Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 9 November 2015

jadikanlah dia,...jodohku! 7



BECOK mulut Puan  Sabariah memberi arahan kepada beberapa orang pekerja yang di tugaskan untuk menghiasi rumah teres dua tingkat milik Encik Abdul Majid itu. Tiga buah kanopy turut di dirikan di luar kawasan rumah untuk tetamu yang akan hadir dalam majlis perkahwinan itu nanti. Bilik Qilla juga sudah siap di hias cantik.
Zana turut hadir memberi sokongan untuk Qilla. Kebanyakan barang-barang hantaran sudah siap di tempah dan di susun kemas di satu sudut.
“Mama...Tasya tak sukalah gaun ni....tak cantik....kalau boleh, Tasya nak gaun macam kak Qilla tu....” rengek Tasya sambil menayangkan gaun berwarna peach yang baru di ambil dari butik.
Qilla dan Zana yang berada di ruang tamu ketika itu saling berpandangan.
“Alah...pakai ajelah...mama tengok cantik apa gaun tu...sesuai dengan Tasya....” sangkal Puan Sabariah sambil meneliti gaun yang di tayang di tubuh Tasya.
Mulut Tasya sudah panjang sedepa. Memang tak puas hati bila kata-katanya tidak di ambil kira.
“Tasya nak gaun yang macam hari tu....tapi mama tak bagi....kak Qilla tu okey aje....bukan sehelai dua gaun dia...tapi lima helai gaun...mana aci mama....dia boleh bergaya sakan dengan gaun cantik...Tasya tak boleh...” Tasya tetap melahirkan rasa tak puas hati.
“Sabarlah....nanti mama usahakan...” pujuk Puan Sabariah sambil mengusap lembut bahu Tasya.
“Cik Tasya....yang kau beria bagai nak pakai gaun bermacam –macam ni apa hal?...aku ke, kau yang nak kawin?” Qilla bersuara. Benci betul dengan perangai tak sedar diri dan gedik Si Tasya ni. Rasa nak lempang aje mulut itiknya itu.
“Heh....ikut suka hati aku lah...ada aku susahkan kau....aku minta dengan mama aku lah....” Tasya menjawab membela diri.
“Amboi, banyak cantik jawapan kau....mana boleh ikut suka hati kau aje....duit yang mama kau pakai tu  duit ayah aku....nak harapkan duit kau dengan kerja sebagai pembantu kedai bunga tu, mana mampu nak beli barang-barang yang mahal. Kau faham tak?” Qilla sudah bangun sambil mengetap bibir.
Tasya menarik muka masam.
“Eh, yang kau tiba-tiba menyibuk kat sini apa pasal?” tempelak Tasya sambil bercekak pinggang.
“Hoi, kau hilang ingatan ke apa...lusa majlis kawin aku....tak ada kena mengena pun dengan kau....kau sedar diri sikit....kau tu cuma menumpang aje kat rumah ni...jangan nak berlagak lebih,” marah Qilla.
“Sudah....sudah....korang berdua tak payah nak gaduh-gaduh....malu dekat orang. Yang kamu ni Qilla...jangan berlagak sangat....mentang-mentanglah kau nak kawin dengan anak orang kaya....kau nak tunjuk hebat....” Puan Sabariah mencelah. Dia juga terasa hangat dengan kata-kata Qilla.
“Makcik....bila masanya Qilla berlagak....yang berlagak kat sini siapa?...makcik atau Qilla....makcik ingat sikit ya....ni rumah ibu Qilla....rumah arwah ibu Qilla....jangan ingat bila Qilla dah tak tinggal sini....makcik boleh rampas rumah ni....never! Qilla tak akan  benarkan.” Qilla mula bengang.
“Kamu ni Qilla...” Puan Sabariah mula mendengus kasar. Rasa nak ganyang-ganyang saja mulut anak tirinya kerana memalukan dia depan tetamu-tetamu yang ada ketika itu.
“Qilla, sudahlah....tak payah nak bertekak...tak ada faedahnya.” pujuk Zana yang mula resah memikirkan berdebatan mereka. Silap hari bulan boleh gaduh sampai tarik-tarik rambut. Tadi pun dia nampak Puan Sabariah dah siap sinsing lengan bajunya.
“Betul kata kau...tak ada faedahnya aku bergaduh dengan dia orang....” Qilla segera bangun di ikuti oleh Zana.
Sampai di bilik tidur, Qilla menghempas punggung di atas katil yang sudah berhias cantik.
“Aku sakit hati betullah dengan dia orang tu....” Qilla mendengus kasar.
“Sudahlah....tak payah kau nak fikir pasal mereka....sekarang ni kau hanya perlu fikir pasal kau aje...pasal majlis perkahwinan kau dengan Ryan....” pujuk Zana sambil mengusap lembut bahu Qilla.
“Zana, kau tahu tak yang aku sayang sangat kat ayah aku....” kata Qilla.
Zana mengangguk perlahan.
“Aku keluar dari rumah ni sebab aku tak tahan dengan sikap makcik dan anak-anak dia...Makcik Sabariah tu...nama aje Sabariah...tapi sikit pun tak sabar....asyik nak menangkan dia aje....sama dengan dua orang anaknya....Si Tasya tu...kerjanya asyik nak melaram...dan Si Haiqal pun sama, asyik nak joli aje...lagak mereka macam orang kaya...sedangkan semuanya bergantung pada ayah aku....kalau bukan sebab harta yang arwah ibu tinggalkan...pasti aku dan ayah sudah lama hidup merempat....Makcik Sabariah dan anaknya tu hadir dalam hidup kami setelah hidup kami dah stabil....tapi, sikap mereka yang tak tahu bersyukur tu buat aku sakit hati...” Qilla mula sebak.
“Aku faham keadaan kau...selama ni aku tempat kau mencurah rasa dan aku simpati dengan nasib kau...itu sebab aku cakap kisah hidup kau ni macam dongeng Cinderella....” kata Zana.
“Kau ni...tak habis-habis dengan cerita dongeng Cinderella sejak dari dulu....” Qilla tergelak sendiri.
“Dah memang betul....Tiga hari lagi putera raja kau akan datang dan membawa kau hidup di istana...jauh dari semua masalah yang ada di sini....tapi, bila kau dah hidup bahagia di istana....jangan sesekali kau lupa ayah kau....he needs you...Qilla, aku rasa makcik kau dah guna-gunakan ayah kau sampai dia ikut aje semua kemahuannya....” kata Zana mula bercakap serius.
“Kau rasa macam tu ke?” dahi Qilla berkerut.
“Alah...itu cuma andaian aje bila tengok perangai ayah kau bila depan makcik kau...tapi...tak baik kalau kita menuduh tanpa bukti...itu fitnah namanya....” kata Zana macam teragak-agak pula.
Qilla diam seketika.
“Qilla....” panggil Zana.
Qilla menoleh, merenung seketika wajah sahabatnya.
“Tak sabarnya aku nak tengok kau bersanding dengan Ryan....bila aku teringatkan yang kawan aku ni dah nak kawin....aku pun rasa teringin nak kawin jugak....nanti, lepas ni aku terpaksa tinggal seorang diri kat rumah tu....” kata Zana.
“Kalau macam tu....suruhlah Imran masuk meminang kau...” kata Qilla.
“Entahlah....dia tak pernah pun sebut pasal hal  tu...takkanlah aku pula nak kena buka mulut...jatuhlah saham aku!” Zana tersengih.
“Kalau dia tak nak buka mulut, kau ajelah yang buka mulut. Kau lamar dia jadi suami,” kata Qilla.
 “Amboi...tapi, okey juga tu cadangan kau...akan dipertimbangkan. Zaman Rasulullah dulu pun....Siti Khadijah yang meminang baginda untuk di jadikan suamikan...” Zana tergelak kecil.
“Itu  isteri nabi, kau tu siapa?” kata Qilla.
“Aku? kau tak kenal aku lagi ke? dah bertahun kita hidup bersama....masih tak kenal siapa aku? Kau lupa nama kawan rapat kau....Syazana binti  Shamsuddin.” kata Zana membuatkan Qilla tersu melambak tawa. Akhirnya Zana turut ketawa sama.
“Qilla, apa rancangan kau lepas kawin dengan Ryan nanti?” soal Zana mengubah tajuk perbualan mereka.
“Lepas kawin...aku dan Ryan akan duduk rumah yang dia beli tu...aku tak nak kami tinggal kat sini....kau tahulah perangai Si Tasya tu...sejak dari dulu lagi dia cuba nak goda  Ryan...nasib baik Ryan tu hati kebal....kalau tak, berputih matalah aku....” kata Qilla mengenangkan betapa gediknya perangai Tasya setiap kali Ryan datang ke rumah.
“Dan kau juga nak mengelak dari Haiqal kan...” sambung Zana pula.
“Hmm....yang tu pun sekor....mata dia macam mata burung helang....pandang aku macam nak telan...” rungur Qilla.
“Dah kau tu cantik....mestilah dia  tergoda dengan kau....Kau kena hati-hati dengan Si Haiqal...aku tak percaya dengan mamat tu. Sekarang ni macam-macam dah berlaku....contohnya sumbang mahram....” kata Zana.
“Si Haiqal tu bukan abang kandung aku...dia tu abang tiri aku....” kata Qilla.
“Ya, aku tahu...itu sebabnya dia  ada perasaan dengan kau...dan sebab itu juga aku mahu kau hati-hati dengan dia,....kau juga kena hati-hati dengan Makcik Sabariah dan Si Tasya tu jugak....mereka bertiga tu macam ular, tunggu masa nak membelit mangsa....” kata Zana.
“Dahlah...malas aku nak cakap pasal hal dia orang....” kata Qilla dan kebetulan bunyi telefon berdering.
“Kau tolong ambil telefon tu...” pinta Qilla.
Zana akur. Telefon milik Qilla di atas meja di capai dan diserahkan.
Mummy...” ujar Qilla sambil mengukir senyum.
“Assalamualaikum, mummy!” telefon bimbit segera ditekap di telinga.
“Apa??”
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Datin Suraya, Qilla terasa pandangannya gelap seketika dan tubuhnya terasa ringan.
“Qillaaa!!!!” Zana menjerit kuat.



QILLA segera meluru mendapatkan Datin Suraya dengan di temani oleh Zana. Dalam perjalanan ke hospital tadi, Qilla sempat memberitahu Encik Abdul Majid dan ayahnya berjanji untuk ke hospital secepat mungkin.
Tubuh Datin Suraya di peluk Qilla seerat mungkin. Bengkak sudah matanya kerana menangis sepanjang perjalanan ke hospital tadi. Orangtua Ryan juga tak dapat memberi sebarang keputusan kerana Ryan masih di rawat di ICU.
“Sabar ya....banyakkan berdoa...semoga Ryan tak apa-apa. InsyaAllah dia akan selamat...” pujuk Zana cuba menenangkan Qilla yang tak dapat nak menahan tangis.
Mummy....mummy tak sanggup kehilangan Ryan...mummy tak nak kehilangan dia...” Datin Suraya mengesat air mata yang masih mengalir. Datuk Ilham kelihatan menahan sebak di atas kerusi. Dia tabah menghadapi dugaan sambil di tenangkan oleh Pak Deris yang merupakan pemandunya.
“Qilla, mummy dah bagitahu along tentang kemalangan yang menimpa Ryan...dia akan balik segera...along tu sayang sangat kat Ryan...hubungan mereka terlalu rapat....” kata Datin Suraya sambil menyapu air mata yang masih mengalir keluar. Entah bila akan berhenti.
“Kita berdoa ya....semoga Ryan akan cepat sedar....” kata Qilla dengan linangan air mata.
“Kesian anak mummy...korang berdua akan kawin tiga hari lagi...tapi....Ryan....” Datin Suraya menekup mulutnya. Tak sanggup nak meneruskan kata-kata.
Mummy...Ryan pasti akan sedar....dia dah janji....dia akan kawin dengan Qilla....dia janji dia tak akan tinggalkan Qilla....” kata Qilla bersama tangis yang masih bersisa.
Penantian mereka berakhir bila seorang doktor keluar dari bilik rawatan. Mereka terus mendapatkan doktor itu.
“Bagaimana keadaan anak saya?” soal Datuk Ilham sambil memandang Doktor yang memakai nama Khairil.
Doktor Khairil memandang wajah mereka satu persatu.
“Kami minta maaf sebab kami tak dapat selamatkan anak Encik, dia mengalami pendarahan yang teruk di kepala...Allah lebih sayangkan dia. Bersabar ya!” kata Doktor Khairil sebelum meminta diri untuk beredar.
“Ya Allah, Ryan...” jerit Datin Suraya.
 “Sue!!”
“Qilla....”
Suasana menjadi kecoh bila dua orang wanita telah pengsan serentak. Datin Suraya dan juga Qilla.


PEELAHAN-LAHAN Qilla membuka mata. Silau.
“Qilla, kau dah sedar!” terdengar suara Zana menusuk ke telinganya.
“Qilla,... Qilla dah sedar, nak.” suara Encik Abdul Majid pula kedengaran.
Qilla memandang wajah mereka berdua. Zana dan ayahnya saling berpandangan.
“Qilla kat mana ni?” tanya Qilla kebingungan.
“Qilla, Qilla kat hospital...tadi Qilla pengsan...” jelas Encik Abdul Majid.
Qilla segera bangkit. Matanya tepat memandang wajah Zana dan ayahnya.
“Bagaimana dengan Ryan?...dia dah sedarke?” soal Qilla kalut membuatkan Zana segera merapati tubuh Qilla, tangan Qilla di raih dan digenggam erat.
“Qilla, Ryan dah tak ada....kau pengsan tadi sebab dapat tahu yang Ryan dah tak ada....Ryan dah tinggalkan kita semua...” beritahu Zana.
“Tak....Ryan masih hidup....kami akan kawin tiga hari lagi....dia dah janji dengan aku dia nak kawin dengan aku....mana boleh dia tinggalkan aku....habis tu, aku nak kawin dengan siapa?” Qilla memandang wajah Zana.
“Qilla, sabar ya....kau kena redha....kau kena terima ketentuan Ilahi....DIA lebih sayangkan Ryan....” pujuk Zana.
“Tidak...Ryan masih hidup. Kau tipu aku....kau cemburukan aku....kau cemburu sebab Ryan cintakan aku!!” Qilla bertempik membuatkan Zana memandang wajah Encik Abdul Majid.
“Qilla sayang....jangan macam ni, nak. Ayah tak sanggup nak tengok Qilla terus macam ni....Qilla kena tabah....ingat sayang, ayah dan Zana akan sentiasa ada untuk Qilla....kami sayangkan Qilla....” pujuk Encik Abdul Majid sambil memeluk tubuh Qilla yang sedang menangis teresak-esak.
Sungguh sukar untuk terima hakikat yang Ryan telah tiada. Ryan telah pergi meninggalkan mereka semua dalam sekelip mata. Ryan pergi dari dia dan tak akan kembali buat selamanya.
“Ayah.....Zana....” panggil Qilla dengan linangan air mata.
“Mana mummy? tentu dia perlukan Qilla...” kata Qilla dan cuba turun dari katil.
Qilla mendapatkan Datin Suraya yang di tempatkan di sebuah bilik. Mereka terus berpelukan sambil melepas tangis.
“Sayang mummy....” kata Datin Suraya sambil menyapu air mata yang mengalir di wajah Qilla.
“Qilla kena tabah ya sayang....mummy sayangkan Qilla....walaupun Ryan dah tak ada...mummy akan sentiasa anggap Qilla ni anak mummy....anak kesayangan mummy....” kata Datin Suraya dan sekali lagi tubuh Qilla di peluk erat.
“Ya mummy....Qilla tak akan tinggalkan mummy. Qilla pun sayangkan mummy...” balas Qilla sambil di perhati oleh mereka yang lain.
Datuk Ilham kemudian meminta diri untuk menguruskan perkara yang sepatutnya.
“Qilla, tolong temankan mummy....mummy nak tengok Ryan....” pinta Datin Suraya.
“Baik, mummy. Qilla pun nak jumpa Ryan.” kata Qilla.
Mereka menuju ke bilik yang menempatkan mayat Ryan. Sekali lagi air mata Qilla dan Datin Suraya bercucuran saat melihat sekujur tubuh kaku Ryan. Banyak kesan luka pada badan dan wajahnya membuatkan hati mereka benar-benar sayu dan sebak. Lama juga mereka berteleku di sisi katil Ryan sementara menunggu Datuk Ilhan dan Encik Abdul Majid selesai membacakan Yasin. Pak Deris yang menjadi pemandu Datuk Ilham tak pernah berenggang dari Datuk Ilham. Malah, dia tak henti-henti memberikan sokongan supaya majikannya tabah menghadapi kehilangan. Dia juga turut merasa kehilangan Ryan kerana Ryan membesar di depan matanya.
“Sue, abang dah called saudara mara kita dan kawan-kawan Ryan untuk memberitahu pasal ketiadaan Ryan. Mungkin mereka akan sampai tak lama lagi. Selepas ni abang akan berurusan dengan pihak hospital untuk menguruskan jenazah arwah. Bila semuanya dah selesai, jenazahnya akan di bawa pulang ke rumah.” kata Datuk Ilham.
“Sue ikutkan saja. Abang buatlah apa yang terbaik. Sue tak tahu tak fikirkan apa lagi...” kata Datin Suraya sambil menyapu air matanya. Datuk Ilham, Encik Abdul Majid dan Pak Deris kemudian beredar dari bilik itu untuk menguruskan hal-hal lain.
 Kini giliran Qilla, Datin Suraya dan juga Zana membaca surah Yasin. Berkali-kali juga Qilla dan Datin Suraya  terpaksa menghentikan bacaan mereka kerana tidak dapat menahan rasa sebak.
 Mummy, Qilla nak pergi solat Asar dulu. Mummy nak ikut sekali ke?” kata sebaik sahaja selesai membaca surah Yasin. Qilla baru  teringat yang dia belum lagi solat Asar.
“Qilla pergilah dulu, nanti mummy pergi. Mummy nak bacakan lagi surah Yasin untuk arwah.” kata Datin Suraya masih belum bersedia untuk berganjak. Rasa sayu untuk meninggalkan tubuh Ryan yang sudah kaku tidak bernyawa.
“Kalau macam tu, Qilla pergi dengan Zana dulu ya...” kata Qilla.
“Ya lah....jangan lupa doakan untuk arwah Ryan. Semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Mummy juga akan doakan yang sama nanti.” kata Datin Suraya.
“Baiklah, mummy.


QILLA menyandarkan badannya di dinding selepas siap solat dan berdoa. Matanya di pejam rapat tapi air mata tetap mengalir keluar tanpa di tahan. Zana hanya mampu memandang dan bersedia memberikan sokongan. Di surau itu ada lagi dua orang penghuni dan mereka sudah bersedia untuk meninggalkan ruangan itu.
 “Qilla...sabar ya....kau kena tabah....” pujuk Zana yang turut merasai kehilangan Ryan.
Qilla membuka mata. Wajah Zana itu di pandangnya dengan linangan air mata.
“Zana...aku sayangkan Ryan....aku sayangkan dia sangat-sangat.” kata Qilla bersama tangis.
“Memang aku tahu kau sayangkan dia ,....tapi Allah lebih sayangkan dia. Kau kena redha dan tabah....kau kena teruskan hidup. Kalau kau terus-terusan begini....sukar untuk kau teruskan hidup di kemudian hari....kau kena ingat dan fikir....kau hanya mengenali Ryan hanya selama lima tahun.....tapi aunty Suraya....dia mengenali Ryan seumur hidup Ryan. Kalau dia boleh terima pemergian Ryan dengan tabah....kenapa kau tak boleh?...kau hanya sekadar tunang dia tapi aunty Suraya....Ryan anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari. Tentulah dia lebih rasa kehilangan berbanding kau.” pujuk Zana.
“Dahlah....jom, kita temankan aunty. Lagi pun, dia belum lagi solat.” kata Zana dan bersedia untuk beredar. Qilla juga turut bangun dengan di bantu oleh Zana. Nampak sangat yang tubuh Qilla begitu lemah dan tidak bertenaga. Namun, Zana berharap yang kehilangan Ryan tidak akan mematahkan semangat Qilla untuk teruskan hidup.
 “Kata daddy, jenazah Ryan akan ditanam esok. Mereka nak tunggu kepulangan anak sulung mereka yang mungkin sampai pagi esok. Lepas ni, aku nak  temankan mummy kat rumah sekejap....aku tahu mummy perlukan sokongan dari kita.” kata Qilla.
“Kau jangan risau. Aku akan sentiasa ada untuk temankan kau.” kata Zana membuatkan Qilla benar-benar rasa terharu.
Thanks Zana sebab kau sudi temankan aku. Aku ingat, balik dari rumah mummy,  aku nak terus balik rumah sewa kita. Aku tak nak bersemuka dengan makcik aku....nanti dia banyak bunyi...aku tak nak gaduh dengan dia....kau pun tahukan, kadang-kadang aku ni mudah naik angin....nanti tak pasal-pasal...tangan aku pula yang naik kat muka dia...” kata Qilla tentang perancangannya.
“Hmm...betul jugak. Nanti tak pasal-pasal kau bergusti pulak dengan mereka anak beranak.” kata Zana sambil tergelak kecil. Dalam keadaam sedih, Qilla turut tergelak kecil sambil membayangkan situasi itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...