Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 13 June 2015

Dia,...Mr. Perfect Aku! 25





MASING-MASING sibuk dengan kerja dan semua orang yang ada di sini berharap kerja mereka dapat di siapkan secepat mungkin supaya dapat pulang awal. Staf SM Holdings seramai sepuluh orang itu mengeluh lega bila kerja-kerja mereka sudah siap. Diya melirik jam tangannya. Dah 11.30 malam. Boleh dikatakan semua orang sudah bersiap untuk pulang. Diya juga tidak berkecuali. Kalau boleh dia nak cepat sampai, nak mandi dan tidur. Badan dah rasa melekit dan tubuhnya benar-benar kepenatan tapi ada keseronokkannya juga. Satu pengalaman yang cukup bermakna.
 Walaupun mereka masing-masing khusyuk bekerja, tapi tak adalah sampai stress sangat. Tadi Encik Shah ada cakap, kalau tak sempat nak siap boleh di sambung keesokkan hari tapi yang penting esok mesti siap. Tak dapat tidak.  Masih ada juga gurau dan tawa semata-mata mahu meringankan beban fikiran dengan terlalu tumpu pada kerja. Diya pun turut ketawa mendengar lawak Encik Firdaus. Tak sangka lelaki yang berusia 40 an itu lawak orangnya. Tengok muka bukan main serius tapi bila sesekali dia muka mulut, hati yang gundah boleh jadi ceria. Agaknya, rumahtanga dia memang bahagia, dihiasi dengan gelak tawa.
Diya mengemas meja yang agak berselerak. Tak senang melihat mejanya yang dah macam kerbau berkubang. Anida pula sedang membersihkan sisa makanan. Bimbang kalau ada serangga yang tidak berkenaaan muncul esok pagi. Jazmin juga sedang bersiap untuk balik. Makan malam mereka tadi di sponser oleh Shah. Dan di tempah khas dari restoran terkenal. Memang sedap. Apa lagi bila dapat makan percuma.
“Dah nak balikke?” tegur Carl semasa Diya menyangkut beg tangan di bahu.
“Ya…dah penat sangat.” akui Diya.
Carl mengukir senyum. Memang dia akui, dia juga kepenatan ketika ini. Maklumlah dah seharian bekerja keras dan bertungkus lumus nak siapkan kerja. Masa rehat staf hanya di isi dengan solat dan makan sahaja. Mana tak penat kalau tak ada rehat badan.
“Ini hanya untuk pengalaman pertama…jadi, jangan serik ya!” kata Carl mencari reaksi pada wajah Diya.
“Tak adalah…dah namanya kerja. Lagi pun…ini adalah sebagai amanah dan tanggungjawab saya pada syarikat. Bukan saya seorang….ramai lagikan….” Diya segera membalas kata-kata Carl.
Carl tunduk seketika. Dalam hati dia terdetik. Walaupun wajah itu nampak kepenatan dan sedikit pucat, namun wajah itu tetap menarik dan membuatkan dia tak rasa jemu untuk memandang.
“Saya balik dulu…” kata Diya.
“Tunggu I…kita balik sama!” tegah Carl.
“Tapi…jalan balik ke rumah kita bukannya sehala,”  Diya mula rasa serba salah.
“Tak apa. You tu perempuan….kalau jadi apa-apa kat you….I juga yang tak boleh tidur nanti…” kata Carl sambil mengukir senyum membuatkan Diya tergelak kecil.
“You tunggu sini….I nak ambil barang-barang I dan I nak bagi tahu Shah!” Diya terdiam.
Anida menghampiri Diya dan memberitahu yang dia sudah bersiap untuk balik. Suaminya sedang menunggu.
Take care!” ucap Anida sebelum berlalu.
Diya kembali duduk di kerusinya, menunggu kemunculan Carl.  Pagi esok, dia tak perlu kalut untuk datang pejabat. Kata Encik Shah tadi, mereka boleh datang  selepas waktu tengahari. Bagus juga, dapatlah dia berehat seketika waktu pagi. Boleh bermalas-malasan di atas katil. Ah! bestnya. Diya sudah membayangkan hari esok.
“Jom!”
Diya tersentak. Terkejut bila tiba-tiba Carl muncul.
Mereka berdua sudah bersedia untuk balik. Diya melirik ke arah Carl semasa berjalan beriringan dengan lelaki itu. Baju kemeja biru lembut sudah di lipat hingga ke siku.  Tali lehernya juga sudah di masukkan ke dalam poket. Nampak ringkas penampilannya berbanding tadi. Diya akui bahawa lelaki ini memang mempunyai aura yang hebat. Betullah kata Anida dan mereka yang lain. Tapi, apa yang dia rasa terhadap Carl dan Aniq tak sama sepertimana yang dia rasa terhadap Shah. Bila kali pertama dia bertemu mereka, tak ada debaran yang hebat dihatinya sepertimana kali pertama dia berjumpa dengan Shah. Sebab itu dia yakin bahawa, Shah adalah Mr. Perfectnya, lelaki yang dia tunggu selama ini.
“Carl!”
Langkah Carl terhenti bila namanya di panggil. Diya dan Carl sama-sama menoleh ke belakang dan kebetulan mereka sama-sama menunggu pintu lif terbuka.
“Shah!”
Carl mengukir senyum. Menyambut kemunculan Shah.
Hati Diya mula di pagut resah. Berdebar rasa hatinya untuk membalas pandangan lelaki itu padanya saat ini.
“Dah nak balikke?” tegur Shah dengan muka selamba.
“Yalah…kan aku dah bagi tahu kau  tadi…” Carl tergelak kecil.
Diya hanya diam. Matanya sahaja yang memandang wajah Shah sebelum kembali menghala ke muka pintu lif. Segan nak terus memandang wajah lelaki itu.
“Diya!”
Diya menoleh. Bukan main terkejut bila namanya di sebut oleh Shah.
“Ya, Encik Shah!” balas Diya sambil memandang wajah lelaki itu. Memang kacak betul lelaki ini. Walaupun Shah tidak mengenalnya atau berpura-pura tidak kenal tapi apa yang dia rasa terhadap lelaki itu tetap sama. Dan hatinya berdebar-debar menunggu bicara lelaki itu.
“Balik sorangke?” tanya Shah sambil merenung wajah resah Diya.
Don`t worry, bro. Aku yang akan escort dia sehingga dia selamat sampai rumah!” belum pun sempat Diya menjawab. Carl terlebih dahulu mencelah.
Shah memandang wajah Diya sekilas dan ketika itu mereka sempat berbalas pandang. Dan Diya cepat-cepat tunduk. Segan rasa hati ini. Shah mengukir senyum. Entah kenapa dia jadi risau tadi mengingatkan Diya. Itu sebabnya dia cepat-cepat menghampiri bila di lihatnya Diya bersama Carl.
“Oh, aku harap…kau tak buat hal!” usik Shah, sengaja mahu menyembunyikan rasa. Sempat matanya melirik sekali lagi ke arah Diya. Ada satu rasa aneh yang muncul saat ini. Cuma, dia tak dapat nak tafsirkan apakah ia tapi dia cukup senang melihat wajah itu.
“Selama ini kau pernah dengar aku buat halke?...tak adakan. Jadi…kau tak perlu risau….” kata Carl tergelak kecil.
Shah diam. Dia tunduk.
“…Atau…kau yang nak hantar Diya balik!” duga Carl membuatkan Diya dan Shah memandang antara satu sama lain serentak.
“Aku tak nak gaduh dengan kau…” kata Shah sambil mengukir senyum. Ada maksud yang tersirat di sebalik senyuman itu.
“Aku pun tak suka gaduh dengan kau sebab perempuan…tak macho lah bro!” sahut Carl sambil menumbuk bahu Shah.
Shah tergelak kecil.
Diya cepat-cepat membolos masuk ke dalam lif sebaik sahaja lif terbuka. Kaki Diya jadi kaku tiba-tiba bila dia di apit oleh dua lelaki itu. Carl di kiri dan Shah di kanan. Ketiga-tiga mereka hanya diam. Tak satu suara pun yang keluar sehinggalah lif terbuka. Mereka terus keluar.
Good night, Diya….jumpa esok ya…tapi, kalau you rasa penat…tak perlu datang kerja…”  kata Shah.
Tercengang seketika Diya di buatnya sebaik sahaja mendengar kata-kata Shah. Wow, satu tawaran yang cukup lumayan ni! Patutkah dia lepaskan peluang ini?
“Diya, you  kena datang kerja esok….kalau tak, I akan rindukan you. Nanti nak buat kerja pun susah!” Carl pula mencelah.
Diya menelan liur. Mana satu kena ikut?...Shah atau pun Carl.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...