Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 20 September 2013

Testing, testing...1,2,3



My Sweetheart
JOHANNA  mengelap meja bagi memastikannya bersih sebaik sahaja pelanggan beredar dari kedai keknya. Sejak kebelakangan ini kedai keknya yang diberi nama Hanna`s  Cake & Bakery mula mendapat sambutan yang menggalakkan semenjak ia di buka 3 bulan yang lepas. Dan dia mengambil masa berbulan-bulan juga mengikuti kursus untuk menyediakan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut. Dia bersyukur sebab kedai yang di sewanya merupakan tempat yang strategic. Bukan senang nak dapat peluang dan tempat ini. Hampir 3 bulan juga dia berusaha, berikhtiar mencari lokasi dan juga pelaburan. Nasib baiklah dia berjaya. Sebenarnya dia tak nak susahkan ayah. Kalau  dia nak, dia boleh aje minta modal dengan ayah tapi dia tak mahu. Dia nak berjaya dengan hasil usaha sendiri. Apa kelas asyik nak duduk bawah ketiak mak bapak bila dah tua-tua begini. Lagi pun dah lama dia bercita-cita nak buka kedai kek. Dia tak nak jadi macam kak Wani dan abang Halim, sikit-sikit minta bantuan ibu ayah, malas nak berdikari betul. Kadang-kadang dia muak dengan sikap mereka . Terlalu bergantung dengan orangtua walaupun dah tua bangka dan dah ada keluarga. Tak malu betul dia orang tukan!.
Dia teringatkan abang Halimnya, dah hampir beratus ribu duit ayah di habiskan untuk dia buka macam-macam jenis perniagaan, tapi tak pernah kekal. Paling lama bertahan pun hanya 6 bulan.  Apa tidaknya, baru aje perniagaan nak bernyawa sikit, mulalah tak sedar diri. Nak pakai kereta mewah, beli perabut mewah, tukar itu, tukar ini,  pergi melancong luar negaralah….hish….mana nak maju. Bukan sahaja tak dapat untung, lingkup dengan modal-modal sekali.
Kak Wani pun macam tu jugak, manjakan sangat suaminya, abang Samsul tu. Bukannya dia tak kenal perangai abang Samsul, ada duit sikit, mulalah rancang yang bukan-bukan sampai lupa diri. Kadang-kadang tu hanya asyik  fikirkan nak joli aje. Bila tak ada duit, mulalah pujuk kak Wani minta dengan ayah. Ayah pun satu hal, asal aje mereka berdua tu minta, terus kasi. Tak ada heh, tak hoh langsung. Cubalah ayah berkeras sikit, bagi pengajaran….biar mereka usaha sendiri. Barulah tahu bukan mudah nak dapat wang. Cakap aje nak pinjam, tapi bayarnya tak pernah. Nasib baiklah perniagaan ayah berjaya, tak terkesan pun kalau kak Wani dan abang Halim minta duit. Tapi kalau dah asyik meminta, duit setinggi gunung pun akan habis kalau asyik di toreh.
“ Cubalah korang berdua ni berdikari sikit….ini tidak, asyik mintak aje…korang ni tak malu dengan Hanna ke? dia tu lebih suka berdikari sejak dari dulu bukan macam korang berdua ni!” rungut Pn. Faezah pada dua orang anaknya itu.
Wani dan Halim hanya mencebik. Tak suka betul bila ibu asyik memuji adik bongsu mereka yang suka berdikari tu.
“ Alah ibu, dia tu belum lagi berkeluarga…tak adanya nak pakai duit. Duduk pun dengan ibu dan ayah…apa yang dia nak fikirkan lagi…” kata Wani membela diri sambil mengerling ke arah Hanna.
Hanna hanya diam. Kak Wani  memang dengkikan dia. Tambah-tambah dengki lagi bila ibu asyik memujinya. Mana ibu tak puji kalau tak ada perkara pun yang menyenangkan hati ibu. Masa dia kawin dulu pun, semuanya ibu dan ayah yang sponser. Dia hanya nak itu dan ini. Nak buat majlis tunang grand, nak kawin pun grand tapi duit tak ada. Abang Samsul pun bukannya lelaki yang berduit tapi lagak aje lebih macam orang berjawatan YB sedangkan dia hanya berkelulusan diploma sahaja. Tapi masa nak nikah hari tu gembur kata ada degree, berjawatan besar, siap dah ada rumah dan kereta lagi. Hakikatnya hancus, habuk pun tara. Macam manalah kak Wani boleh terjatuh cinta dengan lelaki penipu tu. Apa nak buat….love is blind, terima ajelah.
Abang Halim pun sama, dapat pula isteri yang kaki kikis,  nak semua benda yang mewah, benda yang standard. Tak sedar diri betul kakak iparnya itu. Masalah betul. Siapa suruh dia cari perempuan yang jenis pisau cukur.  Silap hari bulan belum lagi usia 50 tahun, semuanya dah licin habis di kikisnya sampaikan bulu roma pun licin sama. Bagus juga, tak payahlah abang Halim berhabis duit beli veet kan! jimat duit… ha…ha….ha….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...