Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 23 October 2015

Yang terindah dari dia! 5




“A
MAR, I nak putuskan pertunangan kita. I rasa I tak boleh nak teruskan hidup I dengan you lagi lepas ni….” Tasya bersuara.
Amar tercengang mendengar kata-kata Tasya tadi. Sungguh dia tidak menduga kata-kata itu akan keluar dari mulut gadis yang dia cintai selama ini. Tajam matanya merenung wajah Tasya yang sudah tunduk ke meja. Nampak sangat yang dia cukup gerun  dan takut dengan renungan mata Amar itu.
“Tasya!!” panggil Amar dengan suara tegang.
Rahang Amar nampak bergerak-gerak menahan amarah yang cukup ketara.
Teragak-agak Tasya mendongak, membalas renungan tajam Amar yang merangkap tunangnya sejak setahun yang lalu.
Tell me….what happened to you and what wrong with me?” soal Amar dengan suara tegas. Merah mukanya memandang wajah Tasya yang mula resah dan gelisah itu.
“Amar!!! I`m sorry!” pinta Tasya perlahan. Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan Amar. Dia rasa cukup bersalah.
“I tak nak dengar hanya ucapan maaf sahaja yang keluar dari mulut you….I nak tahu atas alasan apa yang buat you nak putuskan pertunangan kita….” bentak Amar.
Amar tak dapat mengawal rasa marah yang makin lama makin memuncak. Memang sikap yang ini sukar untuk dia hapuskan. Cepat sangat nak melenting dan marah-marah kalau ada perkara yang tidak menyenangkan hatinya.
“Syhh…boleh tak kalau you perlahankan suara you. You nak semua orang dengarke?” Tasya cuba mententeramkan kemarahan Amar.
“Oh, jadi you malu ya kalau orang dengar…biarlah….biar semua orang dengar….I tak kesah!” kata Amar.
“Amar…please….jangan macam ni…” pujuk Tasya lembut sambil menyentuh tangan Amar.
“Habis tu you nak I buat macam macam mana? you nak I senyum…atau you nak I ketawa terbahak-bahak bila I setuju yang pertunangan kita di putuskan, begitu!!!” kata Amar berang sambil melarikan tangannya. Tak mahu tangannya di sentuh oleh perempuan yang telah meremukkan hatinya.
Tasya mengeluh perlahan.
“Amar, sebenarnya….”
Tasya cuba nak menjelaskan kedudukan yang sebenar.
“Sebenarnya apa?....cuba terus-terang dengan I. Bagi I faham.” kata Amar lagi.
Tajam matanya merenung wajah Tasya yang mula menikus.
“I….I….” teragak-agak Tasya nak bersuara.
Just tell me….I nak tahu sekarang juga!” herdik Amar dengan suara yang cukup keras.
 Saat itu juga  tangannya di hempuk kuat di atas meja sehingga mengganggu suasana di restoran itu dengan suara herdikan dan hempukan. Terhinjut tubuh Tasya dek terkejut dengan tindakan Amar. Semua pengunjung di restoran mewah itu memandang ke arah mereka membuatkan wajah Tasya makin tunduk. Sungguh dia malu bila di herdik begitu. Cukup kuat hingga membuatkan jantungnya hampir gugur.
Actually,…I love someone else…” Tasya bersuara perlahan.
What!!!”
Makin berang muka Amar mendengar alasan Tasya itu.
“I cintakan orang lain dan I minta maaf sebab terpaksa putuskan pertunangan kita. Dan I….sebenarnya I….I dah terlanjur dengan lelaki tu!” beritahu Tasya takut-takut.
Tasya cukup risau dan resah sekiranya tangan Amar naik ke mukanya. Dia tahu akan sikap panas baran Amar. Cepat sangat nak naik tangan. Bukan hanya seorang yang panas baran tapi juga seorang yang cukup cemburu.
 Kadang-kadang dia pun tak yakin yang hubungan mereka boleh pergi jauh. Dan sekarang, dia sudah ada tempat sandaran walaupun diakui bahawa lelaki yang disandarkan ini bukanlah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan Amar.
Sorry!....cuba you cakap sekali lagi supaya I dengar lebih jelas!” Amar bersuara kuat.
“I tak nak tipu you, Amar….I mengandung sekarang. I minta maaf…..I betul-betul minta maaf.  I tahu….I salah tapi benda dah berlaku. I tak boleh nak undur balik. I betul-betul minta maaf….” kata Tasya dengan mata berkaca.
 Tanpa sedar, air matanya mula mengalir di pipi. Memang dia yang bersalah. Pasti sukar untuk Amar memaafkannya walaupun sudah berulang kali ungkapan maaf terlahir dari mulutnya.
Bahu Amar tiba-tiba jatuh. Dia diam. Wajahnya juga tunduk. Dia hanya mendiamkan diri. Sedikit pun tak memandang wajah Tasya.
“Amar!” panggil Tasya mula risau.
“Amar!” panggil Tasya lagi.
Tangan Amar cuba di capai tapi Amar segera melarikan tangannya. Tak rela tangannya di sentuh.
“Amar….jangan diam macam ni. I akan rasa lebih bersalah. I `m really sorry, okay! Kalau you nak marahkan I pun….I terima tapi jangan berdiam macam ni!” ujar Tasya.
Waiter!” panggil Amar.
Dia terus mengeluarkan dua keping not RM50 dan terus bangun.
“Amar!” panggil Tasya agak terpingga-pingga.
“I nak balik. Sorry, Tasya….I tak dapat hantar you…you balik aje dengan teksi atau you minta aje lelaki yang you cintakan itu datang ambil you kat sini.” kata Amar dan terus berlalu pergi.
I`m sorry, Amar.” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Tasya. Perlahan-lahan dia menyeka airmata yang mula mengalir laju membasahi pipinya.


DUM!!!
Amar menghempas kuat pintu biliknya sebaik sahaja masuk. Memang saat ini hatinya panas, menggelegak. Kalau dia ada di kutub utara pun, belum pasti hatinya yang panas menjadi sejuk. Tubuhnya di hempas kasar di atas tilam empuk. Matanya di pejam rapat. Cuba melenyap dan menghilangkan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia mahu menganggap semua yang berlaku di restoran tadi hanyalah mimpi.
Bagi Amar, Tasya adalah cinta pertamanya. Mereka mula menyulam kasih ketika sama-sama belajar di UK. Demi cintanya pada gadis itu, dia sanggup mengenepikan jodoh yang di tetapkan oleh orangtuanya. Malah dia sanggup menggertak mamanya yang dia tak akan balik ke banglo ini selagi mamanya tidak merestui hubungannya dengan Tasya. Akhirnya Datin Noraidah terpaksa merestui pilihan hatinya sehingga hubungan dia dengan Tasya termenterai dengan  sebuah ikatan pertunangan.
Sudah setahun usia pertunangan mereka dan minggu depan mereka akan di satukan dengan sebuah perkahwinan. Tapi begitu tegar Tasya melepaskan ikatan mereka dengan alasan mencintai lelaki lain, malah mereka sudah terlanjur. Cukup sadis.
Hatinya benar-benar rasa sayu dengan tindakan dan sikap Tasya yang disangka begitu menyayangi dan menyintainya.
Amar bangkit semula dari pembaringan. Tangannya meraup ke muka.
“Ya, Allah… kenapa semua ni harus berlaku?....kenapa aku yang jadi mangsa? kenapa tidak orang lain???” sekali lagi Amar meraup tangannya ke muka.
Entah kenapa saat ini hatinya cukup rapuh, matanya mula berkaca. Di restoran tadi sehabis baik dia cuba mengawalnya agar air matanya tidak gugur. Malu beb kalau di lihat lelaki macho sepertinya menangis kerana perempuan.
“Ah, aku tak akan menangis….aku tak akan merayu kerana perempuan….tak akan….aku mesti kuat…”
Amar menyapu kasar air matanya yang bergenang di kelopak mata.
Tok….tok….tok….
“Siapa?” entah siapa yang tiba-tiba mengetuk biliknya. Memang mengganggu moodnya.
“Mama ni. Boleh mama masuk?” terdengar suara Datin Noraidah di luar biliknya.
“Mama….masuklah. Pintu tak berkunci.” nak tak nak sahaja Amar bersuara.
Saat ini dia benar-benar tidak mahu di ganggu. Dia ingin bersendirian. Dia mahu tenangkan fikiran. Dia perlu sabarkan hati yang sedang rusuh, pilu dan sayu.
Datin Noraidah melangkah masuk ke dalam bilik anak bujangnya. Segera dia menghampiri Amar yang masih lagi berteleku di atas katil. Wajahnya nampak muram sedih.
Segera punggungnya di labuh di birai katil.
“Amar, kenapa ni? mama nampak macam ada yang tak kena aje….”
Datin Noraidah merenung wajah Amar. Dia nampak perubahan yang cukup ketara pada wajah anak bujangnya itu sejak dia melangkah masuk ke dalam banglo tadi.
“Tasya, mama.” Amar bersuara sambil melepas helaan kasar. Wajahnya bertukar tegang.
“Kenapa dengan dia?” soal Datin Noraidah dengan dahi yang berkerut.
“Dia nak putuskan pertunangan kami ….” beritahu Amar membuatkan Datin Noraidah hampir nak pengsan.
“Apa ni? kenapa sampai jadi macam tu?” soal Datin Noraidah mula kalut. Matanya tepat memandang ke arah Amar.
“Dia dah ada orang lain…” selamba saja Amar memberi jawapan membuatkan Datin Noraidah mendengus kasar.
“Apa? dia dah ada orang lain….habis tu, macam mana dengan segala persiapan untuk majlis kawin Amar minggu depan. Macam mana kita nak bagitahu semua orang? Boleh tak Amar bayangkan perasaan mama dan papa….air muka kami depan saudara mara dan kawan-kawan….”
Datin Noraidah mengetap bibir.
“Dah tu…Amar nak buat macam mana lagi? Mama nak Amar merayu pada dia?....memang tak lah…lagi pun, sekarang ni dia tengah mengandung anak lelaki tu….” beritahu Amar.
“Astaghfirullahal Azim….apa nak jadi dengan budak Tasya tu. Seminggu aje lagi kamu berdua nak kawin, dia tiba-tiba buat hal….”
 Datin Noraidah mengeleng kepala. Dia cukup kesal dan kecewa mengenangkan sikap Tasya.
“Tak apalah mama. Lebih baik dia bagitahu sekarang daripada dia bagi tahu lepas kawin. Amar tak nak jadi pak sanggup….” kata Amar lagi.
“Itulah….dari dulu lagi mama tak suka Tasya tu jadi pilihan hati Amar….tapi Amar yang degil. Siap ugut mama lagi kalau tak nak terima dia…..sekarang ni….tanggunglah sendiri…” kata Datin Noraidah.
“Eh, mama ni, jadi….mama ingat Amar nakke benda ni terjadi?” tempelak Amar.
Amar menjeling tajam ke arah mamanya. Geram betul mendengar rungutan mamanya.
Datin Noraida diam seketika.
“Habis tu….mak ayah Tasya macam mana? takkanlah mereka nak diamkan aje perkara ni….” kata Datin Noraidah lagi.
“Lantaklah…Amar tak nak fikirkan pasal dia lagi…” kata Amar yang mula keliru.
“Kita boleh saman mereka tau sebab memalukan kita….sepatutnya mak ayah dia datang jumpa mama dan papa, minta maaf….ini diam aje….mak, ayah, anak sama saja….” dengus Datin Noraidah kesal.
“Dahlah mama…kita bincang esok aje….Amar nak berehat. Amar tak nak fikirkan hal ni buat masa sekarang….boleh tak mama keluar sekarang!” kata Amar membuatkan Datin Noraidah mengetap bibir.
“Hish….sekali fikir memang patut pun benda ni jadi pada Amar….dulu, ingkar sangat cakap mama….sekarang ni….tanggunglah sendiri!” kata Datin Noraidah yang masih belum puas menyalahkan anaknya.
“Mama!!!” sergah Amar.
“Yalah…mama keluar sekarang. Ingat….esok mama nak hal ni di bincangkan…” kata Datin Noraidah sebelum keluar dari bilik itu sambil mengatur langkah kesal.
Sebaik sahaja wajah mamanya menghilang, Amar melepaskan helaan panjang.
“Tasya, sampai satu saat you akan datang melutut di kaki I.”
Amar mengetap bibir.
Semua gambar Tasya yang berada di dalam simpanannya di koyak sehingga menjadi cebisan kecil. Mulai sekarang, dia mahu lupakan perempuan itu dari hidupnya. Dia masih lagi boleh teruskan hidup tanpa perempuan itu. Dan dia akan buktikan pada Tasya yang dia juga mampu hidup bahagia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...