Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 12 July 2014

Hanya dia, cinta hatiku! 4



 Z

AHIM melurut rambutnya ke belakang sambil mengeluh perlahan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini fikirannya jadi tak tenang. Rasa resah dan gelisah sahaja. Macam ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Sesekali dia tengok mamanya asyik termenung sahaja. Entah apa yang di fikirkan mama. Bila di tanya, mama hanya diam. Zahim memegang kemas besi di balkoni tu sambil mengeluh perlahan. Kemudian dia berkalih dan mengatur langkah masuk ke dalam biliknya. Segera tangannya mencapai telefon yang ada di atas katil. Tangannya terus mencari nama yang ada dalam fikirannya saat ini. Selepas menekap telefon seketika di telinganya. Bibirnya mula mengorak senyum.
“Hello, Assalamualaikum, bro!” terus panggilan Zahim bersambut di hujung talian membuatkan bibir Zahim mencoret sedikit senyum.
“Waalaikumussalam…kau kat mana ni?” salam di balas, sekaligus Zahim bertanya di manakah gerangannya temannya itu berada ketika ini.
“Kat apartmen aku la bro…” balas Razif.
“Ya ke?..macam tak percaya aje kau boleh melepak sorang-sorang kat apartment kau tu…atau…kau bawa balik awek kat situ….” Zahim bersuara.
“Weh, aku tak jahil macam tu la…memanglah aku ni bukan kategori alim…tapi aku masih lagi tahu batas-batas agama tau…” marah Razif. Tidak senang mendengar statement merangkap usikan dari Zahim.
Zahim tergelak kecil.
“Aik, cepat sangat kau tersentak ni…apa hal…kau datang period ke?” Zahim tiba-tiba melepas tawa.
“Ya la tu…aku rasa kau yang tengah datang period. Apasal kau tak datang kerja…sejak kau kena balun dengan penyangak tu…otak kau pun dah tak centre ke?...apasal kau tak pergi aje scan otak kau tu kat mana-mana hospital!” kata Razif, sengaja membalas balik kata-kata Zahim.
“Ha…ha…lawak …lawak…” Zahim pura-pura gelak.
“Im…serius ni…apa kena dengan kau ni…kau ada masalahke?...sampai hari ini kau tak masuk kerja, dah dekat seminggu lebih tau kau tak masuk ofis…” kata Razif. Kali ini nada suaranya sudah bertukar. Mula serius.
“Entahlah…tiba-tiba aku rasa tak  ada mood.” Zahim mengeluh berat.
“Woi, senang aje kau bagi alasan…tak ada mood…mentang-mentanglah Zamrud Holdings tu papa kau punya, bukan main berlagak lagi kau ya!....kau tahu tak…kerja kat ofis tu berlambak kau tau…” marah Razif, terkejut dengan kata-kata Zahim. Selama dia kenal, itu bukanlah sikap Zahim. Selama ini Zahim begitu komited dengan kerja.
“Atau…kau masih pening memikirkan siapakah rescue kau tu!” kata Razif selepas terdiam seketika.
“Mungkin juga kut, aku rasa…dia dah panah hatiku sampaikan aku terus berfikir pasal dia. Dah tak boleh nak consentrate benda lain dah!” akui Zahim.
“Teruk betul penangan perempuan tu….habis tu, kau tak buat apa-apa tindakan…wait and see aje!” kata Razif.
“Habis, aku nak buat macam mana lagi, takkanlah nak masuk dalam paper dengan siap tayang muka handsome aku ni lagi!...jatuhlah saham aku!” kata Zahim sambil tergelak kecil. Razif turut gelak sama.
“Aku rasa lepas ni ramailah anak dara yang datang kejar kau…siap nak mengaku dia oranglah yang rescue kau….atau mana tahu ada producer yang nak lamar kau jadi pelakon, wah! glamour gilalah kau nanti!” usik Razif masih lagi dengan gelaknya.
“Memang kerja gilalah kalau aku buat macam tu, nak kena belasah dengan mama dan papa aku!...kalau tahu dengan atuk dan nenek, siap di parangnya aku…kau bukannya nak tolong aku kan!” kata Zahim.
“Memang pun, aku boleh tolong kau…tolong tengok ajelah!...ha…ha…” sampuk Razif.
“Tak guna punya sepupu…” rungut Zahim.
Sorry, Im…aku gurau aje. Takkanlah itu pun kau nak ambil hati. Kau kenal siapa aku kan…chill la, bro.” pujuk Razif kemudiannya.
“Aku tahu!” balas Zahim.
Mereka berdua berjeda seketika.
“Weh, aku nak bagitahu kau ni …hari ni ada staff baru masuk tau…perempuan. Dia gantikan tempat Suhaimi,” beritahu Razif mengalih tajuk perbualan mereka.
“Ya…ada canlah kau. Aku tahu dan aku kenal siapa sepupu aku ni…mana nak lepaskan perempuan depan matakan…dia cantik tak?” Zahim tersenyum.
“Zaman kasanova aku tu dah lama berlalu tau…aku dah jadi lelaki baik sekarang, sekarang ni stok aku jenis kategori yang muslimah sikit….stok untuk dijadikan isteri. Mak dan ayah aku pun dah bising minta aku cari pasangan. Kalau aku tak nak cari…mereka dah ada cadangan. Untuk mengelak daripada terpaksa…aku kenalah cari inisiatif sendiri…alah, klise perangai orangtua…aku rasa mama dan papa kau pun samakan. Dania tu dah lama jadi pilihan mereka untuk dipadankan dengan kau kan!” kata Razif.
“Hmm…betul tu…tapi setakat ni…tak adalah mereka nak memaksa…tapikan bro, aku pun macam kau jugak…aku nak perempuan yang jadi suri hati aku tu adalah pilihan aku sendiri. Tapi, nampaknya sampai sekarang `perempuan` tu tak muncul-muncul  depan mata aku,” Zahim mengeluh perlahan.
“InsyaAllah…tak lama lagi dia akan muncul,” pujuk Razif sekaligus melegakan perasaan Zahim.
“Hmm…pasal perempuan yang gantikan tempat Suhaimi…dia okeyke?” tiba-tiba tajuk tadi menjadi pilihan Zahim.
“Tengok pada rupa…memang boleh tahan. Aku percaya sesiapa yang tengok dia, boleh cairlah walaupun penampilannya agak biasa tapi dia punya aura yang mampu membuatkan orang tertarik dengan dia. Aku pun hairan macam mana dia boleh tackle kak Azah…siap bergelak sakan dengan PA kau tu…selama ini, kita kenal kak Azah tu macam manakan…tapi dengan staff baru tu, aku tengok mereka berdua tu macam dah kenal lama…I think, she`s specialand she`s natural beauty…aku rasa aku berjodoh dengan dialah, bro!” jawapan Razif membuatkan Zahim terus gelak.
“Hmm…tak lama lagi aku bolehlah makan nasi minyak kau…tak sabar pula aku nak kenal staff baru tu, sekali jumpa dah jatuh hati ya!” kata Zahim.
“Bak kata omputih…. love at the first sight…” sambung Zahim lagi sambil tergelak kecil.
“Kalau masinlah mulut kau….tapikan…aku belum buat apa-apa tindakan lagi. Tapi…tengok pada gaya, kerjanya okey…itu kira komen pertama akulah…sebab, kita tak akan kenal seseorang itu kalau kita tak mendekatinya. Lepas ni…aku kena aturkan strategilah nak dapatkan perhatian dia…” kata Razif.
“Zif,…sebenarnya aku nak ajak kau balik kampung…jumpa atuk dan nenek…” tiba-tiba Zahim menyuarakan tujuan utamanya dia menghubungi Razif.
“Balik kampung, bila?” Razif terkejut.
“Pagi esok. Kau ikut ya….temankan aku,” pujuk Zahim.
“Hish…kau ni….aku baru aje nak berangan dan buat perancangan macam mana nak masuk jarum. Kau dah potong line….lecehlah, bro!” rungut Razif dengan nada kecewa.
“Jomlah, Zif. Semua benda aku support termasuk tambang flight…” pujuk Zahim lagi.
“Wow….kau dah siap planning semua?...kau biar betul. Kau nak aku subahat dengan kau, ponteng kerjake…kerja banyak kat ofis tu, bro!” kata Razif benar-benar terkejut dengan apa yang dirancang oleh sepupunya itu, merangkap sahabat baik.
“Eleh, kau tak payah nak kelentong akulah Zif, kan baru sekejap tadi kau planning nak usha staff baru tu…itu yang susah nak ikut plan aku ya!” kata Zahim, bukan dia tak tahu dengan perangai sepupunya. Pantang di ajak merayap, laju aku nak mengikut tanpa bantahan.
Tiba-tiba terdengar tawa dari mulut Razif.
“Aku kenallah sangat siapa kau ni…” ujar Zahim.
“Ingat, flight esok pagi jam 8.00… aku jemput kau, alah….sehari dua aje kita kat sana….aku nak tenangkan fikiran ni…lepas ni, kau teruskanlah dengan planning kau tu….aku tak kacau punya!” kata Zahim.
Sure, kau tak akan kacau planning aku…” kata Razif sekadar nak mengusik Zahim.
“Ya….tapi…tak tahulah, kalau tetiba aku pun terpikat dengan dia kan…” kini, giliran Zahim pula mengusik.
“Kita akan tengok nanti, siapa yang berjaya. Siapa yang berjaya mencuri perhatian dia…” kata Razif sebelum mengakhiri perbualan mereka.
Selepas talian di putuskan, bibir Zahim tiba-tiba mengorak senyum. Entah kenapa tiba-tiba wajah gadis yang pernah menyelamatkannya muncul di ingatan.
“Ah, aku dah gila agaknya. Kenapa wajah dia sering muncul dalam ingatan aku.  Takkanlah dia bomohkan aku supaya teringatkan dia. Kalau dia sukakan aku…dah tentu dia sambut salam perkenalan yang aku hulurkan. Ini…selamba badak aje dia pergi…Awak, siapa awak yang sebenarnya?...bagaimana saya nak jumpa awak….untuk ucapkan terima kasih….” Zahim mengetuk kepalanya perlahan. Memang dia pernah ucapkan terima kasih pada gadis yang telah menolongnya tapi entah kenapa dia teringin sangat nak kenal siapa gadis itu. Ah, macamlah aku tak pernah kenal perempuan…tapi kenapa dia yang jadi pilihan?


BULAT mata nek Jah sebaik sahaja melihat dua jejaka keluar dari sebuah teksi. Ketika itu dia baru saja balik dari kedai kopi, mencari nasi bungkus. Tok Daud tak berapa sihat sebab dua tiga hari ini.
“Assalamualaikumu, nek!”
“Waalaikumussalam….budak bertuah ni…kenapa tak beritahu nak balik?” tegur nek Jah sambil menyambut huluran tangan Zahim dan Razif.
Selepas membayar tambang teksi, Zahim dan Razif mencapai beg sandang mereka dan terus di letak di atas tangga.
“Saja, nek….rindu kat nenek dan atuk,” balas Zahim.
“Ya, betul tu nek. Sejak dari tadi…menangis-nangis sampai bengkak mata sebab rindukan nenek dan atuk…” sambung Razif sambil menayang sengih. Akibatnya dia mengaduh sakit bila di siku oleh Zahim.
“Dah, mari naik…tapi nek beli dua bungkus nasi aje….kamu dah makan?” nek Jah memandang dua orang cucunya.
“Dah, kami dah makan dekat airport tadi…atuk sihat?” Zahim mula menjenguk ke dalam rumah.
“Atuk kamu kurang sihat sikit, dah dua hari demam….biasalah, orangtua…” balas nek Jah mendahului mereka memanjat tangga simen, diikuti oleh Zahim dan Razif.
“Kenapa tak beritahu kami yang atuk tak sihat? kalau tak…boleh aje kami balik lagi awal…” kata Razif.
“Tak payah nak risaulah…nenek tahu korang semua sibuk dengan kerja kat Kolumpo tu, …duduk jauh pula…lagi pun mak ngah korangkan ada….dia yang selalu jenguk kami berdua ni ha…” nek Jah meletakkan plastic berisi nasi bungkus dan kueh di atas meja.
“Habis tu…nek yang pergi beli nasi ni kat warung?” tegur Razif.
“Ya lah…saja. Kata orang…kira buat senaman…betulkan urat sendi…bukan macam orang muda sekarang…apa?...exercise….berjoging!” kata nek Jah.
“Amboi, nek…cakap orang putih nampak!” usik Zahim.
“Eh, dulu…nenek sekolah orang putih…nenek ni sebenarnya lagi terror dari kamu kalau cakap orang putih….saja, nek tak nak tunjuk skill kat kamu…takut kamu malu…” kata nek Jah membuatkan Zahim dan Razif saling berpandangan. Tak pernah pula mereka tahu yang nenek mereka ni dulunya pernah menuntut di sekolah orang putih. Wah, tak sangka nenek mereka advance rupanya.
“Hmm….mana atuk?” tanya Zahim.
“Ada kat bilik tu…agaknya masih lagi tidur…masuklah….” beritahu nek Jah.
“Assalamualaikum!” tak lama kemudian terdengar suara orang memberi salam.
“Atuk!” Zahim terlebih dahulu bersuara sebaik sahaja wajah atuk Daud muncul di hadapan mereka. Tok Daud yang berjalan menggunakan tongkat itu segera di hampiri Razif dan Zahim. Mereka berdua segera bersalaman dan memimpin tangan atuk mereka dan berlabuh di sofa.
Rumah tok Daud yang dulunya kayu, kini sudah bertukar wajah menjadi rumah batu sepenuhnya, hasil daripada kerjasama anak-anak. Pernah juga mama Zahim nak sediakan pembantu rumah untuk nek Jah tapi nek Jah menolak dengan alasan dia lebih selesa melakukan kerja rumah dengan kudratnya sendiri. Lagi pun anak menantunya ada yang duduk berdekatan, kalau ada masalah, senang nak minta tolong.
“Dah lama kamu sampai?...kenapa tak bagitau nak datang!” suara atuk Daud sambil terbatuk-batuk kecil. Segera Zahim mengusap belakang tok Daud agar reda.
“Kami baru aje sampai, tok. Saja kami tak nak susahkan tok…” kata Zahim membantu membuka bungkusan nasi berlauk yang dibeli oleh nek Jah tadi.
Tok Daud mengangguk perlahan.
“Kamu berdua dah makan?” tanya tok Daud.
“Dah. Tok makanlah…kejap lagi nek keluar bawa air,” kata Razif.
“Atuk ni dah susahkan nenek kamu…kesian dia….” kata tok Daud perlahan sebaik saja wajah nek Jah muncul di hadapan mereka dengan membawa dulang minuman.
“Apa pulak susahnya bang oi, kita ni suami isteri….takkanlah saya nak berkira. Hari ni bang aji tak sihat…esok-esok…kalau saya tak sihat bang aji pula yang jaga saya. Kita ni sama-sama tua….bukan macam dia orang berdua ni….masa muda ni bolehlah hidup sendiri, bila dah tua nanti….mestilah nak ada orang yang temankan….” kata nek Jah membuatkan Razif dan Zahim terpaksa menutup mulut.
“Hmm…lepas ni, korang berdua…pergilah berehat kat bilik. Tentu penat. Korang pilihlah nak duduk kat bilik mana yang korang nak, semua kosong…tinggal kami berdua aje…” kata nek Jah sambil memandang cucu-cucunya.
“Kejap lagilah…lagi pun kami berdua ni bukannya penat mana pun…lainlah kalau kami drive balik sini. Ini naik flight, kejap aje….lagi pun, tak puas lagi kami nak tatap wajah nek dan tok…” kata Zahim.
“Hmm…nasib baiklah kamu berdua ni masih ingatkan kami…bukan macam sesetengah anak muda yang berhijrah  kat Bandar tu. Duduk beberapa tahun, terus lupa asal keturunan dan kampung halaman…” kata nek Jah sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“Hish….kami ni masih sedar asal usul. Kan selalu kami datang jenguh nenek dan atuk,” kata Zahim.
Nek Jah merenung semula kedua cucunya.
“Nenek tengok korang berdua ni macam kembar siam…selalu berdua….nasib baik keduanya lelaki…kalau lelaki perempuan…dah lama nek kawinkan korang berdua ni…nek tengok korang ni dah macam rupa laki bini.” kata nek Jah membuatkan Zahim dan Razif melepas tawa. Lucu mendengar kata-kata nek Jah, tapi memang betul apa, mereka berdua macam bayang-bayang.
“Ya ke nek?” tanya Razif.
“Ya. Nek rasa…mana-mana anak dara takut nak dekat dengan kamu berdua ni…” ujar nek Jah.
“Nek, pinjam tudung kejap,” pinta Razif tiba-tiba.
“Nak buat apa tudung nenek….kamu nak pakaike?” kata nek Jah hairan bila tangan Razif menadah ke arahnya. Nak tak nak terpaksa di tanggalkan tudung kepalanya.
Razif segera meletakkan tudung nek Jah di kepalanya, di silang kiri dan kanan.
“Hmm…okey tak nek?” soal Razif sambil mengukir senyum.
“Okeylah sangat…macam bapuk dah nenek tengok rupa kamu,” nek Jah dan Zahim beradu tawa. Lucu melihat Razif yang cuba menukar karektor. Tok Daud turut ketawa melihat gelagat cucunya. Dah besar, tapi perangai macam budak-budak. Perlahan-lahan dia mengeleng kepala. Jauh du dasar hati, dia terhibur dengan kehadiran cucu-cucucnya itu.
Razif menarik muka masam.
“Alah, Im….kau berlakonlah kejap,” pinta Razif tiba-tiba.
“Berlakon….berlakon apa ni?” Zahim terpingga-pingga.
“Berlakon jadi suami…” Razif menayang sengih membuatkan Zahim terkebil-kebil.
Razif segera melentokkan kepalanya di bahu Zahim, buat aksi manja.
“Kita orang ni ada rupa pasangan suami isteri tak nek, tok?” tanya Razif membuatkan mulut Zahim ternganga tiba-tiba. Pantas tangannya menyiku tubuh Razif yang menempel disisinya.
Nek Jah terus ketawa. Tok Daud turut ketawa sampaikan terbatuk-batuk, tapi segera ditenangkan oleh nek Jah.
“Kamu ni Zif, dah buang tabiatke?” tegur nek Jah sambil mengeleng kepala. Lucu melihat gelagat kedua cucunya itu.
“Betullah nek…dah buang tabiat budak ni.” rengus Zahim.
“Alah abang ni…benci tau!” Razif mula buat gaya gedik. Siap tampar manja lagi di lengan Zahim.
“Hish…tak tahan aku….geli-geleman…loya…semua ada…” Zahim segera menolak tubuh Razif yang menempel di sebelahnya. Nasib baik Razif tak jatuh terduduk ke lantai.
“Alah kau ni, Im…gurau sikit pun….dah sentap…” Razif mendengus sambil membetulkan duduknya. Tudung yang dipinjam tadi segera di tanggalkan dan diserahkan semula pada nek Jah.
“Kalau ya pun kau nak mengedik dengan aku…cukurlah dulu bulu ketiak dengan bulu kaki…geli aku nak menengoknya!” sela Zahim.
Tok Daud dah tersenyum, begitu juga nek Jah. Terhibur sungguh mereka melihat perangai cucu-cucunya itu. Memang mereka akui, Razif dan Zahim memang rapat sejak dari kecil.
“Woi, kedua-dua jenis jenama bulu yang kau sebut tu…asset aku tau….tak macholah kalau lelaki tak ada bulu kaki, macam perempuan!” kata Razif membela diri.
“Apa kelas asset kau setakat bulu kaki je…perempuan tak pandang semua tu…dia orang pandang ketebalan poket kau, kereta dan rumah yang mewah…kalau setakat bulu kaki, bukannya boleh kenyang!” cemuh Zahim membuatkan nek Jah terus melambak tawa. Menang lucu mengenangkan sikap cucu-cucunya ini. Selalu menghiburkan hati tuanya. Maklumlah, cucu-cucunya semua dah besar, dah beranak pinak. Tinggal beberapa orang sahaja cucunya yang belum berumahtangga.
“Sudahlah….tak payah nak gaduh-gaduh. Nek nak ke dapur, nak basuh cawan-cawan ni semua…” kata nek Jah dan terus berlalu ke dapur.
Beberapa minit kemudian, nek Jah muncul semula.
 “Hmm…kamu berdua ni….bila nak kawin…umur kamu berdua ni memang sesuai sangatlah untuk berumahtangga, tengok anak mak ngah kamu….berderet-deret cucu dia. Kamu berdua…bila lagi nak bagi mak bapak korang cucu!” tegur nek Jah.
“Aduh, nek  ni…soalan maut tu. Kami memang nak kawin tapi masalahnya…calon tak ada.” kata Razif.
“Kamu yang memilih sangat kut,” sela nek Jah sambil memandang wajah dua cucunya.
“Mana ada memilih…dah tak sampai seru…nak buat macam mana…kami ni nak bersanding dan naik pelamin sekali aje seumur hidup. Jadi….dalam memilih pasangan, biarlah yang betul-betul sejiwa. Bukan main sambar aje….tersilap sambar kan terkena yang jenis auw…tak ke naya…tak berzuriat nanti…” badan Zahim dah terhenyut-henyut menahan tawa mendengar kata-kata Razif. Memang sempoi jawapan sepupunya itu sampaikan nek Jah pun terkedu. Begitu juga dengan tok Daud.
“Alah nek…kalau nek kepingin sangat nak bercicit…nek suruh aje cucu kesayangan nenek tu kawin,” kata Zahim tiba-tiba.
“Siapa? si Fitri tu….dah berbuih mulut nenek ni suruh dia cari calon tapi asyik buat dek aje… kamu berdua juga cucu kesayangan nenek dan atuk. Sebenarnya kami berdua tak pernah nak bezakan kasih sayang….cuma mungkin perhatian kami pada dia terlebih sikit sebab dia tu membesar depan mata nenek…tapi kamu lupa, dia tu kekurangan kasih sayang mak ayah. Kadang-kadang nenek kesian juga kat dia…” kata nek Jah sambil mengeluh perlahan.
“Hmm…cakap pasal Fitri, dia tak balik jenguk nek dengan tokke?” tanya Zahim.
“Minggu lepas, ada dia balik. Tapi setakat dua hari aje…kemudian balik semula ke Kolumpo, katanya kena gantikan tempat kawan dia….kamu yang duduk sama tempat dengan dia di Kolumpo, takkanlah tak jumpa…” kata nek Jah.
“Entahlah nek, bukannya nek tak kenal perangai dia…suka buat hal sendiri.” balas Zahim.
“Nek harap perangainya akan berubah…nek pun bukannya berkenan sangat dengan perangainya tu…suka sangat bertukar pasangan…risau nenek. Kalau korang jumpa dia, cubalah nasihat sikit….” kata nek Jah.
“Untunglah kalau dia nak berubah dan mendengar nasihat Im dan Zif ni, nek…” Zahim mendengus perlahan.
“Harap-harap adalah jodoh untuk dia, nenek nak sangat tengok dia kawin sebelum nenek tutup mata,” kata nek Jah perlahan. Wajahnya bertukar menjadi sayu.
“InsyaAllah, nek. Kita doakan bersama ya!” pujuk Razif sambil memgang tangan nek Jah. Tok Daud hanya sekadar memerhati.

1 comment:

  1. tlg cepat smbg dik writer...best...ade kah?pekerja baru tuh...yg pernah tlg zahim...tk sabar dh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...