Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 20 September 2014

Dia,...Mr. Perfect Aku! 20






Salam, dah lama saya tak update cerita ini.
Untuk tajuk ini saya ubah sikit jalan ceritanya  dari yang asal.  
Maaf, jika ada  rasa kekeliruan dari pihak pembaca Ya!

A
bang Aniq, ada satu perkara penting yang Diya nak cakap dan jelaskan di sini. Sepatutnya hal ini dah lama di selesaikan tapi …Diya terlebih dulu mohon maaf kalau apa yang Diya bagi tahu nanti mengecewakan abang Aniq, malah mungkin abang Aniq akan marah dan bencikan Diya tapi Diya tak nak simpan hal ni lagi. Diya rasa bersalah sangat…” kata Diya semasa Aniq mempelawanya makan malam. Ketika itu Jemy turut di jemput sama dan Diya memang bernekad untuk menyatakan perkara yang sebenarnya.
Jemy yang turut berada di situ dilihatnya cukup tenang. Bagi Diya, kehadiran Jemy ketika itu memberi kekuatan untuk dia berterus-terang tentang perkara yang sebenar.
“Okey, perkara penting apa yang Diya nak bagitahu abang? abnag sedia mendengarnya!” tanya Aniq dengan penuh debar.
Diya memandang wajah Jemy sebelum menelan liur. Diya memejam mata seketika dan mulutnya terkumat-kumit membaca Bismillah sebelum menyatakan hal yang sebenarnya.
What???”
Aniq terbangun tanpa sedar. Sungguh, dia benar-benar terkejut mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Diya. Memang tak sangka selama ini dia telah di tipu. Kenapa begitu tegar Diya dan keluarganya membohongi dia selama ini. Tidakkah mereka tahu bahawa dia benar-benar ikhlas melahirkan hasrat hati. Mahu memiliki hati dan jiwa Diya dengan sepenuhnya.
“Diya minta maaf. Diya betul-betul minta maaf…” Diya memohon maaf. Dia mula sebak. Terasa dirinya begitu bersalah kerana mengecewakan hati seorang lelaki yang cukup luhur mahu memilikinya tapi apa kan daya, semua ini sudah terjadi. Bukan dia yang meminta tapi ini adalah suratan takdir.
Mencerlung mata Aniq memandang wajah Diya bersilih dengan wajah Jemy. Jemy turut menundukkan wajahnya.
 “Abang Aniq, sabar ya…bawa berternang,” pinta Jemy cuba menyejukkan perasaan Aniq yang tiba-tiba menjadi hangat.
 Diya menggenggam erat kedua tangannya, cuba mengumpul kekuatan. Memang dia akui, saat ini dia benar-benar rasa takut, rasa bersalah, rasa sebak dan seribu jenis rasa yang saling berkumpul.
“Diya, sampai hati Diya bohongi abang selama ini. Takkanlah Diya tak rasa apa-apa pun selama kita kawan….rasa sayang, rasa cinta…” Aniq menahan sebak. Hampir air matanya gugur kalau tidak di kawal.
“Abang Aniq.” hanya itu yang mampu Diya suarakan. Diya sendiri turut menahan sebak. Sungguh dia amat bersimpati dengan perasaan Aniq tapi dia tak dapat membantu.
 “Diya, abang  tak pernah jangka perkara ini berlaku dalam hidup abang. Selama ini, abang sangkakan kehidupan abang berjalan dengan lancar…apa yang abang rancangkan akan berlaku dengan sempurna tapi apa yang abang dengar dari mulut Diya tadi….memusnahkan segala impian yang abang bina selama ini. Bertahun-tahun abang menunggu….bukan sehari dua.”
Air mata Aniq mula menitis tanpa segan.’
Jemy dan Diya masing-masing menunduk wajah.
 “Abang Aniq…Diya tak salah. Betul…semua ini adalah takdir dan kita tak berhak untuk mengubahnya.…” pujuk Jemy dengan suara lembut.
“Tapi, Jemy tak akan faham sebab bukan Jemy yang alaminya,” balas Aniq sambil mengukir senyum pahit. Hati Aniq benar-benar merintih pilu.
 “Abang Aniq, Diya minta maaf sekali lagi.” mohon Diya. Sedaya upaya dia mahu cuba yang terbaik. Dia benar-benar harap hal ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Aniq tetap diam. Dia menarik nafas seketika.
“Abang Aniq, please…say something. Diya tahu, Diya salah…Diya kecewakan abang Aniq tapi tolong jangan salahkan orang lain kerana semua ini salah Diya. Diya yang tak mahu mereka bagi tahu abang Aniq. Dia tak sanggup nak lihat abang Aniq kecewa kerana Diya tahu abang Aniq memang sayangkan Diya.”
 Diya cuba mendapatkan reaksi dari Aniq. Cuba untuk memujuk lelaki itu agar menerima hakikat yang mereka tak mungkin dapat bersama.
“Dan sekarang….abang benar-benar kecewakan! Terlalu kecewa. Sampai hati Diya sembunyikan hal ni dari abang seolah-olah abang tiada makna dalam hidup Diya sedangkan Diya tahu perasaan abang pada Diya macam mana!” Aniq bersuara sambil melepaskan keluhan.
“Seperti yang Jemy cakapkan tadi…., Diya tak minta semua tu berlaku. Dan kerana itu Diya turut merasa bahananya….Diya bersuami tapi tak ada suami. Kelakarkan!” di akhir kata Diya tergelak kecil membuatkan Aniq berkalih, memandang wajah Diya. Kali ini, Diya sendiri tak dapat nak tafsirkan apa perasaan Aniq ketika ini.
“Apa maksud Diya?” soal Aniq merenung tepat ke wajah Diya. Baru sebentar tadi dia dikejutkan dengan berita mengatakan bahawa Diya telah berkahwin. Dan kerana rasa terkejut itulah dia tersentak. Saat itu otaknya rasa kosong. Baru sekarang dia dapat mentafsir semula. Kalau Diya betul-betul dah kawin, kenapa dia tak pernah jumpa dengan suami Diya?
“Memang betul Diya telah berkahwin tapi Diya tak tahu di mana suami Diya berada sekarang. Lima bulan Diya menunggu kedatangan dia selepas kami selamat di ijabkabulkan. Dia balik KL sebab papanya masuk hospital dan dia berjanji untuk datang berjumpa Diya. Namun…sampai sekarang Diya tak pernah tahu apa-apa tentang dia.” Diya mengeluh perlahan. Aniq yang mendengar turut mengeluh.
 So, apa rancangan Diya?” soal Aniq sambil merenung wajah muram Diya.
“Entahlah…Diya malu sebenarnya nak bagi tahu abang Aniq sebab kami berkahwin kerana kena tangkap basah. Tapi, Diya anggap itu adalah jodoh Diya kerana dalam masa yang sama Diya memang jatuh hati dengan lelaki itu. Sebab tu, sampai sekarang Diya masih tunggu dia, masih mengharapkan dia datang pada Diya. Bodohkan Diya...” Diya tergelak kecil.
 Sebenarnya, selama ini dia cuba bersikap tenang. Dia mahu keluarganya tahu yang dia seorang yang tabah walaupun pada hakikatnya, saban malam dia berendam air mata.
“Diya…bagi abang peluang untuk bantu Diya.” Aniq bersuara membuatkan Diya tersentak, benar-benar terkejut.
“Bantu?...maksud abang Aniq?” bulat mata Diya memandang wajah Aniq yang mula berubah riak.
“Bantu Diya untuk melupakan semua tu. Abang sanggup terima Diya walau dalam apa keadaan sekali pun…” kata Aniq mula bersemangat.
Diya diam. Dia cuba merencanakan apa yang di suarakan itu. Dia belum bersedia untuk melupakan Shah kerana baginya, lelaki itu adalah Mr. Perfectnya. Takkan ada lelaki lain yang dapat mengambil tempat Shah di hatinya. Kalau pun dia terpaksa menunggu, dia akan terus menunggu asalkan dia dapat terus bersemuka dengan lelaki itu, dan seterusnya dapat hidup bersama.
“Abang Aniq, tolong faham keadaan Diya. Diya hanya mampu menganggap abang Aniq seperti abang Diya sendiri. Diya jatuh cinta dengan  suami Diya saat kali pertama Diya jumpa dia. Mungkin dah jodoh kami walaupun cara kami berkahwin bukan seperti orang lain. Diya datang kerja kat KL pun sebab Diya mahu jumpa dia. Diya nak cuba selesaikan hal ini dengan segera. Diya benar-benar tak sabar nak jumpa suami Diya. Diya tak boleh terima lelaki lain selain daripada dia. Diya minta maaf sebab Diya benar-benar kecewakan perasaan abang Aniq sejak kali pertama kita kenal.” kata Diya. Sekali lagi dia cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar agar Aniq faham kenapa dia bertindak menyembunyikan hal perkahwinan dia dari pengetahuan Aniq selama ini.
Memang betul, itulah tujuannya dia datang ke sini. Dia mahu mencari Shahrul Hadi, suami yang dinikahinya lima bulan yang lalu. Selagi hal ini tidak selesai, dia akan sentiasa di landa kerisauan. Lagi pun, dia kesiankan keluarganya. Apa yang berlaku pada dia cukup memberi kesan buat keluarga.
Aniq tunduk ke bawah, wajahnya nampak kesal dan berserabut.
“Abang Aniq, please…maafkan Diya ya… Mungkin antara kita memang tiada jodoh….abang Aniq carilah perempuan lain….perempuan yang lebih baik dan dapat menerima abang Aniq seikhlas mungkin!” kata Diya perlahan menahan sebak di dada.
No, takkan ada perempuan lain yang dapat bertahta di hati abang kecuali Diya. Diya satu-satunya perempuan yang abang inginkan…yang abang cinta. Takkan ada yang lain!” cepat saja Aniq bersuara membuatkan Diya terdiam.
“Tapi…Diya dah kawin. Diya dah jadi milik lelaki lain….” tegas Diya agar Aniq tidak terlalu berharap.
“Abang tahu tapi….please, jangan paksa abang untuk memberi hati abang kepada perempuan lain. Abang tak sanggup!” Aniq bersuara bagaikan anak kecil membuatkan Diya makin resah dan bersalah.
“Abang Aniq,…Diya mohon, jangan seksa diri abang Aniq untuk Diya. Jangan buat Diya rasa bersalah….” Diya cuba merayu.
Aniq diam. Dia kembali memandang fenomena di hadapan.
“Diya, sebenarnya abang menunggu Diya bukan hanya beberapa bulan ini tapi dah lebih dari itu. Sejak abang di luar negara lagi. Diya pun tahukan, bagaimana abang mula suka dan jatuh  cinta dengan Diya. Kalau dah bertahun-tahun abang sanggup menunggu Diya….apa salahnya abang menunggu lagi setahun dua!” kata Aniq tetap dengan keputusannya.
“Abang Aniq!!” bergenang air mata Diya mendengar kedegilan kata-kata Aniq.
“Sudahlah, abang tak mahu bincangkan hal ini buat masa sekarang. Tapi…soal ini masih belum ada kata putusnya. Abang akan tetap menunggu Diya!” kata Aniq nekad dan terus berlalu meninggalkan Diya.
Diya mengeluh perlahan melihat kedegilan Aniq. Baru kini dia tahu bahawa hati Aniq terlalu keras untuk di lentur. Sangkanya Aniq akan menerima berita itu dengan hati yang tabah tapi sangkaannya meleset. Mungkin benar, cinta boleh `membutakan` pemikiran seseorang.
`Abang Shah, di mana abang berada sekarang?` Diya memejam mata seketika. Bilalah masalah ini akan selesai?


1 comment:

  1. bagus juga sis ubh dr 2 thn ke 5bln. atleast xla nmpk plik sgt plot tu.. bgsla awk tukr.. jln cite dr awl mmg best cume tula yg 2 thun bg sy terlaku lme.. ble awk da tukr pndek sy lg excted nk.bg bab strusnye... caiyok diya cr ur mr perfect hihihi thumbs up wrter

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...