Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Sunday, 1 December 2013

Hanya dia, cinta hatiku 1


S
HAH menolak troli yang sarat dengan barang-barang keperluan yang di kira penting seperti barang dapur dan juga kelengkapan diri, sementara Hanah memimpin tangan Risya yang sedang memegang ais krim cornetto di tangannya. Sejak dari awal tadi anak kecil itu merengek mahukan air krim itu. Sebaik sahaja mereka sampai di kereta Myvi warna oren, mata Shah terpandang satu senario yang membuatkan dia mengetap bibir tiba-tiba.
“ Tolong jaga Risya kejap.” kata Shah sambil menyerahkan kunci kereta yang baru di ambil dari poket seluarnya ke tangan Hanah yang tercengang-cengang melihat Shah bergegas pergi.
Hanah segera menoleh mengikut langkah Shah yang laju ke arah deretan parkir kereta di pusat membeli belah itu. Ternganga mulut Hanah bila melihat Shah menonong laju ke arah dua orang lelaki yang sedang menumbuk seorang lelaki yang nampak lemah di sebelah kereta mewah. Walaupun agak jauh juga jarak tempat kejadian itu, tapi Hanah dapat agak bahawa pasti lelaki itu teruk di kerjakan. Mana kan tidak, dua orang lelaki yang menumbuk lelaki itu boleh tahan kasar orangnya. Mampukah Shah menangani dua lelaki itu nanti?
Hanah mengetap bibir. Risau juga kalau apa-apa jadi pada Shah. Dia tahu bahawa Shah tak mungkin akan melihat sahaja kalau apa-apa kejadian yang tidak di ingini berlaku depan matanya. Cepat saja dia nak bertindak walaupun ada kalanya terpaksa dia masuk campur, menegah Shah dari berbuat sesuatu. Bimbang kalau kejadian buruk berlaku padanya. Dia tak sanggup nak hadapi kehilangan Shah nanti.
Hanah segera membuka pintu kereta dan menyuruh Risya masuk ke dalam. Dia tak mahu Risya melihat kejadian itu. Tanpa banyak bicara, Risya hanya  mengikut arahan Hanah tanpa bertanya ke manakah Shah pergi. Hanah masih diam kaku berdiri di sisi kereta myvi selepas menghidupkan enjin kereta dan memasang penghawa dingin.


HOI, korang jangan buat hal kat sini!” jerit Shah sebaik sahaja berhadapan dengan dua lelaki. Seorang lelaki yang agak kurus memegang lelaki yang tak bermaya itu sementara yang bertubuh agak berisi masih lagi enak membelasah lelaki itu. Kesian sungguh Shah melihat keadaan lelaki yang tidak bermaya itu, tertunduk-tunduk menahan kesakitan.
“ Weh, dia bawa pembantulah…” salah seorang lelaki yang bertubuh sasa dan berambut kontot sebaik sahaja memandang wajah Shah sambil mengukir senyum menayangkan gigi kuningnya.
“ Yalah ….brutal semacam aje ni bro,” sahut kawannya yang berambut panjang melepasi bahu. Kawannya yang ini bertubuh kurus. Muka macam penagih dadah pun ada.
Kedua-dua lelaki itu tersengih-sengih memandang wajah Shah yang sedang mengetap bibir. Lelaki yang kena tumbuk itu cuba berdiri di sisi keretanya. Dia agak tercengang melihat Shah begitu berani berhadapan dengan dua lelaki itu.
“ Korang berdua tolong blah dari sini kalau tak nak dapat habuan masing-masing,” kata Shah sambil memandang tajam wajah dua lelaki yang tidak semenggah itu. Muka macam penyangak, memang sesuailah kerja sebagai kaki pukul. Ingat aku takutke?....ini Shah. Korang akan tahu kehebatan aku kalau korang tak blah dari sini sekarang.
Bro, apa tunggu lagi…kita kerjakan aje budak brutal ni sekarang….nak jadi superhero konon…memang tak sedar diri….ha….ha….” lelaki yang berambut kontot itu memandang sinis wajah Shah yang sedang hangat. Pantang datuk moyang aku kalau dirinya di perlekehkan.
“ Yap,…apa kata kita `rasa` dia…aku pun dah lama tak merasa `makan besar` ni….gianlah pulak!” sambut lelaki yang bertubuh kurus yang memakai seluar londeh yang hampir menampakkan seluar dalamnya.
“ Hei, korang jangan apa-apa dia….dia tak ada kena mengena dalam hal ni.” lelaki yang kena tumbuk itu bersuara bila kedua lelaki itu mula mara ke arah Shah.
“ Apa kami peduli….hidangan dah ada depan mata, kami terima aje dengan senang hati…” balas lelaki kurus lagi sambil terus mara ke arah Shah.
Lelaki yang kena tumbuk itu cuba menghalang, tapi kudratnya yang lemah membuatkan dia jatuh terjelepuk apabila perutnya di tumbuk berkali-kali oleh lelaki yang bertubuh sasa berambut kontot itu.
“ Okey, kalau korang nak merasa penangan aku….silakan ke depan. Korang boleh buat pilihan, siapa yang nak dulu….” kata Shah mempelawa kedua lelaki itu mara . Dia memang sudah bersiap sedia untuk memulakan langkah.
“ Aku dulu, bro….kacang je ni…” lelaki kurus itu segera laju ke depan dan cuba memeluk Shah.
Tapi sayang, angannya tak kesampaian bila dia di tempelak oleh Shah. Lelaki kurus itu diterajang dan di tumbuk berkali-kali sampai lembik. Kawannya hanya memandang dengan mata terbeliak. Tak sangka yang Shah mampu mengalahkan kawannya. Memang kawannya ini kurus orangnya tapi dia juga handal bertumbuk, apa lagi bila pekena pil kuda. Memang tak ingat dunia langsung.
“ Ok, sekarang giliran kau pulak.” ajak Shah  bercekak pinggang sambil melepas keluhan penat dan termengah-mengah.  Penat juga menangani lelaki kurus ni walaupun tak adalah mencabar sangat. Tapi rasanya sekarang ni, dia perlukan tenaga yang lebih untuk menangani lelaki yang bertubuh agak sasa ini.
Lelaki berambut kontot itu maju ke arah Shah.  Sebelum itu, sempat dia menyepak tubuh kawannya yang sedang mengaduh kesakitan sambil terbaring.
“ Buat malukan kaum aje,” sempat dia merungut kawannya.
Hampir lima minit juga Shah dan lelaki itu bertarung sebelum lelaki berambut kontot itu rebah akibat di pukul sesuatu. Shah terngadah, terkejut bila lelaki bertubuh sasa itu jatuh tiba-tiba. Dan saat ini, mata Shah beradu dengan sepasang mata milik seorang lelaki. Mereka berpandangan seketika. Masing-masing diam terkedu.
“ Terima kasih sebab awak bantu saya,” ujar lelaki itu selepas melemparkan kayu hoki ke bawah. Dia menekan perutnya yang memang senak dan sakit. Darah pekat yang mengalir di bibirnya di biarkan keluar. Mukanya pun ada nampak lebam di beberapa tempat. Kesian Shah melihatnya.
“ Awak tak apa-apa?” tanya Shah masih berdiri statik di tempatnya.
“ Yap, I`m okay. Thanks again…” ujar lelaki itu cuba mengukir senyum.
“ Apa kita nak buat dengan makhluk dua ekor ni?” soal Shah sambil memandang dua lelaki yang sedang mengaduh kesakitan. Mereka agak ketakutan melihat wajah Shah dan lelaki itu. Tadi, bukan main samseng dan berlagak lagi. Bila dah kena, sudah hilang taringnya. Padan muka!
“ Biarkan aje mereka pergi…saya tak nak perkara ni di panjangkan…” kata lelaki itu sambil memandang dua lelaki yang terduduk di bawah tu. Mereka memandang antara satu sama lain.
“ Korang berdua blah sekarang, lain kali jangan buat hal lagi…kalau aku jumpa korang berdua lagi sekali….memang nahas korang aku kerjakan….” kata Shah tegas membuatkan kedua lelaki itu segera bangun dan beredar dari situ dengan menahan kesakitan.
Lelaki itu memandang wajah Shah tak berkelip. Dia menelan liur perlahan.
“ Apa? nasib baiklah tu…ada orang datang tolong. Kalau tak, awak tinggal arwah aje.” kata Shah memandang lelaki itu.
Lelaki itu mengukir senyum walaupun nampak kerutan pada wajahnya. Mungkin sedang menahan kesakitan. Shah hanya memandang lelaki itu menghala ke  kereta Audi TT miliknya.
“ Awak nak saya bantu awak hantar ke hospital atau klinikke?” tanya Shah bila melihat lelaki itu bersandar di kereta sambil menekan perutnya dengan dahi berkerut.
No, thank.” ujar lelaki itu menolak pelawaan Shah.
“ Kayu hoki tu awak punya ke?” tanya Shah bila matanya terpandang kayu hoki yang di gunakan oleh lelaki itu untuk memukul lelaki samseng tadi.
“ Tak. kayu tu milik samseng tadi. Mereka pukul saya dengan kayu tu tadi…jadi, saya tak sempat nak bersedia bila mereka tiba-tiba muncul dan terus memukul saya….” beritahu lelaki itu.
Shah mendengus perlahan.
“ Awak kenal dengan  mereka ke?...takkanlah tetiba aje mereka datang pukul awak…atau awak ni ada berhutang dengan along. Awak tak mampu bayar, jadi mereka hantar orang untuk pukul awak.” telah Shah sambil memandang wajah lelaki itu.
Sekali lagi lelaki itu cuba mengukir senyum sambil memandang wajah Shah.
I`m clean…saya tak pernah berhutang dengan along. Saya rasa mereka salah orang…” kata lelaki itu lagi.
“ Kalau tersalah orang…awak memang kesian….Jadi, saya rasa… awak patut buat laporan polis, macam mana kalau mereka datang jumpa awak dan pukul awak lagi…” kata Shah melahirkan rasa bimbang. Yalah, banyak kejadian seperti itu berlaku sekarang. Kejadian pukul, samun, bunuh dan rogol dah jadi perkara biasa. Dah banyak di paparkan di suratkhabar dan tv. Setiap orang mesti berwaspada terhadap sesiapa sahaja. Jangan mudah percaya pada orang yang tidak kita kenal.
“ Hmm…saya harap saya akan dapat jumpa awak lagi!” ujar lelaki itu membuatkan Shah mengetap bibir. Masih lagi sempat nak merapu dalam keadaan macam tu. Aku bagi sebijik kang, bermalamlah kau kat hospital nanti.
“ Kalau macam tu, saya pergi dulu.” kata Shah.
Shah mendengus kasar sambil memandang wajah lelaki itu. Malaslah dah layan isu yang terkeluar dari tajuk. Apa pula kata Hanah dan Risya bila dia tak muncul di depan mereka lagi.
Wait…” lelaki itu bersuara bila Shah mula melangkah pergi.
Yes!” Shah memandang wajah lelaki itu dengan dahi berkerut.
Take this…saya terhutang budi pada awak,” lelaki itu menghulur sekeping kad.
“ Tak perlu. Saya tolong dengan ikhlas. Kalau orang lain di tempat awak pun, saya juga akan tolong.  Kalau nak berkenalan pun, bukan ini caranya…tunggulah awak sembuh dulu!” kata Shah dan terus berlalu meninggalkan lelaki itu dalam keadaan tercengang. Tak sangka, niat baiknya di salah ertikan. Tak apalah, harap dia akan jumpa dengan penyelamatnya lagi sama ada lambat atau cepat. Dia akan menunggu untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana dia benar-benar terhutang budi dan berterima kasih atas pertolongan Shah itu. Bibirnya tiba-tiba mengorak senyum.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...