Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 22 July 2015

Yang terindah dari dia 1




L
AJIS bersiul riang sebaik sahaja sampai di depan tangga rumah kayu  yang di cat dengan warna putih yang hampir pudar warnanya. Lampu mentol bulat yang  15 watt itu agak samar seolah-olah  seperti hidup segan mati tak mahu yang di gantung di muka itu di pandang dengan senyuman seolah-olah lampu malap itu memberi sinar dalai hidupnya hari ini. Bukan mudah untuk dia pulang dengan senyuman Dan kegembiraan seperti hari ini. Apa tidaknya, hari ini di menang judi buat pertama kali dalam seumur hidupnya sejak dia mula berkecimpung dalam bidang judi. Ya, judi seakan sebati dalam hidupnya. Seminggu tak berjudi, serasa tak lengkap hidupnya.
Tangannya menggagai mencari anak kunci. Entah kenapa, hari ini dia tak rasa nak kejutkan Halimah untuk membukakan pintu untuknya. Biarlah isterinya itu tidur dengan tenang dan nyenyak. Itu adalah lebih baik kerana ada misi yang akan dilaksanakan sebentar lagi. Harap-harap misinya kali ini akan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. Pintu di kuak perlahan dengan harapan mereka yang ada di rumah ketika ini tidak akan menyedari kepulangannya. Kalau kebiasaannya dia akan bising, tapi kali ini dia akan melangkah dan bergerak senyap tanpa sebarang bunyi.
Pintu bilik paling hujung menjadi destinasi utamanya. Dengan senyuman lebar dia menolak perlahan pintu bilik itu yang sememangnya tidak berkunci. Sengaja dia merosakkan kunci pintu bilik itu kerana ada misi yang tidak sempat dilaksanakan sejak bertahun-tahun.
“Hmm…..harap-harap misi aku malam ini akan berjaya….” detiknya menahan debar sambil langkahnya di atur masuk.
Lajis menjilat bibirnya yang kering saat matanya di jamu dengan sekujur tubuh yang sedang lena di atas tilam nipis yang di hampar di atas lantai simen. Penuh hati-hati dia meletakkan lututnya di sisi tubuh itu dengan harapan segala tindak tanduknya tidak akan disedari oleh gadis itu dan juga seisi rumah.
Cahaya lampu jalan yang menyelinap masuk menerusi cermin neko itu memberi kemudahan untuknya mendekati tubuh itu. Dengan penuh nafsu wajah gadis berusia 20 tahun yang ada di hadapannya di usap selepas dia membuka semua butang baju kemeja lengan pendeknya. Melihat tubuhnya yang diam tidak berkutik itu membuatkan nafsunya makin bergelora. Wajahnya di tundukkan dan pipi yang mulus itu di kucupnya.
“Ayah!!”
Lajis terngadah dek terkejut disergah.
Gadis itu cuba bangun tapi Lajis segera menekan bahu gadis itu agar terus baring di situ kerana dia sudah bernekad yang malam ini dia akan berjaya menikmati tubuh itu.
“Syhhh!! diam….jangan bising. Nanti semua orang dalam rumah ini akan jaga!” kata Lajis dengan suara keras membuatkan gadis itu mengetap bibir.
Gadis itu cuba bangun dari tempat baringnya. Tak sanggup rasanya dia nak berhadapan dengan lelaki yang di anggap sebagai ayahnya itu. Ini bukan pertama kali lelaki itu cuba buat benda tak elok padanya tapi dia bersyukur kerana dia masih selamat.
“Diam, kau nak aku berkasar dengan kau ke?” marah Lajis sambil cuba menekup mulut gadis itu.
Gadis itu meronta-ronta sambil menolak tubuh Lajis yang semakin menghimpit tubuhnya dan dia juga cuba menggigit tangan Lajis hingga akhirnya Lajis mengaduh kesakitan.
“Ibu!!!” jerit gadis itu.
“Ibu….tolong Aira!!” jerit gadis itu dan akhirnya dia terasa pipinya pedih bila tangan Lajis mula melekap di pipinya.
“Ayah!!”
 “Abang!!...apa yang abang dah buat ni?” Halimah menjerit dan serentak itu juga ruang di bilik itu mula terang.
Aira menangis teresak-esak. Dia terus bangun dan memeluk erat tubuh Halimah yang sedang merenung tajam ke arah suaminya.
Lajis hanya buat muka bodoh sebelum matanya tunak memandang ke arah isterinya dan juga Aira.
“Sampai hati ayah buat benda ni….Balqis malu punya bapak seperti ayah ni. Ayah ni betul-betul mengecewakan kami!” Mata Balqis mula berkaca. Sungguh dia sakit hati mengenangkan perbuatan ayahnya. Seperti manusia yang tidak bertamadun.
“Abang! abang sedar tak apa yang abang dah buat ni?” marah Halimah dengan muka merah sambil memeluk kemas tubuh Aira yang sedang menangis teresak-esak.
“Kau ni…boleh diam tak! asyik nak memekak aje tiap-tiap malam. Bosan tahu tak!” marah Lajis sambil merenung tajam wajah Halimah. Sakit hatinya kerana hasrat dan misinya sekali lagi telah gagal.
“Habis tu…abang yang salah. Tiap-tiap malam buat hal….kalau tak mabuk, mesti sebab kalah judi. Jangan diikutkan sangat hasutan syaitan. Ingatkan Allah….” kata Halimah dengan rasa kesal.
“Sekali lagi mulut kau berbunyi, aku tampar juga muka kau tu kang!”  kata Lajis dengan muka garang sambil mengangkat tangan seolah-olah nak menampar muka Halimah.
Halimah mendengus perlahan. Kesal dengan sikap suaminya. Tapi semua itu sudah menjadi asam garam dalam hidupnya. Dia sudah kalis. Memang dia kesal bersuamikan lelaki yang bernama Lajis ini. Kalaulah dia punya pilihan, pasti lelaki ini tak akan di pilihnya sebagai suami.
“Dah, daripada kau membebel malam-malam ni….lebih baik kau layan aku! lagi pun kau dah rosakkan mood aku malam ni.” lengan Halimah di heret kasar menyebabkan Halimah mengaduh kesakitan.
Aira dan Balqis hanya mampu memandang dengan penuh rasa simpati. Pasti Halimah terpaksa melayan kehendak Lajis yang semakin naik angin itu. Aira dan Balqis yakin pagi esok mereka akan dapat melihat kesan-kesan lebam pada wajah dan tubuh Halimah.
“Balqis!” Aira memandang wajah Balqis dengan mata yang berkaca.
“Dahlah kak Aira…malam ni, Balqis temankan kak Aira ya!” kata Balqis sambil mendekati tubuh Aira.
“Terima kasih, Qis!” Aira memeluk erat tubuh Balqis sebelum menutup pintu bilik itu.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...