Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 13 June 2014

Hanya Dia Cinta Hatiku 3




S
UDAH tiga hari Risya di hantar ke tadika baru, nampaknya Risya tak banyak kerenah walaupun pada hari pertama cikgu Maria ada beritahu yang Risya banyak termenung dari bergaul dengan kawan-kawan baru di situ.
“Sayang, nanti mama belanja Risya makan Tutti Frutti bila mama ambil Risya nanti ya,” itulah pujukan dan janji Syah  bila di lihatnya Risya diam membisu.
“Mama pergi kerja ya, sayang. Nanti petang kita jumpa.” ucap Syah dan mencium pipi gebu Risya.
Risya hanya diam mengangguk dan membalas ciuman Syah di pipi.
“Kalau ada apa-apa, cikgu call saya ya,” pesan Syah sebelum berlalu ke keretanya selepas melihat Risya masuk ke kelasnya dengan di pimpin oleh cikgu Maria.
Sebaik sahaja masuk di perkarangan bangunan Zamrud Holdings, Syah segera mendapatkan tenpat parking. Nasib baik masih banyak lagi tempat kosong. Selepas menekan alarm kereta, Syah membetulkan blaus yang di pakainya. Sempat juga dia membetulkan  selendang yang di lilitnya dengan menghadap cermin kereta. 
Okay, perfect.” Syah mengukir senyum puas dengan penampilannya.
Dengan penuh yakin dia mengatur langkah ke arah ke arah bangunan yang tersergam indah dan berdiri megah itu. Sebenarnya dia nampak aje yakin, tapi dalam hati….debaran dan guruh mula melanda. Maklumlah, inikan hari pertama dia melangkah masuk ke tempat kerja baru. Entah bagaimana dia hendak berdepan dengan suasana baru nanti. Harap-harap semuanya okey. Kawan kerja yang baik, bos yang baik dan suasana kerja yang baik. Harap-haraplah kan…
Syah memegang kemas beg tangan yang di sanggut di bahu sambil mengatur langkah ke bahagian pertanyaan. Seorang gadis manis segera menghulurkan senyuman sebaik sahaja Syah tiba di mejanya.
“Assalamualaikum, dan selamat pagi.” ucap Syah bersama senyuman yang manis terukir di bibirnya.
“Waalaikumussalam dan selamat datang ke Zamrud Holdings. Apa yang boleh saya bantu, cik?” gadis yang memakai tag nama Waheeda itu segera bersuara. Lunak dan merdu suara dan tutur katanya. Kalau mana-mana lelaki yang tak tahan godaan, pasti hati segera jatuh dan perasaan terus cair dan meleleh kat situ juga.
“Erm…Saya Nur Aisyah Sufiya. Hari ini hari pertama saya lapor diri kat sini…jadi, tingkat berapa ya, pejabat HR?” sopan Syah bertanya sambil matanya terus terpaku menatap wajah Waheeda yang cantik manis tu. Berbeza pula dengan dirinya yang bermekap ala kadar ni, hanya mengenakan bedak dan sedikit glos saja. Tak macam Waheeda ni, bertempek-tempek mekapnya, semua warna ada tertampal kat mukanya.
“Oh, pejabat HR kat tingkat 6. Cik jumpa dengan Pn. Amina. Nanti dia akan uruskan bahagian mana cik akan di tempatkan.” beritahu Waheeda.
“Oh, terima kasih ya. Saya pergi dulu.” ucap Syah dan terus berlalu.
Kakinya segera di hayun ke muka pintu lif. Beberapa orang staff kat situ sudah pun menunggu. Sempat juga Syah mengukir senyum pada mereka dan senyuman di balas ala kadar. Liar mata seorang gadis yang memakai skirt sendat dan pendek memandang ke arah Syah. Macamlah dia tergolong dalam golongan alien sampai tengok dia nak terkeluar biji mata. Apa, teruk sangatke penampilan dia? Rasanya penampilan dia lagi baik dan bersopan dari gadis itu.
“Staff baru ke?” tegur seorang wanita sambil mengukir senyum.
“Ya, baru nak lapor diri.” balas Syah.
“Ooh, selamat datang ke Zamrud Holdings,” ucap wanita itu ramah.
“Terima kasih.” balas Syah sambil menghadiahkan senyuman.
“Harap-harap dia bukan satu department dengan kita.” gadis yang memakai skirt pendek itu bersuara perlahan sambil mencebik.
Syah mengangkat kening. Walaupun suaranya perlahan, tapi masih dapat di dengar dengan jelas di telinga Syah.
“Ada masalahke kalau kita satu department?” Syah bertanya dengan muka selamba. Ingat dia hairanke dengan lagak perempuan macam tu.
Gadis itu memandang Syah dengan mata bulat. Memang jelas di wajahnya, kehadiran Syah ke situ tidak di alu-alukan.
“Rina, tak elok cakap macam tu!” tegur wanita yang berbaju kurung itu lagi.
“Maafkan Rina ya…dia memang macam ni. Jangan ambil hati…akak Salwa, panggil aje kak Wawa.” kata wanita yang ramah tadi. Dia memandang sekilas ke wajah gadis yang berskirt pendek itu. Gadis itu apa lagi, makin panjanglah muncungnya. Dah nampak macam mulut itik. Sesuai sangatlah dengan warna lipstick yang dia pakai tu. Merah terang macam warna lampu isyarat.
“Saya  Aisyah, panggil aje Syah!” Syah menghulur senyuman.
“Jom, lif tak terbuka…” ajak kak Wawa tadi. Mereka bertiga terus masuk, diikuti oleh dua orang lelaki yang baru saja sampai di situ.
Sampai di tingkat 6, Syah terus keluar dari lif dan dia segera melangkah masuk ke bahagian HR. Dia perlu uruskan apa-apa yang patut terlebih dahulu.


SYAH mengatur langkah ke bahagian pentadbiran sebaik sahaja dia keluar dari pintu lif di tingkat 9. Dia perlu berjumpa dengan CEO Zamrud Holdings. Kecut juga rasa perutnya  mengenangkan dia akan bertemu muka dengan orang penting di Zamrud Holdings. Lepas tu memang hari-hari kena bertapak kat sini.
Syah terus menghampiri meja yang paling depan sebaik sahaja kakinya melangkah ke department itu. Seorang perempuan yang memakai skirt labuh hitam dan berjaket merah itu segera memandang wajah Syah sambil menghadiahkan senyuman manis.
“Assalamualaikum, boleh saya jumpa tuan CEO?” Syah segera membuka mulut.
“Oh, nak jumpa En. Zahim ya. Maaflah…hari ni bos tak ada…dia cuti, esok mungkin dia masuk kerja….” beritahu perempuan itu ramah.
“Kalau macam tu…siapa yang saya kena jumpa ya!” Syah mula blur.
“Ada urusan apa cik nak jumpa bos?” tanya perempuan itu agak hairan sambil memandang wajah Syah.
“Erm…saya Aisyah, saya baru masuk kerja hari ni…” beritahu Syah sopan.
“Oh, staff baru ya. Kalau macam tu…cik Aisyah jumpalah dengan kak Azah. Dia tu PA bos. Mejanya kat hujung sana. Cik Aisyah boleh terus ke sana…nanti saya inform dekat kak Azah.” perempuan itu segera mencapai ganggang telefon, mungkin mahu menghubungi PA bosnya itu.
“Terima kasih ya…Pn…”
“Panggil aje kak Yati…” perempuan itu memperkenalkan diri.
“Ya, terima kasih kak Yati. Saya pergi dulu.” Syah segera berlalu, terus mengatur langkah ke arah sudut yang paling hujung. Nasib baik Syah tak melatah bila dia hampir bertembung dengan seseorang yang baru keluar dari satu bilik. Nampak macam pantri aje.
What the hell…” kasar saja suara yang keluar dari orang yang bertembung dengannya tadi.
“Maaf, saya tak sengaja…” Syah segera membuka mulut dan mulutnya tak terus tertutup bila matanya terus terpandang aura di hadapannya.
You!…what a small world….kat sini juga aku jumpa muka kau!” gadis itu memandang sinis wajah Syah sambil menarik muka masam.
“Nasiblah kan….bumi ni  kan bulat. Pi mai pi tang tu…selamat bertemu lagi kita ya!” balas Syah dengan muka selamba. Sakit hatinya mendengar jeritan gadis itu. Siap menjeling tajam ke arahnya. Ingat dia hairan sangat dengan jelingan tu! bukannya boleh bawa mati pun. Kalau dia nak cari gaduh dengan aku lepas ni…aku tak kesah. Aku tak hairan pun! Kalau nak ajak aku berkungfu dan bertinju lepas ni….lagi aku suka. boleh juga aku praktik seni pertahankan diri aku ni, takut berkarat juga kalau tak guna selalu. Ha….ha…
“Maaf sekali lagi…rasanya saya tak ada urusan dengan cik. Saya pergi dulu ya!” dengan selamba Syah meninggalkan gadis itu dan mengatur langkah ke meja hadapan. Bukan dia tak tahu ada beberapa staff yang memandang dan melihat insiden tadi, tapi…ada dia kesah! Bukan dia yang salah.  Perempuan tu yang terlebih kerek.
Beberapa langkah dari situ, Syah sudah berbalas pandang dengan seorang perempuan anggun. Dari jauh dia sudah melempar senyuman ke arah Syah.
You must be…Nur Aisyah Sufiya Kamarul,” perempuan anggun itu segera bangun sebaik sahaja Syah berada di hadapannya.
“Ya, saya Aisyah…Puan ni…” teragak-agak juga Syah nak bersuara. takut tersalah, kan naya.
“Panggil aje kak Azah. Akak ni PA En. Zahim, CEO Zamrud Holdings.” perempuan itu memperkenalkan diri sebaik sahaja Syah menghulur tangan untuk bersalaman.
“Jemput duduk!” pelawa kak Azah ramah.
“Terima kasih kak Azah!”
“Baru sebentar tadi Pn. Amina call akak…dia cakap ada staff baru masuk hari ni menggantikan En. Suhaimi, pembantu pengurus marketing kami yang di tukarkan ke cawangan Zamrud Holdings di Kuantan. Selamat datang sekali lagi ke Zamrud Holdings ya, cik Aisyah!”
“Panggil aje Syah…sebenarnya Syah masih baru dalam bidang dan banyak benda yang Syah tak tahu, jadi…Syah harap kak Azah dan rakan-rakan yang lain dapat memberi tunjuk ajar,” kata Syah.
“InsyaAllah. Sebelum ni Syah ada kerja di mana-mana….mungkin pengalaman kerja dulu boleh membantu Syah bekerja di sini…” kata kak Azah.
“Dulu Syah buat kerja-kerja perkeranian selepas tamat belajar dalam bidang pengurusan…jadi, mungkin kerja sekarang dan kerja yang dulu banyak perbezaannya…kalau ada salah dan silap, harap dapat di tegur!” kata Syah.
Kak Azah mengukir senyum.
“Tak mengapa…kami di sini akan sedia membantu. Akak harap Syah akan selesa bekerja di sini….” kata kak Azah.
“Erm…macam mana dengan bos….dia okey tak?” tanya Syah. Al maklumlah, nak kerja ni mestilah tak ada sebarang tekanan yang besar terutama dari bos. Lagi pun, dia ni kan kurang sikit sifat kesabaran, takut awal-awal lagi buat hal. Umi dan walid pun selalu pesan, jaga kelakuan di tempat orang. Jangan cepat bertindak ikut suka hati.
“Bos…Dia okey, setakat ni semua orang yang bekerja di bawahnya masih hidup aman….maksud akak…dia tak pernah makan orang….jadi, usah takut…” kak Azah tergelak.
“Akak ni…orang tanya betul-betul dia main-main pulak!” cemuh Syah dengan selamba. Cara dia cakap, macamlah mereka ni kenal lama. Makinlah kak Azah ketawa dengan gelagat Syah.
“En. Zahim tu cool orangnya, selagi kita buat kerja kita dengan baik…tak ada masalah….tapi, biasalah bos….ada masanya dia garang juga, tapi tak selalulah…tapi yang pasti….” kak Azah berjeda seketika. Lama dia terpaku menatap wajah Syah sehingga Syah tak senang duduk jadinya.
“Apa ni, kak Azah…lain macam aje tengok Syah…” Syah mula gelisah.
Kak Azah kembali gelak. Kali ini dia mengeleng kepala beberapa kali.
“Syah ni…baru pertama kali kita jumpa dan borak….Syah dah buat akak senang dan rasa dekat…Syah ada pakai apa-apa ilmu tak?” kata kak Azah sambil memandang wajah Syah.
“Akak….akak ingat saya pakai ilmu sesatke….saya hanya pakai ilmu alam aje….kalau tak pakai ilmu tu…tak sampailah saya kat sini ….agaknya makan buah langsat saya hari ni, memang sesat jalan.” kata-kata Syah membuatkan kak Azah terus gelak sakan sehinggakan beberapa staff sudah memandang mereka dengan dahi berkerut. Agaknya hairan. Kerana setahu mereka, kak Azah sopan orangnya, jarang dapat dengar dia gelak sakan begitu. Ini, baru pertama kali berborak dengan staff baru, dah gelak sakan sampai tak ingat orang sekeliling. Yang paling ketara tengok mereka berdua adalah gadis yang bertembung dengan Syah tadi.
“Kamu ni Syah…pandai buat akak gelak.” kak Azah masih lagi dengan tawanya, kali ini suaranya dah kendur sikit.
“Hai, kak Azah…dari jauh lagi dah dengar tawa akak…tak sangka merdu juga tawa akak ya!” tiba-tiba satu suara mencelah membuatkan kak Azah terdiam seketika, tapi masih lagi mengukir senyum.
“En. Razif…En. Razif dari mana ni?...ingatkan tak datang kerja hari ni,” tegur kak Azah sambil memandang lelaki yang berdiri di sebelah Syah itu.
“Ada hal sikit. Itu yang lambat sampai…bos tak datang lagi hari ni?” Razif bersuara.
“Mungkin esok kut dia datang…apa hal bos tu cuti lama sangat…nak kata outstation…tak ada pulak…demam kut!” kak Azah pula bersuara.
“Hmm….ya lah tu…demam cinta,” selamba saja Razif bersuara membuatkan kak Azah merenung lama ke mukanya. Razif segera menayang sengih.
“En. Razif ni….ada-ada aje kan…tau dek bos nanti…” kak Azah mengukir senyum.
“Siapa ni si cantik manis…akak tak nak kenalkan dengan saya ke?” Razif tiba-tiba memandang wajah Syah yang hanya diam membisu. Membiarkan kak Azah terus berborak dengan Razif.
“Ops….ini pembantu En. Raziflah…yang menggantikan En. Suhaimi….” kata kak Azah sambil memandang wajah Syah.
“Pembantu saya?...wow!” Razif terus memandang wajah Syah. Entah ekspresi apa yang di tonjolkan, tak dapat Syah nak tafsirkan.
“Wow!...what do you mean by wow?” soal kak Azah.
“Hmmm….not bad. Saya suka….nasib baik bukan spesis yang …” Razif hanya mengukir senyum.
“Yang tak cukup kain….kenapa?...En. Razif nak yang kategori tu ke?” kak Azah melirik ke arah Syah.
“Tak adalah…kira okeylah ni…itu bukan taste saya….akak ingat saya sukake perempuan macam tu….” Razif melirik ke arah satu sudut. Syah dan kak Azah turut menoleh.
Syah mengulum senyum. Tahu siapa yang di maksudkan oleh lelaki itu.
“Hmm….saya ingatkan semua lelaki sukakan perempuan yang  tergolong dalam kategori tu…bukan macam saya ni!” Syah mencelah membuatkan Razif dan kak Azah saling berpandangan.
Exercuse me young lady, for your information…I`m not a guy, as you think in your mind. I love women who politely…not too sexy. Lagi pun, sekarang ni saya sedang mencari seseorang untuk di jadikan isteri…bukannya bini…” kata Razif sambil menayang senyum.
“Bukannya sama ke…isteri dengan bini…kedua-duanya perempuankan?” kata kak Azah dengan pandangan pelik.
“Tak sama….karektor pun tak sama….perangai tak sama…apa lagi ejaan pun tak samakan…hanya jauhari yang mengenal manikam! renung-renungkan….” Razif terus berlalu selepas mengutarakan kata-kata itu. Kali ini Syah dan kak Azah saling berpandangan tapi akhirnya bibir kedua mereka saling bertukar senyum.
“Dulu…En. Razif tu perangainya agak nakal sikit….tapi makin lama makin okey…mungkin dia dah terikut dengan perangai bos…” kata kak Azah.
“Boleh Syah sesuatu pasal bos?” Syah berbisik perlahan, macamlah dia tak nak kasi orang lain dengar.
“Bos akak tu tua ke muda?” tanya Syah teragak-agak.
“Muda lagi….baya-baya En. Razif….mereka tu kawan merangkap sepupu…kenapa?” kak Azah nampak hairan.
“Tak ada….” balas Syah dengan dengan muka selamba.
“Dia dah kawin?” tanya Syah lagi. Berlagak macam wartawan pula dia kali ini.
“Belum. Macam En. Razif juga….masih mencari calon isteri….bukan bini!” jawab kak Azah, kemudian dia mengukir senyum. Tapi tangannya sedang membaca apa yang di catat di dalam dairinya. Tapi tak sangka juga jawapan dia tu sama dengan  statement En. Razif tadi.
“Agak-agaknya… Syah ni boleh isi borang tak untuk jadi calon isteri pilihan bos!” kata Syah sambil mengukir senyum. Saja nak tengok reaksi kak Azah.
Kak Azah nampak tergamam sebelum menelan liur.
“Alah….kak Azah ni…Syah gurau ajelah….don`t be serious okay!” Syah tergelak sendiri melihat reaksi kak Azah tu.
Why not…akak rasa Syah adalah calon yang paling sesuai untuk bos!” kata kak Azah membuatkan mata Syah membulat tiba-tiba. Bukan setakat matanya bulat, dia turut terbatuk-batuk. Memang di luar jangkaan.
“Syah gurau ajelah…” kata Syah mula rasa tak selesa dengan gurauannya tadi.
“Tapi…akak serius dengan jawapan tu!” balas kak Azah dengan muka serius tiba-tiba.
“Maaflah ya….sebenarnya, Syah ni dah ada anak pun…” kata Syah dengan tenang.
“Serius?...” hampir nak terkeluar biji mata kak Azah. Tetap juga dengan perkataan seriusnya itu.
“Yap. Baru aje seorang….tapi, akak janganlah canangkan pada semua orang pulak, ini antara Syah dengan akak aje tau!” Syah mengukir senyum. Saat itu juga terbayang wajah comel Risya.
“Ala…” kak Azah mendengus perlahan. Wajahnya nampak frust, tapi Syah tak kesah pun. Dia tak nak ada kena-mengenakan dengan sesiapa. Dia dah ada Jazlan. Takkan dia nak pandang lelaki lain lagi. Baginya, Jazlan dah cukup istimewa di hatinya.
“Ramai lagi calon di luar sana yang lebih sesuai dengan bos akak tu…” kata Syah.
“Hish…akak tak percayalah Syah dah kawin dan ada anak….” kak Azah terus memandang wajah Syah.
“Tak nak percaya…tak apa. Tapi, itu memang hakikatnya…” kata Syah dengan wajah tenang.
“Dah lama kita borak…bila akak nak tunjukkan tempat Syah ni…” kata Syah mematikan lamunan kak Azah.
“Ops, sorry. Mari akak tunjukkan tempat Syah!” Syah mengikut langkah kak Azah menunjuk ke meja yang disediakan untuknya. Dan kak Azah juga telah memperkenalkan dia dengan semua staff kat situ termasuk minah kerek tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...