Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 7 September 2015

Jadikanlah dia,...jodohku! 5




QILLA menuju ke kaunter sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke restoran itu. Qilla berdiri seketika kerana gadis yang menjaga kaunter ketika itu sedang melayan pelanggan membuat bayaran.
“Terima kasih, datang lagi.” ucap gadis yang memakai tag nama Rafidah itu.
“Kak Qilla, nak jumpa Pak Majid ya...” tegur Rafidah sambil menghulur senyuman.
“Ya, ayah ada?” kata Qilla.
“Ada, kat bilik dia. Pak Majid baru saja balik dari jumpa kawan...” beritahu Rafidah.
“Okey, kak Qilla jumpa ayah kejap.” kata Qilla.
“Erm....kak Qilla nak makan apa-apa tak. Fidah boleh minta Saiful masakkan...” kata Rafidah.
No, thanks. Kak Qilla belum lapar lagi...” kata Qilla.
Qilla segera naik ke tingkat atas yang dijadikan tempat rehat dan bilik tidur untuk pekerja dan juga pejabat untuk pemilik restoran itu. Dia mengetuk perlahan pintu itu.
“Masuk,” kedengaran suara di dalam memberi kebenaran.
Tanpa berlengah, Qilla segera memulas tombol pintu. Kakinya terus melangkah masuk.
“Assalamualaikum, ayah.” kata Qilla sambil menghadiahkan senyuman pada lelaki yang berusia lewat 50 an itu.
“Waalaikumussalam, anak ayah ni dah lama tak datang menjenguk ayah. Sibuk sangatke?” tegur Encik Abdul Majid sebaik sahaja Qilla berlabuh di sofa yang menjadi ruangan untuk pemilik Restoran Rasa Timur itu bersantai dan melayan tetamu.
“Sibuk macam biasalah....ayah sihat?” Qilla merenung wajah ayahnya yang nampak sedikit susut.
Encik Abdul Majid hanya menguikir senyum sambil mengangguk perlahan.
“Sihat cara orangtua....tak sama dengan sihat cara orang muda kan!” balas Encik Abdul Majid membuatkan Qilla hanya mendiamkan diri.
“Qilla.” panggil Encik Abdul Majid bila di lihatnya Qilla mula termenung.
“Ya, ayah.” Qilla segera merenung wajah ayahnya yang mula melangkah ke arahnya dan terus berlabuh di sisi.
“Bagaimana dengan persiapan kahwin Qilla bulan depan?” soal Encik Abdul Majid sambil merenung wajah Qilla, satu-satunya anak dia bersama arwah Alia.
“Semuanya berjalan dengan baik... ayah tak payah risau, mummy Suraya dah banyak bantu membuat persiapan kawin Qilla dengan Ryan bulan depan.” kata Qilla.
“Maafkan ayah kerana ayah tak banyak bantu Qilla...tapi ingat, kalau Qilla perlukan apa-apa, jangan segan bagitahu ayah. Sebenarnya ayah segan dengan keluarga Ryan....kalaulah arwah ibu Qilla masih ada....tentu Qilla tak akan rasa terabai macam sekarang....maafkan ayah, ya nak.” Encik Abdul Majid memandang wajah Qilla penuh kasih. Memang dia kesal dengan apa yang berlaku. Kalaulah dia mampu mengubah apa yang telah berlaku, pasti dia akan lakukan.
Qilla memegang tangan ayahnya sambil menarik nafas seketika.
“Ayah tak perlu minta maaf. Qilla tahu ayah dah cuba menjadi ayah yang terbaik buat Qilla dan Qilla tak pernah rasa menyesal dengan apa yang telah berlaku....pasti ada hikmah di sebalik semua itu.” pujuk Qilla membuatkan bibir Encik Abdul Majid terukir senyuman.
“Terima kasih sayang,” ucap Encik Abdul Majid sambil memeluk erat tubuh Qilla. Dahi anak kesayangannya di kucup mesra dengan mata yang bergenang.
“Kalau ada masa....Qilla baliklah jenguk rumah kita....dah lama sangat Qilla tak balik. Nak jenguk ayah kat sini pun....susah. Sekali fikir, ayah rasa macam Qilla dah tak sayangkan ayah lagi...” suara Encik Abdul Majid kembali sayu.
“Ayah, bukan Qilla tak nak balik rumah....tapi ayah tahukan kenapa Qilla tak berminat nak balik rumah....” kata Qilla dengan wajah kesal.
Encik Abdul Majid tunduk seketika.
“Tapi....walau apa pun....Qilla mesti balik. Majlis kawin Qilla akan di adakan di situ. Nanti Qilla bagitahulah ayah, apa yang Qilla nak ubah...” kata Encik Abdul Majid.
“Tak perlu ubah apa-apa ayah....biarlah wedding planner yang uruskan semuanya....lagi pun, Qilla tak nak makcik bising....Qilla malas nak gaduh dengan dia pasal hal remeh temeh....Qilla dah penat fikirkan pasal mereka bertiga tu...sekali fikir, lebih elok kalau mereka bertiga tu terus hilang dari rumah tu....hidup menyusahkan orang je...” kata Qilla sambil melahirkan rasa yang terbuku di hati tanpa sedar.
Qilla kembali diam bila menyedari wajah ayahnya mula berubah mendengar kata-katanya tadi.
“Ayah,...Qilla minta maaf kalau kata-kata Qilla tadi menyakitkan hati ayah...memang Qilla redha dengan apa yang berlaku, tapi sebagai manusia…Qilla tak sempurna….” Qilla mencapai tangan ayahnya, di genggam erat seketika.
“InsyaAllah Qilla, sampai masanya ayah pasti akan tunaikan permintaan Qilla.” kata-kata ayahnya membuatkan Qilla tersentak.
“Apa maksud ayah?” soal Qilla agak tercengang.
“Lupakan aje....jom, temankan ayah makan....rasa laparlah pulak....” ajak Encik Abdul Majid.
“Okey, tapi Qilla kena makan sikit aje....” kata Qilla.
“Sikit aje?....dah start dietke?” Encik Abdul Majid tergelak kecil.
“Tak adalah....malam ni, Ryan ajak Qilla makan malam di rumah parent dia...kenalah kosongkan perut. Kalau perut dah kenyang...nanti dia fikir apa pulak...” kata Qilla sambil memeluk lengan ayahnya. Mereka sama-sama berjalan keluar dari bilik itu.
“Jangan lupa, sampaikan salam ayah pada mereka.” pesan Encik Abdul Majid.
“InsyaAllah....”


KEDATANGAN Qilla ke rumah banglo mewah itu di sambut oleh Datin Suraya dengan senyuman. Wanita cantik dan anggun itu segera memeluk erat tubuh Qilla.
I miss you, darling….really-really miss you…” ucap Datin Suraya sambil memegang tangan Qilla.
I miss you too, mummy.” ucap Qilla sambil mengucup tangan wanita itu penuh kasih.
Sejak Qilla dan Ryan sah menjadi tunangan enam bulan yang lalu, Datin Suraya terus meminta Qilla memanggilnya mummy. Dan sikap peramah Datin Suraya itu membuatkan Qilla begitu sayangkannya dan sikap wanita itu juga membuatkan Qilla sentiasa teringatkan arwah ibunya.
“Hmm….patutlah awak asyik kata I miss you….I love you….rupa-rupanya trade mark keluarga awak ya…” bisik Qilla perlahan di sebelah Ryan.
Ryan hanya menayang sengih.
“Jangan-jangan awak ucapkan benda yang sama pada semua perempuan yang awak kenal... …” tiba-tiba Qilla melirik ke arah Ryan.
“Hish…mana ada.  Awak tak payah nak risau....ucapan sayang dan cinta tu,  saya hanya ucapkan pada awak sahaja. Just for you and only you….dan kalau awak nak tahu...mummy pun, bukan senang-senang mummy nak ucapkan perkataan tu kalau mummy tak sukakan seseorang….you are the choose one….sebab tu, mummy betul-betul sayangkan awak…..sekarang ni pun, asyik sebut nama awak je….kadang-kadang, saya pula yang rasa jealous….” balas Ryan.
“Ya lah tu….boleh percayake?” Qilla melirik sekali lagi.
Ryan hanya mengangkat bahu.
Believe it or not….up to you, my dear….” balas Ryan dan terus berlalu meninggalkan Qilla termanggu seketika di ruang tamu.
“Ryan, where is Qilla?” kedengaran suara Datin Suraya menegur anaknya.
“Sayang….come here…” laung Ryan membuatkan Qilla mengeleng kepala dan terus mendapatkan mereka di ruang tamu.
“Amboi, kenapa ni?...dah nak bertukar jadi Tarzan….panggil Qilla macam tu aje….mummy tak pernah ajar anak mummy panggil macam tu tau!” Datin Suraya segera memulas telinga Ryan membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Alah mummy ni….sakit tau telinga Ryan ni kena pulas….kalau selalu kena pulas macam ni, cacat telinga Ryan nanti….tak pasal-pasal jadi panjang sebelah…..” kata Ryan sambil mengusap-ngusap telinganya akibat kena pulas tadi.
“Memang patut pun mummy buat macam tu….dia selalu buli Qilla tau, mummy…” adu Qilla.
“Ya? hmm….anak mummy ni nak kena tau….Qilla, bagi tahu mummy kalau dia masih lagi buli Qilla, biar mummy piat-piat aje telinganya…” Datin Suraya mengetap bibir membuatkan Qilla terus melepas gelak.
Ryan mula tarik muka masam.
“Sob….sob….sob….sedihnya….mummy dah tak sayangkan Ryan…nantilah, lepas makan ni….Ryan nak pergi cari batu belah batu bertangkup…..biar dia telan Ryan….” Ryan mula buat drama sedih.
Datin Suraya dan Qilla sama-sama beradu ketawa.
“Kalau awak kena telan dengan batu belah batu bertanggung.....nanti bulan depan, saya nak bersanding dengan siapa?” Qilla bersuara.
“Eh, betul juga....itulah...mummy dan Qilla ni....suka sangat buli Ryan...itu sebabnya Ryan merajuk!” kata Ryan dengan nada berjauh hati. Siap buat muka kesian minta simpati lagi.
“Alala….anak manja mummy dah merajuk ya….meh sini mummy pujuk….” panggil Datin Suraya dengan mesra.
Tanpa berlengah, Ryan segera bangun dan duduk di sebelah mummynya, segera tubuh Ryan di peluk oleh Datin Suraya dan dia turut menghadiahkan satu kucupan di dahi Ryan. Melihat kemesraan mereka, mata Qilla tiba-tiba berkaca.
“Sayang, kenapa ni?” tegur Ryan sebaik sahaja melihat Qilla cepat-cepat mengesat matanya dengan tangan.
“Sayang, come here…” panggil Datin Suraya dengan suara lembut sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.
Teragak-agak Qilla bangun dan berjalan ke arah wanita itu hingga akhirnya dia melabuh punggung di sebelah mummy Ryan.
“Jangan pernah Qilla rasa keseorangan…mummy sentiasa ada untuk Qilla….mummy dah anggap Qillla ni macam anak perempuan mummy….mummy hanya ada dua orang anak lelaki sahaja dan Qilla….Qilla adalah anak perempuan kesayangan mummy….apa jua masalah, Qilla boleh kongsikan dengan  mummy….” kata Datin Suraya sambil mengucup lembut dahi Qilla membuatkan air mata Qilla terus mengalir.
“Eh, cengengnya awak ni….asyik nangis je….simpanlah air mata tu untuk hari bahagia kita nanti….jangan bazirkan air mata tu untuk benda-benda yang sedih aje….betulkan mummy?” kata Ryan.
Datin Suraya mengangguk perlahan.
“Awak pun sama....suka sangat merajuk. Kalah orang perempuan. Kan mummy!!” balas Qilla tak mahu mengaku kalah.
Datin Suraya tergelak kecil. Suka sangat melihat gelagat mereka berdua. Terhibur hatinya.
“Assalamualaikum.” suara memberi salam membuatkan tiga pasang mata segera menoleh.
“Waalaikumussalam…” jawab mereka bertiga hampir serentak.
“Abang!” Datin Suraya terlebih dahulu bersuara sambil menghulurkan senyuman pada suaminya yang baru muncul. Begitu santai mengenakan kain pelikat dan baju melayu serta berkopiah.
“Apa halnya ni? macam jejak kasih aje….berpelukan bagai….” soal Datuk Ilham kehairanan sambil memandang wajah mereka bertiga meminta penjelasan.
Datin Suraya hanya membalas dengan senyuman.
Mummy ni, daddy….rindu sangat dengan bakal menantu…” usik Ryan.
“Ya ke?....patutlah berpelukan  ni ya….daddy pun rindu juga kat bakal menantu daddy ni….jadi, bolehlah daddy peluk Qilla ni ya!” usik Datuk Ilham membuatkan mata Ryan terbuka luas, begitu juga dengan Qilla.
“Mana boleh, daddy.  Ryan aje yang boleh peluk Qilla…daddy hanya boleh peluk mummy je…” balas Ryan membuatkan mereka yang mendengar terus melepas gelak.
“Tengok tu….cemburu betul orang lain nak peluk buah hati dia…..” usik Datuk Ilham sambil memandang Qilla yang sudah merah mukanya.
“Itu tandanya Ryan betul-betul sayangkan bakal isteri Ryan ni…..” Ryan menaikkan keningnya ke arah Qilla.
“Hmm….Sue, Sue dah bagi tahu along pasal majlis perkahwinan Ryan bulan depan?” tiba-tiba Datuk Ilham memandang wajah Datin Suraya.
“Dah, tapi Sue tak tahu dia dapat balik ke tidak….bukannya abang tak tahu perangai anak sulung abang tu…..asyik dengan kerja 24 jam….bila agaknya dia nak fikir pasal  masa depan dia…” rungut Datin Suraya.
Don`t worry, Ryan akan cuba pujuk along supaya balik raikan majlis perkahwinan Ryan. Kalau dia sayangkan Ryan…dia pasti akan balik….” kata Ryan.
“Datuk, Datin…makan malam dah di siap di hidangkan…”  Mak Leha selaku pembantu rumah muncul di ruang rehat.
“Terima kasih…” ucap Datin Suraya.
“Jomlah, kita makan….lepas ni mummy nak bincang sikit pasal majlis kamu berdua…” kata Datin Suraya sebelum bangun dari sofa, di ikuti oleh mereka yang lain.


AWAK, okey tak ni?” soal Qilla sambil menayangkan baju yang melekat di tubuhnya. Gaun labuh berwarna biru lembut yang nampak simple rekaannya tapi menarik.
Ryan yang sedang membelek contoh-contoh gambar perkahwinan segera menoleh dan merenung seketika penampilan Qilla.
“Okey tak?” aju Qilla lagi.
“Hmm….okey.” jawab Ryan.
“Saya ambil yang ini….” kata Qilla.
Selepas itu Qilla di minta mencuba beberapa helai lagi gaun untuk majlis perkahwinan dan resepsi nanti. Qilla mendapat layanan istimewa kerana pemilik butik ini adalah kawan baik Datin Suraya.
“Ryan, awak okey tak ni?” tegur Qilla sebaik sahaja punggungnya di labuh di sofa bersebelahan tempat duduk Ryan.
Soalan Qilla hanya di balas dengan senyuman.
“Ryan!!” panggil Qilla mula risau bila melihat perubahan pada wajah tunangnya itu.
Ryan segera menoleh dan membalas pandang. Senyuman hambar tetap di hadiahkan untuk Qilla.
“Ryan, muka awak nampak pucat….awak sakit ya,” Qilla mula risau. Wajah tunangnya di renung seketika. Mata coklat yang menawan itu nampak begitu kuyu dan tak ceria. Tangannya mula menyentuh dahi Ryan.
“Ryan, awak demam, dahi awak panas ni…..kita pergi klinik ya….” kata Qilla sambil menyentuh dahi. Kemudian dia memegang tangan Ryan. Sejuk. Dahi panas tapi tangan sejuk. Tanda demam.
“Saya okey, awak jangan risau….” ujar Ryan.
Nope….kita pergi klinik sekarang. Awak tak sihat ni….” Qilla mula menarik tangan Ryan.
No, I`m okay!” kata Ryan dengan suara tegas membuatkan Qilla terkedu seketika. Berubah air mukanya sebaik sahaja mendengar suara Ryan. Apa lagi beberapa orang staf butik termasuk pemiliknya sedang memerhati mereka berdua. Jarang lelaki itu menaikkan suaranya sepanjang mereka kenal.
“Ryan, aunty setuju dengan cadangan Qilla tu…Ryan pergi klinik ya….” pujuk Datin Laila lembut.
Ryan hanya diam dan terus kaku di sofa.
“Qilla, pasal baju-baju tu semua, nanti aunty uruskan dengan Datin Suraya….” kata Datin Laila.
“Baik, aunty. Terima kasih.” kata Qilla.
“Ryan….” panggil Qilla yang dah bersedia untuk beredar.
Ryan akur. Dia bangun.
“Kami pergi dulu, ya aunty.” kata Qilla dan sempat bersalaman dengan wanita anggun itu.
“Hati-hati…” pesan Datin Laila sebelum mereka beredar keluar dari butik ekslusif itu.
“Ryan, bak sini kunci….” Qilla menadah tangan.
“Nak buat apa?” soal Ryan dengan dahi berkerut.
“Saya nak pandu kereta awak.” kata Qilla.
“Tak payah. Saya masih larat.” kata Ryan dan terus berjalan ke arah keretanya.
“Awak tak yakin yang saya boleh pandu kereta mewah awakke?” soal Qilla dengan wajah cemberut.
Ryan mengeluh perlahan.
“Bukan macam tu maksud saya…” balas Ryan serba salah.
“Bak sini, kunci kereta….saya janji saya akan bawa kereta awak dengan cermat….” kata Qilla masih tetap menghulurkan tangannya.
Dengan berat hati Ryan menyeluk poket seluar dan menghulurkan kunci keretanya pada Qilla. Tanpa berlengah, Qilla terus masuk dan menghidupkan enjin kereta Audi Q7 milik Ryan sehingga akhirnya kereta itu berhenti di hadapan sebuah klinik.
See, awak selamatkan….kereta kesayangan awak pun selamat….” kata Qilla sambil mengukir senyum.
Ryan turut mengukir senyum.
Mereka berdua terus keluar dan masuk ke dalam klinik. Tanpa berlengah Qilla terus membuat pendaftaran. Nasib baik pengunjung tak ramai, jadi mereka tak perlu tunggu lama.
Selepas membuat bayaran, mereka kembali ke kereta dan Qilla tetap bertegas yang dia akan memandu dan menghantar Ryan sampai ke rumah.
“Ryan sayang, kenapa ni?” tegur Datin Suraya bila melihat wajah Ryan yang pucat dan tak bermaya.
I`m okay, don`t worry mum. I just need a rest…” kata Ryan dan terus melabuhkan punggung di sofa. Badannya terus menyandar di sofa dan matanya terus di pejam.
“Kenapa tak rehat kat bilik aje…” kata Datin Suraya.
“Kejap lagi…” kata Ryan.
“Ini ubatnya…pastikan awak makan ubat ni….jangan nak skip. Nanti lambat sihat.” kata Qilla sambil meletakkan plastic berisi ubat.
“Kenapa dengan Ryan…apa doktor cakap?” Datin Suraya tetap risau.
He need a rest. Qilla rasa Ryan ni kerja teruk sangat sampai abaikan kesihatan….” kata Qilla.
“Ryan sayang…tolong jaga kesihatan. Minggu depan Ryan dah nak kawin….mummy tak nak perkara buruk berlaku pada Ryan….” kata Datin Suraya melahirkan rasa risau.
“Ryan faham…Ryan cuma nak siapkan kerja Ryan….minggu depankan Ryan nak kawin dan kemudian Ryan terus cuti selama dua minggu. Jadi….Ryan kenalah siapkan kerja Ryan terlebih dulu….” kata Ryan sambil membuka mata. Dia cuba menjelaskan keadaan.
Datin Suraya mengeluh perlahan.
Mummy faham…kerja tu kerja juga tapi kesihatan perlu di utamakan. Lepas kawin nanti….mummy mohon, tolong jangan abaikan Qilla….bila Ryan dah kawin, kerja dah jadi nombor dua….” kata Datin Suraya.
Ryan hanya mengukir senyum. Perlahan-lahan tangan Qilla di capai dan di genggam erat.
“Saya janji….saya akan utamakan awak….” kata Ryan sambil mencium tangan Qilla tanpa mempedulikan pandangan mummynya.
Di sebabkan rasa segan dengan pelakuan Ryan, perlahan-lahan Qilla menarik tangannya dari terus di genggam oleh Ryan.
“Qilla sayang….You are my soul….I want you to know that I love you….I love you so much…” ucap Ryan sambil merenung wajah Qilla yang mula bertukar warna apa lagi kata-kata itu di ucapkan di depan Datin Suraya. Bibir wanita itu mula mengorak senyum.
“Dahlah….seminggu aje lagi….lepas ni, kalau nak lebih-lebih….mummy dah tak kesah…sekarang ni masih banyak pantang larangnya….sekarang, pergi masuk bilik….berehat. Nanti mummy minta Mak Leha masakkan bubur…lepas tu makan ubat….ingat, badan tu nak pakai lama….nak…nak…bila malam pertama nanti…” kata Datin Suraya membuatkan Qilla mula tunduk. Ryan terus mengukir senyum. Wajahnya yang muram dan lemah seketika tadi sudah bertukar ceria.
“Amboi, terus ceria….” usik Datin Suraya sambil tergelak kecil melihat perubahan wajah anak bongsunya itu.
“Yap, rasa lebih semangat. Mujarab betul kata-kata mummy tadi….Ryan nak naik atas dulu…berehat….tak sabar nak jalankan tugas minggu depan….” kata Ryan sambil mengenyitkan matanya sebelum berlalu  membuatkan mata Qilla terus membulat. Datin Suraya sudah tergelak kecil.
“Ryan tu seorang anak yang manja, suka sangat menyakat orang dan suka merajuk….Qilla kena banyak bersabar dengan dia…” kata Datin Suraya sambil memandang wajah Qilla.
“Qilla tahu mummy….Qilla rasa bertuah sangat sebab Qilla menjadi pilihan dia…” kata Qilla.
“Ya, mummy tahu. Ryan tu betul-betul sayangkan Qilla….sejak pertama kali dia jumpa Qilla, dia selalu cerita pasal Qilla pada mummy. Itu sebabnya mummy sayangkan Qilla….Perangai Ryan tak sama dengan perangai abangnya, abangnya seorang yang serius dan suka simpan perasaan sendiri. Tak macam Ryan. Tapi kedua-duanya gila kerja…macam daddy dia orang….” kata Datin Suraya sambil mengukir senyum.
“Macam mana hubungan Ryan dengan along?” soal Qilla yang turut membahasakan anak sulung Datin Suraya dengan panggilan along sebagaimana yang di panggil oleh Ryan.
“Sebenarnya mummy dan daddy panggil nama anak sulung kami dengan nama aje....cuma Ryan saja yang membahasakan abangnya dengan panggilan along.....tapi, elok juga kalau Qilla pun panggil nama along....” kata Datin Suraya membuatkan Qilla mengukir senyum.
Qilla hanya tahu yang Ryan punya seorang abang yang kini berkerja di luar negara. Ryan jarang bercerita pasal abangnya tapi Qilla tahu yang Ryan sayangkan abangnya itu.
“Hubungan Ryan dan abangnya sangat rapat walaupun mereka jarang berjumpa. Nantilah, suatu hari nanti Qilla akan kenal dengan abang kesayangannya tu.” kata Datin Suraya.
“Hmm….Qila dan Ryan dah nak kawin minggu depan…along tak kesahke bila Ryan kawin dulu?” kata Qilla.
“Entahlah…sikap along tu sukar nak di jangka….tapi setahu mummy, along tu dah ada teman wanita. Mummy tak tahu pulak hubungan mereka berdua tu serius atau tidak…tapi, kalau boleh mummy tak nak perempuan tu jadi menantu mummy.” kata Datin Suraya.
“Kenapa mummy tak suka?” soal Qilla hairan.
“Entahlah, sukar mummy nak jelaskan. Mungkin naluri seorang ibu mengatakan bahawa perempuan tu tak sesuai dengan along.” jelas Datin Suraya sambil mengeluh perlahan. Wajahnya muram bila bercerita pasal perempuan itu.
Mummy, sepatutnya mummy restui hubungan mereka. Redha dengan pilihan mereka kerana keredhaan seorang ibu  adalah kunci kebahagiaan untuk anak-anak.” nasihat Qilla lembut.
Datin Suraya hanya ukir senyum.
“Kalau perempuan itu seperti Qilla, pasti mummy akan restu tapi.....masalahnya....dia bukan perempuan macam Qilla.” balas Datin Suraya.
Mummy, setiap orang ada kebaikan dan keburukannya. Tak ada yang sempurna.” pujuk Qilla lagi.
Mummy tahu dan mummy faham. Terima kasih Qilla kerana Qilla sentiasa ada di sisi mummy. Qilla adalah permata hati mummy dan mummy betul-betul sayangkan Qilla.” ucap Datin Suraya. Tangan Qilla di capai dan digenggam erat membuatkan Qilla benar-benar rasa terharu dan bertuah.
“Qilla pun sayangkan mummy. Sayang sangat-sangat. Kalau boleh, Qilla pun nak jadi macam mummy, seorang wanita dan ibu yang terbaik.” tangan Datin Suraya di ciumnya lembut.
Datin Suraya mengukir senyum dan dia benar-benar gembira dengan hubungan mereka.
“Along balik tak raikan majlis kawin kita orang nanti?” soal Qilla ubah tajuk.
 Kalau boleh dia juga nak kenal abang Ryan, pasti orangnya kacak macam Ryan. Maklumlah mereka berdua tu anak kacukan. Datin Suraya ni sebenarnya berasal dari UK. Sebelum berkahwin dengan Datuk Ilham, Datin Suraya atau nama asalnya Stephenie telah memeluk Islam selama tiga tahun. Datin Suraya dan Datuk Ilham berkenalan ketika mereka sama-sama belajar di universiti yang sama. Sikap dan keperibadian Datin Suraya yang suka merendah diri dan bersikap sopan itu berjaya menarik perhatian Datuk Ilham yang ketika itu memang di sukai ramai perempuan. Dan bagi Datin Suraya, sikap berterus terang Datuk Ilham untuk memilikinya membuatkan dia rasa yakin bahawa Datuk Ilham ikhlas mahu memilikinya, malah dia dapat melihat bahawa Datuk Ilham adalah  seorang lelaki yang begitu berpegang pada agama dan dia juga yakin bahawa lelaki itu mampu membimbingnya dengan baik ke arah jalan kebenaran. Mereka terus berkahwin di sana setelah mereka sama-sama tamat pengajian. Selepas itu Datin Suraya terus di bawa pulang ke Malaysia. Jarang Datin Suraya balik ke tempat asalnya kerana orangtuanya telah meninggal dunia akibat kemalangan  dua tahun selepas dia mengahwini Datuk Ilham.
 “InsyaAllah…abang kesayangan Ryan tu akan balik nanti. Mengamuk Ryan nanti kalau abangnya tak balik…” Datin Suraya tergelak kecil mengingatkan ugutan Ryan pada abangnya.
Mummy, Qilla rasa elok Qilla balik sekarang….” kata Qilla.
“Ya lah….Qilla jangan risau. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar….kita doakan ya….” kata Datin Suraya.
Qilla mengukir senyum.
“Esok Qilla akan balik rumah ayah…nak buat persiapan mana-mana yang patut.” kata Qilla.
“Sampaikan salam mummy pada ayah dan makcik Qilla ya…” kata Datin Suraya.
“InsyaAllah…” Qilla terus menyalami tangan wanita anggun itu dan terus menujuk ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari kereta milik Ryan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...