Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 18 April 2015

Hanya dia,...cinta hatiku! 12




S
YAH mengatur langkah ke bilik Razif. Sebaik sahaja mendapat panggilan telefon dari Cikgu Nur Ain tadi, hati Syah mula di landa resah. Setelah mendapat kebenaran untuk masuk, Syah segera memulas tombol pintu. Teragak-agak juga dia nak masuk untuk menyampaikan hajat.
“Kenapa tercegak aje kat pintu, masuklah!” Razif bersuara. Hairan juga dia melihat wajah Syah yang nampak keresahan itu.
Syah menelan liur seketika sebelum kakinya di hayun ke depan untuk bersemuka dengan Razif. Razif segera menghadiahkan senyuman.
“Kenapa ni?...you ada apa-apa yang nak di kongsikan dengan I ke?” soal Razif sambil merenung wajah keresahan Syah.
Syah menarik nafas seketika.
Take a seat….” pelawa Razif sambil menghulurkan senyuman. Tertanya-tanya dalam fikirannya apa masalah gadis itu. Nampak resah semacam saja.
Syah akur. Kerusi di hadapan Razif di tarik dan dia segera melabuhkan punggung di kerusi.
What`s up?...tell me,” Razif cuba memberi perhatian.
“Er…kalau tak keberatan, boleh tak kalau saya nak cuti separuh hari…” ujar Syah sambil memandang wajah Razif yang merangkap bosnya itu.
Razif terdiam seketika. Dia membetulkan kedudukannya sebelum tumpuannya terus terpaku menatap wajah Syah.
“Kenapa?...you ada apa-apa masalahke?” soal Razif.
Syah menarik nafas seketika. Perlukah dia beritahu tentang Risya sedangkan sedangkan  selama ini tak ada orang yang tahu bahawa dia sudah mempunyai seorang anak, kecuali kak Azah.
“Saya ada hal peribadi yang perlu diuruskan…” beritahu Syah perlahan.
“Hal peribadi…boleh beritahu I? mana tahu kalau I boleh bantu you…” saja Razif nak menduga. Ingin tahu sejauh mana jawapan yang akan di berikan oleh Syah.
Syah tertunduk.
Just kidding…” tiba-tiba Razif melepas tawa membuatkan mata Syah terus terpaku menatap wajah lelaki itu. Terselit rasa hairan mendengar tawa itu. Apa yang lucunya sampaikan lelaki itu boleh melepas tawa begitu.
Sorry!” Razif segera memohon maaf. Dia tahu Syah pasti rasa tidak selesa mendengar tawanya tadi.
“Serius…saya ada hal yang perlu di uruskan hari ni. Kalau hal ni tak penting, saya  tak akan minta cuti…” kata Syah menahan rasa.
Razif terdiam seketika. Kepalanya di angguk dua tiga kali.
“Okey, you boleh ambil cuti half day hari ni untuk selesaikan masalah you tu…I ni bukannya kejam sangat sampai tak benarkan staf I nak cuti….semua orang pastinya ada masalah, cuma…pandai-pandailah kita selesaikannya.” kata Razif membuatkan Syah mengorak sedikit senyum.
“Tapi….kalau you perlu apa-apa bantuan, you boleh bagi tahu I…I sedia membantu….” sambung Razif yang mula nampak serius.
“Terima kasih Encik Razif. Saya keluar dulu….” kata Syah.
Razif menganguk perlahan.
“Oh ya…pasal kertas kerja yang Encik Razif minta saya buatkan tu…saya dah hampir nak siap…InsyaAllah, pagi esok saya akan berikan pada Encik Razif,” beritahu Syah tentang kerja yang ditugaskan untuknya.
“Hmm…good. I harap kita akan berjaya uruskan projek tu…lagi pun Tan Sri amat menitik beratkan pasal projek tu….minggu depan, I kena bentangkan pasal projek tu dalam mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah,” kata Razif.
“InsyaAllah, harap semuanya akan berjalan dengan baik dan berjaya.” doa Syah.
“InsyaAllah….dalam hal ni, you sebenarnya yang banyak bagi sumbangan dan idea. Nanti lepas ni  I akan belanja you, you yang kena tentukan….bila dan di mana, boleh?” Razif melempar senyuman.
“Tak perlulah…itukan memang kerja saya….saya kena berikan prestasi dan komitmen yang terbaik agar setimpal dengan apa yang saya dapat….” balas Syah yang tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi tentang hubungan dia dan Razif. Bukan dia tak tahu perangai, sikap dan mulut Marina dan Saleha, ada-ada saja yang dia lakukan menjadi kritikan kedua gadis itu. Dia pun hairan, apa yang didengkikan sangat oleh mereka berdua itu dengannya.

SYAH memberhentikan keretanya di tepi pagar sebuah rumah teres yang dijadikan tadika dan juga nurseri. Terlebih dahulu Syah sudah menghubungi pihak nurseri itu  untuk memaklumkan kedatangannya. Kedatangan Syah di sambut oleh Cikgu Nur Ain.
“Maaf ya kak, sebab terpaksa susahkan akak.” ujar Cikgu Nur Ain sebaik sahaja Syah muncul di nurseri itu.
“Eh, tak adalah…macam mana keadaan Risya?” Syah bersuara sebaik sahaja bersalaman dengan cikgu yang berusia 23 tahun itu.
“Agak panas juga. Saya rasa, elok dia di bawa ke klinik.” kata Cikgu Nur Ain sambil memandang wajah gusar Syah.
“Hmm….ya lah…nanti akak bawa Risya ke klinik. Risau juga kalau demamnya makin melarat nanti,” kata Syah membalas kata-kata Cikgu Nur Ain.
Cikgu Nur Ain segera mengambil beg yang memuatkan kelengkapan Risya dan meletakkan di tepi pintu untuk memudahkan Syah membawa balik. Hampir menitis air mata Syah melihat keadaan Risya yang nampak begitu tak bermaya dan badannya agak panas. Dia segera mendukung Risya dan meletakkannya di dalam kereta sementara Cikgu Nur Ain pula meletakkan beg Risya di tempat duduk belakang.
“Terima kasih Cikgu Ain, kalau ada apa-apa…akak call Cikgu Ain nanti ya!” ujar Syah.
“Hmm….baik, kak.” ujar Cikgu Nur Ain sebelum Syah berlalu pergi.
Sebaik sahaja pulang dari klinik, Syah terus mendukung Risya dan meletakkannya di atas katil. Rambut Risya di usap lembut sebelum dahi anak kecil itu di kucup perlahan. Pilu hatinya melihat keadaan Risya.
“Puan jangan risau, anak puan hanya mengalami demam biasa. InsyaAllah, dia akan sihat.” beritahu Doktor Mazlan yang merawat Risya tadi.
Syah mengeluh lega mendengar penjelasan doktor itu.
“Terima kasih doktor,” ucap Syah kelegaan.
“Nanti saya berikan nama ubat dan puan boleh ambil di kaunter.” kata Doktor Mazlan lagi.
“Terima kasih sekali ya, doktor. Saya pergi dulu.” kata Syah dan seterusnya mendukung Risya keluar dari bilik rawatan itu.
Syah menuju ke ruang dapur untuk menyediakan bekas air. Kain tuala kecil di ambil dari dalam almari. Di celup ke dalam bekas air, di perah seketika dan di letakkan di dahi Risya. Berulang kali juga Syah melakukan perkara yang sama dengan harapan badan Risya akan segera kebah. Sebentar tadi, Syah telah memberi ubat untuk Risya.
“Tidur ya, sayang….” pujuk Syah sebaik sahaja Risya menangis. Mungkin dia tak selesa dengan keadaan dirinya.
“Mama…” panggil Risya dengan nada lemah.
“Ya sayang, mama ada kat sini….mama temankan Risya. Tidur ya sayang…” pujuk Syah sambil mencium kedua-dua pipi dan dahi Risya.
Risya mengangguk perlahan bila Syah turut merebahkan badannya di sisi Risya. Tubuh anak kecil itu di tepuk perlahan. Dan akhirnya Syah turut terlelap bersama Risya.


SYAH membuka mata sebaik sahaja mendengar telefonnya berdendang di dalam beg tangan yang di letak di sebelah tempat tidurnya tadi. Dia bangun dan segera menyelongkar beg tangannya dan mengeluarkan telefon yang masih lagi berbunyi. Nama kak Azah tertera di skrin telefonnya.
“Assalamualaikum, kak Azah!”
“Waalaikumussalam….Syah kat mana ni?”  tanya kak Azah.
“Syah kat rumah, kenapa kak?” tanya Syah sambil membetulkan kedudukannya. Matanya tetap merenung wajah Risya yang nampak begitu lena tidur.
“Kat rumah!”
“Ya, Syah ambil cuti half day hari ni…ada emergency case….Syah dah bagitahu Encik Razif tadi…ada masalah kat ofiske?” Syah berkerut dahi. Hairan mendengar suara kak Azah yang bunyi agak cemas.
“Oh ya ke. Pasal apa  tiba-tiba Syah ambil cuti ni?” tanya kak Azah perihatin.
“Kalau Syah bagitahu, akak jangan heboh pulak ya!” kata Syah.
“Ya, jangan bimbang.” janji kak Azah.
“Anak Syah demam  tadi. Cikgu dia call minta Syah tengok keadaan Risya…tak ada orang yang tahu hal ni kecuali kak Azah sorang aje….jadi, Syah tak nak hal ni di hebohkan….nanti, lain pula ceritanya!” kata Syah.
“Hmm…akak faham. Jangan bimbang ya….cuma tadi, Si Rina…macam biasalah mulut murai dia tu…heboh  bercerita yang Syah ni bergaduh besar dengan Encik Razif…sampaikan tergesa-gesa keluar ofis tadi. Itu yang akak call nak minta penjelasan…kut-kut ceritanya tu betul…tapi kalau dah itu yang Syah cakap, lega akak.” kata kak Azah.
“Hish…si Rina tu…memang nak kena ganyang betul. Suka sangat buat cerita tak betul…apa yang dia dengki sangat dengan Syah…Syah pun tak tahu!” Syah mengeluh kesal mengenangkan sikap Marina.
“Akak sendiri pun tak faham dengan perangai dia tu….tapi akak rasa, dia cemburukan Syah sebab dia rasa tercabar dengan kehadiran Syah. Sekarang ni semua orang tertumpu pada Syah, bukan padanya lagi….tapi Syah buat tak peduli sajalah dengan dia tu….jangan ambil hati…” kata kak Azah.
“Syah bukan apa kak…Si Rina tu suka sangat buat hal, angin juga Syah dibuatnya mengenangkan sikap dia tu…Syah ni pun kekadang bukannya elok sangat perangai, kalau datang kepala angin….tahulah macam mana Syah kerjakan dia nanti!” Syah mengetap bibir.
Kak Azah mula ketawa.
“Yang itu akak tahu….buktinya….Encik Razif tu…sampai lebam biji matanya dikerjakan Syah, bukan!” kata kak Azah membuatkan Syah tersenyum.
“Tahu tak pe…” Syah turut tergelak sama.
“Okeylah…akak nak buat kerja ni…akak doakan Risya cepat sembuh.” kata kak Azah sebelum mematikan talian.
“Terima kasih, kak Azah.”
Syah mendengus perlahan sebelum melirik ke arah jam tangannya, dah hampir pukul 3.00 petang. Dia bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk kerana dia belum lagi solat Zohor. Nasib baik kak Azah menghubunginya tadi. Kalau tidak, pasti dia terbabas untuk mengerjakan solat.
Selepas solat zohor, Syah menyediakan makan tengahari secara ringkas. Perutnya dah mula berkeroncong. Sebelum keluar dari bilik tadi, Syah sempat menyentuh dahi Risya. Dah kurang panas. Syah mengeluh lega. Bersyukur sangat yang demam Risya  tidak melarat.
“Mama….mama….” panggilan Risya membuatkan tumpuan Syah pada rancangan yang disiarkan di tv terganggu. Bergegas dia masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Risya.
“Sayang,….sayang dah bangun ya!” Syah segera mendapatkan Risya.
“Risya lapar ya…nanti mama buatkan susu untuk Risya ….” pujuk Syah selepas mengucup dahi Risya.
Risya diam.
“Sayang nak susu?” soal Syah lagi bila Risya diam.
Risya mengangguk perlahan.
“Risya duduk diam-diam kat sini ya, mama pergi buatkan susu…” Syah bergegas keluar menuju ke dapur untuk menyediakan susu untuk Risya. Beberapa minit kemudian, dia kembali mendapatkan Risya dan menyerahkan botol susu. Tanpa banyak bicara, botol susu di ambil dan Risya segera menyuap ke dalam mulut.
Syah masih setia berada di sisi Risya sehingga anak kecilnya menghabiskan susu.


HANNAH memandang wajah Syah yang sedang mengusap lembut kepala Risya yang sedang tidur di atas ribanya. Wajah Syah dan Hannah menjadi sayu bila melihat keadaan Risya yang masih nampak lemah itu.
“Kesian aku tengok keadaan Risya.” Hannah bersuara.
“Hmm…aku pun tak sampai hati nak tinggalkan Risya kat nurseri esok …takut demamnya datang balik….” kata Syah.
“InsyaAllah…Risya tak apa-apa.” kata Hannah cuba menenangkan perasaan risau Syah.
“Aku rasa aku nak minta cutilah esok…” Syah melahirkan rasa gusar.
“Tapikan kau kata kau nak serahkan kertas kerja yang kau buat tu esok kat bos kau…nanti apa pula kata dia…” Hannah memandang wajah Syah.
“Oh ya…aku memang janji nak serahkan kertas kerja yang aku buat tu esok…sebenarnya aku belum buat double check lagi…takut ada apa-apa yang kena betulkan…lagi pun, projek tu penting untuk syarikat…” Syah mula rasa bersalah.
Hannah terdiam seketika.
“Kalau keadaan Risya tu masih lagi tak elok, kau minta aje cuti…nanti kau call lah bos kau tu…” Hannah bersuara.
“Tapi…aku tak sedap hati pula kalau tak pergi kerja….lagi pun, aku tak nak di cop sebagai pekerja yang tidak berdisiplin dan mungkir janji…tambahan pula aku ni pekerja baru. Kau pun tahukan si Rina tu, tunggu masa saja nak cari silap aku…” Syah mengeluh perlahan. Dia mula bingung. Mana yang perlu dia utamakan, Risya atau kerjanya!
“InsyaAllah…Risya tak apa-apa…kalau kau dah serba salah nak cuti esok, kau tinggalkan aje Risya kat nurseri. Lagi pun, Risya akan sembuh kalau makan ubat mengikut waktu yang di tetapkan. Kalau ada apa-apa yang teruk berlaku pada Risya, Cikgu Ain pasti akan hubungi kau.” Hannah cuba menenangkan perasaan Syah.
“Terima kasih Anna kerana menenangkan aku. Umi dan walid ada hubungi aku tadi bertanyakan pasal Risya, mereka tu dah rindu sangat dengan Risya. Aku ingat, hujung minggu ni aku nak balik kampung. Kau nak ikut?” kata Syah. Kesian pula bila mengenangkan kerinduan orangtuanya pada Risya.
“Okey juga. Aku pun dah lama tak balik jenguk mak aku. Mak aku pun dah bising bila aku  call dia, tambahan pula hujung bulan ni Balqis nak bertunang…” kata Hannah.
“Hmm…nampaknya ada  yang akan dapat cincin percuma nanti…” kata Syah sambil menguntum senyum.
“Cincin percuma?...maksud kau? ada contest cabutan bertuahke?” dahi Hannah mula berkerut.
“Yalah…si Balqis dah langkah bendul…kenalah bayar pampasan cincin sebentuk,” usik Syah.
Hannah tergelak kecil. Tak pernah pun dia terfikir sebagaimana yang di nyatakan oleh Syah itu.
“Aku tak kesah pasal langkah bendul ni semua. Itu cuma adat. Kalau ikut tak apa, tak ikut pun bukan satu kesalahan atau dosa. Dah si Balqis tu dapat jodoh awal…itu kira rezeki dia, aku tumpang gembira dan bersyukur.” kata Hannah dengan wajah tenang.
“Aku minta maaf kalau kau terasa….” Syah memandang wajah Hannah.
“Tak ada hal…kan aku selalu cakap yang jodoh aku belum sampai, nak buat macam mana. Takkanlah nak buat iklan kat surat khabar untuk dapatkan jodoh…” Hannah mengukir senyum.
“Aku doakan kau akan dapat jodoh yang terbaik sebab aku tahu kau juga seorang perempuan yang baik. Perempuan yang baik hanya sesuai untuk lelaki yang baik…” kata Syah.
“Amin, terima kasih sebab doakan untuk aku. Tapikan Syah, … kau yakinke yang Wan Jazlan tu adalah jodoh  yang terbaik untuk kau!” tiba-tiba Hannah menimbulkan isu hubungan antara Syah dan Jazlan.
“Aku harapkan begitu walaupun ada ketikanya aku tak yakin bahawa abang Lan adalah jodoh aku.” Syah mengeluh perlahan.
“Maksud kau?”
“Hubungan dan komunikasi antara kami tak berjalan dengan baik sejak kebelakangan ini. Dia banyak menyepi. Takkanlah dia tak ada masa langsung untuk bertanya khabar pasal aku, lagi pun sekarang ni zaman serba canggih…kita boleh berinteraksi dengan pelbagai cara tapi dia lebih suka mendiamkan diri, sebab itu kadang-kadang aku terfikir bahawa dia ada perempuan lain…” kata Syah.
“Itulah kata orang, tempoh dan masa bertunang adalah yang paling mencabar…kau sabar ya. Lagi pun tak lama lagi pengajiannya akan tamat dan dia akan balik ke sini. Kalau dia jodoh kau, kau pasti akan hidup bersama tak kira apa jua badai yang mendatang,” pujuk Hannah membuatkan Syah mengukir senyum.
Ya, selama dua tahun Wan Jazlan melanjutkan pengajiannya peringkat Master di UK. Dalam tempoh itu juga mereka telah mengikat tali pertunangan. Dan majlis perkahwinan akan dilangsungkan bila Jazlan berjaya menamatkan pengajiannya dan pulang ke tanah air. Dan kerana janji yang ditermeterai itu membuatkan Syah begitu setia menunggu kepulangan lelaki itu demi membina mahligai bahagia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...