Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 5 November 2013

Diakah Mr. Perfect Aku?17





S
ELESAI makan malam, Diya menyertai Aniq dan orangtuanya berbual di ruang rehat. Sungguh Diya tak menyangka bahawa orangtua Aniq memang baik dan melayannya dengan mesra. Bukan semua orang kaya bersikap sombong. Buktinya, Uncle Mukhriz  dan auntie Sharlene. Bertuah Aniq menjadi anak pasangan itu. Sayang sekali mereka tak punya anak ramai. Kalau tak, kehidupan mereka tentu lebih bahagia lagi.
“ Dulu kami hairan, kenapa Aniq suka sangat pergi Kota Bharu, katanya dia senang bersama keluarga kawannya dan sekarang kami dah tahu kenapa Aniq ni beria-ria sangat nak pergi sana kalau ada peluang.” suara Datuk Mukhriz sambil melirik ke arah Aniq yang mula nampak gelabah. Datin Dr. Sharlene sudah senyum semacam, bikin hati Diya jadi resah.
“ Rupa-rupanya ada bunga yang sedang berkembang di taman, betulkan bang.” Sambung Datin Dr. Sharlene membuatkan muka Aniq nampak merah. Lelaki itu nampak segan nak menatap wajah orangtuanya. Diya juga.
“ Aniq ni satu-satunya anak kami. Kami memang mahukan anak ramai, tapi tak ada rezeki. Namun, kami bersyukur kerana Aniq  seorang anak yang baik dan dia pun selalu memuji orang tua Diya. Mereka melayan Aniq macam anak mereka. Jadi, tak salah kalau kami juga melayan Diya seperti anak kami!” kata Datuk Mukhriz.
“ Terima kasih, uncle kerana menerima Diya dan Diya amat menghargainya. Ibu dan ayah kirim salam dan mereka pun teringin nak jumpa uncle dan auntie!” balas Diya.
“ InsyaAllah, tiba masanya…kita tentu akan jumpa. Betul tak Aniq?” sergah Datuk Mukhriz dengan pandangan yang penuh bermakna.
Aniq agak terpingga-pingga bila di sergah tiba-tiba. Tadi, sempat dia mengelamun. Membayangkan saat-saat indah ketika dia bersama Diya.
“ Aha…ya…” kelam-kabut Aniq menjawab.
“ Hmm…masih sempat lagi mengelamun ya!” usik Datin Dr. Sharlene.
Aniq menggaru-garu kepala sambil tersengih.
Mum and dad dah nak masuk bilik, er…kalau Diya nak apa-apa minta dengan Hajar atau Dewi ya!” Pesan Datin Dr. Sharlene.
“ Baiklah, auntie.” Diya mengangguk kepala perlahan.
Datuk Mukhriz segera berlalu bersama isterinya.
“ Diya, masuklah berehat kat bilik. Jangan tidur lewat sangat. Esokkan hari pertama nak masuk kerja, biarlah  nampak segar dan bersemangat.” Kata Aniq bila melihat Diya mula menguap.
“ Ya, Diya masuk bilik dulu!” Diya segera bangun. Dah tak sabar nak berbaring atas katil empuk. Bilik tamu itu juga luas dan selesa. Lengkap dengan  peralatan seperti TV bersama home theatre, aircond dan juga radio. Terasa seperti berada di bilik tidur sendiri.
“ Er…abang Aniq nak keluarke?” tanya Diya bila Aniq mencapai kunci kereta dan juga membawa smartphonenya.
“ Aha, nak jumpa kawan kejap. Dah lama tak jumpa dia orang. Kenapa?...nak ikut ya?...boleh juga berkenalan dengan kawan-kawan abang!” ajak Aniq.
“ Lain kali aje, mana tahu Diya ganggu abang Aniq nak keluar dating ke!” Diya cuba mengusik.
“ Abang, kalau nak keluar dating….hanya dengan Diya aje. Ini perjumpaan dengan  kawan-kawan lelaki, no girls ok.” Jelas Aniq. Bimbang kalau Diya salah sangka.
I don`t care…the choice in your hand.” Kata Diya dengan muka selamba.
Oh really, but…I do care. Abang harap abang dapat beri tanggapan yang baik untuk Diya.” Aniq merenung seketika wajah Diya membuatkan Diya mula gelisah.
“ Erm…jumpa esok, selamat malam.” Cepat-cepat Diya berlalu, bimbang ada perkara lain yang akan timbul. Lebih baik dia beredar segera.
Diya masuk ke bilik dan terus menutup pintu.  Telefon yang ada di atas meja solek di capai dan dia mengatur langkah ke balkoni. Cahaya terang di luar banglo dan persekitaran membuatkan  Diya terleka seketika. Cantik sekali pemandangan malam ini. Kemudian tangannya menekan skrol telefon, nombor telefon Jemy di dail.
“ Hello, Assalamualaikum,… Diya.” Suara ceria Jemy membuatkan Diya menjarakkan telefonnya. Sedikit bingit. Suara mengalahkan Tarzan menjerit kat hutan.
“ Waalaikumussalam….kau tengah praktis nak masuk pertandingan vokal bukan sekadar rupake apa?...boleh perlahan sikit tak suara kau yang lemak merdu tu…” kata Diya.
“ Hoi, kata dulang paku serpih…kau ingat suara kau tu macam buluh perinduke?” balas  Jemy. Tak senang dengan komen Diya. Bukannya Diya tak tahu yang dia benar-benar teruja dengan panggilan itu. Sengaja menahan diri dari menghubungi Diya walau pun dia tahu yang Diya akan datang ke sini.
I miss you!” ucap Diya perlahan sambil menahan sebak sebaik sahaja Jemy menghabiskan ayatnya.
I miss you too. Aku tak sabar nak jumpa kau, Diya.” Ucap Jemy turut menahan sebak.
“ Bila aku dapat jumpa kau?” tanya Jemy tak sabar.
“ Esok, lepas kerja. Kau kan tahu aku akan start kerja esok. Abang Aniq akan hantar aku kat tempat kerja dan kau pula yang akan hantarkan aku balik kerja…” kata Diya dengan nada sedikit ceria.
“ Hmm…bukan main sayang lagi abang Aniq tu kat kau ya. Sampaikan sanggup datang berjemput segala. Pelawa tinggal bersama keluarga….agak-agaknya tak lama lagi dia akan ajak kau tinggal bersamanya terus…as a husband and wife…may be!” usik Jemy sambil tergelak kecil membuatkan hati Diya tersentak. Benar-benar tak menyangka yang Jemy boleh mengeluarkan ayat begitu.
“ Gila kau….” Diya sedikit menjerit. Cuba mengawal suara, bimbang kalau jeritannya akan mengganggu tuan punya banglo mewah itu.
Jemy gelak lagi. Sedikit pun tidak rasa terkesan.
“ Gila tak gila…nobody know….someday….” Jemy meninggalkan ayat yang tidak berkesudahan membuatkan hati Diya kembali resah.
“ Jemy, kau pun tahukan yang aku dah anggap abang Aniq tu macam abang aku…tak mungkin anggapan itu akan berubah. Lagi pun aku masih lagi menunggu `suami aku tu`. Dan kerana itu juga aku datang sini. Aku cuba nak selesaikan masalah aku…dan kalau betullah abang Shah bukan takdir dan bukan Mr. Perfect aku,…aku redha. Siapalah aku untuk menolak takdir Allah. Tapi aku,…” Diya terjeda seketika.
“ Kau masih mengharapkan En. Shah tu Mr. Perfect dan suami kau kan?...walaupun dia menghilang  selama 2 tahun tanpa sebarang berita selepas akad nikah?...aku fikir kau ni sahabat aku yang bijak tapi aku silap….aku dah macam tak kenal siapa kawan aku ni….kawan aku ni dulu seorang yang ceria, semangat tapi sejak kau secara rasminya menjadi isteri kepada seorang lelaki yang kau rasa Mr. Perfect kau tu….kau dah berubah. Mudah pasrah….” Jemy  menyambung kata membuatkan Diya terdiam. Lidahnya kelu.
Mungkin ada betulnya kata Jemy, dia sendiri merasakan yang dia sudah banyak berubah, semuanya gara-gara kejadian itu.
“ Sebenarnya, ada benda yang aku nak cakapkan tapi…” Diya diam.
“ Apa dia?” Jemy tak sabar nak tahu.
“ Erm…lupakan. Aku bagi tahu kau esok aje bila kita jumpa.”
“ Ya, aku pun dah bagi tahu housemate aku yang aku nak pindah, tinggal dengan kau. Aku rasa kau patut ubah tanggapan kau tu pada abang Aniq…” kata Jemy.
“ Jemy!...boleh tak kau lupakan aje hal tu?” tangkas Diya bersuara.
“ Okay…aku tak cakap lagi untuk malam ni…tapi….tak salahkan kalau aku cakap lain kali…mana tahu masin mulut aku!” Jemy tetap mahu mengusik. Ada gelak tawa di hujung suaranya membuatkan Diya mengetap bibir.
“ Jemy!!” jerit Diya menahan geram.
Jemy gelak.
Ok, bye darling. See you tomorrow. Assalamualaikum!” Jemy memutuskan talian sebelum sempat Diya membalas kata-katanya. Akhirnya salam di jawab perlahan.



ANIQ bersiul sambil menyanyi-nyayi kecil. Bukan main ceria lagi wajahnya sewaktu muncul di meja sarapan membuatkan orangtuanya saling berpandangan dengan dahi yang berkerut. Diya hanya diam. Matanya hanya di tumpu pada hidangan yang ada di hadapan.
“ Wah! Bukan main ceria lagi anak daddy. Tak pernah-pernah daddy mendengar Aniq bersiul….tiba-tiba aje pagi ni!” tegur Datuk Mukhriz sambil memandang wajah Aniq yang segak mengenakan kemeja lengan panjang berwarna kuning lembut, bertali leher dan seluar hitam. Rambut dan penampilannya juga menarik.
            “ Ya, betul tu. You look gorgeous and handsome. I`m love it!” tambah Datin Dr. Sharlene membuatkan senyuman Aniq makin melebar. Sempat matanya melirik pada Diya.
“ Hmm…my mom and dad`s  been praised me. And you Diya…what do you think about my appearance?” pertanyaan Aniq secara tiba-tiba membuat Diya tergamam. Apa lagi bila tiga pasang mata sedang merenungnya. Menantikan jawapan.
Sorry?”  hanya itu yang mampu Diya suarakan. Sebenarnya dia segan nak memberi sebarang komen. Apa kata mereka. Memang dia tak nafikan bahawa penampilan Aniq nampak hebat dan menarik.
“ Mengelamun ya…atau sengaja tak nak bagi sebarang komen?” provoke Aniq agak kecewa bila melihat wajah Diya yang sedikit tergamam dan kaku.
“ Ok, Diya bagi komen sekarang,…Abang Aniq nampak hebat dan Diya menyukainya.” Akhirnya Diya mengakui dan memuji Aniq membuatkan lelaki itu menarik nafas lega. Rasa bahagia.
Good. Diya pun nampak cantik sangat hari ni…abang jadi bimbang kalau hari pertama pun, Diya dah mampu menarik minat lelaki lain untuk jatuh cinta dengan Diya…. Abang takut Diya berpaling tadah dari abang nanti!” tanpa segan silu Aniq meluahkan rasa hati membuatkan Diya yang sedang mengunyah nasi goreng terbatuk-batuk. Cepat-cepat Datin Dr. Sharlene menghulurkan air kosong.
Thanks, auntie.” Ucap Diya selepas meneguk air itu.
“ Dahlah…duduk, makan. Nanti lambat hantar Diya ke tempat kerja. Hari ni kan first day Diya kerja!” ujar Datin Dr.Sharlene.
“ Ya, Aniq tahu.” Balas Aniq dan segera menikmati sarapan pagi dengan agak berselera.



DIYA memandang seketika wajah Aniq yang nampak tenang memegang streng.
So, Diya dah buat keputusan?” tanya Aniq memandang  wajah Diya. Diya yang ketika itu belum berkalih dari memandang Aniq terkesima. Dia malu sebenarnya bila pandangannya tertangkap.
“ Keputusan?....keputusan tentang apa ya?” tanya Diya agak kehairanan. Sedikit pun dia tak membayang sebarang persoalan. Sedangkan saat ini otaknya ligat membayangkan suasana yang bakal di hadapinya sebentar lagi.
“ Tentang lamaran hati abang untuk Diya…sampai bila abang harus menunggu!” kata Aniq perlahan.
Diya terngadah.
“ Erm…boleh tak kita bincangkan soal ni lain kali. Diya tak bersedia.” Balas Diya sambil menundukkan wajahnya.
Aniq diam.
“ 2 tahun abang menunggu jawapan dari Diya….masih belum cukup waktu dan masih belum bersedia?....are you kidding?” Aniq tergelak kecil. Ketawanya kedengaran agak sinis membuatkan Diya benar-benar tak selesa berada di sebelah lelaki itu. Kalaulah dia boleh turun dari kereta itu, saat ini juga dia sanggup.
“ Abang Aniq, abang Aniq pun tahukan selama 2 tahun ini…Diya tak pernah berikan sebarang harapan. Jangan salahkan Diya kerana Diya sememangnya tak pernah memberikan apa-apa pengharapan dalam hubungan kita. Dari awal lagi, Diya dah jelaskan yang Diya memang menganggap abang Aniq sebagai abang Diya…Diya tak boleh ubah anggapan itu dengan hubungan yang lain. Diya minta maaf…” putus Diya sedikit tegas.
 Aniq menarik nafas seketika. Bibirnya di ketap. Terasa dadanya begitu sakit menerima jawapan dan kata-kata itu. Pagi yang ceria sebentar tadi terasa sudah tiada indahnya lagi. Sudah rasa suram dan kelam sepertimana hatinya jua. Kenapa begitu tegar Diya menolak dirinya tanpa memberi peluang untuk mereka kenal hati budi. Apa kurangnya dia?
“ Diya rasa…abang ni belum cukup hebat untuk memenangi hati Diyake? Atau sememangnya abang ni tiada ciri-ciri lelaki yang Diya impikan selama ini!” Aniq memandang sekilas wajah Diya yang ketika itu baru saja menelan liur. Terkulat-kulat Diya memandang seketika wajah lelaki itu.
“ Diya….” Otak Diya terasa tepu.
“ Beritahu abang…apakah ciri-ciri lelaki idaman Diya yang sebenarnya?...atau sememangnya Diya sudah ada pilihan?...itu sebabnya Diya menolak abang.” Kata Aniq memandang sekilas wajah Diya.
“ Bagaimana kalau Diya mengakuinya?....abang Aniq boleh terima?” Diya cuba mencabar. Sedaya upaya dia cuba bersikap tegas. Sedangkan hatinya cukup resah dan rasa bersalah.
Aniq ketawa tiba-tiba. Dahi Diya mula berkerut.
“ Apa yang lucu sangat dengan kata-kata Diya tadi?...is there anything wrong?” soal Diya.
Nothing. Abang hanya gelakkan diri abang. Rasa bodoh sangat sebab selama ini abang mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Selama 2 tahun abang sia-siakan masa abang menunggu pintu hati Diya terbuka untuk abang…tapi ternyata, semua itu tidak berbaloi.” Aniq tetap mengukir senyum.
“ Jadi, abang Aniq percaya kata-kata Diya tadi!... Kenapa begitu mudah abang Aniq mempercayainya tanpa usul periksa…atau memang selama ini, abang Aniq tak pernah serius dengan apa yang abang Aniq ucapkan?” kali ini Diya pula yang rasa keliru.
Aniq mengukir senyum. Matanya tetap tertumpu ke hadapan.
“ Abang nak Diya tahu yang abang memang serius mahu hidup bersama Diya tapi kalau Allah dah tetapkan yang jodoh abang bukan dengan Diya….abang redha tapi bukan bermakna abang seorang lelaki yang lemah. Diya pun tahukan yang Allah itu bersikap Maha Pengasih dan Penyayang. Dia akan makbulkan doa hambanya  yang betul-betul ikhlas mahukan sesuatu. Allah itu bersikap adil pada semua makhluknya. Kadang-kadang kita manusia, hanya tahu merancang tapi belum tentu apa yang kita rancang dan kita harapkan itu sama dengan perancangan Allah.  Kerana itu juga adanya Qada` dan Qadar. Kalau betullah, kita tiada jodoh, abang akan tetap mendoakan kebahagiaan untuk Diya dan abang juga mengharapkan Diya mendoakan kebahagiaan untuk abang juga. Jangan ada rasa dengki dan marah dalam hati kita kerana sesungguhnya syaitan akan bersorak kerana dapat menghuru-harakan anak cucu nabi Adam.” Kata-kata Aniq membuatkan Diya tersentak. Hampir matanya bergenang air mata.
`Kenapa lelaki ini terlalu baik untuk aku kecewakan?....dan kenapa hati aku belum bisa menerima dia dalam hidup aku. Moga, dia bertemu jodoh dengan insan yang lebih baik dari aku! Dan sememangnya dia berhak untuk mendapat yang terbaik.` detik Diya. Dia menoleh ke sebelah. Perlahan-lahan tangannya mengesat air matanya yang sememangnya sudah bergenang. Bimbang kiranya ia terus mengalir tanpa di tahan.
Aniq menarik nafas seketika. Bukan dia tak sedar tindakan Diya tapi apa yang boleh dia ungkapkan lagi kalau dah memang itulah ketentuannya. Tapi dia tetap berharap, akan ada sesuatu yang menantinya. Dan `sesuatu itu` adalah kebahagiaan.
“ Diya minta maaf kalau kata-kata Diya tadi mungkin mengecewakan abang Aniq, sungguh, Diya tak bermaksud begitu. Diya sayangkan abang Aniq dan bagi Diya, abang Aniq salah satu  dari lelaki yang begitu istimewa di hati Diya selain dari dari ayah dan along. Diya mengharapkan kebahagiaan untuk abang Aniq. Kalaulah abang Aniq adalah jodoh Diya suatu hari nanti….Diya pasti menerimanya dengan hati yang terbuka.” Kata Diya. Selagi dia tidak mengucapkan kata-kata itu, dia akan tetap rasa bersalah.
Aniq hanya diam. Tidak mengeluarkan sepatah kata sehinggalah kereta yang di pandunya berhenti di tempat kerja Diya.
“ Terima kasih…petang nanti Diya balik dengan Jemy…” kata Diya lagi bila Aniq hanya diam membisu.
“ Sama-sama. Call abang kalau ada apa-apa. Abang mahu Diya tahu yang abang akan sentiasa ada di sisi Diya bila-bila masa saja abang diperlukan.” Ucap Aniq.
“ Ya. Diya tahu yang Diya boleh harapkan abang Aniq.” Balas Diya sambil mengukir senyum. Lega kerana soal hati tidak dibicarakan lagi.
“ Diya keluar dulu.” Kata Diya sambil menyangkut beg tangannya di bahu dan bersedia untuk keluar dari kereta Aniq.
“ Selamat bertugas!” ucap Aniq.
Seriously… I`m so nervous!” kata Diya dengan penuh debar.
“ Istighfar banyak-banyak….dan ingatlah bahawa Allah sentiasa ada bersama. Take care…I`ll miss you!”  Aniq sempat mengenyit mata membuatkan Diya tergelak kecil. Hilang sedikit rasa gemuruhnya.
“ Belum turun dari kereta lagi…dah rindu!” tempelak Diya sambil mengeleng kepala.
Do you know…everyday in my life….I miss you. Miss you so much!” Ucap Aniq.
I`ll miss you too!” balas Diya dan cepat-cepat dia turun dari kereta. Timbul rasa malu kerana mengucapkan kata-kata itu.
Sebaik saja Diya keluar dari kereta, Aniq terus berlalu pergi dengan senyuman yang masih menguntum di bibir.



ANIDA menyusun mejanya supaya kelihatan kemas. Sejak dua hari lepas mejanya agak berserabut dan tidak teratur kerana banyak benda dan banyak dokumen yang terpaksa dia uruskan.
“ Assalamualaikum!” Anida segera mendongak bila ada suara memberi salam.
“ Waalaikumussalam!” jawab Anida dan matanya terus terpaku menatap wajah gadis yang sedang berdiri di hadapannya. Amat menarik dan sopan sekali penampilannya. Berbaju kurung biru dan bertudung.
“ Ya, boleh saya bantu?” sopan Anida bertanya.
“ Saya Nurul Nadya…saya baru masuk kerja hari ni sebagai pembantu Pengurus Projek. Dan saya di beritahu yang saya perlu berjumpa dengan Puan Anida…” Diya bersuara dan segera memperkenalkan dirinya.
“ Oh ya…sila duduk….kejap ya… Saya bagitahu En. Carl.”
Diya akur dan segera melabuhkan punggung di kerusi yang mengadap meja Anida. Sementara menunggu Anida yang berada di bilik Pengurus Projek, Diya sempat membuat penelitian bahawa syarikat ini agak besar dan hebat. Tidak hairanlah syarikat ini memiliki pekerja yang ramai. Segan juga dia di buatnya bila beberapa orang pekerja di situ memandangnya semasa dia masuk tadi.
“ Ok, saya dah bagi tahu En. Carl. Sekarang cik Nurul boleh masuk.” Anida keluar dari bilik itu dan segera memberitahu.
“ Er…saya kena masuk sekarang?” berdebar-debar Diya sebaik sahaja mendengar kata-kata itu.
Yup, right now….He`s waiting for you Don`t worry…he`s ok. But….you should be careful!” kata Anida sambil memandang wajah Diya. Ada senyuman manis pada bibirnya tapi hati Diya pula yang keresahan.
`Kenapa dia cakap macam tu?` Diya terus menyoal diri.
“ Erm…ada sesuatu yang perlu saya tahu mengenai En. Carl?” Diya memberanikan diri untuk bertanya.
Anida segera merenung wajah Diya. Ada senyuman terkir di bibirnya.
He` s charming, macho , handsome and still bachelor. Dia memang lelaki yang hebat….sebab itu saya minta cik Nurul berhati-hati….mana tahu, cik Nurul akan masuk dalam perangkap dia!” Anida tergelak kecil.
“ Ya?... itu bermakna Pn. Anida pernah diperangkapnya…” Diya mengukir senyum. Perempuan di hadapannya agak peramah, jadi Diya rasa dia tak akan ada masalah untuk bekerja bersama.
“ Hm…hampir-hampir…tapi, saya dah kawin…cuma belum jadi seorang ibu. Dengan penampilan dan wajah cik Nurul ni, tak mustahil dia akan cuba mendapatkan cik Nurul… walaupun sebelum ni tastenya…seksi. Tapi….saya rasa cik Nurul masih mampu menarik perhatian dia walaupun dengan mengenakan baju kurung dan bertudung.” Kata Anida sambil merenung wajah Diya. Dia tak nafikan bahawa wajah gadis yang ada di hadapannya mampu menarik perhatian En. Carl dan juga lelaki lain…cuma tidak termasuk En. Shah.
“ Pn. Anida hanya perlu panggil saya dengan panggilan Diya, tak perlulah bercik-cik….” Kata Diya.
“ Dan Diya juga tak perlu berpuan dengan saya, just call me…Nida. Lagi pun, rasanya kita hampir sebayakan…kalau beza pun setahun dua aje mungkin!” kata Anida yang mula selesa dengan kedatangan Diya.
Anida menekan intercom dan terdengar suara Carl. Diya juga turut mendengarnya.
“ Nida, mana staff baru yang you bagi tahu tadi…takkanlah you sembunyikan dia dari I!”
Anida dan Diya saling berpandangan.
“ Kejap,… she`s on the way to your room….good luck!” kata Diya.
“ Ok…” balas Carl.
And good luck to you too!” ucap Anida sambil mengenyit matanya pada Diya.
Diya menelan liur dan terus mengatur langkah ke arah pintu yang tertutup rapat itu.

10 comments:

  1. Alhamdulilla...ada n3 baru...diya baru jumpa carl...hmmm...what about shah? tak sabarnya....keep it up dear...

    ReplyDelete
  2. akhirnya diya n shah akan bertemu...... kesiannya aniq..... berbaloi ke penantian dia selama ini.... atau kecewa setengah mati...

    ReplyDelete
  3. diya ni hipokrit banar.inda mau bagitau ia sudah kahwin arah si aniq!sengaja mau mainkan prasaan si aniq!

    ReplyDelete
  4. Ada sudahkah buku ini di pasaran.
    Tq

    ReplyDelete
  5. Tak sabar rasanya tunggu buku tu.....
    Hari2 masuk blok ni untuk lihat sambungannya....
    Sambunglah cepat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, DMPA? ini akan di sambung. Tq krn sudi mbaca & meninggalkan komen.sy amat mghargainya sbb setiap kali sy update...sy mgharapkan t/balas dr pbaca, adakah mrk menyukai karya sy @ sebaliknya?

      Delete
  6. best chayokk..chayookk..xsbar nx entry ;)

    ReplyDelete
  7. dear bile nak smbung ni..x sabr nak tahu pertemuan diya n husband...plessssss update dear...heeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...