Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 15 April 2014

Hanya dia, cinta hatiku 2



R
AZIF mencapai kunci yang ada di tempat penyangkut dan terus menuju ke muka pintu bila mendengar loceng dibunyikan bertalu-talu. Dia yang tertidur di ruang sofa masih lagi mamai sewaktu membuka pintu. Dia menggosok-gosok matanya bagi memastikan apa yang di lihatnya adalah betul, bukan mimpi.
“Im, apa kena dengan kau ni? kau bertinju dengan siapa ni sampai lebam-lebam?” soal Razif sebaik sahaja wajah teman baiknya berada di muka pintu.
“Kalau ya pun, nak jadi wartawan, bagilah aku masuk dulu….” marah Zahim sambil mengetap bibir. Orang sakit, dia bukan main kepoh pulak.
Mata Razif yang kantup sekejap tadi, terus segar bila melihat keadaan temannya itu. Teruk juga keadaan kawannya ini. Dah hampir nak bertukar rupa bila mukanya dah bengkak begitu. Laju tangannya membuka grill dan membiarkan Zahim membolos masuk. Selepas mengunci semula grill dan menutup pintu, Razif segera mendapatkan Zahim yang sudah berlabuh di sofa. Berkerut-kerut muka Zahim menahan sakit di badan dan mukanya.
“Sekali lagi aku nak tanya ni…apa kena dengan muka kau tu…kau bergaduh dengan samseng mana ni? pipi kau tu dah macam perempuan pakai blusher dah aku tengok….” Razif bersuara sambil cuba menyentuh pipi Zahim, tapi cepat saja Zahim mengelak.
“Boleh tak kau jangan nak jadi mak nenek…ini salah satu sebab kenapa aku tak balik rumah orangtua aku….dia orang pasti bising macam kau…” rungut Zahim sambil menyentuh lembut bibirnya yang bengkak.
“Aku cuma nak lahirkan perasaan perihatin…simpati seorang kawan. Kalaulah macam ni kau layan pertanyaan aku…baik aku biarkan aje  kau berkampung kat depan pintu apartment aku ni. Biar padan dengan muka kau yang dah memang lebam tu. Menyesal pulak aku bukakan pintu tadi,” Razif mula kecil hati. Yalah…kita punyalah risau tengok keadaan dia, ini di marahnya kita. Siapa yang tak hangat!
Sorry la bro, …kau boleh ambilkan aku minuman tak, hauslah….” pinta Zahim membuatkan Razif mengeluh perlahan.
Razif bangun dan menuju ke ruang dapur untuk mengambil segelas air. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke ruang tamu, matanya terpaku melihat Zahim yang sedang menyandarkan badannya di sofa sambil memejam mata. Razif segera mengambil tempat duduk berhadapan dengan Zahim.
“Im, aku dah bawakan air untuk kau…minumlah. Tadi, kata haus.” Razif bersuara sambil memandang wajah Zahim.
Zahim membuka mata dan terus membetulkan kedudukan agar lebih selesa. Air kosong segera di capai dan diteguk rakus.
Bro…aku mohon, cuba cerita kat aku…apa sebenarnya yang berlaku pada kau ni?...teruk sangat aku tengok keadaan kau, lebam sana sini…kau dah pergi klinik ke belum? kalau belum…aku tolong hantarkan.” suara Razif lagi. Kali ini dengan nada memujuk. Dia sebenarnya rasa terkilan dan tak puas hati selagi tidak diketahui apa sebenarnya yang berlaku pada Zahim. Tak pernah dia lihat kawannya dalam keadaan seteruk itu.
Zahim menggaru-garu kepalanya seketika.
“Yang kau tetiba garu-garu kepala tu apa hal…kepala kau tu ada banyak kutu atau kelemumurke?” soal Razif dengan dahi berkerut.
Zahim tergelak kecil mendengar komen Razif. Hai, kawan…kau buat lawak.
“Macam mana aku nak cerita ya!” kata Zahim dengan teragak-agak.
“Aik, itu pun payah nak mulakan intro. Kau bukannya nak masuk pertandingan bercerita…jadi, kau ceritakanlah apa yang berlaku sampai kau jadi macam ni…bukannya susah pun, tak payah nak buat karangan panjang-panjang.” perli Razif yang tak sabar melihat kerenah temannya. Aku cepukkan nanti, bertambah bengkak kat muka kau!
“Ermm…sebenarnya, tadi aku singgah dekat shopping complex kejap… Bila aku nak masuk dalam kereta, tiba-tiba dua orang lelaki datang serang aku. Pukul kepala aku dengan kayu hoki. Tak sempat aku nak  tanya dan buat apa-apa, terus aku di belasah. Nasib baik ada orang datang tolong aku. Aku memang respect betul kat dia. Dia begitu tangkas membelasah lelaki tu sampai lelaki tu pun kalah. Dia punya gaya,…fuh, buat aku terpegun gila…” Zahim mengukir senyum, masih terbayang lagi ketangkasan Syah menangani kedua lelaki itu dengan tenang.
“Hai, lain macam aje pujian kau ni…sejak kau kena belasah…otak kau pun dah biul sama, kau ni dah mula songsangke apa?...kau bikin bulu roma aku seriau aje ni…” kata Razif sambil menunjukkan lengannya yang sedikit berbulu itu.
Zahim tergelak seketika sehingga dia mengaduh kesakitan. Tangan kanannya segera menyentuh bibirnya yang bengkak.
“Oi, kau ingat aku ni apa ha…aku ni jenis lelaki tulen tau….tentu kau tak percayakan siapa penyelamat aku tu…” kata Zahim. Geram bila mendengar tuduhan kawannya itu.
“Penyelamat kau…abang bomba atau jaga kat shopping complex tu kut!” Razif mula tergelak-gelak membuatkan Zahim segera melemparkan bantak kusyen ke mukanya. Lemparan yang tepat dan padu membuatkan gelak Razif terhenti tiba-tiba-tiba.
“Main kasar nampak!” marah Razif sambil memegang kemas bantal kusyen yang dilemparkan oleh Zahim tadi. Kalau nak diikutkan, mahu sahaja dia membaling semula bantal kusyen itu ke muka Zahim, tapi mengenangkan muka kawannya itu dah bengkak, tak sampailah pula hati.
“Zif, kau tentu tak percayakan…penyelamat aku tu sebenarnya seorang perempuan…cun, lawa… sweet aje aku tengok muka dia walaupun dia tu tak ada senyuman.” Zahim bersuara membuatkan mulut Razif segera terlopong.
“Kau …biar betul. Penyelamat kau tu…perempuan?” hampir terjojol biji mata Razif mendengar kata-kata –kata Zahim itu. Sukar nak percaya.
“Yap…a girl…tapi, dia tu nampak agak brutal sikitla…tapi masih lagi cute,” jawab Zahim sambil mengukir senyum.
Razif menelan liur. Masih sukar nak percaya bahawa kawannya itu di bantu oleh seorang perempuan. Lagi pun dia jarang mendengar Zahim memuji perempuan walaupun ramai perempuan yang datang mengendeng. Malah ada juga yang sanggup datang untuk serah diri. Tapi Zahim memang jarang melayan mereka tu semua. Katanya, mereka tu …bukan taste dia. Entah, apa agaknya taste si Zahim ni…takkanlah perempuan macam tu! hish…tak dapat nak di bayangkan.
“Tadi…yang kau cakap…pasal belasah tu semua…that girl yang belasah dua lelaki yang menyerang kau tu!” Razif memandang tepat ke muka Zahim mencari kebenaran.
Zahim mengangguk beberapa kali membuatkan Razif menelan liur.
Oh my god. Kau sempat berkenalan dengan dia tak?...mana tahu dia tu jodoh kau…tapi, kau kena hati-hati…nanti segala tulang –menulang kau patah liuk di kerjakan dia…..” Razif tergelak kecil memikirkan kemungkinan yang bakal di hadapi oleh Zahim.
“Aku tak sempat nak berkenalan,…dia jual mahal sangat. Aku nak kasi kad pun dia tak nak terima. Tapi….aku benar-benar harap yang aku akan dapat jumpa dia lagi.
“Hmm…harap-haraplah…” sokong Razif dengan muka selamba. Bagi sokongan ajelah, bukannya rugi pun.
“Kau ni…nak aku hantarkan kau ke klinik tak?...” Razif kembali memandang wajah Zahim.
“Kejap lagilah…” dalih Zahim sambil menyandarkan badan di sofa.
“Kau ni memang….aku tahu sangat perangai kau….takut sangat nak jumpa doktor. Macam budak-budak walaupun badan berketul-ketul. Aku tukar baju kejap…nak tak nak…kau kena pergi klinik, biar doktor bagi kau suntikan sejarum dua….” kata Razif.
“Suntikan?...ah…Tak mahu aku…kau bukan tak tahu…aku alegik betul benda tu…”kata Zahim membuatkan Razif tergelak-gelak sambil mengeleng kepala.
“Kan betul kata aku….kau ni penakut, mengalahkan budak-budak.” balas Razif lagi.
“Malam ni aku bermalam kat sini…esok aku cuti….nanti aku call papa….tapi, kau jangan lebih-lebih pulak bagitahu kat papa aku pasal hal….nak-nak kalau tahu dek mama aku…meroyan dia nanti…”kata Zahim.
“Aku tahulah…”balas Razif dari dalam bilik.
Selepas itu, Razif membawa Zahim ke klinik yang berdekatan. Siap bagi ugutan lagi. Kalau tak nak pergi klinik, Razif tak kasi dia tidur di situ. Terpaksalah Zahim akur dengan ugutan itu. Rugi pula bila mengenangkan yang dia tak punya rumah sendiri. Papa dan mama yang tak bagi dia tinggal sendiri dengan alasan tak ada orang yang akan menghuni banglo mewah itu.

1 comment:

  1. best...zahim dh angau kat heroin yg selamat kn nyer..mmg power lh pempuam cam tuh...hehe...hero malaya dh jatuh cinta...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...