Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 9 September 2014

Hanya Dia, Cinta Hatiku! 7








Z
AHIM termenung di tingkap pejabatnya. Matanya merenung jauh panorama di hadapan tapi fikirannya tetap memikirkan satu perkara sahaja. Siapa gadis itu sebenarnya. Dia perlu selidik. Tak dapat tidak, dia kena cari tahu. Kenapa gadis itu sedikit pun tak ada perasaan terkejut atau tergamam saat bertemu dengannya tengahari semalam sedangnya hatinya ketika itu menyimpulkan pelbagai rasa dan yang ketara adalah perasaan teruja, gembira. Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. Masa makan tengahari pun, muka dia selamba sahaja macamlah mereka tak pernah jumpa sebelum ini. Cara dia berkomunikasi dengan Razif tu membuatkan dia di amuk rasa cemburu. Mereka macam dah kenal lama, nampak serasi. Dan Razif pula, bukan main lagi lagaknya melayan gadis itu bercakap macam mereka pasangan kekasih hinggakan dia rasa dia tak wujud di situ. Kerana kejadian itu, tidurnya malam tadi jadi tidak lena.

Zahim berpusing, kali ini kakinya melangkah ke arah kerusi empuk yang menjadi kebanggaan dirinya sebagai seorang CEO Zamrud Holdings. Bukan dia nak berbangga dengan jawatan dan status itu tapi itu adalah permintaan papa.
Zahim melirik ke arah jam dinding, jarum pendek menunjukkan jam 10.00 pagi. Hairan juga kenapa sampai saat ini, wajah Razif tak muncul. Biasanya jam 9.00 pagi, mesti mukanya terpacak di depan matanya. Entah-entah dia keluar sarapan bersama gadis itu. Hatinya mula di amuk resah dan gelisah. Selama ini, dia tak pernah kesah pun kalau Razif nak rapat dengan mana-mana gadis tapi kenapa dengan gadis itu, hatinya rasa tak tenang. Adakah hatinya memang sudah tertawan dengan gadis itu.
“Masuk…” lamunan Zahim terhenti bila mendengar ketukan di pintu.
Tidak lama kemudian, wajah Razif muncul di muka pintu bersama sebuah senyuman manis di bibir.
“Amboi, manis dan ceria bukan main muka kau…kau terlebih makan gulake?” tegur Zahim sebaik sahaja Razif melangkah masuk ke biliknya.
“Bila hati rasa gembira…muka pun jadi manis dan ceria. Tak payahlah nak makan gula sampai berkilo-kilo, nanti tak pasal-pasal dapat penyakit kencing manis. Kan naya tu….pendek umur,” Razif tetap dengan senyumannya.
“Lambat betul kau lapor diri kat aku…” tegur Zahim sambil merenung wajah Razif.
“Yalah…apasal aku lambat lapor diri dekat kau ya….” Razif menggaru-garu kepalanya sambil tersengih-sengih. Yalah, selalunya dia lepak di bilik Zahim sebelum mereka sarapan sama di café depan ofis.
“Jangan nak kelentonglah…betul, kau pergi usha awek tu…maksud aku…staf baru kita tu?” tajam mata Zahim merenung wajah Razif yang asyik tersenyum-senyum. Entah kenapa hati Zahim menjadi sakit melihat senyuman Razif itu.
“Kalau ya…kenapa?...kau jealous?” Razif menaikkan keningnya beberapa kali. Bukan dia tak perasan pun muka Zahim yang cemberut macam orang terkena sembelit. Takkan dia cemburu kut aku nak usha si Syah tu. Kalau betul…macam mana ya! Detik Razif dalam diam.
“Ya, aku jealous…” balas Zahim dengan wajah tenang.
Bulat mata Razif  merenung wajah tenang Zahim. Tak nampak macam muka orang bergurau. Entah-entah betul dia cemburu.
“Serius…kau cemburu?” Razif merenung wajah Zahim.
Zahim tidak menjawab, sebaliknya dia mengangguk perlahan. Razif mula telan liur.
“Betul ni, bro?” soal Razif meminta kepastian. Wajah Zahim itu di tenungnya tanpa berkelip.
“Memang betul…aku cemburu. Jadi…kau nak kata apa?” giliran Zahim pula merenung wajah Razif membuatkan Razif tak senang duduk. Macam cacing kepanasan.
Tiba-tiba Zahim meledak tawa sambil menekan-nekan perutnya. Razif tetap menelan liur. Memang sukar nak percaya.
“Kau ni…betul ke lawak ni?” Razif tetap tak puas hati. Wajah Zahim tetap di pandangnya dengan muka serius.
“Tak adalah, saja aku nak kenakan kau. Tapi, terus-terang ya…sebenarnya….gadis tu…apa namanya?” kata Zahim.
“Syah…maksud aku Nur Aisyah Safiya…” jawab  Razif acuh tak acuh. Geram juga bila dipermainkan oleh Zahim tadi. Memang kecut perut kerana dia sangkakan Zahim memang serius cemburu bila dia terang-terangan mengakui yang dia cemburukannya yang sedang cuba memikat Syah.
“Ya,…that girl…Aisyah adalah gadis yang aku cari selama ini…” akui Zahim dengan wajah tenang membuatkan dahi Razif berkerut. Dia segera membetulkan kedudukannya. Nasib baik tak terjatuh dari kerusi sebab terkejut mendengar pengakuan Zahim.
“Aku tak faham….bila masa pula kau kenal dia…dan lagi sukar aku nak percaya….dia gadis yang kau cari selama ini. Apa maksud kau ni, ha!” Razif makin tak senang duduk. Tubuhnya terasa membahang tiba-tiba.
She is my rescue…kau ingat tak gadis yang aku cakap kat kau tempohari…gadis yang menolong aku masa aku kena belasah kat shopping complex hari tu…” beritahu Zahim.
Razif terlopong. Entah kenapa wajahnya yang ceria tadi sudah bertukar sedikit mendung.
“Jadi…kau…kau dah jatuh cinta dengan dia?” tanya Razif.
“Hmm…mungkin ya, mungkin tidak….tapi rasanya ya kut….entahlah….” jawapan Zahim yang teragak-agak itu membuatkan Razif mengeluh perlahan. Sudah rasa hilang ghairah saat mengetahui yang Zahim terlebih dahulu mengenal Syah. Malah selama ini Syah adalah gadis yang di cari oleh Zahim.
“Serius kau sukakan dia?” tanya Razif sambil merenung wajah sepupunya. Rasanya tak puas hati selagi dia tak tahu sejauh mana Syah mampu menawan hati sepupunya itu. Perasaan Razif mula menjadi layu dan lemau, sebelum ni perasaannya rasa segar seperti sentiasa di siram dan di baja.
Zahim hanya diam.
“Tapi….kenapa lagak dia macam tak teruja pun bila jumpa kau….entah-entah kau salah orang tak…” Razif mula keliru bila mengenangkan sikap Syah yang nampak biasa sahaja sewaktu bertemu muka dengan Zahim semalam.
“Tak…aku yakin….dia orangnya. Tapi…sebenarnya aku rasa confuse juga bila dia macam tak kenal aje aku semalam….” Pada awalnya Zahim nampak yakin, kemudian macam keliru. Yang mana satu ni?
“Kau ni…buat aku pening ajelah…” Razif mengeleng kepala.
“Nantilah aku tanya dia…kalau betul bukan dia orangnya….aku serahkan dia pada kau…tapi kalau dia orangnya…aku akan cuba pikat dia…” kata Zahim sambil mengukir senyum.
“Hmm…kau ni…macam orang tak betul dah….aku pula yang keliru…tapi serius aku cakap….kalau memang dia orang yang kau cari tu dan kau betul-betul sukakan…aku tak akan kacau kau…malah, aku akan bagi sokongan untuk kau tawan hati dia…” kata Razif sambil mengukir senyum.
“Kau tak marah?....hey, kenapa cepat sangat mengalah ni?” tanya Zahim agak hairan. Razif nampak begitu tenang.
“Kau kenal siapa aku kan…aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk. Aku rela mengalah asalkan kau bahagia…” kata Razif dengan wajah tenang. Sedikit senyuman terukir di bibirnya.
“Zif, kau buat aku rasa serba salah pula…” kata Zahim. Wajah Razif itu di tenung seketika. Tapi terpancar wajah keikhlasan pada sepupunya itu.
“Kalau Syah tu ditakdirkan oleh Allah adalah jodoh kau….dia akan jadi milik kau. Aku tak naklah, kerana seorang perempuan, kita berdendam dan bermasam muka. Lagi pun, kau juga pernah mengalah demi aku, takkanlah kau lupa…” kata Razif dengan ikhlas hati.
“Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri…” kata Zahim pula dengan rasa ragu-ragu.
“Kalau dia dah ada pilihan sendiri….itu bermakna, nasib tidak menyebelahi kau…tapi kuasa Allah, tak ada siapa yang mampu melawan aturanNya…” kata Razif membuatkan Zahim mengangguk perlahan. Mengiyakan kata-kata itu. Sebuah keluhan di lepaskan mengenangkan kata-kata Razif itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...