Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 6 March 2014

Diakah Mr. Perfect Aku?19





T
ERBUTANG mata Diya dan Jemy melihat suasana kondo itu. Fulamak! Memang mengancam habis. Cantik dan mewah dengan susun atur dan perabutnya. Memang complete. Masuk dalam kondo ni, bawa diri aje. Kata orang tua…basuh kaki. Semua dah tersedia. Bestnya, tak dapat nak di bayangkan dengan kata-kata. Amin dan Misha pun macam terpegun habis. Nasib baik tak meleleh air liur mereka.
“Niq, betulke ini kondonya….mewah sangat. Nanti tak terbayar sewanya.” Pn. Hasmah bersuara. Dia pun cukup terpegun dengan susun atur dan semua barang yang ada.
“Betullah….takkanlah Aniq nak tipu pulak. Auntie jangan bimbang…Aniq dah uruskan semuanya. Pasal sewa…Diya dan Jemy boleh bayar bila dapat gaji nanti.” kata Aniq. Gembira melihat mereka semua tertarik dengan kondo itu. Tak sia-sia usaha dia.
“Hmm…bagus. Uncle pun suka dengan semua yang ada di sini. Dah lengkap semuanya.” puji En. Jamaluddin sambil memandang sekitar kondo mewah itu. Aniq yang mendengar pujian itu tersenyum senang.
“Tapi ayah harap…Diya pandai-pandailah ya…” kata En. Jamaluddin memberi peringatan pada Diya pula.
“Jangan bimbang. Tahulah Diya uruskan semuanya nanti. Lagi pun, abang Aniqkan ada untuk tolong Diya, betulkan abang Aniq?” Diya memandang wajah Aniq.
“Ya…ya….jangan bimbang. Diya cakap aje. Abang Aniq akan bantu.” Aniq tersenyum sambil menjawab pertanyaan Diya. Kembang hatinya mendapat kepercayaan Diya. Depan orangtunya pula tu. Bangga gila beb!
“Malam ni, kita semua akan tidur kat sini. Diya ingat nak buat solat hajat  dan baca Yasin…bolehkan?” cadang Diya meminta pendapat yang lain.
“Elok juga tu.” sokong En. Jamaluddin.
“Apa kata kita semua pergi makan dulu. Aniq belanja. Malam ni bolehlah Aniq kenalkan auntie dan uncle dengan orang tua Aniq. Mereka pun dah tak sabar nak jumpa bila dapat tahu uncle dan auntie nak datang sini.”  Aniq membuat usul.
Memang pada awalnya, hanya Amin dan Misha sahaja yang akan datang. Tiba-tiba tergerak pula hati Pn. Hasmah untuk datang. Jadi En. Jamaluddin pun terpaksalah ikut sama. Bukan main seronok dan gembira sekali Aniq melihat kemunculan orangtua Diya. Tak sabar rasanya nak perkenalkan mereka dengan orangtuanya nanti.
Hari ini juga keluarga Diya makan tengahari di restoran mewah. Tersenyum lebar ibu dan ayah Diya menerima layanan dari Aniq. Tak habis-habis memuji kebaikan lelaki itu. Diya pula yang rasa tak selesa. Takut tak terbalas budi nanti. Amin dan Jemy pun apa lagi. Terang-terangan masuk jarum.
“Kalau dapat makan macam ni selalu, kan best.” kata Jemy sambil melirik ke arah Diya.
“Yalah tu…silap-silap hujung bulan makan ikan keringlah kau….hujung tahun dapat penyakit darah tinggi. Kau nak?” tempelak Diya menahan geram. Bukan dia tak tahu sindiran Jemy tu. Siap naik kening lagi bila memandang wajah Aniq yang sejak dari tadi asyik senyum memanjang.
“Dah ramai-ramai kita berkumpul ni…along nak bagi tahu berita gembira…” Amin melirik ke arah isterinya yang tersenyum malu-malu.
“Ya, berita apa tu?” Diya teruja. Tapi dia mula dapat mengagak berita itu bila melihat wajah kakak iparnya yang mula merah.
“Misha ke abang yang nak bagi tahu ni?” Amin memandang wajah Misha.
“Alah…tengok muka korang berdua pun Diya dah tahu….Diya nak dapat anak saudarakan?” teka Diya sambil tersenyum memandang pasangan itu.
“Ya ke?...ibu akan dapat cucu?” Pn. Hasmah pula menyampuk. Dia turut teruja mendengar kata-kata Diya.
“Ya ibu….baru aje empat minggu.” beritahu Amin sambil menggenggam erat tangan Misha yang ada di atas meja.
“Alhamdulillah…tak sabarnya ibu nak timang cucu.” Pn. Hasmah mengucap syukur. Begitu juga dengan En. Jamaluddin.
Congratulation, bro. Kiranya anak kau tu anak buah aku jugaklah kan…” sampuk Aniq  tumpang gembira.
“Kira anak buahlah….kalau abang Aniq ni kawin dengan Diya….betul tak Diya?” Jemy mencelah membuatkan Diya tiba-tiba batuk. Aniq segera menghulurkan minuman untuk Diya. Terus di teguknya air itu.
“Terima kasih.” ucap Diya sambil melurut dadanya seketika.
“Sama-sama,” balas Aniq.
“Apalah kau ni Jemy…” Diya segera mencubit lengan Jemy.
“Aduh!....kalau ya pun apa salahnya…kan abang Aniq?” Jemy tetap buat muka poyo. Sedikit pun tidak menghirau jelingan Diya yang tajam bak sembilu. Keluarga Diya yang lain hanya diam membisu.
“Aku rasa kau ni baik kawin aje minggu depan dengan si Leman…gatal semacam.” rungut Diya menahan geram.
“Aku tak kesah…lagi mahu apa!...tapi kau tu…siapa yang nak temankan kau tinggal kat kondo tu…kau nak tinggal seorang diri?...kalau takut…cepat-cepatlah cari teman sebilik.” Jemy masih lagi menyakat Diya. Inilah peluang dia nak mengenakan Diya cukup-cukup. Tambahan pula keluarga Diya tak mencelah. Muka Diya waktu ni, usahlah cakap. Dah biru. Silap hari bulan, berasap nanti.
“Dahlah…tak payah nak panjangkan lagi. Kita balik sekarang.” En. Jamaluddin bersuara. Kesian pula melihat wajah resah Diya. Bimbang kalau Diya menangis di situ. Bukan dia tak kenal perangai si Jamilah ni. Suka sangat nak menyakat Diya. Tapi itulah yang mengeratkan hubungan persahabatan mereka.


KEDATANGAN keluarga Diya di banglo mewah Datuk Mukhlis di sambut oleh Datuk Mukhlis dan Datin Dr. Sharlene sendiri.  Awal-awal lagi mereka membuat persiapan untuk menyambut kedatangan tetamu itu.
“Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami.” ujar Datin Dr. Sharlene sebaik saja bertemu dengan keluarga Diya.
“Kami yang patut berterima kasih kerana Datuk dan Datin sudi menerima kunjungan kami. Apa lagi membenarkan Diya tinggal di sini buat beberapa hari.” sahut Pn. Hasmah dengan rasa segan.
“Tak ada apalah. Selama ini pun Aniq selalu datang ke rumah Pn. Hasmahkan.” Datin Dr. Sharlene pula bersuara dan segera mempersilakan tetamu duduk.
“Panggil aje Mah…rasanya kita berdua ni hampir sebaya sajakan, Datin.” pinta Pn. Hasmah.
“Hmm…kalau macam tu…Mah pun tak payahlah berDatin dengan saya, panggil aje Leen.” Datin Dr. Sharlene  besuara  dengan ramah.
“Betul tu…kita ni sama saja….tak ada bezanya. Betul tak Din?”sambung Datuk Mukhlis sambil tergelak kecil. En. Jamaluddin hanya mengangguk kepala.
“Jemput makan….tadi Aniq ada bagi tahu yang Diya nak buat solat hajat dan baca Yasin malam ni sempena masuk rumah, betulkan?” Datin Dr. Sharlene memandang wajah Diya yang sejak dari tadi banyak mendiamkan diri. Jemy pun tak bersuara. Kalau tak, becok aje mulutnya. Agaknya dia segan dengan orangtua Aniq yang sememangnya berpangkat.
“Betul auntie, tanda kesyukuran. Harapnya auntie dan uncle dapat menyertainya sama…kalau tak keberatan.” Diya mencelah.
“Kami minta maaflah sangat-sangat sebab tak dapat nak sertai kerana ada hal yang tak dapat nak di elakkan. Tapi kami akan cuba datang walaupun mungkin agak kelewatan sikit.” balas Datuk Mukhlis dengan wajah kesal.
“Tak mengapa, hal kecil aje tu.” En. Jamaluddin segera bersuara.
“Jemputlah minum, jangan di pandang aje makanan yang ada depan tu….nanti siapa pula yang nak habiskan. Rumah ni bukannya ramai orang. Itulah…kami ni dah lama kempunan nak terima menantu tapi tahu-tahu ajelah si Aniq ni….buat dek aje.” sambung Datin Dr. Sharlene.
Aniq yang mendengar celoteh mummynya hampir tersedak.
“Alah mum ni…bukannya Aniq tak nak bagi mum menantu…tapi sekarang ni Aniq tengah usahalah…mungkin tak lama lagi kut!” balas Aniq. Sempat juga dia mengerling ke arah Diya yang berpura-pura tidak faham maksud kata-katanya.
“Ya ke?.. baguslah….kiranya, Diya dah terimalah ya…” wajah Datin Dr. Sharlene berseri-seri mendengar jawapan Aniq.  Dan kali ini wajah Diya pula menjadi mangsa membuatkan Diya terpingga-pingga. Apa lagi bila semua orang sedang memandangnya. Menunggu reaksi.
“Er…” Diya tak tahu apa yang harus di ucapkan.
“Kalau betullah…tak lama lagi berbesanlah kita ya…” Datuk Mukhlis turut teruja mendengarnya.
En. Jamaluddin dan Pn. Hasmah mula rasa resah. Amin juga turut merasa bahangnya, apa lagi Diya.
“Cantik betul rumah auntie ya!” tiba-tiba Jemy bersuara. Sengaja mengubah topik bila melihat Diya dan orangtuanya resah.
“Rumah biasa aje.” balas Datin Dr. Sharlene yang segan menerima pujian.
“Biasa apanya auntie…cantik sangat. Besar dan mewah…” puji Jemy yang sememangnya kagum dengan isi dalam banglo itu. Kalaulah dia mampu miliki banglo seperti ini…alangkah bertuahnya.
“Rumah besar pun bukannya ada ramai orang. Kalau kami ni punya ramai anak…bagus juga. Tapi nak buat macam mana…hanya Aniq lah satu-satunya anak kami. Harapnya selepas ini Aniq mampu berikan kami ramai cucu, biar meriah sikit rumah ni…kalau tak, sunyi aje. Kan bang!” Datin Dr. Sharlene bersuara lagi. Kali ini wajahnya nampak sedikit keruh.
“Ya, harap-harap cepatlah Aniq ni dapat jodoh.” Datuk Muklis menyokong.
Selepas itu, banyak juga topik yang di bincangkan. Termasuklah aktiviti dan kerja En. Jamaluddin. Terpegun Datuk Mukhlis mendengarnya. Tak sangka yang En. Jamaluddin punya business yang agak berjaya. Makin terpegun bila di beritahu yang saban tahun pasangan itu selalu mengerjakan Umrah berselang dengan Haji. Dalam diam  sudah banyak kali juga dia sponser beberapa orang kampung yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan haji kerana baginya harta yang di miliki akan lebih diberkati sekiranya dapat membantu dan berkongsi dengan mereka yang lain untuk melakukan ibadah. Mungkin dengan itu juga keluarga En. Jamaluddin lebih di hormati oleh orang sekeliling.
“Segan saya, saya ni tak pernah sekali pun melangkah ke sana..” kata Datuk Mukhlis dengan wajah keruh.
Bukan dia tak kesempatan untuk ke sana tapi entah kenapa, hatinya belum tergerak hati untuk ke sana. Adakah selama ini dia terlalu mengejar keduniaan, menghimpun harta sampaikan lupa hal akhirat. Dia mula insaf. Dia segera berkalih. Wajah isterinya di pandang.
“Betul kata abang…kita ni bukannya tak mampu tapi selama ini kita terlalu mengejar hal dunia, kan bang?” Datin Dr. Sharlene turut terasa.
“InsyaAllah, kalau hati ikhlas, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Kami pun berbesar hati kalau kita dapat pergi bersama nanti.” ujar En. Jamaluddin.
Orangtua Aniq mengangguk. Menyetujui kata-kata itu. Sesungguhnya kekayaan dan harta benda bukanlah satu jaminan seseorang itu di masukkan syurga tapi yang menentukannya adalah amalan yang dilakukan dengan seikhlas hati.


SELEPAS solat hajat dan baca Yasin, sekali lagi mereka makan malam bersama.
Tidak lama kemudian Datuk Mukhlis dan Datin Dr. Sharlene muncul di kondo itu.
“Ingatkan mummy dan daddy tak datang tadi,” Aniq menyambut kedatangan orangtuanya dengan rasa gembira.
“Kan daddy cakap akan cuba datang walaupun terlambat,” balas Datuk Mukhlis.
“Macam mana dengan kerja Diya kat pejabat tu? Ada apa-apa masalahke?” tanya Datuk Mukhlis sambil memandang wajah Diya.
“Setakat ni tak ada masalah…semua staf kat sana okey…bos pun baik…” jelas Diya.
 Memang Diya akui bahawa Carl dan yang lain melayannya dengan baik dan mesra. Malah Carl selalu juga mengambil peluang untuk mengajak dia makan tengahari bersama tapi dia yang menolak dengan alasan bimbang apa pula tanggapan orang lain. Dahlah dia cuma baru bekerja tiga hari sahaja.
“Baguslah…SM Holdings tu sebuah syarikat yang besar dan terkenal. Malah, ada ketikanya uncle sempat juga bertemu dengan pemilik syarikat tu. Kiranya macam kawanlah jugak! Uncle dapat tahu yang tuan punya SM Holdings tu ada dua orang anak bujang yang bekerja di situ… Diya dah jumpa?” Datuk Mukhlis turut menyatakan khabar yang diketahuinya.
“Erm…belum lagi. Dengarnya CEO tu masih lagi ada kat Singapura. Diya pun ada dengar cerita orang jugak yang CEO SM Holdings tu kacak orangnya…” kata Diya. Sengaja mencanangkan berita itu. Ingin mengetahui sejauh mana penerimaan Aniq. Dan nampaknya ia cukup berkesan. Masam aje muka Aniq bila Diya memuji lelaki lain.
“Aik…ini yang tak tahan dengar ni…boleh lagi Diya puji lelaki lain depan abang ya!” suara Aniq dengan muka merajuk menyebabkan yang lain sudah menyimpul senyum.
“Nampaknya saingan dah bertambah ni…” sampuk Amin untuk mengusik teman rapatnya.
“Yalah…kalau lambat…melepaslah abang Aniq!” sambung Jemy sambil tergelak kecil.
Aniq mengetap bibir. Cukup tak puas hati bila semua orang cuba membuatnya rasa tidak selesa.
“Tapi abang tetap yakin yang hati Diya tak berubahkan…” Aniq memandang wajah Diya.
`Tak berubah?...memang pun. Hatinya tetap untuk Mr. perfectnya….` Diya tersenyum sendiri.
Diya memandang wajah ibu. Sejak dari tadi ibu mengesyorkan agar dia berterus-terang saja dengan Aniq pasal statusnya sebagai isteri. Lagi lama perkara ini di simpan, lagi lama rasanya dia mengumpul rasa bersalah terhadap anak muda yang telah lama menaruh hati secara terang-terangan pada Diya itu. Lagi pun, satu dosa juga kalau Diya selalu keluar bersama lelaki yang bukan mahram itu walaupun dia kenal dan dia tahu siapa lelaki yang ada bersama Diya itu.
“Abang Aniq, …dah terlanjur kita cakap hal ini…ada satu perkara yang Diya nak cakap dan jelaskan di sini. Sepatutnya hal ini dah lama di selesaikan tapi …Diya terlebih dulu mohon maaf kalau apa yang Diya bagi tahu nanti tidak memuaskan hati mana-mana pihak. Bukan niat Diya nak sembunyikan hal ini tapi  Diya tak tahu bagaimana cara nak berterus-terang. Diya tahu Diya salah tapi ini soal hati dan perasaan…” kata Diya menyebabkan semua mata tertumpu padanya. Menanti butir-butir kata yang seterusnya. Diya menunduk. Hampir tak terkeluar kata bila semua orang sedang memandangnya tanpa berkelip. Ah! Sukarnya untuk berterus-terang. Kalaulah hal ini dapat diselesaikan semudah menyebut abc…sudah lama dia  mengeluh lega.


3 comments:

  1. Buku sudah di pasaran kah?
    Tq

    ReplyDelete
  2. x sambung dah ke??heheheeheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...