Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 24 April 2015

Dia,...Mr. perfect Aku! 23




S
HAH menghempaskan fail di atas meja sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya. Tali leher di longgarkan sedikit sebelum punggungnya berlabuh di kerusi. Mesyuarat yang baru di hadiri tadi berjalan dengan lancar dan ternyata pekerja baru itu punya idea yang bagus. Terpegun juga dia mendengar setiap patah yang keluar dari mulut gadis itu. Nampak yakin walaupun ada ketikanya dia kelihatan gugup terutama bila sesekali mata mereka bertentangan.
“Nadya!” nama itu terpancul keluar dari mulutnya tanpa sedar.
“Diya!” nama itu di ulang lagi.
Entah kenapa sewaktu melihat adegan Diya bersama Carl tadi, dia di amuk satu perasaan aneh. Dan yang paling dia hairan, kenapa Diya terkejut melihatnya semalam. Macam nampak hantu. Wajah gadis itu pucat sewaktu melihat wajahnya dan wajahnya berubah makin ketara bila dia diperkenalkan oleh Carl. Serta merta gadis itu beredar. Apa sebenarnya yang berlaku pada gadis itu?
Ketukan di pintu mematikan lamunan Shah pada kejadian itu. Serentak, matanya di halakan ke muka pintu. Menanti wajah siapa yang muncul. Jazmin atau pun Carl…tapi ternyata yang muncul adalah….
“Hani!”
Gadis yang di sebut nama oleh Shah itu segera mengukir senyum dan mula menapak ke arahnya dengan lenggok menggoda. Dan ketika itu juga Shah menarik nafas. Sesak tiba-tiba.
“Sayang!” Hanim  yang sudah ada di depannya itu masih lagi mengukir senyum.
“Apa hal you datang sini?....youkan tahu I sibuk!” kata Shah sambil mencapai salah satu fail yang ada di atas mejanya, di buka terus fail itu dan cuba memandang setiap ayat yang tertera di situ. Cuba fokus semata-mata mahu gadis itu sedar yang kehadirannya tidak diperlukan.
“Sayang, kenapa you selalu nak elak dari I?....” tanya Hanim yang sedang berjalan ke arah belakang Shah.
Shah tetap buat tak layan. Entah kenapa dia memang tak senang dengan kemunculan Hanim. Bukan hari ini sahaja tapi setiap kali dia berhadapan dengan gadis itu, hatinya jadi cuak. Dia cuba bersikap rasional tapi sayang, dia tak berdaya. Bukan dia lemah tapi entahlah….sukar nak di jelaskan.
“Sayang!” bisik Hanim perlahan di telinga Shah, hampir terloncat Shah di buatnya. Bukan hanya mendengar bisikan itu tapi tindakan Hanim itu yang membuatkan dia cukup tak senang. Dia memegang kedua tangan Hanim yang sedang melingkar di lehernya. Cuba merenggangkan rangkulan gadis itu di lehernya. Dia rimas dengan tindakan itu. Hanim yang berada di belakang kerusi mendengus kasar.
“Sayang…” rengek Hanim manja sambil cuba memeluk kembali leher Shah dari belakang.
Bunyi ketukan dengan serentak pintu yang terbuka.
“Ops!” Carl muncul di muka pintu. Dan serentak itu juga senyuman mula tersungging di bibirnya sambil melangkah masuk ke bilik itu.
“Hai, tadi …dalam bilik mesyuarat, bukan main lagi kau bagi warning kat aku…. `kalau nak bercinta, di luar waktu pejabat`. Sekarang…apa kau sedang buat dengan si Hani ni?...berasmaradana ya kat dalam bilik!” Carl tersenyum nakal sambil matanya memandang pasangan itu.
“Tak ada maknanya aku nak berasamaradana kat ofis ni. Banyak kerja lain yang aku boleh buat selain dari melayan adik kau yang sengal ni….” balas Shah acuh tak acuh. Sedikit pun tidak menjaga hati Hanim yang sudah membengkak.
 Hanim mengetap bibir. Geram dengan kata-kata itu. Takkanlah sedikit pun kehadirannya di hargai. Sekurang-kurangnya bagilah senyuman atau memuji penampilannya. Bukan main lagi dia cuba melaram dengan baju mahal ini semata-mata nak dapat perhatian lelaki itu tapi hasilnya….mengecewakan. Kalau abangnya tak muncul tadi, pasti dia dah di halau keluar. Bukan dia tak boleh nak jangka sikap lelaki itu padanya. Walaupun begitu, bila hati dah sayang, …nak buat macam mana, telan ajelah. Hanim cuba memujuk.
“Abang Carl…” Hanim bersuara sambil memandang wajah abangnya.
What?” soal Carl membalas pandangan Hanim.
“Jom, temankan Hani lunch…”  Hanim  mula membuka mulut tapi matanya di lirik ke arah Shah.
Carl melirik jam tangannya. Memang sekarang ni waktu rehat. Dia pun memangnya datang jumpa Shah untuk mengajak makan tengahari bersama. Tak sangka pula yang adiknya boleh muncul tiba-tiba di sini.
“Jom, Shah…” Carl merenung wajah Shah yang masih berpura-pura menatap dokumen di hadapannya.
“Kau dengan Hani aje pergi…aku tak ada selera nak makan!” balas Shah tanpa memandang wajah Carl.
Came on, bro. Aku datang sini pun memang nak ajak kau keluar lunch….aku belanja!” Carl bersuara. Cuba memujuk Shah. Kesian pula melihat wajah cemberut adiknya. Tahu sangat yang Hanim minta dia pujuk Shah untuk keluar. Tapi macam biasalah…mana Shah nak pedulikan Hanim. Dia pun hairan, macam mana Shah boleh terima Hanim sebagai tunang kalau tak sukakan adiknya. Dan Hanim pula, dah tahu yang Shah tak suka, buat apa lagi nak terhegeh-hegeh. Bukan tak ada lelaki lain kat dunia ni selain dari Shah. Pening kepala dia memikirkan mereka berdua ni. Dia memang tersepit antara mereka. Kawan dan adik…
“Jomlah sayang, temankan I lunch…dah lama kita tak jumpa dan keluar sama, you tak rindukan I ke?” rengek Hanim memujuk sambil menempel di sebelah Shah.
 Matanya merenung wajah Shah yang sudah menyandar di kerusi selepas dia mengambil tempat duduk di sebelah Carl.
“Okey….aku tahu, selagi aku tak setuju….korang berdua akan terus berkampung kat bilik aku ni kan!” akhirnya Shah mengalah. Lagi pun, saat ini, dia memang terasa lapar.
Thanks, sayang.” ucap Hanim tersenyum senang dan sempat pula dia memandang wajah abangnya yang berada di sebelah. Memberi isyarat ucapan terima kasih.
Mereka bertiga keluar dari bilik Shah. Senyuman terukir di bibir Carl sebaik sahaja matanya memandang ke arah Diya yang mungkin bersedia untuk keluar makan.
“Diya!” panggil Carl membuatkan Diya menoleh.
“Ya, En. Carl!” berkerut dahi Diya memandang wajah Carl yang sedang mengukir senyum itu. Dan ketika itu juga matanya sempat memandang ke arah Shah yang hanya berdiri kaku di muka pintu biliknya. Di sisinya seorang gadis cantik, bukan sahaja cantik tapi juga seksi. Siapa tu?
“Jom, lunch sekali dengan I!” ajak Carl.
Sorry, En. Carl. Saya dah janji dengan Anida untuk lunch sama…lain kali ya!” balas Diya dan memang itu yang sebetulnya. Anida sedang menunggunya di lobi.
“Oh, nanti kita keluar lunch bersama lain kali ya!” Carl menyembunyikan rasa hampa bila pelawaannya di tolak oleh Diya.
Diya hanya diam dan dia kembali melangkah.
“Diya!” panggil Carl lagi.
“Ada apa lagi, En. Carl?” tanya Diya.
Wait for me…I pun nak turun kat bawah juga….kita saing ya!” Carl merenung wajah Diya, menanti reaksi.
Diya menelan liur dan akhirnya dia mengukir senyum.
Mereka berempat berada dalam lif. Hampir nak pecah dada Diya mendengar dan melihat aksi manja gadis yang ada di sisi Shah itu. Bukan main manja sekali lagaknya. Hatinya di palu sayu. Sampai hati lelaki itu melupakan dia terus seolah-olah dia tak pernah wujud dan mereka tak punya apa-apa ikatan.
Carl mengukir senyum melihat wajah muram Diya itu. Sementara Shah yang melihat reaksi Diya itu merasa tidak selesa.
“Hani….behave youself…” kata Shah tegas, tidak senang bila Hanim memeluk erat lengannya.
“Tak salahkan…tak lama lagi, you akan jadi milik I dan I berhak sepenuhnya ke atas you!” kata Hanim. Bukan dia tak tahu sesekali Shah melirik ke arah gadis yang ada bersama mereka ini.
Shah menarik nafas seketika dan menghembus kembali.
`Ya, kalau impian you tu terlaksana, Hani!` detik Shah menahan rasa rimas dengan sikap Hani yang mengada-ngada itu.
`Cantik juga. Harap-harap Shah tak terpikat pada gadis ini!` Hanim melirik ke arah Diya. Meneliti penampilan Diya. Hanim turut merasa tergugat melihat gadis yang berada sama dengan mereka ketika itu. Walaupun penampilannya hanya dengan mengenakan sepasang baju kurung dan bertudung, tapi tetap menarik. Sebagai perempuan pun, dia akui apatah lagi lelaki.
Diya mengeluh lega bila lif terbuka. Cepat-cepat dia keluar dan mendapatkan Anida yang sedang menunggu. Tak sanggup melihat aksi gadis yang di anggap tak sopan itu. Dan waktu itu juga Anida sempat berbalas senyum dengan kedua lelaki itu. Hanim?...gadis itu terus menarik tangan Shah agar segera menjauh. Tak senang bila ada mata lain yang memandang Shah. Lelaki itu miliknya seorang, milik abadi.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...