Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 16 March 2015

Jadikanlah dia,...Jodohku! 1




R
YAN merenung wajah kekasih hatinya dengan penuh rasa sayang. Sepanjang  perkenalan mereka yang hampir menjangkau usia lima tahun itu, pelbagai ranjau dan onak mereka alami bersama hingga akhirnya termenterai sebuah ikatan. Sebuah ikatan yang dinamakan pertunangan. Dan tidak lama lagi, ikatan itu akan bertukar kepada ikatan perkahwinan. Ya, mereka berdua tak sabar nak melalui ikatan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sebuah ikatan dan hubungan yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga.
“Sayang, awak nampak cantik sangat hari ni…mengalahkan kecantikan bidadari di kayangan.” puji Ryan  sambil memandang wajah  Qilla yang tersipu malu.
“Awak ni Ryan, kalau bab memuji…memang nombor satu….tapi, kalau masuk bab berjanji, memang tak ada nombor langsung…jarang awak nak tunaikan.” kata Qilla sambil mendengus perlahan.
Ryan tergelak kecil. Tahu sangat akan kelemahannya yang satu itu. Bukan hanya Qilla yang sedia maklum, tapi sesiapa sahaja yang mengenalinya pasti akan komen dia pasal sikapnya itu. Apa boleh buat, memang itu kelemahannya yang sukar nak di ubah.
“Walaupun, saya ni sukar nak tunaikan janji…tapi saya tetap juga nak janji dengan awak satu perkara ni…perkara yang cukup penting dalam hidup saya dan saya harap saya mampu tunaikan janji ini.” kata Ryan sambil merenung wajah kekasih hatinya. Wajahnya yang selalu kelihatan ceria kini bertukar menjadi serius.
Qilla mula berdebar-debar menanti kata-kata yang seterusnya dari lelaki pujaannya itu.
“Ryan, awak nak janji pasal apa ni?” soal Qilla sambil merenung wajah Ryan yang nampak begitu tenang sekali malam ini.
“Saya janji saya akan kawin dengan awak pada hari yang telah kita tetapkan,” kata Ryan membuatkan bibir Qilla mengukir senyum.
“Okey, saya percaya janji itu tapi pastikan awak tunaikan janji itu walau  apa pun yang terjadi…awak tahukan apa hukumnya kalau kita mungkir janji?” Qilla merenung wajah Ryan.
“Ya, salah satu tanda-tanda orang munafik ialah apabila dia berjanji…dia mungkiri janjinya….” akui Ryan.
“Hmm….tahu pun.” Qilla mengukir senyum. Begitu juga dengan Ryan.
“Sayang, lepas ni awak nak pergi mana? tak nak lepak-lepak dulu kat tepi tasik sambil cuci-cuci mata.” kata Ryan sambil menaikkan keningnya bersama senyuman nakal.
“Tak naklah…saya hanya nak awak hantar saya balik rumah. Banyak benda yang saya nak buat lepas ni…” kata Qilla menolak ajakan itu.
“Banyak benda!” ajuk Ryan dengan wajah terkejut.
“Ya lah, hari-hari minggu macam ni…saya nak basuh baju, nak bersih rumah, nak mop lantai…nak masuh pinggan mangkuk…nak….”
“Cukup….saya faham…” Ryan terus memotong cakap Qilla sebelum gadis itu menambah senarai yang akan di buatnya. Wajahnya yang seketika tadi cukup ceria sudah bertukar menjadi keruh.
Qilla tergelak kecil. Seronok pula melihat wajah cemberut tunangnya.
“Awak ni pun satu…takkanlah semua benda awak nak buat pada hari minggu…bila masanya kita nak jumpa, nak keluar jalan-jalan bersama…” kata Ryan dengan rasa terkilan.
“Dah jadi rutin mingguan saya…takkanlah awak tak tahu…Ryan sayang, saya masih ada masa untuk keluar dengan awak, borak dengan awakkan…lagi pun bukan kita tak jumpa hari-hari lain…” kata Qilla seakan memujuk Ryan yang mula tayang muka tak senang.
“Ya, saya tahu…tapi, kalau boleh…hari minggu  macam ni, kita dapat luangkan lebih masa….kalau kita jumpa hari biasa….macam sekejap sangat….tak puas saya nak sembang dengan awak, nak tatap wajah awak, nak tengok senyuman awak dan nak dengar suara awak membebel…” kata Ryan dengan rasa terkilan.
“Ryan!!...bab benda lain yang awak sebut tadi saya boleh terima tapi bab membebel tu…eh, bila masa pula saya membebel ha!” Qilla merenung wajah Ryan yang sudah mengemam bibir menahan senyum.
“Alah….awak mengaku ajelah…semua perempuan suka membebel, mama saya pun macam tu…pot pet pot pet…” Ryan terus gelak.
“Saya tak membebellah….ada-ada aje awak ni tau!” sangkal Qilla.
“Tapi…kalau awak membebel pun, saya sanggup dengar….saya sanggup tadah telinga saya….janji awak akan sentiasa ada di sisi saya sampai bila-bila. Dan awak akan terus cintai saya biar pun saya dah tiada.” kata Ryan sambil mengukir senyum.
“Ryan, tolong jangan bergurau pasal mati….saya tak suka.” kata Qilla sambil mengetap bibir.
“Kenapa? takut?” ujar Ryan tergelak kecil melihat wajah masam kekasih yang merangkap tunang kesayangannya itu.
“Tak, saya tak takut mati kerana mati itu pasti. Saya tak kesah kalau saya mati dulu tapi kalau awak yang mati dulu….bagaimana dengan saya?” wajah Qilla mula sendu.
“Kalau awak mati dulu….saya kawinlah dengan orang lain….kan senang!” balas Ryan dengan muka selamba membuatkan wajah Aqillah mula kemerahan menahan marah.
`Dia ni kan, orang cakap serius....dia main-main pulak...geramnya!!!` rungut Qilla.
“Ryan!!!” tanpa sedar Qilla mula menjerit geram.
Ryan hanya gelak.
“Alah, saya gurau ajelah awak….awakkan tahu saya ni suka bergurau…jadi, janganlah awak ambil serius. Tapi, saya nak awak tahu yang saya akan tetap setia pada awak sampai akhir hayat saya dan kalau ditakdirkan saya yang mati dulu, awak kena janji dengan diri awak yang awak akan teruskan hidup. Kalau awak jumpa dengan lelaki lain yang boleh berikan awak kebahagiaan, awak kena terima dia. Jangan kerana ketiadaan saya, cinta awak untuk lelaki lain terus hilang….cinta awak mesti terus mekar dan terus mewangi biar pun bukan milik saya lagi….ingat tau pesan saya!” kata Ryan sambil mengukir senyum.
“Ryan, kenapa cakap macam tu…cara awak cakap ni….menakutkan saya, tahu tak! Saya tak nak kehilangan awak. Saya cintakan awak, Ryan…saya cintakan awak setulus hati saya….awak kena janji dengan saya….jangan tinggalkan saya!” hati Qilla tiba-tiba jadi sebak, matanya mula berkaca.
“Ya, saya janji saya tak akan tinggalkan awak…percayalah, saya cintakan awak sepenuh hati saya sampaikan tak akan ada sedikit ruang pun untuk mana-mana perempuan lain bertahta di hati saya kecuali awak dan mama saya …” kata Ryan memujuk sambil menyentuh tangan Qilla.
Qilla mengeluh lega.
“Terima kasih, awak...” ucap Qilla bersama senyuman manis. Begitu juga dengan Ryan.
“Hmm…tak sabarnya nak kawinkan…sayang, awak tahu, saya ada banyak simpan impian untuk kita nanti… antaranya, saya nak awak lahirkan anak –anak yang comel untuk saya. Kalau boleh, saya nak empat orang anak, dua lelaki dua perempuan. Saya nak jadi Imam, awak dan anak-anak kita akan  jadi makmum saya di belakang. Tentu keluarga kita akan hidup bahagia. Rumah yang saya beli hari tu tak lama lagi akan siap di ubahsuai…nanti lepas kawin, kita terus  pindah dan tinggal kat situ….bila semuanya dah siap nanti, saya akan bawa awak ke sana. Saya akan bagi kebenaran 100% untuk awak hias rumah tu mengikut citarasa awak. Saya tak kesah, janji awak gembira. Banyak lagi impian saya...nantilah saya akan ceritakan satu persatu selepas ini, saya harap apa saja yang saya impikan akan tercapai....tapi yang pasti, semua impian saya mesti ada kaitan dengan awak...”  Ryan memandang wajah Qilla bersama senyuman membuatkan Qilla tunduk menahan sebak. Tak sangka begitu banyak impian Ryan untuk mereka berdua.
“InsyaAllah, impian awak tu akan di makbulkan oleh Allah….bukannya lama pun, sebulan saja lagi majlis kawin kita….lepas ni…kita dah boleh hidup bersama, awak boleh tatap wajah saya, tengok senyuman saya dan kita boleh habiskan masa bersama-sama. Awak pun tahukan, kebanyakan persiapan dah banyak kita buat….kad jemputan pun dah siap di tempah, Cuma tunggu nak edar saja.” kata Qilla mengenangkan hari bahagia mereka yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Okey, awak dah siap makan?....atau awak nak oder apa-apa lagi…” ujar Ryan sambil memandang pinggan yang sudah kosong di hadapan Qilla.
“Dah kenyang. Awak ingat saya ni spesis anak dinosourke nak makan sampai berpinggan-pinggan…kenalah diet, nanti tak muat baju pengantin saya nanti….” Qilla membulatkan mata memandang wajah Ryan yang sudah tayang senyum.
“Saya rasakan…lagi awak gemuk….lagi comel kut!!” Ryan sudah tergelak-gelak sambil membayangkan wajah Qilla yang berubah bentuk.
“Hisy…awak ni kan….” tanpa sedar Aqillah sudah pun melekap tangannya di perut Ryan semasa mereka berjalan untuk keluar dari restoran itu.
“Auch, sakitlah sayang….sepit ketam awak ni kan…memang berbisa dan beracun….rasanya kulit kat perut ni akan berbirat nanti …silap-silap boleh bawa maut….nanti saya tak sempat nak naik pelamin untuk bersanding bersama awak…” balas Ryan sambil menggosok-gosok perutnya yang di cubit oleh Qilla tadi. Bukannya sakit sangat, saja nak menyakat tunangnya itu.
Qilla sudah tayang jelingan tajam sambil mengetap bibir.
“Sudahlah…malas nak layan awak…makin di layan, makin menjadi-jadi!” rungut Qilla sambil cepat-cepat melangkah ke kereta Audi Q7 milik Ryan.
Ryan hanya tertawa kecil sambil mengeleng kepala mengenangkan gelagat Qilla. Memang mencuit hati. Qilla yang kadang-kadang manja, kadang-kadang tegas, kadang-kadang kalut membuatkan hidupnya dilimpahi bahagia.


RYAN menghempaskan tubuhnya di katil empuk sebaik sahaja pulang ke rumah. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum bila terbayangkan wajah gadis kesayangannya. Detik pertama pertemuan mereka lima tahun yang lalu. Ketika itu dia dan tiga orang rakannya iaitu Khairul, Roslan dan Helmi singgah di sebuah restoran.
“Encik bertiga ni nak makan apa?” tiba-tiba seorang pelayan datang menghampiri meja mereka berempat.  Keempat-empat mereka tidak menghiraukan pertanyaan itu kerana masing-masing sibuk melayan telefon di tangan.  Khairul asyik bermain game, Roslan, Helmi dan Ryan sibuk berbalas SMS.
“Hello, awak bertiga nak oder ke tak ni?”  suara gadis yang berdiri di hadapan mereka bertanya lagi.
“Awak tak nampakke kami tengah sibuk ni….” balas Ryan tanpa memandang gadis di hadapannya.
“Okey, takpe….go a head. Teruskan apa yang korang buat….jangan nanti nak kompelin yang kami tak layan korang pulak….kalau korang berempat rasa lapar…makan aje telefon tu….gerenti kenyang sampai 40 hari.” sindiran sinis dan pedas yang menusuk ke telinga mereka berempat membuatkan mata mereka terus terpaku memandang gadis yang berada di hadapan mereka..
“Apa?...apa tengok-tengok?” marah gadis itu sambil merenung tajam ke arah mereka berempat.
Sorry,” Ryan segera bersuara sambil menayang sengih. Sempat lagi matanya mengenyit ke arah gadis itu membuatkan gadis itu tergamam sesaat.
Sorry?....banyaklah awak punya sorry…kalau sekadar datang sini nak melepak-lepak….baik korang pergi kat tepi tasik….sini tempat orang makan. Tak tengok ke….ramai lagi pelanggan yang saya kena ambil oder….” kata gadis itu dengan wajah masam.
Ryan memandang ketiga-tiga rakannya. Mereka juga saling berpandangan.
“Apasal garang sangat ni….awak datang bulan ek?” tegur Ryan dengan muka selamba membuatkan ketiga-tiga rakannya terus melepas tawa membuatkan beberapa orang pelanggan memandang ke arah mereka. Muka gadis itu dah merah menahan marah merangkap malu.
`Hmm…siapa yang mulakan dulu!` rungut Ryan sambil menaikkan keningnya memberi isyarat.
“Siapa nama awak?” soal Ryan sambil merenung wajah gadis  itu bersama senyuman.
“Kenapa nak tahu?” soal gadis itu dengan muka bosan.
“Senang saya nak panggil,” ujar Ryan.
“Tak ada maknanya….” balas gadis itu dengan nada menyampah.
“Sombongnya….tak mesra langsung….macam mana orang melayu nak maju kalau macam ni layanannya pada pelanggan yang datang…” rungut Ryan. Ketiga-tiga rakannya hanya sekadar menjadi pemerhati. Bukan mereka tak tahu perangai Ryan, suka sangat menyakat.
Gadis itu memejam mata seketika. Mungkin betul kata-kata Ryan yang dia sudah bersikap sombong.
“Saya Ryan, ini kawan saya….Roslan, Helmi dan Khairul….” Ryan memperkenalkan diri dan juga kawan-kawannya. Kawan-kawan Ryan masing-masing mengukir senyum.
“Tak tanya pun,” selamba gadis itu membuka mulut membuatkan Ryan terkedu.Begitu juga dengan kawan-kawannya.
`Amboi, boleh tahan laser mulut dia!`
“Tak tanya pun tak apa, saja…saya nak bagi tahu….” balas Ryan dengan muka selamba. Cuba kontrol. Kawan-kawan Ryan sudah mengemam bibir menahan senyum. Seronok melihat Ryan dikenakan gadis itu.
So, sesi suaikenal dah tamat….awak bertiga ni nak oder ke tidak?” ujar gadis itu.
Of course….kami datang sini nak makan…” tanpa berlengah mereka berempat mula membuat pesanan dan gadis itu segera mencatat.
“Ada apa lagi?” soal gadis itu.
“Ada,” sahut Ryan membuatkan mata gadis itu tunak memandang wajahnya.
“Awak nak pesan apa lagi?” gadis itu sudah bersedia untuk mencatat.
“Siapa nama awak?” soal Ryan sambil merenung wajah gadis yang berdiri di hadapannya. Dia tetap tak puas hati selagi tidak mengetahui jawapan nama gadis itu.
“Menu untuk siapa nama awak?...kami tak ada, maaf. Boleh tak awak oder yang lain?” balas gadis itu membuatkan Ryan mengetap bibir. Apa lagi bila ketiga-tiga rakan-rakannya mula melepas tawa sampai terbahak-bahak.
`Tak apa, kau nak main-mainkan aku ya!` rungut Ryan sambil cuba mengukir senyum.
“Macam ni ya, Cik. Saya nak bagi tawaran….” kata Ryan tiba-tiba membuatkan ketiga rakannya termasuk gadis itu merenung wajahnya dengan dahi yang berkerut.
“Tawaran apa ni, Ryan?” soal Helmi.
“Tawaran ni bukan untuk kau…tapi untuk Cik Adik ni…” kata Ryan.
Gadis itu nampak terpingga-pingga dan mula gelisah.
“Maksud awak?” soal gadis itu.
“Awak nak bagi tahu nama awak atau awak nak saya buat hal kat sini?” beritahu Ryan dengan wajah serius membuatkan gadis itu menelan liur. Dari riak wajah Ryan, memang gadis itu yakin yang Ryan pasti akan lakukan sesuatu.
“Pentingke nama saya untuk awak tahu?” soal gadis itu mula rimas melayan kerenah Ryan.
“Penting. Sebab tak lama lagi awak akan jadi kekasih saya….” dengan selamba Ryan bersuara membuatkan gadis itu mula mencebik bibir.
“Perasan…saya tak teringin pun nak jadi kekasih awak…baik awak cari orang lain aje…” cemuh gadis itu dan bersedia untuk beredar.
“Tunggu!!!”
Ryan segera bangun dari tempat duduknya dan menghampiri gadis itu.
“Kalau awak tak nak bagitahu nama awak….saya akan cium awak kat sini. Biar semua orang nampak….awak nak?” bisik Ryan perlahan di telinga gadis itu membuatkan wajah gadis itu berubah serta merta. Pucat. Tajam matanya merenung wajah Ryan yang sudah pun mengenyit matanya.
“Nama saya Afiq Rayyan, you can call me, Ryan….saya nak Cik tahu yang saya ni jenis orang yang akan kotakan  apa yang di kata….” bisik Ryan lagi.
“Awak ni…psiko!!” cemuh gadis itu dengan muka merah.
Ryan hanya mengukir senyum. Wajahnya mula mendekat membuatkan gadis itu kembali berubah pucat.
“Okey, okey….awak nak tahu nama sayakan….saya akan beritahu!!” kata gadis itu selepas menarik nafas seketika.
Okay, I`m listening….” ujar Ryan sambil merenung wajah gadis itu dengan gaya menggoda membuatkan gadis itu mula tak keruan.
So!!!” ujar Ryan bila gadis itu masih lagi menggelabah tak keruan.
“Nama saya Minah,” beritahu gadis itu dan terus beredar laju.
Thanks, Cik Minah….I love you!” kata Ryan dengan suara ceria membuatkan semua pelanggan yang ada di restoran itu memandangnya dengan pelbagai reaksi tapi Ryan buat tak kesah.
Bro, kau jangan buat hal…takkanlah kau serius nak jadikan gadis tadi kekasih kau. Dia cuma pelayan restoran aje….entah-entah minah Indon atau minah Siam….” kata Helmi mula risau mengenangkan sikap Ryan yang nampak begitu beria menunjukkan minat pada gadis itu.
“Apa kena dengan kau ni? dah buang tebiatke?” sambung Khairul pula.
Ryan hanya menayang senyum.
“Aku suka dia….aku betul-betul sukakan gadis tu…whatever her name….” kata Ryan. Memang dia tak yakin bahawa itu nama sebenar gadis tadi.
“Betullah…kau memang tak sihat ni…” ujar Roslan selepas menyentuh dahi Ryan.
“Kenapa? salahke kalau aku suka dia?” soal Ryan dengan pandangan pelik pada wajah rakan-rakannya.
“Memang salah….Ryan yang aku kenal…memang nakal, tapi tak adalah sampai nak tackle perempuan pelayan pula….kau kena ingat status kau….orangtua kau…ramai lagi gadis kat luar sana yang lebih cantik dan berpelajaran dari gadis pelayan tadi…” kata Khairul.
“Hina sangatke kerja jadi pelayan kedai makan?....dia bukan jual tubuh….dia hanya ambil oder…aku rasa dia juga pandai jaga maruah….jangan hanya pandang seseorang hanya pada luaran saja, bro….kita kena pandang dengan mata hati, bukan dengan mata kasar…” bela Ryan.
“Kau dah betul-betul parah ni, bro … aku tengok kau dah  macam orang terkena panahan asmara ….selama ini, tak pernah-pernah aku tengok kau buat perangai pelik macam tadi….” Khairul mula mengeleng kepala. Risau dia mengenangkan sikap Ryan kali ini.
Tak lama kemudian, oder mereka sampai tapi bukan gadis tadi yang datang membawa oder mereka.
“Mana Cik Minah? sepatutnya dia yang bawa oder kami.” tegur Ryan pada pemuda yang datang membawa oder mereka.
Pemuda itu terpingga-pingga.
“Cik Minah??” pemuda itu  memandang wajah Ryan dengan dahi berkerut.
“Ya, gadis yang datang ambil oder kami tadi…..Cik Minah nama dia kan!!” kata Ryan lagi. Rasa nak cepuk saja muka pemuda tu bila di lihatnya dia tercengang-cengang.
“Maaflah bang, saya ni baru aje bekerja semalam…jadi, saya tak kenal sangat dengan pekerja kat sini….maaf ya, bang.” ujar pemuda itu sebelum berlalu.
Ryan mendengus kasar. Hilang terus seleranya mengenangkan yang dia tak dapat nak melihat wajah gadis itu lagi sehinggalah mereka keluar dari restoran pun, gadis itu tidak dapat dipandangnya.
Seminggu kemudian, tanpa sengaja dia terlanggar seseorang di tangga. Pada masa tu, dia kalut mecari telefon dalam poket baju dan juga seluar. Dia juga turut menggagai mencari di dalam beg sandangnya.
“Auch!!!”
Bunyi suara seseorang membuatkan Ryan terngadah. Apa lagi bila matanya tunak memandang seseorang yang sudah terjelepuk di atas tangga.
Sorry, cik tak apa-apa?” kalut Ryan tunduk bertanya.
Gadis itu itu kalut memungut buku yang sudah berterabur di atas tangga. Tanpa berlenggah, Ryan turut membantu mengutip buku gadis itu.
Sorry, again….” pinta Ryan sekali lagi sebaik sahaja tangannya menghulur buku milik gadis itu.
It`s okay….” jawab gadis itu tanpa memandang wajah Ryan.
“Betul ni…awak tak apa-apa?” soal Ryan perihatin bila melihat ada kerutan di dahi gadis itu.
“Saya tak apa-apa…” balas gadis itu dan segera mahu beredar. Ryan hanya mengeluh perlahan. Sedikit kecewa dengan sikap gadis itu. Sekurang-kurangnya ucapkanlah terima kasih sebab dia tolong kutip bukunya yang tercicir, ini tidak…menonong saja pergi. Memang kurang berbudi bahasa betul!
Ryan ingin beredar tapi matanya tiba-tiba tertacap pada sesuatu.
Purse!!” beg duit berwarna maroon itu di ambil dan di tilik seketika. Serba salah nak membukanya, nanti menceroboh hak peribadi.
Otaknya mula merencana.
“Pasti milik gadis tadi.” tanpa berlengah, laju Ryan mengatur langkah. Matanya liar mencari kelibat gadis itu. Mungkin tidak jauh dari situ.
“Cik….Cik….tunggu!!!” panggil Ryan dan segera berlari mendapatkan gadis yang terlanggar tanpa sengaja tadi.
“Cik.” panggil Ryan membuatkan gadis itu menoleh dan terus memandang wajah Ryan.
“Awak!!!” mulut gadis itu ternganga sebaik sahaja melihat wajah Ryan.
“Awak? Cik Minah….” bibir Ryan mula menguntum senyum.
Gadis itu menarik muka masam. Dia ingin segera melangkah tapi cepat-cepat Ryan bersuara.
“Cik Minah buat apa kat sini?” soal Ryan.
“Beli sayur,” jawab gadis itu dengan muka selamba membuatkan Ryan tergelak kecil.
“Pandai Cik Minah buat lawak ya….” Ryan tetap ketawa sambil merenung wajah gadis itu penuh minat.
“Dah saya ada kat sini, mestilah saya belajar kat sini…..yang awak pulak….apasal ikut saya…dah tak ada kerja lain yang nak di buat?” tanya gadis itu sambil merenung tajam wajah Ryan.
“Dah saya ada kat sini, mestilah saya belajar kat sini jugak….” balas Ryan.
Gadis itu mendengus. Kurang senang dengan jawapan Ryan tapi nampaknya dia percaya akan jawapan itu bila matanya mula meneliti penampilan Ryan dari atas ke bawah. Macam nak buat scan.
“Okey, saya pergi dulu...” kata gadis itu tak sabar nak beredar.
“Saya nak pulangkan benda ni kat awak….ini milik awakkan!” Ryan menunjukkan purse yang dijumpainya tadi.
Gadis itu tak jadi beredar. Dia menghulurkan tangan tapi cepat-cepat Ryan menyembunyikan purse tadi di belakang.
“Itu purse saya, tolong pulangkan balik.” pinta gadis itu dengan tegas.
“Saya boleh bagi purse awak ni…tapi dengan syarat….” Ryan menaikkan keningnya sambil tersenyum nakal.
“Syarat?” dahi gadis itu berkerut.
One kiss for me!!” ujar Ryan.
Mata gadis itu sudah bulat.
“Gila!!!” gadis itu merungut geram.
No kiss no purse….” Ryan main tarik tali.
“Buang masa saja layan orang gila….” gadis itu mula mengatur langkah dengan wajah merah. Memang dia sakit hati mengenangkan sikap Ryan itu.
“Cik Minah….ooooo……Cik Minah….awak tak nak purse awak ke ni?” laung Ryan tanpa menghiraukan pandangan pelajar yang berada di sekitar kawasan perpustakaan universiti itu.
“Cik Minah….tunggu saya…apasal awak jalan laju sangat, semput saya nak kejar awak….awak nak pergi mana ni?” Ryan cuba menyaingi gadis itu berjalan.
“Saya nak pergi balai polis….nak buat repot.” beritahu gadis itu sambil merenung tajam wajah Ryan yang berkerut dahi.
“Nak buat report pasal apa?” soal Ryan.
“Pasal awak, sebab awak dah curi purse saya….” beritahu gadis itu dengan muka garang.
Ryan hanya mengukir senyum.
“Jom, saya temankan awak ke sana. Saya pun nak buat report juga. Kita buat repot sama-sama ya!” kata Ryan bersungguh-sungguh.
“Awak nak buat report pasal apa?” soal gadis itu kehairanan.
“Pasal awak, sebab awak dah curi hati saya….” jawab Ryan dengan muka selamba mengulang kata-kata gadis itu membuatkan gadis itu memejam mata seketika, mulutnya di ketap rapat.
“Memang betullah awak dah gila.” cemuh gadis itu menahan sabar.
“Memang betul….saya dah gila…..” jawab Ryan membuatkan mulut gadis itu ternganga. Bulat matanya merenung wajah Ryan yang Nampak begitu santai dan tenang.
“Saya dah gilakan awak. Saya dah jatuh cinta dengan awak….” beritahu Ryan membuatkan gadis itu terkedu dan terdiam tiba-tiba.
“Awak ni betul-betul menjengkilkan saya….kalau awak nak gila…awak gilalah sorang-sorang….jangan nak babitkan saya sama!” gadis itu terus berlalu.
Ryan hanya mengukir senyum.
“Cik Minah…” laung Ryan lagi.
Gadis itu terus mengatur langkah tanpa menoleh.
Ryan terus membuka purse milik gadis itu. Kad pengenalan milik gadis itu di keluarkan…Tertera nama gadis itu, Husna Aqillah binti Abdul Majid. Nama punyalah cantik, dia bagitahu tahu aku nama dia Minah!! ha....ha....ha...lawak betul.
“Husna Aqillah….saya cintakan awak!!!” laung Ryan tanpa menghiraukan sesiapa yang mendengar dan yang pasti, dia memang betul-betul dah jatuh cinta dengan gadis itu.
Kerana cinta, Ryan sanggup lakukan apa saja. Dia sanggup mengekori ke mana saja Qilla pergi sehinggakan akhirnya Qilla menerima dia sebagai kawan dan seterusnya sebagai kekasih. Pelbagai onak yang mereka tempuhi bersama kerana ada beberapa orang kawan mereka tidak suka dengan hubungan mereka terutama sekali gadis-gadis yang begitu menggilai Ryan. Tapi, cinta Ryan tetap untuk Aqillah Husna.
“Qilla, mulai sekarang saya tak benarkan awak ambil oder kat restoran tu lagi. Saya tak nak tengok mana-mana lelaki cuba tackle awak….awak hanya milik saya….” kata Ryan.
“Ya….saya tahu. Bukannya selalu saya pergi situ….masa awak datang hari itu, itu kali pertama saya ambil oder….biasanya, saya akan jaga bahagian kaunter aje…lagi pun, sekarang ni…ayah saya tak galakkan saya buat part time kat situ lagi….dia nak saya tumpukan perhatian pada pelajaran….” kata Qilla tentang arahan ayahnya yang merupakan pemilik Restoran Rasa Timur itu.
Ryan mengukir senyum.
“Terima kasih, sayang.” ucap Ryan.
“Qilla….Qilla….Qilla….saya betul-betul cintakan awak….” Ryan membayangkan senyuman Qilla. Dan bayangan Qilla terus lenyap bila telefonnya berbunyi.
Dia segera mencapai telefon bimbitnya. Matanya terus memandang skrin telefon Samsung Note 3 miliknya. Nama along tertera di situ. Tanpa berlengah, panggilan telefon itu segera di jawab.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...