Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 15 September 2015

Cover & Sinopsis Dia,...Mr. Perfect Aku!

Alhamdulillah, akhirnya Dia, ..Mr. Perfect Aku! muncul dalam versi cetak.
Inilah Cover dan Sinopsisnya. Semoga kalian terhibur membacanya.

TAJUK : DIA... MR. PERFECT AKU!
PENULIS :  AZIEANA
NO ISBN : 978-967-0907-10-9
HARGA SEMENANJUNG : RM29.00

HARGA SABAH / SARAWAK : RM32.00

DIYA... Mr. Perfect baginya ialah lelaki yang mampu memberi impak besar kepadanya. Tidak semestinya sempurna, kacak, kaya dan bergaya tapi mampu buat hatinya berdebar-debar walaupun dengan hanya pertemuan pertama.

“Abang tak nak desak Diya untuk buat keputusan sekarang. Ambillah seberapa lama masa yang Diya perlukan. Abang akan sabar menunggu kerana sayang dan cinta abang pada Diya tulus dan tak ada tarikh luput...” – Aniq

ANIQ... Dia telah lama memendam rasa. Menaruh harapan agar Diya menjadi miliknya. Baginya Diya membuatkan dia kenal rasa rindu, sayang dan cinta. Dia sentiasa ada saat Diya perlukan seseorang di sisi dan dia juga tidak pernah putus asa menawan hati gadis itu walaupun dia tahu hakikat sebenarnya.

Jodoh itu ketentuan Tuhan.

SHAH... Dia dikatakan berhati beku dan kayu. Sedangkan Hanim, tunangnya pun tidak dia layani. Siapa sangka suatu ketika dulu, saat dia hilang ingatan, dia telah menawarkan diri memperisteri Diya tanpa pengetahuan keluarganya. Diya ditinggalkan tanpa khabar berita kerana saat ingatannya pulih dia tidak ingat apa-apa. Hanya bayangan dua manusia muncul sebagai petanda.

“Kita berdua sebenarnya dah kahwin dan Encik Shah suami saya, suami yang sah.” - Diya

“Kalau you boleh bawa bukti yang kukuh, I akan terima you… no matter what. I akui, I sukakan you... tapi tu bukan bermakna yang I dah jatuh cinta dengan you sekarang.” - Shah

“Saya tahu Encik Shah sukar nak jatuh cinta, tapi saya akan buat Encik Shah jatuh cinta dengan saya.” –Diya

Mampukah Diya meraih cinta Shah? Mampukah dia mengharungi pelbagai dugaan yang melanda untuk memiliki suaminya semula atau akur dengan ketentuan sama ada Shah bukan Mr. Perfectnya?

3 comments:

  1. assalamualaikum.. hye sis azieana..I'm mira..novel ni dah ada di mph ke?congrats sis novel dah dibukukan..jiayou utk novel yg akan dtg & seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, tqvm Mira for your support. Insyaallah, buku ni ada di kedai2 buku.

      Delete
  2. Tahniah sis. . Sy baca kat penulisan2u..adoi rasa x sabar nk beli plak dah..haishhh... Tgulah esok..sy nak dptkan jugak. Hehe.. tahniah once again..pndai sis buat kita yg baca ni bedebar2 sekali..adoiiiu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...