Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 10 June 2015

Kabus Kasih 5




W
OW, hari ni datang berjemput ya!” Jessica berbisik di telinga Suraya ketika dia sedang menunggu lif terbuka. Entah macam mana Jessica boleh tiba-tiba muncul di sebelahnya. Suraya hanya tayang senyum. Segan mendengar kata-kata Jessica, tambahan pula Imran yang berdiri di sebelahnya hanya bersikap tenang seolah-olah tidak ambil peduli dengan kata-kata Jessica tadi.
“Syyh….jangan bising, nanti pak guard kat depan dengar.” kata Suraya sengaja membiarkan Imran dengar.
Jessica terus ketawa.
What`s problem with that guy, you punya boyfriendke?” usik Jessica yang masih lagi tersenyum-senyum.
“Siapa?” Tanya Suraya sambil terpingga-pingga.
“Siapa lagi…pak guard kat depanlah….you ada affair dengan itu Bangla ke?” usik Jessica lagi.
“You….kalau nak kasi boyfriend kat I pun, carilah yang handsome sikit….itu banyak punya gelap….nanti anak-anak I pun gelap semua…” balas Suraya membuatkan Jessica tergelak kecil. Imran yang mendengar perbualan mereka nampaknya sedang mengawal senyum.
“Kalau macam tu….apa kata you terima aje Encik Imran ni jadi boyfriend you…bolehke Encik Imran….you pun single lagikan…nanti you punya anak banyak cute woo…” perbualan Jessica sudah menarik nama Imran sama.
Lelaki itu hanya ukir senyum. Tapi matanya terus tertacap pada wajah Suraya yang sudah merasa panas dek malu.
“Eh, mana boleh….I ni memang tak sesuai dengan Encik Imran….pasti dia pun dah ada calon….you ni, Jessy, buat I malu je,” balas Suraya menahan rasa segan yang menggunung.
For your information…I have no problem with that…” tiba-tiba Imran bersuara sambil mengukir senyum membuatkan Suraya dan Jessica saling berpandangan.
“Encik Imran.” Suraya segera menyebut nama lelaki itu. Malu betul dia mendengar kata-kata lelaki itu.
“Wow….I smell something here….patutlah korang ni datang bersama pagi tadi…together-gether ya!” usik Jecssica.
“Semalam kereta I rosak, tak boleh nak start. Kebetulan Encik Imran ada….so, dia tolong hantar I balik…dan hari ni dia tawarkan diri untuk jemput I datang kerja. Itu aje!” beritahu Suraya tentang perkara sebenar. Bimbang di salahertikan oleh Jessica.
“Ya ke macam tu….tapi I tengok macam Encik Imran  suka aje….” Jessica memandang sekilas wajah Imran sebelum beralih pada Suraya yang mula resah menanti jawapan dari Imran.
“You tengok macam mana?” soal Imran.
“Hmm….I tengok…Encik Imran dan Suraya ni macam serasi bersama…I mean, korang berdua ni nampak sepadan.” komen Jessica.
“Kalau you dah kata macam tu…I tak ada sebarang komen. Terpulang pada Suraya. Cuma I takut….Suraya yang tak suka….mungkin dia dah ada boyfriend yang lagi handsome dari I…mana nak pandang wajah I.” kata Imran membuatkan lidah Suraya menjadi kelu. Sungguh, dia tak sangka yang Imran boleh berkata begitu. Sejak bila pula lelaki itu pandai bergurau sebab setahunya lelaki itu seorang yang serius. Tak ramai yang berani nak tegur.
“Sue, you dah ada boyfriendke?”  Tanya Jessica.
Sorry, I have no comment….jom masuk. Lif dah bukak ni….” Suraya bersuara. Malah dia mampu mengeluh lega bila pintu lif sudah terbuka. Adalah alasan dia untuk tidak menjawab soalan itu. Lega, selamat!


IMRAN melangkah ke department Jeff. Ada beberapa perkara yang perlu dia uruskan dengan Jeff. Sebelum melangkah ke bilik Jeff, sempat matanya mengintai di bilik Suraya. Ternyata gadis itu tiada di biliknya. Ke manakah agaknya dia pergi? Imran mengeluh kecewa. Akhirnya langkah di atur ke meja setiausaha Jeff.
“Jeff ada?” Tanya Imran kepada Aisha yang kelihatan sibuk menaip sesuatu di computer.
“Ya, dia ada….Encik Imran masuk aje….” balas Aisha sebaik sahaja mendongak kepala dan menghulurkan senyuman.
Thanks,” ucap Imran dan terus mengatur beberapa langkah. Bilik Jeff hanya berdekatan sahaja dengan meja Aisha. Kalau berbisik pun boleh lagi dengar.
Tanpa berlengah, Imran terus mengetuk pintu bilik Jeff.
“Masuk!!”
“Im, masuklah!” pelawa Jeff yang terkejut dengan kemunculan Imran secara tiba-tiba. Imran terus melangkah masuk dan melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Jeffri. Suraya yang turut berada di bilik itu hanya mengukir senyum tanda menyambut kedatangan seorang bos.
Sorry, Im. Kami tengah bincang pasal pelan ni. Kau ada hal pentingke yang nak dibincangkan dengan aku!” Jeff memandang wajah Imran yang turut memandang kertas yang terbentang di atas meja.
No, aku tak ada hal penting pun, saja je datang sini nak jenguk kau….so, korang berdua teruskan. I can wait!” Imran bersuara santai membuatkan Jeff dan Suraya saling berpandangan. Masing-masing agak hairan dengan jawapan itu.
Jeff dan Suraya kembali meneruskan perbincangan mereka tanpa menghiraukan Imran yang sedang membaca suratkhabar sementara menunggu perbincangan mereka berdua selesai.
“Im,  kami dah selesai berbincang….So,…kau nak apa sebenarnya ni?” Imran yang hampir nak terlelap segera membuka mata sebaik sahaja mendengar suara Jeff.
Imran meraup mukanya seketika sambil membetulkan kedudukannya di sofa. Sempat pula dia mengerling ke arah Suraya yang sedang menggulung pelan yang mereka bincangkan tadi. Gadis itu turut menyusun kertas yang berselerak di atas meja.
“Im, I`m waiting.” sergahan Jeff membuatkan tumpuan Imran kembali ke wajah Jeff. Lelaki itu mula menayang senyum penuh makna. Apa lagi matanya turut melirik ke arah Suraya yang pura-pura tidak pedulikan berdua sedangkan pada hakikatnya hatinya berdegup kencang. Terasa begitu gementar kerana menyedari tumpuan kedua lelaki itu ke arahnya.
“Oh!” Imran menggaru-garu kepalanya seketika. Malu rasanya bila tindakannya sudah tertangkap.
“Apa kena dengan kau ni? dah angau ya! atau kau ni sebenarnya dah mula bermimpi di siang hari?” usik Jeff sambil menaikkan keningnya bersama senyuman nakal.
Imran tetap nampak resah dan gelisah.
“Imran yang aku kenal tak pernah perangai macam ni?...ini apa hal…macam ayam berak kapur je! kau sebenarnya datang sini nak jumpa aku atau nak jumpa Suraya!” kata Jeff membuat tumpuan Suraya segera ke wajah Jeff sebelum beralih ke wajah Imran dengan dahi yang berkerut.
Melihat wajah resah Imran, Suraya cepat-cepat menyusun peralatan yang digunakan tadi dan bersedia untuk keluar.
“Encik Jeff…I rasa dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan lagi….I keluar dulu!” Suraya bersuara.
“Suraya, wait!” tiba-tiba Imran bersuara, menegah Suraya dari terus keluar.
Suraya terngadah dan benar-benar terkejut.
“Ada apa Encik Imran?” soal Suraya.
Actually, I datang ni….sebab nak jumpa you!” akhirnya Imran membuka mulut menyatakan hajatnya.
Mulut Jeff mula melopong. Begitu juga dengan Suraya.
“Encik Imran nak jumpa I, kenapa?” soal Suraya.
Imran mengangguk perlahan. Suraya mula resah.
“I nak pulangkan kunci kereta you.” kata Imran sambil mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya dan meletakkan di atas meja sambil diperhati oleh Jeff dan Suraya.
“Kunci kereta? Oh….sorry…I minta maaf kalau I dah susahkan you sampaikan you terpaksa datang sini untuk pulangkan kunci.” kata Suraya dengan rasa segan.
It`s okay. Small matter.” balas Imran.
Suraya segera menapak dan mengambil kunci kereta dari atas meja.
“Terima kasih. Sekali lagi I minta maaf sebab dah susahkan you, Encik Imran!” kata Suraya.
“Kereta you dah okey. Ada kat parking kereta dan I dah bereskan semuanya.” terang Imran.
“Kalau macam tu, berapa kosnya….nanti I bayar.” kata Suraya mengingatkan beg tangannya berada di dalam laci.
“Kan you dah janji nak belanja I makan. Itu sebabnya I tunggu you kat sini…kebetulan sekarang ni dah lunch time.” kata Imran sambil memandang jam tangannya.
“Oh, I masih ingat janji tu…tak ada masalah!” balas Suraya sambil mengukir senyum.
“Hello, apa yang berlaku sebenarnya ni…korang berdua ni dah buat aku macam patung kat sini. Apa sebenarnya yang aku tak tahu ni?” Jeff tiba-tiba mencelah. Sejak dari tadi dia hanya jadi pemerhati yang tak tahu hujung pangkalnya.
“Macam ni, petang semalam kereta Cik Suraya ni tak boleh nak start, jadi masa tu aku ada. Lepas tu aku called mekanik suruh dia datang tengok Cik adik ni. Oleh sebab kereta dia ni kena servis, aku tolong hantarkan dia balik rumah. Sebagai balasan atas pertolongan aku tu, dia kena belanja aku lunch. Itu aje!” jelas Imran. Suraya yang mendengar penjelasan itu, hanya mengangguk kepala tanda apa yang di nyatakan oleh Imran adalah betul.
“Hmmm….menarik bunyinya. Sekali tengok korang berdua ni macam ada chemistry.” Jeffri tergelak seketika. Seronok pula melihat wajah Suraya yang mula resah. Sementara Imran nampak relaks dan tenang saja. Malah di lihatnya bibir lelaki itu mengorak senyum. Seolah-olah senang dengan kata-kata Jeffri.
“Janganlah cakap macam tu, Encik Jeff….segan pulak I!” balas Suraya dengan rasa segan.
Jeffri terus melepas tawa.
“You tahu tak Sue, masa belajar dulu Si Imran ni bukan main ligat lagi dengan perempuan. Bak kata orang, perempuan keliling pinggan. Playboy terhebat… Lepas satu ketika dia tiba-tiba hilang minat pada perempuan. Tumpuannya hanya pada kerja tapi sejak kedatangan you kat syarikat ni, dia macam ada feeling….naluri dan rasa cinta pada perempuan timbul balik. Apa yang you dah buat kat kawan I ni? you ada jampi dia ke?” usik Jeff membuatkan Suraya mula gelisah.
Imran hanya diam. Tidak memberi sebarang komen. Hanya matanya sahaja yang merenung ke arah Suraya. Menanti apakah jawapan yang akan keluar dari mulut gadis itu.
“Eh mana ada I jampi….ingat I ni bomohke apa? I ni seorang arkitek. Bomoh dan arkitek tu jauh bezanya….bukan setakat profesion, malah ejaan pun dah berbeza.” sangkal Suraya sambil membulatkan mata dengan usikan Jeffri itu.
Imran tergelak kecil mendengar jawapan sempoi dari Suraya. Rasa gelihati pula. Suraya segera melirik ke arah Imran. Entah kenapa dia rasa senang mendengar tawa itu walaupun hanya sekejap. Macam ada aura.
“Setiap orang pasti akan berubah. Tapi kalau berubah untuk kebaikan, apa salahnya. Lagi pun, dapat pahala apa! betul tak Encik Imran?” Suraya mengalih pandang ke wajah Imran yang sedari tadi hanya merenungnya tanpa jemu sehingga dia rasa tak selesa.
Bibir Imran tiba-tiba mengorak senyum. Dalam diam dia turut mengakui kata-kata itu.
“Hmmm….you ni Sue….belum ada apa-apa, dah membela Imran ni…” Jeffri mencelah. Sengaja mengambil peluang untuk menyakat wajah Suraya yang sudah bertukar warna.
“Dahlah Jeff….tak payahlah kau nak sibuk kenakan aku….bukannya aku tak kenal siapa kau….” Imran mendengus kasar.
Jeffri terus melepas tawa. Memang sejak dari dulu, dia suka menyakat Imran. Imran yang dikenalinya adalah seorang lelaki yang agak serius perwatakannya tapi kelebihannya ialah dia pandai mengambil hati perempuan. Itu sebabnya ramai perempuan yang tertarik dan terpikat padanya.
So, apa tunggu lagi….jomlah…” Jeff bersuara sambil memandang wajah Suraya dan Imran silih berganti.
“Eh, siapa yang ajak kau lunch ni? yang kau sibuk tetiba ni…apa hal?” Imran membalas sambil merenung tajam wajah Jeff yang sudah tayang sengih.
“Alah…kau tak nak ajak aku ke?” Jeff bersuara dengan nada berjauh hati. Dia mengalih pandang memandang wajah Suraya yang nampak sedikit tergamam.
“You nak ajakke lelaki yang suka menyibuk ni?” soal Imran sambil meminta pendapat Suraya.
Suraya tergelak halus. Tambahan pula bila Jeff buat muka kasihan sambil memandang wajah Suraya.
“I tak kesah….I keluar dulu….kita jumpa kat luar ya!” Suraya meminta diri dan terus keluar dari bilik Jeff.


MEREKA bertiga memasuki sebuah restoran yang tidak jauh dari pejabat atas saranan Jeff sebab selepas tengahari dia akan menghadiri satu perjumpaan dengan seorang klien. Tanpa berlengah, mereka memesan makanan.
Tidak banyak perkara yang mereka bualkan kerana masing-masing cuba menjaga tingkah laku.
No,  I yang belanja lunch ni!” Imran menegah bila Suraya mencapai bil yang di bawa oleh pelayan restoran.
“Tapikan….I dah janji nak belanja Encik Imran….” kata Suraya dengan rasa bersalah.
“Itu cuma alasan I untuk keluar makan dengan you….” balas Imran membuatkan Suraya mendengus perlahan.
“Kalau macam tu…nanti I bayarkan harga servis kereta I tu….I tak nak berhutang apa-apa dengan Encik Imran…” kata Suraya seakan merajuk.
Sue….it just a small matter….lupakan aje… tak luak pun duit Si Imran ni sekadar nak belanja you dengan I lunch hari ni…” Jeff mula masuk campur dan mencari jalan tengah agar mereka tidak terus berdebat dan berebut untuk membuat bayaran. Apatah lagi bila di lihatnya pelayan restoran terkulat-kulat menyaksikan keadaan mereka berdua.
Akhirnya, Imran mengeluarkan dompetnya. Sekeping kad kredit turut di keluarkan dari dompetnya. Diserah pada pelayan tadi.
Thanks.” ucap Suraya sebaik sahaja kad kredit di terima semula oleh Imran. Mereka terus beredar dan pulang semula ke pejabat.
Welcome…Terima kasih juga kerana sudi keluar makan dengan I…” ucap Imran semasa mereka berjalan ke lif.
“Sepatutnya I yang ucapkan terima kasih pada Encik Imran…” balas Suraya sebaik sahaja tubuh mereka berada di dalam lif.
Jeff terlebih dahulu meminta diri untuk ke bilik air dan meninggalkan mereka berdua. Sebaik sahaja pintu lif  terbuka, mereka terus masuk.
“Cik Suraya, sebelum I terlupa…ini kunci kereta you.” Imran menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kunci kereta milik Suraya.
“Terima kasih sekali lagi. I rasa bersalah sangat sebab Encik Imran bukan hanya tolong saya servis kereta tu tapi juga belanja saya lunch tadi…” kata Suraya.
Imran hanya ukir senyum Entah kenapa dia senang mendengar ucapan itu.
“I ikhlas nak tolong you….tapi kalau you bernekad nak balas juga….ada satu cara…” kata Imran sambil merenung wajah Suraya seketika sebelum memasukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar.
“Apa maksud Encik Imran?” bulat mata Suraya memandang wajah kacak Imran itu. Hatinya mula berdebar-debar. Namun Imran hanya kelihatan tenang dan sengaja membiarkan Suraya tertunggu-tunggu.
“You serius nak balas pertolongan I?” soal Imran tiba-tiba membuatkan Suraya mula telan liur. Hatinya dah jadi libu.
“Erm....” serba salah dia nak menjawabnya.
“Hmm....nampaknya you tak serius nak balas....never mind. Lupakan aje....” kata Imran dengan senyum selamba membuatkan hati Suraya makin penasaran.
Wait....” ujar Suraya agak gelabah.
Imran menoleh ke sisi. Merenung seketika wajah resah Suraya dengan keningnya terangkat sedikit.
Okay, what can I do for you?” Suraya bertanya senafas. Dan seterusnya dia melepaskan keluhan.
Imran mengukir senyum sambil merenung wajah Suraya.
Just tell me...” gesa Suraya bila Imran buat tak peduli dengan pertanyaannya. Kalau boleh dia tak mahu terhutang budi dengan lelaki itu. Bimbang akan menimbulkan sesuatu yang tidak di ingini nanti.
Imran menoleh, mengadap wajah Suraya.
“Okey, kalau you bertekad nak balas....I nak you keluar dinner dengan I malam ni. Boleh?” kata Imran membuatkan Suraya terus terpana.
Imran tiba-tiba melepas tawa. Memang dia tak tahan melihat wajah Suraya yang begitu resah dengan permintaannya tadi.
Terkulat-kulat Suraya memandang wajah Imran yang sudah pun berhenti dari ketawa.
Don`t worry....It`s just joking.” kata Imran membuatkan dahi Suraya berkerut.
“Macam yang I katakan tadi....I ikhlas nak tolong you. I tak ada niat pun nak ambil kesempatan atas pertolongan yang I berikan. Anggap saja pertolongan dari seorang kawan...jadi, lupakan aje apa yang dah berlaku!” kata Imran membuatkan Suraya mengetap bibir dan serentak itu juga pintu lif di tingkat 9 terbuka.
Have a nice day, young lady!” ucap Imran sebaik sahaja Suraya melangkah keluar dari lif.
Thank you!” hanya itu yang mampu Suraya ucapkan.
Most welcome!” balas Imran sambil mengukir senyum dan ketika itu juga pintu lif tertutup.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...