Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 3 October 2015

Jadikanlah dia,...jodohku! 6



T
AUFIQ segera mengangkat punggung sebaik sahaja mesyuarat bulanan berjalan dengan lancar. Dia tak sanggup melihat dan mendengar rakan-rakan sekerja mengucapkan tahniah untuk Qilla kerana bakal berkahwin  hujung minggu ini. Kad undangan yang diberikan oleh Qilla semalam belum di buka sampulnya. Masih elok terletak di atas meja. Hatinya turut berbelah bagi sama ada mahu menghadiri majlis perkahwinan itu atau pun tidak. Hatinya cukup resah dan walang.
Sebaik sahaja kakinya memijak ruang pejabatnya, dia sudah melepaskan keluhan. Keluhan yang sarat dengan seribu satu rasa. Hanya dia seorang yang mengalaminya tapi Qilla tak pernah nak mengambil tahu dan mengambil peduli tentang perasaannya. Bukan Qilla tak tahu tapi gadis itu buat-buat tak endah. Mentang-mentanglah dia sudah punya pilihan yang lebih hebat darinya. Kadang-kadang dia terfikir dan berdoa, alangkah eloknya kalau hubungan mereka itu terputus.
Taufiq meraup mukanya sambil mengeluh panjang.
“Ya Allah, jauhilah perasaan jahat dalam hatiku. Aku patut mendoakan kebahagiaan untuk mereka….bukan sebaliknya. Sepatutnya aku redha dan terima hakikat bahawa gadis yang aku puja selama ini tak mungkin akan menjadi milik aku. Mencintai tak semestinya memiliki. Aku patut rasa bahagia melihat gadis yang aku puja, aku cinta hidup bahagia bersama pilihannya!”
“Sayang!!”
Taufiq segera menoleh sebaik sahaja mendengar perkataan sayang di tepi telinga. Memang tak lain tak bukan orangnya adalah orang yang ingin di hindari. Hairan,…yang mahu di hindari semakin dekat. Yang mahu di dekati pula akan semakin menjauh.
“You! apa mimpi tiba-tiba muncul kat bilik I ni?” tegur Taufiq dengan rasa bosan. Memang dia cukup bosan dan rimas untuk melayan kerenah Aina Dinara yang di rasakan begitu menjengkilkan. Merengek-rengek dan meliuk lentok macam kucing miang.
“Sayang…bila I dah muncul depan mata you…maknanya….I nakkan you!” Dyna segera mengusap dada bidang Taufiq tapi lelaki itu segera menjauh dan pura-pura membetulkan tali leher sambil berjalan ke arah kerusinya. Terus punggungnya di labuh di situ.
Dyna mendengus perlahan dengan muka masam.
“You ni kan….asyik moody aje setiap kali I muncul depan mata you…kenapa hah!” marah Dyna sambil menghentak kasut tumit tinggi.
“Dah you tahu I moody setiap kali you muncul depan mata I….janganlah muncul lagi….” dengan selamba Taufiq membalas membuatkan Dyna mengetap bibir.
“You,!!!” Dyna menjerit sambil mengetap bibir.
“You apa? you dah gila ya?...” Taufiq tergelak kecil sambil tangannya mencapai satu fail.
“Fiq!!” Dyna menjerit dengan suara yang kuat. Sakit hatinya mendengar kata-kata Taufiq itu.
“Kalau you nak menjerit, jangan menjerit kat bilik I….bising….bingit, tahu tak!” bentak Taufiq.
“Okey, Fine… I nak adu pada papa pasal you tak layan I….biar papa marahkan you!” kata Dyna dengan nada mengugut macam budak-budak kecil.
Whatever!” Taufiq mengangkat bahu. Malas nak terus melayan kerenah gadis yang tak cukup baligh walaupun sudah berusia 27 tahun.
Dyna sudah bersedia untuk beredar tapi tiba-tiba langkahnya terhenti.
“Eh, kad apa ni?” terus tangannya mencapai kad yang bersampul warna putih di atas meja.
Pada awalnya Taufiq ingin merebut kad itu dari tangan Dyna tapi gadis itu cepat-cepat membukanya.
“Wow! wedding card….” kata Dyna nampak begitu teruja.
Taufiq hanya menjeling. Sebenarnya dia tidak selesa dengan perangai Dyna yang suka menceroboh hak privasinya.
“Nur Husna Aqillah dan Mohd Afiq Rayyan….interesting….Fiq, tak sangka ya gadis pujaan hati you dah nak kawin ya!…kesian kat you kan, sayang…gadis pujaan hati akan menjadi milik orang lain…ha…ha….padan muka you!” Dyna begitu beria ketawa. Seronok melihat wajah cemberut Taufiq. Memang sejak dari dulu dia tahu bahawa Taufiq menyimpan perasaan pada Husna Aqillah tapi gadis itu yang tidak pernah melayan perasaan Taufiq. Itu yang membuatkan dia rasa tidak terancam kerana dia yakin suatu hari nanti Taufiq akan jadi miliknya.
“Jangan lupa jemput I datang ke majlis tu tau….I nak tengok that girl tu kawin….” kata Dyna sambil mengukir senyum.
Taufiq mendengus lagi.
“Dyna, tadi you cakap you nak jumpa papa you kan….apa lagi, pergilah….I tak ada masa nak layan you…I banyak kerja…” kata Taufiq mula bengang.
Dyna tergelak kecil. Langkahnya kembali menghala ke arah Taufiq. Punggungnya di labuh di atas meja. Tangannya mula menjalar di wajah Taufiq. Walaupun Taufiq cuba mengelak, tapi Dyna tetap tak kesah.
“Sayang, jangan benci sangat kat I…nanti perasaan benci  tu akan bertukar menjadi sayang!” kata Dyna sambil menarik tali leher yang di pakai oleh Taufiq dengan gaya menggoda.
Cepat-cepat Taufiq menarik tali lehernya dengan sedikit kasar.
Dyna buat-buat tak kesah akan tindakan Taufiq itu walaupun pada hakikatnya dia memang terasa hati. Dia pun hairan, kenapa Taufiq tak pernah nak beri perhatian pada dia? Kalau nak kata sebab dia tak cantik, bohonglah sangat sebab dia juga tergolong dalam kategori perempuan yang cantik dan seksi. Apa istimewanya gadis yang bernama Husna Aqillah itu sehingga mampu menarik perhatian Taufiq!
“I tak jadilah jumpa papa….I nak balik butik I….I nak carikan baju yang sesuai untuk majlis perkahwinan girlfriend you yang tak jadi tu…Ingat ya! ajak I sekali….kalau tak, you tahulah apa yang I akan buat!” dalam senyuman lahirnya ugutan.
“Tolong keluar sekarang sebelum I usir you!! Sakit kepala I nak melayan kerenah you yang ntah apa-apa ni!” Taufiq mula melenting. Tajam matanya merenung wajah Dyna yang mula tarik muka masa sebab kena halau.
Okay, fine….I dah nak keluar ni….kad ni I ambil tau…” Dyna mengangkat tangan tanda menyerah dan bersedia untuk beredar tapi Taufiq cepat saja mengambil kad jemputan itu dari tangan Dyna. Mana mungkin dia membiarkan kad itu di ambil oleh Dyna sedangkan dia belum pun melihat isi kandungan kad jemputan itu.
“Kedekut!” cemuh Dyna yang berjalan ke arah pintu sambil tergelak kecil. Seronok kerana dapat menghangatkan perasaan lelaki itu.
Sebaik sahaja Dyna keluar, Taufiq mendengus kasar sambil menyandar badannya di kerusi. Tali lehernya di longgarkan sedikit. Rasa begitu sesak nafas dan juga sesak dada.




MATANYA liar memandang sekitar bilik tidurnya yang tak banyak berubah dari dulu. Menurut ayah, esok wedding planner akan datang untuk menghias biliknya.
“Ibu…kalaulah ibu masih ada….pasti semua ini Qilla akan kongsi dengan ibu…” Qilla mengeluh perlahan sambil menatap wajah wanita cantik dari frame yang di ambilnya di atas meja kecil sebelah katilnya. Wanita cantik yang amat disayanginya telah pergi menghadap Ilahi 10 tahun yang lalu. Ketika itu dia berusia 16 tahun. Lima tahun kemudian, ayah berkahwin lain dengan wanita yang beranak dua iaitu Puan Sabariah yang merupakan salah seorang pekerja ayah di restoran. Qilla pun tak tahu macam mana ayah boleh memilih wanita itu sebagai isteri sedangkan pada pandangan mata Qilla, wanita itu tak punya apa-apa keistimewaan dan kebaikan.
Dia teringatkan usikan Zana mengenai Puan Sabariah dan anak-anaknya.
“Kau ni kan Qilla, macam cerita dongeng Cinderella...” kata Zana.
“Kenapa dengan cerita tu...apa kaitannya dengan aku?” Qilla berkerut dahi.
“Klise cerita zaman-zaman dulu....mak tiri mesti jahat, lepas tu ada anak....macam tu juga dengan kau. Cuma dalam situasi kau ni....kau ada seorang abang dan seorang adik tiri....dan ayah kau pulak.....ikut aje apa kata makcik kau....macam kena bomoh. Dan kemunculan Ryan dalam hidup kau adalah seperti jelmaan Putera Raja yang datang menyelamatkan kau dan menerima kau dengan seadanya....in the end....kau akan hidup bahagia sealama-lamanya....happy ever after...” kata Zana dengan senyuman.
“Kau ni....dah terpengaruh dengan cerita dongeng.....mana ada macam tu....” sangkal Qilla.
“Qilla sayang....cerita dongeng tu sebenarnya ada juga realitinya. Walau apa  pun, aku harap kau akan terus tabah mengharungi hidup kau walau apa pun rintangan yang mendatang....dan....sekiranya kau perlukan apa-apa pertolongan....akulah pari-pari yang patut kau cari....” kata Zana  sambil meletakkan tangannya di dada.
Qilla tergelak kecil.
“Ya lah tu....pari-pari mesti ada tongkat sakti...kau ada!” tempelak Qilla yang turut tergelak kecil. Rasa terhibur seketika sehingga lupa tentang kisah keluarganya.
“Tak ada...nanti aku gunakanlah batang penyapu....” balas Zana.
“Kalau guna batang penyapu....itu bukan pari-pari ....itu nenek sihir namanya....” Qilla kembali gelak. Begitu juga Zana.
“Hmm....akhirnya aku dapat dengar juga gelak kau....” kata Zana sambil mengukir senyum.
Thanks Zana....thanks for everything....kalau tak ada kau....aku tak tahu nak mengadu pada siapa...” akui Qilla.
“Selain aku, kau ada Ryan...dan yang paling penting.....kau ada Allah....mengadulah padaNya kerana dia Maha Mendengar dan juga Maha Penyayang...” kata Zana.
“Ya....betul kata kau, Zana.” akui Qilla.
“Ya Allah....hanya padaMu aku berserah dan aku memohon segala-galanya,” ucap  Qilla menahan sebak di dada. Frame gambar itu di peluk seketika dengan mata yang berkaca.
Qilla memandang telefon bimbitnya yang berdering. Segera di capai telefon itu.
“Assalamualaikum!” Qilla segera memberi salam sambil mengukir senyum.
“Waalaikumussalam....awak okey?” tegur suara Ryan di hujung talian.
“Saya okey....saya yang patut tanya awak soalan tu...awak okey tak?” Qilla bersuara sambil melangkah ke tingkap. Dari luar dia sudah nampak Puan Sabariah bersama Tasya sedang melangkah masuk ke dalam kereta proton persona. Hmm mesti tak lain tak bukan keluar bershopping. Makin hari makin teruk perangai mereka. Kerjanya hanya menghabiskan duit ayah. Ayah bertungkus lumus mengumpul duit, mereka pula berusaha keras menghabiskan duit.
I`m not really good, actually. Masih tak larat...badan rasa makin letih....” kata Ryan di hujung talian.
“Betulke ni?....jangan tipu saya...berdosa tau....” kata Qilla mula risau.
“Ya Allah....betul la...kali ini tak tipu....saya betul-betul rasa tak sihat....awak...saya risau sangat ni....” kata Ryan melahirkan rasa gusar.
“Petang nanti saya pergi rumah awak ya....kalau awak masih tak sihat juga...apa kata kita tangguhkan majis kawin kita...” kata Qilla.
“Mana boleh....semua persiapan dah di buat...InsyaAllah...saya akan sihat dalam dua tiga hari ni....lagi pun, saya ikut saranan awak...makan ubat ikut time....saya dah tak sabar nak peluk awak malam-malam...” dalam keadaan tak sihat, Ryan masih lagi buat lawak.
“Hisy...itu aje yang awak fikirkan....” rungut Qilla.
Ryan ketawa kecil.
“Awak ni kerja teruk sangat sebenarnya....kerja di pejabat tu orang lain boleh uruskan...dan pasal renovation rumah tu macam mana.....”
“Banyak dah nak siap....lepas kawin nanti, saya bawa awak pergi tengok rumah tu....sekarang tak boleh...nanti tak surprise....” kata Ryan.
“Awak...saya rasa awak tak payah datanglah....nanti hilang seri pengantin...” kata Ryan pula.
“Pulak dah....awak dah tak rindu dekat saya ke?....saya ingatkan nak bagi special medicine kat awak supaya awak cepat sembuh...” kata Qilla pura-pura rasa terkilan.
“Maksud awak?” soal Ryan mula teruja.
A kiss....tapi tak jadilah....” usik Qilla.
“Tak jadi?....ruginya saya....” Ryan mengeluh kecewa.
 Qilla hanya ketawa.
“Takpe....nanti awak simpan untuk malam pertama kita ya...” usik Ryan pula membuatkan muka Qilla terasa panas tiba-tiba.
“Qilla....I`m gonna miss you....” ucap Ryan membuatkan bibir Qilla terus mengukir senyum.
Me too...” balas Qilla.
“Qilla, awak tahu tak....along saya akan balik untuk meraikan majlis kawin kita...nanti saya kenalkan awak dengan dia....dia pun tak sabar nak jumpa awak...” kata Ryan dengan suara ceria.
“Hmm....saya pun. Antara awak dengan dia....siapa yang lebih handsome?” kata Qilla.
“Mestilah along saya....he is my handsome brother in the world...” beritahu Ryan dengan ceria membuatkan Qilla tergamam seketika.
“Wow....menarik. Saya ingatkan awak nak puji diri awak tadi....rupa-rupanya awak puji abang awak....” kata Qilla.
 “Qilla...kalau awak tengok along saya nanti....pasti awak pun akan terpikat dengan dia...mesti hati awak akan cair.” kata Ryan.
“Tak adalah....awak tetap nombor satu di hati saya biar pun dia lebih handsome dari awak....” kata Qilla.
“Kalau saya tak ada nanti....along pasti akan jaga awak dengan baik....he will take care of  you....dia dah janji dengan saya tau!” kata Ryan tiba-tiba membuatkan Qilla sesak nafas.
“Ryan....apa yang awak merepek ni....saya tak suka awak cakap macam ni lagi....saya nak awak yang jaga saya, bukan orang lain. Saya cintakan awak dan akan terus cintakan awak....kita dah nak kawin Ryan, hanya tunggu tiga hari saja untuk kita hidup bersama....” kata Qilla.
Ryan gelak tiba-tiba.
Don`t worry....saya tak akan tinggalkan awak....” kata Ryan.
Promise?” kata Qilla.
I`m promise,” balas Ryan.
Good. Thank you!” Qilla menarik nafas lega.
“Sayang....saya dah rasa lega dan makin sihat lepas cakap dengan awak....itu belum lagi jumpa awak dan dapat kiss dari awak...” kata Ryan dengan nada yang semakin ceria.
“Ryan...take care....tolong sembuh untuk saya.....” kata Qilla menahan sebak tiba-tiba.
“Awak jangan bimbang....saya sebenarnya dah sihat....saja saya nak kenakan awak...nak tahu awak risaukan saya atau tak....dan sekarang saya yakin yang awak betul-betul sayangkan saya sepertimana saya sayangkan awak....” kata Ryan.
“Awak!!!!...ingatkan tak sihat betul tadi....rupa-rupanya dia tipu kita!” Qilla mengetap bibir apa lagi mendengar suara gelak Ryan yang begitu beria.
“Ha....ha....ha....” Ryan mula ketawa beria.
Qilla yang mendengar tawa ceria hanya mengeleng kepala sambil tersenyum bahagia biar pun mereka tak bersua muka.
I love you...Sayang...bibir saya tak akan penat untuk mengucapkan I love you, hanya untuk awak., perempuan kesayangan saya yang paling comel, paling sweet, paling manja, paling saya cinta.” ucap Ryan.
“Ryan!!” perasaan Qilla menjadi sebak tiba-tiba. Memang dia akui dia senang dan rasa bahagia setiap kali mendengar ucapan itu keluar dari mulut Ryan.
“Alah, awak dah mula nangis ya....lepas ni, jangan sedih lagi kerana saya.....kerana awak hanya berhak hidup bahagia...dan saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk awak. di mana saja saya berada. InsyaAllah...Assalamualaikum!” kata Ryan dan terus mematikan talian membuatkan Qilla terus terpaku.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...