Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 8 April 2015

Jadikanlah dia,...jodohku! 3






QILLA membelek majalah pengantin yang baru di belinya tadi sewaktu singgah di kedai buku. Syazana begitu khusyuk melihat rancangan di tv slot akasia. Kawannya itu sanggup balik awal semata-mata tak mahu ketinggalan menyaksikan setiap episode yang di tayangkan di kaca tv setiap hari Isnin hingga Khamis.
“Qilla, macam mana persiapan kawin kau?...dah beres?” Zana menoleh seketika pada Qilla yang masih lagi membelek-belek majalah.
Qilla memandang wajah Zana.
“Hmm....baru dapat dengar suara kau...iklan rupanya kat tv.” balas Qilla.
Zana tayang senyum.
“Kau ni, kalau bab akasia cerita tv3, sanggup tak berkelip mata....sanggup skip solat....” kata Qilla sambil meletakkan majalah pengantin yang di bacanya tadi.
“Eh, nak pergi mana pulak tu....soalan aku kau belum jawab lagi...” Zana bersuara bila Qilla sudah bangun dari sofa.
“Aku nak pergi solat....tok imam kat surau depan tu dah habis baca doa pun....kau kat sini masih lagi melangut kat depan tv....” kata Qilla yang bersedia untuk beredar.
“Amboi, baik punya sound....mentang-mentanglah kau tak minat pelakon dalam cerita ni...bukan main lemak berkrim lagi kau mengutuk aku...cuba pelakon kegemaran kau berlakon kat tv slot akasia....bila dah habis cerita, baru kau kalut nak pergi ambil wudhuk...” balas Zana tak mahu kalah.
“Mana ada...” sangkal Qilla.
“Tak nak mengaku konon...” Zana mencebik.
“Yalah....kau aje yang betul...” balas Qilla malas nak berdebat.
“Hey, sesi soal jawab belum selesai lagi tau...” laung Zana bila melihat Qilla sudah mula memanjat tangga ke tingkat atas.
“Nantilah aku cerita....sekarang ni aku nak solat dulu....kau tu, jangan asyik melangut aje depan tv, solat didahulukan....pahala di utamakan!” balas Qilla turut melaung dari tingkat atas.
“Okey...okey....” akhirnya Zana mengalah. Remote tv di capai dan di tekan butang berwarna merah. Kakinya laju melangkah dan memanjat tangga untuk menunaikan tanggungjawab Rukun Islam yang ke dua sebagai hamba Allah. Bimbang tak sempat nak tengok adegan seterusnya di kaca tv.


SELESAI solat dan makan malam dengan menu yang sederhan, sekali lagi mereka berehat di ruang tamu. Rumah teres dua tingkat ni hanya di sewa oleh mereka berdua sahaja. Qilla dan Zana mula berkenalan semasa mereka sama-sama menuntut di university. Zana sekarang bekerja sebagai Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan sejak dua tahun yang lalu. Orangtuanya menetap di Trengganu. Zana sekarang dalam sesi mengenal hati budi seorang lelaki yang bernama Imran yang baru di kenalinya sejak 4 bulan yang lalu selepas putus cinta tahun lepas dengan kawan sekampus mereka.
“Qilla, hal kau tadi belum lagi kita bincang tau!” tiba-tiba Zana membuka mulut.
“Pasal apa?” soal Qilla buat-buat lupa. Tangannya masih lagi membelek majalah yang di belinya petang tadi. Masih belum sempat di tatapnya. Mana tahu timbul pula idea untuk majlis kawinnya nanti.
“Hish....jangan buat-buat lupa ya....kau bukannya amnesia...” Zana melirik tajam ke arah Qilla yang kelihatan khusyuk menatap majalah itu.
“Qilla!!!” panggil Zana. Geram betul bila Qilla buat tak endah saja dengan percakapannya.
“Ya, sayang....” Aqillah meletakkan majalah Pengantin di atas meja.
“Sayang....sayang...aku lempang kang....” kata Zana dengan muka masam membuatkan Qilla terus ketawa.
“Alolo....merajuk ek?” usik Qilla.
Dok pung! mana ada aku merajuk....” Zana melirik tajam.
“Alah....apasal ni....tetiba tersentap. Kau gaduh dengan Imran ya!” usik Qilla lagi.
“Qilla....kau jangan nak pusing cerita ya. Aku cakap sekarang pasal kau....pasal persiapan kawin kau dengan Ryan....bukan pasal aku dengan Imran. Aku luku kang dahi tu...benjol 40 hari...” marah Zana.
“Janganlah luku dahi aku sampai benjol 40 hari....dahi aku ni nak pakai tak sampai 40 hari je lagi....kalau dahi aku benjol...si Ryan nanti nak kucup mana?” kata Qilla lagi.
Zana tiba-tiba gelak.
“Aik, gelak pulak dia. Kan selesai ijab dan qabul....pengantin lelaki akan kucup kat dahi pengantin perempuan...dah kalau dahi aku benjol....susahlah dia nak kucup nanti...” kata Qilla dengan wajah polos.
“Apa susah...tempat lainkan ada....aku rasa lagi best dari kucup kat dahi...” Zana segera menaikkan keningnya.
Qilla terpingga-pingga.
“Nak kucup kat mana?” soal Qilla dengan muka blur.
“Kat mana lagi....kucup kat bibir la....lagi meletop!!” Zana terus ketawa.
“Amboi, amboi....meriah sakan kenakan aku....aku rasa kejap lagi, bukan dahi aku yang benjol....dahi kau yang benjol, tahu tak!!” Qilla melemparkan kusyen kecil ke muka Zana. Nasib baik Zana sempat menyambutnya, kemudian dia sambung gelak lagi.
Qilla menghenyak tubuhnya di sofa menahan geram.
Buat seketika masing-masing diam. Hanya suara pelakon sahaja yang kedengaran di kaca tv.
“Qilla....” tiba-tiba Zana bersuara.
“Hmmm...” balas Qilla acuh tak acuh.
“Kau bahagia?” soal Zana.
Aqillah memandang wajah Zana dengan dahi berkerut.
“Maksud kau?” soal Qilla.
“Hubungan kau dengan Ryan la...dengan siapa lagi... aku tak nak tanya pasal hubungan kau dengan makcik dan adik beradik tiri kau yang sengal tu...” Zana memandang wajah Qilla yang mula mengorak senyum.
“Aku bahagia sekarang, Zana....betul-betul bahagia. Aku bersyukur sangat sebab Ryan hadir dalam hidup aku....dan penerimaan keluarga dia pada aku membuat aku rasa akulah bakal pengantin yang paling bahagia dan bertuah sekali....” Qilla tersenyum bahagia.
Zana juga turut mengukir senyum.
“Syukur Alhamdulillah, aku tumpang gembira.” balas Zana menarik nafas lega.
“Kalaulah ibu aku masih ada....pasti semua ini akan aku kongsikan bersama dia...” wajah Qilla tiba-tiba bertukar keruh. Serta merta wajah ibunya, Puan Alia mula terbayang di matanya. Dan saat itu juga matanya mula berkaca.
Sorry, Qilla...aku minta maaf kalau aku dah buat kau sedih....” Zana mula rasa bersalah. Cepat-cepat tubuh Qilla di peluknya.
“Aku tak sedih pun....tengok...aku senyumkan...” Qilla cepat-cepat menyapu air matanya dari terus mengalir.
“Zana....kau sentiasa ada di sisi aku....aku tak akan bersedih lagi...” kata Qilla cuba menceriakan wajahnya.
“Ya, aku akan sentiasa ada di sisi kau....jangan kau pernah lupakan aku...” Zana turut mengesat air mata Qilla sambil tergelak kecil. Pura-pura berwajah ceria.
“Nanti lepas ni....bila kau rasa sedih, Ryan akan ada di sisi kau....dia pasti akan peluk kau ketat-ketat...lap air mata kau dan dia pasti akan bahagiakan kau....” pujuk Zana lagi.
Qilla tergelak kecil.
“Tapi ingat.....kalau dia cuba buli kau....kau bagi tahu aku....biar aku ajar dia...kasi lempang dia sebijik dua sebab buat kau sedih...” kata Zana lagi.
“Assalamualaikum!” perbualan mereka terganggu bila mendengar seseorang memberi salam.
“Siapa yang datang?” Zana bertanya sambil mengintai di balik tingkap.
“Siapa?” tanya Qilla.
“Siapa lagi....tunang kau la...” beritahu Zana.
“Kau bagitahu dia supaya tunggu kejap, aku nak pakai tudung...” pesan Qilla dan terus beredar.
Zana mencapai tuala yang tersangkut di kerusi makan.
“Ryan...” tegur Zana bila melihat Ryan sedang tegak berdiri di pintu pagar.
“Cik Minah ada?” tanya Ryan.
Zana tergelak kecil mendengar nama yang di sebut oleh Ryan tadi.
“Cik Minah awak ada....dia tengah pakai tudung....awak nak ajak dia keluarke?”  kata Zana.
“Tak adalah.....saya datang nak bagi benda ni kat dia....” kata Ryan sambil mengunjukkan plastik di tangan.
“Cik Minah oi....tunang kau bukan datang nak ajak kau keluar....dia nak bagi barang kat kau aje....tak payahlah kau nak bermekap bagai...” laung Zana membuatkan Qilla segera keluar.
“Ya ke?”
“Yap....” balas Zana.
Qilla terus keluar ke pintu pagar setelah menyarung tudung kepala.
“Awak bawa apa tu?” soal Qilla sambil cuba menjenguk plastic yang ada di tangan Ryan.
“Rombongan meminang awak....” balas Ryan sambil mengunjukkan plastik putih.
“Hish....awak ni sukakan sangat kenakan sayakan...” marah Qilla. Rasa nak hempuk sahaja kepala tunangnya.
“Apa dalam tu?” Qilla cuba menjenguk.
“Dah kat luarnya tertulis perkataan Pizza....mestilah isi dalamnya pizza....apalah awak ni....sekolah dulu, belajar sampai tingkat berapa?” kata Ryan sambil tergelak-gelak. Zana yang masih lagi berdiri di muka pintu turut tergelak sama.
Qilla cuba menggenggam penumbuk.
“Bak sini,” pinta Qilla dengan suara garang.
“Amboi, garangnya....tak nak bagi kang....” balas Ryan.
“Tak nak bagi, sudah....saya nak masuk ni.....” Qilla pura-pura merajuk.
Ryan mengukir senyum.
“Merajuk ya, meh sini...saya peluk....biar sejuk hati awak yang tengah hangat tu....kalau tak nak peluk, meh sini saya kiss...” Ryan mendepakan tangannya buat gaya nak peluk. Qilla cepat-cepat menjauh.
“Hish....gatalnya, sesuka hati je nak peluk orang....haram tau!” balas Qilla.
“Memangla sekarang ni haram...bulan depan dah halalkan....nanti kalau saya nak peluk ke nak ciumke....dah bolehkan!” Ryan menaikkan keningnya.
“Boleh.....” balas Qilla cuba memaniskan muka.
“Boleh??” wajah Ryan benar-benar ceria.
“Boleh blah!!” balas Qilla membuatkan Ryan terus ketawa.
Tiba-tiba tangannya menarik hidung Qilla membuatkan gadis itu mengaduh.
“Hish...awak ni....” Qilla merungut menahan geram.
“Qilla....” panggil Ryan tiba-tiba dengan muka serius membuatkan dahi Qilla mula berkerut.
“Kenapa ni?” soal Qilla.
I miss you. Entah kenapa akhir-akhir ni saya makin rindukan awak....sehari tak pandang muka awak....hati saya jadi resah....” kata Ryan.
“Itu cuma perasaan awak aje....debaran bakal pengantinkan...” balas Qilla memujuk.
“Saya cuma takut saya tak mampu membahagiakan awak....” kata Ryan lagi.
“Awak.....saya dah cukup bahagia bersama awak....saya pun tak sabar nak hidup bersama awak....saya nak penuhi semua impian awak...” pujuk Qilla membuatkan bibir Ryan mengorak senyum.
“Terima kasih, awak.” ucap Ryan.
Qilla hanya mengangguk kepala sambil menghadiahkan senyuman.
“Nah, sebenarnya tadi saya makan dengan kawan-kawan...teringat kat awak....itu yang saya beli ni...” kata Ryan.
“Tapi awak....saya dah makan nasi....” ujar Qilla.
“Tak pe....kalau tak habis, simpan aje dalm fridge....nanti panaskan.” kata Ryan sambil menghulurkan plastic berisi kotak pizza.
“Terima kasih, awak.” ucap Qilla.
“Sama-sama kasih.” balas Ryan.
“Jangan lupa tau, malam esok....mummy jemput datang makan malam kat rumah....dia rindu sangat nak jumpa awak....katanya nak bincang dengan awak pasal majlis kawin kita bulan depan....nanti saya datang jemput awak jam 8.00 malam.” kata Ryan tentang pesanan mummynya.
“Ya, saya akan ingat. Nanti sampaikan salam saya pada mummy awak.” kata Qilla.
“Okeylah...saya dah nak balik ni....kesian pulak kat mak guard awak kat muka pintu tu....” kata Ryan sambil mengukir senyum pada Zana yang masih berdiri di muka pintu. Memang awal-awal lagi Zana di tugaskan sebagai jaga di situ. Bagi mengelakkan sebarang fitnah bila Ryan datang ke situ hanya sekadar untuk berbual. Kadang-kadang Zana turut sama berbual.
“Nanti, kita jumpa esok.” kata Qilla.
I love you!” ucap Ryan sebelum beredar ke keretanya.
I love you too,” balas Qilla.
“Pandu hati-hati....” pesan Aqillah sebelum sempat Ryan beredar.
I will,” balas Ryan dari dalam kereta.
Sebaik sahaja kereta Ryan bergerak, Qilla terus masuk ke dalam rumah setelah mengunci pintu pagar.


3 comments:

  1. Salam, sy baru baca cta ni...best..!!!
    Ryan & Qilla satu watak yg sweet..!!!
    Nak sambungan lagi..!!

    ReplyDelete
  2. Tqvm Noriati Nor krn menyukainya...
    InsyaAllah akan di sambung tak lama lg.

    ReplyDelete
  3. As-Salam,

    terbail JDJK nie.. waiting for sambungan.. xsabar nye.. asyik baca teaser je.. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...