Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Sunday, 3 August 2014

Hanya dia, cinta hatiku! 5




S
YAH telah menyediakan susu dalam botol untuk Risya dan anaknya itu telah selamat tidur. Nampak kepenatan sebaik sahaja semasa dia mengambilnya di tadika tadi. Selepas itu dia membawa Risya makan di KFC kerana memang dah lama dia tak menjenguk tempat makan tu.
Selepas menidurkan Risya, Syah mencapai baju kotor yang ada di dalam raga dan memasukkannya ke dalam mesin basuh. Di capai botol sabun jenama Top dan terus di tuang ke dalam penutup botol sebelum di masukkan ke dalam mesin basuh. Selepas itu air di pasang dan terus mesin basuh automatic di set.
Nampaknya dia perlu masak untuk makan malam nanti. Peti sejuk di buka dan mengeluarkan bahan basah.
“Hmmm….masak yang simple ajelah…hanya aku dan Hannah saja yang makan, ada udang…ayam dan sayur…” detik Syah seorang diri. Sebelum itu dia segera masak nasi. Sambil memasak sempat juga dia menyanyi-nyayi kecil untuk menghilangkan rasa sunyi.
“Amboi, bukan main merdu lagi suara kau…ada hati nak masuk pertandingan akademi fantasia ke?” tiba-tiba suara Hannah mencelah di telinganya.
“Opocot mak kau…” Syah tiba-tiba melatah. Nasib baik tangannya tak terkena pisau dek terkejut dengan sergahan Hannah. Hannah segera melepas tawa.
“Kau ni…kalau ya pun nak sergah…bagilah salam dulu, nasib baik pisau ni tak singgah kat dahi kau…kalau tak, berparut  dahi kau ….tak pasal-pasal  kena bagi  diskaun  untuk mas kawin kau nanti!” kata Syah.
“Nanti aku claimlah dengan kau….” dalih Hannah sambil tersenyum.
Hannah mencapai sebiji gelas dan terus menuang air kosong. Dia menarik kerusi dan terus melabuh punggung. Air kosong di teguk perlahan sambil memandang ke arah Syah yang nampak kalut menyediakan hidangan malam.
“Aik, takkan tengok aje…tak nak tolongke?...apa yang aku buat ni…semuanya nak masuk dalam anak tekak kau sama tau!” Syah menoleh.
“Yalah…sabar, boleh tak. Sabar itu kan sebahagian daripada Iman. Aku baru aje balik…penat pun tak hilang lagi tau….kau dah nak dera aku!” balas Hannah sambil mengeluh perlahan.
“Apasal kau balik lambat?...dah dekat nak isyak pun….ni, kau dah solat maghrib ke belum?” Syah memandang wajah Hannah. Memang nampak kepenatan di wajahnya.
“Aku cuti…aku mandi kejap…lepas tu aku tolong kau masak ek!” kata Hannah dan terus bangun  dan melangkah ke sink. Gelas yang digunakan tadi di basuh dan di letakkan di atas rak.
“Aku gurau jelah…kau pergilah mandi…dah nak siap pun, tapi aku masak simple ajelah…” kata Syah.
“Tak kesah…aku bukan memilih, apa yang ada kat depan mata….aku bedal aje. Janji…benda tu halal,” kata Hannah.
Hannah terus berlalu ke biliknya meninggalkan Syah seorang diri meneruskan kerja memasaknya yang hampir siap.
Usai solat isyak, Hannah dan Syah makan malam. Risya masih lagi enak tidur di bilik.
“Amacam kerja kau kat Zamrud Holdings tu…” tanya Hannah sambil mengunyah nasi.
So far so good. Tapi aku tak sempat lagilah nak kenal rupa CEO, dengar  kata PA dia bercuti. En. Razif pun cuti sejak semalam tapi sempatlah aku kenal rupa Pengurus merangkap bos aku tu pada hari pertama aku masuk kerja.” kata Syah.
Handsome tak kau punya bos?” tanya Hannah sambil menaikkan keningnya.
“Erm….handsomesingle and available. Kalau kau berminat…aku boleh tolong adjustkan untuk kau…” balas Syah sambil mengukir senyum. Mulut Hannah dah ternganga. Agaknya tak sangka yang bosnya masih lagi belum berpunya.
“Tak naklah aku…aku pipit dia enggang, mana nak sepadan…aku sedar siapa diriku!” kata Hannah dengan suara pasrah.
“Piirah…tak ada kaitannya langsung pipit dengan enggang. Kau dan dia tu dua-dua manusia...bila masa korang bertukar jadi pipit dan enggang pulak, kau ingat kau ni spesis transformer ke?” ejek Syah sambil tergelak.
“Hoi, mangkuk…perumpamaanlah….aku pun jadi hairan, macam mana abang Jazlan kau tu boleh terpilih kau sebagai calon bila mengenangkan betapa rendahnya kau punya IQ,” kata Hannah.
“Mangkuk pun mangkuklah…sekurang-kurangnya aku ni dah berpunya, kau ada?” balas Syah.
“Oi, main kasar nampak. Aku bukan tak ada orang nak…aku yang tak berminat dengan dia orang. Lelaki yang ditakdirkan menjadi jodoh aku tu belum hadir lagi…” balas Hannah yang tak mahu kalah dalam sesi berdebat.
“Sudahlah…kita lupakan aje topic ni…aku rasa hubungan aku dengan abang Lan macam ada masalah aje…” tiba-tiba suara Syah menjadi hiba. Wajahnya yang ceria seketika tadi sudah bertukar menjadi muram.
“Kenapa ni?...abang Lan ada buat hal ya!” Hannah mula berminat.
“Entahlah…dia macam menyepi aje. Dulu selalu juga berbalas mesej, call sekali sekala…tapi sekarang ni…entahlah, sukar aku nak jelaskan….” kata Syah dengan wajah sugul.
“Banyakkan bersabar. Kalau dia buat hal…kau cari aje yang lain. Aku rasa berduyun lelaki kat luar sana yang boleh kau jadikan pengganti, bukan dia seorang lelaki atas dunia ni. Kalau tak ada yang berkenan kat sini, kau hijrahlah kat overseas, rasanya pilihan kat sana lagi hebat. Kau nak yang macam mana, yang sasa, yang seksi, yang macho, yang mata hijau, mata biru, rambut kuning…semua ada… kalau tak ada yang berkenan jugak kat sana, kau hijrah pulak kat Bangladesh, India atau pun Nigeria…pasti ada yang tersangkut punyalah…” pujuk Hannah.
Syah mengeluh perlahan.
“Oi, kalau ya pun nak cari jodoh…takkanlah sampai jauh bebenor….sampai Nigeria sana….” balas Syah sambil menjeling wajah Hannah yang mula menayang senyum.
“Alah…gurau ajelah…takkanlah umi dan walid kau nak terima menantu dari negara sana tu…nak kena pelangkung agaknya….” Hannah mula tergelak. Siap berangan lagi apa yang akan jadi pada Syah.
“Tapi…aku sayang sangat kat abang Lan. Kau pun tahukan yang dia tu cinta pertama aku…” kata Syah.
“Aku sebenarnya…. tak nak cakaplah benda–benda  yang sedih ni…itu sebabnya aku tak nak jatuh cinta. Aku tahu sakitnya bila putus cinta….Kalau dah betul-betul bertemu yang sesuai, kawin aje….tak payah nak tangguh-tangguh, nanti timbul masalah….Dahlah Syah, tak payah kau nak kusutkan fikiran….aku rasa itu cuma perasaan kau aje….elok kita kemaskan meja….lepas ni kita tengok tv.” ajak Hannah. Simpati pula melihat wajah sayu Syah.


SYAH melirik jam tangannya. Dia mengeluh seketika. Tak sangka masa berlalu begitu cepat. Dah  dekat jam 6.00 petang. Entah kenapa dia boleh terleka. Jadi, tergopoh-gopoh dia keluar dari pejabat dan menuju ke pintu lif. Dalam lif pun hanya dia seorang. Sebaik sahaja dia keluar dari pintu, dia menggagai mencari telefon bimbitnya. Cuba menghubungi Hannah untuk membantu dia menjemput Risya di tadika. Habis beg tangannya di selongkar mencari telefon bimbitnya sambil kakinya laju melangkah ke tempat parkir. Suasana di situ dah sunyi. Hai, cepat betul manusia beredar balik.
Tiba-tiba Syah merasakan ada tangan yang menyapa bahunya. Dek terkejut yang amat, dia segera berpusing ke belakang sambil tangannya begitu pantas menghayun penumbuk di muka. Lantaklah, siapa yang cuba nak buat gangguan seksual yang tak bertauliah ni. Orang dahlah kalut nak cari telefon, ada pula yang datang mengganggu. Kan dah kena sebiji kat mata.
“Auch…sakitnya!” tiba-tiba satu suara menusuk ke telinga Syah membuatkan mulutnya segera ternganga.
“Ops!, sorry….s...saya….tak sengaja!” tangan Syah segera menutup mulutnya yang terbuka. Dan serius, saat ini wajahnya benar-benar bertukar rupa. Sah pucat tak berdarah sebaik sahaja matanya terpaku menatap figura yang sedang menekup mata kirinya dengan tangan.
“You!”
Syah menelan liur. Bulat matanya memandang wajah orang yang dicederakan itu.
Sorry again….saya …saya betul-betul tak sengaja…sakitke?” tergagap-gagap Syah bersuara sambil matanya terpaku memandang lelaki di hadapannya. Memang tak ada rupa penyangak kalau di lihat pada penampilan dan rupanya.
“Apa you cakap?...sakitke?” tanya lelaki itu memandang tepat ke wajah Syah tapi  mata kirinya masih di tutup dengan tangan kirinya.
“Ya…sakitke?” tanya Syah teragak-agak sambil merenung wajah lelaki yang berdiri di hadapannya.
“Tak….sedap sangat ….rasa lemak berkrim aje lepas kena tinju dengan you ni tau!” balas lelaki itu dengan wajah masam mencuka.
Syah menelan liur.
“Bukan salah saya…En. Razif yang tetiba sentuh bahu saya….kalau ya pun, tak bolehke En. Razif bagi salam dulu….dahlah saya tengah kalut cari handphone sampai sekarang tak jumpa-jumpa….” kata Syah membela diri.
Actually, I bukannya nak takutkan you….I cuma nak serahkan phone ni pada you, ternampak phone ni atas meja you masa I nak keluar tadi. Nak panggil you dah tak sempat, nampak you pun kalut semacam aje…” beritahu Razif sambil menghulurkan telefon jenama samsung S4 milik Syah yang ada di tangannya.
Syah menelan liur sambil matanya terpaku memandang telefon Samsung S4 yang memang miliknya. Patutlah tak jumpa, rupanya tertinggal kat atas meja.
“Takkanlah pandang aje telefon ni, tak nakke?” suara Razif segera mematikan lamunan Syah.
Segera tangannya mencapai telefon dari tangan Razif bersama senyuman kelat.
“Terima kasih sebab tolong pulangkan telefon saya, maaf ya….saya memang betul-betul tak sengaja tadi. Kejadian tadi tu adalah tindakan refleksi…” kata Syah dengan rasa bersalah sambil memandang mata Razif yang sudah nampak merah.
“You ni ….nampak aje rupa perempuan, tapi bertindak macam orang lelaki…ganas juga ya…..boleh lebam mata I!” kata Razif sambil mengeleng kepala perlahan. Menyengat juga rasa matanya.
“Erm….sebenarnya saya betu-betul nak cepat ni….ada hal penting.” kata Syah yang memang mahu segera beredar. Dalam fikirannya hanya ada Risya.
Razif terus-terusan memandang wajah Syah sehinggakan Syah rasa tak selesa. Dahlah tak sampai seminggu kerja di sini, dia dah buat hal. Dengan lelaki yang di anggap bos pula tu.
“Macam nilah…apa kata, esok saya belanja En. Razif, Tak kesahlah breakfast or lunch…sebagai tanda maaf dari saya, boleh?” kata Syah. Tambahan pula telefon di tangannya sudah berbunyi, nombor tadika Risya tertera di skrin telefonnya tapi dia hanya membiarkan telefon itu berhenti.
“Hmm…sound`s good. Apa kata you belanja I lunch esok…nanti I akan tentukan di mana, boleh?” Razif memandang wajah Syah.
“Ya, boleh.” balas Syah tanpa berfikir panjang.
So, jangan lupa ya…jangan you nak mengelat pula ya!” usik Razif sambil mengukir senyum.
“Tak. Saya seorang yang berpegang pada janji. Kita jumpa esok…saya minta diri dulu…” Syah terus berlalu selepas mencapai kunci kereta. Sebaik sahaja alarm kereta di bunyikan, dia segera masuk. Nombor telefon tadika Risya segera di hubungi.

1 comment:

  1. hehe..tk semena lebam mata razif...tp berbaloi kot,bila dapat upah belanja mkn ngan syah...best..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...