Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 22 October 2014

Hanya DIA, cinta hatiku! 8





Z
AHIM menyandar di kerusi empuknya. Kepalanya di sandarkan ke kerusi. Nampak saja dia santai tapi dalam hati dah timbul pelbagai rentak. Dangdut, rock, irama Malaysia, pop rock, zapin, rap….semua ada. Sebenarnya dia berdebar-debar menanti saat Syah muncul di hadapannya nanti selepas di khabarkan keinginannya untuk berjumpa dengan gadis itu. Bila PAnya bertanya, dia hanya memberi alasan sekadar untuk mengenali staf baru. Berkerut dahi kak Azah bila mendengar jawapannya. Memang pelik. Mana ada dia bersikap terlebih ramah sampaikan mengajak mana-mana staff baru bertugas di Zamrud Holdings datang ke biliknya kalau bukan ada perkara yang penting. Lagi pun, ingat senangke seorang staf nak jumpa dengan CEO kalau tak ada perkara yang penting.
“Masuk,” Zahim membuka mulut sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi ketukan di pintu biliknya.
Dup dap dup dap hatinya kembali berdendang. Sempat juga hatinya berbisik, apa kena dengan kau ni Zahim. Tak pernah-pernah kau berdebar gila macam ni bila nak mengadap muka perempuan, ini….dah jadi macam hari ini dalam sejarah. Pelik betul.
Pintu di buka dan wajah Syah muncul di depannya. Gadis itu nampak teragak-agak untuk masuk.
“Jemput masuk…” pelawa Zahim cuba mengawal suara dan tindakannya.
Syah terus mengatur langkah ke arah Zahim dengan berhati-hati. Bimbang juga kalau tersadung kaki bila memijak karpet yang tebal berinci tu. Dalam debar, hatinya teruja melihat suasana bilik ini. Mewah, luas dan dan susun aturnya menarik. Pujian ikhlas dari hatinya. Dia cuba mengawal tingkah laku, kaki, tangan, mata…janganlah aku buat malu depan CEO ni. Doa Syah dalam diam.
“Er…En. Zahim nak jumpa saya?” Syah bersuara sebaik sahaja kakinya berhenti di hadapan Zahim. Jarak mereka hanya di pisahkan oleh meja kerja Zahim yang begitu ekslusif dan mahal.
Zahim menngangguk perlahan sambil matanya memaku ke wajah Syah. Memang betul kata Razif. Gadis ini hanya berpenampilan biasa, mekap pun ala kadar aje tapi tetap nampak menarik. Natural beauty, kata Razif dan Zahim memang mengakui komen sepupunya itu.
“Ehem…” Syah sengaja berdehem semata-mata mencuri tumpuan lelaki itu.
“Kalau nak jumpa aku pun….janganlah buat muka macam jakun….lagak gaya macam orang tak pernah jumpa perempuan, musykil aku!” komen Syah perlahan bila di lihatnya Zahim terus terpaku memandangnya. Harap-harap lelaki itu tak mendengar suaranya tadi. Kalau tak, mana dia nak letak muka lepas ni.
Sorry, jemput duduk.” Zahim bersuara seraya membetulkan kedudukannya.
“Terima kasih.” ucap Syah sopan sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Kak Azah bagitahu saya tadi, En. Zahim nak jumpa saya….saya ada buat apa-apa kesalahanke sampaikan saya kena mengadap muka En. Zahim ni?” kata Syah sambil memandang wajah Zahim. Teringat juga kata-kata Marina tadi. Dia ada buat apa-apa kesalahanke?
“Awak tak ada buat salah apa-apa pun…saya just….nak kenal awak….nak pastikan apa yang saya fikirkan adalah betul….” kata Zahim membuatkan Syah terpegun.
“Maksud En. Zahim?” soal Syah mula resah.
“Saya hanya nak berkenalan dengan awak…jadi, sebagai CEO, saya rasa saya berhak untuk kenal dan tahu siapa staf saya, betulkan?” kata Zahim sambil merenung wajah Syah.
Syah memandang wajah lelaki yang nampak begitu selesa bersandar di kerusi empuk di hadapannya. Ada senyuman di bibirnya tapi lain macam aje senyuman itu. Macam ada something….Ya Allah…minta dijauhkan benda yang tak elok tu.
“Er…betul,” akui Syah teragak-agak.
So, can you introduce yourself,” pinta Zahim. Saja nak ambil kesempatan untuk mengenali gadis itu.
Syah berdehem seketika. Saja, nak ambil mood kata orang. Nak betulkan vocal. Bimbang juga kalau piching lari nanti. Kan naya….buat malu empunya badan je.
“Nama saya Nur Aisyah Sufiya binti Kamarul. Saya berumur 26 tahun…asal dari Kota Bharu, anak kedua dari tiga beradik…hmm….rasanya itu sudah cukup. Kalau En. Zahim nak tahu lebih detail tentang diri saya….En. Zahim boleh rujuk biodata dan semua yang berkaitan dengan pihak HR,” Syah bersuara membuatkan Zahim mengangguk perlahan, dan sindiran Syah yang meminta dia merujuk biodata gadis itu pada pihak HR membuatkan bibirnya mengorak senyum.
“Hmm…hebat juga awak ni sampaikan berani sound seorang CEO merujuk pada HR untuk mengetahui tentang biodatanya. Selama saya kerja di sini, tak ada seorang pun yang berani berhadapan dengan saya macam apa yang awak cakapkan….” kata Zahim sambil mengukir senyum sinis.
“Termasuk En. Razifke?” soal Syah berani membuatkan pandangan Zahim terus terpaku ke wajahnya. Adakah dia telah memecah tradisi, kalau ya….memang dia seorang yang hebat. Bravo. Syabas, inspektor sahab….
“Razif tak masuk dalam senarai…” Zahim tergelak kecil.
So, En. Zahim dah kenal siapa sayakan secara ringkasnya…seterusnya, boleh saya keluar sekarang?” kata Syah dengan  berani. Siap bertentang mata lagi dengan Zahim merangkap CEO Zamrud Holdings.
“Awak tak  boleh keluar dari bilik ni selagi awak tak dapat kebenaran dari saya. I`m your big boss dan saya berkuasa di sini.” kata Zahim sekadar mahu menguji gadis di hadapannya. Dia cuba menahan diri dari mengukir senyum. Entah kenapa, wajah gadis di hadapannya begitu comel pada pandangan matanya. Tak pernah pula selama ini dia memuji mana-mana perempuan dengan perkataan comel.
Mata Syah mula mengecil  tapi bibirnya bergerak-gerak. Terkumat kumit. Besar kecil besar kecil aje nampak tubuh lelaki di hadapannya. Kalau dia kasi karate atau taek wan do, aci tak kat lelaki ni? dah lama rasanya tak buat gerakan badan…kira macam buat senamanlah ya…
“Kenapa bibir awak bergerak-gerak?...awak ada baca apa-apa jampike untuk buat saya terpikat dengan awak?” usik Zahim lagi. Sebuah senyuman mula terukir di bibirnya.
“Hah!” mulut Syah ternganga tiba-tiba.
 Memang tak sangka itu yang keluar dari mulut bosnya. Tak ada maknanya dia nak jampi serapah. Dia hanya geram, punyalah debar dia tadi nak masuk mengadap CEO, tapi hanya itu yang di tanya. Baik dia jumpa tahun depan. Ingatkan apa yang penting sangat. Buang masa aje. Tapi…bukankah dia dikira beruntung sebab di pelawa datang?...dapat bersemuka dengan CEO yang handsome!  kiranya lelaki paling handsome yang dia jumpa setakat ini, kalau buat perbandingan dengan Jazlan, memang Jazlan pun akan kalah …sila jealous ye Cik Marina.
“Comellah awak buat gaya macam tu…saya suka,” Zahim mengenyit mata membuatkan mata Syah membulat. Mulut pun dah ternganga buat kali kedua. Nasib baik tak luas sangat tapi kalau ada lalat, selamatlah masuk dalam gua.
“Tak sangka, miang juga bos aku ni…ingatkan orangnya jenis yang serius…rupa-rupanya spesis ulat bulu juga, tapi…apasal dia tak tertarik pula dengan si Marina tu…En. Razif pun tak tertarik juga dengan perempuan tu, musykil ni…” detik Syah dengan dahi yang berkerut.
“Sebenarnya, saya ada banyak perkara yang nak diuruskan….jadi, elok saya keluar sekarang. Nanti bertangguh pulak kerja saya.  Lagi pun, mana tahu ada sesiapa yang cari saya nanti,” kata Syah.
“Apasal awak ni macam kalut aje … dan awak macam tak suka aje nak jumpa saya, kenapa?” Zahim merenung wajah Syah.
Zahim jadi hairan mengenangkan sikap gadis di hadapannya. Macam nak mengelak saja dari dia. Kalau gadis lain, mungkin dah melompat kegembiraan bila dapat bertemu dengannya. Ini…lain macam saja. Entah-entah memang betul hatinya dah berpunya. Kalau betul, dia tak ada peluang untuk mendekati gadis ini lagi. Aduh, sadisnya! bila hati telah terpaut pada si dia yang dah berpunya.
“Bukan macam tu…erm…macam mana ya…susah nak cakap…sebenarnya…saya segan nak berdepan dengan En. Zahim….macam yang En. Zahim cakap tadi…you are a big boss… jadi semua ni kena ikut prosedur dan protokal.” kata Syah sambil menggaru-garu dahinya. Dah hanya itu yang mampu Syah nyatakan masa ini sebagai alasan untuk keluar dari bilik itu.
Zahim mengukir senyum.
“Awak tak perlu segan dengan saya…saya cuma lelaki biasa….kalau awak tak rasa segan bila berdepan dengan Razif, jadi…kenapa awak perlu rasa segan bila berdepan dengan saya ….buat macam biasa. Just anggap saya ni macam kawan awak…” kata Zahim cuba membuatkan Syah rasa selesa berdepan dengannya. Namun pada hakikatnya, dia mahu gadis itu terus berada di depannya. Ada tarikan graviti yang terlalu kuat membuatkan dia mahu terus menatap wajah itu.
“Tapi pointnya di sini….En. Zahim adalah bos besar saya…En. Zahim adalah CEO syarikat ni…tetap ada batasannya…” dalih Syah semata-mata mahu mengelak untuk terus berada di bilik itu. Entah kenapa dia rasa rimas tiba-tiba.
“Saya ada dengar khabar yang awak berminat untuk mengisi borang sebagai calon isteri pilihan saya, betulke?” tiba-tiba Zahim mengubah tajuk perbualan tapi matanya tetap merenung wajah Syah sambil mengukir senyum.
Syah menelan liur. Rasanya muka dia dah bertukar hijau. Nasib baik tak bertukar jadi incredible hulk. Nanti tak pasal-pasal terkoyak baju dan seluar yang di pakainya sehingga menampakkan aurat. Kan naya tu. Pasti dia akan menanggung rasa malu yang amat.
Hmm….Ini mesti kerja kak Azah. Apasal dia buka bab tu! Mana nak letak muka aku yang cun melecun ni. Takkanlah nak sorok bawah meja. Agaknya memang ramai perempuan yang dah ambil borang agaknya atau pun siap dah hantar. Cuma tunggu untuk di pilih dan di nilai sahaja barangkali.
“Eh, tak adalah En. Zahim…saya gurau aje tu….janganlah ambil serius pulak ya!” balas Syah menahan malu dan segan. Tentu mukanya dah bertukar warna lagi. Entah kali ini sudah bertukar warna apa, merah, biru, kuning, kelabu atau pink? Apalagi bibir Zahim asyik mengukir senyum.
`Hai, dari tadi asyik senyum aje kerjanya! Tengah praktis nak masuk test skrin untuk iklan ubat gigi gamaknya!`.
 “Kalau saya ambil serius, apa awak nak buat?” tanya Zahim cuba menduga perasaan gadis itu.
“Tak buat apa-apa. Buat bodoh aje!” balas Syah dengan muka selamba sedangkan pada hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu.  Namun, kata-kata Syah yang selamba itu membuatkan Zahim melepas tawa.
Boleh tahan juga lawak gadis ini. Desis Zahim dengan rasa gembira.
Hati dan perasaan Syah dah  goyah tengok senyuman dan tawa Zahim. Menarik dan menggoda jiwa serta perasaan tapi Syah cuba kontrol dengan hati yang berdebar-debar. Risau juga kalau tingkahnya dapat di hidu oleh lelaki itu. Maklumlah, dia pun manusia biasa. Ada rasa tertawan bila asyik di tayangkan dengan senyuman manis seperti orang tertelan gula sekilo  dan tawa syahdu yang mengusik kalbu. Apalagi oleh lelaki yang handsome macam Zahim. Memang boleh tangkap lentok sampai meleleh….
Dada Syah mula berdebar gila….dup dap dup dap! Sekarang ni, bukan setakat rasa tapi dah memang tergoda saya dengan senyuman dan tawa awak tu!
Syah mengetap bibir. Lama wajahnya terpaku menatap wajah Zahim. Memang sejak semalam lagi dia akui bahawa bosnya ini termasuk dalam kategori lelaki yang kacak. Kira ada gaya maskulin. Kalau jadi cover majalah, mesti ramai yang beli.
“Kenapa awak  asyik tenung saya macam tu?…malu saya, lagi pun saya ni masih lagi teruna suci tau... ” kata Zahim sambil menyimpul senyum membuatkan air liur yang di telan Syah ketika itu terlekat di kerongkong.
“Awak tahu tak, tak elok anak dara tenung anak teruna orang lama-lama. Takut tergoda nanti. Atau…awak sengaja nak bikin hati saya berdebar-debar ya. Silap-silap boleh gugur tau hati saya ni kalau asyik di tenung begitu…tapi kalau awak sanggup sambut hati saya, saya rasa tak terkilan sebab saya tahu hati saya akan ada pada orang yang sepatutnya layak memiliki.” sambung Zahim lagi. Kali ini kata-kata lelaki itu membuatkan Syah terbatuk tiba-tiba.
`Aik, siapa sebenarnya perempuan kat sini…aku…atau dia?...sampaikan dia pula yang rasa malu ni? siapa goda siapa ni?` gerutu Shah sambil mengetap bibir menahan geram.  Rasa nak pengsan pun ada bila mendengar kata-kata itu.
“Alahai En. Zahim ni…pandai ya nak buat lawak. Sengaja nak kenakan saya…” Syah memberanikan diri bersuara.
“Mana ada saya nak kenakan awak…saya serius tau. Hati saya ni  memang hanya untuk  awak seorang saja, takkan ada untuk perempuan lain.” kata Zahim membuatkan duduk Syah makin resah. Makin melalut pula bicara bosnya ini. Jangan berjangkit kat aku sama, sudah. Nanti kena masuk wad sebab terkena jangkitan virus miang. Kan naya tu.
Syah benar-benar bengang menghadapi situasi yang dia memang tak jangka akan berlaku seperti sekarang. What should I do? …Hannah, tolong aku!
“Betul ni awak nak isi borang?...saya boleh bagi.” kata Zahim tiba-tiba mengubah tajuk perbualan. Zahim macam kalut mencari dan membelek beberapa fail yang ada di atas mejanya.
“Borang?...borang apa? borang cuti atau borang diberhenti?” tanya Syah terpingga-pingga.
“Borang untuk jadi calon pilihan isteri saya la, borang apa lagi.” jawab Zahim sambil tergelak-gelak. Seronok dapat melihat wajah Syah yang terpingga-pingga ketika itu. Comel. Kalau boleh, rasa nak cubit-cubit aje pipi gadis itu. Mulut yang comel berceloteh itu rasa nak dikucup aje…Geram sangat.
“Oh, ingatkan hal tu dah selesai…masih ada sambungannya lagi…bila nak habis bincang bab ni…nak tunggu sampai tahun depanke?” kata Syah menahan geram. Rasa nak cucuk-cucuk aje biji mata bosnya itu. Tak habis-habis duk tenung muka dia. Ingat dia ni patung kat supermarket ke, sesuka hati dia aje nak tenung muka orang.
“Borang tu terhad tau, bukan untuk diberikan pada sebarangan orang….” kata Zahim sambil tersenyum-senyum. Naik semput Syah di buatnya untuk menangani kerenah Zahim yang memang tidak dijangka itu. Syah dah mula rasa geli-geleman. Mesti bulu romanya dah tegak berdiri sekarang ni.
“Aduh, En. Zahim ni dah buat saya pening kepala…kalau macam ni…saya rasa elok saya keluar…lagi lama saya dalam bilik ni….saya boleh jadi gila…silap-silap saya jadi penghuni kat Tanjung Rambutan nanti. Kesian umi dan walid saya.” Syah sudah bangun berdiri dan bersedia untuk melangkah keluar dari bilik itu.
“Nanti dulu…” tegah Zahim sambil bangun dari kerusi membuatkan tingkah Syah terhenti. Dia memandang wajah lelaki itu dengan dahi yang berkerut. Apa lagi yang belum selesai ni? rungut Syah cuba mengawal perasaan. Dia kembali melangkah.
“Sudi tak awak jadi kawan saya?” tanya Zahim membuatkan langkah Syah terhenti dan terus statik. Dia segera menoleh. Melihat seketika wajah Zahim. Kali ini wajahnya nampak begitu mengharap, tak adalah macam rupa mamat sengal macam tadi.
“Maaf…saya tak berminat dan saya juga tak layak untuk jadi kawan En. Zahim…” balas Syah.
“Awak tak perlu jawab sekarang, saya bagi awak masa untuk awak fikirkan…” kata Zahim sambil cuba mengukir senyum tapi senyumannya nampak hambar. Macam kecewa sangat bila permintaannya segera di tolak oleh Syah.
“Tak perlulah nak fikirkan lagi. Keputusan saya tetap muktamat. Sebarang surat menyurat tidak akan di layan selepas ini….dan En. Zahim juga tak perlu nak guna talian hayat…” kata Syah tegas.
Zahim mendengus perlahan. Wajahnya muram tiba-tiba. Secara tak langsung dia terasa hati dengan penolakan itu. Terasa diri tidak dihargai.
“Awak memang macam ni ya? sombong…cepat sangat membuat andaian dan penolakan tanpa mahu berfikir terlebih dahulu.” kata Zahim sambil memandang wajah Syah.
“Maksud En. Zahim?” dahi Syah kembali berkerut. Malah dia amat terkejut dengan kata-kata lelaki itu yang menganggap dirinya seorang yang sombong.
“Betul awak tak kenal saya, tak pernah jumpa saya?” Zahim kembali bersikap serius. Berbeza sekali dengan cara dan perwatakannya seketika tadi.
“Ya, saya tak pernah kenal siapa En. Zahim  dan saya rasa saya kita tak pernah jumpa sebelum saya bekerja di sini…” kata Syah yakin.
“Betulke kita tak pernah jumpa sebelum ni…awak yakin?” tanya Zahim lagi sambil merenung wajah Syah.
“Ya Allah, betullah….tak ada sebab dan tak ada gunanya saya nak berbohong.” kata Syah menahan geram.
Zahim mula melangkah dan langkahnya terhenti betul-betul  di hadapan Syah. Wajah Syah yang mula resah itu di tenungnya seketika.
“Awak lupa yang awak pernah menyelamatkan seorang lelaki dari di belasah oleh dua orang lelaki di sebuah shopping complexs …” kata Zahim.
Syah terdiam. Cuba mengingati apa yang dinyatakan oleh Zahim itu. Zahim nampaknya masih sabar menunggu.
“Nanti…” wajah Syah mula berkerut dan serentak itu juga wajah Zahim diteliti.
“Jadi…lelaki yang saya selamatkan itu adalah….” Syah mula nampak gambaran.
“Yaps…it`s me. Awak sangkakan saya ada berhutang dengan along…seperti juga hari itu…awak tetap menolak saya untuk mengenal siapa awak, itu sebabnya saya menganggapkan yang awak ni seorang yang sombong…” kata Zahim sambil menarik nafas. Kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Wajahnya tertunduk seketika.
“Maaf, saya keluar dulu.” Syah tergesa-gesa hendak keluar tanpa memberi peluang untuk Zahim berbicara lagi.
“Permintaan saya masih terbuka…dan saya akan tetap menunggu sehingga awak sudi menjadi kawan saya…” kata Zahim dengan penuh mengharap.
Syah tetap mengatur langkah. Tidak menghiraukan kata-kata itu. Dia hanya mahu keluar dari bilik itu.
“Tak apa, kita masih ada masa….”  tiba-tiba bibir Zahim mengorak senyum kerana dia yakin yang dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Dia tak akan membiarkan gadis itu pergi dari pandangan matanya selepas ini.

2 comments:

  1. Terima kasih, Fiesha atas komen itu. Akak amat mhargainya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...