Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 18 November 2013

Cerpen : Harga Sebuah Kebahagiaan 2




A
RIEL masih lagi termenung di tingkap walaupun jam sudah menginjak ke pukul 1.30 pagi. Pertemuan terakhirnya dengan Salina minggu lepas masih terbayang di matanya. Bagaimana Salina tega meninggalkan dia tanpa memberi peluang untuknya menebus kesilapan lalu. Dan sebaik sahaja Salina beredar, dia segera mendapatkan Asyraf yang begitu ralit bermain dengan kereta kawalan , hadiah daripada Salina.
“ Boleh abang duduk sini?” tanya Ariel sambil memandang wajah Asyraf yang sedang bermain dengan mainan barunya sambil di perhati oleh seorang kawannya.
Asyraf hanya diam. Sikit pun dia tak pandang wajah Ariel. Sebaliknya kawan Asyraf yang memandang wajah Ariel sambil tersenyum.
“ Adik ni kawan Asyraf ya?” tanya Ariel berbasi. Sengaja nak curi perhatian mereka. Dah Asyraf tak nak layan dia, terpaksalah dia guna alternative lain.
“ Ya, abang ni siapa?” tanya kawan Asyraf yang hampir sebaya dengan Asyraf.
“ Abang ni papa Asyraf,” Ariel bersuara tenang sambil mengukir senyum membuatkan Asyraf terus terpaku memandang tepat ke muka Ariel.
“ Betulke abang ni papa Asy?” tiba-tiba Asyraf memandang wajah Ariel dengan dahi yang berkerut. Kereta mainannya tadi di lepaskan.
“ Ya, betul. Jadi sekarang, Asy dah ada papa,” kata Ariel sambil mengukir senyum pada Asyraf yang nampak keliru. Ya lah, tiba-tiba dia di kejutkan dengan kemunculan lelaki itu yang mengaku dirinya sebagai papa.
“ Tapi….kenapa baru sekarang papa datang jumpa Asy?” tanya Asyraf.
“ Er…papa tak ada kat sini. Papa pun baru tahu yang Asy adalah anak papa…” jelas Ariel.
Asyraf diam. Mungkin cuba memikirkan kata-kata itu. Benarkah lelaki ini papanya?
“ Mana mama Asy?...kenapa mama dan papa tinggalkan Asy kat sini. Mama dan papa tak sayangkan Asy?”  tanya Asyraf dengan wajah terkilan. Wajahnya sendu dan muram. Dia tunduk ke bawah.
Saat itu juga kawan Asyraf berlalu pergi meninggalkan Asy dan Ariel.
“ Asy,” panggil Ariel dan terus menarik Asy supaya mendekatinya. Asy hanya akur. Ariel segera mendakap tubuh Asy dan meriba kanak-kanak itu. Tubuh Asy masih di peluk erat. Satu rasa yang cukup indah yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
“ Maafkan papa, sayang. Mulai hari ini, papa tak akan tinggalkan Asy lagi. Papa akan bawa Asy tinggal bersama papa…Asy nak tinggal sama papa kan?”  pujuk Asy sambil berbisik perlahan di telinga Asy yang masih berada di ribaannya.
“ Betulke …papa ni papa Asy?” tanya Asy sekali lagi.
“ Betul sayang…nanti Asy boleh tanyakan hal ni dengan mama Asy…” kata Ariel.
“ Siapa mama Asy?” tanya Asy pula.
“ Hmm…nanti papa kenalkan dengan Asy. Asy mahukan tinggal sama papa?” Ariel tetap bertanya.
“ Sama mama juga?” tanya Asy.
“ Ya, nanti Asy akan tinggal dengan papa…dengan mama…Asy mahukan?” kata Ariel sambil mengukir senyum. Saat ini, dia rasa bahagia sangat-sangat. Tak sabar rasanya nak berkongsi rasa ini dengan Khairul, satu-satunya sahabat yang tahu lara di jiwanya selama ini.
Asy mengangguk.
Ariel mengukir senyum. Lega, kerana dia dapat memujuk Asy untuk tinggal bersamanya. Dia nekad yang dia akan menjaga Asy dengan sebaik mungkin. Dia tak akan abaikan kebajikan anaknya itu. Dia perlu tebus dosa-dosa silam. Dan yang penting, dia mesti pujuk Salina untuk terima lamarannya. Dia mahu Salina menjadi ibu untuk Asy. Dia tak mahu kehidupan anaknya terabai. Asy tak bersalah. Kanak-kanak itu tidak di minta untuk di lahirkan dengan cara itu. Kanak-kanak itu tidak berdosa, hanya dia….dia yang berdosa.  Semua itu berlaku kerana kerakusan dan kejahilan dia yang lalu. Dan dia akan menebusnya mulai dari sekarang.
Bagi Ariel, lebih baik dia berterus terang lebih awal. Bimbang kalau Salina memberi tanggapan yang salah buat Asyraf. Jadi, tak adalah peluang dia untuk bersama Salina semula, seterusnya membina keluarga bahagia seperti yang dia impikan selama ini. Itulah juga yang di amanahkan oleh arwah atuknya. Arwah atuk mahu dia mencari Salina, memohon maaf dan seterusnya mahukan dia menjadikan Salina sebagai isteri.
 Ketika itu, dia terpaksa akur pada permintaan atuk lantaran rasa bersalahnya atas perbuatan dia pada gadis itu. Kalau gadis lain, tak adanya dia rasa perasaan itu, di sebabkan atas desakan atuk, dia akur walaupun tak adalah dengan sepenuh hati. Sehinggalah hari demi hari, tahun demi tahun…sumpahan Salina dulu benar-benar memakan dirinya. Dan saat pertama kali dia memandang wajah Salina selepas 8 tahun, hatinya berdetik. Tapi masa itu, dia tak kenal siapa Sally tapi rasa debaran itu tetap ada. Sehinggalah dia benar-benar yakin bahawa gadis itu adalah Salina. Dan dia akui rasa cintanya terhadap Salina makin hari makin mendalam. Sehari tak dapat tatap wajah gadis itu, hidupnya jadi tak keruan. Nak buat kerja pun tak tenang. Hebat sungguh penangan Salina, tapi syukurlah bahawa penantiannya akan berakhir tak lama lagi. Apa pun akan dia lakukan, janji dia akan  mendapatkan Salina dan menjadikan gadis itu sebagai isterinya. Tambah hebat, bahawa hasil dari perbuatannya menodai Salina dulu telah menghasilkan zuriat yang sangat comel, iaitu Asyraf. Aura anak kecil itu cukup kuat, hanya sekali pandang hatinya terus terpikat dan merasakan bahawa anak kecil itu terlalu dekat padanya. Mungkin, inilah natijahnya hasil dari perbuatan silamnya dulu.
 Dua hari yang lepas dia bertemu semula dengan Hjh Aminah. Ketika itu dia telah berterus terang dengan wanita itu. Bukan main terkejut lagi Hjh Aminah bila Ariel menjelaskan perkara sebenar tentang hubungan dia dengan Salina dan bagaimana boleh wujudnya Asyraf. Dan dari pertemuan itu juga, dia mendapat tahu tentang kehidupan Salina sejak 8 tahun yang lalu. Apa yang dia tahu hari itu, menambahkan rasa bersalahnya pada Salina.
“ Lina, di mana awak sekarang?” detik Ariel sambil melepas keluhan panjang.
Sudah jenuh dia cuba menghubungi Salina, dia juga sudah banyak kali menghubungi Adilla dan berkunjung ke butik Sadilla tapi tak pernah berpeluang berjumpa dan bercakap dengan Salina. Dia hanya mahu mengkhabarkan berita gembira bahawa dia akan mengambil Asyraf dari rumah Teratak Bahagia dan mahu Asy tinggal bersamanya. Hjh Aminah juga tidak keberatan untuk membenarkan Asy berada dalam jagaannya kerana dia yakin bahawa Ariel mampu memberi kehidupan yang baik buat Asy tapi kata Hjh Aminah, dia perlu berbincang dengan Salina terlebih dahulu kerana khuatir tindakan Ariel itu akan menimbulkan kemarahan Salina.


SALINA termenung di tingkap sambil merenung sawah yang terbentang luas di hadapan. Amat cantik dan damai rasanya. Di tambah lagi dengan angin dan suasana yang nyaman. Terasa begitu tenang sekali.
“ Lina, kenapa ni?....sejak Lina balik sini, mak Nab tengok Lina asyik termenung aje. Lina ada masalah ya,” tegur Hjh Zainab.
Salina menoleh. Wajah wanita yang berusia lewat 50 an itu di renungnya penuh kasih. Satu-satunya perempuan yang dirasakan begitu dekat dengannya. Hjh Zainab dan Pak Imam Hj. Musa adalah orang yang banyak membantu dia. Memang mereka tak punya kaitan darah dan keturunan tapi hubungan mereka adalah atas dasar persaudaraan sesama Islam. Pasangan itulah yang membantunya ketika dia di usir oleh makcik Mimah dulu.
“ Tak adalah…kenapa mak Nab tanya macam tu?...macamlah ada nampak tulisan kat dahi Lina menyatakan yang Lina ni ada masalah,” Salina gelak kecil sebaik sahaja memandang wajah Hjh Zainab yang sedang memandangnya sambil mengukir senyum.
“ Memang tak ada tertulis kat dahi Lina tu…tapi apa yang di paparkan pada wajah Lina tu lebih jelas dari tulisan yang tak ada kat dahi Lina tu…” balas Hjh Zainab membuatkan dahi Salina berkerut.
“ Mak Nab ni…ada –ada ajelah. Lina okay je…cuma sesekali datang sini sebab nak rehatkan fikiran. Kalau duk kat KL tu, asyik fikirkan pasal kerja aje…lagi pun tempahan makin banyak sekarang, …Lina dah minta kawan Lina uruskan.  Kami juga ada pekerja yang boleh di harapkan…jadi, inilah peluang Lina untuk berehat…” kata Salina.
 Bunyinya memang pelik dan tak munasabah. Dia ada banyak tempahan tapi nampaknya dia seperti melarikan diri dari uruskan kerja. Sepatutnya dia lebih memberi tumpuan pada kerja bukannya datang ke sini untuk rehatkan  minda. Tapi, sebenarnya, Adilla tak pernah tahu apa sebenarnya berlaku pada dia sejak dari dulu. Adilla tak pernah tahu  hubungan antara dia dan Ariel. Adilla juga tak pernah tahu tentang kewujudan Asyraf. Biarlah Adilla tak tahu, sampai masanya dia akan jelaskan. Tapi bukan sekarang.
  Weh, kau ni apa hal…aku sibuk nak settle kerja dan tempahan kat sini, kau senang-senang ambil peluang nak rehatkan fikiran…kau ni biar betul,” rungut Adilla sewaktu hari pertama dia berada di rumah Hjh Zainab.
“ Dilla, bukannya selalu aku buat macam ni…aku punya sebab tapi aku minta maaf sebab menyusah dan membebankan kau dengan kerja-kerja yang banyak tu…aku janji, dalam dua tiga hari ni, aku akan balik….tapi dalam masa tu, kalau ada sesiapa yang cari atau call bertanyakan pasal aku, kau tolong settlekan….aku tak nak di ganggu…” kata Salina.
“ Tapi, Lina…” Adilla rasa tak puas hati.
Please…aku mohon.” rayu Salina.
“ Baiklah…tapi, bila kau balik sini…kau mesti jelaskan pada aku apa sebenarnya yang berlaku…tak dapat tidak….aku tahu, kau ada masalah…terutama sekali melibatkan hubungan kau dengan Ariel kan…aku tahu ada sesuatu yang kau sembunyikan  dari aku pasal lelaki tu…Lina, .dia baru aje balik dari sini. Dia cari kau tapi aku dah bagi tahu dia yang aku tak tahu di mana kau berada sekarang…” kata Adilla.
Thanks, Dilla….nanti aku contact kau lagi ya,”
“ Ha, menung lagi…” tegur Hjh Zainab membuat Salina terpingga-pingga. Nak tak nak  dia terpaksa menayang senyum.
“ Ini tentu fikirkan pasal buah hati ya…” usik Hjh Zainab membuatkan mulut Salina benar-benar ternganga.
“ Amboi, mak Nab ni…siapa yang nak jadi buah hati Lina ni….” kata Salina tergelak kecil.
“ Alahai…orang cantik macam Lina ni tak kanlah tak ada yang berkenan….kalau betul-betul tak ada, mak Nab boleh tolong carikan….Lina nak yang macam mana…kabor aje kat mak Nab…nanti mak Nab minta Saleha carikan jodoh yang sesuai untuk Lina. Kat kampung ni, dah ramai anak dara dan anak teruna yang dapat jodoh, semuanya usaha dari Saleha tu….” kata Hjh Zainab lagi.
“ Terima kasih ajelah….Lina belum teringin pun nak kawin lagi…Lina nak stabilkan kerja dulu….kalau ada jodoh, Lina kawin….kalau tak ada…nak buat macam mana kan…” kata Salina.
Hjh Zainab mendengus perlahan.
“ Lina, Lina pun tahukan yang mak Nab sayangkan Lina ni macam anak mak Nab sendiri….tapi….” Hjh Zainab berjeda seketika. Dia menghala pandangan ke hadapan. Wajahnya yang ceria tadi sudah bertukar menjadi mendung.
“ Tapi apa mak Nab?” tanya Salina tak sabar. Mak Nab ni, saja nak buat suspens pulak.
“ Sejak Lina keluar dari rumah Mimah 8 tahun lalu…Lina tak pernah jumpa dia walaupun Lina balik ke sini. Lina tak rindukan dia ke?....walau apa pun yang berlaku….dia satu-satunya saudara Lina yang ada….mak Nab pun kesian tengok dia sejak dia di tipu oleh Junus dulu…kata orang, dah macam orang kena tinggal sehelai sepinggang. Kalau dia tak duduk rumah orangtua Lina tu…pasti dia dah merempat kat mana-mana…” kata Mak Nab mencari reaksi Salina.
Salina hanya diam.
“ Mak Nab pun tahukan apa yang pernah dia buat pada Lina dulu….” kata Salina.
“ Lina tak nak maafkan dia?...memang dia bersalah kerana mengabaikan Lina dulu tapi sebagai manusia, tak ada ruginya kalau kita berikan kemaafan….mak Nab percaya, dia dah menyesal dengan semua perbuatan dia pada Lina dulu… dia rindukan Lina….selalu juga dia tanyakan mak Nab pasal Lina….” kata Hjh Zainab.
“ Sebenarnya, Lina dah lama maafkan dia. Tapi…untuk bersemuka dengan makcik…Lina belum punya kekuatan…apa yang dia lakukan pada Lina dulu masih lagi terbayang di ingatan Lina setiap kali Lina balik sini walaupun Lina dah cuba usir ingatan itu jauh-jauh…tapi, kenangan itu tak mungkin akan hilang dari ingatan.”
“ Tapi…Lina boleh cuba untuk lupakan sedikit demi sedikit. Kalau Lina ingatkan hal itu, ianya akan membuatkan hati Lina sakit dan sekaligus membuatkan Lina sukar untuk maafkan perbuatannya dengan sepenuh hati. Kadang-kadang kata hati tak kan sama dengan kata di bibir….percayalah cakap mak Nab. Hidup Lina akan tenang kalau Lina ikhlaskan hati untuk maafkan apa yang pernah berlaku pada Lina dulu….InsyaAllah, Allah akan bantu Lina untuk bina hidup baru….” kata –kata Hjh Zainab membuatkan Salina termenung panjang sebaik sahaja wanita itu berlalu. Sengaja dia meninggalkan Salina untuk memikirkan kata-katanya. Dia tahu ada perkara yang sedang membelenggu hidup Salina sejak dari dulu.
Salina memejam mata. Entah kenapa wajah Ariel tiba-tiba muncul dalam ingatannya. Serta merta dia membuka mata. Cuba sedaya upaya mengusir wajah itu dari terus kekal dalam ingatan.


“ ASSALAMUALAIKUM!”
Suara memberi salam di luar rumah membuatkan Salina bergegas ke muka pintu. Kebetulan Hjh Zainab dan Imam Hj. Musa keluar ke kedai untuk membeli barang dapur. Salina kaku di muka pintu sebaik sahaja matanya bertentangan dengan tetamu yang memberi salam tadi. Masing-masing diam dan kaku di situ.
“ Lina,” tetamu itu bersuara dengan nada sebak sambil memandang wajah Salina yang tak tahu nak mempamerkan reaksi apa, terkejut, gembira, marah, sedih atau pun sebak.
“ Lina, Lina tak rindukan makcik ke?..makcik rindukan Lina sangat-sangat. Makcik minta maaf atas semua perbuatan makcik pada Lina selama ni….” air mata Pn. Hamimah sudah pun bercucuran jatuh membasahi pipinya yang cengkung dan berkedut itu. Dia memang tahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Salina selalu balik kampung untuk menziarahi pusara orangtuanya dan dia akan bermalam di rumah Imam Musa. Selalu juga dia mencuri pandang dan mengintai wajah anak saudaranya itu sama ada di rumah Imam Musa atau pun di pusara abangnya, tapi untuk datang dekat….dia tak berani. Rasa diri begitu hina dan paling dia takut, Salina tak akan menerima dia, apa lagi memaafkannya.
Salina masih lagi berdiri kaku di muka pintu. Tidak ada hati nak mempelawa makciknya masuk ke dalam rumah milik pak Imam itu. Lama juga matanya terpaku merenung wajah tua itu. Dulu, wajah itu benar-benar angkuh pada pandangan dia dan mata orang kampung juga. Penampilan Hamimah juga agak bergaya di tubuhnya yang agak berisi, mekap pula sentiasa tertampal di wajah tembamnya. Kini, semua itu tiada lagi terpampar di mata Salina. Wajahnya sudah cengkung dan pucat, tiada lagi mekap dan pakaian mewah dan bergaya di tubuhnya. Hamimah yang berada di hadapan matanya kini hanya sekadar memakai sepasang baju kurung lusuh. Barang kemas pun tiada satu yang tergantung dan terpakai di tubuhnya. Rambutnya yang bersanggul kemas dulu sudah di litupi dengan tudung. Wajah dan penampilan Hamimah sekarang nampak begitu kasihan sekali. Hampir nak menitis air mata Salina melihat wajah makcik Hamimah, satu-satunya saudara yang dia punya. Dan saudaranya yang inilah yang memberi seribu satu seksa untuk dia sepanjang dia tinggal bersama.
“ Lina, Lina masih marahkan makcik ya?” Hamimah bersuara lagi menahan sebak di dada. Sayu hatinya melihat kebisuan Salina dan cara pandangan Salina padanya tak dapat dia nak tafsirkan. Salina masih lagi kaku berdiri di muka pintu, hanya sekilas pandang dan dia kembali memandang pokok-pokok menghijau di sekitar rumah itu. Benci sungguh nampaknya Salina pada dia sampaikan nak pandang wajahnya pun tak sudi. Tapi, dia sedikit pun tak terasa hati, mahu pun marah, apa lagi berdendam. Salina tak salah, tapi dia….dia yang banyak bersalah pada Salina. Dia yang banyak buat dosa pada Salina, dia juga yang banyak seksa hidup Salina. Memang patut pun dia di benci oleh Salina. Tapi, selagi dia tak dapat kemaafan dari Salina, hidupnya tak akan tenang. Saban hari dan saban malam, tidurnya bermimpikan dosa-dosa silamnya pada Salina. Kekejaman yang dia lakukan pada Salina masih lagi terbayang-bayang di matanya. Ada kalanya dia meracau-racau di waktu malam. Dia tak mahu saat matanya tertutup, kemaafan masih lagi belum di terima dari Salina.
Tak lama kemudian, sebuah kereta persona warna silver muncul di halaman rumah pak Imam Musa. Ya, kereta itu milik Salina. Dia meminjamkan pada Pak Imam walaupun sebentar tadi Pak Imam Musa mahu menggunakan motosikal buruknya untuk ke kedai. Kudrat Pak Imam Musa masih lagi kuat walaupun sudah berusia. Bukan anak-anaknya tak nak belikan kereta untuk pak Imam, tapi Pak Imam yang menolak. Katanya, dia selesa menggunakan motornya. Motor buruknya sangat berjasa pada dia. Memang pada awalnya, dia  mahu menolong pasangan suami isteri itu untuk ke kedai, tapi Mak Zainab yang tak bagi. Dia pun hairan bila Hjh Zainab tak benarkan dia menolong… tapi kini, dia tahu kenapa mereka tak mahu dia pergi bersama.
“ Ya Allah, budak Lina ni…kenapa tak di ajaknya naik si Mimah ni?...tak elok di biarkan tetamu berdiri di tangga…dan kamu pula, berdiri di muka pintu. Ini mak saudara kamu Lina, bukannya bangla yang datang nak jual karpet…” dalam merungut, sempat lagi Hjh Zainab buat lawak. Adake dia nak samakan mak cik Mimah dengan bangla penjual karpet. Mak Nab, mak Nab. Salina tersenyum sendiri.
“ Mimah, jemput naik…” pelawa Hjh Zainab seraya menanggalkan selipar dan mendahulu masuk ke dalam rumah.
Hamimah hanya akur. Dia turut menanggalkan selipar jepunnya dan memanjat tangga satu persatu. Apabila dia berpapasan dengan Salina di muka pintu, sempat dia mengukir senyum tapi Salina hanya diam. Dia turun ke bawah, membantu Pak Imam mengeluarkan barang dapur dari bonet kereta. Biasanya dia akan membeli barang-barang keperluan, kemudian akan di hantar oleh pembantu kedai ke rumah. Memang dah biasa dia buat macam tu. Lagi pun, semua orang kenal dan hormatkan Iman Musa.
“ Banyak betul pak Imam beli barang, macam nak buat kenduri aje…” tegur Salina melihat barang dapur termasuk bahan-bahan basah.
“ Ha…betullah…malam ni, mak Nab kamu nak buat makan-makan sikit…saja nak jemput orang kampung datang rumah, buat solat hajat dan baca doa…” beritahu Pak Imam Musa membuatkan Salina menelan liur.
“ Hah, betulke?...kenapa mak Nab tak cakap awal-awal kat Lina tadi…ini kira last minute bagitahu…” kata Salina dengan rasa terkilan. Bukan apa, tup-tup buat tanpa mengkhabarkan dia.
“ Mak Nab kamu tu sengaja tak nak bagitahu, nak buat surprise untuk kamu, katanya…” kata Pak Imam Musa sambil tergelak kecil membuatkan Salina menarik muka masam. Dia ingatkan mereka sengaja nak merencanakan dia supaya berjumpa dengan makcik Mimah, tapi rupa-rupanya nak buat surprise untuk dia.
“ Mak Nab kamu tu nak buat makan-makan sebagai tanda kesyukuran…selalu juga kami buat makan-makan, panggil orang kampung yang datang solat kat masjid tu…mudahan-mudahan Allah permudahkan rezeki dan panjangkan umur untuk kami supaya kami lebih lama berbakti padaNya.” jelas Pak Imam Musa membuatkan Salina terdiam.
“ Dahlah…bawa masuk barang-barang tu dalam rumah, sat lagi datanglah kawan-kawan mak Nab kamu tu untuk menolong…Mimah tu sebenarnya, kami minta dia datang awal…sengaja untuk pertemukan kamu dengan dia…dia dah banyak berubah Lina, bukan macam dulu lagi. Pak Imam harap, Lina sudi maafkan kesalahan dia dulu…semua orang pernah buat salah…tapi dia juga ada hak untuk mendapat kemaafan. Dan Lina patut maafkan dia, selagi Lina tak maafkan dia, hidup Lina juga tak akan tenangkan…” Pak Imam Musa memandang wajah Salina.
“ Terima kasih atas nasihat Pak Imam…Lina dah cuba lupakan semua yang berlaku dulu tapi untuk bersemuka dengan makcik Mimah, Lina tak punya kekuatan…setiap kali Lina teringatkan makcik, Lina terbayangkan apa yang dia lakukan pada Lina dulu….memang selama ini, hidup Lina tak tenang, apa yang pernah berlaku pada Lina dulu membuatkan hati Lina jadi keras. Memang mulut Lina boleh ungkapkan kata maaf tapi hati Lina….” Salina mengeluh perlahan. Nampaknya pasangan suami isteri itu sudah sepakat. Nasihatkan dengan kata-kata yang sama.
“ Banyak-banyak berdoa dan solat hajat. Semoga Allah akan melembutkan hati Lina untuk maafkan kesalahan mereka yang pernah buat Lina merana dulu…kita ni hanya manusia biasa, sedangkan Nabi ampunkan umat…inikan kita, makhluk yang lemah, manusia yang tak lari dari melakukan dosa…dosa sesama manusia, apa lagi….dosa kita dengan Allah. Kalau kita maafkan kesalahan orang lain, nescaya orang lain juga akan maafkan kesalahan kita…Lina pun tahukan bahawa tak ada manusia yang sempurna di bumi ni…hidup kita di dunia akan saling bergantung antara satu sama lain…” kata Pak Imam Musa membuatkan dada Salina menjadi sebak. Betul kata pak Imam, dia juga banyak buat dosa, dia juga bukan manusia yang sempurna, dia juga ada buat  silap, kalau nak di kira memang tidak terhitung.
“ Asy, maafkan mama ya nak…” tiba-tiba dia terkenangkan wajah Asyraf. Anak itu tidak bersalah. Dia yang bersalah meninggalkan anak itu tanpa memberi peluang untuk mengenal siapa orangtuanya. Bila teringatkan Asy, serta merta wajah Ariel terbayang. Ah, lelaki itu!


KAK NAB,” Hamimah menghampiri Hjh Zainab yang sedang menyusun bekas-bekas dan lebihan makanan majlis tadi. Ketika ini hanya tinggal beberapa orang sahaja jiran terdekat yang membantu Hjh Zainab membersihkan sisa-sisa makanan.
“ Ya, Mimah. Ada apa ni?...kamu dah nak balikke?” Hjh Zainab memandang wajah Hamimah yang nampak resah.
“ Memang Mimah nak balik tapi,…sebelum Mimah balik…kalau boleh….Mimah nak jumpa dengan Salina.” kata Hamimah sambil menelan liur. Memang payah untuk dia suarakan hasratnya ini. Harap-harap Hjh Zainab dapat membantunya.
“ Kalau macam tu…kamu pergilah jumpa dia, apa yang susahnya…” kata Hjh Zainab. Dia tak pernah melarang Hamimah untuk berjumpa Salina, malah dia menggalakkan agar kekeruhan hubungan antara Salina dan Hamimah di pulihkan.
Hamimah menggaru-garu kepala di balik tudung yang di pakainya. Takkanlah Hjh Zainab tak faham kesulitan yang dia alami. Salina tak pernah nak endahkan dia sepanjang malam dia berada di rumah Hjh Zainab. Nak pandang wajahnya pun nak tak nak saja. Kalau tak mengenangkan layanan baik Hjh Zainab dan orang kampung padanya, memang dia tak akan datang ke situ. Dia benar-benar bersyukur dan berterima kasih pada orang kampung yang telah menerimanya dengan baik setelah apa yang menimpa dirinya sejak bertahun-tahun dulu.  Mereka masih sudi membantu dan bertegur sapa dengannya kalau berjumpa. Malu rasanya kalau diingatkan perangainya yang dulu.
“ Ha…Lina…kamu nak ke mana tu?” tegur Hjh Zainab bila Salina menonong aje pergi sebaik sahaja lalu di depan dia dan Mimah.
“ Er…nak masuk bilik, nak solat Isya…” balas Salina. Memang itu hanya alasannya, sengaja mahu mengelak dari berjumpa dengan makciknya.
“ Hmm…kalau ya pun, jumpalah makcik kamu ni kejap, dia dah nak balik ni….” kata Hjh Zainab. Tahu sangat yang Salina hanya mengelak. Bukankah tadi Salina dah solat Isyak. Berapa kali nak solat?
Nak tak nak, terpaksalah Salina melangkah ke arah Hamimah dan Hjh Zainab yang sedang memandangnya.
“ Lina, Lina masih marahkan makcik?...masih bencikan makcik?....masih tak nak maafkan makcik?” soal Hamimah bertalu-talu. Bergenang airmatanya memandang wajah Salina yang serba salah. Salina hanya diam, tak tahu nak cakap apa. Hilang kata-kata bila berhadapan sekali lagi dengan makciknya. Tadi, memang dia sengaja buat-buat kerja semata-mata mahu mengelak dari berjumpa dengan makciknya.
“ Lina, tak baik buat orang tua sedih…Lina masih ingatkan kata-kata dan nasihat mak Nab!” Hjh Zainab mencelah. Dia pun kesian bila mengenangkan nasib Hamimah yang hidup sebatang kara.
Hjh Zainab memandang wajah Salina yang tetap kaku di situ. Dulu, Salina seorang gadis yang cukup baik, lemah lembut dan pemaaf. Mungkin, kejadian yang menimpanya bertahun-tahun lalu membuatkan hati Salina menjadi keras dan beku. Sudah jenuh dia menasihatkan Salina supaya melupakan sengketa lama tapi Salina hanya diam sahaja.
“ Jangan jadi seorang pendendam, Lina. Sikap keras hati yang Lina tanamkan dalam diri Lina tu…lama-lama akan memakan diri. Mak Nab dah lama kenal Lina, mak Nab tahu…Lina seorang anak yang baik, semua orang kampung sayangkan Lina….malah, orang kampung bangga bila dapat tahu Lina sekarang dah jadi seorang yang berjaya dan terkenal. Jangan jadikan semua itu sumpahan untuk Lina…Kemaafan adalah satu sifat yang terpuji, tak salah kalau kita berikan kemaafaan untuk orang yang pernah buat salah pada kita…Ingat, kemaafan jangan sesekali  di balas dengan sikap dendam. Jangan di ikutkan hasutan syaitan, nak.” pujuk Hjh Zainab sambil memegang bahu Salina.
“ Lina…makcik minta maaf atas apa yang pernah makcik buat pada Lina dulu…makcik dah terima balasannya. Kalau bukan kerana masih ada kebaikan dalam diri Lina, dah lama makcik hidup merempat…tapi, Lina masih lagi ada sifat kemanusiaan. Lina berikan makcik tempat berteduh, malah…dengan duit pencen arwah Shahdan dululah…makcik mengisi perut. Terima kasih, Lina. Kalau Lina mahu makcik sujud di kaki Lina sekarang pun, makcik sanggup…asalkan Lina sudi maafkan makcik.  Lepas ni, kalau makcik mati pun….makcik tak akan rasa terkilan lagi…” kata Hamimah sambil bercucuran air mata.
Salina bergerak selangkah ke belakang bila tiba-tiba Hamimah tunduk melutut dan cuba memegang kaki, memohon kemaafan dari dia. Salina memejam mata seketika. Satu situasi yang pernah dia alami. Ariel juga pernah melutut di kakinya memohon maaf.
“ Makcik…jangan macam ni.” kata Salina sambil mengangkat tubuh Hamimah supaya berdiri. Tak sanggup melihat makciknya menyentuh kakinya. Dia bukan siapa-siapa. Dia hanyalah manusia biasa.
“ Tak, makcik tak akan bangun selagi Lina tak maafkan kesalahan makcik,” kata Hamimah berdegil. Inilah satu-satunya peluang untuk dia dapatkan kemaafan dari Salina.  Saban hari dia memikirkan perbuatannya dulu, sikapnya pada Salina dan apa yang terjadi padanya sekarang. Hatinya sebak dan sayu mengenangkan nasibnya sekarang.
“ Makcik,…tolong bangun. Jangan rendahkan diri makcik kerana Lina, Lina bukan siapa-siapa…” kata Salina menahan sebak di dada.
“ Tidak, makcik tak akan bangun selagi Lina tak maafkan makcik. Kalau makcik kena melutut dan bersujud sepanjang malam pun, makcik akan lakukan….” kata Hamimah tanpa mempedulikan beberapa orang lain yang memandangnya. Dia dah tak ada rasa malu. Memang dia patut terima semua ini. Mereka yang memandang situasi itu turut menahan sebak, ada yang bergenang air mata. Mereka turut simpati dengan nasib Hamimah.
“ Lina,” panggil Hjh Zainab membuatkan air mata Salina mengalir keluar.
Salina tunduk, bahu Hamimah di pegangnya. Dia mengajak Hamimah bangun. Tak sanggup membiarkan Halimah terus melutut di kakinya.
“ Makcik, Lina maafkan kesalahan makcik pada Lina…Lina maafkan…Lina dah redha dengan apa yang berlaku…tolong bangun, jangan rendahkan diri makcik lagi. Lina hanya manusia biasa…Lina tak layak untuk di sujud….” kata Salina memandang sayu wajah Hamimah. Bercucuran air matanya saat matanya berpandangan dengan Hamimah. Hamimah, usah cakap, memang wajahnya sudah basah dengan air mata.
“ Terima kasih, Lina. Terima kasih, nak…” tubuh Salina di peluknya erat. Begitu erat hinggakan Salina terasa lemas untuk bernafas. Tapi terpaksa di tahan. Entah kenapa, saat ini satu rasa yang cukup indah lahir dari jiwanya. Rasa tenang dan damai saat dirinya di peluk erat oleh Hamimah.
“ Terima kasih, makcik. Terima kasih kerana memeluk Lina….inilah saat-saat yang Lina dambakan. Dapat memeluk makcik, satu-satunya saudara yang Lina punya di atas dunia. Dan inilah juga kali pertama Lina di peluk oleh makcik….terima kasih sekali lagi…Lina sayangkan makcik, sayaaang sangat-sangat….” Salina membalas pelukan Hamimah sambil menangis teresak-esak. Memang jauh di sudut hati, dia rindukan suasana begini. Dia rindu untuk di peluk. Selama 26 tahun dia hidup di muka bumi, inilah kali pertama dia di peluk oleh Hamimah.
“ Terima kasih, sayang. Terima kasih…terima kasih….makcik pun sayangkan Lina….Lina juga satu-satunya saudara yang makcik punya….terima kasih kerana sudi maafkan makcik, makcik tak tahu apa lagi yang harus makcik ucapkan….makcik gembira sangat malam ni…terima kasih, nak.” berulang kali ucapan terima kasih meniti di bibir Hamimah. Dahi Salina juga di kucup lembut. Makin terharu Salina di buatnya.
Salina mengukir senyum. Dia rasa begitu bahagia.
“ Mak Nab, terima kasih kerana menyedarkan Lina…terima kasih juga kerana membimbing Lina supaya Lina tak terus hanyut dengan  sikap pentingkan diri sendiri…terima kasih kerana mengembalikan makcik Lina, satu-satunya insan yang pernah Lina hormat sejak dari dulu…” Salina memeluk erat tubuh Hjh Zainab.
“ Syukurlah, mak Nab gembira sangat sebab semuanya dah berakhir. Mak Nab harap kamu berdua akan beroleh kebahagiaan.” ucap Hjh Zainab sambil mengesat air matanya.
Beberapa orang tetamu perempuan turut bersalaman dengan Salina dan Hamimah, masing-masing mengucap syukur dan tumpang gembira.
“ Nanti, Lina datang rumah tu ya…tinggal dengan makcik kalau balik sini lagi…” ujar Hamimah sebelum pulang selepas berbual beberapa ketika.
“ InsyaAllah…tolong jagakan rumah tu baik-baik. Itu satu-satunya rumah peninggalan arwah ayah dan mak, rumah tempat Lina membesar…” kata Salina.
“ Jangan bimbang, makcik akan jaganya dengan baik. Sekarang, makcik dah kehilangan semuanya kerana Junus…itu semua kerana kebodohan makcik. Tapi, syukurlah Junus dah dapat balasannya. Dia kena hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah…” kata Hamimah dengan tenang.
“ Jangan fikirkan hal tu lagi…sekarang,  semuanya dah selesai…” kata Salina. Kalau boleh dia tak mahu ingatkan lelaki durjana itu lagi. Kerana lelaki itulah, dia terpaksa menahan keperitan hidup.
“ Bila Lina nak balik KL?” tanya Hjh Zainab.
“ Esok pagi. Dah banyak hari Lina bercuti…Adilla dah bising sebab banyak kerja yang dia kena tanggung sorang…” kata Salina. Tadi pun Adilla ada menghubunginya, minta dia balik segera ke KL kerana banyak kerja yang terbengkalai. Salina tahu, itu hanya alasan Adilla yang mahu dia balik ke sana. Kawannya itu tak boleh nak berenggang langsung. Macam laki bini aje.
“ Sebelum balik, jumpa makcik dulu ya.” pinta Hamimah.
“ InsyaAllah. Lina pun nak pergi lawat kubur ayah dan mak sebelum bertolak. Lepas ke kubur, Lina jumpa makcik ya,” kata Salina.
“ Makcik balik dulu.” kata Hamimah.
“ Hati-hati ya,” pesan Salina.
“ Mimah balik dulu ya, kak Nab.” Hamimah bersalaman dengan Hjh Zainab sebelum pulang.
Salina menghulur tangan, bersalaman dengan makciknya. Kalau dulu, mana dia ada peluang untuk bersalaman. Nak sentuh tangan pun tak merasa. Selesai Salina mencium tangan Hamimah, tubuh Salina sekali lagi di peluk Hamimah.
“ Terima sekali lagi kerana terima makcik, terima kasih juga kerana sudi maafkan makcik. Makcik dah rasa tenang sekarang…andai makcik mati selepas ni, makcik dah tak rasa terkilan lagi…” kata Hamimah sambil menahan sebak.
“ Makcik, jangan cakap macam tu…ajal maut di tangan Allah. Lina akan doakan supaya makcik sentiasa sihat agar kita dapat jumpa selalu. Kalau boleh, Lina nak ajak makcik tinggal bersama Lina di KL. Lina nak gantikan masa-masa dulu….Lina percaya, kita akan bahagia. Lina sayangkan makcik.” Salina menggenggam erat tangan Hamimah. Dia juga menahan sebak.
Sayu hati Salina saat menghantar kepulangan Hamimah dengan pandangan matanya. Hamimah sekarang dah banyak berubah. Lapan tahun, satu jangkamasa yang agak panjang. Semuanya boleh berubah.


SALINA berehat seketika sambil menyandarkan badannya di kerusi. Terasa lenguh lehernya kerana begitu ralit melakar dan melukis baju yang akan di persembahkan dalam fashion show bulan depan. Dan banyak juga tempahan yang di terima sejak dia mengadakan fashion show tiga bulan yang lepas. Kata orang, semua itu adalah rezeki. Hubungan dia dan Hamimah juga semakin pulih. Minggu lepas dia ada balik ke kampung berjumpa makciknya dan dia sempat bermalam di sana. Adilla juga di ajak sama. Dia mahu Adilla berkenalan dengan satu-satunya waris yang dia miliki. Bukan main gembira lagi Hamimah bila Salina pulang bersama Adilla, malah turut bermalam bersamanya. Salina benar-benar terharu bila dia di layan dengan begitu baik oleh Hamimah.
 Makciknya itu sanggup bangun pagi untuk menyediakan sarapan pagi untuknya dengan memasak nasi lemak, kueh karipap juga di buatnya sendiri. Hampir menitis air matanya melihat hidangan yang tersedia di atas meja sebaik sahaja dia keluar dari bilik selepas mandi. Inilah kali pertama dia merasa air tangan makciknya. Selama dua tahun dia tinggal bersama makciknya dulu, dia dijadikan hamba. Segala persiapan dan kerja-kerja rumah, dia yang kena buat sampaikan nak mengulangkaji pelajaran pun tak sempat. Dia terpaksa bangun awal pagi kerana menyediakan sarapan untuk makcik dan Pak Junus sebelum pergi sekolah. Balik sekolah pula kena sediakan makan tengahari, makan malam juga dia kena sediakan. Dia hanya akan di benarkan makan selepas makcik dan Pak Junus makan. Hasil lebihan makan mereka. Kalau lauk tak ada, terpaksalah dia makan nasi berlaukkan kicap.
Hamimah juga menceritakan kisah dia dan Salina dulu sehinggalah kini, mereka sudah berbaik semula selepas Salina memaafkannya. Adilla turut rasa terharu sehingga mengalir airmatanya mendengar kisah dua beranak itu. Patutlah Salina begitu cekal menjalani hidup. Dia tak pernah mengendahkan mana-mana lelaki yang menghulurkan salam perkenalan, apa lagi untuk menjalinkan hubungan cinta.
“ Hai, sayang!” tegur satu suara di telinga Salina secara tiba-tiba membuatkan dia melatah.
“ Opocot, mak kau!” Salina melatah akibat terkejut di sapa di telinganya. Baru aje nak lepaskan penat, dah ada yang datang kacau. Terkejut yang amat.
Ha….ha…..ha…..
Salina segera mendongak. Dia mendengus kasar sebaik sahaja matanya memandang wajah empunya diri yang tak beradab tu. Kalau ya pun, kan elok bagi salam. Ini, main tegur kat cuping telinga. Mana tak terkejutnya dia.
“ Awak ni tak ada kerja lainke selain dari mengacau saya nak buat kerja. Datang secara tiba-tiba, dahlah main terjah aje…nasib baik saya tak ada masalah jantung, kalau tak….” dengus Salina sambil menjeling tajam.
“ Kalau tak?...apa dia?...kenapa tak teruskan?” tanya lelaki itu sambil mengukir senyum. Sengaja nak menghangatkan hati Salina.
“ Kalau tak…saya kena heart attack…masuk hospital…tahu!” Salina membeliakkan matanya memandang wajah lelaki itu.
“ Tak apa…saya sanggup dukung awak untuk hantar kat hospital…tunggu awak kat sana pun, saya sanggup….” balas lelaki itu dengan muka selambanya.
“ Hish….sakitnya hati kita…” dengus Salina sambil mendengus kasar.
Lelaki itu mengambil tempat duduk tanpa di pelawa, hasil kerja tangan Salina di ambil dan di teliti dengan penuh minat. Kepalanya mengangguk-angguk perlahan, lagak macam burung belatuk menebuk batang pokok.
“ Apasal datang sini?...ada saya pelawa awak datang?....tak adakan!....” tempelak Salina.
“ Amboi, garangnya awak. Tak ada hallah…saya suka….sweet aje saya tengok…” balas lelaki itu memandang wajah Salina. Kertas lukisan hasil tangan Salina di susun dengan elok, Salina hanya memerhati penuh geram. Macamlah harta benda dia!
Grrr….Salina mengetap bibir. Air putih yang ada di sisinya di teguk rakus. Mahu hilangkan rasa panas yang makin menggelegak di dadanya.
“ Apa punya tuan rumah ni…tetamu datang, tak di pelawa minum…teringin juga saya nak merasa minuman yang awak buat…kalau tak ada milo, kopi pun tak apa…tak perlu manis, jangan pekat sangat…yang sedang-sedang….” kata lelaki itu.
“ Amboi, amboi…banyak cantik muka awak…ingat ni kedai kopike, main order-order…kalau nak minum, pergi kedai makan kat sebelah…dia akan layan awak dengan layanan first class punya…” Salina mencebik.
“ Saya tak nak perempuan lain layan saya…saya nak, awak yang layan saya…” kata lelaki itu lagi.
“ Awak tahukan yang saya tak suka awak ganggu saya…saya tak akan terima awak walau apa pun yang awak lakukan,” kata Salina tegas.
Lelaki itu mengeluh perlahan, dia diam seketika. Salina jadi hairan. Apasal tetiba membisu, dah hilang kata-kata!
“ Salina, kenapa awak berubah…dulu, awak tak macam ni…” kata lelaki itu dengan wajah terkilan.
“ Perkara tu dah lama berlaku…dah 8 tahun, semuanya berubah. Saya bukan budak perempuan naïf seperti pertama kali awak jumpa dulu…Ariel, awak tahu, kenapa saya jadi macam ni?...kerana awak…” kata Salina.
Lelaki itu mengeluh perlahan. Wajahnya berubah menjadi muram.
“ Lina, tolong maafkan saya. Saya nak tebus kesilapan yang saya buat pada awak dulu. Tolong terima saya…saya janji, saya akan cuba bahagiakan awak….Asy akan menjadi penyambung hubungan antara kita…kita akan bina hidup baru.” pujuk lelaki itu. Dia benar-benar harap Salina dapat menerimanya.
Salina mengeluh. Dia bangun dari kerusi, cuba menjauh dari lelaki itu. Sakit hatinya untuk terus berhadapan dengan lelaki itu. Dia perlu bina tembok agar hatinya tak mudah rapuh. Dia mesti kuat, dia mesti tabah. Apa yang pernah di nasihatkan oleh Hjh Zainab sebelum ini di tolak ke tepi. Nasihat itu hanya di guna pakai untuk makciknya, bukan untuk lelaki ini.
“ Awak ni tak faham bahasake?” marah Salina.
“ Tak faham bahasa?...bahasa apa ya?” tanya Ariel sambil tersenyum.
“ Bahasa Melayulah…takkan bahasa Tamil pulak!” tempelak Salina sambil menjeling tajam. Sakit hatinya melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Kalau lama di pandang, bikin hati dia tergugat ni.
“ Ha, betul tu,”  Ariel bersuara ceria membuatkan dahi Salina berkerut.
“ Betul apa ni?” soal Salina hairan.
“ Kalau awak cakap dalam bahasa Tamil, memang saya cepat faham…kalau cakap dalam bahasa Melayu ni, kurang faham sikitlah…” Ariel tersenyum-senyum membuatkan Salina sakit hati.
“ Menyampah betullah…orang cakap betul-betul, dia main-main pulak! ” rungut Salina sambil mendengus kasar.
“ Jangan menyampah-nyampah…nanti di makan sumpah….kesiaaan kat awak nanti…..” Ariel makin seronok menyakat Salina. Tak menghiraukan wajah cemberut Salina yang sedang menahan sabar. Bikin hati gua hangat aje!
“ Ariel!” panggil Salina sambil bercekak pinggang mengadap wajah Ariel yang terpingga-pingga. Terkejut mendengar Salina memanggil namanya begitu kuat. Macamlah mereka duduk dua batu jauhnya, sampaikan nak menjerit macam Tarzan.
“ Ya, sayang…” jawab Ariel dengan muka selambanya. Kemudian dia menayang senyum. Makin sakit hati Salina di buatnya. Bengang menghadapi situasi begini.
Ke mana pulak si Dilla ni pergi?
“ Cari apa tu?” tanya Ariel.
“ Jangan  nak menyibuklah.” marah Salina tanpa mempedulikan Ariel.
“ Hish…awak tahu tak, makin awak marah…makin saya sayang kat awak!” kata Ariel sambil menyilang tangannya ke dada. Ralit matanya merenung wajah Salina yang sudah kemerahan.
  Sayang?...jangan nak perasanlah…saya benci awak….I hate you…really…really hate you!” rengus Salina membalas pandangan mata Ariel yang sedikit pun tidak pedulikan bahang di dadanya.
I love you….really…really love you!” balas Ariel sambil mengenyitkan matanya selepas berbisik di telinga Salina membuatkan dada Salina berdegup seketika.
I hate you!” balas Salina pula.
I know, you love me!” kata Ariel penuh yakin.
I hate you!” bentak Salina.
Love you!” balas Ariel sambil mengukir senyum.
Hate you!” Salina mengetap bibir.
Love you!” Ariel tetap mengukir senyum.
Hate you!” Salina mendengus.
Hate you!” ajuk Ariel.
Love you!” balas Salina tanpa sedar membuatkan Ariel  makin tersenyum.
“ Hmm…mengaku pun!” kata Ariel membuatkan Salina menutup mulutnya dengan tangan. Mukanya sudah merah menahan malu.
Ariel ketawa, dia benar-benar gembira kerana dapat mengenakan Salina , apa lagi bila di lihat Salina sudah tersipu malu. Cepat-cepat Salina beredar dari ruang itu, mencari-cari wajah Adilla.
“ Papa…papa….”
Salina terpingga-pingga bila melihat kemunculan Asyraf di butiknya. Kanak-kanak itu segera mendapatkan Ariel sebaik sahaja Ariel muncul.
“ Papa pergi mana?...lama Asy tunggu…” Asy mengadu sambil memegang tangan Ariel.
“ Asy!” panggil Salina.
“ Kak Lina…Asy rindu kak Lina,” Asy berlari, mendapatkan Salina. Tubuh Salina di peluk erat. Begitu juga Salina. Dia merindui Asy.
“ Kak Lina, ini papa Asy…handsome tak papa Asy?” kata Asyraf dan mendapatkan Ariel kembali. Tangan Ariel di genggam erat.
Ariel mengukir senyum. Bangga di perkenalkan dengan Salina. Salina mencebik bibir.
“ Kak Lina, handsome tak papa Asy?” tanya Asy sekali lagi bila Salina tidak menjawab pertanyaannya.
Salina memandang wajah Ariel yang sudah menaikkan keningnya sambil mengukir senyum.
“ Bolehlah…” balas Salina seadanya membuatkan Ariel menarik muka masam.
“ Papa, bila papa nak bawa Asy jumpa mama?” tanya Asy bila mengingatkan janji Ariel untuk memperkenalkan dia pada mamanya.
“ Er…nantilah…” serba salah pula Ariel nak menjawabnya. Dia memandang sekilas wajah Salina yang nyata terkejut mendengar pertanyaan Asy itu.
“ Alah, papa ni…” Asy merajuk, dia menarik muka masam.
“ Hmm…apa kata,…Asy anggap aje kak Lina ni mama Asy…bolehkan?” kata Ariel tunduk mengadap wajah Asy.
Salina terpana.
“ Boleh ke macam tu?” Asy mula keliru.
Asy memandang wajah Salina yang sedang menelan liur.
“ Boleh, Asy panggil aje kak Lina ni…mama…dia tak kesah pun…betulkan Lina?” Ariel memandang wajah Salina yang mula resah.
“ Bolehke Asy panggil kak Lina ni…mama? kak Lina tak marah?” kata Asy ragu-ragu.
“ Erm…boleh, boleh sayang…Asy boleh panggil kak Lina, mama.” kata Salina selepas menghampiri Asy. Pipi Asy di ciumnya sambil diperhati oleh Ariel dengan senyuman.
Adilla kemudian muncul membawa minuman dan buah-buahan. Dia sengaja mengajak Asy ke satu sudut yang menempatkan beberapa orang pekerja butik Sadilla. Dia tahu, pasti ada perkara yang ingin di bicarakan oleh Salina dan Ariel. Dan lepas ni, dia akan mengorek rahsia Salina. Apakah hubungan sebenar antara Salina dan Ariel. Bagaimana boleh muncul pula Asy yang memanggil Ariel sebagai papa. Sebelum ini, dia memang tahu bahawa Asy tinggal dan membesar di Teratak Bahagia, bagaimana Asy tiba-tiba menjadi anak Ariel.
“ Lina, awak tak kesahkan kalau saya ambil Asy dari Teratak Bahagia. Saya nak bawa Asy tinggal bersama saya. Saya akan jaga dia dengan baik. Hjh Aminah minta saya bincangkan dengan awak terlebih dahulu, dia tak mahu awak salahkan dia kalau dia membenarkan saya ambil Asy dari Teratak Bahagia tu…” kata Ariel. Dia mahu berbincang secara serius hal ini. Ini melibatkan masa depan mereka bertiga.
“ Saya rasa itu bukan tindakan yang bijak.  Asy akan lebih selesa tinggal di situ kerana dia membesar di situ, kawan-kawannya semua ada di situ…kalau dia tinggal dengan awak, dia akan kesunyian…awak yakinke yang awak akan sentiasa ada di sisi dia?...bagaimana pula penerimaan orangtua awak kalau mereka tahu siapa Asy yang sebenarnya?” kata Salina.
Kalau tak di fikirkan pandangan dan penerimaan orang sekeliling, dah lama dia ambil Asy tinggal bersamanya. Tapi, dia hidup dalam masyarakat. Setiap manusia punya pandangan yang berbeza. Asy terlalu kecil untuk menerima cabaran dan dugaan. Adalah lebih baik kalau Asy terus tinggal di Teratak Bahagia kerana di situ, mereka punya kehidupan yang sama. Mereka juga senasib.
“ Tapi, Asy berhak punya kehidupan yang lebih baik. Saya bapanya…dan saya mahu bertanggungjawab. Awak tak pernah nak fikirkan perasaan dia bila dia tahu siapa ibu bapanya?” kata Ariel.
Bagi Ariel, Salina  sudah bertindak tidak adil pada Asy dengan terus membiarkan Asy menganggap yang dirinya anak yatim atau anak yang disisihkan sedangkan dia punya ibu bapa. Salina lebih-lebih lagi, sanggup menyembunyikan identitinya dari diketahui oleh Asy. Bijakkah itu?
“ Ariel, saya tak nak gaduh dengan awak. Macam ni lah, kalau awak rasa tindakan awak dengan mengambil Asy tinggal bersama awak adalah tindakan yang bijak…awak teruskanlah…dan awak bersoal jawablah dengan orangtua awak…kali pertama awak tahu yang Asy tu anak awak, saya juga tak pernah halang awak untuk jumpa dia….jadi, kalau awak nak jaga dia…awak jagalah….bukannya saya  nak lepaskan diri atau nak lepaskan tanggungjawab, tapi saya lakukan semua itu demi kebaikan Asy. Saya tak nak suatu hari nanti, dia akan kecewa dengan apa yang berlaku pada dia.” kata Salina mengeluh perlahan sebelum meninggalkan Ariel termanggu di situ.


“ WEH, kau `wajib` cerita kat aku apa sebenarnya yang berlaku pada korang berdua tadi. Tak dapat tidak, kau kena cerita. Semuanya….. Dah lama aku was-was ni…sejak kau balik kampung hari tu lagi, si Ariel tak serik-serik bertandang ke butik tu tanya pasal kau…ini, tetiba soal Asy ni pulak, apa hal? tambah pula, dengan kemunculan Datuk Rushdan yang dah lama menghilang. Aku dah naik pening nak fikirkan soal kau ni ni….” Adilla mendapatkan Salina yang sedang menonton drama di tv.
“ Tak ada apa yang nak di ceritakan….sebab semua tu tak penting!” selamba saja Salina menjawab. Sengaja nak mengenakan Adilla. Dia tahu, selagi tidak diceritakan semuanya, pasti Adilla akan sentiasa mengganggunya. Tahu sangat dengan perangai teman baiknya itu.
“ Alah, kau ni…berahsia sangat…kau nak aku jumpa dengan si Ariel tu…tanyakan dia pasal hubungan dia dengan kau,?” kata Adilla. Geram betul bila Salina sengaja nak main-mainkan dia.
Salina mendengus perlahan. Wajah Adilla di pandang seketika sebelum kembali beralih pada skrin tv. Sedangkan dalam hatinya sedang menahan gelak. Seronok melihat wajah Adilla yang masam-masam kelat.
Salina menjeling ke arah Adilla yang sudah mencapai telefon Salina yang berada di atas meja dan cuba mencari sesuatu.
“ Kau nak buat apa dengan phone aku tu?” tanya Salina dengan dahi berkerut.
“ Hish…jangan sibuklah,” marah Adilla.
“ Woi, kau sedar tak phone yang kau pegang tu phone siapa?...phone aku tu! kalau kau nak bergayut dengan pakwe kau pun, pakailah telefon sendiri…nanti habis kredit aku. Aku baru aje top up semalam….” kata Salina yang memang hairan melihat Adilla mencari sesuatu dalam telefonnya.
“ Weh, kau telefon siapa tu?” tanya Salina bila Adilla melekap telefon di telinganya dan sedang menunggu panggilan di jawab.
“ Aku telefon Ariel, nak tanya pasal hubungan kau dengan dia…kau tak nak cakap…baik aku tanya dia…” dengan selambanya Adilla menjawab.
“ Gila kau, bak sini telefon tu….” Salina merebut telefonnya. Bimbang kalau panggilan itu di jawab. Takke haru jadinya nanti.
“ Ok, sekarang…kau cerita kat aku apa sebenarnya yang berlaku, apa hubungan antara kau dan Ariel dan bagaimana boleh wujud Asy yang memanggil panggilan korang berdua papa dan mama ni?” kata Adilla sambil menggenggam erat telefon milik Salina. Tadi dia sengaja buat gempak, nak mengenakan Salina. Kalau dia tak buat macam tu, Salina tak akan menceritakannya. Tapi, memang dia ada terlintas pun nak hubungi Ariel tadi kalau Salina betul-betul tak nak cerita.
“ Ok, aku akan ceritakan pada kau semuanya…tapi, kau kena janji…ini antara aku dengan kau aje. Jangan kau jaja cerita aku ni kat mana-mana, sampaikan terpampang kat akhbar nanti.” kata Salina.
“ Baiklah…aku janji.” Adilla mengangkat tangan kanannya separas bahu tanda mengangkat sumpah.
Bukan main bulat lagi mata Adilla bila Salina menceritakan semua kisah hidupnya pada Adilla. Dari kisah dia di usir oleh makciknya hinggalah ke petang tadi.
“ Jadi, kau dan Ariel tu…orangtua kandung Asy?” kata Adilla seakan tak percaya.
“ Ya, maafkan aku sebab aku tak pernah ceritakan semua ni pada kau…aku malu sebenarnya…” kata Salina tunduk.
“ Tak adalah…aku bangga dan kagum dengan kau sebenarnya. Aku rasa, kau dah buat yang terbaik. Kalau aku di tempat kau pun….aku memang tak tahu apa yang akan aku buat. Mungkin meninggalkan Asy di Teratak Bahagia adalah jalan yang terbaik. Lagi pun, kau sekarangkan dah jadi pereka fesyen terkenal…pasti kisah hidup kau ni akan di jaja orang kalau mereka tahu hal ni. InsyaAllah, aku yakin,…akan ada jalan penyelesaiannya.” kata Adilla memberi sokongan.
“ Jalan penyelesaiannya?...maksud kau?” tanya Salina terpingga-pingga seketika.
“ Aku rasa, elok kau terima aje lamaran Ariel tu…” cadang Adilla.
“ Kau ingat semudah ituke? Cara dia lamar pun macam tak ikhlas aje…macam mana aku nak terima…” kata Salina dalam sedar tak sedar.
“ Habis tu, kalau dia lamar kau dengan cara betul, kau akan terima?...” usik Adilla membuatkan Salina terngadah.
“ Er…” tergagap-gagap dia nak menjawabnya.
Adilla ketawa tiba-tiba.
“ Mahu tapi malu rupanya,” usik Adilla lagi bila wajah Salina mula merah.
“ Eh, mana ada.” dalih Salina menyembunyikan mukanya. Malu beb.
“ Kau nak aku bagitahu dia…suruh dia lamar kau dengan cara elok, bawa tapak sireh dan cincin jumpa makcik kau?” usik Adilla lagi membuatkan Salina menarik muka masam.
Serta merta wajah Ariel terbayang di matanya. Ariel memang seorang lelaki yang kacak. Secara jujurnya, hati dia sentiasa berdebar setiap kali berhadapan dengan lelaki itu tapi sengaja di tabahkan hati agar tidak ketara pada penglihatan lelaki itu. Bolehkah dia hidup bahagia kalau dia menerima Ariel?


KHAIRUL memandang wajah Ariel yang begitu leka melayan Asy bermain kereta permainan tab yang baru di belinya. Bukan main seronok lagi Asy dapat benda tu. Segera di tunjukkan pada rakan-rakannya. Berkerumun mereka melihat hadiah yang di miliki oleh Asy itu. Dia pun baru di beritahu oleh Ariel tentang Asy. Selama sebulan dia berada di Penang kerana menguruskan projek syarikat. Nasib baiklah isterinya dapat menguruskan keluarga dan dua orang anak mereka. Hari minggu dia balik KL dan menghabiskan masa bersama keluarga. Ariel pula tidak dia hubungi, bukan apa. Ariel faham situasi yang dia alami ketika itu. Jadi, sekarang dia sudah boleh mengeluh lega kerana urusan kerjanya di Penang sudah selesai.
“ Riel, comel anak kau…rupa dia sebijik macam muka kau!” puji Khairul bila Ariel mendekatinya. Asy di biarkan bermain bersama kawan-kawannya di Teratak Bahagia itu.
“ Tengoklah siapa mak bapaknya,” Ariel mendabik dada. Bangga bila Asy di puji oleh Khairul. Ini pertama kali dia perkenalkan Asy pada Khairul sebaik sahaja Khairul kembali ke KL.
“ Perghh…perasan tak ingat dunia.” Khairul mencebik. Memang dia akui bahawa Ariel tergolong dalam lelaki yang kacak, sebab tu dia sentiasa menjadi pujaan dan rebutan gadis-gadis ketika dulu. Cuma, selepas kematian datuknya, sikap Ariel mula berubah. Dia sudah tidak berfoya-foya lagi.
“ Kau terpaksa akui hakikat tu…anak aku tu comel sebab aku handsome dan mama dia cantik…cantik sangat…” kata Ariel sambil mengukir senyum.
Khairul memandang wajah Ariel yang sedang bersandar di kerusi batu.
“ Siapa mama Asy?...bagaimana Asy boleh wujud tiba-tiba selepas 8 tahun. Cara kau cakap ni…macamlah kau betul-betul jatuh cinta dengan mama Asy tu…” kata Khairul hairan.
Ariel mengukir senyum.
“ Tapi, setahu aku…kau masih tunggu perempuan yang bernama Salina kan? habis tu….yang mama Asy ni pulak?...” kata Khairul bingung.
Ariel tetap mengukir senyum. Matanya ralit memandang wajah Asy.
“ Weh, aku tahulah yang kau tu playboy dulu….semua perempuan kau ngap…tapi pasal tetiba wujud anak kau ni…hih, musykil aku.” Khairul menggaru-garu kepala.
“ Kau masih ingat tentang perempuan yang bernama Salina?” tanya Ariel tiba-tiba.
“ Ya, sejak 8 tahun dulu…hanya nama perempuan tu yang kau sebut-sebut…sampaikan berbulu telinga aku mendengarnya….so, apa cerita dengan perempuan tu, kau dah jumpa dia?...atau dia dah tinggal arwah?” kata Khairul.
“ Woi, kepala aku ni bayar insurans tau…yang kau tetiba luku kepala aku ni, apehal?” marah Khairul.
“ Cakap tu baik-baik sikit,” marah Ariel.
“ Habis tu…bagi tahulah aku apa dah jadi dengan perempuan tu?” kata Khairul.
“ Aku dah jumpa dia, bro. She marvelous…and I love her, love her so much,” kata Ariel sambil mengukir senyum. Wajah Salina terbayang di matanyanya, Salina sedang mengukir senyum untuknya.
“ Oh, betulke?...Syukurlah…akhirnya penantian kau berakhir….kat mana kau jumpa dia, bila?” Khairul tumpang teruja. Lepas ni, tak adalah kawannya ini jadi seperti ayam terkena sembelit lagi.
“ Sebenarnya, semua ni dari jasa kau…kau yang menemukan aku dengan dia….aku patut ucapkan terima kasih pada kau…thanks, bro.” kata Ariel sambil memeluk bahu Khairul yang terpingga-pingga.
“ Aku?...bila masa aku pulak aku temukan kau dengan Salina?” Khairul benar-benar bingung.
“ Kau masih ingat dengan perempuan yang kau buat janji untuk jumpa aku, fesyen designer…Miss Sally?” tanya Ariel merenung wajah Khairul yang berkerut-kerut cuba mengingatkan wajah yang di maksudkan oleh Ariel.
“ Woooow..oooo…don`t tell me…she is your….” Khairul ternganga.
Yes….dialah Salina, perempuan yang aku cari selama…..that`s my girl…and now….I really love her…aku nak kawin dengan dia bro, aku memang nak tebus dosa aku pada dia…aku dah janji dengan arwah atuk dulu, untuk cari dia dan kahwini dia….kalau tak, atuk tak akan maafkan perbuatan aku dulu…Asy adalah anak aku, anak yang lahir hasil dari perbuatan aku pada Salina 8 tahun yang lalu,” kata Ariel.
Khairul mengeluh perlahan, sesekali dia mengeleng kepala.
So, apa rancangan kau sekarang?”
“ Aku dah puas pujuk dia tapi dia tetap tak nak terima aku, kalau dengan cara baik…dia tolak, aku terpaksa guna cara lain…” kata Ariel.
“ Cara apa ni bro, kau nak culik dia….nak rogol dia sekali lagi?...kata dah insaf…” kata Khairul tercengang. Gilake Ariel nak buat macam tu! aku tak nak bersubahat.
“ Bagus juga idea kau tu, aku culik dia…bawak lari kat Siam….nikah kat sana,” kata Ariel sambil mengukir senyum.
“ Kau ni….memang dah gila….dah tahap kronik ni, jangan nak libatkan aku kalau kau nak buat kerja gila tu….” tolak Khairul awal-awal.
Ariel terdiam seketika. Begitu juga dengan Khairul.
“ Kau dah bagitahu orangtua kau hal ni?” tanya Khairul.
“ Belum, aku takut mereka tak boleh terima Salina dan juga Asy…kau faham-faham ajelah mama dan papa aku tu…sejak dari dulu lagi, aku jarang dapat berintraksi dengan mereka…asyik sibuk memanjang mengalah menteri. Kalau mereka jaga aku dengan baik, tak adanya aku nak buat hal-hal yang teruk dulu…” kata Ariel penuh kesal.
“ Jangan nak salahkan orangtua….kau tu ada akal fikiran. Takkanlah tak boleh nak bezakan mana yang baik, mana yang buruk…sekarang, aku cadangkan kau bincang elok-elok dengan parent kau…aku yakin, mereka akan faham kedudukan kau dan akan terima pilihan kau….banyakkan berdoa pada Allah….” pujuk Khairul.
Thanks bro, kau memang sahabat terbaik  aku.” ucap Ariel sambil menumbuk bahu Khairul. Temannya itu mengaduh kesakitan, akhirnya mereka ketawa bersama.


DATIN HASNI dan Datuk Amar Shahir saling memandang antara satu sama lain. Berita yang di bawa oleh Ariel benar-benar mengejutkan mereka dan juga mengembirakan mereka.  Saat yang mereka nanti-nantikan.
“ Betul ni, Ariel betul-betul nak kawin?” tanya Datin Hasni mencari kepastian. Mana tahu kalau Ariel sekadar bergurau. Selama ini dia sentiasa mengusulkan cadangan supaya Ariel mengakhiri zaman bujangnya, tapi Ariel sentiasa menolak dengan alasan tidak bersedia.
“ Betul ma, pa…Ariel nekad. Ariel dah bersedia untuk kawin…Ariel nak mama dan papa pinangkan perempuan ni untuk Ariel,” tegas Ariel.
“ Hmm…baiklah, kami akan ikut saranan Ariel tu…tapi, siapa perempuan tu…anak siapa?” suara Datin Hasni tak sabar bak menerima menantu.
“ Salina…dia anak yatim piatu, hanya ada seorang makcik di kampung.” beritahu Ariel tenang membuatkan orangtuanya ternganga seketika. Agak terkejut menerima berita itu.
“ Maksud Ariel?” tanya Datuk Amar merenung wajah Ariel yang mula gelisah. Bimbang kalau keinginan dan hasratnya di tolak oleh orangtuanya.
“ Memang dia anak yatim piatu tapi…dia seorang fesyen designer yang terkenal…selalu masuk tv dan majalah… “ jelas Ariel lagi.
Datin Hasni memandang wajah suaminya yang nampak agak tenang menerima perkhabaran itu.
“ Salina satu-satunya pilihan Ariel…Ariel tak akan kawin dengan mana-mana perempuan selain dari Salina….ini janji dan amanat atuk untuk Ariel sejak 8 tahun yang lalu. Atuk hanya akan maafkan atuk kalau Ariel memilih Salina sebagai isteri…” kata Ariel lagi. Risau betul kalau orangtuanya benar-benar menolak pilihannya ini.
“ Abang…” Datin Hasni memandang suaminya. Cuba meminta pandangan dari suaminya.
“ Ariel,” panggil Datuk Amar sambil memandang wajah anaknya.
  Papa dan mama restui pilihan Ariel untuk menjadikan Salina sebagai pilihan dan isteri Ariel…bila Ariel nak kami pinang perempuan pilihan Ariel tu? Dia betul-betul terima Arielke?” kata Datuk Amar dengan wajah tenang membuatkan Ariel ternganga.
Sungguh, dia memang tak sangka yang orangtuanya dapat menerima pilihan dia dengan hati yang terbuka. Sangkanya, mama dan papa akan membangkang. Ariel benar-benar mengucap syukur yang tidak terhingga.
“ Salina juga cintakan Ariel?...” tanya Datuk Amar sambil merenung wajah Ariel.
Ariel tunduk. Persoalan ini amat sukar nak di jawabnya. Sampai ke hari ini, Salina tak pernah memberi sebarang komen sama ada menerima dia atau sebaliknya. Setiap kali dia cuba bangkitkan soal lamaran, soal hati …Salina akan cuba ubah topic. Benci betul dengan perkataan itu. Ada ketikanya, Ariel buntu setiap kali berhadapan dengan Salina.
“ Salina cintakan Ariel?” tanya Datuk Amar sekali lagi bila Ariel hanya mendiamkan diri.
“ Ariel betul-betul cintakan dia dan Ariel akan buat dia cintakan Ariel…Ariel hanya perlukan sokongan dari mama dan papa….tolong restui Ariel…Ariel cintakan dia. Hidup Ariel akan tenang kalau impian dan hasrat arwah atuk ni tercapai…” kata Ariel membuatkan orangtuanya mengeluh perlahan.
“ Ariel…Ariel…” Datuk Amar mengeleng kepala.
“ Mama…papa…” panggil Ariel selepas masing-masing diam seketika.
“ Ada apa sayang?” tanya Datin Hasni.
“ Macam mana mama dan papa senang-senang terima permintaan Ariel ni…setahu Ariel…ini bukan sikap mama dan papa yang pernah Ariel kenal…do you really my mum and my dad?” kata Ariel dengan rasa keliru.
Sejak kecil dia di asuh oleh orangtuanya untuk memiliki sesuatu yang mahal dan mewah. Semua barang yang dia miliki adalah berjenama. Sebab itu, dia hanya berkawan dan bergandingan dengan keluarga yang hebat dan kaya raya. Itu yang di ajar oleh orangtuanya.  Jadi, kemunculan Salina di pandang dengan penuh benci kerana Salina tak milik apa-apa. Tapi, sumpahan dan amanah arwah datuk memakan dirinya. Sejak dari itu, hidupnya tak tenang. Dia sentiasa di bayangi oleh dosanya terhadap Salina dan janjinya pada arwah datuk yang meminta dia bertanggungjawab pada Salina dengan mengambil gadis itu sebagai isteri walau bagaimana cara sekali pun.
Kedengaran gelak kecil keluar dari mulut mama dan papanya membutakan Ariel benar-benar terkejut.
Of course sayang….kami ni orangtua Ariel, mama kandung Ariel…” kata Datin Hasni.
“ Tapi sikap mama dan papa ni buat Ariel keliru…macam mana mama dan papa begitu senang terima permintaan Ariel ni…” kata Ariel.
Datuk Amar mengeluh seketika.
“ Ariel, selama ini papa banyak buat salah …papa dan mama sentiasa abaikan Ariel. Kami hanya tahu berikan kemewahan tapi kami abaikan soal kasih sayang. Ariel membesar menjadi manusia yang tak punya perasaan. Tak ada belas kasihan pada insan lain…semuanya silap kami.
Papa juga abaikan arwah datuk,  hidup atuk sunyi dan kesepian. Kedatangan Salina banyak mengubah hidup arwah atuk Ariel dan dia amanahkan papa untuk menjodohkan Ariel dengan Salina walau dengan apa cara sekali pun demi rasa bersalah dia pada Salina atas perbuatan Ariel. Itu juga yang Ariel akan lakukan demi memenuhi hasrat arwah atuk dulu.” kata Datuk Amar.
“ Jadi, selama ini…mama dan papa tahu kisah Ariel dan Salina?...tentang hasrat atuk yang mahu Ariel mengambil Salina sebagai isteri?” tanya Ariel pada orangtuanya.
  Ya, kami tahu…itu sebabnya papa tanya adakah Salina juga cintakan Ariel. Sudahkah dia maafkan perbuatan Ariel padanya dulu?” jawab orangnya sambil mengukir senyum.
Sekali lagi Ariel mengeluh lega dan mengucap syukur.
“ Salina masih belum maafkan Ariel atas perbuatan Ariel pada dia dulu tapi Ariel akan cuba lembutkan hati dia untuk terima Ariel dan maafkan Ariel. Terima kasih papa, terima kasih mama…kerana sudi penuhi permintaan arwah atuk, sudi penuhi permintaan Ariel….Ariel janji, Ariel akan bahagiakan Salina seperti yang arwah atuk impikan…dan kami akan bahagia bersama Asy.” kata Ariel.
“ Asy, siapa Asy?’ wajah Datuk Amar terpingga-pingga.
“ Asyraf..anak Ariel dan Salina…anak yang lahir dari kesilapan Ariel dulu. Dia membesar di Teratak Bahagia. Sejak Ariel tahu, dia adalah anak Ariel…Ariel selalu jumpa dia. Ariel juga berhajat nak bawa dia tinggal bersama Ariel…” kata Ariel.
“ Hmm…bawalah Asyraf datang sini…mama nak jumpa dia…kalau boleh, biarlah dia tinggal di sini…mama boleh jaga dia….” begitu tenang Datin Hasni bersuara. Ya, dia perlu berubah. Dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Kebahagiaan satu-satunya anak yang dia miliki adalah begitu penting. Selama ini, dia sering mengabaikan kasih sayang untuk anaknya. Sangkanya, dengan duit semua urusan akan berjalan dengan baik. Tapi dia silap, duit tak mampu membeli segalanya.
“ Ma, pa…ini Asyraf. Sekarang ni dia berumur 7 tahun…cerdik budaknya…” dengan rasa gembira Ariel menunjukkan beberapa gambar Asy dalam telefon bimbitnya.
“ Comel…macam Ariel masa kecik-kecik dulu…mama tak sabar nak jumpa dia…” bergitu ceria muka Datin Hasni melihat gambar cucunya itu, begitu juga dengan Datuk Amar.


SALINA membalingkan telefonnya di atas sofa. Bukan main terkejut lagi dia mendapat perkhabaran itu. Adilla yang sedang menonton drama di tv terganggu seketika. Salina tak pernah marah-marah sampaikan baling telefon begitu. Nasib baik baling atas sofa, kalau baling kat atas lantai atau ke dinding, pasti telefon Samsung Galaxy S4 nya berkecai. Rasa-rasanya tak akan di balingnya telefon tu kat dinding, mahal juga telefon tu. Kalau telefon murah, tak mustahil kut.
“ Kau ni ape hal…mendengus macam naga, nasib baik tak keluar api kat hidung tu…kalau tak, serius kena panggil bomba….kondo ni terbakar, kat mana kita nak tidur nanti,” kata Adilla.
“ Woi, kau jangan nak buat lawak, boleh tak?...aku tengah bengang ni…” kata Salina sambil menghempas tubuhnya di sofa.
“ Yalah…kalau ya pun, cuba story kat aku…apa masalahnya…aku boleh aje jadi pakar motivasi dan kaunseling untuk kau….FOC…” sahut Adilla dengan muka selambanya.
Salina merenung tajam muka Adilla yang sudah menayang senyum.
“ Hish…kau ni….sakit hati aku ni, tau tak….mamat tu lah punya kerja….” rungut Salina sambil mengetap bibir menahan marah.
“ Sakit hati?....pasai apa?....mamat mana ni pulak yang sakitkan hati kau….nak aku bawa kau kat klinik….buat medical check up…” kata Adilla dengan muka selambanya.
“ Dilla…..kau nak jadi beruang panda tak?...aku bagi sebiji kat mata kau, kasi lebam ….nak…” Salina menunjukkan buku limanya. Sakit sungguh bercakap dengan Adilla ni, kawan tak boleh pakai. Orang dah tengah hangin, dia buat lawak!
“ Uh, takutnya….” Adilla buat lawak lagi, pura-pura takut.
Salina memejam matanya sambil mengacip gigi, sebenarnya dia tengah menahan sabar.
“ Kalau ya pun nak marah…nak makan orang….cuba-cubalah bawa istighfar….mengucap banyak-banyak, ambil wuduk ke…ini tidak, angin satu badan…kau nak minum eno tak…kasi sejuk badan kau…” dalam bagi nasihat, Adilla masih lagi mengenakan Salina.
Salina menjeling tajam.
“ Lina, apa hal ni?” tanya Adilla serius bila di lihatnya Salina mula bertenang. Tubuh Salina di hampirinya.
“ Mamat tu…mamat sewel tu…” kata Salina menahan geram.
“ Mamat sewel mana pulak ni…aku ada kenalke?” Adilla menggaru-garu kepala.
“ Si Ariel la….” marah Salina.
“ Oh, Ariel…apa kena dengan dia?” tanya Adilla.
“ Dia masuk meminang aku….” beritahu Salina.
“ Hah, masuk meminang?” Adilla terkejut.
“ Dan…makcik aku serta mak Nab dan Pak Imam terima pinangan tu tanpa tanya aku dulu…tak ke sakit hati aku…aku belum maafkan dia lagi…dia dah buat hal lain…” kata Salina.
“ Baguslah….” dengan selambanya Adilla bersuara.
“ Apa yang bagusnya? dia patut tanya aku dulu. Bukan buat tindakan melulu macam tu,”
“ Lina sayang, kau patut muhasabah diri kau tu….si Ariel tu betul-betul ikhlas nak memperisterikan kau….dia ikhlas mohon maaf dari kau atas perbuatan dia dulu…kau tu…apasal zalim sangat?...sukar nak maafkan kesalahan orang….kau ingat, kau tak pernah buat salahke?...apa perasaan kau kalau suatu hari nanti Asyraf tak maafkan perbuatan kau pada dia?...sanggup kau nak teruskan hidup dengan rasa bersalah seumur hidup?” kata Adilla.
Salina berjeda. Cuba merencanakan kata-kata Adilla. Memang betul. Dia tak tahu apakah penerimaan Asyraf kalau dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Bolehkah Asyraf maafkan perbuatannya meninggalkan anaknya di Teratak Bahagia sejak sekian lama. Selalu berjumpa tapi tak berani nak berterus-terang. Bagaimana kalau Asyraf tidak menerima dia?
“ Tapi…dia…” Salina teragak-agak.
“ Cuba berterus-terang dengan aku…kau ni sebenarnya cintakan si Ariel atau tidak?” tanya Adilla dengan wajah serius.
“ Aku….aku tak tahu… kau rasa?” kata Salina.
“ Aik….ini soal hati kau, perasaan kau…apasal tanya aku pulak?...kalau kau tanya aku pasal si Ariel tu…aku terima aje dia jadi laki aku…dia tu kacak, kaya, baik…apa lagi yang aku dambakan. Kita ni tak boleh nak demand lebih-lebih…ingat diri kita ni hebat sangatke?...janganlah takabur…itu sikap syaitan…pendendam juga sifat syaitan….aku tak nak kau menyesal nanti melepaskan lelaki sebaik Ariel. Memanglah dulu, dia jahat pada kau, pada perempuan lain…tapi semua tu dah berlalu, dia dah bertaubat…tak salah kalau kita bagi dia peluang.” nasihat Adilla.
Salina terdiam.
“ Hmm…betul kata kau…tak salah kalau aku bagi dia peluang, itu juga yang aku lakukan untuk makcik Mimah. Sebenarnya, aku  dah  maafkan dia…cuma, aku tak zahirkan aje…selepas aku maafkan dia dan makcik Mimah, aku rasa hidup aku tenang.” akui Salina.
“ Hmm….jadi, kau mengakulah yang kau dah jatuh hati dengan si Ariel tu…ops…tunang kau tu!” usik Adilla.
 Salina mengukir senyum. Nak mengangguk kepala, dia rasa malu.
“ Tapi….” Salina tiba-tiba bersuara.
“ Macam mana dia boleh tahu rumah makcik aku…aku tak pernah bagitahu dia kat mana kampung aku….jangan –jangan….ini semua idea kau tak?” Salina memandang wajah Adilla yang sudah tersenyum-senyum.
  Aku tahu si Ariel tu ikhlas cintakan kau, nak memperisterikan kau. Nak harapkan kau….berjanggutlah si Ariel tu tunggu….Alah, aku bantu orang nak dirikan masjid, aku pun dapat pahala sama, tak gitu….” kata Adilla sambil menaikkan keningnya beberapa kali.
“ Hish, kau ni kan…” kata Salina geram.
“ Sama-sama,” balas Adilla.
  Sama-sama?...bila masa aku ucap terima kasih pada kau?” tanya Salina hairan.
“ Kau sebenarnya nak ucapkan terima kasih sebab aku bantu kau dengan Arielkan…saja, malu nak cakap…aku faham…” dengan selambanya Adilla bersuara membuatkan Salina mengetap bibir.
Memang haru dapat kawan macan si Dilla ni! Salina mengeleng kepala perlahan. Mengingatkan wajah Ariel, bibirnya tiba-tiba mengukir senyum.


DATUK RUSHDAN memandang wajah Salina yang sedang mengunyah steak. Sejak kebelakangan ini, bukan main susah lagi dia nak ajak Salina keluar dan menemaninya ke mana-mana. Ada-ada sahaja alasan yang Salina berikan.
“ Sally, betulke you dah bertunang?” tanya Datuk Rushdan.
“ Ya, betul.” balas Salina.
Datuk Rushdan mengeluh perlahan. Wajahnya nampak tak ceria, kecewa barangkali bila dapat tahu Salina dah bertunang.
“ Siapa tunang you?...I kenalke?” tanya Datuk Rushdan.
 Salina memandang wajah Datuk Rushdan.
“ Namanya Ariel…Ariel Fahmi, anak Datuk Amar Shahir…I tak tahu you kenal atau tidak dengan dia.” beritahu Salina tanpa berselindung. Sapu tangan di capai dan di lap seketika.
“ Kenapa you terima dia?...kenapa you tak terima I?...dah lama I tunggu you…setiap kali I melamar you…you tolak…tapi dengan lelaki tu, senang-senang aje you terima. Kenapa you tak pernah nak fikirkan perasaan I?” kata Datuk Rushdan.
Salina menelan liur. Bagaimana harus dia nyatakan hakikat sebenar pada lelaki itu. Memang setiap kali lelaki itu melamar dia, dia menolak. Dia menolak kerana dia tak pernah rasa cinta buat lelaki. Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai kawan. Tak lebih dari itu. Memang dia akui, lelaki itu banyak membantunya mengembangkan kerjaya dia tapi takkanlah dia kena balas dengan cinta. Lagi pun, mana mungkin ada lelaki yang sanggup dan ikhlas menerima perempuan yang pernah di rosakkan lelaki lain.
“ Dah berapa lama you kenal dengan lelaki tu?” tanya Datuk Rushdan.
“ Datuk, you ni kan…dah macam wartawan…tanya macam-macam….” kata Salina  sambil tergelak kecil.
Please, answer my question….I just want to know,” rayu lelaki itu.
“ Agaknya dalam sebulan dua macam tu…” beritahu Salina.
“ Dan berapa lama you kenal I?” tanya Datuk Rushdan lagi.
“ Dalam dua tahun….” jawab Salina.
Datuk Rushdan menyandarkan badannya di kerusi. Wajah Salina di renungnya tajam.
“ Apa istimewa lelaki itu berbanding dengan I?...dia muda…dia kacak…dia lebih berharta…dia apa?” soal Datuk Rushdan dengan wajah tegang membuatkan Salina tersentak.
  I don`t know…bukan I yang terima pinangan tu…tapi makcik I….I minta maaf kalau I dah hampakan you…I sebenarnya serba salah untuk terima….tapi, mungkin juga dia jodoh I, I memang cuba mengelak tapi….entahlah…sukar I nak jelaskan…” kata Salina teragak-agak. Takut juga dia nak membalas pandang wajah Datuk Rushdan. Entah kenapa karektor lelaki ini berlainan benar. Mungkin dia kecewa bila dia menjadi tunangan Ariel. Bukan salah dia, makcik, mak Nab dan pak Imam Musa yang terima pinangan Ariel untuknya….bukan dia yang buat keputusan.
“ Apa kata you putuskan pertunangan tu…I akan bayar ganti rugi.  You terima I, dan I akan bahagiakan you…” kata Datuk Rushdan cuba mencapai tangan Salina, tapi cepat-cepat Salina menarik tangannya.
“ Apa ni, Datuk. You ingat, kebahagiaan boleh di jual belike?...I bukan barangan…I ada perasaan….” marah Salina. Entah kenapa dia rasa sakit hati sangat mendengar usul itu. Macamlah dia hadap sangat harta kekayaan lelaki itu. Memang semua lelaki sama agaknya, menganggap cinta dan kebahagiaan boleh di jual beli dengan wang ringgit.
“ I nak balik sekarang…” tiba-tiba Salina  bangun. Tak sanggup nak terus berhadapan dengan lelaki itu lagi. Dia benci dengan sikap lelaki yang begitu. Menganggap semua perkara boleh di selesaikan dengan wang.
Datuk Rushdan dan Salina segera menaiki kereta milik lelaki itu, saat ini hati Salina rasa tak selesa sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kereta mewah yang di pandu oleh pemandu Datuk Rushdan itu.
“ Sally, kahwin dengan I…” tiba-tiba Datuk Rushdan bersuara.
Salina memandang wajah lelaki itu. Ingatkan semuanya dah selesai, tapi kenapa perlu di bangkitkan semula?
“ Maaf, I tak boleh terima you…kan I dah bertunang…” balas Salina dan kembali memandang ke tingkap.
Hidung Salina tiba-tiba di tekup dengan sesuatu. Salina cuba melawan tapi sayang, sudah terlambat. Dia dah tak sedarkan diri.


ARIEL memandang wajah Adilla yang turut gelisah.
“ Awak yakin yang dia keluar dengan Datuk Rushdan?” tanya Ariel.
“ Ya, lelaki itu datang mengambil Lina kat sini…saya ada minta dia maklumkan pada awak, tapi dia buat dek aje…macam mana ni, dah lewat malam macam ni, dia masih belum pulang. Saya risau kalau apa-apa terjadi pada dia…dah jenuh saya hubungi dia tapi tak berjawab,” kata Adilla.
Bukan Adilla sahaja yang cuba menghubungi Salina, Ariel juga tapi mereka tetap gagal. Panggilan tidak bersambut. Ariel berjalan mundar mandir di muka pintu.
“ Macam ni lah, saya balik dulu…kalau ada apa-apa khabar berita, awak hubungi saya…. Tak elok saya berada lama kat sini, apa kata orang sekeliling …” kata Ariel dan terus berlalu.


DATUK RUSHDAN mengukir senyum sambil memegang telefon bimbit Salina. Sudah berpuluh-puluh panggilan masuk ke dalam telefon Salina tapi tidak berangkat.  Salina memandangnya dengan penuh benci. Selama ini, dia sangkakan lelaki itu seorang yang baik, rupa-rupanya dia silap buat penilaian. Lelaki ini memang psyco. Patutlah dia pernah dapat panggilan telefon dari seorang perempuan yang meminta dia berhati-hati dengan lelaki itu.
“ Apa yang you nak dari I, Datuk?” tanya Salina.
Saat ini kaki dan tangannya terikat dan dia diletakkan di atas katil dalam sebuah bilik mewah. Datuk Rushdan sedang memandang sambil mengukir senyum. Lelaki itu nampak santai duduk di atas sofa.
“ I nak you…itu aje…” balas Datuk Rushdan.
“ Lepaskan I…I janji, I tak akan buat apa-apa tuntutan terhadap you…I tahu, you sebenarnya seorang lelaki yang baik…jangan kerana sikap ingin memiliki menyebabkan you bersikap begini. You kena ingat…cinta tak boleh di paksa, kebahagiaan juga tak boleh di beli….” kata Salina.
“ I sayangkan you dah lama, I dah cuba buat yang terbaik untuk you tapi kenapa you masih tak boleh terima I…” kata Datuk Rushdan memandang sayu wajah Salina yang sudah lecun dengan air mata.
“ I cintakan tunang I…dan you kena terima hakikat yang I menganggap you hanya sebagai kawan…I hormatkan you kerana you seorang lelaki yang baik. Jangan rosakkan persahabatan kita hanya kerana cinta, jangan buat sesuatu yang menyebabkan I bencikan you…tolong lepaskan I, Datuk…” pujuk Salina.
Datuk Rushdan hanya diam. Matanya tetap merenung wajah Salina dengan pandangan sayu.


ADILLA bergegas mendapatkan Salina yang muncul di butik Sadilla. Wajah temannya itu sangat lemah.
“ Lina?...syukurlah kau dah balik….Kau okay tak ni?” tanya Adilla memeluk erat tubuh Salina.
“ Aku okay….” Salina meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia di kerumuni oleh pekerjanya yang turut mengetahui tentang kehilangan Salina tapi cepat-cepat Adilla meminta mereka beredar dan meneruskan kerja.
“ Aku call Ariel sekarang ya…dia separuh gila fikirkan kau sepanjang malam tadi…” kata Adilla sambil mendail nombor telefon Ariel.
Salina hanya diam, dia menyandarkan badannya di kerusi  sambil memejam mata seketika.
“ Datuk tu buat apa-apa tak kat kau?” tanya Adilla meneliti tubuh Salina.
“ Tak ada…kau jangan bimbang. Aku tak nak panjangkan hal ni…anggap aje semua ni tak pernah berlaku…” kata Salina.
Dia memejam mata.
“ Sally, I minta maaf…I bukan sengaja nak culik you atau nak buat jahat dengan you…I pun tak tahu macam mana I boleh bertindak macam ni selepas I dapat tahu yang you dah bertunang….I memang sayangkan you, cintakan you dan I nak ambil you sebagai isteri…tapi, kalau you dah tolak…I tak boleh nak buat. Sekali lagi I minta maaf…I harap, you masih lagi anggap I ni sebagai kawan you…” itulah kata-kata Datuk Rushdan sebelum melepaskan dia dan menghantarnya sehingga ke Butik Sadilla tadi.
It`s ok…I akan cuba lupakan…I minta maaf sebab I memang tak dapat terima you sebagai suami I…I hanya boleh terima you sebagai kawan…” balas Salina membuatkan Datuk Rushdan mengangguk perlahan.
“ Lina….Lina….angkat telefon tu…” Adilla mengejutkan Salina yang hampir terlelap.
 Salina mencapai telefonnya, nombor telefon rumah mak Nab terterta di skrin telefonnya.
“ Assalamualaikum, mak Nab…”
“ Waalaikumussalam…”
“ Mak Nab sihat?...tanya Salina separuh sedar dari mamainya…”
 “ Sihat. Mak Nab telefon ni sebab nak bagi tahu yang makcik Mimah Lina dah tak ada…” beritahu Mak Nab.
“ Makcik tak ada?...dia pergi mana?...makcik tak bagitahu mak Nab ke, mana dia pergi?” tanya Salina menegakkan kedudukannya.
“ Lina, bertenang ya, sayang. Maksud mak Nab….Hamimah dah meninggal dunia, malam tadi. Tak ada sesiapa pun yang sedar bila dia meninggal sebenarnya tapi bila makcik Lehah ada datang ke rumah  tu, dia terkejut bila dapati Hamimah dah tak ada…” beritahu Hjh Zainab.
“ Makcik…makcik dah tak ada…” Salina bersuara dan serentak itu juga dia rasa pandangannya gelap. Nasib baiklah Adilla sempat menyambut tubuhnya dari jatuh ke bawah.


SALINA mengesat air matanya yang mengalir dengan sapu tangan sebaik sahaja selesai membaca Yasin.  Hamimah di kebumikan bersebelahan dengan arwah Shahdan. Sepanjang urusan menguruskan jenazah, Ariel dan Adilla sentiasa ada di sisi Salina.
“ Dilla, aku baru saja nak rasa bahagia…nak rasa kasih sayang makcik…dia dah pergi tinggalkan aku….dia juga tak sabar nak tengok majlis perkahwinan aku….kenapa dia pergi…dahlah, ayah dan mak aku pergi tinggalkan aku….sekarang, makcik juga tinggalkan aku….mereka tak sayangkan aku, Dilla…” Salina mengongkoi di bahu Adilla.
“ Bersabar ya, semua ni dugaan dari Allah. Dia nak bagi kau kehidupan yang lebih baik…aku yakin, Ariel akan bahagiakan kau…percayalah cakap aku…” pujuk Adilla.
Salina hanya diam.
Terima sekali lagi kerana terima makcik, terima kasih juga kerana sudi maafkan makcik. Makcik dah rasa tenang sekarang…andai makcik mati selepas ni, makcik dah tak rasa terkilan lagi…” Salina teringatkan kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Hamimah sebaik sahaja dia memaafkan wanita itu.
Ariel memandang sayu wajah tunangnya. Dia tahu bahawa sepanjang hidup, Salina banyak di uji. Kematian kedua orangtua dalam kemalangan, diseksa oleh makcik, di rogol oleh dia dan di culik oleh Datuk Rushdan. Dia benar-benar harap Salina akan tabah menghadapi hidup dan dia berjanji akan sedaya upaya memberikan kehidupan yang terbaik untuk Salina. Dia memberi kebahagiaan untuk Salina.
Selepas 3 hari Salina berada di rumah orangtuanya, dia kembali semula ke KL. Ariel yang beria mahu menjemputnya walaupun di tegah oleh Salina. Dan hampir seminggu juga Asyraf berada di rumah keluarga Ariel.
“ Mana Asy?” tanya Ariel pada pembantu rumah sebaik sahaja dia dan Salina sampai dari kampung.
“ Tak tahu…” jawab pembantu rumah sambil matanya melilau mencari kelibat Asy.
 Akhirnya mata Ariel terpaku pada sekujur tubuh kecil yang terbaring di atas karpet dengan mata yang terpejam. Dia sedang memeluk kereta mainan yang pernah di hadiahkan oleh Salina.
“ Asy…” hampir serentak Ariel dan Salina bersuara.
Sayu hati mereka melihat keadaan Asy yang begitu.
“ Asy…” Ariel mengejutkan Asy. Tak sanggup membiarkan anaknya tidur di atas karpet itu.
“ Papa…mama….” Asy bersuara sambil menggosok-gosok matanya.
“ Kenapa Asy tidur kat bawah ni?...kenapa tak tidur kat bilik?” tanya Ariel.
 Asy bangun dari pembaringannya dan dia duduk bersila di atas karpet sambil merenung wajah Salina dan Ariel.
“ Asy nak balik Teratak…Asy tak nak tinggal kat sini….” kata Asy sambil merenung wajah Ariel yang nyata terkejut dengan permintaan Asy.
“ Kenapa sayang…?” tanya Ariel.
“ Asy bosan tinggal kat sini, Asy tak ada kawan…papa, atuk, nenek selalu tak ada kat rumah…Asy tak ada kawan nak main…Asy nak balik Teratak…kat sana, Asy ada ramai kawan…mereka selalu main dengan Asy….papa, hantarkan Asy balik sana ya…” Asy memegang tangan Ariel.
Ariel dan Salina saling berpandangan.
“ Areil, kan betul cakap saya dulu…Asy lebih selesa dan bahagia tinggal di Teratak…” kata Salina sambil mengeluh perlahan.
“ Tapi, Asy ni anak kita, Salina….dia berhak tinggal bersama kita…” kata Ariel.
“ Memang betul….tapi, keadaan Asy tak sama dengan budak lain…dia lahir dan membesar di sana…kawan-kawannya juga ramai…di sini, siapa yang ada, awak pun tak ada masa kan nak layan dia, orangtua awak juga….” kata Salina yang turut merasai apa yang dirasa oleh Asy. Dan Asy juga sudah tahu bahawa dia adalah ibu kandung Asy.
Ariel mengeluh perlahan. Dia akui bahawa dia begitu sibuk menguruskan kerjanya, orangtuanya juga begitu. Mereka juga tak punya masa untuk bermesra dan bermanja dengan Asy.
“ Baiklah…nanti papa hantar Asy pergi Teratak ya…” kata Ariel.
“ Yeh….terima kasih, papa.” Asy memeluk leher Ariel.
“ Tapi…bila kita kawin nanti…saya nak Asy tinggal bersama kita.  Saya yakin dia tak akan rasa sunyi lagi bila dia punya adik-adik yang ramai nanti…” kata Ariel sambil memandang wajah Salina.
“ Hish, awak ni…” sahut Salina dengan muka merah.
“ Betulke Asy nanti akan punya adik?” Asy mencelah. Dia nampak teruja mendengar kata-kata Ariel tadi.
“ Ya, nanti mama dan papa usahakan supaya Asy dapat adik yang ramai. Nanti Asy bolehlah tubuhkan pasukan bola sepak…” kata Ariel membuatkan dia menerima cubitan dari Salina.
Ariel ketawa.
“ Kawin pun belum, dah berangan nak anak ramai. Awak ingat saya ni kilang proses anakke sampaikan nak cukup satu team bola sepak,” marah Salina membuatkan Ariel gelak besar.
Why not…kalau kita punya anak yang ramai, itu tandanya kita hebat.” balas Ariel membuatkan Salina menarik muka masam.
“ Kalau macam tu, awak carilah perempuan lain yang boleh lahirkan ramai anak untuk awak…saya tak sanggup…” tempelak Salina, sengaja pura-pura merajuk.
“ Alah, sayang ni…belum apa-apa dah merajuk. Kalau asyik merajuk…susahlah kita nak `proses` nanti…saya tak nak kalau asyik kena tidur asing aje dari awak…jadi, siapa yang nak jadi bantal peluk saya nanti…” usik Ariel sambil mencuit hidung Salina sambil diperhatikan oleh Asy.
“ Hisy…tak maluke cakap macam tu depan budak kecik…” marah Salina sambil memeluk tubuhnya.
“ Malu apanya…nanti Asy pun akan alami benda yang sama kan?...tak sabarnya nak tunggu tiga bulan lagi. Tiap-tiap malam saya bayangkan tidur saya di temani awak…” kata Ariel membuatkan Salina menjengkilkan matanya. Malu betul bila Asy mula tersenyum mendengar kata-kata Ariel.
“ Sayang, saya janji …saya akan bahagiakan awak…saya tahu kebahagiaan adalah satu benda yang paling berharga dalam hidup kita…saya tak akan sia-siakan peluang ini. Terima kasih kerana sudi maafkan saya dan terima saya sebagai sebagai sebahagian dari hidup awak….memang awak tak pernah cakap tapi saya dah tahu…awak dah maafkan saya dah lama….” kata Ariel sambil memegang tangan Salina. Salina cuba menarik tangannya tapi genggaman tangan Ariel itu membuatkan dia pasrah.
“ Ini tak lain tak bukan…mesti kerja Dilla kan…mulut tempayan punya kawan…jaga kau Dilla…” kata Salina menahan geram.
“ Tak usah marahkan kawan awak tu…dia lakukan semua tu demi kebahagiaan awak…dia sayangkan awak…..saya sayangkan awak lebih dari dia sayangkan awak…awak kena ingat tu…” kata Ariel.
“ Lina…” panggil Ariel selepas seketika.
Salina memandang wajah Ariel. Lelaki itu mengukir senyum. Sangat menarik.
I love you…” ucap Ariel.
I love you too…” balas Salina sambil tersenyum malu.
I miss you…” ucap Ariel lagi.
I miss you too…” balas Salina pula.
“ Mama…papa…asyik I love you….I miss you….bila nak hantar Asy balik kat Teratak ni?, Asy nak jumpa kawan-kawan Asy kat sana…” Asy mencelah.
Ariel dan Salina saling berpandangan. Akhirnya mereka ketawa bersama. Ya, mereka ketawa kerana mereka sudah rasa bahagia.

Tamat.
18/11/2013

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...