Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 14 September 2015

Yang terindah dari dia! 4



HADI melirik sekilas wajah sendu Aira yang berada di sebelahnya. Gadis itu hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
“Aira, awak okey ke?” Hadi bersuara.
Aira menoleh ke sisi. Wajah Hadi di tatap seketika sebelum bibirnya mengorak senyum.
“Aira okey.” balas Aira perlahan.
“Tapi abang nampak macam tak okey je!” kata Hadi agak risau melihat wajah sugul Aira.
`Kesian Aira. Kenapa dia perlu lalui semua ini?` detik Hadi. Rasa simpati dengan nasib Aira dan rasa sayangnya yang tidak terhingga untuk gadis itu muncul seiring saat ini.
“Entahlah…banyak benda yang ada dalam fikiran Aira sekarang. Aira pun tak tahu apa yang akan berlaku di keesokan hari. Apa akan jadi dengan Aira?” kata Aira sambil mengeluh perlahan. Matanya turut berkaca. Hatinya rasa sebak.
“Jadi, Aira serius nak cari orangtua Aira di KL tu?” soal Hadi memandang sekilas ke arah Aira sebelum kembali menumpu perhatian pada jalan raya. Itulah tujuan utama Aira hendak ke Kuala Lumpur sebagaimana yang dinyatakan oleh Halimah padanya semalam.
“Memang Aira terfikir nak cari mereka selepas Aira tahu yang Aira ni cuma anak angkat. Cuma, sejak kebelakangan ni ibu pula yang sarankan Aira cari mereka. Sebenarnya, Aira berat hati nak tinggalkan ibu sebab selama ini dia yang membesarkan Aira dengan baik, ibu curahkan  kasih dan sayangnya yang tidak pernah berbelah bagi antara Aira dan Balqis….” kata Aira menahan rasa sebak. Takkanlah dia nak bagitahu Hadi tentang perbuatan Lajis menjadi sebab utama Halimah mahu dia keluar dari rumah itu. Itu mengaibkan peribadi orang. Walaupun sejahat mana perangai Lajis padanya, takkan sesekali dia memburukan nama suami Halimah di mata orang.
“Apa kata abang tolong Aira. Lagi pun….abang sekarang ni sedang bercuti dan abang pun belajar kat sana. Tak lama lagi abang akan tamat belajar dan abang ingat abang nak cari kerja kat sana. Nanti, bolehlah kita jumpa selalu!” kata Hadi.
“Takpelah….Aira tak nak susahkan abang Hadi…biarlah Aira usaha sendiri.” kata Aira.
“Aira….Aira… Aira pun tahukan macam mana perasaan abang pada Aira. Orangtua abang pun tak ada masalah nak terima Aira dan mereka juga  dah restu kalau abang nak ambil Aira sebagai isteri, malah mereka sanggup hantar pinangan untuk Aira tapi….pakcik Lajis tu terang-terang sudah menolak dengan alasan abang belum habis belajar, belum ada kerja….macam mana abang nak tanggung Aira.” kata Hadi dengan rasa terkilan.
Aira hanya tunduk.
“Abang sebenarnya tak sukakan sikap dan perangai pakcik Lajis tu. Hanya tahu melepak dan goyang kaki aje. Kesian makcik Halimah…” kata Hadi.
“Dah nasib ibu dapat suami macam tu…Aira pun kesiankan ibu.” kata Aira secara tak langsung bersetuju dengan kata-kata Hadi.
“Abang esok-esok tak nak susahkan isteri abang. Abang akan berusaha keras untuk kebahagiaan rumahtangga abang.” kata Hadi.
Aira hanya diam.
“Aira, abang nak Aira tahu yang abang akan sentiasa tunggu Aira.” kata Hadi menyambung kata bila melihat Aira hanya mendiamkan diri.
“Abang Hadi…Aira rasa tak perlulah abang Hadi tunggu Aira. Kalau abang Hadi jumpa seseorang yang abang Hadi suka, abang Hadi terimalah dia…jangan kerana Aira, abang Hadi lepaskan seseorang yang sepatutnya jadi milik abang Hadi…” kata Aira yang tak mahu Hadi menaruh harapan yang tinggi untuk hubungan mereka.
“Kenapa Aira cakap macam tu?...Aira memang tak ada hati dengan abang ke? abang ingatkan selama ini, kasih abang pada Aira berbalas…” kata Hadi sedikit kesal dengan kata-kata Aira.
“Bukan macam tu maksud Aira.  Aira pun sukakan abang Hadi….tapi, suka bukan bererti cinta. Lagi pun, Aira tak nak fikirkan soal tu lagi  buat masa sekarang sebab Aira ada cita-cita yang belum terlaksana….tapi,  Aira harap abang Hadi tak salah faham. Dan kalau di takdirkan yang abang Hadi adalah jodoh Aira, InsyaAllah kita akan berjumpa dan bersatu.” kata Aira.
Hadi menarik nafas seketika. Matanya di pejam sesaat.
“Baiklah, abang akan ingat kata- kata Aira.” kata Hadi.
Sebaik sahaja sampai di stesen bas di pekan, Hadi memakirkan keretanya dan mengeluarkan beg milik Aira. Mereka berjalan bergandingan dan Hadi turut menawarkan diri membeli tiket bas untuk ke Kuala Lumpur walaupun Aira menegah.
“Nah, ini tiket bas.”
“Terima kasih,”
“Dan ini nombor telefon abang. Kalau Aira perlukan pertolongan abang, jangan lupa call nombor ni.” Hadi menulis nombor telefonnya di atas kertas dan di serahkan pada Aira. Aira memandang sekilas nombor itu sebelum memasukkannya ke dalam beg sandang.
“Maaflah, Aira tak ada nombor telefon untuk bagi kat abang Hadi.” kata Aira.
“Tak apa. Abang faham. Simpan elok-elok nombor abang tu. Kalau boleh, hafal sampai ingat…” kata Hadi bersama kenyitan mata nakal membuatkan Aira tergelak kecil.
“Terima kasih sekali lagi atas semua kebaikan abang Hadi pada Aira sepanjang kita kenal. Aira harap, kita akan dapat bertemu semula lain kali.” kata Aira sebelum menaiki bas.
“Hmm….abang pun harap macam tu. Jaga diri Aira bila kat sana nanti. Sentiasa ingatkan Allah dalam apa jua keadaan. InsyaAllah, Aira akan selamat. Abang juga akan sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk Aira dan semoga Aira akan cepat bertemu dengan keluarga Aira.” kata Hadi memberi pesanan.
Aira menganggil perlahan. Rasa sebak pula mendengar pesanan itu.
 “Dan ingat satu lagi pesanan abang…..jangan cari jodoh lain ya sebab jodoh Aira dah ada kat depan mata mata Aira sekarang!” kata Hadi. Dalam memberi pesanan sempat pula dia mengusik.
Aira tergelak kecil. Lucu pula mendengar kata-kata Hadi.
“Ingat ya, Aira. Abang serius tau!” kata Hadi lagi. Sebenarnya dia memang serius dalam gurauan tadi.
Aira mengukir senyum manis sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya yang menjadi hiasan pada wajahnya. Hadi tergamam seketika. Baginya senyuman Aira kali ini begitu cantik dan cukup bermakna buat dirinya.
“Abang akan simpan senyuman Aira tadi sebagai kenangan yang paling indah dan paling istimewa.” kata Hadi membuatkan Aira tergelak lagi.
Bagi Aira, Hadi seorang lelaki yang cukup baik tingkah laku dan budi bahasa. Pasti perempuan yang akan menjadi suri hidupnya nanti akan rasa cukup bertuah dan bahagia.



AIRA meneliti alamat yang tertera pada kertas yang diberikan oleh Halimah petang semalam sebaik sahaja turun dari bas. Kertas yang mengandungi alamat pangsapuri yang di sewa oleh Saadah iaitu kawan Halimah.
Aira mengeluh perlahan. Dia jadi buntu tiba-tiba memikirkan hala tuju. Tambahan pula inilah kali pertama dia menjejak kaki ke bandaraya besar seorang diri. Dengan berbekalkan tawakal kepada Allah, dia nekad yang dia perlu kuat dan tabah mengahadapi kehidupan yang akan mendatang. Tadi dia cuba menghubungi Halimah untuk memberitahu yang dia sudah selamat sampai di Kuala Lumpur tapi telefon public pula rosak. Dan dia sudah membuat keputusan akan menghubungi Halimah selepas ini. Mungkin ada mana-mana telefon public yang boleh di gunakan nanti. Kakinya di atur ke arah deretan teksi yang bersedia untuk memberi khidmat kepada pelanggan. Setelah menyatakan alamat, dia memasukkan beg ke dalam bonet kereta.
“Cik, dah sampai ke tempat yang Cik nak datang.” pemandu teksi itu mematikan tumpuan Aira dari terus melihat pemandangan sekitar. Banyak deretan dan bangunan tinggi dan cantik benar-benar membuatkan Aira kagum dan gerun.
Pemandu teksi itu keluar dari kereta dan mengeluarkan beg Aira dari bonet. Selepas memberikan tambang teksi dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu, Aira masih lagi berdiri kaku di hadapan  rumah flat. Aira bertanya kepada sesorang yang kebetulan lalu di hadapannya.
“Oh, alamat ni kat tingkat 3, Cik naik ikut sini. Nanti Cik akan jumpa alamat ni.” terang seorang pemuda setelah Aira menunjukkan kertas tadi.
“Terima kasih, encik.” ucap Aira dan terus menjinjing beg pakaiannya. Beg sandang di di betulkan seketika. Sebelum memulakan langkah, bibirnya mengucapkan kalimah bismillah. Sambil itu matanya sempat melirik ke arah jam tangannya. Hampir jam 6.00 petang.
`Harap-harap makcik Saadah ada kat dalam rumahnya. Kalau tak, terpaksalah aku tidur kat kaki lima,` detiknya menahan debar.
Sebaik sahaja kaki Aira berhenti di muka pintu bergril, dia berdiam seketika sambil menarik nafas perlahan. Kemudian tangannya mengetuk perlahan pintu rumah flat itu. Berdebar-debar hatinya menunggu pintu di buka. Entah apakah penerimaan tuan rumah itu padanya nanti. Tidak lama kemudian pintu di kuak perlahan. Seorang wanita dalam usia mencecah usia 50 tahun muncul di muka pintu dengan wajah serius.
“Assalamualaikum.” dengan penuh hati-hati Aira memberi salam.
“Waalaikumussalam, ada apa?” balas wanita itu tetap muka serius membuatkan Aira mula rasa kecut perut.
“Err….betulke ini alamat rumah makcik Saadah, kawan kepada Halimah?” soal Aira teragak-agak.
“Ya, kenapa?’ wanita itu merenung tajam wajah Aira membuatkan Aira menelan liur.
“Saya Aira...er maksud saya, Humairah. Anak angkat Halimah. Dia yang berikan alamat rumah makcik. Katanya, dia dah hubungi makcik untuk maklumkan tentang kedatangan saya ke sini hari ni.” beritaha Aira.
“Oh, jadi  kamu ni anak angkat Halimah ya.” kata Saadah dengan pandangan sinis.
“Ya, makcik.” akui Aira sambil mengangguk kepala,
“Hmmm….masuklah.” pelawa Saadah sambil mendengus kuat.
Aira hanya mampu menelan liur melihat gelagat yang layanan yang diberikan oleh Saadah padanya. Walaupun ini pertama kali mereka berjumpa, Aira sudah boleh buat kesimpulan yang kedatangannya memang tidak di sukai oleh wanita itu. Kalau di fikirkan, elok saja dia cari tempat lain untuk berteduh. Tapi mampukah dia untuk mencari tempat lain dalam masa yang terdekat.
“Siapa nama kamu tadi?” soal Saadah sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi rotan yang dah hampir uzur. Tajam matanya merenung wajah Aira yang masih berdiri di hadapannya. Tidak pula di pelawa duduk.
“Nama saya Humairah, makcik. Panggil aje Aira.” kata Aira dengan rasa setenang yang mungkin.
Saadah mengangguk kepala seketika sambil matanya tajam meneliti penampilan Aira. Dada Aira mula berdebar-debar sambil tekaknya menelan liur.
“Makcik, kalau tak keberatan…..boleh saya tanya?” Aira bersuara.
“Hmmm….apa dia?” soal Saadah acuh tak acuh.
“Makcik tak suka ke saya datang ke rumah makcik?” Aira memberanikan diri bertanya. Mana tahu kedatangannya memang tidak disukai dan disenangi oleh wanita itu bila melihat pada cara dan pandangan matanya. Dia bukannya bodoh tidak dapat menilai semua itu.
“Terus terang aku cakap yang aku sebenarnya tak suka terima tetamu yang aku tak kenal. Mana tahu, mereka tu bukan boleh dipercayai…maklumlah, manusia ni punya banyak ragam. Depan nampak baik, tapi belakang…..macam hantu.” kata Saadah.
Aira hanya mampu diam.
“Kamu serius  nak tinggal di rumah aku ni?” soal Saadah.
Aira mengangguk perlahan.
“Berapa lama kamu nak tinggal kat sini?....rumah aku ni bukan rumah kebajikan. Terima orang sesuka hati. Lagi pun, kamu kena juga fikirkan pasal makan minum yang terpaksa aku tanggung sepanjang kau ada kat sini. Aku ni ada dua orang anak, takkanlah kamu pun aku nak kena tanggung jugak. Aku ni kerja sebagai tukang cuci aje, bukannya pegawai besar yang boleh tanggung semua keperluan kamu kat sini.” kata Saadah dengan suara lantang. Nampak sangat yang dia tu jenis manusia yang berkira.
“Makcik jangan bimbang, saya hanya akan tinggal di sini buat sementara waktu. Saya akan cuba cari kerja dan tempat tinggal yang lain. Kalau boleh, saya tak nak menyusahkan makcik sekeluarga. Sementara saya tinggal kat sini, saya boleh bantu makcik kat rumah. Saya hanya ada sedikit duit simpanan yang dibekalkan ibu kalau makcik nak saya bayarkan.” kata Aira.
“Hmm….aku ni bukannya zalim sangat. Masih ada rasa prikemanusiaan. Buat sementara waktu ni, kau boleh tolong aku kemaskan rumah ni bila aku dan anak-anak pergi kerja. Jangan nak goyang kaki aje bila aku dan anak-anak tak ada.” kata Saadah.
“Baik, makcik.” hanya itu yang mampu Aira suarakan. Dan dia sendiri telah bertekad yang dia tidak akan tinggal lama di sini. Dia akan cepat-cepat cari kerja dan tempat tinggal yang lain. Tak sampai setengah jam dia sampai di rumah ni, dia sudah rasa terbeban. Apa lagi nak tinggal berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
“Buat sementara waktu ni kamu boleh kongsi bilik dengan Deeja, anak perempuan aku. Biliknya yang tengah tu, yang depan tu bilik aku dan yang hujung sana tu bilik anak lelaki aku. Ingat sikit, kamu tu anak dara. Rumah aku ada anak lelaki. Jaga sikit tingkah laku kamu. Jangan pandai-pandai nak menggatal tak tentu pasal. Nahas kamu nanti aku kerjakan!” kata Saadah membuatkan nafas Aira benar-benar semput. Serta merta dia teringatkan ayah Lajis. Tapi harap-harap anak Saadah elok perangainya. Dia yakin, kalau ditakdirkan apa-apa yang berlaku nanti, pasti dia yang akan dipersalahkan.



SEPANJANG hari itu, Aira tak duduk diam. Ada-ada saja kerja yang di buatnya. Menyapu, mengelap, membasuh sehinggalah memasak untuk makan malam. Saadah hanya tahu memberi arahan. Matanya tajam merenung setiap tingkah laku Aira.
“Makcik, saya dah siap masak untuk makan malam. Saya minta izin untuk mandi dan solat.” kata Aira mengadap wajah Saadah yang sedang santai di ruang tamu sambil menonton tv.
“Hmm…. pergilah. Kejap lagi anak-anak aku akan balik. Nanti aku panggil kamu makan.” kata Saadah membuatkan Aira mengangguk perlahan sebelum beredar ke bilik yang di kongsi bersama anak perempuan Saadah.
Aira menutup pintu perlahan sebaik sahaja masuk ke bilik kecil itu. Bilik itu menempatkan satu katil bujang, sebiji almari pakaian dan sebuah meja solek. Aira melabuhkan punggungnya di tepi dinding dan menyandarkan tubuhnya di dinding. Terasa lenguh seluruh urat sarafnya. Mengenangkan sikap dan layanan yang diberikan oleh Saadah membuatkan Aira bergenang airmata.
“Ibu, Aira rindukan ibu. Kalau boleh, saat ini juga Aira nak balik. Aira nak jumpa ibu dan Aira nak tinggal bersama ibu. Aira tak sanggup nak teruskan hidup di sini. Di sini bukan tempat untuk Aira. Ibu, kalaulah ibu tahu bagaimana sikap makcik Saadah pada Aira, mesti ibu kecewa. Hari pertama Aira di sini, Aira sudah di dera seperti pembantu rumah yang tidak berbayar.” Aira menyapu air matanya yang semakin laju mengalir keluar.
Setelah penat meratap kesedihan, Aira mencapai beg pakaiannya dan mengeluarkan t shirt lengan panjang dan seluar panjang untuk di tukarkan dengan baju kurung yang di pakainya. Sudah rasa melekit di badan. Tuala juga turut di keluarkan dari beg. Dia keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik air. Selesai mandi dan menukar pakaian, dia masuk ke dalam bilik untuk mengerjakan solat maghrib. Di tikar sejadah, Aira memohon kepada Yang Maha Esa semoga memberikannya kekuatan dan ketabahan untuk dia meneruskan hidup.
Sementara menunggu masuk waktu isyak, Aira hanya berkurung di bilik. Setiap sudut bilik itu di  telitinya. Tiada apa-apa yang menarik. Tadi, sempat juga dia mengemas bilik itu. Banyak pakaian  kotor berterabur di tepi bakul kain. Majalah artis juga bersepah di sana sini. Aira mengeluh perlahan. Entah bagaimana agaknya sikap dan perangai anak Saadah nanti. Kalau sama dengan perangai ibunya, memang `masak` dia di buatnya.
Dalam dia mengelamun sendirian, pintu bilik di kuak kasar.
Mata Aira terus terpaku pada figura yang berada di hadapannya. Seorang gadis sedang berdiri di muka pintu sedang merenung wajahnya dengan muka masa.
“Jadi, kaulah yang datang nak menumpang kat sini?” tiba-tiba gadis itu bersuara agak kasar.
Aira hanya mengangguk perlahan. Hatinya jadi gusar tiba-tiba.
Gadis itu melangkah masuk dan terus melabuhkan punggungnya di atas katil bujang. Sempat juga matanya melilau melihat sekitar bilik tidurnya.
`Hmmm….bersih dan kemas!` dalam diam dia memuji suasana di biliknya.
“Kau yang kemas bilik ni?” soal gadis itu lagi.
Aira mengangguk lagi.
“Saya minta maaf kalau apa yang saya buat tidak di senangi oleh awak.” kata Aira. Dia sendiri pun tak tahu nak panggil apa.
“Siapa nama kau?” soalnya tegas sambil merenung tajam wajah Aira.
“Nama saya Humairah, panggil aje Aira.” kata Aira.
“Berapa umur kau?” Aira di soal lagi.
“20 tahun.” beritahu Aira.
“Aku Khadeeja, panggil Deeja. Aku sebenarnya tua sikit dari kau….tapi taku rasa kau tak payahlah nak panggil aku kakak…panggil aje nama Deeja.” kata Deeja mula memperkenalkan diri.
“Baik.”
“Kenapa kau datang sini?....kau tak ada saudara mara lainke selain dari menumpang kat sini?” soal Deeja dengan suara sinis.
“Saya tak ada saudara mara kat sini. Sebenarnya, saya datang sini sebab nak cari keluarga saya…saya minta maaf kalau kedatangan saya ke sini menyusahkan awak dan keluarga awak, Deeja. Saya janji, saya tak akan tinggal lama kat sini.” Aira bersuara sambil menunduk wajah. Rasa sayu kembali menerjah di hatinya saat ini.
Deeja hanya diam.
“Aira, kamu tolong siapkan makan malam.” tiba-tiba suara Saadah memecah suasana.
“Baik, makcik.” Aira segera keluar dari bilik itu untuk menghidangkan makan malam untuk Saadah dan anaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...