Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 7 August 2015

Yang terindah dari dia 2




U
SAI solat Subuh, Aira dan Balqis membantu Halimah membungkus nasi lemak untuk di jual di warung tepi jalan yang terletak di tidak jauh dari rumah. Aira memandang wajah Balqis. Balqis pula memandang wajah Aira. Serba salah mereka berdua di buatnya, apa lagi bila melihat Halimah yang berwajah muram. Hanya tangannya sahaja lincah membungkus nasi lemak di dalam daun pisang.
“Ibu, ibu tak apa-apa?” Balqis memberanikan diri bertanya sambil merenung wajah Halimah. Ada kesan merah dan bengkak pada wajah Halimah.
Halimah memandang wajah Balqis dan Aira silih berganti. Senyuman di hulurkan buat dua orang anak gadis itu. Dia tahu mereka berdua pasti risaukannya.
“Aira dan Qis tak payah risaukan ibu. Ibu tak apa-apa. Lagi pun, ibu dah lali dengan semua ni. Dah lebih sepuluh tahun ibu terpaksa menahan sabar melayan kerenah ayah kamu. Ibu pun tak tahu sampai bila ibu mampu bertahan….apa lagi nak melindungi Aira dan Qis. Manusia ni….bila dah jadi kawan syaitan, mereka tak akan kenal dosa pahala, halal dan haram…janji, apa yang mereka nak, mereka akan dapat. Selagi tak dapat….selagi itu mereka akan berusaha nak dapatkannya!” kata Halimah sambil melepas helaan panjang.
“Ibu, Aira minta maaf kalau Aira jadi punca ibu terpaksa alami semua ni…” kata Aira dengan rasa kesal. Wajah Halimah di renung dengan rasa simpati.
Bagi pendapat Aira, Halimah yang berusia awal 40-an itu tergolong dalam kategori wanita yang cantik dan baik. Malah dia memiliki sifat kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi. Buktinya, Halimah menyayangi dirinya sepertimana Halimah menyayangi Balqis iaitu anak kandungnya. Kalau bukan sebab mulut Lajis, dia pun tak sedar yang dia hanyalah anak angkat yang di bela sejak berumur 5 tahun. Dalam seusia itu, apalah yang dia tahu dan dia ingat.
 Kenapa mesti ibu ditemukan dengan lelaki yang seteruk ayah Lajis. Memang dia sedar bahawa dia hanyalah anak angkat kepada pasangan Lajis dan Halimah sejak 15 tahun yang lalu. Dia memanggil Halimah dengan panggilan ibu kerana dia begitu sayangkan Halimah sepertimana dia sayangkan seorang ibu kandung. Bukan macam ayah Lajis. Setiap kali memandang wajahnya, dia jadi seram dan takut. Mata ayah begitu tajam. Seperti mata seekor burung helang yang sedang merenung mangsanya. Semakin dia meningkat dewasa, sikap dan perangai ayah semakin menakutkannya. Kalau tidak di sebabkan Halimah dan Balqis, tak sanggup rasanya dia nak terus menetap di situ. Tapi, kalau dia keluar dari rumah itu. Ke mana tempat yang harus dia tuju. Halimah sendiri tak pernah tahu siapa asal usul dirinya, begitu juga dengan ayah Lajis. Walau macam mana sekali pun, dia tetap bersyukur kerana dia dapat hidup dan membesar dengan baik walaupun tidak hidup mewah. Tapi cukuplah ada tempat untuknya membesar dan juga berteduh.
“Aira!!”
“Aira!!”
Aira tersentak bila bahunya di gosok perlahan oleh Halimah. Serta merta dia mengalih pandang ke wajah Halimah dan mengukir senyum.
“Kenapa ni? jauh sungguh Aira mengelamun, fikirkan apa ni?” tegur Halimah dengan suara lembut sambil merenung wajah Aira.
Terkulat-kulat Aira membalas pandang wajah Halimah, Ada senyuman terukir pada wajahnya yang pucat itu. Kesian ibu!
Balqis  juga turut merenung wajahnya dengan dahi yang berkerut.
Aira mula ukir senyum. Tidak mahu Halimah dan Balqis risaukannya.
“Aira, ibu minta maaf atas sikap suami ibu pada Aira selama ini. Ibu pun tak tahu nak buat macam mana dengan sikap dan perangai suami ibu. Sejak dari  muda sampai ke tua tak pernah nak berubah-ubah.” kata Halimah dengan rasa kesal.
“Erm….ibu, kalau Aira tanyakan sesuatu boleh tak? tapi Aira harap sangat ibu tak marah…” kata Aira dengan suara yang teragak-agak.
“Tanyalah, sayang. Apa dia?” kata Halimah sambil mengukir senyum.
“Ibu sayangkan ayah? ibu cintakan ayah?” tanya Aira sambil merenung wajah Halimah yang diam tiba-tiba mendengar soalan itu keluar dari mulut Aira.
Balqis yang melihat wajah ibunya yang keruh itu mula resah. Dia melepas pandang ke arah Aira.
Aira mengetap bibir.
“Ibu, Aira minta maaf kalau pertanyaan Aira tadi tidak menyenangkan hati ibu. Aira minta maaf ya, ibu. Lain kali, Aira tak akan tanya lagi!” Aira menelan liur. Sungguh dia rasa bersalah kerana menanyakan soalan itu. Tapi ada sebab kenapa dia bertanyakan soalan itu.
“Tak apa. Ibu tak marah dan ibu tak kecil hati.” balas Halimah sambil menghempas helaan panjang.
“Ibu, ayah tak buat kita semua jadi macam ni. Sepatutnya ayah yang membela dan membiayai kehidupan kita tapi ayah yang musnah kehidupan kita, terutama sekali ibu. Sampai hati ayah selalu sakiti hati ibu, sakiti tubuh ibu. Ayah dah jadi manusia yang tak punya perasaan.” Balqis meluah rasa.
 Walaupun Lajis adalah ayah kandungnya, tapi dia tak tega melihat ayahnya memperlakukan ibu seperti hamba. Dan sekarang, ayah nak jadikan kak Aira pula mangsa hawa nafsunya. Setakat ini, kak Aira masih lagi selamat. Tapi sampai bila mereka akan terpaksa mempertahankan kehormatan kak Aira dari menjadi hamba nafsu ayah. Dia sendiri pun rasa takut.
“Dulu, ayah kamu  seorang lelaki yang baik. Menyayangi ibu dan menyintai ibu dengan sepenuh hati. Tapi setelah dia kehilangan kerja, apa lagi sukar nak dapat kerja baru, di tambah pula dia mula berkawan dengan kawan yang tak senonoh, dia mula berubah sikap. Dia mula berjudi dan minum arak. Dari seorang lelaki yang bersikap penyayang, dia berubah menjadi seorang yang cepat berang dan mula melepas rasa marahnya pada ibu. Ibu tahu dia juga tertekan dengan apa yang sedang di alaminya tapi ibu tak dapat membantunya melainkan ibu meneruskan apa yang selama ini ibu lakukan. Hasil dari jualan ibulah, kita berempat dapat teruskan hidup. Ibu sendiri pun tak sangka ibu yang menjadi tempat untuk dia meluahkan rasa amarahnya. Ibu bertahan dengan semua sikapnya kerana ibu masih sayangkannya. Ibu sentiasa berdoa agar suatu hari nanti dia mampu berubah.” kata Halimah dengan mata yang berkaca.
“Jadi, kerana itu ibu tak cuba tinggalkan ayah walaupun selama ini ayah seksa ibu?” tanya Aira.
“Ya, ibu tetap sayangkannya. Dia lelaki pertama yang mengajar ibu tentang rasa sayang dan rasa cinta.  Dan seperti yang ibu cakapkan tadi, ibu yakin….suatu hari nanti dia akan berubah.” kata Halimah dengan tenang.
Aira dan Balqis hanya mampu mengeluh.
“Ibu, sejak Aira dapat tahu Aira ni anak angkat ibu. Aira nak sangat tahu macam mana Aira boleh tinggal sama ibu.” kata Aira perlahan,
Halimah merenung seketika wajah Aira.
“Kenapa? Aira nak jumpa orangtua Aira ke? Aira rindukan mereka?” soal Halimah.
Aira memejam mata seketika.  Bohonglah kalau dia tak rindukan orangtua kandungnya. Dia nak sangat jumpa mereka dan nak sangat tahu kenapa dia dibuang oleh orangtuanya. Takkanlah tak ada sedikit pun rasa rindu mereka untuknya.
“Ibu faham perasaan Aira. Ibu juga pernah rasa apa yang Aira rasa. Kerana ibu turutkan rasa hati, ibu sanggup tinggalkan orangtua ibu. Betahun-tahun ibu tinggalkan mereka tanpa khabar berita dan di saat ibu ingin jumpa mereka, mereka dah tak ada di dunia. Saat itu, tak ada satu perkataan pun yang dapat ibu nyatakan tentang perasaan ibu kecuali rasa kesal.  Mungkin kerana sikap ibu membelakangkan mereka, kehidupan ibu tak bahagia sepertimana yang ibu impikan tapi sekurang-kurangnya ibu rasa sedikit lega bila ibu dapat tahu mereka telah maafkan ibu.
Aira sayang, ibu minta maaf kalau ibu tak dapat nak cerita apa yang sebenarnya berlaku pada Aira. Apa yang ibu tahu, suatu hari suami ibu membawa pulang seorang anak kecil dan dia minta ibu jaga kerana katanya, anak itu tidak diperlukan oleh orangtuanya. Melihat saja wajah anak kecil itu, hati ibu tersentuh dan ibu jatuh sayang pada dia. Ketika itu, Balqis berusia 2 tahun. Kehidupan ibu hanya biasa. Suami ibu masa tu memang dah tak kerja, hanya sekali sekala dia kerja tapi lebih banyak mengganggur. Kehidupan kami banyak bergantung pada hasil jualan nasi lemak dan kuih mueh. Tapi, kebanyakan hasil jualan ibu terpaksa ibu serahkan pada suami ibu. Kalau ibu tak bagi, dia akan pukul ibu.
Sungguh, ibu bersyukur sangat Aira hadir dalam hidup ibu. Balqis ada teman dan kakak. Hasil jualan ibu juga makin meningkat. Suami ibu daftarkan nama Aira dengan berbintikannya dan memberi alasan yang sijil lahir Aira telah hilang.” kata Halimah.
Aira baru sedar yang dia hanya anak angkat sejak 5 tahun yang lalu. Itu pun kerana hakikat itu keluar dari mulut Lajis ketika bergaduh dengan Halimah.
“Limah, kau kena sedar yang  si Aira tu bukan anak kandung aku….jadi, tak salah kalau aku nak `merasa` dia. Mungkin itu sebagai balasan aku dah jaga kebajikan dia selama ini!” kata Lajis.
“Jaga kebajikan apanya. Selama ini, Limah yang menyara hidup kita sekeluarga….abang tak bagi sumbangan langsung. Aira tu anak Limah, Limah tak benarkan abang apa-apakan dia…” marah Halimah.
“Ah, aku peduli apa…aku tetap ada hak….tak dapat hari ini, esok aku cuba lagi!” kata Lajis sempat merenung tajam wajah Aira yang bersembunyi di belakang Halimah. Badannya bergetar dek ketakutan kerana bimbang dia benar-benar menjadi mangsa kerakusan lelaki itu. Aira mengeluh lega setelah Lajis keluar dari rumah. Dia dan Halimah saling berpelukan. Nasib baik ketika itu Balqis tiada di rumah. Namun, sejak kejadian itu hati Aira sentiasa di landa resah dan takut setiap kali berhadapan dengan Lajis.
“Aira, ibu minta maaf kalau kalau ibu gagal melindungi Aira. Tapi…ibu harap sangat pada Aira, Aira mesti kuat. Ingat ya sayang, Allah sentiasa ada bersama kita. Sentiasalah meminta pertolongan padaNya, nescaya dia akan membantu.” kata Halimah.
Aira mengangguk perlahan.
“Ibu, siapa kak Aira sebenarnya?...takkanlah ibu tak tahu langsung pasal kak Aira. Ayah tak cerita apa-apake pada ibu pasal kak Aira?” Balqis bersuara.
“Ayah tak banyak cerita. Ibu yakin, ayah pun tak tahu. Kata ayah Balqis, dia hanya ikut arahan kawan tapi kawannya telah menghilang tanpa sempat dia mendapat upah, jadi terpaksalah dia bawa Aira pulang.” kata Halimah.
“Maksud ibu, kak Aira ni mungkin mangsa culik?....tapi kalau betul, takkanlah pasal kehilangan kak Aira tidak di khabarkan  dalam akhbar.  Kalau orangtua kak Aira sayangkan kak Aira, mesti mereka akan cari kak Aira.” kata Balqis.
“Hmm….entahlah, ibu sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Setiap kali ibu tanyakan pasal Aira, ayah Balqis mesti melenting dan marah-marah. Katanya dia menyesal ikut kawannya sebab kawannya dah menipu dia. Tapi….ada sesuatu yang Aira perlu tahu yang selama ini tak pernah ibu ceritakan.” kata Halimah membuatkan Balqis dan Aira saling berpandangan.
“Apa dia ibu?” tanya Aira tak sabar.
“Pasal nama Aira.” kata Halimah.
“ Kenapa dengan nama Aira?” tanya Aira.
“Sebenarnya Humairah bukanlah nama sebenar Aira.” kata Halimah.
“Habis….apa nama sebenar Aira?” mata Aira membulat.
“Limah…ooo…..Limah, aku lapar. Mana sarapan aku?” belum pun sempat Halimah bersuara, Lajis tiba-tiba muncul di ruangan dapur.
Halimah menelan liur melihat wajah kelat suaminya.
Aira cepat-cepat memasukkan bungkusan nasi lemak ke dalam bakul. Sekejap lagi dia dan Halimah akan membawanya ke warung tepi jalan. Balqis pula menyusun karipap yang sudah siap di goreng di dalam bekas. Biasanya hari minggu, mereka bertiga akan berniaga bersama.
Halimah kalut menyediakan sarapan untuk Lajis. Lajis segera mengambil tempat duduk di kerusi. Tajam matanya merenung wajah Aira yang berpura-pura tidak mengendahkan kewujudannya. Ada senyuman tersungging di bibir birunya. Saat itu juga Halimah mengetap bibir. Dia yakin pasti suaminya punya agenda. Dan dia nekad, dia akan bertindak lebih pantas dari suaminya agar maruah Aira akan terselamat.
“Aira, buatkan ayah kopi.” arah Lajis sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.
Aira memandang wajah Halimah. Melihat anggukan Halimah, Aira bangkit dan segera menyediakan minuman untuk Lajis. Segera di letakkan cawan berisi kopi di depan Lajis.
“Limah, kejap lagi aku nak keluar…aku nak duit.” kata Lajis selepas siap menikmati nasi lemak. Tangannya segera mencapai cawan berisi kopi.
“Abang nak keluar pergi mana?” soal Halimah.
“Yang kau sibuk ni apa hal? suka hati aku la…” Lajis meninggikan suara.
“Limah bukan apa, bang. Apa salahnya kalau abang cari kerja….takkanlah nak harapkan Limah seorang aje. Makin lama perbelanjaan kita makin bertambah. Mana tahu si Balqis ni ada peluang untuk belajar lebih tinggi, dapat masuk university. Nak juga pakai duit. Sekurang-kurang bila abang dah kerja….perbelajaan rumah kita akan jadi stabil. Limah ingat, Limah nak menyewa tapak kat kedai kopi Haji Karim tu, dia pun ada tawarkan kat Limah untuk berniaga kat situ. Lagi pun, kedai dia tu kan jadi tempat tumpuan…” kata Halimah.
“Kau tak payah nak gatal-gatal menyewa kat kedai kopi Haji Karim tu. Bukannya kau tak tahu, kedai tu tempat aku melepak. Lagi pun, aku tak rasa kau perlukan tempat berniaga yang baru, warung kat depan tu pun dah elok sebagai tempat untuk kau berniaga. Banyak juga untungnya…” kata Lajis.
Halimah mendengus perlahan. Sakit hatinya mendengar kata-kata suaminya. Bukan hanya memberi sumbangan untuk keluarga, tapi suaminya itu memberikan bebanan untuknya. Suaminya itu makin lama makin malas nak bekerja. Setiap hari kerjanya asyik melepak di kedai kopi sambil berbual kosong. Malam pula melepak kat pekan untuk berjudi dan minum. Bila tak ada duit, hanya tahu meminta sahaja. Kalau tidak di beri, tubuhnya pula yang menjadi mangsa.
“Tapi bang, apa salahnya Limah tumpang berniaga kat warung tu….” kata Halimah cuba melahirkan rasa tak puas hati.
“Kau ni Limah, kalau tak bangkang cakap aku tak bolehke? kalau aku tak benarkan kau berniaga kat warung Haji Karim tu, maknanya tak bolehlah. Kau nak makan penyepak aku ke? kau nak jantan-jantan kampung yang ada kat warung  tu goda kau. Agaknya, kau seronoknya dapat tayang muka dan tubuh kau kat situ.” kata Lajis sambil mendengus kasar.
Lajis sedar, Halimah adalah seorang wanita yang cantik. Kalau tak, mana mungkin dia akan tergila-gilakan Halimah sejak dari dulu. Sanggup dia memujuk rayu agar Halimah menerima cintanya dan mengahwininya hinggakan Halimah terpaksa mengingkari perintah orangtuanya yang mahu menjodohkannya dengan pemuda lain.
“Astaghfirullahal Azim. Sampai hati abang tuduh Limah macam tu. Limah tak ada niat pun nak menggatal dengan lelaki lain selagi abang ni suami Limah, melainkan abang ceraikan Limah.” kata Halimah menahan geram.
“Kau jangan ingat senang-senang aje aku nak ceraikan kau. Aku tahu, sekali aku ceraikan kau, masih ramai lagi lelaki kat luar sana yang sudi memperisterikan kau. Kau tu masih cantik Limah…aku masih nak pakai tubuh kau….tapi, sesekali aku nak merasa juga tubuh muda.” kata Lajis sambil tersenyum gatal ke arah Aira yang sudah menunduk kepala. Takut nak bersemuka dengan Lajis. Balqis yang mendengar kata-kata ayahnya mengetap bibir, begitu juga Halimah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...