Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 9 November 2013

Akan ku tunggu 2






ALIA Natasya mengetuk  mengetuk pintu bilik adiknya sebelum masuk. Dia buka pintu dan terus melangkah masuk ke dalam bilik yang berwarna merah jambu lembut, warna yang menjadi kegemaran adiknya. Bilik itu nampak kemas dan tersusun cantik semua barang dan perabutnya
“ Sibuk nampak,” tegur Alia bila melihat adiknya begitu khusyuk menyusun atur gambar di dalam album.
“ Tak adalah sibuk mana pun, saja nak susun dan tambah koleksi gambar dalam album ni. Ini kan gambar kenangan. Ada sentimental value ni…” balas adiknya sambil memandang gambar-gambar yang di susunnya.
Alia turut berlabuh di atas katil, ralit juga matanya melihat kepingan gambar yang banyak masih belum di masukkan ke dalam album. Dia turut mencapai beberapa keping gambar dan di pandangnya satu persatu.
“ Papa bagi tahu along yang angah dah setuju nak kerja dengan papa mulai minggu depan, betulke?” Alia memandang wajah adiknya, Zara Asyikin atau lebih di kenali dengan panggilan angah di kalangan keluarga terdekat mereka.
“ Ya, kenapa? along tak suka kalau angah kerja kat situ. Kalau along tak suka, angah cari kerja kat tempat lain.” Zara bersuara membuatkan Alia terpampang.
“ Bukan itu maksud along…along suka sangat kalau kita dapat kerja bersama. Kan itu syarikat keluarga kita. Kalau kita tak bangunkan syarikat tu…siapa lagi yang papa nak harapkan…” balas Alia.
Zara mengukir senyum. Tadi, dia sengaja menggertak kakaknya, ingin menduga hati kakaknya. Wajah Alia di pandang seketika. Kakaknya memang seorang gadis yang cantik. Kini, dia nampak lebih elegan dengan mengenakan blazer dan skirt. Amat sesuai sekali dengan jawatannya sebagai Pengarah Operasi syarikat. Sejak balik dari belajar di luar negara, Alia terus bekerja di syarikat papa. Malah, kita dia cukup berbangga dengan pencapaiannya kakaknya itu.
“ Tapi, akak cuma musykil satu perkara aje…” Alia memandang wajah Zara yang masih lagi nampak tekun menyusun gambar di dalam album.
“ Pasal apa tu, along?” Zara memandang wajah Alia sambil berkerut dahi. Apa agaknya yang di musykilkan oleh kakaknya itu.
“ Angah nak lupakan terus cita-cita angah?”  wajah Zara di renungnya.
Zara mengeluh perlahan.
“ Tak, along. Dalam keluarga kita, hanya along sahaja yang tahu apa kehendak dan cita-cita angah selama ini. Sebenarnya, angah dah hantar pun permohonan tu…cuma nak tunggu keputusannya aje. Harap-harap permohonan angah tu di terima.” kata Zara.
Baguslah. Selama ini, angah hanya ikutkan aje apa kehendak dan kemahuan mama dan papa. Sejak dari kecil lagi angah biarkan diri angah di buli oleh sesiapa pun…” kata Alia mengenangkan sikap Zara yang suka mengalah, mengikut sahaja apa kemahuan dan kehendak orangtua mereka. Malah dia juga membiarkan dirinya di buli oleh kawan-kawan dan saudara mara.
“ Walaupun angah selalu di buli, siapa yang bela angah…along kan! angah masih ingat, pembuli utama adalah abang Hakim. Hmm…dah lama angah tak jumpa dia. Macam mana agaknya dia sekarang, masih jadi pembuli lagi agaknya!” Zara cuba mengingatkan wajah Hakim, sepupunya yang selalu membuli dia. Bukan dera atau tumbuk pun, tapi kira buli jugaklah bila hanya dia yang selalu jadi sasaran bila di suruh buat sesuatu.
Alia mengukir senyum sambil memandang wajah Zara.
“ Hakim tu sekarang dah kerja kat syarikat papa…handsome orangnya, nanti along kenalkan dia dengan angah.” kata Alia membuatkan mata Zara terus bulat.
“ Betulke dia sekarang dah kerja kat syarikat papa?...habislah angah lepas ni…nasib baiklah angah tak akan lama kerja kat situ!” Alia ketawa melihat reaksi adiknya. Bukan main terkejut lagi Zara bila tahu pembuli utamanya dulu sudah bekerja di syarikat papa mereka.
“ Eh! ini gambar Syamsulkan,” tanya Alia apabila memandang wajah seorang lelaki dalam salah satu gambar yang di susun oleh Zara itu.
“ Yap, yang sebelah dia tu Marina, Wendy, Aznan, Fatin dan angah.” ceria suara Zara menjelaskan satu persatu nama-nama yang berada di dalam foto itu. Mereka semua adalah teman rapat Zara semasa sama-sama menuntut di luar negara.
“ Hmm…dah handsome sekarang si Syam tu ya, dulu….selekeh aje!” komen Alia.
“ Dia tu ramai peminat tau…berebut-rebut perempuan nak dekat dengan dia,” beritahu Zara mengukir senyum sambil memandang wajah Syamsul.
“ Termasuk angah la ya!” kata Alia membuatkan Zara mencebik bibir.
Alia tetap mengukir senyum. Dia tahu sejak dari dulu lagi Zara meminati pemuda itu tanpa di sedari oleh empunya diri. Kadang-kadang Zara ni bersikap pemalu dan tak berani nak meluahkan perasaan. Mungkin itu sebabnya dia tak pernah mengkhabarkan pada orangtua mereka cita-citanya yang sebenar. Dia takut orangtua mereka menghalang cita-citanya.
“ Kami cuma kawan aje lah. Angah belum pun fikir pasal nak couple ni semua. Along ni, bila lagi nak kenalkan angah dengan abang ipar ni…atau nak tunggu mama dan papa carikan!”
Alia tergelak kecil.
“ Itu rahsia. Sampai masanya, along akan kenalkan dia dengan angah. Jadi, sekarang ni angah kena buat persediaan untuk masuk kerja minggu depan.” Alia mengubah tajuk.
“ Maksud along?”
“ Buat persiapan pakaian dan penampilanlah sayang oi!” Alia menarik hidung mancung Zara membuatkan Zara mengaduh sakit. Zara memegang hidungnya yang sudah kemerahan. Zara terdiam seketika.
“ Kenapa ni?” tanya Alia sambil memandang wajah Zara. Sepasang mata biru milik adiknya di pandang penuh kasih.
“ Angah tak ada duitlah…” adu Zara perlahan.
“ Apa kata esok along temankan angah pergi shopping. Papa dah masukkan duit untuk angah tadi.” beritahu Alia membuatkan Zara menelan liur.
“ Betul ni?” terbeliak mata Zara bila Alia mengangkat tangannya.
“ RM5 ribu?” Zara mula teruja. Apa lagi bila Alia mengangguk perlahan mengiyakannya.
“ Wow, bestnya.” Zara mula teruja. Tubuh kakaknya di peluk erat.
“ Lepas ni, angah kena belanja along tau!”
“ Di tanggung beres, thank you along, I love you!” pipi Alia  dikucupnya bertalu membuatkan Alia tergelak kecil. Akhirnya mereka kembali berpelukan erat.


ZARA melangkah dengan penuh debaran saat kakinya melangkah masuk ke perkarangan lobi Rashid Holdings yang berdiri megah. Kedatangannya di sambut oleh staf di situ dengan senyuman.
“ Aini, you tolong tunjukkan bilik untuk Zara dan you bagitahu dia apa-apa yang patut. I serahkan pada you,” arah Alia kepada setiausahanya.
“ Baik, cik Alia.” akur Aini sambil mengukir senyuman pada Zara yang berdiri di sebelah Alia selepas di perkenalkan dengan semua staff melalui perjumpaan ringkas untuk memperkenalkan Zara sebagai salah seorang pegawai di situ.
“ Silakan cik Zara, saya tunjukkan biliknya.” Aini mendahului Zara.
 Zara di berikan sebuah bilik yang sederhana besar tapi dia sukakan susun atur bilik itu. Selepas itu dia diberikan sedikit maklumat oleh Aini sebelum memulakan tugasnya.
“ Terima kasih, Aini.” ucap Zara.
“ Kalau cik Zara perlukan apa-apa…hubungi saya ya.” pesan Aini.
“ Ya, terima kasih sekali lagi.”
“ Saya pergi dulu.” kata Aini sebelum berlalu.
Zara melabuhkan punggungnya di kerusi, cuba merasa suasana baru dan tempat kerja baru. Dia mengukir senyum. Selesa.
“ May I come in?” satu suara mencelah masuk ke telinga Zara membuatkan Zara segera memandang ke muka pintu.
Seorang lelaki sedang mengukir senyum padanya. Pakaiannya kemas, bertali leher dan memakai kot hitam. Buat seketika mereka saling berpandangan.
“ Nice to see you, gadis bermata kucing…”
Mulut Zara terlopong memandang lelaki itu. Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu membuatkan Zara mengetap bibir dan serentak itu juga dia bangun berdiri, tangannya menekan kemas pada meja.
“ You, Md. Daniel Hakim!” Nama itu keluar dari mulut Zara yang sedang menahan geram.
Lelaki itu melepas tawa sambil mengatur langkah ke meja Zara. Wajah Zara itu tetap di pandangnya bersama senyuman.
“ Yaps, it`s me…Md. Daniel Hakim. Thanks God…yoa are still remember me!” ujar Hakim sambil menatap wajah manis Zara yang sedang menahan amarah dan geram.
“ Abang Hakim, please…don’t called me like that….I hate that name.” bentak Zara sambil mengetap bibir. Sakit hatinya memandang wajah lelaki yang sedang mengukir senyum itu. Sedikit pun tidak tergugat dengan kata-kata Zara. Apa lagi, dia tetap tidak menjaga hati Zara.
Kedatangan dan kemunculan lelaki itu tidak di harapkan. Jadi, secara automatiknya dia tidak mempelawa lelaki itu duduk.
 I miss you….especially your beautiful eyes!” bisik Hakim membuatkan Zara tersentak.
“ I hate you…” cemuh Zara, makin geram melihat senyuman yang tetap terukir di bibir lelaki itu.
“ Zara…..Zara….” Hakim mengeleng kepala selepas melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Zara.
Zara menghempas punggungnya di kerusi sambil mendengus kuat. Hatinya masih lagi rasa sakit.
“ Zara tetap tak berubah walau pun dah lama kita tak jumpa, malah Zara tambah cantik,” kata Hakim sambil memandang wajah Zara.
“ Abang Hakim tak ada kerja ke yang nak di buat sampai boleh melepak kat bilik Zara ni?...kalau pasal urusan kerja tak apalah jugak…tapi, kalau sekadar datang ke sini untuk bertandang dan menyakitkan hati Zara…baik tak payah datang…” kata Zara menahan sabar.
Hakim memandang wajah Zara. Kali ini wajahnya bertukar serius. Tak ada senyum-senyum lagi. Zara mula hairan.
Sorry, Zara. Abang Hakim cuma teringatkan zaman kita kecil-kecil dulu. Abang Hakim harap Zara tak salah sangka….abang Hakim yang dulu dan sekarang dah banyak berubah,” terkedu Zara mendengar kata-kata itu. Lama wajah lelaki itu di pandangnya. Cuba mencari kebenaran di balik kata-kata itu.
“ OK, tapi janji…tolong jangan buli Zara dan jangan panggil Zara gadis bermata kucing lagi, faham!” tegas Zara membuatkan Hakim mengangguk perlahan.
Don`t worry…I won`t called you with that name….tapi, abang Hakim tetap suka menatap mata Zara, cantik sangat. Dalam keluarga kita, hanya Zara yang mewarisi mata biru arwah nenek. Itu yang membuatkan Zara betul-betul istimewa.” kata Hakim membuatkan Zara terdiam. Perlahan-lahan dia menelan air liur. Memang betul, dalam keluarga mereka, hanya dia seorang yang mewarisi mata arwah nenek sebelah papa. Biru, kerana arwah nenek adalah mat saleh yang telah berkahwin dengan arwah atuk. Kerana mata birunya yang diwarisinya itu membuatkan Hakim sering mengejek dan mengusiknya dengan panggilan gadis bermata kucing.
“ Zara, jangan bimbang…kalau Zara ada masalah atau perlukan apa-apa pertolongan, beritahu aje abang Hakim. Abang Hakim akan cuba tolong. Pak ngah Rashid pun dah amanahkan abang Hakim untuk tolong Zara. So, you can count on me, my dear. Abang Hakim keluar dulu ya.”ujar Hakim sebelum berlalu.
Sebaik sahaja Hakim berlalu, Zara mengeluh perlahan. Akhirnya Zara mengukir senyuman.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...