Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 26 March 2015

Jadikanlah dia,...Jodohku! 2




Q
QILLA segera menoleh ke sebelah bila hidungnya mula menghidu bau yang begitu menyegarkan. Bibirnya segera mengukir senyum kepada lelaki yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Ketika itu dia bersama beberapa orang staf Golden Star menunggu di muka pintu lif. Tapi senyuman manis Qilla itu tidak di sambut. Qilla sempat menaikkan kening ke arah Malia yang turut memerhati. Gadis manis itu hanya mengangkat bahu.
“Assalamualaikum, Encik Taufiq.” dengan beraninya Qilla memberi salam walaupun dia mula menyedari bahawa mood lelaki itu agak kurang baik hari ini.
“Hmmm...” hanya itu balasan yang diterima dari lelaki kacak yang berdiri di sebelahnya.
“Encik Taufik...setiap salam wajib di jawab dengan Waalaikumussalam, bukannya sekadar hmmm aje...” tegur Qilla membuatkan lelaki kacak di sebelahnya mengerutkan kening.
“Waalaikumussalam....” jawab lelaki itu acuh tak acuh.
“Ikhlas ke jawab salam tu....” usik Qilla lagi.
“You...” lelaki itu tidak meneruskan kata bila pintu lif sudah terbuka. Lima orang staf yang berdiri di situ mula masuk ke dalam lif.
Lelaki yang Qilla panggil Taufiq tadi nampak teragak-agak hendak masuk bila menyedari Qilla masih tegak berdiri dengan wajah yang berkerut-kerut.
“Qilla...” panggil Malia.
“Erm...kau naik dulu....aku nak pergi toilet kejap...ada emergency case.” tanpa berlengah Qilla segera beredar. Tidak peduli pada Taufiq yang sedang memerhati.
Qilla merungut sambil kakinya laju melangkah ke bilik air yang berdekatan.
“Hai sang perut...apasal masa ni juga kau buat hal...” kata Qilla sambil berjalan laju masuk ke dalam tandas.
Qilla mengeluh lega sebaik sahaja melepaskan qada` hajat. Langkahnya laju di hayun ke muka pintu lif tapi langkahnya menjadi kaku tiba-tiba bila matanya tepat memandang seseorang yang sedang berdiri tegak di depan lif.
“Alamak, dia belum naik atas!....dia buat apa kat depan lif ni! takkanlah nak jadi jaga kat situ,” Qilla menggaru-garu kepala di balik tudung yang di pakainya. Dalam keadaan kehairanannya, langkahnya kembali di atur.
“Encik Taufiq!!” tegur Qilla.
“Hai!” balas Taufiq sambil mengukir senyum manis.
Mood Encik Taufiq dah okey ke?” tegur Qilla sambil memandang wajah lelaki kacak berkot hitam itu.
Taufiq segera menoleh dan mengadap muka Qilla dengan dahi yang berkerut.
“Maksud you?” soal Taufiq.
“Masa I bagi salam tadi...masam mencuka aje muka.... Takkanlah malam tadi you bergaduh dengan isteri!...hmm…tapi betulke you dah kawin? tak ada dengar khabar angin pun!” balas Qilla sambil tergelak kecil.
Taufiq turut tergelak sama.
Hello, I`m bachelor and I `m still single okay..... My dear Qilla, you know it,” kata Taufiq membuatkan Qilla mengukir senyum.
“I gurau ajelah, Encik Taufiq...” kata Qilla.
“Tapi....I tak pernah bergurau pasal...” sengaja Taufiq meninggalkan tanda tanya.
“Pasal apa?” soal Qilla.
“Pasal you,” Taufiq merenung wajah Qilla.
“Pasal I! apa ni Encik Taufiq...I tak faham...” kata Qilla terpingga-pingga.
“I tak pernah bergurau pasal I sukakan you...dan I still tunggu you....sekarang ni pun I sedang tunggu you...kalau tak, dah lama I naik atas...duduk kat bilik I...” ujar Taufiq membuatkan Qilla tergamam seketika.
“I dah bertunang Encik Taufiq.....dan I akan kawin tak lama lagi....kad kawin I dah siap ditempah dan akan edarkan minggu depan....I harap Encik Taufiq tak salah faham tentang hubungan kita. I hormati you sebagai majikan I, Encik Taufiq....dan I juga nak you hormati I sebagai pekerja you dan tunangan orang.  I know....someone is waiting for you out there...” kata Qilla.
Taufiq mengeluh perlahan. Ketika itu pintu lif terbuka dan mereka masuk bersama.
“Tapi...I tetap sukakan you....” Taufiq menarik nafas kecewa. Sejak dia mendapat khabar yang Qilla bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi itulah yang membuatkan moodnya sentiasa berubah-ubah. Hatinya jadi tak keruan mengenangkan bunga pujaan bakal menjadi milik orang.
“I minta maaf sebab I tak dapat bantu you dalam hal ni....I betul-betul cintakan tunang I dan sekali lagi I nak tegaskan yang kami akan kawin tak lama lagi....berhentilah berharap, Encik Taufiq. Sepatutnya Encik Taufiq bagi peluang pada Cik Dyna. Cik Aina Dinara adalah pilihan yang terbaik dan sesuai untuk Encik Taufiq...” kata Qilla mengharapkan agar lelaki itu akan memahami kedudukan mereka..
Sekali lagi kedengaran Taufiq mengeluh. Dia terus mendiamkan diri sehinggalah pintu lif di tingkat 15 terbuka. Lelaki itu terus menonong berjalan tanpa mempedulikan Qilla  lagi.
Biarlah. Bukan dia yang salah. Dah mereka tiada jodoh. Apa yang boleh dia buat?


QILLA, ada bunga untuk kau...” Malia muncul di depan meja Aqillah bersama jambangan mawar merah yang begitu cantik sekali gubahannya.
“Bunga...” hampir terlopong mulut Qilla menerima jambangan bunga yang tidak di sangka-sangka.
“Ya, bunga....takkanlah buah kelapa pulak!” Malia mula buat lawak.
“Kalau buah kelapa, memang aku hempuk aje atas kepala kau...biar benjol.” Qilla menarik muka masam.
Malia hanya tayang senyum sambil menghulurkan jambangan bunga itu. Qilla segera menyambut.
“Dari siapa?” soal Malia sambil menjenguk leher bila tangan Qilla mengambil sampul surat kecil dari celah jambangan bunga itu.
“Sabar la....sibuk je nak tahu....” Qilla menjeling tajam.
Cik Minah sayang,
I love you....I miss you....I`m crazy about you....
-Ryan
Qilla mengukir senyum sebaik sahaja membaca ayat yang tertera di kertas kecil itu.
“Siapa bagi?” Malia masih lagi sabar menunggu jawapan.
“Ryan...si buah hati dan pengarang jantung aku!” beritahu Qilla sambil menunjukkan kertas kecil yang di bacanya tadi.
“Apasal kat sini tulis nama Cik Minah, bukan nama kau?” soal Malia dengan dahi berkerut.
“Alah bukannya kau tak tahu perangai si Ryan tu....suka sangat menyakat aku....” beritahu Qilla.
“Ya aku tahu...tapi apa kaitannya dengan nama Cik Minah ni?” soal Malia ingin tahu.
“Sebenarnya nama tu dah jadi nostalgia...detik awal pertemuan kami...” tanpa berlengah Qilla menceritakan bagaimana nama Cik Minah boleh wujud.
“Kelakar juga cerita kau ni ya....tapi apa-apa pun, korang memang pasangan yang serasi dan sepadan...aku harap jodoh korang kekal hingga akhir hayat...” kata Malia mendoakan hubungan antara Qilla dan Ryan.
“Amin...” balas Qilla sambil meraup mukanya dengan tangan.
“Bertuah punya badan....patutlah, sejak kebelakangan ini mood Encik Taufiq makin teruk.” kata Malia.
“Kenapa dengan dia?” dahi Qilla mula berkedut.
“Hai, buat-buat tak tahu pulak kau ni ya....dia kecewa, sedih, merana, frust sebab tak lama lagi kau dah nak kawin...” beritahu Malia sambil membulatkan matanya.
So, apa kaitannya dengan aku?” soal Qilla kebingungan.
“Apa pulak tak ada kaitannya...bukannya kau tak tahu yang si kacak handsome tu dah lama sukakan kau...jatuh hati kat kau...jatuh cinta kat kau...dah dekat tiga tahun dia pendam rasa cintanya pada kau, sejak kau mula kerja kat sini...” Malia bersuara cuba mengawal nada suara agar tidak mengganggu staf yang lain.
“Tak ada kena mengena dengan akulah....lantak dialah...nak jatuh cintake...nak jatuh sayangke, nak jatuh hati.....nak jatuh tangga, nak jatuh bangunan...nak jatuh apa-apa sekali pun...” selamba saja Qilla menjawab.
Malia mendengus.
“Amboi, berlagaknya kau.....mentang-mentanglah kau dah bertunang dengan lelaki yang kacak dan bergaya macam si Ryan tu.....” kata Malia lagi.
“Cik Malia sayang....kalau kau sukakan si bos yang kacak handsome tu....kau cubalah tackle dia...itu pun kalau kau nak challenge dengan Cik Dyna tu....Aku? tak sanggup nak cari pasal dengan si gedik tu....buang masa tahu tak!” kata Qilla.
“Hmm....betul juga kata kau....” akui Malia sambil mengangguk kepala beberapa kali.
“Dah, pergi buat kerja....menyibuk aje depan mata aku...syuh....” kata Qilla pura-pura serius.
“Ya lah....menghalau nampak....” Malia buat muka merajuk. Qilla hanya gelak.
“Nanti lunch dengan aku tau!” kata Malia sebelum beredar.
Sorry, hari ni aku ada date dengan Ryan....kau ajak aje si Nizam tu....” kata Qilla, sekali gus mengusik Malia yang sememangnya di intai oleh jejaka berkulit hitam manis yang berada di di tingkat 17.
“Tak mahu aku....kalau ya pun, matchkanlah aku dengan lelaki yang kulit putih sikit....ini...mengalahkan kulit Surya si pak guard kat depan bangunan...” Malia muncung mulutnya tak puas hati dengan usikan Aqillah. Adake dia dia nak match aku dengan  Nizam yang kulitnya sama warna dengan Surya si Bangla tu.
“Kulit dia aje gelap sikit....tapi duit dia tak gelap tau....dia kaya la woi....manager besar....lelaki yang jenis limited edition tu...mana mau cari lagi...” laung Qilla.
“Kirim salam je....aku tak mahu...” balas Malia membuatkan Qilla mengeleng kepala.
Tidak lama kemudian, telefon bimbit Qilla berbunyi. Bibirnya segera mengorak senyum sebaik sahaja matanya memandang nama yang tertera di skrin telefonnya.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam....awak sihat?” soal Ryan di hujung talian.
“Sihat, Alhamdulillah. Awak?”
“Saya?....tak sihat.” nada suara Ryan kedengaran lemah.
“Tak sihat. Awak sakitke?”
 Qilla mula gusar.
“Hmm....sakit. Sakit sangat....” ujar Ryan lagi.
“Serius....awak betul-betul sakit ni. Dah pergi klinik?” Qilla prihatin.
“Belum...tak larat nak pergi.” kata Ryan lagi.
“Betulke ni?...awak nak saya temankan ke? awak kat mana ni?” Qilla mula kalut.
“Kat ofis.” beritahu Ryan.
“La...kalau dah sakit, kenapa pergi kerja...rehat aje kat rumah....awak ni...” rungut Qilla.
“Sayang....saya hanya sakit rindu. Sakit saya ni hanya awak yang boleh ubatkan....just for one kiss...” suara Ryan kembali ceria. Ada kedengaran gelak di hujung talian. Seronok sangat kerana dapat menyakat tunangnya itu.
“Awak ni....sengaja nak sakitkan hati saya kan....” Qilla mendengus kasar. Geram di permainkan.
“Awak sakit ya...hmmm....kalaulah awak depan mata saya sekarang, pasti saya akan kiss bibir awak yang comel itu. Pasti hati awak tak akan sakit lagi...” usik Ryan.
“Ryan...awak ni kan...memang nak kena dengan saya!” kata Qilla.
“Nak kena? nak kena apa? nak kena kiss?” soal Ryan masih lagi dalam mood mengusik.
“Nak kena penampar!” balas Qilla menahan geram dengan perangai Ryan yang suka mengusiknya.
Ryan kembali gelak.
“Sayang, I miss you...I really...really miss you....awak dah terima bunga yang saya hantarkan?” kata Ryan kembali bernada serius.
“Dah....terima kasih...” ucap Qilla dan matanya terus memandang jambangan bunga tadi.
“Jangan lupa tau...lunch date kita. Saya tunggu awak kat depan ofis awak nanti...jangan lambat...” pesan Ryan .
“Ya, saya takut awak yang lambat...janji awak...bukannya boleh pakai....” kata Qilla.
“Tapi...kali ini saya janji...saya akan tiba tepat pada waktunya....” janji Ryan.
“Ya lah tu...” Qilla mengeluh perlahan.
“Qilla!”
“Ya,”
I love you!” ucap Ryan.
I love you too....bye....” balas Qilla bersama senyuman.
Dan senyumannya mati tiba-tiba tiba-tiba bila matanya terpaku menatap wajah Taufiq yang sedang merenungnya dari satu sudut. Qilla mula menggelabah dan pura-pura buat sibuk. Dalam pada itu, sempat juga matanya melirik.
`Alamak!...Encik Taufiq masih pandang aku. Macam mana ni?`
Qilla cepat-cepat mencapai satu dokumen yang ada di atas meja dan pura-pura khusyuk menatap dengan harapan lelaki itu akan terus beredar dari situ. Bila Qilla kembali mendongak, dia mengeluh lega kerana lelaki itu sudah tiada.


TAUFIQ merengus kasar sambil menghempas punggungnya  di atas kerusi. Melihat senyuman Qilla tadi membuatkan hatinya berdegup hebat. Dia tahu bahawa senyuman tadi bukannya untuknya tapi kenapa hatinya tetap berdebar dan berdegup? perlahan-lahan tangan kanannya di letak ke dada. Masih ada degupan di situ seolah-olah degupan itu menyeru dan menyebut nama gadis itu.
“Tak lama lagi dia akan jadi milik orang....kenapa hatiku tiba-tiba menjadi sakit...sakitnya tuh di sini....” perlahan-lahan matanya di pejam rapat dan tangan kanannya masih utuh menyentuh dada.
`Ah, gila...hati dah berentak dangdut....`
“Qilla....kenapa I yang bukan pilihan you...kenapa mesti dia....” saat ini matanya seolah-olah membayangkan Qilla bersama tunangannya itu sedang bersanding di atas singgahsana. Dia akui, pilihan Qilla adalah lelaki yang hebat...lelaki yang menepati ciri-ciri idaman wanita. Segak, tampan, bergaya...,anak lelaki seorang usahawan yang berjaya dan ternama. Siapa tak kenal Datuk Ilham Firdaus, Pemilik Sirna Jaya Corp Bhd. Seorang tokoh koperat yang hebat dan terkenal dalam bidang hartanah dan perhotelan. Memiliki rangkaian perusahaan dalam dan luar negara.
Demi mengelakkan dirinya dari terus dibelenggu bayangan Qilla, dia cuba menyibukkan diri meneruskan kerja yang banyak tertangguh. Soal Qilla, biarlah di tolak ke tepi buat seketika. Takkan lari gunung di kejar. Dia masih punya harapan agar gadis itu bisa menjadi miliknya suatu hari nanti. Tak salahkan kalau dia menyimpan angan-angan begitu? Ah, hanya sekadar penyedap hati!


QILLA segera mencapai beg tangannya. Dia sempat melirik jam tangan. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya itu. walaupun mereka selalu berjumpa, tetapi rindu tetap sentiasa bertandang. Memang dia tak nafikan bahawa Ryan sukar nak menepati janji tapi lelaki itu bijak menutup kesilapannya. Ryan mampu mencair dan menyejukkan hatinya dengan pujukan dan sikap keperihatinannya. Itulah kelebihan dan keistimewaan Ryan.
“Hai, dah  nak keluar lunch ke?” tegur seseorang membuatkan Qilla mendongak.
“Yap...” balas Qilla sambil mengukir senyum pada lelaki yang sedang berdiri di hadapan mejanya.
“Jom, temankan I lunch....” ajak lelaki itu mencuba nasib. Mana tahu hari ini hari bertuahnya.
Sorry, Encik Taufiq...I dah janji nak keluar lunch dengan someone....maybe next time...” kata Qilla.
Taufiq mengukir senyum hambar.
“Oh, ya ke!....hmm...nampaknya I masih tak berpeluang untuk keluar dengan you...” kata Taufiq sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Berpura-pura bersikap sedangkan dalam hati, kecewa yang amat kerana pelawaannya di tolak.
“Apa boleh buat...tapi...ada someone yang mungkin sesuai untuk makan bersama Encik Taufik hari ini...” kata Qilla sambil mengukir senyum.
Someone? maksud you?” dahi Taufiq mula berkerut.
That your lovely partner....I think...she come here for you...nak ajak you lunch sama...”  kata Qilla melirik ke arah seorang gadis yang berskirt merah terang dan blouse bercorak.
“Huh!....that girl...” kelihatan Taufiq menarik nafas seketika. Mukanya tak nampak ceria langsung bila melihat seorang gadis yang makin hampir menuju ke arahnya.
Qilla hanya mengukir senyum. Dia sedar bahawa Taufiq tidak pernah menyukai gadis itu tapi terpaksa juga dia melayan mengenangkan gadis itu adalah anak pemilik Golden Star dan mereka mempunyai pertalian saudara iaitu hubungan sepupu.
“Hai sayang!”
Gadis itu segera menempel di sisi Taufiq bersama senyuman.
“You buat apa kat sini?” soal Taufiq.
“I nak jumpa you lah....nak ajak you keluar lunch dengan I...dah lama kita tak keluar sama....I rindulah...” gadis itu bersuara manja, siap tangkap lentok lagi membuatkan Qilla merasa geli geleman.
“Encik Taufiq...I terpaksa pergi sekarang....have a nice day....enjoy your lunch...Encik Taufiq, Cik Dyna....” Qilla cepat-cepat meminta diri. Tak sanggup nak tengok aksi yang seterusnya. Pasti akan ada adegan pujuk memujuk kerana dia yakin bahawa Taufiq pasti akan menolak ajakan gadis itu.
Qilla menoleh seketika. Hendak tahu babak seterusnya. Di lihatnya Taufiq menonong masuk ke biliknya di ikuti oleh Dyna yang berjalan sambil menghentak kakinya. Pasti sakit hati kerana Taufiq tidak melayannya.
“Hai, nasib kaulah si Dyna oi....kalau aku jadi si Taufiq tu...awal-awal lagi aku memang reject kau....” Qilla tergelak sendirian.
Qilla mengeluh lega kerana sebaik sahaja kakinya melangkah ke luar bangunan. kereta Audi Q7 milik Ryan sudah terpakir di situ. Tanpa berlengah dia segera masuk.
“Hai sayang....I miss you!” Ryan terus bersuara sambil menghulurkan senyuman manis.
“Hmmm...” balas Qilla.
“Hmmm....aje. Ingatkan awak nak balas dengan I miss you too....” usik Ryan.
“Kalau selalu cakap benda yang sama....nanti awak boring pula nak dengar....” balas Qilla.
“Qilla...untuk awak...saya tak pernah akan rasa boring... you are my sunshine...you are my soul and you are my everything...” kata Ryan.
“Jomlah....pujian awak tu bukannya boleh buat perut saya kenyang....kena makan nasi juga...” kata Qilla membuatkan Ryan tergelak.
I know....” balas Ryan sambil mengeleng kepala.
“Hari ni saya nak makan nasi ayam....nanti kita pergi makan kat restoran hari tu...” kata Qilla.
“Okey.... saya yang menurut perintah....” ujar Ryan.
“Ryan, thank you...” ucap Qilla.
Thanks for what?” soal Ryan melirik seketika sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduan.
For everything....” Qilla mengukir senyum. Begitu juga dengan Ryan.
Anything for you, my darling sweetheart...” Sempat juga dia menoleh semula dan mengenyitkan matanya ke arah Qilla. Qilla membalas dengan senyuman yang cukup manis buat tatapan insan tersayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...