Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 3 December 2013

My SH


JOHANNA  mengelap meja bagi memastikannya bersih sebaik sahaja pelanggan beredar dari kedai keknya. Sejak kebelakangan ini kedai keknya yang diberi nama Hanna`s  Cake & Bakery mula mendapat sambutan yang menggalakkan semenjak ia di buka 3 bulan yang lepas. Dan dia mengambil masa berbulan-bulan juga mengikuti kursus untuk menyediakan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut. Dia bersyukur sebab kedai yang di sewanya merupakan tempat yang strategic. Bukan senang nak dapat peluang dan tempat ini. Hampir 3 bulan juga dia berusaha, berikhtiar mencari lokasi dan juga pelaburan. Nasib baiklah dia berjaya.

 Sebenarnya dia tak nak susahkan ayah. Kalau  dia nak, dia boleh aje minta modal dengan ayah tapi dia tak mahu. Dia nak berjaya dengan hasil usaha sendiri. Apa kelas asyik nak duduk bawah ketiak mak bapak bila dah tua-tua begini. Lagi pun dah lama dia bercita-cita nak buka kedai kek. Dia tak nak jadi macam kak Wani dan abang Halim, sikit-sikit minta bantuan ibu ayah, malas nak berdikari betul. Kadang-kadang dia muak dengan sikap mereka . Terlalu bergantung dengan orangtua walaupun dah tua bangka dan dah ada keluarga. Tak malu betul dia orang tu kan!.
Dia teringatkan abang Halimnya, dah hampir beratus ribu duit ayah di habiskan untuk dia buka macam-macam jenis perniagaan, tapi tak pernah kekal. Paling lama bertahan pun hanya 6 bulan.  Apa tidaknya, baru aje perniagaan nak bernyawa sikit, mulalah tak sedar diri. Nak pakai kereta mewah, beli perabut mewah, tukar itu, tukar ini,  pergi melancong luar negaralah….hish….mana nak maju. Bukan sahaja tak dapat untung, lingkup dengan modal-modal sekali.
Kak Wani pun macam tu jugak, manjakan sangat suaminya, abang Samsul tu. Bukannya dia tak kenal perangai abang Samsul, ada duit sikit, mulalah rancang yang bukan-bukan sampai lupa diri. Kadang-kadang tu hanya asyik  fikirkan nak joli aje. Bila tak ada duit, mulalah pujuk kak Wani minta dengan ayah. Ayah pun satu hal, asal aje mereka berdua tu minta, terus kasi. Tak ada heh, tak  ada hoh langsung. Cubalah ayah berkeras sikit, bagi pengajaran….biar mereka usaha sendiri. Barulah tahu bukan mudah nak dapat wang. Cakap aje nak pinjam, tapi bayarnya tak pernah. Nasib baiklah perniagaan ayah berjaya, tak terkesan pun kalau kak Wani dan abang Halim minta duit. Tapi kalau dah asyik meminta, duit setinggi gunung pun akan habis kalau asyik di toreh.
“ Cubalah korang berdua ni berdikari sikit….ini tidak, asyik mintak aje…korang ni tak malu dengan Hanna ke? dia lebih suka berdikari sejak dari dulu bukan macam korang berdua ni!” rungut Hjh. Faezah pada dua orang anaknya itu.
Wani dan Halim hanya mencebik. Tak suka betul bila ibu asyik memuji adik bongsu mereka yang suka berdikari tu.
“ Alah ibu, Hanna tu belum lagi berkeluarga…tak adanya nak pakai duit. Duduk pun dengan ibu dan ayah…apa yang dia nak fikirkan lagi…” kata Wani membela diri sambil mengerling ke arah Hanna.
Hanna hanya diam. Kak Wani  memang dengkikan dia. Tambah-tambah dengki lagi bila ibu asyik memujinya. Macam mana ibu nak puji dia kalau tak ada perkara pun yang menyenangkan hati ibu. Masa dia kawin dulu pun, semuanya ibu dan ayah yang sponser. Dia hanya nak itu dan ini. Nak buat majlis tunang grand, nak buat majlis kawin pun grand tapi duit tak ada. Abang Samsul pun bukannya lelaki yang berduit tapi lagak aje lebih macam orang berjawatan YB sedangkan dia hanya berkelulusan diploma sahaja. Tapi masa nak nikah hari tu gembur kata ada degree, berjawatan besar, siap dah ada rumah dan kereta lagi. Hakikatnya hancus, habuk pun tara. Macam manalah kak Wani boleh `terjatuh cinta` dengan lelaki penipu tu. Apa nak buat….love is blind, terima ajelah.
Abang Halim pun macam tu, dapat pula isteri yang kaki kikis,  nak semua benda yang mewah, benda yang standard. Tak sedar diri sungguh kakak iparnya itu. Masalah betul. Siapa suruh dia cari perempuan yang jenis pisau cukur.  Silap hari bulan belum lagi usia 50 tahun, semuanya dah licin habis di kikisnya sampaikan bulu roma pun licin sama. Bagus juga tu, tak payahlah abang Halim berhabis duit beli veet kan! jimat duit… ha…ha….ha….
“ Kak Hanna, Nida nak balik ni…kak Hanna nak Nida buat apa-apa ke sebelum Nida balik ni?” tanya Anida menghampiri Hanna yang sedang berada di kaunter dan sekaligus mematikan lamunan Hanna.
Hanna kembali menatap catatan yang ada di atas meja, sebentar tadi dia sedang membuat rumusan dan kira-kira, macam mana boleh terlajak sampai mengelamun. Memang Hanna selalu buat pengiraan dan catatan supaya senang kalau nak buat budget apa-apa nanti. Dalam berniaga ni, duit 5 sen pun kena kira. Biarlah orang kata kedekut, depa tak tau….tak cukup 5 sen tak boleh di panggil seribu ringgit. Dia pun bukannya kerek  sampai tahap  kedekut macam Hj. Bakhil.  Sebenarnya….ini hanyalah sekadar permulaan. Nanti kalau dah ada keuntungan  sikit, dia ingat nak sedekah keuntungan itu pada anak yatim dan juga keluar zakat. Biarlah hasil pendapat perniagaannya mendapat keberkatan dari Allah. Amin.
“ Tak ada apalah…esok Nida tolong datang awal macam biasa ya….kak Hanna kena sediakan tempahan untuk majlis hari jadi anak  kawan ibu kak Hanna. Dia orang nak tempah cup cake…kak Hanna bimbang kak Maimon tak sempat nak buat ikut tempahan. Nanti tak pasal-pasal kena kompelin dengan custermor pulak…” kata Hanna.
“ Don`t worry. Nida akan bantu…” janji Anida sambil tersenyum.
“ Thanks…ini yang buat kak Hanna sayang Nida ni,” ucap Hanna sambil menghadiahkan senyuman.
Sekarang ini, Hanna punya 3 orang pekerja iaitu kak Maimon dan kak Mira yang merangkap pakar masakan segala jenis kek dan pencuci mulut. Mereka tu pernah belajar di kolej dalam bidang penyediaan kek. Dan Hanna mengenali mereka semasa mengikuti kursus cara-cara membuat kek dan pencuci mulut. Dari situlah, Hanna menawarkan khidmat mereka di kedai keknya ini. Ternyata, hasil tangan mereka amat membanggakan sehingga dapat pujian beberapa orang pelanggan yang telah merasainya. Sementara Anida pula di tugaskan di bahagian kaunter dan juga melayan pelanggan. Lepas ni, dia ingat nak  cari seorang pekerja lelaki untuk buat khidmat penghantaran ke mana-mana ofis yang berdekatan macam ala-ala pizza gitu.
“ Kalau macam tu…Nida balik dulu ya, kak Hanna!” kata Anida.
“ Hmm…jumpa lagi esok ya!” kata Hanna.

HANNA memakirkan kereta Wokswagen bettlesnya di depan kedai keknya. Dia cukup sayangkan kereta wokswagen  hitamnya. Kereta itu adalah hadiah dari ayah sempena harijadinya tahun lepas. Ayah tahu dia memang sukakan kereta wokswagen bettles tu. Kenapa dia pilih warna hitam? sebab …hitam itu menawan. Nampak ekslusif dan elegan. Kalau warna merah, nampak garang dan seksi…tak mahulah, kalau warna putih,…nanti nampak cepat kotor bila terkena debu. Kena penjagaan yang lebih sikit. 
Masa ayah bagi hadiah kereta  tu, Hanna nampak muka kak Wani dan abang Halim dah cemberut macam orang terkena sembelit 40 hari. Hanna tahu mereka  dengki dan tak puas hati  bila Hanna dapat hadiah kereta tu.
“ Ayah, nanti birthday Wani bulan depan…Wani nak ayah hadiahkan kereta juga untuk Wani…tak adillah kalau Hanna aje yang dapat…” Wani bersuara sambil memandang wajah ayah.
Halim nampak mengangguk kepala, pasti menyokong kata-kata Wani. Dia orang tu selalu sepakat dalam bab-bab mengaut duit ayah sebab otak dia orang sama level. Bak kata dalam pengiraan matematik…2x5 je.
“ Kamu ni….benda kecik macam tu pun nak berkira. Kamu berdua dah dapat lebih dari itu. Selama ini, ayah dah hadiahkan kamu rumah, kereta dan bagi kamu modal untuk berniaga sampai beratus-ratus ribu. Tapi Hanna, dia tak pernah merungut apa-apa pun pasal kamu. Kereta tu pun dia tak minta, ayah yang nak bagi sebab selama ini dia tak minta apa-apa pun. Bukan macam kamu berdua ni. Dengan adik beradik pun nak berdengki. Apa nak jadi dengan kamu ni!” cemuh Hj. Arshad sambil mengeleng kepala. Dia pun tak tahu bagaimana nak kategorikan perangai anak-anaknya itu.
Wani mendengus perlahan. Mukanya makin masam. Selepas itu dia bangun dan berlalu ke ruang dapur.  Hanna tahu sangat dengan perangai kak Wani tu, dia sengaja buat macam tu  sebab nak mengelak dari di bebel oleh ibu pula. Baik dia belah awal-awal, malas nak mendengar ibu meleternya pula. Dia jadi panas telinga. Biar Halim aje yang dengar.
“ Wow, jambunya kereta…siapa punya agaknya ya!” Hanna melirik pada kereta wokswagen warna oren yang di pakir berhampiran dengan keretanya. Cantik juga, agaknya pemilik ni perempuan sebab keretanya di hiasi dengan gambar bunga. Memang cantik dan nampak sweet. Tapi kalau dia, memang tak akan buat macam ni. Nampak macam taman bunga pulak, he…he…tetiba rasa macam nak kenal aje tuan punya kereta ni. Di mana agaknya tuan kereta ni? Pasti orangnya pun sweet macam kereta.
Hanna mendapatkan Anida yang berada di kaunter. Ketika ini ada seorang pelanggan sedang membuat pembayaran dan lima orang pelanggan berada di meja, sedang menikmati roti dan kek hasil buatan  kak Maimon dan  kak Mira.
“ Mama, mama dah beli apa yang pak su pesan?” tanya si anak pada ibunya yang sedang membuat bayaran.
 “ Dah, mama dah belikan…” ujar mamanya.
Hanna sempat melemparkan senyuman pada kanak-kanak comel itu. Anak perempuan itu turut membalas senyuman Hanna. Pada perkiraan Hanna, mungkin kanak-kanak comel itu berusia dalam lingkungan 4 tahun.
“ Terima kasih, kak. Sila datang lagi.” kata Anida sambil menyerahkan plastic yang berisi kotak kek dan roti yang di beli oleh perempuan itu.
Perempuan yang berusia awal 40 an itu segera memimpin anak perempuannya keluar dari kedai Hanna.
“ Nida, Nida tahu tak siapa pemilik kereta wokswagen oren yang pakir kat luar tu?” tanya Hanna.
“ Wokswagen oren?...entah….tak perasanlah kak Hanna…kenapa?” Anida memandang wajah Hanna dengan pandangan pelik. Tak pernah pun Hanna bertanya siapakah pemilik yang pakir di depan kedainya sebelum ini.
“ Kereta tu unik…comel…tak pernah kak Hanna nampak sebelum ini…” kata Hanna.
Anida memandang ke luar kedai.
“ Itu?...kan akak yang masuk ke kedai ini tadi!” kata Anida.
Hanna turut memandang dari tempat bayaran. Nampak betul-betul jelas bahawa kereta wokswagen oren yang di pakir di depan kedai Hanna tadi adalah milik kakak yang baru keluar dari kedainya tadi.
“ Hmm….kak Hanna pun rasa pemiliknya adalah perempuan tadi…” Hanna mengangguk.
“ Kenapa?...pelikke kalau pemilik kereta oren berbunga tu adalah seorang lelaki?” duga Anida.
“ Memang pelik. Pelik bin ajaib. Pasti lelaki tu mat lembut macam sotong kalau pakai kereta tu….” balas Hanna.
“ Ya tak ya jugakkan ….hish…tak dapat nak bayangkan kalau lelaki yang punya kereta tu kan…” sambung Anida sambil tergelak kecil. 
...bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...