Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 19 August 2015

Dia,...Mr.Perfect Aku! 26





CARL mengelap peluh di muka dengan tuala yang disangkut di lehernya. Penat betul. Dah lama juga dia dan Shah tak main squash. Rasa sakit badan dan tegang segala urat sendi.  Tapi kali ini Shah hanya sekadar pemerhati. Ini adalah disebabkan keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya. Sampai sekarang, Shah masih lagi berulang alik ke hospital untuk mengenal pasti tahap kesihatan dan memeriksa keadaan kakinya yang patah akibat kemalangan hari itu.
“Carl, kau dah dapat settle ke masalah yang aku minta kau dan Syafiq selesaikan hari tu? Maksud aku projek Taman Jaya tu.” tanya Shah sambil memerhati Carl menyimpan raket squashnya di dalam beg sandang.
“Dah, aku dah tahu siapa yang buat angkara.” beritahu Carl selepas meneguk minuman.
“Siapa?” soal Shah ingin tahu.
“Encik Azmi dan Rafidi…dia yang bagi maklumat kat Datuk Wong. Sekarang, aku dan Syafiq dah dapat kumpul semua maklumat…nanti aku serahkan pada kau. Pandai-pandai kaulah nak buat keputusan nanti.” beritahu Carl.
Shah terdiam. Cuba mengingatkan lelaki yang dimaksudkan oleh Carl. Dah dekat dua bulan dia tak masuk ofis akibat kemalangan hari tu, jadi ada beberapa perkara yang dia ketinggalan maklumat. Nasib baiklah ada Carl yang mampu membantu dia.
“Tak payah buat muka blur macam tu…Rafidi tu baru aje masuk syarikat kita beberapa bulan, dah buat hal. Tapi yang aku tak sangka bila Encik Azmi adalah dalang di sebalik semua tu. Papa kau pun percaya yang Encik Azmi boleh handle projek kat Taman Jaya tu sebab selama ini kerja dia okey dan memuaskan… tapi boleh pulak dia dan Rafidi   bergabung dengan Datuk Wong untuk merebut tender yang kita dapat tu …aku juga dapat tahu yang Rafidi masuk ke SM Holdings semata-mata nak dapatkan maklumat syarikat kita.” Carl berterus terang hasil dari siasatan yang dilakukan bersama Syafiq.
“Hmm…nantilah aku buat keputusan selepas berbincang dengan papa. Lagi pun, sukar juga nak buat keputusan sebab Encik Azmi tu orang lama dan jasanya pun banyak pada syarikat tapi tak tahulah kenapa sampai dia boleh bersubahat dengan Datuk Wong. Agaknya dia dapat habuan yang banyak dari lelaki tu untuk mencungkil rahsia syarikat kita berkaitan dengan tender kat Taman Jaya tu.” kata Shah.
Carl mengangguk perlahan.
Bro…aku nak tanya pendapat kau ni….” wajah Carl berubah menjadi ceria. Senyum dah sampai ke telinga semasa dia mengubah posisi, mengadap wajah Shah.
“Pendapat?...pasal apa?” berkerut dahi Shah memandang wajah Carl yang manis bergula tu. Mesti tak lain tak bukan, pasal perempuan. Dah lama juga dia tak jadi penasihat berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh teman baiknya itu.
“Kau nak kawin?” Shah sengaja membuat tekaan.
Senyuman Carl makin melebar.
“Aik, takkanlah tekaan aku betul.” Shah mula keliru.
Coming soon kut.” balas Carl yang masih lagi berwajah ceria.
Shah ketawa. Nampaknya tak lama lagi kawannya akan dapat seru. Dapatlah dia makan nasi minyak.
Good…satu perkembangan yang baik. Jadi, kau nak lupakan terus aktiviti yang kau buat selama ini…kata orang, playboy ni susah nak pencen!” Shah mengukir senyum. Harap-harap perangai temannya itu akan berubah. Bukan lagi suka mengejar perempuan.
“Kali ini aku rasa, aku seriuslah…” kata Carl dengan penuh yakin.
“Okey…siapa gadis bertuah tu?” Shah tak sabar nak mengetahui siapakah gadis yang boleh merubah sikap kawan baiknya ini. Pastilah orang yang istimewa kerana betul-betul dapat menawan hati kawannya ini. Air mineral yang masih berbaki di teguk perlahan.
“Gadis bertuah tu adalah….Diya!”
Shah terbatuk-batuk sebaik sahaja mendengar nama itu keluar dari mulut Carl. Merah mukanya akibat terbatuk tadi.
“Aku serius ni bro…aku memang sukakan Diya, kali pertama aku jumpa dia masa dia datang hari tu…hati aku dah terpikat habis.” beritahu Carl mengenai isi hatinya.
“Betul ni, kau serius sukakan perempuan tu…maksud aku …Diya?…bukannya aku tak kenal kau…semua perempuan pun kau suka, kau cinta, kau sayang…takkanlah staf SM Holdings pun kau nak usha juga. Lagi pun, kau baru aje kenal diakan…tak sampai sebulan pun dia kerja kat SM Holdings.” Shah mendengus perlahan.
Memang sukar nak percaya bahawa Carl memang serius menyukai Diya. Dan entah kenapa, hatinya tiba-tiba rasa sakit.
“Cinta boleh datang dalam sesaat…kau tak pernah rasa, sebab tu kau tak faham apa itu cinta. Kau bertunang dengan Hani pun bukan atas dasar cinta…mama kau dan Hani yang beria paksa kau bertunang. Aku tahu, kau sikit pun tak ada hati dengan Hani…itu hak kau dan aku tak nak masuk campur walaupun Hani tu adik aku. Dan aku kenal siapa Hani….aku memang tak harapkan dia jadi pasangan hidup kau…” kata Carl membuatkan Shah termenung panjang.
Memang betul, Shah tak ada hati pada Hanim dan dia pun memang tak harapkan hubungan pertunangan mereka akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Cuma sekarang, dia tak ada alasan yang kukuh untuk memutuskan hubungan itu. Sebab itu, dia tak kesah apa pun yang di buat oleh Hanim asalkan tidak menyusahkan hidup dia.
“Kau tak marah kalau aku putuskan pertunangan aku dengan Hani?” duga Shah.
“Tak…sebab aku tahu kau tak pernah anggap dia lebih dari seorang adik. Don`t worry…aku tak kesah langsung tapi aku yang rasa takut…aku takut Hani tak dapat nak terima kenyataan. Bukan kau tak tahu perangainya…panas baran. Apa yang dia nak….dia akan cuba dapatkan. Termasuk kau….aku harap, dia tak akan bertindak bodoh suatu hari nanti.  Dia tu tetap adik aku walau apa pun tindakan dia….” kata Carl yang sememangnya tak pernah kesah dengan hubungan Hanim dan Shah.
“Aku  nak tanya sekali lagi ni….kau betul-betulke nak serius dengan Diya?”  Shah kembali pada tajuk asal. Entah kenapa hatinya masih lagi rasa resah.
“Aku betul-betul serius…. Aku tak naklah pilih perempuan yang seksi sangat, aku yang seksa nanti. Jadi aku rasa, Diya adalah  pilihan yang tepat dan terbaik untuk aku. Cantik, manis dan pandai jaga diri. Wajahnya membuatkan aku sentiasa terbayang-bayang…kau rasa, aku boleh dapatkan dia tak?” Carl memandang wajah Shah. Ingin dapatkan reaksi dari Shah.
“Kau tak rasake yang dia mungkin dah berpunya….ada boyfriend mungkin. Yalah…orang cantik macam tu, pasti ramai yang cuba nak memikat.” kata Shah.
Carl ketawa.
“Aku dah tanya awal-awal pasal status dia. She`s still single… Aku tak nafikan yang dia tu mungkin ramai peminat yang kita tak tahu…tapi bak kata pepatah…best man win. Shah…kau tak nak cuba pikat dia?” kata Carl dengan wajah selamba dan kata-katanya itu  hampir membuatkan Shah tersedak.
“Aku?...nak pikat dia?....no, she`s not my type…” balas Shah menahan rasa getar di dada.
Yalah…takkanlah dia nak bersaing dengan kawan baik walaupun perasaannya  sentiasa berdebar setiap kali dia berhadapan atau mencuri pandang gadis itu. Hakikatnya, dia terpaksa akur dan mengiyakan bahawa hatinya turut terpikat pada Diya, tapi untuk mengaku depan Carl…segan pula rasanya.
“Ops, aku terlupa…kau kan lelaki yang berhati kayu…mana ada perasaan dengan mana-mana perempuan kan!. Aku pun tak tahulah….macam mana agaknya rupa gadis yang berjaya mencairkan hati kau yang beku dan dingin macam ais tu…” Carl tergelak sendiri. Seronok dapat mengenakan kawan baiknya itu.
Shah mengetuk kepala Carl dengan botol mineral kosong. Sakit juga hatinya mendengar usikan kawannya itu.
Carl buat muka selamba. Tak sakit pun kena ketuk dengan botol plastik mineral kosong, lainlah kalau botol kaca. Silap hari bulan boleh bengkak, berdarah dan berjahit kepalanya nanti. Kalau nasib tak baik, bermalamlah dia kat hospital. Kan naya tu!
“Tapikan bro…malam minggu lepas, aku ada nampak Diya keluar dinner dengan seorang lelaki kat restoran yang aku deal dengan klien. Handsome juga lelaki tu…tak macam rupa melayu pun…” tiba-tiba Shah teringatkan Diya bersama seorang lelaki.
“Ya? mana handsome dengan aku!” tak sabar pula Carl nak tahu tahap  mana handsome lelaki tu.
“Aku rasa…handsome lelaki tu kut…rupa dia lebih kepada mat salih…pakai pun kereta mewah…Audi R8 tu bro…bukan calang-calang orang…” sempat juga Shah melihat Diya dan Aniq yang baru berlalu dengan kereta semasa dia keluar dari restoran malam tu.
“Kawan dia aje tu…lagi pun, aku masih ada peluang selagi dia belum bergelar tunangan atau isteri….macam yang aku cakap tadi….the best man win.” Carl tak mahu ambil pusing. Kalau boleh, dia mahu bersaing secara sihat. Tak nak main cara kotor. Itu bukan cara dia untuk memiliki mana-mana perempuan.
“Jom, balik…aku dah penatlah…” ajak Shah.
“Penat apanya….kau hanya jadi tukang tengok aje, aku yang bermain…” tempelak Carl.
“Penat juga…penat sebab tercongok tunggu kau main…” balas Shah membuatkan Carl mengeleng kepala mendengar jawapan itu.
Mereka terus mengatur langkah keluar dari gelanggang untuk menuju ke kereta masing-masing  kerana selepas ini hala tuju mereka adalah berlainan.
“Shah,” panggil Carl tiba-tiba.
“Apa?”
“Aku rasakan Diya tu macam berminat kat kaulah…aku tengok dia pandang kau lain macam aje!” Carl tiba-tiba bersuara.
Shah mengeluh. Ingatkah hal tadi dah berakhir tapi macam mana boleh terkeluar balik ni.
“Kau mengarut apa ni?” tanya Shah agak terkejut. Atau lebih tepat, buat pura-pura terkejut kerana dia juga yakin bahawa ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh Diya padanya setiap kali mereka bertemu muka. Tengok aje, kali pertama mereka berjumpa depan lif hari tu.
“Entah…mungkin, ini cuma mainan perasaan aku tapi….” Carl tetap nak menyuarakan pendapat tapi tak tahu bagaimana nak menyatakan.
Bro…kalau dah itu cuma mainan perasaan kau aje….tolong jangan libatkan aku. Aku tak nak kerana perempuan, kita putus sahabat yang terjalin sejak sekian lama…” Shah memeluk bahu Carl. Cuba memberi ketenangan untuk temannya dan dia menganggap itu hanyalah sekadar omongan biasa.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...