Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 7 February 2015

Hanya dia, cinta hatiku! 11



P
ANTRY pagi ini agak sedikit riuh dan meriah dengan suara gelak tawa beberapa orang staf. Apa lagi bila sesekali berkumpul ramai-ramai sambil menikmati sarapan pagi. Selalunya mereka hanya sarapan di café tapi entah kenapa timbul pula cadangan kak Azah yang meminta mana-mana staf yang berminat membawa bekal untuk dikongsikan bersama. Aktiviti yang jarang-jarang berlaku di Zamrud Holdings.
“Hmm…sedapnya sandwich, siapa yang buat ya?” Adib bersuara selepas mencapai sekeping sandwich ke dalam mulutnya.
Beberapa staf pejabat yang lain mula mengambil sandwich yang di makan oleh Adib tadi. Memang di lihat pada rupanya pun, agak menyelerakan.
“Sandwich tu Syah yang buat….sedapkan….” kak Azah segera bersuara sambil melirik ke arah Syah yang sedang membacuh milo panas.
“Oh,…patutlah sedap…” sambut Anuar sambil menaikkan keningnya.
“Alah….sesiapa pun boleh buat….simple aja tu….benda mudah dan belanjanya pun murah.” Marina segera mencelah. Sakit hatinya mendengar pujian Adib untuk Syah.
“Walau pun simple dan murah, tapi selama ini…tak pernah pun kami rasa hasil buatan kau…cakap aja gempak….” perli Hamdan di sambut gelak oleh Adib.
“Syah, awak guna sardin jenama apa ni…memang sedaplah rasanya,” tanya Adib sambil terus mencapai satu lagi sandwich.
Staf perempuan yang lain turut menikmati beberapa jenis makanan, ada yang bawa mee goreng, kueh mueh dan juga pudding.
“Er,…Syah pakai sardin jenama Marina…sedapkan!” balas Syah sambil melirik ke arah Marina yang sedang menikmati mee goreng buatan kak Azah.
Adib dan Hamdan terus melepas tawa sebaik sahaja Syah menyebut sardin jenama Marina. Ya lah kan, dalam banyak-banyak jenama sardine, jenama Marina juga yang di pilih Syah. Dan Marina pula terus terbatuk-batuk.
“Amboi, kau Marina…ada jenama sardine sendiri ya….kellaaas kau Marina….” Adib terus ketawa, memang sengaja dia tiru iklan Ribena….cuma namanya bukan Maria. sementara Marina terus menarik muka masam. Malah siap melemparkan jelingan tajam buat Syah. Syah hanya buat muka selamba sedangkan pada hakikatnya dia sedang menahan tawa. Tak tahan melihat muka cemberut Marina. Kebetulan pula sekutu si Marina iaitu si Saleha tak datang kerana cirit- birit. Jadi, dia tak ada geng nak buat sekutu. Itu yang buat dia mati kutu.
“Hisy….korang ni kan….” Marina mendicit geram menahan sakit hati.
“Alah…biarkan aje…tak payah nak peduli. Kebetulan aje jenama sardine tu sama dengan nama Rina…kira okeylah tu….glamour sikit….” sampuk kak Azah cuba nak meredakan suasana.
“Hai….meriah nampak…..makan tak ajak I ke?” tiba-tiba Razif muncul di muka pintu pantry sambil melempar senyum.
“Encik Razif….join lah kita orang.” ajak kak Azah mewakili mereka yang ada di situ.
Razif terus melangkah masuk ke dalam pantry.
“Hmmm…macam sedap je!” mata Razif terus memaku pada hidangan yang ada di atas meja itu.
“Cubalah rasa….Encik Razif nak makan apa?” pelawa kak Azah sambil menghulurkan pinggan polisterin. Tanpa berlengah, Razif mengambil tempat duduk dan segera mencedok mee goreng.
“Sandwich ni kalau Encik Razif nak tahu adalah hasil tangan Syah….dan yang lebih special lagi sardine ni jenama Marina.” Adib mencelah.
“Ops….ya ke?” bibir Razif mula mengorak senyum.
“Adib, kalau kau tak kenakan aku….tak bolehke?” marah Marina. Geram yang amat bila namanya menjadi bahan gurauan.
“Rina…kau ni…gurau sikit pun dah terasake….” Adib mencapai milo panas dan di teguknya perlahan.
“Sedaplah sandwich ni…nanti you bolehlah buat selalu ya…” Razif bersuara selepas menyuap sandwich ke dalam mulutnya.
“InsyaAllah…” balas Syah sambil mengukir senyum.
“Eleh…nak bodek bos la tu….” Marina bersuara sinis membuatkan semua mata memandang ke arahnya.
“Apa?...betullah apa yang aku cakap….baru aje masuk sini….dah nak tunjuk baiklah tu…aku tak heranlah…..” Marina terus mengangkat punggung dan terus berlenggang keluar dari pantri.
“Syah…usah pedulikan dia. Dah memang perangainya macam tu….kami semua dah tak tak heran…” pujuk kak Azah bila di lihatnya wajah Syah mula keruh. Mungkin rasa tak selesa mendengar kata-kata Marina.
“Tak adalah…” balas Syah sambil menghulur senyuman.
“Okey, terima kasih untuk semua…lain kali I belanja you all nanti ya….” kata Razif sambil mengangkat punggungnya. Ada hal yang perlu di uruskan sebentar lagi.
“Beres….kami ni Encik Razif, kalau bab makan free memang tak pernah tolak…” Hamdan bersuara, Adib mengangguk kepala tanda mengiyakan kata-kata Hamdan itu.
“Oh ya Syah, kejap lagi you datang bilik I….ada benda yang I nak discuss dengan you…” kata Razif sebelum keluar.
“Baik, Encik Razif.” sambut Syah sambil melempar senyuman. Sempat lagi senyumannya di balas dengan kenyitan mata oleh Razif.
“Amboi, ada something yang Syah sembunyikan dari kami semua ke?” tegur kak Azah yang turut melihat apa yang dilakukan oleh Razif tadi. Bukan hanya kak Azah yang melihat, mereka yang berada di situ semuanya dapat melihat dengan jelas.
“Tak ada apa-apalah….jangan buat apa-apa spekulasi ya….nanti Syah saman korang semua….” Syah bersuara. Risau juga kalau dirinya menjadi bahan usikan teman-teman.
“Kalau ada apa-apa pun….kami tak kesah. Lagi suka….” kak Salwa yang sedang meneguk minuman bersuara membuatkan muka Syah terasa hangat. Bagi mengelak dirinya terus menjadi bahan usikan, Syah segera meminta diri untuk beredar dengan alasan dia ada perkara yang perlu dia uruskan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...