Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 19 June 2015

teaser HDCH!



teaser

“Nia, I rasa I tak sesuai untuk you dan you juga tak sesuai untuk I…I harap you berhenti menaruh harapan. Terimalah kenyataan yang kita tak akan bersama….you cantik, muda, bergaya…jadi I rasa you tak ada masalah untuk mencari mana-mana lelaki sebagai pasangan hidup you.” kata Zahim yang sememangnya tidak mahu pertemuan ini mengambil masa yang lebih panjang.
“Tapi Im…I hanya sukakan you….” Dania cuba menjelaskan perasaannya.
“Jangan buang masa you, Dania. I tak akan terima you…apa lagi untuk mencintai you…tolonglah faham.” Zahim mendengus.
“Habis, you nak terus membujang seumur hidup?” Dania mengetap bibir. Sakit hatinya mendengar jawapan Zahim.
“Tak. I juga ada impian dan harapan….I tahu, ada seseorang di luar sana yang di takdirkan sebagai jodoh I.” kata Zahim.
Dania ketawa. Rasa lucu pula mendengar jawapan Zahim. Nampak begitu yakin bahawa ada seseorang yang sedang menunggunya.
“Oh really, you yakin?” Dania tergelak.
“I cukup yakin.” Zahim memberikan jawapan yang pasti membuatkan senyuman Dania kembali hambar.
“Okey, I nak tengok macam mana rupa perempuan itu. I nak you kenalkan dia dengan I nanti…kalau boleh secepat mungkin. Boleh?” Dania mencabar.
Zahim mengeluh perlahan. Dia tahu Dania sengaja nak mengenakan dia tapi dia tak akan mengalah. Bimbang sekali sekiranya orangtua mereka mempunyai rancangan yang lain, atau lebih tepat mahu menjodohkan mereka berdua. Tak mustahil kerana kedua orangtuanya nampak beria mahukan dia menerima Dania.
“Baik, I akan kenalkan dia dengan you minggu depan…” begitu yakin Zahim memberi jawapan membuatkan mulut Dania terbuka luas. Memang Dania tak sangka yang Zahim akan memberi jawapan yang sebegitu.
“Wow….memang di luar jangkaan. You bagi jawapan yang begitu pasti tak sampai -dalam masa seminit. Im, you sebenarnya dah ada calon atau sekadar nak main-mainkan I ni?” Dania merenung wajah Zahim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...