri masuk ke dalam bilik.
“Kenapa ni? muka kau nampak pucat aje!” tegur Deeja yang baru saja bangun dari tidur.
“Er…tak ada apa-apa.” balas Aira sambil menyangkut tualanya di ampaian kayu bilik itu.
“Betul ni kau tak apa-apa?”
 Deeja merenung tajam wajah Aira yang baru saja melabuhkan  punggung dan menyandarkan badannya di dinding.
“Sebenarnya saya jumpa dengan abang awak kat ruang tamu tadi. Dia baru balik.” beritahu Aira perlahan.
“Oh, habis tu….apa yang kau nak takutkan. Abang aku tu tak makan orang la….” Deeja tergelak kecil.
“Saya takutla….” kata Aira perlahan.
“Tak payahlah kau nak fikirkan sangat….dia okey. Cuma….ya lah….dia tak pernah jumpa kau agaknya….lagi pun, kau tu cantik….tak mustahil kalau dia terpikat kat kau nanti.” kata Deeja sambil bangun dari katil. Dia mencapai tuala dan membuka bajunya. Selamba saja dia buka baju depan Aira membuatkan Aira segera menoleh ke lain. Segan pula nak tengok aurat perempuan sesama perempuan.
Deeja keluar dari bilik sambil berkemban dengan kain batik untuk mandi.
Aira turut keluar dari bilik  dan melangkah ke ruang dapur. Saadah sedang menyediakan minuman.
“Kejap lagi aku nak keluar pergi kerja. Kamu duduk rumah. Bersih mana yang patut. Jangan nak duduk goyang kaki saja.” kata Saadah sambil menyusun cawan di atas meja.
Aira hanya diam.
“Kenapa diam? kamu tak faham apa yang aku cakap?” soal Saadah sambil merenung tajam wajah Aira.
“Saya faham….tapi…saya bercadang lepas ni saya nak keluar cari kerja.” kata Aira teragak-agak.
“Buat sehari dua ni, kamu duduk aje kat rumah ni. Tak payahlah nak keluar merayau. Kamu bukannya kenal sangat keadaan kat sini. Kamu kena ingat Aira….aku bagi kamu duduk free kat sini, jadi pandai-pandailah kamu balas budi.” kata Saadah dengan sinis.
Aira kematian kata. Takkanlah dia nak berkeras. Tak pasal-pasal bergaduh dia nanti dengan Saadah.
“Baiklah,” akhirnya Aira terpaksa akur walaupun hatinya mendongkol dengan sikap Saadah. Nampak sangat wanita ini ingin mengambil kesempatan atas dirinya.
Tingkah laku Saadah terganggu bila telefon bimbit miliknya yang berada di atas meja berbunyi. Tanpa berlengah, dia segera menyambut panggilan itu.
“Aira, ibu kamu nak cakap. Ingat, jangan kamu nak mengadu kat ibu kamu pula…” kata Saadah sambil menghulurkan telefon bimbit miliknya.
Teragak-agak Aira menyambut telefon bimbit milik Saadah. Walaupun pada hakikatnya dia gembira menerima panggilan telefon dari Halimah, tapi bila mengenangkan kata-kata-kata Saadah tadi membuatkan hatinya jadi sayu.
“Assalamualaikum, ibu.” Aira segera memberi salam.
“Waalaikumussalam. Ibu minta maaf sebab tak dapat nak hubungi Aira petang selama untuk tanya khabar. Baru pagi ni ibu kesempatan nak hubungi Aira. Ini pun nasib baik suami ibu baru keluar dari rumah.” kata Halimah menahan sebak. Betapa rindunya dia pada Aira. Walaupun sehari berpisah dengan Aira, rindunya sudah tidak dapat digambarkan lagi.
“Terima kasih ibu sebab hubungi Aira. Ibu dan Qis sihat?” Aira bertanya khabar.
“Sihat, Alhamdulillah. Aira?”
“Aira pun sihat, ibu.”
Mereka berjeda seketika.
“Ibu!” panggil Aira.
“Ya, sayang!” balas Halimah.
“Aira rindu ibu.”
 Aira menahan sebak. Matanya mula berkaca.
“Ibu pun rindukan Aira. Qis pun rindukan Aira. Sejak semalam dia asyik termenung aje…” beritahu Halimah.
“Aira!”
“Ya, ibu!”
“Kak Saadah layan Aira dengan baikke?” soal Halimah.
“Er…” teragak-agak Aira nak menjelaskan hal yang sebenar.
“Aira bersabar ya. Ibu faham. Ibu tak ada saudara mara dan kawan yang lain selain dari dia yang tinggal kat sana….” Halimah seolah-olah memahami situasi yang di alami oleh Aira kerana dia kenal siapa Saadah.
“Ibu jangan risau. Lepas ni Aira akan cuba cari tempat tinggal yang lain dan Aira akan cari kerja. Kalau boleh Aira nak kehadiran Aira ke sini berbaloi walaupun  Aira tak sanggup nak berpisah dengan ibu…” kata Aira. Bimbang juga kalau Saadah fikir dia sedang mengadu pada Halimah melihat cara jelingan wanita itu ketika dia sedang bercakap di talian.
“Ibu doakan Aira akan bahagia dan gembira di sana. Ibu juga berharap Aira cepat-cepat jumpa keluarga Aira ya….jangan lupa sentiasa hubungi ibu. Hadi ada bagitahu, dia dah bagi nombor telefonnya pada Aira kalau Aira nak minta pertolongannya nanti. ….” kata Halimah.
“Ibu,  boleh tak Aira nak tahu pasal ayah Lajis. Dia ada marahkan ibu ke bila dia dapat tahu Aira datang KL? mana tahu dia ada pukul ibu.” kata Aira memikirkan kemungkinan tindakan Lajis terhadap Halimah.
Kedengaran suara Halimah mengeluh perlahan.
“Ibu, ayah Lajis ada pukul ibu ke?” soal Aira prihatin.
“Tak payahlah Aira nak risaukan pasal hal tu. Bukannya Aira tak tahu perangai ayah Lajis tu…Aira pun tahukan ibu akan pertahan maruah Aira. Ibu tak akan biarkan dia apa-apakan Aira. Ibu sanggup dia seksa ibu dari dia sakiti Aira….” kata Halimah dengan suara sendu membuatkan Aira benar-benar rasa sebak. Dari situ dia yakin bahawa Lajis pastinya telah memukul Halimah. Pasti Lajis marah sebab dia masih gagal mendapatkan Aira.
“Sabar ya, ibu.  Aira harap ibu juga tabah. Tapi kalau ibu tak tahan sangat melayan kerenah ayah Lajis, apa kata ibu tinggalkan dia. Ibu dan Qis datanglah KL. Nanti kita tinggal sama-sama kat sini.” pujuk Aira lembut.
 Entah kenapa itu yang terfikir oleh Aira saat ini. Sungguh, dia bencikan Lajis kerana sakitkan tubuh dan hati ibu. Lajis tak layak untuk menjadi seorang suami dan juga ayah.
“Mudah-mudahan dengan izin Allah dan kalau ada kesempatan…ibu akan tinggal bersama Aira nanti…” kata Halimah membuatkan Aira ukir senyum. Tak sabar nak tunggu kedatangan Halimah nanti untuk tinggal bersamanya di sini.
“Aira, lain kali ibu hubungi Aira lagi ya.” kata Halimah.
“Yalah ibu. Terima kasih ya ibu sebab hubungi Aira. Ingat ibu, Aira sayangkan ibu, sayaaang sangat-sangat.” kata Aira cuba menahan air mata dari jatuh ke pipi.
“Ibu pun sayangkan Aira. Nanti sampaikan salam ibu pada Saadah ya…” kata Halimah.
“InsyaAllah, ibu. Assalamualaikum!” talian dimatikan.
“Makcik!”
 Aira mendekati Saadah dan menyerahkan telefon miliknya. Saadah tetap dengan muka ketatnya.
“Ibu kirim salam kat makcik.” hanya itu yang Aira suarakan sebelum berlalu ke dapur.


KHAIRUL mengetuk pintu beberapa kali sebelum mengambil keputusan menguak pintu. Kakinya terus melangkah masuk walaupun tidak di pelawa. Dahinya berkerut melihat figura yang sedang berdiri di tingkap, merenung jauh pemandangan di luar bangunan 11 tingkat itu.
“Ehem!!!”
Khairul cuba mencuri perhatian lelaki yang sedang termenung jauh itu.
“Eh, kau Rul. Bila kau masuk?”
 Amar menoleh dan dia nampak terkejut dengan kemunculan Khairul tiba-tiba di miliknya.
“Baru aje pun. Aku dah ketuk pintu tapi tak ada jawapan. Aku masuk ajelah….lagi pun Sally cakap kau ada kat bilik.” beritahu Khairul sambil merenung wajah bos yang merangkap kawan baiknya itu.
Amar melepas helaan panjang. Kakinya menghala ke kerusi miliknya dan terus di labuhkan punggungnya di situ. Khairul juga mengambil tempat duduk di kerusi hadapan Amar walaupun tidak di pelawa. Dah biasa buat macam bilik sendiri.
“Woi, apa kena dengan kau ni pepagi. Moody semacam aje…atau kau berdebar nak tukar status! entah-entah duk fikir pasal malam pertama kut!” usik Khairul sambil tergelak kecil. Maklumlah, minggu depan Amar akan berkahwin dan statusnya akan bertukar. Bukan bujang sepertinya lagi.
Usikan Khairul itu di sambut dengan renungan tajam oleh Amar.
“Tak payahlah kau nak buat lawak pagi-pagi ni…tak lucu tau tak! tambah berserabut  kepala otak lagi ada!” balas Amar membuatkan dahi Khairul berkerut tiba-tiba.
“Weh, apa kena dengan kau ni? kau ada masalah ya?....cer cerita dengan aku!” Khairul mula risau melihat wajah cemberut Amar.
“Tasya!” akhirnya nama Tasya keluar dari mulut Amar.
Dahi Khairul terangkat.
“Okey, kenapa dengan Tasya?” soal Khairul.
“Aku dan Tasya tak jadi kawin minggu depan.” beritahu Amar dengan suara mendatar macam orang tak ada perasaan.
What? serius!!!” hampir terangkat punggung Khairul mendengar berita yang baru di sampaikan itu.
“Habis, kau ingat muka ni macam main-main ke?” Amar tiba-tiba berang.
“Eh, mana ada aku tuduh macam tu….aku just tanya….salahke?” Khairul kebingungan. Bercakap dengan Amar kadang-kadang buatkan jantungnya berdengup tak seimbang. Tekanan darahnya selalu tak stabil…Asyik semput aje. Entah-entah dia akan terkena serangan jantung nanti.
Amar menjeling tajam.
`Aku ni, dahlah tengah berserabut, dia ingat aku buat lawak pulak. Aku cepuk jugakkan dahi kau!` rungut Amar.
“Okey….okey…..cuba kau jelaskan perkara sebenar. Tak adalah sakit kepala aku nak fikirkan masalah kau ni.” kata Khairul.
“Eh, ada aku suruh kau fikirkan masalah aku?” soal Amar tiba-tiba berang.
“MasyaAllah….kau ni….aku nak prihatin pun salahke?...kalau macam tu, baik aku keluar aje….nanti kau kata aku menyusahkan kau pula!”
Khairul mula angkat punggung. Bersedia untuk beredar. Lagi lama dia duduk di bilik, dia pula yang jadi biul melayan kerenah Amar yang sentiasa pasang surut.
“Eh…eh….bila masa pula aku suruh kau keluar. Duduk!!!” arah Amar sedikit kalut membuatkan dahi Khairul makin berkerut.
“Dah tu, kau macam tak suka aje aku ada kat sini. Baik aku blah aje…” balas Khairul berjauh hati.
Sorry….aku minta maaf. Aku….aku tengah bengang dan pening sekarang….tak tahu apa nak buat. Dahlah majlis kawin aku sepatutnya berlangsung minggu depan. Tasya pula buat hal…aku bingung sekarang ni.” Amar bersuara sambil memejam mata seketika.
“Okey, cuba kau cerita apa sebenarnya yang berlaku. Mana tahu aku boleh tolong kau selesaikan masalah!” kata Khairul mula tayang muka simpati. Memang dia simpati pun. Bukan buat-buat.
Amar menarik nafas seketika.
Akhirnya dia menceritakan tentang pertemuannya dengan Tasya dan turut memberitahu keputusan yang telah di buat oleh Tasya terhadap hubungan mereka.
So, kau tak nak pujuk dia semula?....aku percaya kau masih cintakan dia kan!” kata Khairul selepas Amar menceritakan apa yang berlaku.
“Entahlah….aku dah tawar hati. Kalau dia ikhlas cintakan aku, kalau dia ikhlas dengan hubungan dan ikatan kami…..dia tak akan curang. Kau ingat aku akan merayu agar dia balik semula pada aku?....No, tak akan. Aku tak akan sesekali terima dia semula….aku dah minta parent aku jumpa orangtuanya untuk putuskan hubungan kami. Aku nak orang ingat aku yang putuskan hubungan dengan Tasya, bukan Tasya yang putuskan hubungan kami. Aku ada maruah, bro. Aku takkan sesekali biarkan maruah aku di pijak. Aku juga tetap akan kawin minggu depan….aku nak buktikan pada dia yang aku dah tak perlukan dia lagi dalam hidup aku! Dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia! boleh jalanlah…” kata Amar.
“Habis tu….kau dah ada calon?...Jasmine mungkin. Diakan calon pilihan mama kau sejak dari dulu!” kata Khairul.
“Jasmine?....No….No….aku tak akan pilih dia walaupun aku cukup terdesak. Kau ingat perempuan tu masih lagi suci ke? aku rasa dia tu spesis si Tasya aje!” kata Amar sambil tersenyum sinis.
So, mana kau nak cari perempuan yang kau nak jadikan isteri. Perempuan `suci`. Dalam lain perkataan yang mampu menggantikan tempat Tasya di hati kau dalam masa terdekat ni?” soal Khairul.
Amar terdiam.
Akhirnya dia hanya mampu mengangkat bahu.
Khairul mengeleng kepala perlahan. Faham sangat dengan perangai Amar. Mana dia nak kalah pada sesiapa. Amar yang dikenalinya terlalu ego, panas baran dan kuat cemburu. Entah siapalah yang menjadi mangsa lelaki itu untuk di jadikan isterinya minggu depan agaknya!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...