Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Sunday, 6 October 2013

Diakah Mr. Perfect Aku?16

Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi
Bahgia ke anak cucu
Sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu    jodohnya
Berkat kesucian akhirnya terlaksana.

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling
Menjadi raja sehari
Tersenyum nampak berseri
              Tetapkanlah hati dengan kesyukuran
Tabah menghadapi tempuh hidup baru.

L
AGU Selamat Pengantin Baru berkumandang membuatkan bibir Amin dan Misha tak berhenti dari mengukir senyum. Apa tidaknya, ini adalah hari bahagia mereka. Hari mereka menjadi Raja Sehari. Bangga gila bila ramai yang memuji mereka sebagai pasangan yang secocok, seperti pinang di belah dua. Aniq yang menjadi pengapit pun dapat merasa kesannya. Maklumlah pengapitnya lebih kacak dari pengantin. Rata-rata mata anak dara lebih tertumpu pada pengapit di atas singahsana. Nak usha, pengantin, memang sah-sah dah ada yang punya.  Kalau nasib baik, dapat pengapit pengantin lagi best.
“ Weh, handsome gila pengapit lelaki tu. Kalau aku dapat usha dia…bestnya!”
“ Kau jangan, dia tu aku dah booking awal-awal lagi tau,”
“ Kau rasakan… dia tu dah ada makwe ke belum?”
“ Mestilah ada, entah-entah keliling pinggang.  Playboy kut. Silap hari bulan korang kena ngap. Korang nak?”
Diya mencebik. Menyampah pula dia mendengar perbualan yang tak berfaedah tu. Kalau tak nak dengar pun, dah terdengar. Mereka tu ada dekat dengan dia. Inilah  perangai anak-anak dara zaman sekarang, tak boleh tengok yang handsome sikit, mulalah tergedik sana tergedik sini. Nasib baik aku ni tak tersenarai. Ya ke? Ya lah…kalau tak dah lama aku terima abang Aniq tu.
Sesekali Diya sempat juga berbalas pandang dengan Aniq di atas singahsana tu. Dan lelaki itu terus mengukir senyum, siap dengan kenyit mata lagi. Amboi, gatalnya anak teruna Datuk Mukhriz dan Datin Dr. Sharlene ni.
“ Assalamualaikum, boleh temankan?” Diya menoleh bila ada suara yang menegurnya. Kalau ada si Jemy, dapatlah juga dia makan berteman. Tapi sayang teman baiknya itu tak dapat balik bercuti.
“ Abang Aniq, hm…duduklah. Ingatkan tak nak makan tadi. Seronok sangat berdiri atas singahsana tu. Lepas tu siap main mata lagi dengan jiran sebelah pengantin perempuan tu.” Sela Diya dengan wajah selamba.
“ Mana boleh tak makan. Lapar ni. Dari tadi asyik mengibas pengantin aje.  Tapi kan abang terfikir juga, mesti best kalau ada orang lain yang tolong kibaskan untuk abang. Nak-nak yang di sebelah abang nanti tu adalah Diya…” Aniq melirik ke arah Diya yang sudah menarik muka.
“ Kenapa?...tak suka ya duduk di sana dengan abang?” tanya Aniq sambil menggaul nasi minyak.
Yup. Abang Aniq bersandinglah dengan perempuan lain sebab Diya nak bersanding dengan lelaki lain.” Jawab Diya acuh tak acuh.
Aniq diam. Tangannya yang menggaul nasi terhenti. Lama dia memandang nasi di pinggan.
“ Diya memang tak boleh terima abang sebab Diya dah ada orang lain ya?” perlahan sahaja suara Aniq bertanya. Macam orang kecewa.
Diya menelan liur. Dia mula rasa bersalah.
`Erm….macam mana nak cakap ni?` Diya mula gelabah.
“ Bukan….bukan macam tu. Diya….”
“ Sudahlah. Lupakan aje. Abang tak nak bincangkan soal ini lagi.” Kata Aniq sedikit tegas. Dia diam. Hanya tangannya yang bergerak, menyuap nasi ke dalam mulut dan terus mengunyah. Sedikit pun tidak memandang wajah Diya. Tidak menghiraukan juga  suasana majlis itu. Tumpuannya hanya pada nasi di pinggan. Lepas selesai, terburu-buru dia pergi meninggalkan Diya keserorangan.
Diya buntu.
Semasa sesi bergambar dengan pengantin pun, Aniq mengambil tempat yang agak jauh dengan Diya. Memang betullah, lelaki itu sudah terasa hati. Diya pula yang jadi penasaran. Apa lagi bila ada perempuan lain yang berebut nak bergambar bersama Aniq dan Aniq pula begitu mesra melayan mereka tanpa mempedulikan Diya yang menjerut rasa.
“ Amboi, tajam punya jelingan. Cemburu ya?” Amin menghampiri Diya.
“ Mana ada, mengarut aje along ni!” dalih Diya sambil melarikan pandangan matanya agar tidak terus tertumpu pada Aniq. Ketika ini, Aniq di kerumuni oleh beberapa orang gadis. Masing-masing cuba menarik perhatian lelaki kacak itu.
“ Jangan malu nak mengaku bila hati dah mahu. Kalau melepas, Diya juga yang rugi nanti. Ingat senangke  nak dapat lelaki kacak dan baik macam Aniq tu!” usik Amin sambil memandang wajah Aniq yang ceria melayan gadis –gadis itu berbual. Dia kembali memandang wajah Diya yang muram.
“ Abang Shah pun kacak juga…lagi pun dia tu dah jadi suami Diya. Tak kanlah Diya nak lupakan dia!” balas Diya cuba berselindung.
“ Memang along tak nafikan yang Shahrul juga kacak dan dia juga suami Diya…tapi buat apa Diya masih tunggu dia kalau sudah jelas yang dia dah lupakan Diya. Dah setahun lebih Diya tunggu dia…tapi hasilnya, Diya juga yang kecewa. Lelaki itu dah hilang dan  tiada kesan …dah tu, tanpa nafkah zahir dan batin. Apa kata Diya minta fasakh aje, Diya pun ada  hak untuk bina hidup baru. Ada insan lain yang sedang menunggu Diya dan Diya kena tahu bahawa Diya berhak hidup bahagia dan along yakin, Aniq boleh bahagiakan Diya.” Kata Amin sambil memandang wajah Diya yang hanya mendiamkan diri. Sudah banyak kali dia cuba menasihati Diya agar bertindak tapi Diya tetap mengambil keputusan untuk terus menunggu. Mata Diya sudah mula berkaca.
“ Beri masa untuk Diya tunggu dia lagi. Kali ini Diya janji, kalau dia tak muncul juga dalam masa terdekat ni, Diya akan akur. Diya akan minta fasakh.” Akhirnya Diya membuat keputusan. Amin mengeluh perlahan. Sedikit lega mendengar kata-kata Diya. Moga-moga Diya akan cepat bertindak. Dia sayangkan Diya dan dia memang mahu Diya bahagia.
`Ya, aku patut buat keputusan.` detik Diya dalam diam.
“ Jom, ambil gambar.” Ajak Amin sambil menarik tangan Diya.
“ Alah, tadikan dah bergambar.” dalih Diya.
“ Ikut ajelah.” Amin tetap menarik tangan Diya dan mendudukkan Diya di kerusi pengantin di atas pelamin.
“ Niq…mai sini kejap.” Panggil Amin bila melihat Aniq yang asyik berborak dengan seorang gadis.
Hai, si Aniq tak pernah keseorangan. Ada saja yang datang menempel.
“ Ada apa?” soal Aniq.
“ Datang ajelah kat sini” panggil Amin.
Aniq akur. Dia menapak ke arah pelamin.
“ Duduk sini.” Arah Amin sambil mendudukkan Aniq di atas kerusi.
Aniq sempat menjeling ke arah Diya yang hanya diam di kerusi sebelah. Amin tak tunggu lama, jurugambar di panggil dan segera di suruh mengambil gambar Diya dan Aniq dalam beberapa posisi.
“ Hmm….rasanya macam kita pula yang bersanding. Dahlah pakai baju sedondon.” Aniq berbisik perlahan di telinga Diya membuatkan Diya menjelingnya. Mestilah sedondon sebab bertema.
Snap, gambar kandid di ambil.
“ Ok, cantik dan sepadan. Harap-harap tak lama lagi korang berdua pula yang naik pelamin betul-betul!” usik jurugambar yang di kenali dengan nama abang Musa.
“ Dah habis merajuk?” tanya Diya sebaik sahaja beredar dari tempat bergambar tu.
“ Dah, rajuk lama-lama pun tak ada yang memujuk. Tapi yang kelakarnya…`orang tu` sampai juling mata tengok perempuan lain datang dekat abang. Malu nak mengaku yang dia tu sebenarnya jealous…takut sangat ego dia jatuh. Tapi kalau hatinya jatuh…abang akan cepat-cepat datang pungut dan abang akan simpan hatinya  itu di tempat yang paling istimewa.” Kata Aniq membuatkan Diya mengetap bibir. Mukanya sudah bertukar warna. Malu dan segan. Macamana kalau betul-betul jadi….ah! tak dapat aku nak bayangkan.



DIYA betul-betul nak terima tawaran kerja tu?” tanya Pn. Hasmah bila Diya memberitahu bahawa dia di
terima bekerja di sebuah syarikat di KL minggu depan.
Diya melipat semula surat yang baru di terimanya. Dia merenung seketika surat itu sebelum beralih memandang wajah ibunya. Surat itu di berikan oleh Pn. Hasmah semasa dia balik makan tengahari tadi.
“ Ya, Diya akan terima tawaran tu dan Diya akan kerja di KL. Ibu pun tahukan yang Diya hanya nak kerja sementara di kilang batik dan butik ibu tu. Bukan Diya tak nak uruskan kilang dan butik tu tapi Diya rasa inilah satu-satunya peluang untuk Diya jumpa dengan abang Shah.  Sampai masanya Diya kena buat keputusan. Dah 2 tahun Diya tunggu dia di sini. Kalau betul dia lupakan Diya, Diya akan buat perhitungan.” Luah Diya.
Pn. Hasmah diam. Baginya sudah lama Diya menanti untuk membuat keputusan itu. Sepatutnya dari dulu lagi Diya bertindak.
“ Kenapa baru sekarang?...2 tahun Diya, ibu rasa itu dah cukup lama. Dan selama 2 tahun juga Diya menyembunyikan hal ini dari Aniq. Diya tak fikirkan perasaan diakah? Ibu rasa Diya dah bersikap tak adil pada Aniq. Bagi ibu, dia dah cukup baik untuk Diya jadikan pelindung dan suami Diya.” Luah Pn. Hasmah pula.
“ Ibu, Diya minta maaf kalau selama ini Diya dah susahkan hati ibu, susahkan semua orang yang ambil berat pasal Diya. Bagi Diya, bila Diya dah  sukakan seseorang, Diya akan menyukai dia untuk selamanya dan Shahrul adalah lelaki pertama yang buat hati Diya menyayangi dan menyintai seorang lelaki. Itu sebabnya Diya masih mengharapkan abang Shah menemui Diya di sini, bukannya Diya mencari dia kerana Diya percaya, kalaulah abang Shah jodoh Diya….dia akan kembali pada Diya, biar pun bertahun-tahun kami terpisah.
Ibu, Diya tak ada niat nak mempermainkan perasaan abang Aniq. Diya sayangkan dia tapi rasa sayang itu tak lebih dari rasa sayang seorang adik terhadap abang. Tak lebih dari itu. Dan bila Diya pergi KL nanti, Diya akan berterus- terang dengan dia. Sama ada dia terima atau tidak, terpulang pada dia. Diya akan terima apa aje kata-kata dia kerana Diya sedar Diya yang salah kerana selama ini Diya hanya membisu.” Diya menggenggam erat tangan ibunya.
Pn. Hasmah mengeluh lagi. Bagi Diya, Diya bukan hanya sekadar sayangkan Aniq, bahkan  juga menyintai lelaki itu tapi Diya tak sedar perasaan itu sebenarnya dah lama wujud dalam hatinya. Dia boleh nampak rasa itu melalui pandangan mata Diya setiap kali Aniq hadir tapi Diya….hatinya telah di butakan oleh perasaan detik indah buat Shahrul saat kali pertama bertemu dengan lelaki itu. Kononnya, lelaki itu adalah Mr. Perfectnya yang ditunggu-tunggu selama ini.
“ Kalau dah itu keputusan Diya, ibu akur tapi ibu nak Diya bincangkan hal ini dengan ayah. Jangan lupa bagi tahu along. Tapi ingat, kalau Diya tak selesa kerja di sana…ibu sedia menanti Diya di sini. Lambat laun, segala harta milik ibu dan ayah akan jadi hak Diya dan along.” Kata Pn. Hasmah.
Diya memeluk tubuh ibunya erat. Terharu mendengar kata-kata itu.
“ Terima kasih , ibu. Terima kasih kerana menyokong Diya selama ini. Diya sayangkan ibu, Diya sayangkan ayah dan Diya juga sayangkan along. Kalian bertiga adalah orang kesayangan Diya.” Diya mencium kedua pipi ibunya.
“ Ibu juga sayangkan Diya. Diya dan alonglah harta yang paling bernilai dalam hidup ibu dan ayah.” Pn. Hasmah turut memeluk erat tubuh Diya.



ANIQ baru saja melangkah masuk ke dalam banglo orangtuanya bila telefon bimbitnya berdering. Dia tersenyum melihat nama Amin tertera di skrin telefon Samsung galaxy S4nya. Dia melabuh punggung di sofa.
“ Hello, what up bro?” soal Aniq sambil menyandar badannya di sofa. Kakinya di lunjur. Membetulkan urat saraf.
“ Aku sihat. Cuma aku bimbangkan kau aje. Mana tahu tak sihat.” Aniq berkerut dahi. Agak hairan mendengar gelak tawa Amin yang kedengaran begitu ceria. Hai, bahagia sungguh kawan aku ni sejak kawin. Aku ni….bila lagi agaknya nak merasa.
“ Maksud kau?” soal Aniq. Nak kata dia demam, tak panas pun tubuhnya sebab dia memang sihat.
“ Perasaan kau la….takkanlah sampai sekarang masih mengharapkan adik aku tu. Aku rasa kau patut bagi hati kau tu kat perempuan lain.” Secara tak langsung Amin cuba menjelaskan apa yang berlaku pada Diya. Nak berterus-terang tak sampai hati. Kalau dia berterus –terang, apa kata Diya pula nanti. Adiknya dah bagitahu awal-awal. Jangan bagi tahu Aniq tentang statusnya kerana dia sendiri yang agak beritahu. Kadang-kadang Amin pun pening dengan perangai Diya.
“ Min, kau pun tahukan yang hati aku ni aku dah lama  di curi oleh Diya, dah bertahun. Macam mana aku nak berikan hati aku pada perempuan lain kalau sememangnya hati aku dah tiada.” Jawapan Aniq membuatkan Amin mengeluh. Hatinya menjadi sebak. Jawapan itu begitu luhur masuk ke telinganya. Bukannya tak ada perempuan yang sukakan Aniq, tapi lelaki itu tak pernah ambil peduli. Dia hanya melayan mereka sekadar kawan, tak lebih dari itu. Kalaulah dia boleh menyatakan perkara yang sebenarnya….ah, kalaulah…perkataan itu selalu menjadi sasaran sekiranya berlaku sesuatu.
“ Niq, aku minta maaf kerana aku tak bisa menolong. Aku dah cuba tapi kau tahu-tahu ajelah Diya tu…keras kepala….” Kata Amin.
“ Aku faham. Tapi aku tak akan berputus asa. Kalau aku berjodoh dengannya, dia akan jadi milik aku akhirnya…tak kira berapa tahun aku menunggu.” balas Aniq sedikit nekad.
“ Macam mana kalau sebaliknya?...sanggup kau menunggu dia walaupun aku rasa kau sendiri tak pasti apa akan jadi selepas inikan? Mungkin jodohnya dengan lelaki lain!” tanya Amin cuba mencari kebenaran. Apa yang di ucapkan oleh Aniq adalah hampir  sama dengan apa yang di ucapkan oleh Diya. Macam dah berjanji. Sanggup menunggu. Aniq menunggu Diya, Diya pula menunggu Shahrul dan Shahrul pula…entah menunggu siapa. Alahai, pening. Pening.
Aniq mengeluh. Berat rasanya untuk membuat keputusan.
“ Kalau sebaliknya….aku pasrah. Mungkin Diya bukan takdir aku.” Perlahan suara Aniq meresap masuk ke telinga Amin.
 `Hai, kawan….sekejap semangat, sekejap pula tak bersemangat. Yang mana satu betulnya ni?`
Mereka terdiam seketika seolah-olah tiada idea untuk di bincangkan.
Bro, aku telefon ni nak tanya kau…” Amin teringatkan tujuan asal dia menghubungi temannya itu.
“ Kau nak tanya pasal apa?”
“ Diya ada bagi tahu kau pasal dia dapat tawaran kerja kat KL?”
“ Ya ke?, tak ada pun. Bila dia start kerja?” Aniq mula teruja. Bibirnya mula mengorak senyum.
 “ Minggu depan. Aku ingatkan dia dah bagi tahu kau…”
“ Mungkin dia belum call lagi.” Aniq cuba menenangkan hati. Sedih juga bila Diya tak beritahu dia hal ini.
“ Semalam dia dapat surat tu. Erm…aku nak minta tolong kau,…tolong carikan rumah sewa untuk Diya. Jemy memang ada kerja kat sana tapi kalau boleh aku nak kau carikan rumah yang selesa sikit untuk dia. ”          
“ Hmm…kau jangan bimbang. Aku akan uruskan. Aku pun mahukan yang terbaik untuk Diya…”
“ Ya, aku tahu dan kerana itu aku percaya kau mampu jaga dia dengan baik di sana. Kami ni jauh…tak boleh nak jenguk dia selalu. Dulu, Misha ada kerja kat sana. Tapi sekarang dia dah dapat transfer kat sini.  Suami isteri ni, mana boleh berenggang lama-lama…bahaya!” Amin tergelak.
“ Woi, mentang-mentanglah isteri ada depan mata…berlagak pulak kau ni ya!” Aniq tumpang gembira. Dia juga turut mengenali Misha kerana mereka sama-sama belajar bersama. Cuma dia yang tak berminat untuk menjalin hubungan yang serius dengan mana-mana perempuan. Kalau tak, dah lama dia mengikut jejak temannya itu.




PN. HASMAH membantu Diya mengemas barang-barang yang patut di bawanya. Hanya barang-barang penting sahaja sebab minggu depan dia berhajat untuk balik. Jemy pula bukan main seronok lagi bila dapat tahu Diya dapat kerja di KL, malah Diya mengajaknya tinggal bersama. En. Jamaluddin juga tidak keberatan untuk membenarkan Diya bekerja di KL kerana dia tahu lambat laun Diya terpaksa menyelesaikan masalahnya. Mungkin di sana dia akan bertemu dengan Shahrul. Dua tahun adalah satu jangka masa yang agak lama juga untuk Diya menunggu khabar lelaki itu. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan baik. Detik En. Jamaluddin walaupun tidak di zahirkan di hadapan Diya.
“ Ibu, Diya rasa tak sedap hati pula sebab susahkan abang Aniq. Dahlah dia tolong carikan rumah sewa, malah nak datang ambil Diya di sini. Macamlah Diya tak boleh pergi sendiri. Kalau tak pun alongkan boleh hantar Diya.” Rungut Diya.
Pn. Hasmah memandang wajah Diya. Sebagai seorang ibu. Dia juga mahukan yang terbaik untuk anaknya tapi dia juga rasa takut kerana apa yang dilakukan oleh Aniq tak mampu di balas oleh Diya nanti. Dia pun terkejut juga bila Diya memberitahu yang Aniq akan datang untuk mengambilnya di sini. Walaupun Diya cuba menolak tapi Aniq tetap dengan keputusannya mahu datang untuk menjemput Diya.
“ Ibu pun rasa tak selesa. Kalau Diya ni belum ada apa-apa ikatan, dah lama ibu minta Diya terima Aniq tapi Diya ni isteri orang. Ibu rasa serba salah…seolah-olah ibu turut bersubahat merosakkan hubungan Diya dengan Shahrul. Nak salahkan Aniq tak boleh sebab dia memang tak tahu status Diya. Itu sebabnya, ibu mohon agar Diya berterus-terang dengan dia. Tak adalah dia terlalu mengharapkan Diya nanti. Ibu pun tak nak dia menyalahkan kita semua kerana menyembunyikan hal ini!” kata Pn. Hasmah.
“ Ya, Diya pun rasa bersalah sangat pada abang Aniq. Dia hanya zahirkan  perasaan pada Diya tanpa dia tahu Diya ni dah jadi milik orang lain. Diya janji, sampai di KL nanti…Diya akan berterus-terang dengan dia.” Diya menghampiri ibunya.
“ Habis tu….hubungan Diya dengan Shahrul pula macam mana?” tanya Pn. Hasmah risau.
Diya diam seketika, cuba berfikir.
“ Diya belum putuskan apa-apa lagi. Biarlah Diya bersemuka dengan dia dulu. Lepas tu Diya akan cuba buat keputusan.”
Diya benar-benar berharap yang dia dapat bertemu dengan Shahrul suatu hari nanti.
“ Macam mana kalau Diya tetap memilih Shahrul…Diya nak lupakan Aniq? Diya kena ingat…2 tahun Diya kenal dengan Aniq tapi dengan Shahrul, Diya hanya kenal 2 hari saja. Dan apa akan Diya lakukan kalau sekarang ini Shahrul dah ada pilihannya yang lain. Mungkin juga dia sudah punya isteri, tunang atau kekasih?” Pn. Hasmah cuba memikirkan kebarangkalian.
“ Kalau Diya tetap merasakan dia adalah Mr. Perfect  untuk Diya, Diya akan tetap memilih dia.” Beritahu Diya tegas membuatkan Pn. Hasmah terdiam. Adakah begitu nekad keputusan Diya? Tak dapat dia nak bayangkan kalau Diya terpaksa bersaing dengan perempuan lain untuk merebut hati Shahrul sedangkan Diya boleh saja memilih Aniq yang terang-terang akan jadi miliknya kerana lelaki itu memang menyintai Diya sepenuh hati.



ANIQ memberhentikan Toyota Harrier di halaman banglo mewah yang tersergam indah di atas bukit. Terpegun Diya melihat kawasan dan persekitaran banglo itu. Memang cantik dan ekslusif.
“ Jom masuk, mum abang pasti dah menunggu kita kat dalam.” Ajak Aniq bila melihat Diya masih lagi belum berganjak dari suv itu.
Seorang lelaki dalam usia 40-an muncul dan mengukir senyum pada Aniq.
“ Dah sampai ya,” tegur lelaki itu.
“ Hmm…Pak Atan tolong bawa beg  masuk dalam ya.” Arah Aniq pada lelaki itu.
Pak Atan mengangguk dan segera bergerak ke belakang dan mengeluarkan sebiji beg milik Diya. Di bawa masuk ke dalam banglo itu.
“ Tak nak masuk ke?” tegur Aniq bila melihat Diya begitu ralit melihat taman bunga milik Datin Dr. Sharlene.
“ Kejap. Diya suka tengok taman bunga tu…cantik sangat.” Puji Diya sambil mengukir senyum. Pelbagai jenis bunga di tanam dengan susunan yang menarik, siap ada air terjun buatan lagi.
“ Bunga yang ada depan abang ni lagi cantik!” bisik Aniq perlahan di telinga Diya membuatkan Diya tersentak. Dia memandang wajah Aniq seketika. Lelaki itu segera mengukir senyum membuatkan Diya segera mengalih pandang.
“ Erm…jom kita masuk,” ajak Diya. Macam dia pula yang jadi tuan rumah.
Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam banglo itu. Dan kunjungan Diya ke banglo itu di sambut oleh seorang wanita anggun.
My mum, Datin Dr. Sharlene.” Aniq memperkenalkan wanita anggun itu.
“ Apa khabar, Datin?” tegur Diya sambil tunduk mencium tangan wanita itu.
“ Tak perlu panggil Datin. Panggil aje auntie.” Ucap wanita itu dan terus memeluk erat tubuh Diya membuatkan Diya terkaku. Tak sangka kunjungan pertamanya di sambut begitu. Sangkanya, wanita itu tidak akan melayannya semesra itu.
“ Surti, bawakan beg ni ke bilik tamu ya.” Arah Datin. Dr. Sharlene pada pembantu rumahnya.
“ Baik bu.” Tanpa berlengah, beg Diya di bawa naik ke atas.
“ Jemput duduk, kita borak-borak dulu!.” Ajak Datin Dr. Sharlene sambil memimpin tangan Diya.
Diya sempat memandang wajah Aniq, mencari reaksi lelaki itu. Tapi Aniq hanya bersikap selamba.
“ Mana dad?” tanya Aniq sebaik sahaja mereka bersantai di ruang rehat.
“ Keluar. Agaknya kejap lagi dia balik. He know about this!” balas Datin Dr. Sharlene.
Mereka terus berbual dan Diya juga tak menyangka bahawa ibu Aniq seorang yang peramah dan mudah mesra. Wanita kacukan Inggeris dan cina itu nampak tidak kekok berbahasa melayu kerana dia di besarkan di sini.
“ Aniq banyak bercerita pasal Diya dan auntie tak sabar nak jumpa Diya. Setiap kali dia cerita pasal Diya, mukanya berseri-seri.” Kata Datin Dr. Sharlene sambil melirik ke arah anaknya. Aniq buat tak tahu, dia terus mengunyah karipap yang baru di hidangkan oleh pembantu rumah.
  Auntie tak kesah kalau Diya nak tinggal lama kat sini tapi kata Aniq, dia dah sediakan tempat tinggal untuk Diya dan kawan Diya nanti.” Kata Datin. Dr. Sharlene.
“ Diya minta maaf kalau Diya menyusahkan auntie. Abang Aniq cakap rumah sewa tu masih dalam pengubahsuaian, mungkin 3 hari lagi siap.” Kata Diya.
“ Hmm…ya, Aniq ada cakap. Buat sementara ni, Aniq dah bersedia untuk jadi driver Diya. Tak sangka, anak bujang mummy sedia berbakti untuk seseorang tanpa bergaji!” Datin Dr. Sharlene tergelak kecil. Diya dan Aniq saling berpandangan. Macam ada sesuatu yang tidak diketahui Diya. Diya hanya diam sedangkan dia mula rasa bersalah tapi semua itu atas permintaan Aniq. Beria-ria lelaki itu merancang semuanya walaupun dia ada menegah.
“ Buat sementara ni, abang nak Diya tinggal di rumah keluarga abang dan abang akan hantar Diya ke tempat kerja. Amin akan datang KL 3 hari lagi untuk hantar kereta Diya bersama Misha dan mereka akan balik dengan fligt. Abang bukan apa, abang cuma nak Diya kenal dengan keluarga abang seperti mana abang kenal keluarga Diya. Dan selepas itu Diya akan tinggal di kondo tu bersama Jemy.”
“ Er…tinggal di kondo?... Pasti bayarannya mahal. Diya baru aje kerja . Nanti tak mampu nak bayar.” Bukan murah sewa sebuah kondo dan dia baru saja kerja. Takkanlah nak menyusahkan ayah walaupun ayah boleh bayarkan.
“ Pasal sewa tu, Diya jangan bimbang…Diya duduk aje dulu , tak payah fikirkan pasal sewa. Bila dah dapat gaji nanti, baru Diya bayar.” Kata Aniq bila melihat wajah resah Diya.
“ Ya ke?” Diya tetap rasa tak selesa.
Don`t worry, abang akan uruskan semuanya. Diya dan Jemy cuma duduk aje kat situ! Kondo tu dah lama tak ada penghuni , lagi pun tuan punya kondo tu jarang tinggal kat situ. Sebab tu dia minta tempoh sehari dua untuk kosongkan barang-barang dia.” pujuk Aniq.
“ Diya…”
“ Diya…”
“ Diya sayang!” Diya tersentak. Terus pecah lamuannya tentang apa yang berlaku beberapa hari yang lepas sebelum dia datang sini.
“ Ya, ada apa auntie?” tanya Diya sedikit kalut. Malu bila di sergah ketika melamun.
“ Hai, baru sampai dah rindukan ibu dan ayah ke!. Macam mana kalau dah kawin nanti ya!” usikan Datin Dr. Sharlene membuatkan wajah Diya menjadi merah. Aniq yang turut memandangnya sudah menayang senyum. Makin tambah malu Diya di buatnya.
“ Eh, tak adalah!” balas Diya sambil menyembunyikan rasa malu.
Datin Dr. Sharlene tetap mengukir senyum. Macam perli dia aje.
“ Auntie rasa, elok Diya naik berehat. Nanti malam kita borak lagi…Aniq, tunjukkan Diya biliknya!” kata Datin Dr. Sharlene bila melihat Diya tunduk menahan malu.
“ Ok!”
Diya dan Aniq bangun.
“ Diya naik dulu ya” ujar Diya mengikut langkah Aniq.
Datin Dr. Sharlene terus memerhati setiap langkah mereka berdua sambil mengukir senyum. Dia tahu bahawa Diya begitu istimewa di hati anak bujangnya. Kalau tidak, masakan Aniq begitu beria-ria menolong gadis itu kalau bukan kerana sayang dan cinta.  Sungguhpun dia sibuk di hospital, tapi dia sentiasa mengambil tahu aktiviti anaknya. Sebagai seorang yang pernah alami zaman bercinta, Datin Dr. Sharlene tahu bahawa Diya adalah pilihan hati Aniq. Dia harap mereka ada jodoh dan dia suka kalau gadis ini menjadi suri di hati anak tunggalnya itu walaupun ini kali pertama mereka bertemu muka.



* Kpd sesiapa yg berminat utk order novel ACTUALLY, I LOVE YOU (AILY)  dr saya, boleh dptkannya dgn harga RM25.00 termasuk pos. Anda akan dpt t/tgn dr saya.  Anda boleh sms  no ini utk sebarang pertanyaan....014-8052221. Saya akan bg no. akaun maybank2u  kpd yg betul2 berminat utk mendapatkannya. Terima kasih.



9 comments:

  1. Lama btl tunggu n3 dmpa....keep it up dear....

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ syizac sweet sbb sabar menunggu.

      Delete
  2. Replies
    1. most wc...hehe kalau sudi cpt2 la upload next n3 ya. :)

      Delete
    2. Finally..Terubat rinduuu.. X sabar for next entry

      Delete
  3. novel yang ani ada udah kah?yg n0vel mr perfect.

    ryuk - Brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blum, DMPA? ni masih dlm proses nak siapkan manuskrip penuh.

      Delete
  4. diya.... berhenti berharap...... terimalah aniq.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...